Jump to ratings and reviews
Rate this book

R.I.R

Rate this book
Hidup Alin yang tenang tiba-tiba bermasalah bila Drilling Superintendant yang baru, masuk ke pejabat. Lelaki dari masa silamnya terus menghantui hidupnya dari hari pertama bertemu selepas sembilan tahun.

“Abang minta maaf. Abang tau abang tak patut cakap macam tu dulu. Masa tu abang muda, abang bodoh.” Rafa lepas nafas yang berat.

“Saya maafkan. Tak ada apa-apa lagi, kan? Saya nak keluar.” Masih tak ada perasaan. Rafa ingat hari raya ke nak minta-minta maaf?
Alin terus keluar. Air mata dia jatuh tapi cepat-cepat dilap.

Apakah yang menyebabkan Alin berjauh hati dari Rafa?

426 pages, ebook

First published January 1, 2025

4 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Nasz

5 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (51%)
4 stars
19 (30%)
3 stars
9 (14%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for N.S.Y.
99 reviews3 followers
July 17, 2025
Tipikal kahwin paksa la kan.. Then kalau kahwin paksa ni memang kena tinggalkan bini lama2.. Then bini pun kena lari dari suami smpai 9 tahun?? 9 tahun kot.. agak ah.. baik xyah kahwin. Tak paham betul konsep kahwin tapi lepas kahwin bawak haluan masing sampai 9 tahun..

Jalan cerita, boleh la.. Macam yg d katakan, tipikal kahwin paksa.. No love in between.. Kahwin sekadar mak bapak yg suruh..

Cuma yg bawa beza 0.5 peratus adalah FL ada penyakit Lupus.. then guna alasan penyakit berjauhan dgn suami.. then, mcm biasa.. normal FL yg TERPALING baikkkkk, rahsiakan penyakit sbb xnk bg orang sekeliling risau.. Again.. Tipikal klishe novel again..

ML pulak pun sama la.. dlu cinta dekat org lain, then kena pksa kahwin.. sbb anak yg baik maka ikut la.. lepas tuh bawa diri dgn alasan nk kejar cita2.. Ehhh ko.. Lepas 9tahun balik mcm tiada apa yg berlaku..

Maka, terjmpa balik after 9 years, tung tang tung tang kejar mengejar tinggal sekali, dah bila depan mata maka jd la hubungan suami isteri baru nk tahu tanggungjwb.. Apoo..

Then, tahu FL sakit.. ML setia jaga.. END..

TIBER!!!! keluar novel fizikal.. dengan jalan cerita yg lagi baik dan ending yg happy.. Dah la beli ebook mahal.. Ending tergantung, sekali keluar novel.. Jiwa ku meronta nk maki.. Sekian..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for zairaidah.
406 reviews40 followers
August 12, 2025
Baru sampai terus buka baca. Selalunya saya akan simpan dulu. Tak menahan sebab asyik lalu dekat tik tok.

Ni dah habis baca mula la nak sedih sebab dah habis. Background pekerjaan dalam oil and gas. Tak faham tapi enjoy je baca. Yang saya tahu mereka ni gaji berkepuk.

Batrisya. Sumpah annoying. Tak tahulah kat mana baiknya minah ni. Sekali dengan family dia pun tak guna. Gila dah kot. Kesian dekat anak-anak. Alin pun layan tak layan je kalau terjumpa minah ni. Tapi tu la mulut tu tak tapis, dalam tak layan tu Alin terasa hati jugak la.

Sedihnya masa Rafa dapat tahu apa penyakit Alin. Ha tu la padan muka. Kasihan tau dekat Alin, sorang-sorang hadap penyakit SLE tu.

Rafa lambat sedar yang dia tak nak hilang Alin. Bukannya dia tak usaha dalam tempoh 9 tahun tu. Banyak cara dia buat untuk jumpa Alin tapi tak berjaya. Nak marah kat Rafa pun tak boleh lama sebab rasa lawak tengok cara dia bergurau dengan Alin.

Happy ending tapi still sedih sebabkan penyakit SLE tu.
Profile Image for Mslvoe.
2,037 reviews195 followers
December 2, 2025
Book cover gorgeous 😍
Spacing nice 🤩
Fonts are big and easy on the eyes 💙

F have kept this book for ages... thank you friend for letting me borrow it.

From ebook to novel with additional chapters. Actually rasa not fair.. why keluarkan ebook if nak jadikan novel one day. Hope in future tolong jangan ada trend begini. Kesian my pocket 🙈

F really enjoy this story. Dari mula, kita boleh tengok Rafa is super easy-going with Alin. Uols boleh tengok bila Alin messages Rafa... he gives full attention. Berbeza layanan Rafa terhadap Batrisya.

Speaking of Batrisya, she’s one of those people who just doesn’t understand. Merasakan diri dia hebat dan cantik. Layanan Batrisya also dingin... itu belum kata² sarcastic pada Alin. F sendiri rasa annoying. Seriously F can’t stand her.

Lama jugak Rafa dan Alin berjauhan before getting back together. 9 years. Sorang ke A, sorang ke B.

Alin ni dia dah give up. She was hurt and sick. Dia tak bagitahu pun abah dan Rafa tentang penyakit dia.

F also love Abah's character... chill je and very undetstanding. F can totally imagine him smiling at his kids’ antics.

Overall, this story is cliche, fun and amazing. Not boring at all and fast-paced.
55 reviews2 followers
August 3, 2025
Okay done khatam novel. Tak sabar betul, sampai je terus baca. Ingatkan nak start baca start dekat ending ebook je, tapi terbaca dari awal. And nasib baik baca dari mula balik sebab banyak persoalan yang tak terjawab dalam ebook tapi ada dalam versi novel. Dulu peratus kemarahan kat si Rafa ni macam 90%. Tapi bila baca versi novel, peratus kemarahanku terus menurun 🤣 Masa baca ebook macam si Rafa ni senang betul nak baiki apa semua, dah terlambat bang. Anggap Alin ni second choice ke?? Tapi bila baca novel ni hmm okaylah tak jadi nak kecam Rafa lebih-lebih.

Berpisah 9 tahun tu bukan sekejap tapi lama bethols. Si Rafa memang berterusan mencari, tapi Alin ni asyik melarikan diri. Jangan marah Alin, dia budak baik cuma tak matang je. Dalam fikiran, dahlah sakit, lelaki pujaan nak kahwin dengan kekasih hati. Mana sanggup member nak hadap. Jadi cara terbaik (bagi dia yang berumur 19 tahun) lari dan terus lari.

Aku rasa watak dalam novel ni semua aku suka kecuali seorang jeeee. Si Batrisya tu. Ya Allah semakin bertambah perangai annoying dia kat dalam novel ni. Paling kesian si Izhan tu lah. Sebab cinta sanggup terima segalanya.

Tapi itulah pengakhiran Batrisya tak seperti yang aku harapkan (contohnya kena gilis dengan lori).

Dalam novel ni ada part pasal penyakit SLE and ada penambahan jugak dari versi ebook which is ada betulnya jugak. Kalau penjaga tak utamakan diri sendiri masa menjaga orang sakit, macam mana nak hadap berbulan atau mungkin bertahun. Tapi Rafa ni memang bendera hijau sungguh kukatakan (dulu je dia jadi bendera jingga sekejap pastu dah insaf). Cara dia jaga Alin sepanjang sakit, sama2 usaha untuk ubah gaya hidup Alin jadi lebih sihat and dia pun join sama. The effort tu tak semua boleh buat.

Panjang pulak dah apapun lastly watak kawan2 Alin function teruks lagi-lagi Gee. Overall novel ni termasuk antara salah satu novel yang aku suka walaupun maybe klise sebab yelah kahwin paksa lepastu berpisah bertahun pulak, tapi mungkin cara olahannya buat aku suka and tak bosan Banyak info-info menarik pasal offshore (yang tak semuanya aku faham 🫠), and pasal penyakit SLE. Scene menyentuh jiwa, kadang2 tergelak baca dialog bersahaja watak-watak. Cuma kena banyak bersabar dengan watak manager HR tu je.
Profile Image for Ririn Aziz.
788 reviews106 followers
November 1, 2025
3.85 bintang

Finally, dapat habiskan buku ni !

1. Bacaan kali kedua ni adalah untuk novel. Tapi sebab tak diasingkan novel dan ebook, maka jadilah seperti reread. Dah try tukar edition tapi dia still pergi ke ebook.

2. Bacaan kali ini agak slow berbanding baca ebook. Mungkin kerana dah tak ada elemen of surprise yang buatkan bacaan kali pertama (ebook) begitu mengujakan. Masa tu maksud RIR tu pun dan lebih separuh cerita baru tahu. Sebelum tu tertanya-tanya jugak apa benda la RIR tu haha. Untuk novel, semua tu termasuk ikatan antara Alin dan Rafa pun dah dibagitau siap-siap kat blurb.

3. Walaupun mereka dah lama jadi suami-isteri, tapi saya tetap ada rasa weird jugak hubungan dioramg. Sebab tindakan Rafa banyak digambarkan sebagai abang yang menyayangi adiknya. Jadi bila it came to the romantic parts, transition tu macam tiba-tiba sangat. Last jumpa benci sangat, then bila jumpa balik ehh jadi gatal pulak huhu. Yes, memang ada gap 9 tahun, tapi there were no communications at all between them. At least, ambik la masa sikit untuk Rafa court Alin properly. Dah la Alin kena kawin umur 19 tahun lagi, lepas tu dia tak der pun proper guidance dan tempat nk minta tunjuk ajar. Kalau dalam Sweet Sour, even though Lia dan Joe tu strangers, tapi diorang dah dewasa masa kawin tu. Senang cerita, the romance part tu tak berapa impactful kot berbanding cerita-cerita Nasz sebelum ni. Hence, rating turun sikit.

4. Very good info pasal o&g dan SLE. Saya pernah dengar, tapi tak tahu pun penyakit tu macam mana sebelum ni.

5. COVER TU LAWA GILERR!!

But still, i will autobuy anything from Nasz, without even knowing what it is about haha


*************************************************************************
4.5 bintang

Walaupun tak puas hati sebab rasa ehh, tiba-tiba dah habis camtu jer, tapi macam biasa cerita ni kategori tak boleh letak selagi belum habis. Unputdownable haha.

Macam biasa cerita dari Nasz best Dan berbaloi baca. Tak sia-sia berurusan dengan ds pukul 12.30 pagi. Ds pulak terus hantar fail pukul 1.30 pagi haha.
Profile Image for Nik Natia.
62 reviews3 followers
January 20, 2025
Memang looking forward klau karya penulis..
R.I.R Rafael Ibrahim Redza
Tapi awat ending lagu tu..
Please jadikan novel..
Harap² ada sambungannya
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
August 5, 2025
From ebook to physical book.

Tak menyesal aku beli buku fizikal. Best gila buku ni.

Second chance reconcilation? Alin sangatlah baik. Dia la yang paling bagus tau. Rafa mula-mula red flag. Tapi, lepas 9 tahun baru jadi green flag. Ish kenapa la lama sangat nak jadi suami yang bertanggunggjawab? Patut la Alin lari. 😵‍💫

Overall, aku suka sebab buku ni banyak terangkan pasal engineer pov dgn SLE patients pov. Banyak benda aku belajar especially emergency condition dlm dunia oil & gas. Menekan bethol 😮‍💨
Profile Image for chelsannereads.
168 reviews2 followers
October 12, 2025
Rating: 4/5🌟
Trope: anak angkat x abang angkat to lovers/arranged marriage/offshore/colleague to lovers/ etc..

Rafa tak pernah percaya pada jodoh yang dipaksa². Apatah lagi bila calon isteri itu adik angkat sendiri. Tapi bila permintaan terakhir mama yang sedang nazak ialah untuk dia kahwin dengan Alin, gadis yang dia kenal sejak kecil. Rafa jadi speechless.

My thoughts 💭 (my opinion)

Sebuah cerita yang menarik untuk dibaca walaupun plot kinda klise tapi best! Emosi aku waktu baca buku ni naik turun.📉📈 Aku memang tak boleh marah Rafa lama² sebab dia sweet gila dengan Alin. 😭 Kita geram tau dengan perangai dia tapi dia sweet, macam mana tu? 🤣

Cerita yang agak fast pace and setiap chapter short je. It's a good read for me untuk yang first time baca buku penulis. Kita baca RIR ni dari ebook dulu, lepas jadi buku tu memang kena beli lah sebab nak tahu kesudahan. Gladly I love 💕 the storyline, best sangat! Tak menyesal beli🤭🙈

What I love about this story ialah dia ketengahkan kerjaya offshore dalam buku ni. Which is very good one sebab jarang penulis buat cerita pasal kerjaya ni. Walaupun aku tak faham sangat bila dorang start discuss pasal offshore ni tapi aku layan je. 😆 Penulis juga ada tulis pasal penyakit SLE ni which is very good too sebab tak banyak orang tahu dan kenal dengan penyakit macam ni. Sedikit sebanyak ada input yang penulis letak dalam karya ini yang menjadikan buku ni tak kosong dan bukan sekadar romance sahaja.

Certain character yang aku annoyed sangat ialah Batrisya. Perempuan ni memang buat darah aku naik betul 🔥 perangai tak matang dah ada anak pun still terhegeh² nak laki orang. Ei akulah perempuan ni! 😤 Bukan Batrisya je yang aku annoyed sikap Rafa pada awal pun aku tak berapa suka bila dia insult Alin. Lepastu bukan tu je. Aku tak suka sikap Rafa yang tak tegas untuk pertahankan Alin bila Batrisya buli Alin. I was like dude! Please stand up for your woman! Janganlah diam je pastu duk gelak² je kerja kau. 😤 Bukan dia nak pertahankan Alin bila Batrisya arah² Alin buat kerja waktu kenduri tu.😌 Fuh done luah. 😮‍💨 Tapi nasib awak sweet Rafa jadi saya cair sikit hahahaha. Sebenarnya banyak lagi nak cakap tapi takpelah kita pendam je hahahaha.

Highly Recommended kalau korang nak cerita yang pain sikit je, lepastu ada blushing banyak this is for you! 😍
Profile Image for Cutie_pie28.
387 reviews8 followers
July 21, 2025
Its not enough.. i need more.. tp mcm pelik laa lepas kahwin bole bertahun² tggl asing.. bukan sethun dua yee… but light reading.. kesian jugk kt FL ni sbb die sakit..
Profile Image for Aira Zira.
94 reviews2 followers
November 22, 2025
Rafeal Ibrahim Redza diminta ibunya untuk berkahwin dgn Jezalin si anak angkat dalam keluarga. Kerana amanat terakhir si ibu, anak2 pilih untuk akur walau tidak rela dgn ikatan yg dipaksa. 9 tahun Alin bawa diri nak jauh dari Rafa. Sudahnya kalau dah memang jodoh, kerja pun sebumbung.

Mulalah Rafa dgn teknik memikat si isteri. Kemain tegas si Rafa ni kalau bab Alin. Alin pun redha je sebab fikir nak berpisah. Dipaksa duduk sekali dgn Rafa. Dgn Batrisya yg macam kucing suka mengendeng dekat Rafa. So Alin rasa kena hormat hubungan diorang. Lepas 3 bulan, dia comfirm nak angkat kaki.

Part2 oil & gas dalam cerita ni memang saya bagi kredit dekat penulis. Power betul ilmu beliau. Saya surrender. Tak faham sepatah apa pun. Iye iye kan aje. Yg sakit hati dgn si Rafa ni sebab buat orang sekeliling dok bergosip. Sana kata dah kahwin, sini kata skandal, sinun kata nak bercerai. Semua kena game dgn mulut masing2.

Yg kelakar si Gee dgn Yanti. Watak depa ni memang A+. Suka betul kalau scene diorang masuk. Ada je benda nak gelak. Bila tang plot twist pasal si Alin pun boleh tahan juga. Pilu kejap. Sampai Encik Redza pun rasa bersalah. Banyak yg Alin tanggung rupanya. Si gedik Batrisya? Memang power gedik dia sampai rasa meluat tahap nak sumbat kepala dia dalam lubang jamban.

Cerita best. Awal2 tu mcm perlahan sikit. Lepas yg kena syarat2 tu dah glow up. Ending dia terus buat saya tergapai2 di tengah lautan ekk.😂 Nasib baik Rafa dgn Alin ni comel. Usik mengusik tu memang nampak semulajadi. Tahu2 sayang. Eh rupanya dah lama crush. Eh banyak lah eh eh sebenarnya. Okay lah terpanjang pula. Selamat membaca!
Profile Image for Nunaahmad.
11 reviews
January 19, 2025
Best. Seperti biasa novel karya Nasz memang the best. Tapi sy bagi 4 bintang sebab banyak persoalan yg tergantung. Mcm Mana dgn Alin bila Rafa kena Kerja or pergi offshore nanti? Kerja Alin mcm mana bila dia flare up teruk nanti? tahap SLE? Anak? Mental or emotion both of them? Batrisya and family? Status Alin & Rafa dkt tempat Kerja? Huhuhu... Nasihat sy ecehceh.... Nasz please la buat dlm versi novel cetakan & panjangkan kisah semua plus sweet ending 🫣. Lastly, tq so much Nasz selitkan info tentang kerja2 offshore secara detail & penyakit SLE sgt tepat. Rasa mcm buat revision balik pasal diagnosis ni even though dah belajar lama dah... Tapi seriously sy baru jumpa 1 kes sepanjang Kerja sbb rare disease. Nasz seriously please buat versi novel cetakan ye🤭🤭🤭. Tq
Profile Image for Balqis.
7 reviews
January 19, 2025
Nak bagi 5 star tapi cerita tergantung..harap sis nasz sambung kat novel saya confirm akan beli!

Gaya penceritaan yang santai dan kelakar, menarik sehingga membuatkan pembaca keep on reading sbb nak tahu apa jadi selepas tu. Scenes batrisya semua buat saya meluat mcm tipikal perempuan jahat drama melayu/novel melayu isteriku suamimu haha.

Harap sis nasz keep on momentum untuk tulis novel dgn gaya sebegini dan harap endingnya perfect . Amiin!!
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
28 reviews
September 16, 2025
📖✨ Review Novel R.I.R. ✨
Penulis : Nasz
Personal Rating : 4/5⭐️

AWAS REVIEW SAYA PANJANG!!! 🫣

Pernah dengar tak klisé nya bila adik beradik angkat diminta untuk berkahwin?

Alin diambil sebagai anak angkat sejak dari kecil oleh keluarga Rafa. Kedua-dua ibu (Puan Yasmin) dan ayah angkat (Encik Redza) Alin termasuk abang angkatnya, Rafa amat menyayangi Alin seperti ahli keluarga sendiri.

Sehinggalah Puan Yasmin membuat permintaan untuk Alin berkahwin dengan Rafa. Puan Yasmin tak nak Alin terpaksa keluar dari rumah sementelah kemation dia kerana dia tahu hayatnya tidak lama.

Saya suka bila penulis memberitahu dengan jelas kenapa Alin perlu dikahwinkan dengan Rafa. Salah satunya sebab Puan Yasmin mahukan Alin terus tinggal dirumah itu setelah kematiannya.

Penerimaan Rafa?

"Abah, sampai bila kita nak berkorban untuk dia? Sampai dia mati ke? Baik dia je yang sakit, bukan mama. Cepat sikit dia mati.” (Rafa)

Siapa je lah yang tak terasa dengan ayat macam tu kan?

Alin kalau boleh tak nak pun terima permintaan Puan Yasmin. Tapi melihatkan Puan Yasmin tak nak makan dan minum, dia terpaksa akur disebabkan terlalu menyayangi mama nya. Kalau kita sayang sangat orang tu dan rasa terhutang budi, human nature yang normal memang akan buat apa sahaja kan?

Masa ni, dan semasa tahu kisah di sebaliknya pada pertengahan cerita, luluh rasa hati sebab Alin ni jenis yang sangatlah mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri.

Rafa? Rasa nak sekeh je tau kepala mamat ni!
Dah lah lepas 9 tahun, tiba-tiba je cakap dekat Alin.

“I wish you'd ask me to spend the rest of my life with you." (Rafa)

Biasheee dia tu!!! Dah cakap bukan-bukan 9 tahun lepas tiba-tiba bila jumpa balik cakap macam tu dekat Alin?
Ingat romantik lah tu?

💜 Apa yang buat novel ni best?

✔️ Ilustrasi dan tulisan yang besar- Hahahaha sebab saya jenis yang visualize. So bila ada gambar dekat sesetengah scene, jadi macam lagi best nak meneruskan pembacaan.

✔️ Karakter yang berkembang – Rafa dan Alin bukan watak sempurna. Mereka ada silap, ego, dan sisi yang buat kita rasa dekat dengan mereka.

✔️ Plot twist – banyak babak yang tak dijangka, buat saya sentiasa tertanya apa yang bakal jadi seterusnya.

✔️ Emosi yang mendalam – kisah tentang cinta,
peluang kedua, dan makna kesetiaan yang benar-benar tinggalkan kesan dekat hati saya.

✔️ Pengetahuan mengenai penyakit dan cabaran pekerjaan - Penulis banyak letak info mengenai penyakit SLE dan cabaran pekerja di offshore.

Yang saya rasa kurang sikit?
1- Saya sakit kepala dengan perangai si Batrisya tu. Ya Allah!!! Hahahaha. Dah hujung cerita baru nak bagi si gil4 tu diam kan mulut 🙂‍↔️

“You tak rasa bersalah ke tambahkan beban dia?" (Batrisya)

Kau tu yang beban sebenarnya cik kak. 😌

2- Alin yang suka main lari-lari sepanjang 9 tahun. Tapi nasib baiklah ada logiknya dia macam tu. Cumanya kenapalah Endik Redza tak nak bagi tahu je dekat dua-dua ketul tu? 😆

✨ Kalau korang suka kisah romance + drama keluarga + peluang kedua dalam cinta, novel ni memang berbaloi untuk dibaca. Ia bukan sahaja menyentuh perasaan, malah buat kita merenung tentang hubungan dan pilihan dalam hidup. Yang paling penting, KOMUNIKASI tau!!! Ishhhh. Hahahaha.

Worth to read. Terima kasih lah baca bebelan saya sampai sini 🫣
Profile Image for Elurine.
77 reviews2 followers
November 30, 2025
Mula mula ingat buku ni genre angst rupanya romcom 🤣 dari bab 1 sampai penamat sumpah kelakar HAHAHAHAHAHAAHAHAHAH. Takleh lupa betullah si rafa tanya dah kawin ke pastu dia selamba jawab dah kawin pastu alin pun jawab oh tahniahlah sumpah kelakar 🤣🤣

Tropes— romcom, he fell first but he fell harder, found family x found love, second chance, secret workplace marriage, slow burn romance

Ceritanya bermula rafa yg terpaksa kawin dgn adik angkat. Adik yg mmg dia betul anggap adik tak lebih dari tu. Mengamuk betullah rafa dgn idea tak masuk akal ni sampai melukakan hati alin 🥲 dahtu alin pun terluka sampaikan diorang ni jadi suami isteri beberapa hari je dan 9 tahun mereka berpisah. Yg sorang junjung ego, sorang lagi tak nak rasa terhutang budi, tak nak rasa bersalah haih pening betul masalah dua org ni. Tapi selepas 9 tahun, tahu tahu je sepejabat. Pertemuan pertama diorang tulah rafa super bos alin tiber nak semua orang kenalkan diri hahahahaha saya yg membaca ni pun rasa pelik pastu ditanyanya alin tu dah kawin ke belum 🤣

Rafa ni mostly menyakitkan hati, ada je jawapan dia kalau dengan alin. Nasib baiklah alin pun hati batu, takdelah dia makan hati sbb alin pun sama naik dgn rafa. Rafa cakap sepuluh alin pun boleh balas sepuluh atau lebih perkataan. Bab ni diorang mmg sekufu 🤣 baca cerita ni teringat gak ada satu cerita ni sebab rafa ni minta peluang kedua dan bagi syarat tapi syarat tu berat sebelah walaupun berat tu utk keharmonian rumah tangga diorang. Tapi takdelah geram sgt dgn rafa ni walaupun dia MOSTLY menyakitkan hati sbb dia ambil berat dgn alin, dia bertanggungjawablah, dia tak reti dia belajar walaupun benda tu paling dia tak suka, contohnya memasak 🤣 nak potong ayam pun diukurnya dulu. Paling suka rafa ni setia 🥹 alin tu ada kekurangan pun dia setia, dia tetap dahulukan isteri dia. Apa yg isteri dia kena buat, dia pun ikut sama cuma sampai ke hujung jugaklah annoying si rafa ni HAHAAHAHAH

Alin ni hidup dia sedihlah dia anak yatim piatu, family rafa ni yg jaga alin dari umur 9 tahun. Alin pun takdelah beria sgt dgn family rafa sbb dia masih sedar yg dia pun bukan sesiapa 😭 tbh jadi alin ni sedih sebab banyak benda yg alin hadapi seorang diri 😭 dah lah sorang, takde tempat mengadu, ada laki pun laki duduk luar negara. Terfikir pulak apa sebab lah si rafa tu duduk norway walaupun dia still cari isteri dia tapi tulah salah engko lah rafa tak berterus terang dari awal. Nampak je rafa ni dah suka tapi tulah apa yg ditakutkan sangat nak mengaku pun 🙂

Watak dalam novel ni semua baik kecuali batrisya tak guna. Perempuan tu mmg perempuan paling tak guna. Sampai ke hujung lah jahatnya tak insaf insaf. Dia jadi insaf pun terbongkar sisi gelap dia haa amek ko padan muka!

Tapi jujurlah kalau saya jadi alin, mesti byk merajuk tapi sbb alin ni hati batu agaknya, so dia byk telan je 🥹 tapi papepun buku ni sedih dia ada lah 1% , asal nak feeling sedih tetiba ada je yg buat lawak, tak rafa si alin 😭😭 so sesiapa yg reading slump tu sesuai baca cerita ni!
1 review
November 13, 2025
First of all I beli buku ni sbb cover cantik !! Then sinopsis menarik hati and I never read the ebook.

So jalan cerita sangat berpotensi dan gaya penulisan santai tp for me it’s a little bit dragging. Rafa tu slow betul ya geram pualk dok baca. Bagi I rafa dah boleh announced perkahwinan dia dan alin tu time dia buat majlis doa selamat. That was the best way to tell everybody.

Ambil tangan Alin then drag her to everyone there and introduce.
This is my wife
Then be it org nk terkejut ke apa ke time tu la. Ni randomly announced dekat pantry ofis yg ada berapa kerat je kt situ.

Dengan watak batrisya tu patut dah boleh cut awal lg tu masuk part ex-husband batrisya la itu ini, rasa mls nk baca part tu.

And the grovel. I rasa terlalu senang utk Rafa ungkap sayang. Tiba2 balik tiba2 dah sayang. And mcm mana dia boleh sedar yg dia sayang alin sedangkan selama ni dia sayang sebagai seorg adik. Ok maybe I x faham cara Nasz nk terangkan pasal soal hati but still. Rafa should grovel a little bit more, buktikan yg dia betul2 sayangkan alin ini nk announced marriage pon punya lama.

Ok that’s all. First time tulis review. Overall ok aje might give a chance to ready another nasz’s novel.

Tq
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nene.
10 reviews
December 21, 2025
Novel mengisahkan Alin and Rafa yg dipaksa kahwin atas kehendak ibu mereka. Suka sangat cerita ni!!! Kita ni dari field engineering jugak tau, walaupun bukan oil and gas tp salute sgt dgn detail yg author letak psal pekerjaan Rafa. Interaksi antara character sgt serasi dan lucu! Awal tu adala skeptical skit dgn cara penulisan author, tp lepas tu enjoy je baca. Smooth transition and character development pun okay. Tak sempat kita nak marah si Rafa ni sbb dia pndai pujuk Alin huhuh Sangat sesuai kalau sesiapa yg cari karya yg nak sedih tp tak terlalu berat. Level pain dia 2.5/5 mcmtu.

Part sedih yg buat I menangis tu bila Alin give up dgn life dia. Taat je Alin ni, pstu semua dia buat sendiri. Mana kita tak sedih, rsa mcm nk hug je Alin ni. U deserve all the love la girl!

Part yg boleh diperbaiki ( i beli physical book),
Copy yg saya dpt ni byk jugak format yg lari. Dari segi printed margin dia ada yg sampai hujung page. Nasib baik tkda words yg tercut. Ada juga chapter yg tiber font dia terlebih kecil and tak consistent.

Profile Image for Ctriko.
279 reviews6 followers
April 24, 2025
Kisah sedih tentang Jezalin (Alin) seorang penghidap SLE atau LUPUS. Alin adalah anak angkat dan hubungan di antara Alin dan Rafa sebagai adik dan abang berubah selepas Alin terpaksa bernikah dengan Rafael Ibrahim Redza (Rafa) atas permintaan ibu angkatnya yang sakit tenat kanser saraf bagi menjaga hubungan Alin dengan Rafa dan bapa angkatnya.

Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan tergantung tiba-tiba dah tamat macam tu je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Terasa macam aku pulak yang kerja di pelantar minyak ni ha ha ha. Adoi, Cik Penulis memang suka 'mendera' jiwa dan raga aku je tau. Tolong sambung kisah diorang ni ya aku tak puas hati sungguh baca cerita tergantung macam nih. Ada banyak lagi persoalan yang tak terjawab lagi ni...

*Cik Penulis dah janji akan keluarkan buku lepas pbakl tau he he


Profile Image for Sitiisread.
1 review
August 12, 2025
Kisah antara abang dan adik angkat. Tbh aku suka cerita ni. Plot mmg klise. Dkt sinopsis pun dah tulis. So those yg baca then tak puas hati kata cerita ni klise, mungkin perlu belajar membaca dan memahami apa yang dibaca.

Ketengahkan tentang dunia O&G, SLE, boleh dikata cerita ni tak kosong. Aku reader yg mmg suka plot klise, so aku rasa puas jugaklah even part SLE tu mcm sekejap sgt. Tak sempat nak nangis. Masa Alin jaga mak dia yang sakit dan masa Rafa jaga Alin, aku boleh relate penat dia mcm mana. Those yg ada family member yg sakit akan faham keadaan tu.

Cuma aku nak complaint ttg editing. Editor ni tak check ejaan ke? Stress aku bila jumpa typo dan ayat pusing terbalik.

Overall cerita ni worth it.
Profile Image for Amutha.
770 reviews6 followers
September 18, 2025
Typical Malay novel. Kindaof a trend nowadays. Kahwin paksa, benci/tak suka, suddenly after a few years jatuh cinta dgn wife. Obviously there will be a 3rd wheel which normally would be the husband's previous girl friend. Difference in this novel, heroine ada penyakit.
Rasa kan tak perlu kot banyak mukasurat. Banyak pengulangan scene. Sometime different tempat je. Menyesal pulak beli novel ni. Tertipu dgn TikTok
Profile Image for Adira Dahlia.
11 reviews
August 31, 2025
for me buku ni tak heavy mne pun. biasa je. cuma tulaa utk 9 tahun tinggalkan tu hurmm tak sukanyaa hahahahah. buku ni gaya penulisan ape semua dah mantap dahh tapi smpai jalan cerita je yg i rse mcm a bit hurmm sket. author berbakat cuma jalan cerita i hope lepas ni boleh diperbaiki lagi. worth je baca, sbb gaya penulisan tak sakit mata cuma author i harap ade closure yg lebih baikk, mwahh🫰🏻
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.