Kehilangan Irdina pada hari pertunangan memaksa Izzah untuk menjadi pengganti. Tiada pilihan saat itu, Izzah ditunangkan dengan Syed Ghazi demi menjaga air muka kedua-dua belah pihak keluarga.
"Abang buat apa kat sini?"- Izzah. "Oh, I mengajar kat sini. To be specific, I lecturer ganti. Today will be my first class,"' - Ghazi.
Encik tunang jadi lecturer dalam kelasnya? Oh, itu tak jadi masalah. Sebab, status tunang mereka itu hanyalah sementara. Tiga bulan lagi, encik tunangnya itu akan menjadi abang iparnya juga. Irdina akan kembali!
Namun, keengganan Irdina untuk kembali ketika tarikh nikah semakin hampir meletakkan Izzah dalam situasi yang sukar. Dan sekali lagi, dia terpaksa menjadi pengganti demi kepentingan diri masing-masing.
Tinggal sebumbung, berkongsi segala-galanya membuatkan jantung lzzah sentiasa berkerja lebih masa.
"Like tu suka. Love tu cinta dan sayang." - Izzah. "Kalau macam tu, abang like dan love you."- Ghazi.
an okay-ish read. boleh la best buat isi masa lapang gitu walaupun plot dia macam boleh diagak. tapi kadang tu rasa macam dialog between mc tu agak baku. andd saya mengharapkan scene maneh-bersemut-butterflies in stomach lepas kawen from kak mar tapi hm yilek. rasa macam beza sikit la writing kak mar sekarang tak santai macam dulu dulu idk mungkin aku yang dah lama tak baca cerita/novel kak mar🥲
apapun saya ternangis sikit scene hujung hujung yang ayah izzah dah berbaik dengan izzah tu. how i wish i could get this kind of closure with my dad too ‘))
this is indeed a light read. tak ada konflik berat, and even though i saw few people say the plot is quite predictable, aku tersasar jugak sebab ingatkan konflik antara Ghazi-Irdina tu pasal benda lain lol
surprisingly, the chemistry between the main characters is there, walaupun bonding diorang agak express. and even though it was so easy for Ghazi to berdamai dengan takdir :3 aku quite skeptical part ni sebab ingat he would grieve more, but Ghazi being Ghazi
i was quite disappointed sebab tak dapat the "sepak angin" part i expected (totally on me), and i wish there were more moments between Ghazi and Izzah after both of them dah terbuka hati (especially Izzah)
the bonding moments between the father and his two daughters were shown as well so dapatlah the closure. sksksk sebak jugaklah scene diorang berpelukan tu ‘))
Best cerita ni. Tahap kemanisannya cukup. Tidak perlu berlebihan. Walaupun ceritanya klise tetapi dengan olahan dan gaya bahasa Cik Mardiah menjadikan cerita ini sedap dibaca.
Ceritanya tentang Irdina yang melarikan diri dari majlis bertunangan dan Izzah pula yang menggantikan kakaknya yang hilang itu. Ghazi dan keluarga masih kekal tenang walau tunangnya sudah bertukar. Majlis berjalan sangat smooth.
Walau Izzah cuba mengelak untuk tidak berkahwin dengan Ghazi, mereka tetap dikahwinkan dan kelihatannya Ghazi menerima dan cuba untuk menjadi suami yang terbaik buat Izzah. Walau Izzah sukar untuk menerima kerana tiadanya rasa cinta, namun dengan kesabaran Ghazi akhirnya Izzah akur dan menerima seadanya hubungan tersebut.
Ada hikmah atas apa yang berlaku. Hubungan Izzah yang dingin dengan bapanya semakin baik bila Izzah mensyaratkan yang dia boleh berkahwin dengan Ghazi tetapi dia mahu ayahnya tidak lagi dingin dan menjauh dari Izzah.
Akhirnya Izzah dapat tahu juga kenapa Irdina melarikan diri. Itu pun dari mulut Ghazi. Sebab itulah Ghazi kekal tenang dan menerima Izzah dengan senang hati. Bila Izzah berjumpa dengan Irdina secara tidak sengaja, lagilah dia faham kenapa dan mengapa. Jadi apa yang dilakukan oleh Ghazi memang sangat tepat.
Next. Cerita Abang Ari pula. Walau tak menjadi dengan Izzah, jodoh tu masih ada walau dengan orang lain. Ya tak Ari? Ehemmm🫣
Best cerita nie.. tkde konflik yg memenatkan otak.. si Izzah yg garang.. si Ghazi yg sweet dan understanding.. bile da tamat tu rase cm .. argghh.. cepat nye abis