Seorang gadis. Dua dunia. Sebuah warisan tersembunyi yang mampu mengubalı sejarah.
Leyla, remaja Malaysia-Turki yang bersemangat dan peminat tegar permainan video, tidak pernah menyangka pengembaraan terhebat hidupnya bermula dengan satu muat turun permainan misteri. Namun apabila dunia permainan itu mula mencerminkan peristiwa sebenar dari Empayar Uthmaniyah yang telah runtuh, Leyla ditarik masuk ke dalam sebuah rahsia berusia berabad-abad, merentasi benua dan generasi.
Kembara Leyla | Rahsia Empayar Uthmaniyah merungkai kaitan antara Empayar Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan purba Alam Melayu. Ini merupakan penulusan semula novel LEYLA'S QUEST, yang kini akan diterjemah ke Bahasa Parsi di Irani dan Indonesia. Leyla terus memburu pembaca baru dipersada dunia.
Leyla bukan sekadar mengejar sejarah dia mengejar kebenaran. Dan dalam dunia di mana rahsia mampu menggoncang empayar, dia harus memilih apa yang sanggup dipertaruhkan demi masa lalu... dan masa depan.
Separuh misteri sejarah, separuh pengembaraan kedewasaan, KEMBARA LEYLA ialah kisah penuh keberanian, identiti, dan gema warisan yang tidak pernah padam.
Leyla seorang remaja yang gemar bermain permainan video meskipun sering ditegur oleh ayahnya. Dia yang sangat meminati sejarah amat teruja dengan permainan baru yang ditemuinya yang menggabungkan dua empayar. Namun tanpa dia sedar ada rahsia yang tersembunyi di sebalik permainan video tersebut.
Gabungan Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Uthmaniyyah sangat-sangat menarik untuk dibaca. SH bukanlah peminat karya berunsurkan sejarah kerana biasanya SH akan mudah bosan dan tertidur semasa membaca. Namun dalam naskah ini ia tidaklah terasa berat malah menghiburkan kerana dimasukkan elemen permainan video.
Tun Fatimah memang antara watak srikandi yang SH minat. Kemunculannya dalam naskah ini dengan kebijaksanaan dan ketelitiannya membuatkan SH makin kagum padanya.
Jalan cerita memang menarik dan agak laju perjalanan ceritanya. Banyak juga aksi pertarungan yang SH suka dalam naskah ini. Keunikan gabungan dua empayar besar Islam juga sangat menarik untuk dibaca.
Tapi SH geram dengan orang yang sanggup membunuh hanya untuk menutup atau mendapatkan sesuatu rahsia. Dia ingat nyawa manusia ni seolah-olah tiada harga. Sampai ada yang terpaksa lari hanya untuk menjaga keselamatan keluarga mereka yang turut diinginkan oleh mereka yang punya kepentingan sendiri.
Sejujurnya buku ini tiada dalam senarai PBAKL 2024 saya pada tahun lepas. Namun disebabkan saya membeli untuk rakan sekerja, ianya membuatkan saya turut tertarik untuk mendapatkannya juga.
Dan tidak disangka, buku ini seperti menaikkan kembali rasa semangat saya sama seperti mempelajari subjek Sejarah berkaitan Melaka dan rakan sekutunya. Nama nama seperti Tun Fatimah, Raja Mendeliar, Vasco De Gama dan Alfonso mengingatkan saya pada zaman belajar dahulu.
Cerita ini menarik sebenarnya bagi saya. Tentang Leyla yang menyertai satu permainan video berkaitan Sejarah yang membawa kepada bagaimana ianya berkait dengan kematian si ibu. Sambil cerita berselang seli pada zaman kerajaan Melaka. Ini membuatkan pembaca tidak sama sekali berasa bosan. Penceritaan diperincikan dengan begitu baik menjadikan kita juga seperti turut sama merasai emosi watak watak yang ada di dalamnya.
Tahniah buat Ninot Aziz untuk karya ini. Bagi mereka yang menggemari buku bertema Sejarah terutama Melaka dan Uthmaniyah, buku ini wajib anda miliki.
This is my first time reading Ninot Aziz's writing. Leyla's Quest is not only a story about Leyla's - a passionate, skillful, and smart girl, but it's about Islam.
How Malacca, Turkey Uthmaniyah engaged and support each other to ensure Islam and others, Islamic rulers, taking care of Islam and the treasure belongs to ummah.
The 'pantun' was well written. The plot, towards ending, was written in thriller mode, which is, I like.
The build up character of Malacca's Sultan, Bendahara, Laksamana and Tun Fatimah, remind us the history and the legendary of Kesultanan Melayu Melaka.
It is also remind us, we have a great 'Hukum Kanun Melaka' and 'Undang-undang Laut Melaka'.
Leyla's Quest, Echoes of Uthmaniyah, bring us to enter a game world, named EMPIRE. Leyla as a gamers found out that EMPIRE was not only a game, but a world to be explore to find a truth.
In EMPIRE, Leylas performed as Srikandi. Entering world of Kesultanan Melayu Melaka, and complete the mission given - safe the Queen (Tun Fatimah) and the royal family's. Ensure the treasure is safe as well.
In other mission's, Leyla perform as Selena Bowden, a young architect, to bring out Keris Lok Sembilan from the vault of the Bank. The vault is under the three stories built underground.
There is also touching scene. I can feel the burden of Lysa when the caretaker comes. They already know what happen to Lysa's father, Prof. Palik.
Recommended book, for those who love to read historical book, crime thriller and those who love games.
This novel gives me Dan Brown's The Da Vinci Code déjà vu. It's a very intriguing read. Every chapter ends with 'What's next?' This novel is a page-turner indeed. Leyla's Quest is also an eye-opener read for me. Reading this book gives me new knowledge of world history. It also challenged me in everything I thought I knew about world history. This novel is mind-blowing indeed. It makes me interested to learn about Turkish history. And it makes me want to travel to Turkey pronto. Hehehe ^_^
I like Puan Ninot's writing style for Leyla's Quest. It's very sophisticated and artsy. It shows that Puan Ninot is very passionate and knowledgeable in world history. Leyla's Quest has a cliffhanger ending. I hope this novel will have its sequel soon.
Overall, I rate this novel 10/10. It's a brilliant read. I highly recommend it to all bookworms in the universe. This novel is really a must-not-miss. Plus, it won't disappoint you at all.