“Bahagia itu bukan memiliki apa yang kita cintai tetapi mencintai apa yang kita miliki.”
Durratul Ain penasaran. Cinta yang disulam bersama cinta hatinya selama tujuh tahun berhadapan dengan kemusnahan. Fakri bakal berkahwin dengan orang lain! Sampai hati Fakri. Kecewa dengan berita pernikahan Fakri menyebabkan Ain ambil keputusan untuk terima lamaran Puan Maziah, nenek Allissa.
Tambahan pula Ain dah tawar hati untuk meneruskan cintanya dengan Fakri bila hubungan mereka seakan tak direstui oleh emak Fakri. Kerana Allissa, Syed Muammar terpaksa menerima pernikahannya dengan Ain walaupun hatinya masih setia pada arwah isterinya. Ain hanya dianggap sebagai ibu kepada anaknya, bukan pengganti arwah isterinya. Tapi jodoh itu rahsia Allah. Layanan Ain terhadap Allissa dan keluarganya buat hati Syed Muammar tak dapat menolak rasa cinta yang mula bertandang. Ain juga turut rasakan perkara yang sama.
Pertemuan semula dengan Fakri membongkar segalanya. Tiada pernikahan yang berlangsung. Ain bingung. Siapa punya angkara? Mampukah Ain berhadapan dengan dugaan demi dugaan yang menimpa dirinya?Mampukah dia pertahankan bahagia yang diimpikan selama ini?Mampukah Syed Muammar jadi yang terakhir di hatinya atau cinta pertama dari Fakri tetap jadi pilihannya?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Seperti yang telah direview oleh pembaca lain, novel ni bukannya tak best. Yang kurang adalah ia tiada keistimewaan yang membuat ia standout daripada novel-novel lain. Overall, N suka cuma kalau tak baca pun, N tak rasa rugi apa-apa.
cinta ammar hanya lah utk annisa…annisa cinta pertama nya…namun, annisa tlh pergi meninggalknnya 5 thn lalu dgn membawa bersama permata hati mrk yg kedua. sejak itu, tumpuan ammar hanya lah bt allysa. permata tunggal ammar dan annisa. cinta nya pada annisa tidak berkurg walau sedikit pun. berkali2 si ibu dan si anak meminta nya utk berkahwin lain, namun tidak pernah dipedulikan oleh ammar…dia tidak mahu curang dgn annisa…hanya annisa isterinya dunia dan akhirat….namun, tegar kah fakri utk menolak impian seorg anak utk mempunyai seorang ibu???
7 thn ain menjalinkan cinta bersama fakri. setiap kali ain menyuarakan hasrat utk berkahwin, setiap kali itu lah fakri meminta tangguh. ain trs sabar menanti fakri walau pun dia sering didesak oleh ibu nya utk berumahtangga…pertemuan ain dgn ibu fakri tlh mengubah segalanya. sedar lah ain bhw dia bkn lah menantu pilihan ibu fakri. ain sedih dan kecewa. dia menjauhkan diri daripada fakri..tiada maknanya utk dia trs menanti fakri krn fakri bakal dijodohkn dgn sepupunya….tegar kah ain utk menghampakan impian ibu nya yg ingin melihat dia bahagia dan mempunyai suami?
satu kemalangan yg menimpa allysa tlh menemukan ain dgn ammar…dr situlah kisah ain dan ammar bermula….mereka di satukan dlm lafaz ijab dan kabul. namun penyatuan 2 hati itu adalah tanpa rasa cinta di dalam hati keduanya…
mampu kah pernikahan itu berkekalan sehingga ke akhirnya jika ammar trs menutup pintu hatinya utk wanita? mampukah pernikahan itu berkekalan sehingga ke akhirnya setlh ain mengetahui kisah sebenar ttg ibu dan sepupu fakri?
apakah yg menyebabkan ain dan ammar menerima pernikahan ini?? dan apakah yg terjadi pada ain sehingga menyebabkan dia keguguran? siapakah dalang yg cuba merosakkan rumahtangganya dan siapa pula yg amat dengki dgn kebahagiaan yg cuba mrk bina itu???
segala2nya hanya akan terjwb setlh anda menyusuri kisah suka dan duka ant ammar dan ain. cinta pertama mereka tidak kekal utk selamanya…blh kah mereka menerima cinta kedua itu?? dan adakah cinta kedua itu adalah cinta terakhir buat Durratul Ain dan Syed Muammar...
ok done with Saya Pilih Awak mmg xmengecewakan love love love
kisah ain yg bercinta dengan fakri tp tdk direstui oleh mak fakri hanya kerana harta datang pulak langau2 yg tergila2kn si fakri sehingga sanggup membuat onar sehingga ain rase tertipu dengan fakri.. ain mengambil keputusan utk lpskn semua fakri harus dilupakan
Fakri.. dia bingung apa terjadi sebenarnya.. ( serius saya kecian dgn watak fakri )
ammar duda anak 1.. allisa anaknyer yg comel membuat permintaan dia nak mama.. syed muammar terkedu mne nak cari sedangkan dia dah berjanji dgn arwah akan cinta samp hujung nyawa tiada pengganti.. allisa memberontak merajuk
one day kebetulan allisa diselamatkn oleh ain dari xcident.. sicomel jatuh suka dengan ain bertambah menjadi2 plak ibu syed muammar pun suka ain..
bermula lah rancangan si anak dgn nenek utk menyatukan ain dan syed muammar..
muammar cikit rse tak puas hati sbb nama ain selalu disebut oleh lissa n ibunya ain itu ain ini semua ain.. hati ammar keras dia mmg xmahu kahwin lg
akhirnya ain bersetuju dgn permintaan pn maziah, ammar terkejut dgn persetujuan ain dan dia pn merelakan atas dasar menghormati ain krn melayan keluarganya dgn baik allisa jgn cakap la sejak ada ain dia jatuh no 2.. hihi
mula2 ya sedih jadi seorg ain bayangkn dah kawin ddk dlm bilik yg penuh dgn gambar arwah isteri ammar.. oh noo mmg sedey n xptt. lagi sedey bila perkara itu terjadi ammar tgh terkenangkn arwah isterinya.. bertabah lah hati si ain kerana taat..
ain tekad utk menawan hati si suami mcm2 dia buat.. syukur makin lama makin rse ohhh bahagianya hihi.. byk adegan romantik komedi dorg serius 4 me sweet sgt.. simple but okey..
konflik.. not to heavy wlwpn pjg tapi xbosan membaca..
yes!!! selamat mengkhatamkan. ngeeee.. best bangat la citer nie... gist of this book is SETIA.
seriously, ammar setia pada annisa fakri setia pada ain maya setia pada fakri rohana setia pada ramlee allissa setia pada ain ain setia pada pemilik tulang rusuk kiri yang dipinjamnya.
kesetiaan itu hebat. tp cara mengekalkan kesetiaan itu berbeda2. ada yang manis dan buat diri in tersenyum ada yang pahit dan buat diri ini menangis ada yang pedas dan buat diri ini marah
tp reality check, jodoh itu dah ditetapkan. kalu mmg dah jodoh mmg x kemana and vice versa. =)
Cerita yang simple and santai. Seorang duda beranak satu terpaksa bernikah seorang wanita kerana anaknya yang memerlukan ibu. Dalam hati masih cinta arwah isteri.
Sakit hati dengan Auntie Rohana. Datang rumah sibuk nak komplen itu ini. Kesian Ain. Ain sabar aje. Allisa pulak comey.
Fakri and Maya boleh tahan juga menyakitkan hati. Maya yg obses nan Fakri. Fakri pula masih cinta Ain. Konflik di situ.
Plot dah cantik. Isi cerita dan jalan cerita pun best. Tapi macam tak sampai ke jiwa saya. Mendatar saja, hambar. Garapan dan olahan kurang mantap buat saya tak merasa emosi sedih atau gembira walaupun watak bercucuran air mata. Watak utama Ain kadangkala bijak dan cerdik tapi most of the time lembik too soft hearted. Syed Muammar matang dan tenang tapi kurang menonjol sebagai pendokong watak utama. Takde impak. Anaknya Lissa baru enam tahun tapi percakapan dan akal fikirannya macam budak umur 10 tahun. Terfikir juga genius ke Lissa ni. Fakri pula pencinta setia tapi adakalanya perasaan yang bercelaru buat perkara macam budak remaja. Fikiran tak stabil hanya kerana mencintai Ain. Lulusan universiti tapi Fakri kerja kelasi. Holding high position apa atas kapal? Watak antagonis Maya pun tak dapat menghidupkan jalan cerita termasuk watak Puan Maziah, mama Syed dan Maimon, emak Fikri. Semuanya macam tak cukup perisa dan perencah. Pada pendapat saya, keseluruhan cerita bolehlah hadam tapi kurang memberi kesan.