Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bunga Aisar

Rate this book
Bagi Rose Asyura, jiran baharunya Aisar Nazhan hanyalah sekadar “eye candy” – tampan, tapi tidak lebih daripada itu. Namun seiringnya waktu, mereka menjadi akrab apabila Aisar, yang gemar memasak mula belajar memahami kelainan Asyura. Digelar Si Picky Princess kerana terlalu cerewet dengan makanan, sering membuatkan Asyura rasa terasing kerana ketidakmampuannya menikmati hidangan biasa.

“I dah mula sukakan you, Asyura.” – Aisar

“Tapi... dalam ramai-ramai orang, kenapa I? Kita berdua sangatlah berbeza. You pun tahu I agak emosional dan I datang daripada broken home.” – Asyura

“Orang daripada broken home pun layak untuk rasa bahagia juga, Syura.” – Aisar

Saat kasih mula bersemi, jarak menjadi penghalang. Aisar jauh di perantauan dan Asyura bergelut dengan kesepian serta rindu yang tak terungkap.

“Walaupun kita jauh, I harap you sentiasa tahu yang I akan selamanya jadi orang yang sangat bangga dengan segala pencapaian you.” – Aisar

“Kalau Tuhan kata you ialah seseorang yang tepat untuk I, I yakin kita akan jumpa di jalan yang sama lagi, An.” – Asyura

Pelbagai konflik melanda memaksa mereka membawa haluan masing-masing. Seperti kompas yang hilang jarumnya, ke manakah sayang itu harus ditumpahkan jika “rumahnya” tiada?

***
Membaca naskhah ini ibarat berlayar di atas kapal. Adakala tenang. Kadangkala bergelora. Momen-momen manis dan pahit bersatu menjadi sebuah kisah cinta Aisar dengan Asyura.
– Kamalia Ramlan, Editor

472 pages, Paperback

First published January 1, 2025

3 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Loveformaira

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (32%)
4 stars
24 (45%)
3 stars
12 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
January 25, 2025
Tahniah kepada penulis atas kelahiran novel sulung yang penuh dengan rencah kehidupan di sekeliling kita. Tidak hanya berkisarkan ‘love-birds’ semata-mata, tetapi diselitkan juga elemen persahabatan dan kekeluargaan.

Pencetus amaran‼️ Asyura ni ada masalah eating disoder sejak 2 tahun lepas. Eating disoder ni bukan disebabkan masalah picky eater. Tetapi trauma kepada makanan. This is the fact that what i read from the author’s search before tulis novel ni. Trauma sebab apa? Haa.. yang ni kena cari tahu sendiri melalui Bunga Aisar.

At first, saya rasa agak Rose Asyura ni agak cringe, akan tetapi apabila pembacaan diteruskan kepada beberapa bab, watak Aisar Nazhan pula yang semakin naik ulat bulunya 😂 But, who am i to jugde; bila kembali teringatkan zaman kita usia 20-an pun macam ni. Terngiang-ngian pula ye. MasyaaAllah malunya nak ingatkan semua tu balik bila dah jadi mak orang ni 🤣

Asyura merupakan anak tunggal, keluarga berada tetapi kesepian. Isu rumahtangga ibubapanya turut menjadikan Asyura seorang yang selalu mengasingkan diri, banyak overthinking, rasa diri tak disayangi dan tak layak disayangi.

Aisar pula merupakan anak angkat Tuan Azizi dan Puan Aina. Meskipun anak angkat saja dan tidak tahu asal-usul keturunannya, Aisar tetap jujur dengan rakan-rakannnya yang dari golongan elite ni. Dia tak kisah pun kalau hilang kawan, sekurangnya dia akan tahu samada mereka ni dapat terima dirinya atau tidak. Sikap ini yang kita nak sebenarnya dalam persahabatan; kejujuran dan kesetiaan.

Keakraban Aisar dengan keluarganya, membuatkan Asyura begitu cemburu. Namun, Aisar pandai memainkan peranan dalam menggunakan bakat memasaknya. Maka, setiap hari dia ambil hati Asyura dengan masakannya.

Watak-watak sahabat Asyura dan Aisar seperti Anis, Wafiy dan Ed cukup mainkan peranan dalam jalan cerita ni. Bila kita berkawan… sesekali kita perlu cek diri ni betul ke tak? Contohnya situasi Asyura ketika emosi dengan ibunya bila dia dapat tahu ibunya beritahu penyakitnya kepada Aisar. Kemudian, dia marah semua orang dan luahkan kepada Anis. Ini dipanggil self-doubt. Bila ada self-doubt, kita boleh tanya kawan, “Apa aku buat ni betul ke? Aku ni teruk sangat ke?” Cari kawan yang sanggup mendengar kisah sedih dan manis kita.

Cari seorang kawan yang boleh terima kita seadanya. Kawan yang boleh dengar cerita buruk kita tanpa judging. Kawan yang boleh validate our self-doubt. Ia bukan alasan untuk cover aib semata-mata tetapi seseorang yang boleh bangkitkan semangat kita.

Spoiler‼️ Bab 25-28 rasa emo sikit bila baca. Rasa sedih dia betul-betul meresap dalam jiwa. Nak tahu sedih kenapa, WAJIB baca buku ni. Emosi saya macam roller coaster this time. Macam-macam andaian saya teka. Apa nasib Asyura lepas ni dll.
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
April 13, 2025
Terus terang cakap cerita ini slow paced. Nak baca ni korang kena ada mood "do-not-disturb".



More ke slice of life... bukan kisah full romance eventhou ada kisah falling in love at first sight and scene lovey-dovey 🩷

Diaorang ni jiran. Syura ada problem abnormal eating behaviours @ eating disorder disebabkan ter-choke nasi lemak semasa parents dia bertengkar.



Kawan² rapat Syura tahu la. Berkawan dengan Aisar ni buat Syura terbuka nak makan. Dia kan payah makan. Aisar pulak pandai masak. Selalulah bawa bekal untuk beri Syura rasa.

Both of them suka each other. Cuma Syura malu and bengang bila dapat tahu ibunya Puan Lili yang minta tolong Aisar. But Aisar tak rasa beban pun.. dia suka kat Syura.



Life Syura ni kesian.. dia from broken family. Ayah kahwin lain. F pun tak suka. 2 tahun tak ambil port tentang Syura tiba² balik nak trying to make amends dengan Syura.

Syura marah. Dia frust. Lagi frust bila dapat tahu ayah dia pernah nak ceraikan ibunya.. dan ibunya suruh bertahan sebab Syura.



Gila sedih moments ni bila tiba² ibunya accident. Aduhai... sedih gila bila Syura minta ayahnya dont leave her alone.

F suka bila penulis tak tekankan sangat relationship mak tiri dengan Syura. If baca Puan Hawa ni okay² je.. cuma yelah mak tiri kan. Syura tetap called her aunt Hawa eventhou mak tiri bahasakan diri as mama.

Kita boleh lihat dari age 19y Syura grow up dengan baik dalam jagaan tok engku dan tok ma alongs with her father new family.

Im happy for Syura. Betul kata Tok Ma.. her ibu will be proud of her. Her surroundings memang baik² jela.. dari kawan sekolah Anis ke kawan U si Iman.

F banyak focus life Syura compare to Aisar. Aisar pun ada kisahnya. Cuma F rasa Aisar terlalu feel guilty sangat sedangkan parents dia sayang Aisar sangat². Satu lagi F sukalah Aisar dengan camera dia. Mamat ni memang sweet betul.. masa kat UK adalah girls suka kat dia.. tapi dia bolayan je. Hati dia memang setia kat Syura.



Thank you penulis for your 1st debut. F suka 💜
Profile Image for twiggies.
89 reviews5 followers
March 12, 2025
𝑨𝒊𝒔𝒂𝒓 𝑵𝒂𝒛𝒉𝒂𝒏 𝒙 𝑹𝒐𝒔𝒆 𝑨𝒔𝒚𝒖𝒓𝒂

Disclaimers: If you’re not into broken family conflicts, slice-of-life, found family, self-growth/healing, SLOW PACE, insta-love, or teen romance, you MIGHT have a little hard time grasping this story.

Main focus of this story is about Aisar and Asyura’s evolving relationship. There isn’t much of a heavy plot, but the author highlights some sensitive issues, including eating disorders (ARFID). Kehadiran Aisar ni macam ibu peri-peri, sebab bukan sekadar offer kasih sayang je, tapi to help and provide full support to Asyura in overcoming her health struggles.

The fl, Rose Asyura, she’s coming from a broken family. So, Asyura selalu rasa macam dia tak layak untuk disayangi, nak menyendiri, and overthinking unnecessary things. She’s broken inside. And in that particular moment where she regretted ‘something’ related to Puan Dalili, SUMPAH I SEBAK NAMAMPOS ☹️🫂❤️‍🩹. But I love LOVE her improvement.

Not to forget, their friendship—Anis, Edri, and Wafiy. I suka the bonding between them, especially Anis and Asyura. Anis selalu ada whenever Asyura went through her ups and downs. Anis bukan sekadar kawan, tapi seorang yang selalu bagi reality check, comfort, and most importantly, never let Asyura go through things alone 🧁🧚🏻‍♀️

Here’s what made MY reading pace a bit terganggu:
1) The overuse of ‘apabila’ in some sentences and in the dialogues that felt awkward.
2) Like I mentioned earlier, cerita ni insta-love so both characters jatuh cinta pandang pertama gituu, but I couldn’t really feel the chemistry between them early in their relationship.
3) There are a few fillers yang kalau dalam bubble chat (AU version) would be cute, but in this context, rasa macam a bit draggy.
4) Terlalu banyak issues but it’s not executed well

But regardless of these, I still enjoyed this book. Rome wasn’t built in a day. There’s still space for improvement 🙌🏻. Congratulations on your first baby ⭐️!!
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
986 reviews117 followers
June 28, 2025
I would say this is a well written story considering it is the author’s debut novel; well paced and smooth plotting, did not feel meleret and tak bosan.

Cerita from 19 years old sampai kahwin tapi please be aware that the story centers around characters from broken home, trauma, eating disorder and abandonment issues.

Tetapi, mereka juga dikelilingi kawan, jiran dan family members yang ikhlas menyayangi mereka.

It’s a slice-of-life kinda story; not too slow and not too fast paced either.

Some of the issues due to LDR felt similar to one of Akyelrahim’s novels. Tapi I dah lupa novel yang mana, Heliophile kot kalau tak silap.

A highly recommended read.
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
July 16, 2025
Aisar Nazhan and Rose Asyura..

Walaupun slow burn.. tp olahan jalan cerita padat.. Tersusun elok dan kemas..

macam mana seseorg yg cuba lawan trauma.. Seseorg yg cuba terima hakikat akan status yg dibawa..

percintaan yg memberi nilai kau seorg yg layak utk d sayangi..

Kesalahan ibu bapa yg menyebabkan anak derita..

Dan perjuangan utk bangkit menjadi seorg yg lebih berjaya.. Berjuang menjadi yg halal..

Mngkin akan jd 5 stars kalau ada lagi sedikit kisah Aisar and his flower selepas kawen.. At least a bit of how they leave as happy husbnd and wife..

but.. to me.. berbaloi je beli jika anda minat slow burn and light reading..

P/s: this is a story about 1st love for each of them and ubah cinta utk jd kekuatan pd mereka utk jd makin kuat..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
February 16, 2025
Bunga Aisar | loveformaira

P/rating: 4.7/5 ⭐
Trope(s): neighbours-to-lover, family conflict, slice-of-life, eating disorders (ARFID), long distance relationship.

Rose Asyura, digelar Si Picky Princess kerana terlalu cerewet dengan makanan, sering membuatkannya rasa terasing kerana ketidakmampuannya menikmati hidangan biasa. Namun, itu semua terjadi kerana kejadian gelap masa lalunya. Hadir pula Aisar Nazhan, jiran barunya yang sudi menjadi teman pendengar setia dan penjaga hatinya.

"𝑾𝒐𝒖𝒍𝒅 𝒚𝒐𝒖 𝒉𝒐𝒍𝒅 𝒕𝒉𝒆 𝒌𝒆𝒚 𝒕𝒐 𝒐𝒖𝒓 𝒉𝒐𝒎𝒆 𝒕𝒐𝒈𝒆𝒕𝒉𝒆𝒓, 𝑹𝒐𝒔𝒆 𝑨𝒔𝒚𝒖𝒓𝒂?" -Aisar
________________________________

First of all, congrats kepada author atas kelahiran novel sulung awak! It's such a great job for your debut novel! I love it and it's one of my comfort book already! 🫶🩷🌸

Nampak je cover dia pink dan comel kan, tapi isi dalamnya penuh dengan isu & konflik yang hampir membuatkan air mata kita tumpah. 🥹🥲

𝗥𝗼𝘀𝗲 𝗔𝘀𝘆𝘂𝗿𝗮
Seindah namanya, dia ni memang cantik & soft. I WANNA HUG HER. 🥺 Even though she's look okay, but she's always hide her feelings. She's broken inside. Coming up from a broken family is not always easy you know. Sebab tulah dia ada (ARFID- eating disorder). Dia selalu rasa overthinking dan menyendiri. Kehadiran Aisar ni lah yang membuka kunci hati Asyura.

𝗔𝗶𝘀𝗮𝗿 𝗡𝗮𝘇𝗵𝗮𝗻
ANOTHER WALKING GREEN FOREST Y'ALL! When he's a gentlemen, suka amik gambar Asyura, caring & he even called Asyura her Bunga. ME WHEN?!?! 😭 Dia punya act of service tu memang chefthkiss habis + mulut manis dia tu fuhh ga ada obat! Memang bersemut kita baca buku ni! 🙈 Sanggup tau Aisar ni masakkan makanan specific untuk Asyura sebab dia tahu Asyura ni tak boleh nak makan makanan sembarangan. Dia siap mintak list lagi ingredients apa je yang Asyura ni boleh makan. 😭🫶

Kita suka relationship diorang ni sebab healthy. Even though masing-masing ada problem, tapi both of them still be there for each other. Kalau Asyura ada masalah ke, mesti Aisar akan jadi pendengar setia & support Asyura. Same goes to Aisar jugak. That's why kita cakap buku ni comforting sebab banyak sangat quotes yang memberikan semangat untuk terus bertahan.
-
Ngl, baca buku ni memang boleh mematangkan kita dari segi hubungan percintaan dan kekeluargaan. Bila mana diorang tengah dalam LDR, diorang still cari cara untuk terus bersama & hadapinya. Buku ni juga mengajar kita untuk terus kuat. Disaat kita tiada tempat bergantung, kita serahkan segalanya kepada Tuhan kerana pada Dia sahaja kita tempat bergantung selain manusia. 💌
-
Overall, kalau korang nak baca buku yang bertemakan "neighbours -to-lover, cute romance, with comforting words, read this book. 🫶🩷
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
February 6, 2025
Tak tau nak review mcm mana. Lps dh hbs baca, sy termenung kejap 🤔

Tapi saya nak ulas pasal penulisan awk. Tolong ye kata ganti diri tu klu boleh stick to the one. Klu dari awal I-You biarlah sampai akhir I- You. Please jgn campur. Kejap panggil saya-awak kejap panggil i-you. Mengganggu pembacaan 😅 maaf klu agak kasar saya review. Penceritaan novel ni ok. Saya suka part sweet syura dan an tu. Rasa cemburu sgt. Maklumlah jiwa single ni 🤭🤣 . Pengajaran dlm novel ni. Klu ada apa2 masalah yg membelenggu di dalam hati kena luahkan. Jangan pura-pura kuat. Jujur dgn diri sendiri. Dlm perhubungan pulak betapa pentingnya komunikasi tu. Aku sgt suka bila an dn syura bincang psl hubungan mereka yg terasa sgt hilang aura sbbkan LDR.

Tahniah utk karya yg pertama ni 👏
Profile Image for Ieqa sawal.
37 reviews1 follower
August 23, 2025
🌹 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓐𝓲𝓼𝓪𝓻 🌹 @loveformaira_
@maneswordworks

Rate 5/5 🌹

Saya tak tahu kenapa , saya suka sgt dengan penceritaan yang disampaikan , sedih ,sakit , suka duka dia sampai pada lubuk hati saya 😭🤚🏻. tak tau nak jelaskan macam mana 🫠 .

Maybe Korang kena Beli & Baca juga kot 🫣 sebab bukan hanya menceritakan tentang cinta semata-ii tetapi diselit sedikit tentang Kekeluargaan , persahabatan senang cerita bertemakan "SLICE OF LIFE" hehehhe

‼️ HIGHLY RECOMMENDED ‼️
..

Rose Asyura yang datang dari Broken home disebabkan Parents dia ada masalah rumahtangga. Dan Asyura ni ada traumanya dan kurang kasih sayang @ perhatian dari Parents , (sedih ye kisah Keluarga Asyura) . Asyura yang sejenis suka menyendiri dan rasa diri dia tak layak untuk bahagia 🫠

Kemudian Hadirlah Aisar Nazhan yang baru berpindah di kejiranan Asyura , Setelah bekenalan mereka 2 keluarga , Ibu Asyura Minta Aisar untuk Tengok-iikan Asyura (kebetulan sekolah yang sama) atas permintaan Ibu Asyura ia seperti satu peluang untuk Aisar bekenalan rapat dengan Asyura 🫣. (ada plot sedih tentang Aisar juga )
** Disinilah bermula cinta pandangan pertama~~** 😚

Untuk relationship Aisar x Asyura ni kita suka sebab Aisar ni sgt2 bertanggungjawab , caring pasal Asyura 😆🤚🏻 sangat-ii teliti orangnya . Tapi bila dah sampai Bab diaorg kena LDR adoilah sabar gais korang kena kuat , Asyura cepat Overthinking 👊🏻😂. aigoo then ada la conflict sikit dgn hubungan diaorang yang penting bukan sebab orang ke-3 ya 🙂‍↔️ .

Watak paling saya suka edri ( sebab Penumbuk Red Bull tu) , Dan Nasihat Tok Engku sangat bermanfaat buat saya muhasabah diri seketika itu 😭. banyak tau quote dan nasihat yang berguna dalam novel Ni🤚🏻. Dan Watak Tuan Johari tu saya kurang suka (Kuat Overrthinking ) 👊🏻🙂‍↔️

🔽🔽

🌹 Jangan terlalu bergantung Harap Pada Manusia sebab oada akhirnya Cuma diri kita dan Allah SWT

🌹 Peluang kedua yang tak semua mampu beri

🌹 Setiap orang Layak mendapat Bahagia

🌹 Tak semua manusia diberi ujian yang sama
Profile Image for Biblio Mastura.
4 reviews2 followers
February 5, 2025
“ Would you hold the key to our home together, Rose Asyura ? “

Alahai manis bak gula tumpah ye hero kita, Aisar Nazhan ni. Walaupun pada awal perkenalan rasa cringe sebab gedik sangat Asyura dengan Aisar ni 😅

Perjalanan seorang Rose Asyura tak seindah yang disangka. Dia anak orang berada tapi banyak lompong kehidupan yang dilalui. Disebabkan kesibukan ibu dan papa, dia kesunyian. Sehingga dia mengalami trauma dan eating disorder, kisah Asyura sangat menyentuh hati. Hidup dalam broken home seperti jauh dari sinar bahagia.

Maka Tuhan kirimkan seorang penjaga hati buat Asyura. Aisar yang sangat prihatin, suka buat apa saje asalkan dapat gembirakan si bunga hati. Dia sanggup bangun awal setiap hari untuk masak yang sedap2 buat Asyura. Tapi disebalik sabarnya dia, ada kisah duka yang terpendam.

Tbh novel ni best rupanya 😭 (iykyk i’m not romance lover but suprisingly i love Bunga Aisar!)
Jalan cerita dia smooth je sedap dibaca. Paling tak sangka banyak air mata sis terkorban, sebab bila melibatkan hal keluarga tu sis rasa sakitnya tu sekali. Syukur juga Asyura dikelilingi sahabat2 yang baik sentiasa ada sebagai peneman walaupun ada yang berjauhan - Anis, Wafiy, Edri, Iman, Afiyah. Mereka saling melengkapi walaupun ada gaduh2 manja.

Tahniah @loveformaira_ atas novel debut yang bagus. Pandai ye penulis memainkan emosi kita. Cukup rasa - sedih, kecewa, gembira, geram semua ada. Dah puas bersedih, tiba2 ada part lawak pulak 😂 Cerita yang sweet seperti cover nya, kebanyakan berkisar tentang kehidupan, persahabatan dan kekeluargaan.

Ending dia memang love sebab sebelum tu dah ada konflik kecil. Taknak spoiled banyak2. Sis recommended 💯 untuk semua menelusuri kunci rumah Bunga Aisar ✨
Profile Image for Booku Puspita.
43 reviews
June 1, 2025
Buku pertama daripada penulis Loveformaira. Surprisingly, untuk karya pertama, memang boleh buat kita menangis dan senyum sorang-sorang. Ingatkan cerita ni comel-comel je, rupanya eh, banyak air mata keluar juga.

Asyura ialah anak broken home dan ada trauma tersendiri yang menyebabkan dia menghidap eating disorder (ED). Orang yang tak kenal mungkin anggap dia ni picky eater, tapi sebenarnya penyakit ni wujud dan serius. Bila tak ada orang yang sokong proses pemulihan, memang makin susah nak sembuh.

Aisar tu sehijau hutan weh! Disebabkan dia pandai masak, dia ambil peluang untuk sediakan makanan yang Asyura boleh makan. Siap minta list makanan apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Asyura memang perlukan orang macam ni yang faham, yang sabar, yang bantu pulihkan trauma perlahan-lahan. Dia ni jenis yang utamakan kebahagiaan Asyura daripada diri sendiri padahal ada je masalah jugak.

Kita suka bila hubungan Asyura & Aisar tenang-tenang tapi kuat, walaupun LDR. Ada juga dugaan sikit-sikit, tapi itu lah yang buat hubungan diaorang jadi matang dan masing-masing jadi versi yang lebih baik.

sayang betul dengan kawan-kawan Asyura. Rela rasa dulu makanan sebelum bagi dia makan, macam zaman dulu-dulu, hulubalang kena rasa dulu sebelum bagi raja makan. Selain Aisar ada kawan-kawan yang setia & sentiasa ada dengan Asyura.

Jalan ceritanya memang slow pace, tapi tak membosankan langsung. Tenang je, tak tergesa-gesa. Kita boleh baca sambil menyelami emosi setiap watak. Tak perlu lompat bab, tak rasa nak berhenti. Memang jenis buku yang boleh habis baca dalam satu tempat.
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
May 10, 2025
Buku ni banyak trigger warning for me (Eating Disorder/Anxiety/Broken Home), but I truly enjoy it. Despite banyak cerita sekarang yang ditulis berlatar belakangkan tema 'broken home', untuk betul-betul garap perasaan dan emosi yang tersimpan dalam a person who had to face it—is freaking hard. But Loveformaira did it well.

Macam biasa, buku-buku Manes banyak yang memberi pelajaran. Love this.

Stail penulisan yang agak baik. Ada part yg boleh improved lagi (i.e ada part/dialog/shift of emotion yg macam out of place atau eh tiber 😅).

Will looooooook forward untuk baca penulisan Loveformaira lagi!
Profile Image for Siti R.
66 reviews
June 23, 2025
Slow pace but gigih nak habiskan jugak

Asyura - membesar dalam broken family make her overthinking & always feel something wrong with herself

Aisar - green flag for Asyura but red flag for himself.

Thanks to kawan2 mereka berdua sebab ada di sisi mereka and sama2 tolong both of them out from that zone. Sbb tu kadang2 ada masanya kawan2 can do more than family.

Puan Aina - love terukz ngan mama angkat Aisar ni. Sabar je melayan perangai si Aisar & Asyura.

Overall, story okay cuma draggy. Sorry writer, the draggy thing made me keep dropping the reading mode but still berusaha utk habiskan
7 reviews
July 25, 2025
4.8 🌟

Nak Aisar ikat tepi satu, sebab saya tak tahu masak 🧎‍♀️. I love both characters because I can see both characters' arcs. And how human they both feel. I LIKE LIKE LIKE pendirian both character... I wanted to say more... just no words came out 🥲

Orang yang betul-betul dapat terima kita akan selalu ada pada waktu terlemah kita... dan dia akan tetap ada dekat situ untuk bantu kita bangun semula. Dia boleh terima kekurangan kita, dia juga yang ada untuk sambut kita pada setiap hari sedih dan gembira kita.
Profile Image for miza  najwa.
10 reviews
May 7, 2025
Buku ni berjaya buat kita keluar daripada reading slump ye. Buku ni slow paced tapi development setiap characters tu ada ye. Buku ini mengisahkan broken family ye and how they cope with it. You could say that buku ni genre dia slice of life.

Aisar Nazhan dan Asyura Rose. Dia jadi mendebarkan apabila mereka berdua ni kena berjauhan. Ujian lah time ni. Cukup rencah cukup rasa. Suka lah buku ni. Mungkin akan jadi comfort book tahun ni yeeee. Terima kasih untuk buku yang terbaik niiii.
Profile Image for hyul.
33 reviews
July 21, 2025
A slow-paced, slice of life with romance book. I love how the author explored the struggles for both Aisar Nazhan dan Rose Asyura. Aisar struggled with fear of abandonment, Asyura with eating disorders. I think this is a pretty good read for the author’s first book, though If i’m being honest the author’s writing lack feelings and emotions, it felt a little bland and empty sometimes. But I believe the author could achieve it anytime soon!
Profile Image for kay ♡.
307 reviews
November 22, 2025
I finally know why I baca buku ni tunggu waktu yang tenang. To me, buku ni agak heavy bagi I yang tak berapa suka buku yang banyak sedih-sedih ni sebab bila I sedih I become emotionally unstable haha. Tapi buku ni really worth my tears! I tak nak review panjang2, you just gotta read it.
16 reviews
September 14, 2025
Baru baca first page dah jatuh cinta. My comfort book maybe? Tak tahu nak review apa. Cuma suka sangat watak Aisar Nazhan dalam cerita ni. Tak sabar nak tunggu karya seterusnya dari penulis.
Profile Image for nnn .
14 reviews2 followers
June 5, 2025
Aisar Nazhan. The whole green forest is him! Dia sanggup buat apa saja untuk orang yang dia sayang. Dah lah pandai masak, fuh memang ciri-ciri lelaki idaman 🧎🏻‍♀️

Cerita dia best dan mudah untuk faham. Cuma bila plot twist tu agak sedikit terkejut ye tapi tak mengapa.

You guys should try to read this book!
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.