Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Jiwa Penuh Warna Duka

Rate this book
“Kalaulah aku tak dihantui semua warna ni, kemalangan tu mesti takkan jadi, kan?”
“Adi, kau pun manusia juga. Manusia pasti akan buat silap.”

***

Sejak pemergian ibunya, Adi dapat melihat manusia mengikut warna emosi yang sedang dilalui mereka. Adi merasakan ia sesuatu yang tidak bermakna, sehinggalah dia melihat sendiri kesan hebat warna-warni teater terhadap penonton. Dengan mata bercahaya, Adi bertekad,satu harinanti aku akan jadi pengarah yang hebat!

Namun, setelah Adi masuk ke dunia teater, suatu tragedi gelap menimpa pelakonnya. HarapanAdi berkecai. Ini semua salah aku, dia terlalu yakin paling memahami manusia, sedangkan dia membahayakan mereka!

Lantas Adi menguburkan impian dan bekerja di belakang tabir sahaja. Namun, ketika teater yang berlangsung tiba-tiba kehilangan pengarah, Adi sedar bahawa tiada siapa lagi yang mampu menggantikan–kecuali dirinya.

“Kenapa habiskan duit dan masa untuk cerita yang orang tak tengok?”
“Sebab ada yang perlukan cerita kau, Adi.”

Walau hatinya berat, Adi perlu memilih. Adakah terus melarikan diri, atau kali ini memberanikan diri untuk mencorakkan pentas warna gilang-gemilang yang telah lama diimpikan?

365 pages, Paperback

First published January 28, 2025

9 people are currently reading
99 people want to read

About the author

Osman Deen

13 books114 followers
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;

Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (34%)
4 stars
60 (51%)
3 stars
17 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews362 followers
October 10, 2025
Bila Jiwa Penuh Warna Duka adalah buku ke-3 dari Osman Deen yang aku baca. 2 yang terdahulu adalah Laga Pujangga & Pada Masa Yang Terhenti, both were rated 5 stars from an avid reader like me. Masih ada a few lagi on my TBR - antaranya Stesen Hikayat & Bara Sang Pengarang yang aku grab masa #pbakl25 yang lepas.

Osman bagi aku adalah seorang penulis yang kreatif, just like Matt Haig. Buku dorang ada tema healing and personal growth yang kuat. Watak utama dorang selalu diberi peluang untuk meneroka kehidupan - kehidupan alternatif, berpusat pada inner struggle & self-discovery, and coincidentally, selalu ada magical realm yang menarik dalam novel dorang. Keunikan story telling dan penggambaran emosi yang realistik dan berkesan adalah antara sebab utama aku selalu ternanti - nanti buku baru dari Osman.

Bila Jiwa is another novel genre Slice of Life yang menyoroti inner struggle & personal growth menerusi watak utamanya, Adi, dalam menghadapi cabaran hidup dia. This time, Osman demonstrated remarkable narrative credibility, grounding his storytelling with another authenticity that truly resonates with me dari awal sehingga akhir. Aku bebetul boleh rasa dan bayangkan world building ber-background-kan industri teater yang aku tak familiar with.

The whole set up of this novel is about friendship between Adi & Hamdi. Adi adalah seorang penulis skrip berbakat, dihantui trauma masa lalu yang menyebabkannya dia selalu refrain from taking up responsibility sebagai seorang pengarah. Hamdi pula, seorang pengarah teater yang kaliber, dia banyak berkorban untuk Adi tanpa pengetahuan sahabatnya yang satu ni. Apabila satu insiden tidak terduga berlaku kepada Hamdi, Adi terpaksa mengambil alih tugas pengarah, memaksa dia berdepan dengan ketakutan dan traumanya.

I would say novel ini adalah antara novel slice of life 5-star terbitan Iman Publication (Rumaa Books). The inner growth shown by Adi dan the support system yang ditunjukkan oleh Hamdi adalah the book's main strengths. Adi ni someone yang tends to run away from problems and hide himself, especially due to his unique ability to "see" other people's emotions through colors. Setiap kali berhadapan warna bahaya, his reflex is to evade. However, as the story progresses, he transformed from a fragile individual into someone brave enough to confront reality. Scene di mana Adi akhirnya faham maksud warna putih yang selalu surrounding ayahnya is a profound emotional revelation, showing how certain truths can only be grasped when we are truly ready.

I like how Hamdi bertindak sebagai suara yang sentiasa memberi reality checks kepada Adi. The bonding is so strong dan ia menjadi tunjang emosi yang membantu Adi bangkit.

Yang menyebabkan aku hooked dari awal adalah sentuhan magical melalui kebolehan Adi melihat emosi dalam bentuk warna – biru untuk tenang, merah untuk semangat atau marah, dan kuning / jingga untuk kegembiraan. Penggunaan warna-warna ni bukan sekadar gimik, it actually enriches my reading exeperience. Kita boleh "melihat" mood seseorang melalui mata Adi yang sensitif. And indeed, emosi manusia ni rumit; walaupun Adi boleh melihat warna, tapi dia tak boleh faham isi hati seseorang.

Siapa kata buku slice of life harus mundane? Itu stigma atau alasan penulis yang gagal memberi warna kepada buku mereka. Novel ni tak sarat dengan plot twist & suspens yang memacu adrenalin, tapi kejujurannya dalam menggambarkan emotional roller coaster seorang, friendship, and proses healing seseorang menjadikannya sebuah novel yang sangat impactful and highly recommended.

Bagi peminat genre slice of life yang mencari novel yang senang cerita - berkualiti, this is it. I approved. Haha.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
267 reviews56 followers
February 4, 2025
Aku suka buku ni sebab tema utama dia adalah pasal friendship antara Adi dengan Hamdi dalam dunia teater dan depa dua ni sbeenarnya mempunyai struggle yang tersendiri. Contoh macam Adi ni dari sinopsis kita dah tahu yg dia ni ada trauma dalam hidup dia yang menyebabkan dia just nak jadi orang belakang tabir dalam dunia teater which is sebagai penulis skrip ja. Dan Hamdi kita nampak sebagai seorang pengarah teater yang kaliber yg takde masalah. Sampailah ada satu benda yg terjadi, yang menyebabkan Adi terpaksa jadi pengarah teater walaupun dia tak konfiden sangat sebab of his past trauma. Tapi waktu ni baru kita perasan yang sebenarnya Hamdi ni baaanyyakkk gila pengorbanan dia untuk Adi. Dan Adi sendiri tak aware dengan benda tu.

Bila baca buku ni, kau akan dapat rasa yang penulis ni memang berpengalaman dalam dunia teater. penulis berjaya jadikan teater sebagai tema utama sebagai satu benda yang menarik. Dia macam full of drama sangat dalam teater ni.

Walaupun aku macam kurang berminat dengan konflik dia yg bagi aku agak ringan, sebab aku macam “hrrmmm tu ja???” TAPI SIAPALAH AKU UNTUK JUDGE KONFLIK HIDUP ORANG LAIN
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
February 15, 2025
23/2025

-Bila Jiwa Penuh Warna Duka
-Osman Deen

Buku ini membawa kita mengenal bagaimana warna dan emosi berkait dalam hidup seorang Adi. Adi punya keistimewaan mampu melihat emosi seseorang melalui warna yang muncul di sekitarnya. Merah... Putih... Hitam... Cakap apa saja warna yang ada, semuanya dia pernah lihat dan dia juga tahu sedang apa emosi seseorang itu.

Bertemu dengan sahabat yang paling dia rapat, Hamdi menjadikan hidup Adi lebih besar terutama apabila melibatkan pementasan teater. Adi telah lama meninggalkan semua itu sehinggalah, rakannya berdepan peristiwa tidak terduga, menjadikan Adi pada akhirnya terpaksa mengganti tugas kawannya sebagai pengarah teater. Dapatkah Adi menggalas tugas dengan baik? Adakah peristiwa lampau akan menjadikan Adi terus larut dengan perasaan sendiri?

Bagi saya ceritanya unik. Penulis terlihat melakukan kerja yang baik berdasarkan gerak cerita yang saya selusuri dalam buku ini. Sebuah karya yang mampu membangun jiwa para pembaca tentang peri pentingnya kekuatan persahabatan, bangkit dari masa lalu dan jangan pernah mengalah. Tahniah buat penulis.
Profile Image for Mslvoe.
2,111 reviews204 followers
August 30, 2025
F really enjoyed Osman Deen’s work. Bila kita bolrh tengok emosi seseorang... sometimes it feels comforting, sometimes it’s actually scary.

Bermula kisah setelah ibunya meninggal dunia, Adi suddenly gains the ability to see people’s emotions. F terkesan emosi pada ayah Adi sampai rasa sebak and even cried while reading.

The plot is strong and well-paced. Hamdi tu kawan yang baik... yang menyorokkan "aib" Adi dalam diam².. bila Hamdi ditimpa kemalangan, Adi has no choice but to step up and lead.

Watak Sam also F suka.. Raudhah si brutal yang selamba... Lily yang prihatin.

Setiap watak ni buatkan cerita ni lagi best dan beremosi.
Profile Image for Mini.
45 reviews
January 14, 2026
Rating: 4.3/5 🌟

Ini merupakan buku kedua penulis yg saya baca selepas Stesen Hikayat dan jujurnya saya memang tak menafikan kekuatan idea penulisan beliau. Ternyata, imaginasi penulis dalam mengolah genre fantasi memang ada kelas yg tersendiri! 👏🏻

Menariknya, watak Adi memiliki kelebihan yg boleh melihat emosi manusia dalam bentuk warna. Ceritanya juga terasa dekat kerana Adi bukan watak yg terus kuat. Dia rapuh, keliru dan ada masanya memilih untuk lari daripada masalah. Tapi di situlah proses “healing” dia berlaku, perlahan2. Penulis berjaya buatkan saya rasa betapa saratnya beban yg Adi tanggung bila setiap hari dia kena 'hadap' warna-warni perasaan orang sekeliling tu juga.

Latar dunia teater dalam cerita ni pula buat cerita ini terasa berbeza, seakan2 saya ikut sama berada di belakang tabir sebuah pementasan seperti tentang penulisan skrip, pengurusan pasukan, ragam dan ego manusia, serta tekanan untuk menjayakan sesuatu bersama2.

Saya suka ikatan persahabatan antara Adi dan Hamdi. Watak Hamdi sebagai sahabat sejati tampil sebagai penyeimbang emosi untuk Adi dan tidak pernah lelah memberi peringatan yg membumi. Watak2 sampingan lain pula hadir dengan personaliti tersendiri, menjadikan cerita ini hidup dan berwarna.

Babak yg paling menyentuh hati saya ialah hubungan antara Adi dengan ayahnya. Penuh dengan lapisan emosi yg tak terluah. Saya sangat tertarik dengan "warna putih" yg kerap menyelubungi ayahnya. Bila segalanya mula terjawab, ia memberikan satu refleksi yg sangat mahal tentang bagaimana seorang lelaki menyimpan duka dalam diam, tapi tetap memilih untuk berdamai dengan takdir.

Cuma sedikit kekangan bagi saya, permulaan cerita agak slow pace dan memerlukan kesabaran sebelum benar2 masuk ke konflik utama. Namun bila cerita dah mula bergerak, emosi yg dibawa terasa lebih mendalam dan berbaloi untuk diteruskan!

Secara keseluruhan, buku yg menggabungkan elemen slice of life dan fantasi ni sangat saya syorkan untuk dibaca! 💯

Sekian.
Profile Image for aliaareadstoo.
254 reviews7 followers
October 24, 2025
“Bila Jiwa Penuh Warna Duka” by Osman Deen tells the story of Adi, who can literally see the colours radiating from people based on their emotions. Confident that he understands people better than anyone else, a tragic event shatters his belief and made him leave the theatre world. Years later, another incident forces him to return to the world he once abandoned.

- It goes without saying how good the writing is and how absorbed I am in the author’s story, as always. So, I just want to share two major points that really made me reflect and relate to myself.

"Hang pernah cakap dekat aku Apa Khabar, Duka? tu hang tulis sebab nak cuba faham apa yang ayah hang rasa lepas hilang mak hang. Dan kot mana lagi yang lebih senang untuk faham orang, jika bukan dengan cerita?"

This made me realize that I do, in fact, learn to understand various backgrounds and situations through the stories in the fiction novels I’ve read. While I’ve met many people through socializing and through communication in my job, I acknowledge that I don’t have the luxury of experiencing the full breadth of different backgrounds from all around the world. Through the stories that authors create, even if they're from their imagination, my sense of empathy expands. I learn to see how people might think, react, or interpret certain words and gestures, each in their own unique way. This, I believe, is one of the reasons why people read fiction.

"Apabila rindu orang yang dah tak ada ni, tak ada perasaan atau perkataan yang dapat sampaikan dengan tepat apa yang kita rasa."

For the past 19 years, I’ve lived without my father, and I still can’t express how heavy my longing for him feels every single day. This sentence really hits home. I feel seen and represented. For that, I want to thank the author for putting this perspective out there, so that more people in grief can relate and move forward with their lives, knowing that we’re not alone in this.
Profile Image for sebijinanas.
52 reviews6 followers
March 20, 2025
as always Osman Deen never disappointing me whenever i read his books.

this book mungkin tak selevel Laga Pujangga tapi the storyline is very interesting. buku yang penuh dengan emosi dan tanda tanya. tentang persahabatan yang sangat erat. tentang masalah yang sewajarnya diselesaikan dengan baik.

Keep it up Osman Deen. im rooting for your next writing
Profile Image for septvloom.
24 reviews
March 20, 2025
Bila Jiwa Penuh Warna Duka 🎨🎬 by @osmndeen

4/5 🌟

My third book by Osman Deen, and he’s officially an auto-buy author.

Pretty sure ramai yang dah tahu about this book,
kisah Adi, lelaki dengan kebolehan luar biasa melihat warna emosi orang sekelilingnya.

Tapi dalam review ni, saya nak fokus pada Adi sendiri. Dia bukan sekadar lari dari masalah, tapi juga dari dirinya sendiri. Setiap kali diuji, refleksnya adalah melarikan diri, seolah-olah itu satu-satunya cara untuk bertahan. Tapi di sinilah character development dia bersinar, daripada seseorang yang rapuh kepada seseorang yang akhirnya berani face the reality.

Pada awalnya, saya faham kenapa dia memilih untuk lari. Kadang-kadang, lebih mudah berpura-pura tak nampak. Tapi bila diberi second chance, dia sedar untuk benar-benar hidup, dia kena berani hadap ketakutan sendiri dan ubah diri sebelum terperangkap dalam the same cycle.

Well, that’s life.
Kita semua akan buat silap, jatuh, rasa lost. Tapi adakah kita akan ulang kesilapan yang sama? Of course not. Sebab bila kita dah tahu akibatnya, kenapa masih nak stay in the same cycle?

This book also shows how teamwork & leadership work. Bekerja dalam pasukan bukan mudah, banyak kepala, banyak pendapat. Tapi as a leader, kita kena one step ahead, bersedia dengan backup plan, dan mampu buat keputusan dengan bijak. It’s not about avoiding problems, but overcoming them. and Adi finally did a GREAT job as a leader, no more running, just facing problems head-on and finding solutions
Hamdi pula bukan sekadar sahabat, tapi the voice of reason, yang selalu beri reality checks bila Adi tersasar. He is indeed a good friend.

Also, i nak highlight part Adi akhirnya memahami warna putih yang sentiasa mengelilingi ayahnya. As a child, he saw it tanpa benar-benar mengerti. But as he grew older, as he understood the world and the weight of reality, the meaning finally unfolded. Some truths, we only see when we’re ready.

Kita semua akan jatuh, tapi yang membezakan kita adalah how we rise. Kekuatan sebenar bukan pada melarikan diri, tetapi pada keberanian untuk menghadapinya.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
March 6, 2025
Penulisan Osman kali ni, deskripsinya lebih 'rich'. Nampak Osman improve di bahagian situ.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
183 reviews5 followers
February 9, 2025
Bila mana kita boleh melihat emosi orang lain dari mata kita sendiri, boleh jadi mendatangkan kelebihan pada kita, tapi mungkin juga akan mendatangkan kemudaratan. Kita selalu rasa kita dah tahu semua dari pandangan kita, tetapi hakikatnya tiada orang yang boleh membaca 100% isi hati seseorang.

Begitulah Adi, seorang insan yang dikurniakan kebolehan untuk melihat warna pada seseorang bergantung pada perasaan mereka. Warna biru untuk perasaan tenang, warna merah boleh jadi semangat atau marah dan saya paling suka warna kuning dan jingga iaitu warna kegembiraan. Seronok baca buku ni bila encounter macam-macam warna yang menunjukkan emosi orang itu.

Dengan kelebihan Adi ni, dia telah menjadi seorang yang sensitif dengan emosi orang sekeliling. Dia juga seorang penulis skrip dan pengarah produksi teater yang berbakat. Tetapi ada suatu insiden yang mendatangkan trauma padanya menyebabkan Adi berhenti menjadi pengarah dan hanya selesa menjadi orang belakang tabir sejak beberapa tahun belakangan. Nak dijadikan cerita, ada suatu insiden yang berlaku kepada Hamdi (kawan baik Adi) yang menyebabkan Adi perlu menggantikan tempat Hamdi sebagai pengarah teater.

Saya sangat jatuh hati dengan industri teater yang diketengahkan dalam novel ni. Bukan senang ya nak menjayakan satu produksi. Berangan juga kalau ada rezeki nanti nak pergi menonton teater dan menyokong industri yang semakin tidak kedengaran kewujudannya dek kerana pelbagai hiburan percuma yang mudah didapati.

Dengan itu, Adi mendepani beberapa konflik yang perlu dia hadapi dan selesaikan. Bagi saya, konflik yang dihadapi tidaklah kompleks. Hanya beberapa hal kecil tetapi kurang berjaya membuatkan saya menikmati keseluruhan bacaan. Tiada unsur suspens atau pun plot twist. Buku ni ala-ala healing juga lah. Ini buku ketiga yang saya baca dari Osman Deen dan baru perasan karya-karya beliau ada unsur magikal sikit tapi bukan lah sampai jadi novel fantasi. Apa-apa pun, syabas penulis atas idea yang lain dari yang lain ni.
Profile Image for mimi.
52 reviews3 followers
April 16, 2025
4.5 stars for this one right here. And surprisingly, my first Osman Deen book. Yes, I have heard of the said author before, especially buku "Pada Masa Yang Terhenti".

Got hooked to buy and read this book because of Adi who can see colours as emotions, a plus point because Inside Out is my life movie. And as someone who is interested to know more about directors and screenwriters jobs, I really enjoyed this book. Rasa macam tengah jadi a part of this even crews pun ada.

A few tears were shed. The writing was an easy-read, bahasa yang menarik hati. Would I recommend this book? Yes!! An addition to my comfort book collection. Rasa macam nak heret buku ni pergi mana-mana.
Profile Image for Hamidah Effendi.
397 reviews4 followers
July 11, 2025
Bila Jiwa Penuh Warna Duka oleh Osman Deen

Perghh… best betul! 😍

Permulaan agak perlahan bagi saya—mungkin sebab tak berapa familiar dengan dunia teater. Pernah tengok teater sekali dua je sebelum ni, tapi tak tahu pun apa yang berlaku di belakang tabir. Buku ni memang beri pengisian menarik tentang dunia teater dari perspektif yang jarang kita nampak.

Watak utama, Adi, ialah seorang penulis skrip yang selalu melarikan diri setiap kali pementasan berlangsung. Dulu dia pernah mengarah waktu zaman universiti, tapi satu peristiwa pahit menjadikan dia seorang yang tertutup dan menjauhkan diri dari orang sekeliling. Satu-satunya penghubung dia dengan dunia teater adalah sahabat baiknya, Hamidi.

Apabila Hamidi terlibat dalam kemalangan dan perlu dirawat di hospital, Adi terpaksa menggantikan tempatnya sebagai pengarah teater. Dari situlah bermulanya perjalanan untuk Adi membaiki dirinya sendiri. Banyak babak dalam buku ni adalah imbas kembali yang sangat penting untuk memahami masa kini—dan semuanya disusun dengan baik dan timing yang tepat.

Apa yang buat cerita ni lebih menarik?

✔️ Adi ada kuasa melihat warna emosi setiap orang. Ini menjadi anugerah dan juga beban dalam hidupnya. Kuasa ini membuatkan dia sukar mempercayai dan memahami orang lain kerana tafsirannya sendiri sering menjadi penghalang.
✔️ Kemalangan Hamidi jadi turning point untuk Adi berubah.
✔️ Saya terkena scam pasal kisah ayah Adi—atau saya yang tak baca betul? 🤣
✔️ Kita belajar banyak tentang dunia teater dari sudut pandang orang dalam.
✔️ Lily muncul sebagai pengganti Hamidi untuk bantu Adi bangkit semula. Terima kasih Lily—kalau ikutkan hati, nak tampar je Adi ni. Cepat sangat give up, susah nak berbincang, dan terlalu cepat menghukum orang lain—konannya sebab kuasa dia tu. 😒😤

Saya paling suka part gaduh antara Sam dan Adi, dan juga imbas kembali kisah Adi masa zaman universiti waktu kejadian huru-hara tu. Saya pun emo sekali… bukan Adi je. 😡🔥

Kelemahan? Saya tak dapat sangat rasa "keindahan" pementasan dan lakonan Lily seperti yang digambarkan. Mungkin sebab tak tengok sendiri. Lepas baca ni rasa nak pergi tengok mana-mana teater live sekali lagi! 🎭🤣

Kesimpulan:
Berbaloi baca. Berbaloi beli. Penuh emosi, warna, konflik dalaman, dan dunia teater yang jarang diketengahkan dalam novel. Recommended! ⭐⭐⭐⭐½
Profile Image for Erin95.
153 reviews5 followers
July 6, 2025
Lama Adi mencari makna warna putih yang membaluti ayahnya. Rupanya:

"Putih itu rindu kepada yang hilang."

Bila Jiwa Penuh Warna Duka mengisahkan tentang Adi yang bercita-cita menjadi pengarah pementasan teater yang hebat. Cintanya pada dunia teater dirakamkan dalam buku ni. Dari zaman universiti sehingga ke zaman pekerjaan. Perjuangan ini ditemani oleh sahabat baiknya Hamdi.

Yang dewasanya, telah membuka sebuah produksi pementasan teater. Buku ini membawa pembaca menelusuri hidup Adi yang boleh nampak warna² emosi manusia lain. Contoh, orang tu marah. Adi nampak warna merah, orang tu sedih, nampak warna biru dll. Tapi sadisnya, dia tak dapat nak tengok warna emosi diri dia sendiri. Dari situ Adi mula rasa dia ada satu kelebihan untuk dia jadi pengarah yang hebat, sebab dia dapat "baca emosi manusia." Tapi Adi lupa semua benda perlu diambil dalam kadar sederhana, jangan sampai akhirnya memakan diri sendiri. Ending cukup sempurna bagi aku bila Adi akhirnya jumpa apa makna kepada warna putih itu sendiri.
Warna yang membaluti kemas ayahnya (Safwan) sejak kematian ibunya. Just geram sikit dengan sifat Adi yang mudah mengalah tu.

I love how tenang dan periang watak seorang Lily yang penulis bawa. Watak Lily bagi warna dalam buku ni. Betul la bersinar terang warna kuningnya.

Ada bahagian yang aku harapkan dapat disampaikan dengan lebih kuat dari segi emosi, namun sedikit kurang sampai ke hati.

Buku ini sesuai untuk pembaca yang menikmati gaya penulisan introspektif dan bersifat kontemplatif.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
209 reviews2 followers
November 10, 2025
It's all about struggles. Dalam cerita ni plot utamanya berkenaan dunia pementasan teater. Namun kisahnya tidak berkisar di situ saja, ia dikembangbaik dengan cabaran atau ujian lain dalam hidup bukan saja ML, tetapi watak² lain di sekelilingnya juga. Bagaimana mereka bereaksi, sama ada menghadapi atau lari dari masalah yang menimpa.

Bagi aku sejujurnya konflik utama hanya sebatas Adi dan sangkaan² nya. Dia menyangka warna itu maksudnya harus begini dan begitu, dan warna yang terzahir juga menjurus kepada perasaan orang tersebut kepada dirinya. Tanpa dia sedari sebenarnya warna itu hanya pada permukaan dasarnya sahaja, kerana sebenar² rasa hanya diketahui oleh diri masing² dan sang pemilik hati, Tuhan yang Maha memberi rasa.

Paling aku suka semestinya Hamdi, watak bff Adi yang sangat signifikan dan meninggalkan impak yang besar dalam pembentukan diri Adi. Lily dan yang lain² juga menyalurkan sokongan, namun support system terkuat masih lagi Hamdi, kerana dia merupakan pencetus kepada kebanyakan langkah serta solution yang diambil oleh Adi.

Minus 1 ⭐ sebab aku rasa permulaan cerita agak slow untuk aku memperoleh rentak pembacaan, here and there grammatical errors, dan paling nyata aku serabut dengan perkataan 'warna' yang terlalu banyak. Overall, an inspiring story!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Book MY.
36 reviews1 follower
October 13, 2025
Honestly i don't expect much daripada penulis (Osman Deen) sebab sebelum ni dah pernah baca 1 buku beliau i.e Pada Masa Yang Terhenti which is kinda mid. Mid for the storyline, serasa macam agak cliche..entah

Tapi buku ni mungkin lebih berjaya tarik perhatian saya sebab ada common ground kat situ - buat program or work with big group, something yang saya sendiri personally enjoy. So yeah, i might be a tad bit bias on this book, this time

I think personally, ramai yang boleh relate dengan watak Adi, someone yang sangat yakin diri, confident tapi loss diri dia bila dia buat kesilapan besar. Looking back, saya yakin ramai orang punya personaliti berbeza ketika zaman remaja muda dulu tapi berubah menjadi serius, hilang keyakinan diri etc. bila semakin dewasa. Kita selalu salahkan usia yang meningkat sedangkan boleh jadi kita juga seperti Adi yang berubah kerana trauma kesilapan dirinya sebelum ini. The question is, apa trauma kita?

Btw, bahasa is not a problem at all. Senang nak faham. Definitely prefer this book over Pada Masa Yang Terhenti. Boleh baca di sini 👇🏼

https://vt.tiktok.com/ZSH7baD3roPrF-Y...
62 reviews1 follower
April 26, 2025
Bila Jiwa Penuh Warna Duka - Osman Deen
Rating : 4/5🌟

Buku ni mcm more to pergelutan dengan diri sendiri. How Adi deals dengan perasaan dia sendiri terhadap apa yg di lalui.

Watak Adi ni mcm takut2 nak berhadapan dengan problem dia, takut kena judge lagi, tak boleh move on dengan kisah lama dia.
Esp bila dia boleh nmpk warna perasaan manusia lain. Merah, biru, kelabu, kuning, putih mcm tu.

Disebabkan speciality tu Adi mcm tak nak campur dengan org, lagi suka menyendiri, kalau ada masalah dia back off tak nak teruskan selesaikan masalah.

Ni buku kedua dari Osman Deen yg sis baca. Tp buku Pada Masa yg Terhenti tu lagi the 💥 i think (my opinion)..

Overall, cerita ni tak melibatkan love story, tp ada friendship yg strong between Hamdi dan Adi which yg ni sis suka. Luckily Hamdi stay alive hahaha..
Profile Image for Syukri.
162 reviews9 followers
May 1, 2025
Cerita tentang Adi yang mempunyai kebolehan untuk melihat perasaan manusia melalui warna. Tetapi kebolehan tersebut juga boleh menjadi kelemahan buat seseorang termasuk jugak Adi.

Emotional supporter no 1 Adi, Hamdi sahabat kepada Adi dan juga minat bidang teater.

Sama-sama mereka berjuang dalam dunia teater yang bukan selalunya warna kuning

Novel kedua yang aku baca dari penulis sama selepas Pada Masa Yang Terhenti. Kali ni konflik tak begitu berat. Aku ternanti-nanti jugak klimaks cerita sampai yang buat Adi tak nak jadi pengarah lagi tapi macam tak power sangat klimaks. Tapi bila watak Adi yang sensitif dengan emosi, konflik macam tu bagi dia sudah cukup besar.

Overall memang seronok baca tentang kisah Adi, Hamdi dan sahabat mereka yang lain menjayakan sebuah teater.
Profile Image for americanobam.
94 reviews1 follower
June 4, 2025
my first book from osman deen YEAY buku ni penulisan dia santai je so perfect la yang nak light reading je. Awal awal pun relax je sebab penulis nak share background Adi sikitlah lelama dah interesting sebab dah masuk plot and so on. Basically, Adi ni boleh nampak emosi as colours and banyak pasal friendship, loss, grief and family gitulah. This book buatkan saya nak tahu apa jadi next sampai PATAH SPINE BUKU TU YA ALLAH 😭😹( rare case dah ni ) suka friendship Hamdi dgn Adi. Lily pun comey awaknyaaa 🤌🏻 overall memang 5/5 ! 🤍
1 review
December 27, 2025
Bila Jiwa Penuh Warna Duka is more than just a story about a boy who sees colors; it is a gentle reminder that pain is universal, but so is the potential for healing. ​If you are looking for a book that, ​validates your struggles with guilt and self-doubt, offers a rare, behind-the-scenes look at the local theater scene, and uses poetic imagery to explain complex human emotions, then this novel will likely resonate with you. It is a quiet, reflective journey that teaches readers that even when a soul is "full of the colors of grief," there is still room to paint a new beginning.
Profile Image for Adlina G..
13 reviews
March 30, 2025
Nampak je penulisnya Osman Deen, terus beli! In Osman Deen we trust!

Gaya penulisan tak panjang meleweh & tak berulang-ulang tapi cukup untuk describe watak, suasana dalam cerita.

Adi, mulanya watak yang lebih memilih untuk berhenti bila berhadapan masalah belajar untuk galas tanggungjawab hadapi masalah dengan berani. Semuanya sebab Adi ada kawan sejati macam Hamdi & penyokong-penyokong yang selalu setia dengannya tanpa Adi sendiri sedar.

Cerita yang sangat heartwarming, kudos to author!
This entire review has been hidden because of spoilers.
28 reviews1 follower
August 7, 2025
buku kedua osman deen yang aku baca selepas pada masa yang terhenti. kalau novel tu, ada lompong dalam storyline dia. tapi yang ini...aku terasa lebih dekat dan menjiwai watak. writing style osman juga lebih menarik dan makin sedap dibaca.

* rumaa books mungkin boleh kurangkan untuk letak imbas kembali tamat. Pada aku, tak perlu pun sebab pembaca masih bijak untuk tahu yang scene ditulis itu adalah pada masa kini.
Profile Image for Amalina.
16 reviews
September 28, 2025
Penulisan Osman Deen sekali lagi tidak mengecewakan! Buku kedua saya dari Osman Deen selepas Pada Masa Yang Terhenti. Ada pengajaran yang boleh diambil. Apa yang saya paling suka adalah apabila penulis ada letak sikiiiiiiiiiit pasal cinta antara Adi dan Lily. Macam letak garam dalam masakan. Secukup rasa. Buku ni takdelah buat saya termenung dan berfikir panjang sangat lepas habis baca. But still, it is a good book.
4 reviews
December 29, 2025
Penulis berjaya made me hanyut dalam kekusutan minda Adi.. slightly draggy in the middle of the book, macam alah cepatlah what made Adi teruk sangat low self esteem untuk mengarah, cepat betul rasa diri loser etc. buku emosi nya berat.. the way penulis described warna putih oleh Safwan mampu membuatkan saya rimas and sesak nafas..
at some point, rasa penat and draggy- Itu yg terpaksa rate 4/5.
Maybe saya jenis pembaca yg gemar cerita seperti Stesen Hikayat. Hehe.
Tahniah penulis!
17 reviews
June 4, 2025
5 star untuk osman deen. Walaupun ni first book saya baca dari beliau. Aduhai, susah nak cakap. Terus jatuh cinta dengan penulisan encik osman ni. Terus beli semua karya daripada beliau.
Untuk buku ni, best. Macam tengok inside out. Hujung2 tu saya menangis teruk. Tak tahu la saya ni hati tisu ke apa. Tapi kuddos untuk encik osman. Sebab saya tersangatlah sukakan buku ni.
30 reviews1 follower
September 6, 2025
awalnya insecure sangat ML ni. geram. datang sorang perempuan dan dan boleh buat.

benda ni kita rasa bila kita jadi third person punya view je. in real life bila kita hadap benda tu tah tah kita pon sama je. that's why kita baca finction. belajar untuk berada di kasut orang lain. eceh HHAHAHHA.

overall saya suka je buku ni. cara dia describe tu memang sampai. tak meleret sangat tapi sampai
Profile Image for Tia Hamden.
19 reviews
September 12, 2025
Bila Jiwa Penuh Warna Duka ; 365pages

•aku suka dengan kisah warna2 kehidupan yang digambarkan. Kadang best jugak kalau dapat jadi macam Adi, nampak warna setiap emosi.
•tapi setiap kelebihan ada baik dan buruknya, buruknya bila kau anggap warna kelam tu akan selamanya kelam dan kau pilih taknak hadap dan terus lari. Dan baiknya bila kau tetap stay and fight untuk terangkan yang kelam tu demi kebaikan diri kau sendiri.

⭐️3.8/5
•plot best, cuma bagi aku cerita ni agak slow sikit.

"Mungkin samalah macam manusia. Kita boleh faham orang lain tapi kita tak akan pernah faham diri sendiri sepenuhnya" -268

🔖Terima kasih Osman Deen untuk naskah ini 🤍
Profile Image for Teora Eva.
63 reviews
November 12, 2025
The book have some parts that felt a bit slow, however the overall journey is meaningful and leaves a lasting impression. t’s a touching read that makes you reflect on life and emotions, and I would definitely recommend it.
1 review
December 19, 2025
Sebuah karya yang sangat menarik dan menyentuh perasaan. Saya suka penggunaan elemen warna-warni sebagai simbol untuk menggambarkan emosi. Pendekatan ini menjadikan penceritaan lebih hidup dan mudah difahami oleh pembaca, terutamanya dalam menyelami perasaan yang dialami oleh watak.
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.