Jump to ratings and reviews
Rate this book

Warkah Pengikat Hati

Rate this book

670 pages, Paperback

First published June 16, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Aylanins

6 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (55%)
4 stars
13 (34%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Amal Lee.
281 reviews37 followers
July 31, 2023
Boleh tak aku nak cakap yang cerita ni versi cinta islamik typical bercinta selepas kahwin tetapi yang sedap dibaca & terus tembus dihati ditambah lagi dengan pengisian yang bermakna serta menggunakan bahasa yang lembut & terbuai-buai. Ustaz Umar Abdul Aziz yang pandai berkata-kata dan berpuitis digandingkan pulak dengan Cikgu Najiha si pemalu.

‘Kalau abang tulis nama Jiha di pasir, nanti datang ribut gurun, hilang nama Jiha. Kalau abang tulis nama Jiha di dada langit, nanti datang awan, hilang nama Jiha. Biar abang tulis nama Jiha di hati ini saja, insyaAllah nama Jiha akan bersemadi di sini sampai akhir hayat abang’ - Ustaz Umar

Tawakal hanya kepada Allah. Percaya sepenuh hati pada Rabbul Izzati. Belajar untuk menerima apa saja ketentuan Ilahi. - Umar & Jiha

p/s - sahaja aku baca lambat-lambat sebab sayang betul hendak habiskan bacaan. Banyak betul Ilmu yang diletak dalam ni. Dan rasanya lepas ni dah boleh hafal surah Taha ayat 1 hingga 5, dululah.

p/ss - nampaknya aku kena cari, buka dan baca semula buku tebal terbitan JS & Adiwarna sebab nak cari cerita pendek karya penulis. Ye laa, dulu2 sanggul beli novel setebal alam sebab nak baca cerita dari H,S &RR saja yang lain dah tak baca meanyehee 😌
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
June 26, 2014
Dah lama rasanya tak baca novel yang penuh pengisian seperti ini...
Sangat suka dengan jalan cerita dan setiap watak yang ada dalam ni.
Suka juga dengan bahasanya! ^__^

.

.

.

[ review penuh kemudian - kalau rajin ya!
Sekarang hanya ada mood membaca dan menikmati isi cerita yang dipaparkan ]






Profile Image for Rodhiah Rahman.
90 reviews21 followers
August 1, 2014
Suka dengan bahasanya yang lembut memikat hati... (I wish i can write like that)... Suka dengan ilmu yang berisi... Suka dengan pengetahuan baru yang dikongsi... Suka dengan kisah lepas kahwin yang manis TANPA adegan yang boleh membuat pembaca malu sendiri... Suka dengan perkongsian tentang bidang perguruan yang luas dan terperinci... (Tumpang tanya, penulis ni guru ye? ;) )... Suka dengan isu semasa yang diketengahkan... Suka dengan sunnah Rasulullah saw yang diselitkan... Pendek kata, banyak yang saya suka tentang novel ini... Well done, dear writer! Teruskan menulis. You definitely have a gift to give... :)
Profile Image for Mslvoe.
2,225 reviews224 followers
September 2, 2025
Kisah islamic romance yang buat kita rasa tenang. Banyak quote² dan ilmu yang best dalam ni
Profile Image for Yan Haurashom.
140 reviews2 followers
May 16, 2026
One of the most beautiful Islamic romance stories I’ve ever read…🥹

Rating: 🌟🌟🌟🌟.8

Satu pasangan yang berkahwin atas aturan keluarga. Mereka belajar untuk bercinta dan belajar untuk menjadi suami isteri yang sentiasa taat pada perintah Allah. Apabila datang ujian yang menimpa mereka berdua, bagaimana mereka menghadapinya? Adakah mereka akan menyalahkan takdir, menyesalo setiap tindakan mereka sebelum ini, ataupun redha dengan setiap ujian? Dan bagaimana pengakhiran perkahwinan mereka berdua? 🤨 Kalau nak tahu, kenalah baca buku ini…😎

ML - Umar Abdul Aziz / Umar

Seorang ustaz yang berumur 30 tahun. ML mengajar di sekolah tahfiz anak saudara FL belajar.

“𝑯𝒖𝒓𝒖𝒇 𝒒𝒂𝒍𝒒𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂 𝒍𝒊𝒎𝒂. 𝑯𝒖𝒌𝒖𝒎 𝒕𝒂𝒋𝒘𝒊𝒅 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒒𝒂𝒍𝒒𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒖𝒃𝒓𝒂 𝒊𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒉𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒃𝒖𝒏𝒚𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒕𝒖𝒎𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒖𝒓𝒖𝒇 𝒒𝒂𝒍𝒒𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒘𝒂𝒒𝒂𝒇𝒌𝒂𝒏. 𝑱𝒊𝒉𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒊𝒕𝒖𝒍𝒂𝒉, 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝑱𝒊𝒉𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒆𝒏𝒕𝒖𝒎 𝒌𝒖𝒂𝒕 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂.” 𝑼𝒎𝒂𝒓 𝒕𝒐 𝑵𝒂𝒋𝒊𝒉𝒂.

You don’t know how many ayat2 manis dari ML kepada FL yang membuatkan kita sampai tumbuk2 bantal sebelah kita nie haa…🤣😂 Amboii Ustaz, kemain ehh? Kita siap quote those sentences to my husband, and my husband just terkebil2 jer…🤣😂😅

FL - Najiha / Jiha

Seorang guru pendidikan khas yang berumur 29 tahun. Menjaga 2 orang anak saudaranya setelah kematian kakaknya (yang merupakan ibu kepada anak2 saudaranya). Seorang anak yang baik dan pemalu.

This story is simply beautiful. There’s no word that can describe my feeling while reading this book, other than enchanting. I was captivated by the story, from the moment I turned the first page, until the last one. And I’ve dreaded myself to finish this book, because it was really, really good. I just don’t want this experience to end…❤️💖💛

Cerita ini bermula bagaimana ML & FL bertemu, berkahwin dan mula melayari bahtera perkahwinan. In the beginning, hanya ML sahaja yang selalu nampak FL. FL tak pernah perasan kewujudan ML. Dari situ, bermulanya rasa kasih ML terhadap FL. Walaupun mereka berdua berkahwin atas aturan keluarga mereka, tapi, ML sebenarnya dah mula ada perasaan terhadap FL way before mereka berkahwin…☺️😌

Selepas berkahwin, baru mereka berdua jatuh cinta. Basically, mereka bercinta selepas kahwin. And that was really beautiful. FL yang baru nak kenal ML sebagai suaminya, belajar untuk semai rasa kasih sayang dan cinta terhadap ML. My goodness, the way author menulis, olah setiap scenes ketika mereka mula jatuh cinta, bercinta dan berkasih sayang, dengan kita sekali yang jatuh cinta dengan mereka berdua nie…🥰😍 Kita rasa terbuai2 dengan setiap scene manis mereka berdua. Tidak berlebihan, tapi manis tue, boleh rasa sampai ke hati…❤️💖💛

The conflict started after ML decided untuk further study di Mesir. Kerana ada rusuhan yang berlaku di sana, ML got injured. Like really bad. And this is where, kesetiaan dan rasa cinta mereka berdua diuji. My goodness, again, author menulis setiap scenes berkaitan rusuhan, setiap rasa sakit, rasa sedih, rasa trauma, rasa bimbang, that anxiety, dengan sangat baik. Kita dapat rasa segala rasa tue, seperti kita sendiri yang alami apa yang mereka berdua nie alami…🥺😩 Apa yang ML & FL rasa dalam hati mereka, kita jadi sebak, kita jadi rasa nak peluk sahaja mereka berdua nie…😭😞 Nak bagitahu mereka berdua, semuanya akan baik2 sahaja…🥺

Buku nie, bukan setakat romance semata. Buku nie mengajar tentang bagaimana untuk redha dengan sesuatu perkara yang menimpa kita. Redha dan tawakkal. Bagaimana untuk melatih hati kita untuk redha dengan ketentuan Allah, dan terus bergantung harap pada-Nya. Bila kita ditimpa musibah, kemalangan, minda dan hati kita akan cepat untuk berputus asa. Cepat untuk menyalahkan takdir. Kenapa benda nie berlaku kepada kita? Kita nie jahat sangat ker? Allah tak sayang kita ker? And so many negative thoughts akan terus datang bertimpa2 dalam minda kita. And this book really teaches us how to be strong and terus bergantung, terus meminta pertolongan pada Yang Maha Esa. Ya Allah, banyak sangat ilmu yang kita ambil from this book…🥹😍

This book juga mengajar, yang sesiapa pun akan diuji. Seorang ustaz, seorang anak yang baik dan mendengar kata, pun boleh duji dengan sebegini hebat…😭 Dan ujian itu bukanlah tanda Allah tak sayang kita. Tapi untuk mendekatkan kita dengan Allah. Bila fikir balik, kita mungkin takut dengan ujian sebab takut tak mampu nak hadap. Tapi, apa2 ujian yang Allah bagi tue, bersesuaian untuk diri kita. Baca buku nie, seolah2 macam sedang pujuk kita yang sedang berperang dengan ujian masing2…🥹😌

Dalam buku nie juga ada juga ilmu berkaitan mendidik anak2 untuk menjadi seorang hafiz / hafizah. Bagaimana untuk didik mereka dan diri kita sendiri untuk cintakan Al-Qur’an. Since kita pun ada anak yang sedang berusaha untuk menjadi seorang hafiz (doakan yer…😁), kita rasa all the tips and knowledge yang dikongsikan dalam buku nie, sangat2 berguna…👍🏻👏🏻🥰

You know, people always say that, if they can erase their memory to read and experience the book again, this book is definitely on my list. Penulisan author nie, bukan setakat sedap dibaca. Tetapi, setiap bait2 kata, memang cantik. Memang indah. Everything is perfect. Dari olahan, lenggok bahasanya yang cantik, penggunaan Bahasa Melayu yang semaksimum boleh, membuatkan kita jatuh hati dengan penulisan author nie…🥰😍 Itu belum termasuk dengan puisi2 yang author masukkan dalam buku nie. Allah, perasaan kita masa baca buku nie, bukan setakat terbuai2, rasa aman, rasa macam hangat sahaja di hati nie. Walaupun jalan ceritanya biasa sahaja, tapi disebabkan penulisan author nie, membuatkan buku nie antara my best reads for this year…👍🏻👏🏻❤️💖💛 Buku nie adalah contoh yang baik, where you don’t have to write bombastic stories untuk menjadikan sesuatu cerita itu baik. Penulisan yang baik, akan menghasilkan karya yang baik. Walaupun cerita itu cliche…🌹🌺🌸

And satu lagi sebab kita suka buku nie, even though it’s an Islamic romance book, tapi, penceritaannya tidak terlalu preachy. You know, sometimes, bila kita baca Islamic romance books, kebanyakan author suka slap those hadith / ayat2 terjemahan Al-Qur’an dalam dialog. Like, in real life, siapa jer yang akan quote hadith and terjemahan Al-Qur’an in a dialog? Dalam perbualan? For real? 😒 And setiap ayat kalau boleh nak masukkan hadith / terjemahan Al-Qur’an…😓 Like remember again, this is fiction, bukannya buku hadith atau terjemahan Al-Qur’an. And I know, benda tue pun boleh dapat melalui Google jer. So why do I need to read those Google excerpt in a fiction book? And now I feel like I’m complaining…😫😣 Because, this is what happened in most of Islamic romance books that I’ve read. Macam authors Google, thinking oh, this must be great as a dialog and boom, teruskan jadikan ia as a dialog…😓🙂‍↕️ But not with this book. Setiap penceritaan dalam buku nie, tak perlu masukkan pun hadiths / terjemahan Al-Qur’an yang panjang bagai, tapi masih rasa diri ini macam ditarbiah. Masih ada banyak ilmu yang kita dapat. Flow dialog pun rasa smooth sahaja, walaupun ML tengah menegur dan mengajar FL dalam satu2 perkara yang berkaitan dengan agama Islam…😎

Susah kita nak tamatkan bacaan buku nie. Rasa macam sayang sangat. Kenapa perlu tamat? Kenapa kena habiskan bacaan? But, the moment kita sampai pada penghujung cerita nie, kita rasa sebak sangat….🥹

“𝑲𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒌𝒊𝒏𝒂𝒉 𝒚𝒂, 𝑱𝒊𝒉𝒂?”
“𝒀𝒂.”
“𝑺𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝑱𝒂𝒏𝒏𝒂𝒉?”
“𝑰𝒏𝒔𝒚𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉.”
😭🥹

Tak pasti author nie masih aktif ker tak menulis. Semoga yang baik2 untuk author. Kalau masih menulis, semoga ada karya baru dari author. Apa2 pun, untuk yang sukakan cerita berunsurkan Islamic romance, please get this book. Buku nie mungkin dah jadi buku yang rare, susah nak cari, tapi, kalau boleh, cuba dapatkan and experience sendiri baca buku nie…👏🏻👍🏻
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 25, 2018
Sebuah naskah yang sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki dan diabadikan sebagai koleksi peribadi. Kisah yang sarat dengan kasih sayang dan juga penuh dengan ilmu.

Kisah yang ditulis dengan begitu indah. Membacanya juga lambat-lambat. Bukan kerana bosan tapi kerana takut cepat sampai kepada perkataan TAMAT.

Sedihnya la apabila kasih Jiha dan Umar terputus di saat mereka di ambang bahagia. Berjayakah Jiha mendapatkan kembali kasih sang suami ? Kenalah beli dan hayati kisah mereka ini.

Jika nak cari novel islamik yang manis dan berilmu, belilah novel ini. Tiada aksi melampau atau tergedik ya amat yang buatkan kita loya. Semuanya masih di atas landasan yang lurus.

Tahniah untuk penulis. Aku beli naskah ini selepas aku baca kisah Suri Hati Abang yang awesome tu. :)
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
June 1, 2017
Tawakal itu pada Allah.. bukan pada mata (ini contoh kisah tauladan dalam buku ini sebab Umar ada masalah penglihatan).

Buku ini sangat bagus. Pada permulaan, saya sukar mendapat rentak, baca pulak berhenti-henti (disebabkan komitmen sendiri). Tapi semakin dibaca semakin menarik.

Murninya hati Najiha yang sanggup menjaga dua orang anak saudaranya seperti anak sendiri dan mengimpikan mereka menjadi huffaz. Umar yang sanggup menerima pakej Najiha + Lutfi + Rafiq terpaut kepada 'mak Rafiq' kerana cita-cita Najiha itu. Impian mereka sama, melahirkan huffaz!

Kagum tentang kaedah melahirkan huffaz (teknik murajaah, aktiviti harian dan pemakanan), perbualan dengan maksud tersirat (teknik Najiha si pemidato), hikmahnya hadiah al-Quran tulisan saiz besar yang Najiha berikan kepada Umar, juga nasihat Umar kepada Najiha; tentang solat, membaca al-Quran, menutup aurat. Juga, Umar yang sering membaca surah Toha kepada Najiha. :)

Bahasa yang digunakan mudah difahami. Walaupun latar belakang cerita di negeri Sarawak, tapi tak ada sepatah pun dialek Sarawak di dalamnya. Tiada juga watak antagonis orang ketiga, namun konfliknya tetap mendebarkan. Perasaan saya apabila membaca kisah ini agak sama sewaktu membaca Jaja & Din.

Apabila cinta bertukar menjadi reda..

Tawakal itu pada Allah.. ya, benar!
11 reviews
September 18, 2014
A surprise!! Masa baca sinopsis di belakang novel ni macam cerita biasa2 jadi asyik bertangguh untuk beli, tapi di Pesta Buku Selangor, JS staff recommended this novel. Memang cerita biasa2 tapi lenggok bahasa, perjalanan cerita membuat saya tak boleh nak letak, keep on reading walaupun tiada high drama or cerita kontroversi. Bahasa yang asyik tapi tidak melampau antara pasangan suami isteri, pengisian dari sudut ugama, isu kemelut Arab Spring, kerjaya pengajar yang semakin mencabar dan jugak kaedah2 mendidik generasi anak2, di sampaikan dengan lembut dan sungguh berkesan. Tahniah!! Satu lagi koleksi novelis yang di tunggu2
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
January 10, 2016
Naskah yg sgt bagus...byk ilmu di dalamnya...kisah pengorbanan seorang najiha demi membesarkan 2 org anak saudaranya...kisah cinta najiha & umar yg berlandaskan agama, berpandukan sunnah nabi, berteraskan ajaran al-quran...
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
January 5, 2015
Kalau abang tulis nama Jiha di pasir, nanti datang ribut gurun, hilang nama Jiha..
Kalau abang tulis nama Jiha di dada langit, nanti datang awan, hilang nama Jiha..
Jadi abang tulis nama Jiha di dalam hati saja, InsyaAllah nama Jiha akan bersemadi di sini sampai akhir hayat abang
~ Warkah Pengikat Hati, m/s 442

Siapa sangka seorang ustaz tahfiz mampu membelai jiwa isterinya bila berkata-kata, sampaikan si isteri terus membayangkan bunga daisy..hahaha. Najiha oh Najiha..kalau dibayangkan bunga, tiada bunga lain yang didahulukan. Daisy juga yang disebut dahulu. Mana tak nya, bunga daisy itu mempunyai maksud kesucian, kesederhanaan dan kasih sayang yang tulus ikhlas dan setia. Kalau tak, takkanlah Umar Abdul Aziz tahan perut tiap-tiap hari makan nasi goreng, ayam goreng, sayur goreng dan semua yang bergoreng Tapi itulah juga nadi kisah ini. Loyalty and undivided love.

Cinta mereka bermula selepas ijab dan qabul. Kasih mereka diikat dengan kecintaan mereka terhadap Al-Quran dan golongan huffaz. Bukan mudah mengajar hati untuk ikhlas menerima pasangan yang tidak dikenali, maka tentunya rasa sayang yang terbit lebih indah. Manisnya cinta Umar dan Najiha, dan indahnya perjalanan cinta mereka membuat segalanya istimewa, walaupun berbicara tentang..ehem..bendera merah Tatkala terpisah kerana tuntutan cita-cita, rasa rindu Umar dan Jiha hanya diluahkan melalui alam maya dan telefon. Mereka belajar untuk bersabar, malah jarak dan masa hampir 4 tahun itu hanya suara dan kata-kata mengisi ruangan hati dan mimpi, menguatkan mereka untuk menanti saat disatukan kembali. Dan pabila kasih dan kesetiaan mereka diuji, tiada lain yang di dalam hati mereka kecuali Redha. Ya. Redha. Perkataan yang menuntut sejuta keikhlasan dari hati dan insani. Saya sendiri tidak pasti samada saya boleh sekuat Jiha dan setabah Umar.

Sesungguhnya cinta yang berpaksikan Allah mengajar kita makna redha yang sebenarnya. Dari redha itulah akan datangnya rasa hati kita. It's not how we act in front of the one we love that matters but what we do above and beyond to prove to him that he is and will always be the one in our heart.

Sebuah novel yang saya noktahkan bacaan dengan senyuman.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
348 reviews17 followers
July 7, 2015
Novel ni mendekatkan kita pada cinta kepada anak yatim, cinta lepas pernikahan dan paling utama cinta pada Allah SWT. Jiha & Umar bagi saya karakter yang hebat dan disebalik latar belakang Sarawak yg jarang dpt saya baca, saya suka. belajar aspek untuk menjadi huffaz dan teknik yang di beri, can put it as a pointer. Alhamdulillah, I belajar juga dari pembacaan ni. Selamat menghadapi 10 mlm terakhir Ramadhan.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews70 followers
January 30, 2023
[BOOK 13]

Warkah Pengikat Hati by Aylanins.
.

Sedihhh...
.

Penat nangis sampai bengkak mata. Serius, tak tipu. Literally lepas habis baca buku ni, aku pergi cermin muka aku. OMG. Bengkak weh. hahaha
.

"Kalau mim mati bertemu ba, disebut ikhfak syafawi. Kalau saya bertemu Jiha, itu disebut cinta."
.

"Kalau baca Quran, jangan berhenti sesuka hati, kena sempurna ikut tajwid. Saya harap cinta kita macam itu, hanya akan terhenti sempurna pada akhir hayat."
.

Ini kisah Najiha dan Umar Abdul Aziz.
.

Mereka bersatu atas dasar memiliki matlamat hidup yang sama.
.

Najiha, seorang guru pemulihan khas, membesarkan 2 anak saudaranya, dengan matlamat untuk menjadikan mereka seorang huffaz. Umar pulak berhasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita yang boleh memahami dan sama-sama mendidik anak-anak mereka untuk menghafal Quran.
.

Beberapa kali pertemuan, Najiha ni tak perasan pun Umar yang merupakan Ustaz tahfiz tempat anak saudaranya, Rafiq belajar. Tapi, Umar ni perasan je. Mula-mula dulu, dia ingatkan Najiha ialah mak Rafiq. Bila dah tahu tentang matlamat hidup Najiha, dia berhasrat untuk melamar Najiha.
.

Bila kahwin, OMG, Umar ni sweet ya. Tambah-tambah, Najiha yang merupakan bekas pemidato pun, boleh diam malu dan tergagap-gagap depan Umar. Lagilah Umar suka mengusik.
.

Tambah-tambah, Umar suka bacakan ayat Taha kepada Najiha. hahahah..Najiha tahu je, bila dia nak argue ngan Umar, tetiba dia jadi tergagap-gagap tu, dia tanya je Umar, ada bacakan surah Taha ke tadi? hahahaah
.

Seronok baca mereka bercinta. Sangat sopan. Najiha ni sangat pemalu. So, kalau nak salam ngan Umar pun, dia salam dalam bilik je.
.

Suka part Umar tegas menegur bab mandi wajib, bab menjaga makanan untuk Lutfi dan Rafiq supaya hafazan mereka terjaga. Suka semuanya la.
.

Dan tibalah saat memilukan.
.

Apabila cinta menjadi reda.
.

Umar minta izin untuk sambung Master di Universiti Al-Azhar. Najiha ni sangat memahami. Mereka sama-sama istikharah sebelum akhirnya setuju untuk ber PJJ. So, sebelum berpisah, mereka banyak mengabdikan kenangan indah mereka.
.

Bila berjauhan, semuanya masih sama. Umar masih menghantar emel pada Najiha. Mereka masih berhubung setiap minggu. Dan Najiha mengandung.
.

Tapi, keadaan mulai genting bila terjadinya rusuhan dan pergolakan di bumi Mesir. Tetiba, Umar dikhabarkan antara rakyat Malaysia yang terkorban. Sedihnya Najiha bila Umar pergi tanpa pesan. Bukan Najiha je sedih, aku pun menangis sambil peluk bantal.
.

Najiha berdoa pada Tuhan, dia masih mengharapkan keajaiban. Kalau Umar masih hidup, dia sanggup kena marah ngan Umar, sanggup kena cubit ngan Umar. Asalkan Umar ada disisinya.
.

Dan keajaiban terjadi. Tapi, tidak semudah yang disangka. Masih menuntut pengorbanan daripada Najiha.
.

Buku ni serius best! Tapi sedihnya tak tertanggung. Aku beli buku ni masa PBAKL 2022, tanpa tahu yang ia akan jadi sebegini sedih. Buku ni mengingatkan aku pada buku Jaja & Din.
.

Overall, buku ni best. Semua watak dalam ni best dan menghiburkan. Suka Umar dan Najiha. Suka baca keletah Rafiq yang selalu mengelak bila disuruh murajaah. Bila suruh baca surah, dia selalu pilih surah al-kautsar. hahaha. Suka part Najiha gigih mendidik anak-anak menjadi huffaz. Overall, suka semuanya la.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 28, 2022
Sebuah karya berunsur Islamik. Umar dan Najiha tidak berjumpa atau cakap di telefon walau dah bertunang. Percintaan Umar dan Najiha berlandaskan ugama hanya sesudah mereka bernikah.
Saya kagum dengan Najiha yang menjaga dua orang anak saudaranya selepas Naurah, kakaknya meninggal dunia. Saya kagum dengan keikhlasan dan keluhuran Umar setuju dengan syarat Najiha untuk terima pakej Lutfi dan Rafiq sekali jika nak kahwin dengannya.
Keseluruhan jalan cerita yang penuh pengisian. Ada motivasi keluarga dan ada motivasi ugama. Banyak kali saya menangis mengenangkan Umar dah buta mata kanan dan Najiha tinggal satu saja fallopian tube. Betapa tabah, reda dan tawakal dengan kekurangan diri mereka demi membesarkan anak-anak yang masih kecil.
Cuma pada saya, penceritaan penulis terlalu perlahan. Ada beberapa bahagian yang meleret dan berulang-ulang agak membosankan. Biography cikgu serta ustaz dan ustazah too detailed and lengthy don’t interest me.
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
August 23, 2025
ya Allah, sayangnya buku ni tak publish dah😞 rasa nak nangis (dah nangis dah pun) sebab buku ni best sangat2. bersyukur sangat2 sbb Allah gerakkan hati utk beli buku ni bila terjumpa kat kedai buku😭❤️
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
April 3, 2016
Rasanya ms 400 ke atas baru saya rasa susah nak letak buku ni. Penuh pengisian, emosi. Tahniah penulis.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews