Sejenis virus berbahaya tiba-tiba merebak. Manusia yang dijangkiti hilang kewarasan dan menjadi ganas, memburu manusia yang lainnya tanpa belas. Sekatan-sekatan yang diwujudkan tidak mampu membendung penularan wabak dan akhirnya, pihak tentera tiada pilihan lain kecuali pemusnahan secara total. Peradaban manusia lantas runtuh.
Mia, yang kehilangan kedua-dua orang tuanya mengharungi hidup dengan serba kekurangan bersama-sama Survivor lain di Ultra Boulevard. Bertahan dengan segala daya yang ada, demi masa depan yang tiada harapan. Namun, kelam yang dirasa akhirnya memberikan cahaya apabila dia bertemu seorang anak kecil di sebuah bangunan tinggal. Terpanggil rasa manusiawi, dia membelanya sehingga besar dan memanggilnya Fiffy. Sempena nama yang tertera pada loket di lehernya.
Meski terpaksa berdepan dengan ancaman kelaparan, manusia terjangkiti yang digelar Crawler dan manusia Survivor yang rakus serta mementingkan diri, Mia tetap bersemangat mengharungi hidup bersama Fiffy. Sehinggalah Fiffy mula bersikap aneh dan disyaki dijangkiti virus yang akan mengubahnya menjadi Crawler...
1. Tey Marzuki is one of my favourite authors. Aku dah baca rasanya almost semua hasil tulisan dia. Zombie 2.0 ni antara yang latest I think? Same vibe dengan buku Eva btw.
2. Buku ni cerita pasal Zombie Apocalypse. Basically storyline macam dalam movie2 pasal survival of apocalypse. Ada virus outbreak. Manusia yang dijangkiti jadi makhluk ganas yang dipanggl Crawler. Manusia yang tidak dijangkiti dipanggil Survivor, kena survive hidup dalam bunker. Makanan kena catu. Kena keluar pergi cari food once in a while.
3. Yang pernah dijangkiti tapi survive jadi manusia mutasi. Ada superhuman power. Macam Mia, mc buku ni dapat power enhanced vision.
4. Watak2 dalam buku ni mostly unlikeable. Aku faham je sebab semua orang dah jadi selfish bila dalam dunia survival. Empathy is a rare thing. Aku rasa aku suka Mia, Cass dan Pakcik Hans je kut. Aku tak suka budak annoying so Fiffy is out. Ren pun aku menyampah sometimes haha. Oh yeah, I like Alpha too.
5. Aku amazed sebab tiada watak yang terkorban except for parents Mia masa permulaan cerita. Biasa cerita Zombie macam ni memang banyak mangsa korban.
6. Overall this is a good read for me. Penulisan Tey Marzuki macam biasa memang bagus, tak ada bahasa pasar, tak dragging. Ketebalan novel pun just nice, definitely my preference. Aku tak paham jugak kenapa novel melayu nowadays nak kena setebal kamus but mostly no plot. Repetitive.
"Empati dalam dunia yang penuh keterdesakan ini boleh dikatakan sesuatu yang istimewa."
Empati dan Zombie? Apakah perkaitannya?
Inilah keunikan cerita ini.
Zombie 2.0 adalah mengenai virus META-X01 yang telah disebarkan ke beberapa kawasan sekitar bandar Sunny Hill dan menjangkiti manusia. Virus ini telah membuatkan manusia yang dijangkiti bertukar menjadi Crawler. Penularan virus ini telah membuatkan keadaan menjadi huru-hara, ada yang terselamat daripada virus ini yang dipanggil sebagai Survivor, manakala ada juga manusia yang termutasi DNAnya dan berlaku beberapa perubahan pada tubuh manusia yang terkesan. Mereka yang terkesan termasuklah Mia, dan juga anak kecil bernama Fiffy, serta beberapa lagi manusia yang lain.
Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh mereka yang terselamat untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang penuh dengan kekurangan. Dalam kalangan Survivor itu sendiri mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.
Tidak cukup dengan keterdesakan hidup yang sedang dialami, Fiffy yang dianggap bagai adik kandung oleh Mia ini lama kelamaan mula menunjukkan simptom-simptom dijangkiti virus tersebut. Sungguhpun tiada pertalian darah antara mereka, Mia dan juga beberapa survivor yang lain berusaha untuk mendapatkan penawar buat Fiffy. Perjalanan yang jauh mereka harungi hari demi hari untuk berjumpa dengan seorang saintis yang dipercayai dapat mencari penawar kepada virus berkenaan.
Persoalaannya, adakah Fiffy dapat diselamatkan? Masih wujud lagikah perasaan simpati pada ketika nyawa menjadi taruhan? Tidakkah kepentingan diri dapat menyelamatkan dan membawa kejayaan pada diri sendiri itu jauh lebih bermakna?
Mengenai Buku Zombie 2.0: - Jalan cerita yang tersusun. - Rentak penceritaan yang tidak terlalu laju dan juga tidak terlalu perlahan. - Bacaan yang sesuai untuk semua lapisan usia. - 'Plot twist' yang menarik.
Terima kasih kepada Penerbit X dan penulis, Tey Marzuki, kerana memberi buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan ikhlas saya.
Empati dalam dunia penuh keterdesakan ini adalah sesuatu yang istimewa.
Sebagai peminat tegar genre zombie, Zombie 2.0 memang masuk senarai wajib baca. Cerita bermula dengan dunia yang dah lumpuh akibat virus ganas. Yang dijangkiti jadi Crawler iaitu makhluk buas, tak berakal, memburu manusia tanpa belas.
Di Ultra Boulevard, Mia dan para survivor hidup dalam tekanan dan ketakutan. Makanan dicatu, tempat tinggal sempit, dan ancaman crawler tak pernah surut. Tapi titik perubahan besar bila Mia temui seorang budak kecil di bangunan tinggal dan menamakannya Fiffy. Hubungan antara Mia dan Fiffy bukan saja menyentuh hati, tapi juga menimbulkan dilema besar bila Fiffy mula tunjuk tanda-tanda akan berubah jadi Crawler.
Apa Mia akan buat? Di sinilah tema empati diuji habis-habisan.
Plotnya tersusun kemas, pace cerita smooth, dan memang page turner. Vibes dalam cerita ni sangat gloomy, buat kita betul-betul rasa macam kita pun terperangkap dengan Mia.
Menariknya, penulis cipta dua jenis crawler. Satu, zombie biasa yang takut cahaya. Satu lagi; Alpha. Watak misteri yang buat saya tertanya-tanya: siapa dia sebenarnya? Kenapa dia ikut Mia? Dia ni Crawler biasa ke, atau ada sesuatu yang lebih besar?
Banyak persoalan timbul, dan tak semua ada jawapan. Tapi itulah yang buat kita nak lagi. Contohnya: Kenapa Fiffy boleh ada sorang-sorang? Siapa mastermind di sebalik virus ni? Ada penawar ke? Berapa ramai yang dah jadi korban eksperimen?
Walaupun tak semua misteri terungkai, Zombie 2.0 tetap bagi penutup yang memuaskan. At least kita tahu ada usaha untuk pulihkan keadaan. Dan paling penting, mesej tentang empati sangat kuat. Ia bukan sekadar emosi, tapi kekuatan dan dalam dunia macam ni, empati boleh jadi satu-satunya perkara yang buat kita masih manusia.
Saya anggap Zombie 2.0 ni sebagai permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Harap sangat ada sambungan. Editor, tolong ambil perhatian ya? Hehe.
"Another head hangs lowly, child is slowly taken and the violence caused such silence, who are we mistaken?"
Apocalyptic; rather than focusing on the zombie problem or like any other apocalypto books—surviving for living, finding a solution, happy ending. She would rather confuse us with what path she actually want to take in this books which is disappointing. The beginning is herrandous, hates the unnecessary filler scene, half of the book is so draggy then the other half she had to rush it. It's a fun and intriguing read towards the end but I don't vibe with the storytelling or world-building. I still enjoyed it tho!
Kisah ini mengenai Mia yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya sewaktu virus META-X01 menyerang dunia dan kini hidup menjalani kehidupan bersama-sama survivor lain di Ultra Boulevard, Bandar Cedar. Setelah beberapa tahun, dia terjumpa seorang kanak-kanak yang bernama Fiffy yang ditemuinya di sebuah bangunan tinggal. Dia memutuskan untuk membawa balik dan membela Fiffy sebagai adiknya dan menjaganya sehingga besar.
Selepas enam tahun, Fiffy mula menunjukkan simptom2 aneh yang sama dengan manusia yang dijangkiti virus tersebut. Disini, kehidupan mereka semakin mencabar dan Mia berusaha untuk menjaga adiknya dan mencari cara untuk pastikan Fiffy tak bertukar menjadi Crawler. Bersama Pak Cik Hans, Rey dan Cass, mereka mengembara menuju ke Sunny Hill untuk berjumpa dengan saintis, Jenny yang mungkin dapat menghasilkan vaksin untuk Fiffy.
Pertama, saya suka dengan kulit bukunya yang cantik siap dengan sprayed edges lagi. Buku ni merupakan naskhah ketiga dari Tey Marzuki yang saya baca selepas Vendetta & Eva. Dari awal bacaan terasa macam berada dalam naskhah Eva tapi dalam universe lain sebab kedua-duanya bertemakan pasca apokalips dengan kedua-duanya watak wanita yang perlu survive untuk terus hidup.
Semua pun dah sedia maklum tentang Zombie. Dari tajuk pun dah tau ni memang kisah tentang Zombie. Cuma zombie disini bukanlah sejenis pemakan daging manusia tetapi manusia terjangkiti virus sehingga hilang kewarasan dan memburu orang lain sampai la semua pun terjangkiti virus juga dan berubah menjadi Crawler. Cara merebak tu tak la diceritakan pula dengan terperinci cuma kalau kena serang tu mesti akan berjangkit.
Sejujurnya bagi saya tak ada apa-apa penambahbaikan pun dari segi plot dan penceritaan dari naskhah Eva sebab keduanya hampir sama. POV pun keseluruhannya dari watak Mia. Mungkin kalau ada POV dari watak lain akan nampak lebih menarik dan tak mendatar. Kisah ni pun tak banyak aksi, lebih kepada survival skill untuk terus hidup dan mengelak dari Crawler.
Watak Alpha pun tak diceritakan sangat tapi dia sentiasa ada. Mungkin penulis nak kembangkan dekat naskhah sambungan? Dari awal dah dapat teka siapa Alpha ni jadi tak terkejut sangat. Tapi dia memang menepati ciri-ciri Alpha sesuai lah dengan nama dia.
Penulis banyak ketengahkan tentang empati dan manusiawi tapi saya boleh faham bila kita dalam situasi macam tu semuanya akan pentingkan diri dan buat macam-macam semata-mata nak teruskan hidup. Kecuali yang memang jenis jahat. Mia bertuah sebenarnya sebab dia masih dikelilingi dengan ramai survivor yang baik dan sentiasa bersedia menyelamatkan dia.
“Tak semua individu tu ada empati, Mia. Empati dalam dunia penuh keterdesakan ni boleh dikatakan sesuatu yang istimewa. Dunia kita sekarang berbeza dengan apa yang pernah kita alami satu ketika dulu. Banyak perkara dah berubah. Banyak perkara buruk juga telah terjadi. Secara tak langsung itu semua mengubah karakter setiap individu yang masih hidup di muka bumi ni.”
Apa pun memang rekomen untuk semua peminat genre ni. Penulis memang pandai mengolah cerita untuk menarik perhatian pembaca. Terima kasih juga kepada Penerbit-X untuk pemberian naskhah ini.
❝Empati dalam dunia penuh keterdesakan ini adalah sesuatu yang istimewa 🦠 ❞
Kita peminat cerita zombie. Anything yang related dengan zombie kita tak akan teragak-agak untuk luangkan masa tengok/baca 🤚🏿.
Satu virus merbahaya telah merebak. Manusia yang dijangkiti virus tersebut bertindak ganas, tidak waras dan memburu manusia. Mereka ini digelar sebagai CRAWLER. Di Ultra Boulevard. Mia dan survivors yang lain hidup serba kekurangan. Mereka terpaksa mencatu makanan, terperuk di tempat yang sama dan tiada kebebasan kerana crawlers ada di mana-mana.
Mia terjumpa seorang anak kecil di sebuah bangunan tinggal. Dia mengambil keputusan untuk menjaga budak tersebut dan menamakan sebagai Fiffy. Namun, lama kelamaan Fiffy menunjukan tanda-tanda akan berubah menjadi crawler. Apa yang terjadi seterusnya?
Storyline tersusun, pace bergerak dengan smooth & page turner✔️ Boleh rasa betapa gloomynya vibes dalam cerita ni. ✔️ Siapa Alpha ? Kenapa Mia diekori Alpha? Siapa Mastermind ? Apa motif virus disebarkan? Ada penawar tak?
Secara peribadi, kita ada rasa intense 🤏🏻☝🏻 sebab bila kita letakkan diri kita sebagai salah seorang survivor. Itu tidak mudah. Bukan semua orang mampu untuk hidup dalam situasi sebegitu. Kita mungkin akan tergolong dalam salah satu golongan. Samaada menjadi orang yang ada empati atau selfish. Semua orang pun akan lakukan apa saja untuk teruskan hidup.
Cakap soal crawler. Okay dah rasanya. Penulis cipta 2 jenis crawler. Satu yang memang tipikal punya zombie. Yang takutkan cahaya dan memburu ketika malam. Another one macam Alpha. Kita lebih tertarik dengan karakter Alpha itu sendiri. Kita lebih nak tahu POV Alpha. Sebab Alpha special case.
Untuk Zombie 2.0 ni kita anggap sebagai pengenalan. Kita harap akan ada sambungan. *editor please lihat ini* Persoalan yang berlegar-legar dalam kepala pembaca akan terjawab sikit tapi bukan secara menyeluruh.
Persoalan yang berlegar-legar dalam kepala pembaca akan terjawab sikit tapi bukan secara menyeluruh sebab kita masih memerlukan jawapan - • Kenapa Fiffy boleh ada dekat bangunan terbiar tu bersendirian. Nak tahu juga mana pergi mak dia & kejadian sebelum dia diletakkan disitu. • Kehidupan manusia yang masih ada di Ultra tu macam mana lepasni? • Adakah penawar berjaya dihasilkan? • Kalau berjaya dengan mengunakan kaedah apa? Adakah semua crawlers akan berjaya disembuhkan? • Bagi produk gagal. Berapa ramai sebenarnya?
Kebanyakan cerita zombie selalunya tak ada ending yang memuaskan hati. Malah meninggalkan seribu pertanyaan apa yang akan terjadi akhirnya? Tapi tidak untuk untuk Zombie 2.0. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang tengah diusahakan untuk memulihakan keadaan walaupun bukan secara total.
Perkara paling utama yang kita belajar ialah empati itu bukan perlu sahaja ada dalam diri manusia dewasa. Malah, perlu dipupuk dalam diri kanak-kanak sejak awal lagi. ☝🏻 Kenapa? Sebab dengan empati kita akan lebih memahami perasaan dan situasi orang lain.
Pertama kali membaca karya penulis ini. Sebuah novel yang sarat dengan emosi, tentang kemanusiaan dan survival. Mia, Survivor yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil mempunyai keistimewaan tersendiri. Bertemu dengan seorang gadis kecil bernama Fiffy, Mia dan sekumpulan Survivor terus hidup dengan bumi yang separuh musnah akibat virus yang melanda, menghasilkan musuh mereka, Crawler.
Dari situ satu per satu cabaran dihadapi untuk mendapatkan makanan, keperluan dan memulihkan diri daripada virus yang menyerang. Kesetiaan dan pengkhianatan diselimuti kemanusiaan dan keterpaksaan.
Buku yang cantik ini sesuai dibaca oleh semua lapisan umur dan latar belakang. Bayangkan suatu hari bumi dilanda virus sebegini. Bagaimana kita bakal mengharunginya?