Jump to ratings and reviews
Rate this book

Janji Izekiel

Rate this book
Misi Bona Fide membawa Aisya Hurairah ke sebuah persidangan antarabangsa di Itali. Delegasi mereka disabotaj. Aisya diculik dan dikurung bersama Megat Izekiel Li, lelaki berwajah beku. Sungguh, dia tak menyangka akan terjebak dalam situasi sebahaya ini!

“Percaya pada aku, Aisya. Kau lupa aku siapa?” – Izekiel

Demi sebuah janji, sepenuh kepercayaan Aisya berikan kepada Izekiel. Namun satu demi satu tragedi berdarah datang menguji. Akhirnya, Aisya dikhianati dan ditinggalkan begitu sahaja.

“Life sucks, Aisya. And trusting the wrong people will make it worse.” – Izekiel

Setahun berlalu. Namun Aisya terus dihantui pengkhianatan lelaki itu. Perlahan-lahan, dia cuba membina hidupnya semula. Sehinggalah Izekiel muncul kembali.

“Orang kata seseorang tu akan terlalu benci kalau dulu dia terlalu cinta.” – Izekiel

“Mustahil aku akan jatuh cinta dengan orang yang tipu dan gunakan aku.” – Aisya

Dan bahaya itu masih mengekori. Ada syaitan bertopengkan manusia yang kembali mengancam dan Aisya menjadi sasaran. Cukup kuatkah Aisya untuk menghadapinya kali ini? Tertunaikah janji Izekiel untuk melindungi Aisya meski nyawa jadi galang gantinya?


***

AISYAHROS menggarap sebuah naskhah yang sarat dengan pelbagai rasa dan perasaan. Manis. Penuh aksi. Marah. Lucu. Benci. Cemas. Sedih. Kisah Izekiel, hero yang tak sempurna. Cerita Aisya, bukan damsel in distress. Inilah sentuhan istimewa Aisyahros, seorang bona fide. – Pingu Toha, Editor

444 pages, Paperback

First published January 1, 2025

9 people are currently reading
133 people want to read

About the author

Aisyahros

18 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (33%)
4 stars
50 (42%)
3 stars
23 (19%)
2 stars
6 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
March 2, 2025
sampai sudah tak tahu motif utama or macam mana Aisya boleh dapat direct offer untuk intern dekat PTA. apa keistimewaan dia sampai pta offer? pastu tiber pulak tu pergi Italy dengan secret agent nampak tak logik langsung dekat situ. secret agent kot, aisya tu intern je nok padahal tahu betapa bahayanya kalau pergi sana. tapi tu la nak dijadikan cerita kan

i assume izekiel fell at first sight la which i do not into insta-love trope sebab payah nak dapat chemistry leads when feelings involve out of sudden. kenal pon tak la lama tapi tiber beriya nak protect dengan nyawa. masa dengan Kevin pon agak lama so apa je yang buat Aisya ni suka dekat Izekiel sebab moment diorang yang involve feelings in both side sebenarnya tak banyak. pacing cerita on-off. and all things quite all over the place.

but kudos dengan writing ecahros yang kemas and i suka element betrayal dalam plot. however overall this book didnt really make me fully enjoy it but still applaud for bring this kind of action romance

3.8/5🌟
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
April 9, 2025
GR ni tolong la buat half² suku²

4.8 stars
Lagi 0.2 stars F frust sebab Kevin

F jarang baca buku thriller begini. Selalu jenis romcom yang cute².. yang sedih²... yg buat emosi F cam roller-coaster.

But this one extraordinary. F suka! Berkobar² F nak tahu kisahnya. Why Iz left Aisya kat Italy.. Kevin ni jahat ke?

Masa scene Kevin tu F tak tahu la kenapa otak F jatuh cinta kat mamat ni. Maybe sebab cara dia relax.. layan je karenah Aisya tu.

Sedih tau bila sesuatu terjadi kat Elly and Kevin. Dahlah kena tinggal gan Iz.. depan mata tengok diaorang tumbang. Isshh boleh trauma hidup

Pelaku jahat tu F dah dapat agak masa Nailah dijadikan target.

Buku ni pun ramai watak dimatikan. Alahaii.. so F rasa muram

Apa²pun cerita ni best
Profile Image for Farah Elyana.
2 reviews
April 13, 2025
dah baca dah tapi hmmmm
banyak scene yang macam tiber and dragging
can't feel the chemistry between male lead and female lead. The thrill side is okay walaupun dragging and ada scene yang macam tak berapa strong pun dia punya reason.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
January 27, 2025
How i like thi novel. Yes i absolutely love this novel so much. Baru je hbs baca tapi masih tergamam dgn jalan ceritanya. Betapa besar pengorbanan Izekiel utk Aisyah. My god. Ada ke lelaki mcm tu kat dunia ni? Best. Really recommended utk yg suka action
Profile Image for Diniy Qistina.
139 reviews5 followers
March 3, 2025
Misi Bona Fide telah membawa Izekiel, Aisya dan rakan-rakan ke bumi Itali. Baru je jejak kaki di situ dah macam-macam jadi. Ada sesuatu yang terjadi buatkan Izekiel terpaksa khianati dan tinggalkan Aisya di Itali. Sungguh Aisya tak sangka! Memang kecewa yang teramat dia. Fast forward setahun berlalu, Aisya cuba move on dengan masa lalu. Apa yang pasti dia benci dengan manusia bernama Megat Izekiel Li!

Izekiel watak asalnya beku je. Bila bercakap very straight forward. Tak ada dah jaga hati orang. Tapi nasib baik lepas tu dia akan minta maaf sebab dah terlebih jujur. Beku-beku pun dah kalau melibatkan Aisya, beku entah terbang ke mana, rawan pulak yang datang. 😌

Aisya, saya sangat salute dengan keperibadiannya. Sentiasa menjaga batas dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim walau dia berada dalam apa jua keadaan. Pada permulaan cerita sifatnya agak lemah, namun dia mampu jadi kuat bila dia perlu bangkit kerana sesungguhnya bak kata Izekiel,

“Being a woman is not wrong, but choosing to be treated as weak is.”

Pastu paling suka bila 'dengar' dia berkata-kata pada Kevin,

"Allah akan bagi sesuatu yang kita nak. Kalau kita tak minta maaf, maksudnya kita sendiri yang tak nak dimaafkan. Kalau Allah hantar rasa tu dan kita tetap teruskan tanpa ada
rasa serba salah, maksudnya kita sendiri yang menolak untuk dimaafkan Dia. Jadi, untuk apa Tuhan bagi sesuatu yang manusia tu sendiri tak nak?”

Selepas pulang ke tanah air, Aisya mula berubah. Dia bukan lemah seperti dulu. Ada sesuatu yang perlu dilindunginya!

Novel ni bergenre action-romance. Ada juga suspen, siapakah pengkhianat sebenarnya? Izekiel atau ada orang lain? Kalau Izekiel adakah dia khianat secara solo? Apa motif pengkhianatan ni? Kevin Tse tu pulak siapa? Dia di pihak baik ke atau di pihak yang jahat? Hah, nak tahu kenalah baca. 🤭
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews228 followers
May 18, 2025
ni first time i baca penulisan aisyahros and I genuinely have no issue with the author's writing style or characterisations. cuma there were some things not properly explained, macam kenapa Aisya was chosen as the central point of the mission?

Also, cepat sangat diorang ni jatuh cinta padahal tak kenal lama pun. I faham Aisya's side sebab Izikiel was there to accompany her when she was abducted, mesti la Aisya akan rasa sesuatu. Pulak tu orang tu dok sebut banyak kali that he will do his best to protect her, memang cair la kan. Izekiel tu yang tak berapa convincing sangat why he fell so fast. Though i have to say i love the angsty part. Aisyahros wrote that brilliantly.
Profile Image for loneeldestsoul .
91 reviews
April 29, 2025
Sadly this book is not for me. There are so many questionable things that happened. Like I keep questioning why and how? I'm sorry, buku ni tak salah just saya yang tak boleh terima the plot. I don't feel any chemistry between the characters. The plot felt numb for me.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
March 25, 2025
My thoughts?


1. Ok now dah completely signing off from Black Family. I is sedih huhu. Afraid not, Janji Ezekiel ni ceritanya best. Cerita pasal secret mission unit rahsia "Horizons" yang lebih kurang CIA / FBI. Cuma Horizons ni specialise dalam kes terrorism. 


2. Aku rasa dalam banyak2 buku penulis yang aku baca, buku ni yang paling ringkas dan padat, tak draggy, dan aku boleh habiskan in one sitting. And I love this improvement very2 much I must say.


3. Izekiel - I love your name very2 much sir. And I love you too haha. Mc buku ni macam biasa seorang yang beku, cakap straight forward, nampak macam takde perasaan but actually a very nice person. Aku suka semua geng2 secret agent, Nailah, Sam, Mark walaupun in the end ada traitor dalam geng diorang.


4. Aisya - i have a love and hate relationship dengan fc buku ni haha. Aku tak faham what is so special about her sampai geng Inferno nak? Aisya ni sangat fragile. Physically and emotionally. Aku stress gila sebab dia susah betul nak maafkan Izekiel. Penat aku nak melayan emosi dia 😂


5. Watak yang paling aku suka dalam buku ni semestinya Kevin. A true bff to Izekiel till the end. Tapi tulah aku tak tahu penulis ada beef apa dengan aku. Semua watak yang aku suka mesti tak kekal lama 😭


6. Buku ni lebih banyak action. Romancenya ada seciput je. Tapi aku suka. Sebab taste aku kan pelik haha. Aku perasan start dari NV penulis punya trope mesti he fell first, he fell harder. Bila penulis nak tulis buku yang she fell first pulak? 😆 
Profile Image for sooa.
60 reviews4 followers
February 9, 2025
finally my first best read this yearr oh my godd best and sedap gilsss??? plot menarik dan jalan cerita pun sangat fast paced. kalau baca tengah masa free memang sekali hadap je dah habis. this book is so thrilling and I didn’t expect it to be angsty too😭

lets talk abt the main characters; megat izekiel li OH MY MAN ISSAUR HOT AND SEXYY🫦🫦 i love this man so muchhh ughh sumpah attractive and hijau teruks. apa je jantan ni buat aku sukaaa. even masa dia tinggalkan aisya dengan kevin tu rasa nak marah pun but IN IZEKIEL WE TRUST HSJFHSJSKKJS😔☝🏻the way he protects aisya at all costs even dengan nyawa dia sendiri bruhh im falling for him so badd fr

aisya hurairah; i lovee love love this woman sm. I imagined yang character aisya ni sangat matang and charismatic from the start even dia muda sangat lagi. dan sangat faham dengan aisya yang kecewa gila dengan ezekiel lepas apa yang mamat ni buat kat dia (in a good way). tapi memang pedih ciked la masa dia benci gila gila kat izekiel tu sebab kita pun faham kenapa izekiel buat begitu. paling lervv aisya punya character dev fuhh the real woman with strong character😮‍💨🫦

heads up to Great Titan and Horizons team. I love their friendship, always there for each other and working together as a great team. dan sebenarnya aku mengharapkan cerita kevin tau tapi member awal pulak lepak underground. the real culprit— sebenarnya macam boleh agak dah siapa but still waswas awal awal tu dan masih husnudzon hshs. tapi tak expect motif dia nak culik aisya tu lol seram pun ada sjsjs

this book issa very very recommended for those yang suka genre action-thriller and mystery. the thrill is thrilling memang seronok baca nak tahu misteri demi misteri yang terungkai. dan juga tentang trust issues yang diketengahkan sangat mainkan peranan penting dalam jalan cerita. sumpah nok, best. penulisan pun sedapp. kadang tak percaya ecahros tulis cerita gini (sebab buku dia aku pernah baca faroha je HAHA)
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
February 1, 2025
Janji Izekiel by Aisyahros

Siapa sangka misi Bona Fide telah menyebabkan Aisya terjebak dalam situasi bahaya sehingga menggugat kepercayaannya terhadap Izekiel. Demi sebuah janji, satu persatu tragedi berdarah datang menguji. Aisya dikhianati dan ditinggalkan begitu sahaja. Apakah pengakhiran misi Bona Fide & apakah nasib bagi Aisya?

"𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐬𝐮𝐜𝐤𝐬, 𝐀𝐢𝐬𝐲𝐚. 𝐀𝐧𝐝 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐢𝐭 𝐰𝐨𝐫𝐬𝐞."
______________________________________

OMG! THIS IS WHAT I NEED! It's been a while since I've read a action-thriller+ mystery romance book, and this book hooked me in! Percaya tak kalau kita baca buku ni dalam masa 3 jam je sebab memang best gila! Dia punya flow cerita tu memang smooth je sampaikan kita memang curious nak tau apa jadi dari first page sampailah last page.

Since buku ni bertemakan action-thriller+ mystery romance, kita boleh katakan yang action scene dia tu memang gempak + detail la. The tension? OMG it was so tense sampaikan kita rasa macam tengah tengok movie action masa masa baca buku ni. ❤️‍🔥🔥

Dia punya plot twist lagilah! It's makes my jaw dropped you know. 🤯 Tak expect gila. Orang yang kita sangka macam tu, ended up dia macam ni. Ha faham tak? Betullah apa yang Izekiel cakap:

"𝐓𝐫𝐮𝐬𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫𝐬𝐞𝐥𝐟 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭 𝐚𝐧𝐲𝐨𝐧𝐞 𝐞𝐥𝐬𝐞. 𝐓𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐢𝐠𝐠𝐞𝐬𝐭 𝐤𝐞𝐲 𝐭𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫𝐬𝐞𝐥𝐟."-Izekiel

── 𝗠𝗲𝗴𝗮𝘁 𝗜𝘇𝗲𝗸𝗶𝗲𝗹 𝗟𝗶 ──
Izekiel ni kita nampak je dia beku, cold, but deep inside dia ni actually sangatlah protective dekat Aisya. Even dia pernah cakap yang "Aku terlampau sayangkan dia. Sampai ke tahap kalau ada orang nak cuba nak bunuh dia, aku tak akan fikir dua kali untuk mati demi dia." 😭

── 𝗔𝗶𝘀𝘆𝗮 𝗛𝘂𝗿𝗮𝗶𝗿𝗮𝗵 ──
My favourite character in this book would be Aisya. Aisya ni bijak, lembut + sopan je orangnya. Ayat-ayat yang dituturkan oleh Aisya semuanya serupa nasihat. Memang comforting bila baca ayat Aisya. Dia selalu bagi semangat dekat orang lain untuk jadi kuat. But once she's hurt, it won't be easy for her to forgive anyone. Ada satu scene tu Aisya training untuk mempertahankan diri dia. It would be better kalau ada banyak lagi scene yang Aisya berlawan & protect herself more.
-
Buku ni bagi kita memang cukup rencah dah. Action ada, misteri ada, romance ada, sedih pun ada. Memang banyak ya scene yang menyayat hati dalam buku ni. 🥲
-
Buku ni banyak mengajar kita tentang erti kepercayaan. No matter what, we have to trust our self more than we trust other people. Kalau kita rasa tak mampu, serahkan semuanya pada Tuhan. Kerana pada dia sehaja tempat kita bergantung selain manusia. 💌
-
Overall, kalau korang suka buku action romance, THIS BOOK IS A MUST READ! Seriously buku ni best! Tak tipu. 🫶💯❤️‍🔥🔥
-
Personal rating: 5/5 ⭐
-
#maneswordworks #janjiizekiel
2 reviews
January 26, 2025
(ini sesi luahan hati, bukannya review 🥲😔)

Tak tahulah nak describe perasaan ni lepas baca #ji macam mana. I cried a lot during reading this book. I don't know why 🥲 And i cried even harder when it comes to epilogue, maybe because I'm not ready to finish it, but still curious on how this story will be end?

Apapun, seperti biasa, buku Kak Ecah really worth every penny you spend! Kudos to Aisyahros!

*nak sambung menangis lagi lepas baca epilogue (ada sikitlah rasa sedih untuk #traitor, tadilah sekarang dah tak ;p )

By the way, i think i am facing second lead syndrome (again) 😔☝🏻 Kevin, i am having crush on you after Liam and Hugo 🔥🦋

Oh, lastly, Kak Ecah memang suka guna nama Li ya (Sebab dalam novel ni ada 4 orang nama mereka ada perkataan 'Li', if i'm not mistake)? And nama yang bunyi Chinese or Korean gitu ya? Tak apa sebab saya pun suka nama-nama mereka semua hihi

Teruskan maju jaya untuk penulisan akan datang, Aisyahros 🦋!!!

(P/s: saya akan menantikan special chapter #ji sbb nak baca banyak-banyak lagi kemanesan watak-watak dalam ni!)
Profile Image for Biblio Mastura.
4 reviews3 followers
February 5, 2025
“ The higher you fly, the harder you fall. So, the deeper you love, the harder the hatred then. Right ? “ - Izekiel

Habis je baca Janji Izekiel rasa macam baru tengok action movie fuhhh dasyat la idea @nroseaisyh ni. Penuh aksi yang mendebarkan, dengan pelbagai persoalan timbul setiap bab. Penulis pandai memanipulasi naratif yang buat kita keliru dengan apa yang kita percaya.

Kenapa dia buat macam tu ?
Siapa dia sebenarnya ?
Boleh percaya ke ?

Berasap juga kepala nak cuba hubung kaitkan kejadian dan rungkaikan jawapan 🤯
Sudahnya, ku pasrah je baca sampai tamat, percaya je mesti ada sebab dia buat macam tu. Dan pengakhirannya terungkai semua. Betul2 tak sangka, orang yang paling dekat mengkhianati kita 💔

Megat Izekiel Li. Pada awal pertemuan nampak dingin dan tegas. Dia sangat komited dalam bekerja dan sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan orang yang tersayang.

Aisya Hurairah. Seorang gadis yang bijak, akhirnya merubah diri dia menjadi keras dan berani kerana peristiwa2 yang telah dihadapinya. Dia menyimpan benci yang mendalam terhadap Izekiel tapi dia sendiri ragu dengan perasaannya.

Misi Bona Fide telah menyatukan 2 hati. Penulis menumbuhkan pelbagai rasa dalam satu buku - marah, benci, cemas, sedih, dan ada juga lucunya. Disamping pesan2 tentang Tuhan yang tidak ditinggalkan walaupun berhadapan ancaman.

Watak sampingan pun memainkan peranan baik - Doktor Umar, Luth, Kevin (saya speechless dengan apa yang jadi pada dia 🥲), Marco, Elly dan kesemua team Horizons. Cerita yang menarik untuk dibaca lagi2 buat peminat romance thriller.

Last but not least, Bona Fide itu milik semua. Jika dia ada niat yang baik untuk membantu seseorang, dia adalah Bona Fide.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
28 reviews
October 5, 2025
✨ Review Novel: Janji Izekiel ✨
Penulis : Aisyahros
Penerbit : Maneswordworks
Personal Rating : ⭐️⭐️⭐️⭐️.9/5

⭐️ Action. Thriller. Mystery. Romance. Semua cukup rasa!

Misi Bona Fide membawa Izekiel, Aisya dan pasukan Horizons ke bumi Itali. Tapi baru je mendarat, terus dunia mereka tunggang-terbalik. Ada pengkhianatan, ada kehilangan, dan ada satu janji yang mengikat mereka lebih kuat daripada misi itu sendiri. Bila Izekiel terpaksa tinggalkan Aisya di Itali — segalanya berubah. Satu tahun kemudian, Aisya bukan lagi gadis yang sama. Dia belajar untuk berdiri, melindungi, dan menyembunyikan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar hati yang patah.

Megat Izekiel Li — watak yang beku di luar, tapi penuh badai di dalam. Cold, straight-forward, tapi bila melibatkan Aisya, semua tembok runtuh.
“Aku terlampau sayangkan dia. Sampai ke tahap kalau ada orang nak cuba bunuh dia, aku tak akan fikir dua kali untuk mati demi dia.” 🥀 Protector, lover, soldier — semua dalam satu.

Aisya Hurairah - dengan karakternya yang matang, berprinsip dan lembut, tapi bila diuji, dia bangkit jadi wanita yang kuat. Setiap kata-kata Aisya tu menenangkan — ada nilai, ada makna. Antara ayat yang paling saya suka:

“Allah akan bagi sesuatu yang kita nak. Tapi kalau kita tak minta maaf, maksudnya kita sendiri yang tak nak dimaafkan.”

Geng Horizons & Great Titan pula — oh I love them! Chemistry mereka kuat, vibe dia macam tengok filem spy-action Hollywood versi Melayu. Tapi awas, dalam misi ni ada pengkhianat. Siapa dia? Motif dia? That’s where the fun (and the pain) begins 😭

Buku ni bukan sekadar aksi semata. Ia juga kisah tentang trust, faith, forgiveness dan erti kekuatan seorang wanita. Trust issue jadi tema besar — siapa yang boleh dipercayai, siapa yang bertopeng, dan bila masa untuk percaya pada diri sendiri.

💥 Fast-paced, penuh plot twist, dan tulisannya smooth macam tonton drama espionage — memang tak terasa dah sampai ke muka surat terakhir. Ada part yang buat senyum, ada part yang buat nangis, ada part yang buat kita nak jerit “IZEKIEL, WHY YOU DO THAT??!” 😭

Kalau korang suka genre action-thriller romance yang ada nilai, misteri dan sedikit angst —
✨ Janji Izekiel is absolutely worth every page! ✨

🔥 Recommended for: readers who love protective MMCs, strong heroines, betrayal, and redemption.
Profile Image for Booku Puspita.
43 reviews
April 19, 2025
Aisya dapat offer untuk intern dekat PTA (Prevention Terrorism Agency) sebuah agency kerajaan yang handle kes-kes keganasan di Malaysia. Cerita ni macam vibe series FBI mat saleh tapi versi Malaysia. First time baca genre macam ni.

Aisya ni dia pelajar undang-undang, tapi dalam cerita ni part “lawyer” dia tak menonjol sangat. Watak dia lebih kepada fragile, takut-takut. Padahal kita expect lawyer ni ada mental strength, tegas, emotionally tough. Tapi makin banyak kejadian berlaku, kita nampak mula berubah, mula bangkit. And I love that growth!

Izekiel macam watak-watak hero lain. Tegas, kasar, susah senyum. Tapi bila dengan Aisya, dia ada sisi caring & sweet yang muncul bila perlu. He fell first & fell harder! Bila dia janji akan lindung Aisya, dia akan buat apa pun cara walaupun akhirnya usaha dia nampak sia-sia. Kita suka part yang dia makan sikit roti sebelum bagi Aisya sebab takut makanan tu ada racun.

Writing style penulis sangat selesa di baca, tak draggy, beginner friendly. Tapi sebab cerita ni heavy dengan elemen thriller & misi, kadang ada part yang kurang jelas. Contohnya, macam mana Aisya boleh terpilih intern PTA. Apa yang buat dia special sampai boleh join misi luar negara iaitu Misi Bona Fide?

Part paling best obviously adalah betrayal. Serius ngeri. Level kejam dia tu buat kita takut nak bayang. “Batu dalam lipatan” tu boleh agak dah siapa tapi macam “takkan sampai macam tu & sebab tu je dia buat benda ni?”.

Predictable, yet I still fell for it.
Profile Image for Ieqa sawal.
37 reviews1 follower
August 23, 2025
𝒥𝒶𝓃𝒿𝒾 𝐼𝓏𝑒𝓀𝒾𝑒𝓁 - Aisyah Ros
@enrosesbooks
@maneswordworks

Rate :4.5/5 ⭐️

macam semua orang tahu AisyahRos punya novel akan terselitnya Nasihat yang bermanfaat . Sumpah rasa sebak bila baca bab Kevin tanya Aisya tentang kemaafan dari Allah tu 😭. Sumpah aku stop seketika dkt part tu 😭🤚🏻. **Tapi kalau nak request Cerita tentang Kevin pula okay ke? 🫠**

..
Misi Bona Fide yang diberi pada Izekiel dan telah melibatkan nyawa seseorang iaitu Aisya yang tiada kaitan langsung dalam mana-ii misi mereka . Dan disebabkan misi ini Aisya Hilang rasa kepercayaannya pada Izekiel selaku ketua dalam Pasukan . Kepercayaan dan rasa selamat di sisi Izekiel hilang serta merta setelah dirinya ditinggalkan bersama seseorang yang tidak dikenalinya.

..

1 kejadian di luar jangkaan Aisya yang telah timbulkan rasa benci pada Lelaki bernama Izekiel. Trauma yang dialami memberi kesan yang dalam buat dirinya dan terpaksa menjadi kuat & keras kepala walau dalamannya Rapuh . ^^ yela siapa je yang tak marah sebab tak tahu apa-ii , tetiba jadi umpan rasa macam Bodoh + senang dipergunakan je ^^

"ᴛʜᴇ ʜɪɢʜᴇʀ ʏᴏᴜ ꜰʟʏ , ᴛʜᴇ ʜᴀʀᴅᴇʀ ʏᴏᴜ ꜰᴀʟʟ"

..
Dan Disebabkan misi & pengkhianatan ini juga Telah menyatukan 2 Hati kalau tak xdelah jadi Janji Izekiel 😆😂🤚🏻.kann? 😜

🔽🔽

📁Jangan terlalu bergantung harap & percaya pada Manusia

📁Jadi Wanita tak semestinya kena jadi lembut

📁Kadangkala sesuatu pengorbanan itu akan melukai kita

📁Amanah & Tanggungjawab

📁Pengkhianatan
Profile Image for nena.
4 reviews
August 7, 2025
First time baca buku author ni. Best!!

Buku ni pasal Megat Izekiel Li dengan Aisya Hurairah. Disebabkan misi Bona Fide ni la depa jumpa. Izekiel ni bertanggungjawab sebagai ketua la dalam misi tu. Satu lagi cerita ni tentang nak menghapuskan geng terorisme yang ada. Tapi Izekiel ni buat semua benda sorang-sorang dia. Dan perbuatan dia tu jugak la menyebabkan Aisya ni benci dia sebab dah tinggal dia dengan orang yang dia tak kenal. Aisya kena culik dekat Itali lepastu Izekiel tiba-tiba muncul selepas diculik jugak. Time depa dua kena culik tu, depa duduk dua orang la. Share roti sekali sebab dah takdak makanan. Dia melindungi Aisya la. Tapi Izekiel bagi Aisya dekat Kevin (ex best friend) dia sebab ada rancangan nak tangkap pembelot dalam geng depa tu. Tak sangka Mark tu pembelot sedangkan awal-awal dia baik dengan Aisya. Tapi aku tak boleh terima yang Kevin meninggal. Please, aku nak happy ending untuk dia. Dia jaga Aisya dengan baik sampai ditembak mati demi nak jaga buah hati Izekiel.

Apa yang Izekiel ni buat memang menyakitkan, tapi sumpah dia nak jaga Aisya ja. Tapi tu la, tak kena cara. Tapi Izekiel sweet la bila Aisya dah mula terima dia balik. hehehe. Best baca buku ni sebab floppy. Boleh buka sebesar alam dan cerita dia memang best. Tak meleret langsung.
Profile Image for Alea Aizad.
68 reviews27 followers
February 6, 2025
𝙩𝙝𝙚 𝙝𝙞𝙜𝙝𝙚𝙧 𝙮𝙤𝙪 𝙛𝙡𝙮, 𝙩𝙝𝙚 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧 𝙮𝙤𝙪 𝙛𝙖𝙡𝙡. 𝙎𝙤, 𝙩𝙝𝙚 𝙙𝙚𝙚𝙥𝙚𝙧 𝙮𝙤𝙪 𝙡𝙤𝙫𝙚, 𝙩𝙝𝙚 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙝𝙖𝙩𝙧𝙚𝙙 𝙩𝙝𝙚𝙣.

did i just finished this one in a day ? YEP YOU BET I DID ! It is so addictive dari mula sampai akhir. And i couldn't stop reading it.

The plot yes a little bit cliche. BUT WHO CARES AS LONG AS IT IS GOOD CLICHE. Hero tu gunakan heroin for his own benefits. Tapi dia terfall in love. And then heroin tu benci hero tu but that guy just protected that girl dari jauh. LOVE THIS TROPE SO MUCH !

First first baca macam i confused what is exactly going on. Banyak gila macam persoalan tak terjawab but as you progress along the story. Yes one by one start terjawab. Dari Aisya Hurairah ni masuk PTA till the end, it starts to make sense. And i love when the author masukkan a bit scenes regarding the whole cult that happened at that time. And since author pun belajar law, so you get a few info for that as well.

And yes this book played with my emotions so damn well. Rasa nak nangis, rasa betrayed gila2 and at the same time can't stop swooning over Izekiel. And how dare you author, you bunuh one of fav side characters 😭 i was hoping dia akan bertahan sampai akhir, but NOP :(

If you want a book with angst, betrayal and that guy watched her from afar. GET THIS BOOK !!!!!!!
Profile Image for Nur Aini.
4 reviews
May 27, 2025
Alright nak mula mana dulu? Anyway this is my honest review jadi nak percaya pun takpe (alert spoiler!!) ;-;
I bought this book few weeks ago angkara siapa? my friend and the tiktok.

Too shame this book tak sampai citarasa I haha. Too many question about this book:
1. In chapter 18' They just landed in Italy, I REPEAT ITALY. Masa tu scene Aisya tgh ckp sorang2 dalam hati tau tiba-tiba lahhh terus kena serang? tanpa signal? at the moment I was like "EH? apa ni?" I terpaksa baca banyak kali apa yg dimaksudkan.. penulis kelam kabut kah?

2. There's still unexplained character.. mana ibu aisya? siapa tunang kevin? guess what? I only found about ibu aisya that she already 'arwah' HAHAHAHAHA.

3. The ending or you called it epilog. LAH HIDUP PULAK LAKI TU! I do wish its about aisya and izekiel... dua2 redflag imo. sakit jiwa baca buku ni wuaaaaaaa

Will I recommend to my friend? Maybe yes for my friends who do not like romance at all.. BUT NO if he/she wanted a romance cutey scenes. I hope penulis pertingkatkan lagi cara penulisan lagi2 plotting. I do think this is not your first time writing a novel... but I might say I like this book.. 6/10
24 reviews1 follower
August 17, 2025
Bona Fide. Without the intention to deceive. A truly masterpiece eventhough Aisyaros left me with so many questionable plot. But I totally got it. Fiction is fiction. There’s no need to has extra explaination why the plot like this and like that. One thing I truly love is how organise the plot is. The character development of both MC eventhough sometimes sumpah rasa annoyed dengan perangai Aisya tapi faham saja why she acted like that.

BUT THE PLOT AND WORDS ON THAT ROMANCE PART. HSBNDJABSBDWJDWGJAMSAJDADJA. I’M TOTALLY SCREAMING AND BLUSHING REALLY HARD. OMAIGAD KILLER BETUL IZEKIEL NI. EVEN HIS NAME IS ALREADY A KILLER. DAMN.

The idea in this book impress me tho. Tak pernah lagi terfikir ada plot untuk terrorism issue in country. Kudos to Aisyahros. I followed her book from the first book until now. It’s not a dissapoinment at all.
Profile Image for Teja Amanina.
5 reviews
November 3, 2025
sorry this book not for me

awal awal i enjoy this book , but bila part kevin tu rasa mcm eh mcm pelik mcm lagi better kevin dng lupa dhla heroin , and i dont female character mcm annoying sikit hahagaga , entahlaa lama i skip a lot , sorry but overall i dont like this book , maybe i can be better if tukar sikit jalan cerita , i love the konsep kena culik , bom but kevin tu hm , and the part belakang ii mcm rush HAHAGGAG
Profile Image for miza  najwa.
10 reviews
May 7, 2025
Tak tahu nak komen apa. Storyline, plot, characters semua best. Tapi banyak betul ye kita nangis time baca. Mana lah nak cari Megat Izekiel Li ni ye?! And kita belajar term baru 'Bona fide'

'Walau seteruk mana pun seseorang itu, jika dia ada niat yang baik untuk membantu seseorang, itu tetap bona fide.'
Profile Image for Nurunnuha Nasir.
8 reviews1 follower
May 26, 2025
kisah cinta yang manis ❤️ not the tragic one but more action mybe? sakitnya rasa dikhianati but yeah kalau demi kebaikan dan keselamatan its okey right Iz? ☺️ tema yg lain dari lain buat buku ni ada identiti sendiri. jalan cerita yang teratur, balance islamic, cinta, action. light reading and sesuai untuk remaja also 😚❤️
Profile Image for Shafina Sofea.
38 reviews1 follower
October 24, 2025
jalan cerita best cumanya ada something missing, cerita Mark dengan motif kurang. and chemistry antara Aisya and Eizekiel macam tak ngam. maybe sebab dia lompat tiba-tiba, Eizekiel suka Aisya. Maybe sebab Eizekiel tunjuk yang dia ambil berat macam tak kena and sikit je.

apa-apa pun, tahniah penulis atas kelahiran novel ni!

((saya syak Kevin mesti hensem gila wkwk))
3 reviews
January 27, 2025
Ya allah, subhanallah. Emosi mcm rollercoaster ya bila baca. Kesian Aisya, tapi kesian lagi Iz. Happy ending tapi 🥲 Nak request cerita pasal kevin boleh tak? 🥲
Profile Image for hana.
12 reviews
March 6, 2025
all i can say is : sayasuka sbb best dgn plot twist dia dgn nangis" saya jdinya , saya tk reti review so saya ckp "best sgt"
Profile Image for Isya.
25 reviews
March 7, 2025
Full of action and worth it beli. Anyone who like action romance sm, I suggest this!
Profile Image for NAyla.
35 reviews1 follower
April 21, 2025
Plot twist gempak ! Similar to the hunter if im not mistaken. LOVE THE COMBINATION OF ACTION AND ROMANCE. tak crunge and LOVEEE IZEKIEL. walaupun ada kala miscom tu tpi diorg still make it work !
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
33 reviews1 follower
May 4, 2025
Taknak tulis review lagi sebab luka yang penulis bagi dekat saya sebagai pembaca tak sembuh lagi hmm ☹️ tapi nak bagitahu yang sebenarnya rating penuh yang saya nak bagi is 4.5 ⭐️ !!
Profile Image for mooncake ۫ ꣑ৎ.
19 reviews1 follower
May 17, 2025
no chemistry and build up between MMC and FMC's relationship... it's giving insta-lovey and i hate that trope so much 🙁
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.