“DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawan muslim dalam negara ini. Pandangan-pandangan politik beliau mengambil kira gabungan antara tuntutan roh nas-nas syariah dalam teks dan penjelmaannya dalam realiti semasa.Saya berharap tulisannya ini akan menjadi satu lagi sumbangan ke arah memahami kerangka pemikiran politik dalam Islam.Didoakan ia dapat menjadi penawar kepada kejumudan golongan yang membicarakan nas-nas politik dalam agama ini secara literal. Juga menjadi ubat untuk mereka yang cuba membebaskan politik dari prinsip-prinsip agama.Moga ALLAh memberkati usaha akhi fi llah Dr. Maszlee Malik!”
Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.
Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.
Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.
Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.
In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including: • President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO) • President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU) • Head of the Council of Boy Scouts Malaysia • Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees • President of International Islamic University Malaysia
Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee
Kenal beliau sejak sekolah menengah bila aku beli buku Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis di pesta buku sekolahku. Suka betul dengan Emad Akil, spy palestin yang menyamar jadi yahudi dan fasih ibrani di israel sampai aku ingat nama tu hingga sekarang (ada film tentang beliau di Palestin). Nak kenal Emad Akil boleh baca buku Hamas ni. (Google pun bolleh...)
Perkenalan melalui buku terhenti di situ tetapi kembali berputik bila beliau menjadi Menteri Pendidikan (sekarang bekas), kebetulan beberapa bulan sebelum ditabal menteri aku telah membaca buku Orkes Masyarakat Manusiawi (beli sebab lelong RM1 sebuah di Bookcafe). Lepas dia jadi menteri, aku perasan banyak tulisan2nya dalam Orkes dijelmakan dalam tindakannya (terutamanya pasal kanak2 tanpa warganegara dan kanak2 istimewa). Jadi, bagi aku Dr Maszlee adalah seorang ahli politik yang kata2nya boleh dipakai. (Pasal tol simpang renggam, masa tu dia belum "faham" politik, ya dia banyak membaca pasal politik dan merupakan seorang pengkaji professional, tapi bila dah masuk dalam "politik" yang sebenar, terlampau banyak kekangan, tidaklah semudah 8+8).
Tanggal 2 Januari 2020, tiba2 beliau letak jawatan. Terkejut jugak aku, tetiba je kan. Masa tu aku terus salahkan DAP (kesian DAP hahaha). Apakan daya, jodoh politik Dr tidak panjang. Mungkin Allah tak mahu Ustaz Maszlee terus bergelumang dalam kancah politik yang kotor ni, tapi bagi aku politik itu bersih, ahli politiklah yang mencorakkannya. Atas rasa kasihan terhadap Dr, aku pun beli buku ni di jualan gudang karangkraf....
Kenapa sesetengah orang melabelkan Dr. wahabi, liberal dan sebagainya? Kerana minda Ustaz yang terbuka. Ada sesetengah fahaman ustaz2 lain yang mengatakan "Ikut cara orang kafir, kita gagal, nak berjaya dunia akhirat, taatilah perintah Allah dan sunnah Nabi". Betul apa yang dikatakan, dulu2 aku setuju bebenor dengan kenyataan ini. Tapi, menurut Dr. Maszlee, apa2 sistem/ajaran orang Kafir yang boleh memberi kebaikan kepada umat islam, kita amalkan atau kita sesuaikan dengan ajaran islam, perintah Allah dan sunnah Rasul. Daripada menolak 100% apa2 bawaan orang "kafir". Baik kita manfaatkan kerana tidakkah semua adalah ilham daripada Allah kepada mereka untuk dimanfaatkan kita? Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Jadi adakah patut wujud kedua2 jenis pemikiran? Pihak yang konservatif atau nostalgik dengan kejayaan umat Islam silam dengan pihak yang "liberal" (bukan liberal cara kafir yang mahukan kebebasan mutlak tanpa ikatan akhlak) seperti Dr. yang lebih realistik, terbuka untuk idea baru dan mahu mengambil kesempatan di atas kejayaan negara2 kafir untuk dimanfaatkan gaya2 pemerintahan mereka ke atas negara kita selagi bersesuaian dan tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah. Dua2 patut wujud supaya keadaan negara kita seimbang, tapi rugi jika asyik bertikam lidah. Sebab dua2 ada ilmu dan hujah masing, baik sama2 majukan Malaysia.
Kesimpulannya aku rasa Dr. Maszlee patut tubuhkan parti politik beliau sendiri, sebab idea2 beliau memang hebat. Tapi sukar dilaksanakan dalam keadaan negara kita sekarang (dan parti politiknya). Sebab itu dalam buku ni Dr kata dia lebih selesa berkhidmat kepada masyarakat melalui NGO (pertubuhan tiada untung) sebab jika melalui kerajaan (ada untung), banyak gila kekangan. Jalan terus!
p/s: suka kata2 Rached Ghannouchi yang selalu Dr. ulang2 dalm buku ni ,"Kebebasan daripada perhambaan makhluk dan hanya memperhambakan diri kepada ALLAH". Selalu dengar ayat ni dalam bayan2 tabligh.
Perbincangan seputar politik Islam. Bermula dengan mengupas sejarah dan fungsi politik dalam Islam kemudiannya diikuti dengan perbincangan mengenai tadbir urus yang baik. Seperti juga dalam buku beliau Risalah Buat Pemuda Muslim, Dr Maszlee turut menekankan semangat islah cuma kali ini dikaitkan dengan politik. Yang paling menarik, pada Bab 6 beliau menerangkan mengenai konsep kebebasan bersuara menurut garis panduan Islam yang seringkali disalaherti oleh sesetengah golongan. Di akhir buku, Dr mencadangkan untuk merakyatkan institusi zakat agar badan-badan berkenaan akan dilihat sebagai rakan yang membantu dan bukannya sebagai tuan yang memberi.
Cara penulisan yang sangat mantap. Penyusunan ayat yang mudah digarap namun tetap sarat dengan kosa kata yang luas. Ada citation, serta nota kaki yang lengkap membuktikan hasrat untuk menjadikan buku ini separa akademik dan separa santai. Anda, minat politik? Baik baca sevelum menyesal.
Overall it's a very good book. Membentuk sebuah cara pandang mengikut kajian beliau tentang definisi sebenar politik Islam@siyasah syar'iyyah.
Beliau banyak mengulang beberapa perkara yang sama dalam beberapa bab mungkin atas tujuan untuk menekankan perkara itu.
Antara isu yang banyak dibincangkan juga adalah tentang maqasid syariah. Sebab baru habis baca buku Jasser Auda tentang maqasid syariah,buku ni umpama membumikan lagi pemahaman konsep tersebut. Ulasan yang baik daripada dr maszlee. Simple dan mudah untuk difahami.
Dan penekanan beliau tentang matlamat politik islam adalah maqasid syariah merupakan perkara yang ditekankan,dibincangkan dan diulas dalam bab-bab yang berbeza dalam buku ini.
Bagi yang mengatakan beliau seorang yang liberal mungkin boleh membaca bab-bab akhir buku ini untuk lebih memahami pendirian beliau
Dan satu lagi yang saya suka tentang buku ini adalah bagaimana dr maszlee hampir dalam setiap bab menekankan peranan manusia sebagai abid dan khalifah dan kaitannya dengan politik islam.
Kerangka politik yang beliau maksudkan dan terangkan dalam buku ini juga tidak hanya berkisar di sebalik politik partisan tapi lebih besar daripada itu iaitu politik warga@citizens politic ataupun secara mudahnya yang saya faham ;peranan individu sendiri dalam mencorakkan masyarakat.
Bila berbicara tentang politik, ramai antara kita yang melihat kaca mata politik dari cabang politik kepartian. Agak menarik tentang kupasan politik yang secara menyeluruh, tentang bagaimana penggunaan nas dan sirah pada politik.
Antara kupasan menarik dalam buku ini adalah pada bagaimana politik walau terletak dalam kerangka syariah islam, tapi pada pelaksanaannya terletak pada kerangka muamalat dan bukannya akidah dan ibadah. Bermakna, islam yang menaungi politik akan menjadikan peggubalan dan penghujahan hukum hakam dalam berpolitik berteraskan maqasid syariah, bukannya mengambil pendapat-pendapat terdahulu secara literalis.
Buku ini, walau kulitnya nampak penuh warna warni keriangan, tapi segala isi yang dilontarkan oleh Dr Maszlee agak berat tetapi mengenyangkan minda. Banyak istilah yang digunakan, mungkin bagi mereka yang baru berjinak membaca penulisan-penulisan politik akan mengalami sedikit liku-liku untuk memahami segala istilah. Tapi tak mengapa, kerna pada setiap tajuk besar ada disertakan nota kaki dan pada ruangan belakang buku disediakan bersama dengan glossari.
Satu bacaan yang sangat baik bagi mereka yang ingin memahami politik secara meluas, bukan sekadar pada politik kepartian.
Kekurangan buku ini cuma terdapat pada masalah teknikal. Mungkin untuk cetakan akan datang, pihak penerbitan boleh baiki pada kualiti gambar yang banyak agak kabur.
Daripada penulisan Dr Maszlee dalam buku ini, apa yang saya faham ialah penglibatan politik oleh setiap individu adalah satu kemestian, lebih-lebih lagi seorang muslim. Tapi itu tak bermaksud seseorang perlu menjadi ahli dalam mana-mana parti politik atau cenderung pada politik kepartian. Cukup sekadar cakna atau ke arah politik warga. Dan bagaimana Dr Maszlee memberi penekanan yang mendalam akan konsep tauhid (lalu melahirkan konsep ubudiyyah) untuk memastikan perjalanan politik mencapai tujuannya.
Satu penjelasan dan perkaitan yang baik daripada Dr.Maszlee dalam menerangkan politik daripada perspektif islam dan juga barat. Bab yang saya paling minat dalam buku ini adalah bab siasah syariyyah dan kebebasan bersuara dan perkaitannya dengan maqasid syariah. Mungkin buku ini sedikit berat bagi orang yang di luar bidang ekonomi tetapi ia memberi pemahaman yang baik secara general. insyaAllah. suggested.
Buku yang membuka minda saya tentang erti politik yang sangat luas didalam Islam. Politik dari kaca mata Islam bukanlah perkara yang muncul semasa pilihanraya sahaja dan hanya terikat dengan aktiviti seperti ceramah politik dan proses membuang undi. Tetapi politik berteraskan Islam yang sebenarnya adalah perkara yang berterusan sepanjang masa dan menurut penulis setiap muslim wajib berpolitik.
wajib baca.kalau perasan dr bnyk ulang2 beberapa perkara yg sama.perkara tu kau kene perhatikan betul.itu isi penting buku ni.buku ni mengeluarkan kita dari politik islam versi jumud.dr mengajak kita untuk tidak memahami dalil secara literal.wajib bc!