Jump to ratings and reviews
Rate this book

Di Hujung Muncung Mesingan

Rate this book
Sebuah pengembaraan. Satu perjalanan. Seribu pengalaman. Demi menyingkap tabir kehidupan golongan Bangsamoro di Filipina, Fahmi Faiz merangka misi barunya untuk melihat sendiri kehidupan golongan Muslim itu yang menjadi minoriti di Filipina. Tekadnya adlah untuk membantu mereka dengan apa yang termampu selepas mendengar kedaifan kehidupan mereka di sana.
Namun, bukan mudah. Mindanao merupakan antara kawasan paling berbahaya diduni. terkenal dengan aktiviti penculikan warga asing, tembak-menembak, pengeboman dan penyembelihan tahanan. Namun disebalik semua stigma ngeri itu, Fahmi teruskan juga misinya atas dasar semangat kemanusian dunia sejagat.
Tepat 10 Januari 2013, Fahmi menjejakkan kakinya buat pertama kali di Filipina. Kehadirannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino secara bersendirian menjadi perhatian pihak keselamatan. Bermulalah perjalanan Fahmi Faiz dari situ bersama misinya untuk mengenal Bangsamoro.

400 pages, Paperback

First published January 1, 2014

3 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Fahmi Faiz

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (14%)
4 stars
7 (50%)
3 stars
3 (21%)
2 stars
2 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Fzh Hns.
45 reviews3 followers
August 12, 2016
Setuju dengan penulis dan kagum dengan usaha penulis untuk 'membuka' sesetengah mata orang kita yang tidak mahu mengambil berat, apatah lagi menghulurkan walau secebis kata-kata semangat dan dorongan untuk perjuangan saudara seagama kita, bangsamoro. Pengalaman menetap di Sabah dan bergaul dengan imigran menepis sikap prejudis dan rasa keinginan untuk belajar tentang budaya mereka. 'Pilot project' penulis dari Bila Kupetik Gitar ternyata membina keyakinan dan ketahanan diri untuk melihat sendiri bumi Mindanao yang bergolak panas. Saya cadangkan buku Tausug & Kesultanan Sulu untuk bahan bacaan lanjutan untuk pemahaman yang lebih mendalam.
Profile Image for Shafiq Azli.
9 reviews1 follower
June 26, 2014
Secara keseluruhan, bku ini menampilkan sisi Bangsa Moro dari kaca mata Fahmi Faiz. Tulisan beliau mendalam, ditambah dengan beberapa rujukan, berbeza dengan tulisan Ku Petik Gitar sebelum ini, Yang pasti kali ini Fahmi Faiz betul betul bersedia dengan kembara yang dilakukan , dan alhamdulilah, dia mendapat bantuan daripada ramai pihak, terutama IMT dan juga pihak Konsulat Malaysia di Davao.

Cuma tulisan Fahmi Faiz agak straight laced, barangkali laras bahasa yang agak akademik yahng digunakan. Apapun, satu percubaan yang agak baik daripada beliau.
Profile Image for Ibtihaj Saian.
31 reviews
Read
August 15, 2016
Catatan yang menambah maklumat berharga berkenaan saudara seMuslim di Mindanao. Penceritaan yang agak bersahaja dan kemas. Bermanfaat bagi yang mencari ruang membantu mereka. Bangsamoro adalah salah satu lagi contoh ummah peribumi yang diketepikan dek penjajahan. Moka mereka semakin maju dan dilindungi Allah.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.