Jump to ratings and reviews
Rate this book

Enam Darjah

Rate this book
Mengisahkan enam narrator dari enam novel Nami Cob Nobbler sebelum ini - Hafiz, Faris, Wan, Nizam, Puspa dan Bunga Ramona; menceritakan tentang enam kematian yang mengubah enam narrator ini. Juga kesimpulan kepada semua kisah yang pernah digarapkan, dan setiap watak-watak sebenarnya tanpa disedari mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Inspirasi dari sebuah drama arahan calon Anugerah Pulitzer, John Guare dan filem arahan Fred Schepisi, Six Degrees of Separation, dan sedikit pengaruh dari Mark Zuckerberg dari Facebook yang jadi kaya-raya kerana hubungan sesama manusia - dipisahkan cuma dengan enam darjah.

223 pages, Paperback

First published January 1, 2014

3 people are currently reading
61 people want to read

About the author

Nami Cob Nobbler

28 books134 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (24%)
4 stars
18 (24%)
3 stars
17 (23%)
2 stars
11 (15%)
1 star
9 (12%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Juno Hann.
14 reviews2 followers
September 17, 2014
Buku ini patut ditulis disclaimer di depannya "Hanya baca kalau pernah baca novel-novel penulis yang sebelumnya".

Saya sebagai pembaca baru, hanya mencapai buku ini di rak kerana sinopsis yang menarik di belakang kulit buku. Tapi bila membaca, wow saya sakit hati betul.

Saya rasa penceritaan terlalu gopoh, seolah-olah tak sabar nak ke muka surat terakhir. Dialog menjengkelkan, dengan informasi rambang yang macam dicedok terus dari Google, seolah-olah nak yakinkan pembaca yang ini buku intelektual.

Deskripsi watak-watak adalah shallow, dan tak berlapis. Gaya bercerita tak memikirkan pembaca yang tak familiar dengan watak-watak yang diambil dari novel penulis yang sebelumnya.

Situasinya macam dua kawan-kawan panggil kau untuk duduk semeja, semata-mata untuk mereka sesama sendiri rancak bercerita pasal orang yang kau tak kenal. Sambil kau duduk situ, mendengar selama 3 jam.

Saya rasa kecil hati untuk diketepikan oleh penulis.

Dua bintang untuk effort penulis menghabiskan buku ini.
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
October 17, 2015
perlu menghayati karya2 penulis yang terdahulu sebelum menghadam buku ini.. kerana buku ini adalah rumusan dan kesinambungan dari cerita watak yg lama.. pertaruhan terdapat dari konsep tema buku ini.. pertentangan fikiran, pertentangan ideologi digarap secara maksimum..
Profile Image for Nurhayati Ramlan.
92 reviews25 followers
October 22, 2015
I can't really decide if I like this book or not. What turn me off the most was how the dialogues were written, they were quite annoying. Maybe I'll pick this book again in the future, re-read it and reconsidering the rating again.
Profile Image for Muzakkir Haqmin.
4 reviews
July 6, 2018
Satu lagi karya saudara Nami yang begitu seronok dibaca. Mengumpulkan watak-watak yang pernah muncul dalam novelnya yang lain.
Novel ini sesuai untuk light reading, bahasa santai dan sempoi. Lagi feel kalau pernah baca novel-novel yang lain, untuk kenal lebih mendalam perihal watak-watak di dalam novel ini.
Part sedih memang mengalir air mata jantan. Menyentuh perihal persaudaraan sesama mereka yang begitu rapat walaupun ada konflik yang mereka perlu tangani sendiri.
Novel ini memang mengajar kita untuk lebih menghargai mereka yang rapat dengan kita, supaya satu hari nanti kita tak menyesal bila mereka dah tak ada dengan kita.
Kudos, Nami!
Profile Image for Aili Hasneena.
5 reviews
October 15, 2025
Buku yang ni agak bosan ya. Kisah Mira dan Nana yang asyik berulang di setiap bab. Terlalu diangkat-angkat. Dulu memang suka juga kisah cinta Awek Chuck Taylor. tapi bila terlalu diagungkan, jadi tak ada yang spesial. Wan pula tak habis-habis dengan fikrah modenisasi dia asyik membebel tak tentu hala. Basically, buku ni gabungan semua watak dalam buku-buku Nami yang sebelum ni. Nak habiskan buku ni boleh hilang minat sebab cerita yang asyik berulang. Adios
Profile Image for ddhia.
41 reviews2 followers
November 11, 2020
buku ni best. kenangan dengan buku ni, buku pertama aku beli di Kinokuniya, KLCC memandangkan aku duduk luar KL so bagi aku gempak la, masa tu.

i really like the concept. kalau tak faham hujung pangkal, agak pening tapi bila dah go through watak demi watak, barulah boleh relate. at that time, aku rasa konsep yang Nami bawa sangat fresh.
Profile Image for Casper Judati.
64 reviews2 followers
June 19, 2023
Memula aku baca, aku expect 1 star je aku boleh bagi tapi bila dah habis aku decide nak bagi 3. Even jalan cerita mendatar sangat takde plot, klimaks pun entah pape. Tapi aku puji falsafah-falsafah dalam buku ni. Bahasa penulisan bagi aku agak cringe. Penulis seolah-olah try hard nak santaikan bahasa.
3 reviews
August 5, 2018
Apabila crush itu melebihi 3 bulan, itu bukan crush. Itu cinta - Wan

It feels right to my heart
Profile Image for Aminah Jekri.
8 reviews
May 2, 2020
"you can take away Malay from Malayland, but you cannot take away Malayism from a Malay"

Wan, ms 168
Profile Image for Siti.
294 reviews
July 8, 2021
Intriguing concept in which each character has a chapter. However the coincidences are kinda "made up" and I think the beauty of the language is lost here, neither English nor Malay
Profile Image for Laila Mahfol.
6 reviews5 followers
May 18, 2015
Gandingan watak-watak dalam novel sebelum, buatkan bagi pertama kali baca buku penulis akan sedikit keliru. Tapi perkaitan antara watak dapat digandingkan dengan baik. Jadi untuk pertama kali baca seperti saya, tak akan mempunyai masalah untuk memahaminya.
Profile Image for Lola.
6 reviews2 followers
August 4, 2015
Kena baca semua novel sebelum ni weh. Sambil baca ni dengar lagu Nirvana. Feel dia umph. Habis ni sambung novel baru Lelaki Entah Dari Mana Mana
Profile Image for Hamizah Hasnan.
23 reviews
November 4, 2015
Penceritaan di menarik tapi aku blur sikit sebab xpernah baca buku-buku lain yang berkaitan lagi. So ada banyak aku macam tak paham. Tapi overall semua best!!
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.