Jump to ratings and reviews
Rate this book

Vice Versa

Rate this book
Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam dan membenci.

Pertemuan pertama mereka tidak manis pun! Kali kedua berjumpa bertambah-tambah tawar Ezzah rasa. Lalu Ezzah membalas semua itu pada pertemuan mereka yang ketiga dan tragedi di pertemuan ketiga itulah yang membuat Uzair mengambil keputusan yang tak terduga.

Tindakan Uzair menghantar pinangan buat Ezzah pening kepala. Bukankah Uzair membenci dirinya? Lalu untuk apa pinangan tersebut?

"Apa yang awak nak sebenarnya daripada saya?"
"Apa yang saya mahu? Dah tentulah awak!"

Haruskah Ezzah menerima saranan opahnya untuk menerima pinangan itu? Sikap Uzair yang masih dengan muka dingin bekunya membuat Ezzah cuak. Ikhlaskah Uzair atau...?

Ednin, mula menulis kisah ini di blognya http://ednin.blogspot.com yang punya ramai pengikut. Vice Versa pastinya sebuah naskhah yang menghiburkan!

442 pages, Paperback

First published June 1, 2014

69 people want to read

About the author

Ednin

6 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (36%)
4 stars
43 (35%)
3 stars
27 (22%)
2 stars
4 (3%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Don ツ .
248 reviews36 followers
April 13, 2016
Most awaited writer. haha...-buku tak keluar lagi dah buat review. Gilalah! Kalau tak best, memang patut takut ;)

Uzair kehilangan adiknya dalam kemalangan motosikal yang dibawa teman baiknya, Ezzaq 10 tahun lalu. Sejak itu dia membenci Ezzaq dan berubah menjadi lelaki dingin. Segalanya tentang Ezzaq dia benci. Walaupun keluarganya sudah memaaafkan perbuatan Ezzaq, Uzair masih menyimpan kemarahannya sendirian.

Sewaktu pulang ke kampung, Uzair dan Aki(teman sekampung) bertembung dengan Ezzah, adik Ezzaq. Ezzah tidak tahu kisah kemalangan Hazirah. Dia pelik apabila Uzair selalu mengelak dan bersikap negatif setiap kali dia cuba berbuat baik/menegur Uzair. Berang dengan sikap Ezzaq yang dengan beraninya menengking Ezzah sewaktu kenduri, Ezzah bertindak mengenakan Uzair dengan telur. Sangkanya Uzair akan meneruskan 'misi perang' mereka. Tapi sebaliknya berlaku, Uzair menghantar rombongan merisiknya. Terkejut dengan tindakan itu Ezzah berhadapan dengan Uzair. Walaupun sikap Uzair yang dingin meragukannya namun Ezzah tetap menerima pinangan Ezzaq.

Uzair masih bersikap endah-tak endah terhadap pertunangan mereka dan seringkali tidak peduli pada Ezzah, sangkanya perbuatannya itu dapat membalas dendamnya dahulu. Tapi sikap proaktif Ezzah untuk bertemu dengan Uzair dia bercuti dari kapal menemukannya dengan motif Uzair yang sebenarnya. Dendam. Ezzah tenang menerima cabaran Uzair.

Jika Uzair rasakan perkahwinan mereka suatu dendam, Ezzah juga akan melakukan yang sama. Dia takkan lemah. Vice versa, katanya. Lalu mereka berkahwin dan Ezzah sedaya upaya melaksanakan misi 'dendam'nya juga.

-----------

Komen:
Jika ini sebuah cerita tentang dendam dan kemaafan, tema itu agak kabur pada saya dan agak hambar. Jujurnya saya suka naskhah ini pun, saya tak tahu kenapa. Kemarahan Uzair pada Ezzaq dan keluarganya tak terlalu dramatik, 10 tahun itu sudah lama dan kebanyakan orang sudah berjaya mengubat hati yang luka. Mungkin sebab itu tiada yang terlalu dramatik pada perbuatan Uzair. Dia tidak selalu marah-marah (selepas kahwin) cuma dingin saja dengan Ezzah. Atau mungkin kerana saya sukakan penulisnya kerana rasanya komen ini yang agak negatif untuk 4*.
Kisah basikal,Langkawi, kapal di Tokyo etc. itu ada manisnya sendiri.

Saya akan tunggu kisah Along - sebab ada 'hint' ...
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
July 29, 2023

Membuai perasaan bila baca. Best teruk! Berdendam dengan si abang, lalu berkahwin dengan adik untuk membalas dendam. Tapi bila dh berkahwin? Sanggup ke teruskan rancangan dendam tu? Heee
Profile Image for Mslvoe.
2,111 reviews204 followers
March 27, 2023
The best revenge is no revenge at all. You will never know how strong your heart is until you learn to forgive.

To me, kisah ini comel sangat! 👍
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
April 2, 2018
Semua orang cakap kisah ni comel dan sweet... Memang pon. Secukup rasa. Maka dengan ini lengkap lah cerita Ezzah dan Uzair, Sun dan (err tak ingat dah nama si pluto tu) dan Farhan dan Abir. Aku mula baca dari arah yang bertentangan. Aku boleh hadam sebab kisahnya santai lepak sambil makan keropok ikan.

Sweet revenge yang manis. Uzair yang sukakan laut, ada cold face, paling tak suka makan ubat, susah nak jatuh sakit, sarkastik dengan si Ezzah dan agak pendendam. Ezzah yang tinggi, banyak cakap, anak manja, budak bandar, tak suka makan sayur, takut dengan laut, pandai melukis, malas masuk dapur, degil dan sebenarnya baik. Sejahat-jahat mana pon seseorang itu ada juga terselit kebaikannya. Jahat tak semestinya kena lawan dengan jahat. Api kena lawan dengan air. Vice versa.
😊😊😊
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 28, 2015
Novel pertama yang dihabiskan semasa dalam kuarantin. Bravo Cherina! Walaupun aku ambil masa sampai 4 hari nak habiskan hahaha

***TBC
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
June 20, 2023
THIS. Omaigah. Vice Versa had me captivated from start to finish. This book was so enticing that I found it difficult to stop reading once I began. That just shows how nice the book is!

Now, I have to thank Pink for making me read this AND guess what? It was easily one of the best decisions I've made. I know this is an old book, but please get yourself a copy. The author might have extra copies in their safekeeping ^.^

I wasn't really attracted by the cover (still am), but since this was published almost 10 years ago, I'd rather not say much. It would be really nice if it gets revamped. Perhaps in conjunction with its 10-year anniversary? Just a thought.

Okay let's get to the book.

Enemies to lovers? ✅
She fell first, he fell harder? ✅



This is actually a light, leisure read. The plot, however, started so intensely. The ML, Uzair is a person with a lot of grudges. He spent his youth hating his best friend, or should I say, former best friend (his whole family included) ever since an unfortunate incident. From a cheerful character, he turned into a reserved individual. That kept on for about a decade.

That is until he met his counter. And that person, Ezzah, the FL, happened to be his former best friend's youngest sister. With the never-resolving grudge in mind, he began plotting revenge. The good thing is, FL is not a weakling. Diamond cuts diamond? Oh definitely.

This book takes you on Uzair and Ezzah's journey in life, and it teaches you about forgiveness, love, family values and friendship. Everything is bundled into one, and it was definitely an enjoyable read.

Although some aspects of the book could benefit from improvement, overall, I am content with the work as it is.

p/s - Very minor English grammatical mistakes. The funny thing is, all the long sentences are perfectly worded, but not the short ones. Hmmm. Something to pay attention to if this gets reprinted/ republished in the future.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
May 21, 2015
Novel untuk dilepaskan; RM12.00. Pm je....

Ironinya naskah ini hadir ketika aku sedang dalam misi memburu karya2 NB. Dek terpegun dengan covernya (yang aku rasa TERBAIK setakat ini daripada JS selain Rahda) naskah ini disambar jua. Agak sukar untuk men-tune kembali speedo meter pembacaan daripada berkelajuan 140 kmj (isu2 yang berat) kepada 80kmj (naskah santai).

Dan malangnya, aku bukanlah pembaca e-novel di blog mana2 penulis. Kekalutan seorang wanita yang pelbagai jawatannya menyempitkan ruang untuk menjelajah alam maya. Sumber pembacaan hanyalah untuk versi bercetak yang dijilidkan. Hardcopy/buku maksud aku. Tentunya feel membaca dalam naskah berbentuk begini takan sama dengan pengikut2 yang mengikuti siri2 mana2 naskah di blog. Dan pastinya menanti-nanti kemunculan naskah bercetak bagi mengetahui kesudahan sesuatu hikayat yang dikisahkan.

So, sila ambil kira faktor2 di atas ++++ pembaca yang dah masuk kategori 'sekolah lama'.....

(for me)..... Ini naskah untuk pembaca remaja. Ringan dan santai. Biarpun berpaksikan dendam kesumat seorang abang atas kehilangan adik kesayangan, namun tema dendam itu sendiri agak kabur. Kesumat Uzair hanya bertahan beberapa hari selepas akad nikahnya dengan Ezzah. Mungkin ini cara penulis untuk meringankan naskah ini. Watak Ezzah juga agak kabur diplotkan terutamanya selepas akad nikah. Ezzah seolah-olah hanya memegang satu jawatan sahaja (isteri kepada Uzair), malah aku sendiri tertanya-tanya bekerja ke tidak Ezzah selepas dinikahkan, apa jadi dengan degreenya? Hanya di hujung cerita sahaja persoalan ini dijawab.

Tenchnical part..... biarkanlah. Dukacita dimaklumkan masih terasa keserikannnya dek kelatahan penulis2 (yg baru dan muda terutamanya) apabila isu2 teknikal dicuit. So, (mental note for myself) a reader is a reader, jgn pandai2 nak jadi editor!

CUMA... ternganga dengan pengulangan berkali-kali beberapa perkataan kegemaran penulis;

i) Iman Uzar Ahmad Danial;
ii) Ezzah Hani Mohd Hanif;
iii) Khali
iv) satu minit... dua minit... lima minit... sepuluh minit...

Untuk i) dan ii), penyebutan nama penuh sesuatu watak paling maksimum hanyalah 2 kali untuk sesuatu naskah. Pengulangan berkali2 i) dan ii) seperti diatas secara langsung memiskinkan sesuatu yang mahal. Mungkin jika dibaca secara bersiri, ia adalah sesuatu yang dapat melonjakkan mood pembacaan, tapi untuk naskah bercetak seperti ini.... ohhh mataku hampir2 juling bila setiap kali dihalakan ke atas apabila bertembung dengan perkataan yang sama.

Sama juga untuk iii) dan iv) (point iii) terutamanya).... pengulangannya agak keterlaluan.

Apapun, ini baru naskah pertama penulis. (for me).... Aku harap untuk naskah2 seterusnya kelemahan2 yang remeh temeh seperti ini dapat di-detect ASAP oleh penulis sebelum naskah bercetak dikeluarkan. Juga, besar harapan agar penulis akan menemui jalan untuk menstabilkan momentum keterujaan ketika menulis kerana apabila terlalu banyak ilham yang ingin dicurahkan, selalunya pasti akan tergelincir dari landasan.

Peace ;)
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
July 4, 2014
Ohsem babe!!! Ohsem!!
manis dan shweeetttttt...

lama giler menanti, dah baca mmg pueh hati...

kisah hidup Ezzah dan Uzair...
Sorang panas, sorang sejuk.
Sorang peramah, sorang pemarah.
Sorang buat hal, sorang buat bodo.

tp yg penting.. Bahagia itu sentiasa ada.. ngeeee
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
July 4, 2014
3.5*

Kisah balas dendam paling comel sekali baca hehe.

'' hidup ini terlalu singkat untuk berdendan dan membenci ''

Iman Uzair yang kehilangan adik yang amat dia sayang Hazirah semasa mereka remaja, menyebabkan dia berdedam dengan sahabat baiknya Ezzaq. Bagi Uzair, Ezzaq la penyebab Hazirah meninggal dalam kemalangan jalan raya 10 tahun dahulu. Kemalangan yang ngeri juga la kalau baca sebab muka Hazirah ni masa Uzair lihat kat rumah mayat tu, berjahit disekelilingnya. Sebab sebelum kejadian kemalangan tu, Uzair ada bepesan pada Ezzaq, jangan bawa motor laju-laju sebab adik dia ada tumpang. Tapi namanya Ezzaq budak remaja yang berdarah muda, laju juga dia bawa. Tapi selepas kejadian tu la merubah semuanya. Uzair jadi pendendam pada kesemua ahli keluarga Ezzaq termasuk Opah Chik jiran mereka. Ezzaq pula menjadi pendiam kerana kemalangan tu.

Setela 10 tahun berlalu, Uzair masih lagi berdendam. Tak pernah padam. Kalau boleh rumah Opah pun tak nak pandang. Sampai macam ni sekali dendam Uzair. Dia lupa sekejap pada rukun iman ke 6, percaya pada qadak dan qadar. Tapi ketentuan Tuhan siapa yang tahu. Saat Uzair pulang bercuti ke kampung dia bertemu dengan Ezzah Hani adik kepada Ezzaq disebabkan kemalangan kecil antara kereta Aki sahabat baik Uzair dan kereta Ezzah. Petemuan pertama yang menyebabkan Uzair terdiam saat terpandang wajah Ezzah dan bila mana '' mata senyum '' tu mengingatkan dia pada seseorang iaitu Ezzaq. Pertemuan yang tak manis. Kali kedua mereka bertemu lagi la tawar. Dan kali ke tiga mereka bertemu Ezzah membalas balik apa yang dibuat Uzair padanya pada pertemuan kedua tu. Mmenag lawak sungguh idea Ezzah ni. Adakah patut Ezzah letak telur ayam tiga biji dalam topi keledar Uzair. Habis kepala Uzair saat dia memakai topi keledar tu bila tiga biji telur ayam tu pecah. ''Harum'' sungguh baunya. Hehehehe. Hujan telur ayam Uzair hari tu.

Selepas kejadian kali ketiga tu la Uzair terus masuk meminang Ezzah. Semua pakat terkejut, macam tak percaya ja. Keluarga Opah Chik sangat berbesar hati. Mereka tak memaksa Ezzah. Biar Ezzah pikir masak-masak nak terima ka tidak. Akhirnya Ezzah terima juga selepas satu kejadian. Dalam masa bertunang tu Ezzah banyak makan hati, maklumla Uzair dengan perangai ais ketulnya. Bila Ezzah tahu kenapa Uzair nak kahwin dengan dia semasa Ezzah tak sengaja terdengar perbualan antara Aki dan Uzair masa Ezzah nak melawat Uzair dekat kadang kambing dia. Tertanya-tanya Ezzah apa cerita sebenarnya. Ezzah balik dan bertanyakan Opah apa kisah yang sebenarnya berlaku. Bila Ezzah dah tahu semuanya dia mula membuat keputusan.............

~Nak tahu apa keputusan Ezzah, kena la baca buku ni.
~Berjaya tak Uzair hilangkan dendam dia pada keluarga Ezzaq?

...Tahniah buat penulis untuk buku pertamanya. Harap ada lagi karya dia di masa hadapan.

p/s : cik penulis..Restoran Mi Abu yg awak cakap tu akak pun baru tahu la yg dekat Sek Men Sultanah Bahiyah tu. Hehe. Maklumla sejak 16 tahun tak tinggal kat Kedah. Tahun lepas baru dapat tukar. Lepas ni boleh la akak p cari huhu. Nak pekena mee dia pula.

Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
January 13, 2018
I prefer Along's story. Tetapi tanpa cerita ini, rasa tak lengkap cerita tentang Paan.

Nice one. Lawan pada benci adalah sayang.

Yuni suka progress perjalanan dari benci kepada cinta. Tak terlalu pantas. Tak terlalu perlahan. Sedang2. Uzair, lain kali jangan benci sangat.

Disebabkan saya dah habis baca kisah Sun, Paan dan Ezzah. Penulis ada tulis tentang kisah Ezzaq ke? Manalah tahu ada tulis tapi Yuni x perasan. Kalau takde, tulis lah wahai cik/puan penulis.
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews108 followers
July 17, 2020
3.75 bintang

1. Okay. Setuju dengan pendapat ramai. Kisah ini comel.

2. Mula2 tu nampak macam heavy premise, tapi penulis olah dengan cara yang lebih santai, so tiada scene dramatik yg bisa menjulingkan mata. Thanks for that. Phew. Haha.

3. Let it go. Let bygones be bygones. Redha dengan takdir. Walaupun susah, tapi hati akan tenang jika kita boleh menerima qada' dan qadar dari-Nya.

4. Cuma, English dialogues tu macam sangat tak sesuai dengan suasana kampung kat Kedah tu. Tapi manala saya tau kan, kot2 memang orang sana speaking cair macam tu sesama sendiri haha. Perfect english pulak tu. Bukan broken atau rojak. Agak cringed pulak saya membacanya. Ideal pun kena based on reality.

5. Baru terbuka hati nak baca buku ni, walaupun dah lama terbit (2014). Buku2 lain penulis dah ada dalam simpanan, cuma tak sempat baca jer 😜😜. Mujur masih ada jodoh dgn buku ni. Better late than never kan? Ehh...melalut pulak. Point sebenarnya nak cakap, ada lagi ke orang pakai Blackberry sekarang 🤭🤭.

6. Rasa macam baca buku JS haha. Kuat betul aura tu. Start dari awal sampai habis. Untuk pembaca JS, mesti faham kan?

Rindu JS 😢😢
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
December 19, 2018
Buku kedua yang aku baca dari penulis ini.
Manis je kisah mereka ni.

Dendam itu memang menyakitkan. Akan menghantui kita sepanjang usia. Andai kita reda dan berlapang dada, maka dendam itu akan menjadi sesuatu yang sangat indah. Damai dan membahagiakan.

p/s: Sesuatu yang sukar untuk kita lakukan adalah melupakan dendam. Realiti, kan?
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
October 17, 2018
Apakah maksud perkataan 'khali' itu? Terganggu pembacaan bila jumpa perkataan tu sebab xtau maksud
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 6, 2016
I like the cover and the story and I think penulis boleh panjangkan/terangkan lagi tentang dendam tu. Saya suka sikap Ezzah yg tak mudah mengalah dan sabar dan saya juga suka ngan watak Uzair walaupun dingin ngan Ezzah dia tetap kisahkan isterinya.

Tapi apa tu maksud khali..betul2 tak faham..saya frust giler bila ada perkataan yg digunakan sukar saya nak terjemahkan dan bila jumpa, cuba padankan ngan ayat yg digunakan..macam lari pula dari cerita..maksudnya bebas/lalai..is it Indonesian language? kalau khalil atau khalifah saya tahulah..
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
March 22, 2023
To be able to get up and move on. Life is beautiful, without hate, you know.

Happy reading 😁

PS : Rasa macam nak tahu kisah selanjutnya si Along Ezzah ni. Watak yang menjadi tanda tanya.
Profile Image for Bay.
267 reviews4 followers
April 15, 2025
Aku suka betul penulisan author ni. Such a matured book. Rasa nak hempukkk je Uzair ni. Nasib baik laaa sedar diri cepat2.
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
March 5, 2023
What if someone asks for your hand in, but the genuineness were questionable? And, what if someone responded to your hartered with care and love instead?

This story is about a 29 year old Uzair and his 10-year of ongoing 'dendam' and hartered towards his childhood friend, Ezzaq, due to an incident that involved Uzair's younger sister. During his off time from his job as a pelayar, he came back to kampung, and there he unwillingly met a bubbly and cheerful 'city-girl' 22 year old Ezzaq's younger sister, Ezzah. Coincidence upon coincidence of bad 'meet-ups' and exchange between the two, at the third meeting when Ezzah decided to 'repay' his bad attitude towards her with something 'cheeky', her expectations was for him to get very angry over it. But instead of repaying back with something bad as well, Uzair did something unthinkable - to ask her hand in marriage. Has Uzair been ikhlas and honest about his proposal, or that he has his very own agenda which related to his dendam and hartered toward Ezzah's family and her older brother?

This tale centered on the theme of 'dendam' and hartered, and to accept fate and to let go of your past. It's a simple romance with a full on classic 'enemies to lovers' trope.

• I actually do like story very well and I thoroughly enjoyed it! To get this straight the story was absolutely cliche at every possible way and is quite predictable, and amusingly, that what makes me like the book! Due to that, the plotline were absolutely santai se-santai santainya jak, and the storyline were just very smooth, so it's page turner.

Talking about the cliche and predictability, WASN'T only bits of it here and there, but the entirety of the story was cliche and it's continuous between the chapters and ongoing throughout the scenes between plot progression. For example, you know when the tale mentioned 'rain', what's about to happen next is probably someone going to fell sick, and so on, and that's exactly what really happened in the story. I personally enjoyed it though because it reminded of early 2010s online fictions, and it's exactly how I used to write my fics back in the day!

• The story is simple jak and it was quite cute, and despite the heavy theme and heavy main conflict, it wasn't centered much on it throughout the plot, but it was 'penetrated' very deeply inside the ML.

The ML was a one absolutely extremely bitter person I'd say, yes, mengalahkan peria katak. Early on the story, he really upsets me very much over the way he's thinking, up to the point I see him as a teenage 'baruk angkat bujang' that's stuck in a body of a 29 year old man haha. His pain was understandable, but his dendam really went overboard untuk terlalu lamak lah. His personal plan towards Ezzah pun makes him quite dumb, even people around him brought up halal haram and he defended 'I know religion', tapi he still did 'it' makes me want to smack him early on. I'm just glad that before the marriage, itself he realizes what he has done, and even tried to 'fix' the situation. But boy oh boy Ezzah had another plan.

Ezzah for me is quite a great character, lovely person. Despite how she was labelled as 'city-girl' and 'anak bongsu perempuan' and how she wears ridiculous branded outfits at kampung, she wasn't what I thought she was, she actually just a pretty regular lady. Her maturity and changes over time is such a nice thing to see and could be seen well. And her 'fight' for the marriage, towards Uzair, as well as herself was quite admirable, she really is the epitome of a fighter and to not give up.

• I enjoyed the post marriage arc through and through until the end, they really went through a lot, especially tentang soal hati. One thing that left an impact in my heart is probably Uzair's second confession, they 'way' he did it, and how he decided to fully show his 'change'. I sobbed quietly for some time after reading that two pages, it's quite tough for the two of them, like even as a reader pun I could help but feel reaaaly lega over it. Ngl, I could recommend this book only for that part of the story, it's just THAT good and heart gasping okay.

• Despite all that and how much I love the tale, I do have some questions, and things I wished could've been touched more and expanded throughout the story:

• I personally think the characters, both MCs themselves weren't introduced as much, like their personal thoughts and background, if there are, it was only explained way too late. For instance, I wished Uzair's thoughts and background OUTSIDE of his dendam and internal hatred were introduced more. The first 90 pages, I could only see him as an angry teenage in adult body that doesn't know any other feelings apart from being bitter, and macam we only know how his personality pun mainly from third person instead of 'seeing' it from his 'live' behaviour. His everyday life also was never really explained, like we know about his jobs, yet his lifestyle and his 'regular' interaction with his family pun wasn't really showed early on, and only by the end of the book everything was explained and I could finally understand what he does haha.

- MENTIONS OF SPOILER FROM THIS POINT ON —

• Something I don't really understand is, despite how often Ezzah went to see Uzair and how often they met one another post 'proposal', I was expecting sesi ta'aruf or at least a proper conversation between the two of them, but there's none of it, and I was a bit disappointed? For instance, the ladang kambing part would've been a good opportunity for them to get to know one another. And Ezzah also doesn't question whether Uzair really know about her, like she wonder why her sebab they kept on arguing before, but no questions over why marriage immediately? Like, I could understand if she asks opah about him, tapi they met for the first time and their families has been seperate for quite some times juak? Like I'd understand if it's an arranged marriage, but this wasn't the case at all?

• And due to the lack of internal thoughs and dialogues of the main characters, I really did feel a bit distant from them. And in correlation, in regards of Uzair's plan and sweet revenge, I'm not sure if the plan was and his thoughts on it were hidden intentionally from the readers, but then it was also kept being mentioned briefly over how he is just 'acting', tapi saya sik faham juak what exactly he is planning and what is true and what is not regarding how he's acting? — I don't think it was ever explained what his plans were if Ezzah accepted or rejected his proposal, like I don't really get it why he's terrified that Ezzah accepted it? And like what exactly he wanted to do and what his big plan was to ruin her and Ezzaq's life? I was expecting he would broke off the engagement after playing around with her feelings, tapi he went on with it and was only about to break it off after she found out?

• This last one is on Uzair's hatred towards Ezzaq, and technically Ezzaq being the MAIN reason why all of these happened, yet rhe conflicts between the two were only touched very minimally towards the story, and I literally could count how many times Ezzaq showed up. For some reason Ezzaq also never showed up post marriage and during the family vacations, and It's a bit upsetting that the fact that Ezzaq knew about Uzair's plan and how he went against the marriage was dropped off quite abruptly and was never mentioned again, although he knows he is the cause why Uzair did it. And also, for some reason, there aren't really discussion nor a heart to heart talk between Ezzaq and Ezzah regarding the marriage and Uzair, even after everything has been revealed? I don't need drama, I only wished to see proper conversation and development of the main conflict in the story because Ezzaq himself is the 'core' of it.

With that, I highly recommend this book if you're looking for a quick bacaan santai and adorable cliches here and there! Despite the questions I had here and there, it's a a very enjoyable story to read!
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
July 1, 2017
#57-2016

Ringkas tetapi manis. Kagum sebenarnya dengan sikap Ezzah yang sentiasa bubbly dan tak cepat sendu walaupun dibenci dan selalu kena marah dengan Uzair.

Nota tambah: sampai dah akhir cerita pun aku still tak boleh nak kenalpasti kedudukan geografi kampung Uzair ni. Deskripsi kampung tu macam tak ada logika sikit. :3
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
July 16, 2014
Konon nak tunggu selepas Ramadan baru nak baca buku ni, tapi, penangannya kuat sangat, dan kita tak menyesal, memang cerita yg sungguh manis & awesome. I am glad i read it today. Cerita yg santai dan feel good. Mula2 takut jugak Uzair nak aniaya Ezzah, but he's a good man, and there's so much love in him, WALAU pun dia tak tunjuk dan perangai yang sungguh sejuk beku. And surprisingly Ezzah showed so much maturity in handling Uzair, betul lah tu vice versa, walau Uzair tunjuk perangai yg bagi kita yg membaca ni, nak ketuk2 kepalanya, tapi Ezzah mampu layan rentak Uzair. The odd couple, tetapi sebenarnya perfect for each other. Di harapkan Ednin akan terus menulis dan yang pastinya, nama Ednin termasuk dalam list penulis yg akan kita sentiasa keep up.
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
July 5, 2020
Novel pertama karya Ednin yg aku baca. Aku suka. Best. Konflik takde la complicated sgt. Dendam Uzair dibalas dgn cinta Ezzah. Novel ini menceritakan ttg dendam. Sweet revenge gitew. Susahnya nak dptkan balik harga sebuah kemaafan.

Uzair, berdendam dgn Ezzaq krn satu kemalangan telah membuat adiknya Hazirah meninggal dunia. Sejak itu, Uzair bermusuh dgn Ezzaq walau dah sepuluh thn berlalu. Sbb nak balas dendam, Uzair meminang adik Ezzaq iaitu Ezzah utk jd isterinya. Seminggu sblm kawen, Ezzah dpt tahu ttg niat sbnr Uzair tp dia bukan nak batalkan majlis malah nak sahut cabaran dendam tu.

Lepas kawen, takde la Uzair nak mendera hati & perasaan Ezzah pun. Dia dingin beku je mcm sblm ni. Tp makin hari dorg makin bahagia dendam pun ntah ke mana. Yg paling tersentuh bila Uzair sanggup lupakan kerjayanya demi Ezzah. Uzair yg sukakan laut sanggup tinggalkan semuanya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
April 21, 2020
*3.8

Uzair dan Ezzah.

Dendam yang di-counter dengan rasa sabar dan sayang. Akhirnya mereka bersatu dan bahagia. Siapa pendendam? Kena la baca 😊

Suka cara penulis menggarap setiap watak. Santai dan mudah nak faham. Jalan cerita yang simple tapi menarik. Sweet pun ya jugak.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
November 13, 2016
apasal la buku sempoi best macam ni suka bebeno dok menyorok dalam almari.. ezzah, suka benar ya aku baca kisah hang ngan uzair lambat-lambat? Ko tau tak aku suka happy enjoy jer baca kisah sengal sejuk si uzair, kisah hang yang manja lupa diri tapi dalam masa yang sama baik.. hehe.. mana si aki dengan along? diaorang pun sama komplot dok dalam almari senyap-senyap ya...

Novel ni bukan novel manis tahap lori gula terbalik.. sempoi sangat. uzair yang menyimpan dendam lama yang amat. Baginya sebab ezzaq adik kesayangannya hazirah menemui ajal. Lama dia simpan dendam sehingga menjadi seorang manusia yang lain. Sehingga bila bertemu dengan ezzah dia rasa dendamnya makin subur bercambah. Tapi, tanpa di sangka oleh pihaknya baik pihak ezzah, uzair meminang ezzah. Mana sangka dia mahu bermain api. Sangkanya mahu membuat ezzaq merana jika ezzah merana. Sangkanya dendamnya akan berbalas.. sangkanya semua akan pulih seperti sediakala.. namun, semua sekadar sangkaannya... mana nak sangka bila ezzah tahu hal sebenar kenapa uzair seperti tidak berperasaan, turut sama meneruskan pernikahan mereka... dendam berbalas dendam.. vice versa... tapi, seriuskah ezzah? Uzair?...

Suka dengan olahan penceritaan novel ini. Tahniah puan penulis Ednin Edninn... sempoi yang amat, selamba yang amat, menyampah yang amat.. ehhh...??? naper menyampah? Haa... sebab bila best, bila selamba dan bila sempoi mula la rasa, alaaa.... apasal pendek pulak citer ehh... hehe.... ngada kan?
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
March 16, 2015
kisah iman uzair & ezzah hani. kisah ni kisah kekeluargaan, dendam dan persahabatan.

dendam uzair pada ezzaq tak hilang-hilang walaupun dah 10 tahun berlalu. sebab dendam - ezzaq bawak motor laju sampai hazirah (adik uzair) meninggal. so dari berkawan baik, uzair & ezzaq jadi musuh.

satu hari, ezzah balik kampung dan terlanggar kereta aki. dari situ la uzair & ezzah kenal. uzair memang tak boleh langsung kalau mak dia (acik awa) sebut pasal ezzaq & family dia. ezzah pulak macam dah suka dengan uzair bila opah cik bagitahu uzair masuk meminang dia.

idea giler uzair datang bila kawan dia (yg thai) tu suruh balas dendam dengan cara kahwin dengan ezzah untuk balas dendam. uzair pun memang ikut plan tu. ezzah yang dah dengar uzair & aki sembang pasal dendam2 ni pun on je la kalau betul uzair nak balas dendam.

last sekali, hepy ending. uzair berbaik dengan ezzaq. happy ending.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 3, 2019
Nice. Kisah pasal Iman Uzair, dengan dendamnya, dan Ezzah Hani yang nakal dan manja. "All is fair in love and war" adalah janji Ezzah pada Uzair. Akhirnya, siapa yang akan menang? Adakah kemenangan itu manis?
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews15 followers
February 14, 2020
Sebuah cerita yg santai. Honestly, aku agak interested pada pertengahan cerita sbb nak tgk cara si Uzair ni konon nk balas dendam dgn keluarga Ezzah tapi konflik tu terus hilang dibawa angin bila Uzair fall in love dgn Ezzah. So the rest of the story it's more on how both of them lead their married life.
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
August 11, 2014
Penat ke hulu ke hilir cari novel ni and it's worth it
Jalan cerita yang tidak terlalu berat walaupun
berkisar tentang dendam dan benci
Sgt suka dgn watak heroin ni tegas dan tenang je
smpai boleh cairkan hero cerita ni yg ketegaq sgt kan...hehe
Nak tahu apa jadi dgn uzair si ketegaq ni and mcm mana die boleh brubah
kne la beli
Untuk penulis good luck and teruskan berkarya
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.