Jump to ratings and reviews
Rate this book

Indah dan Ajaibnya Rezeki: DIA Maha Kaya

Rate this book
30 penulis berbicara tentang rezeki yang telah dianugerah-Nya. Ia catatan mengucap syukur kepada Pemberi Rezeki.

Allah jualah yang menciptakan kami, kemudian Dia memberi rezeki kepada kamu, sesudah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah antara apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu dapat berbuat sesuatu daripada segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka sekutukan (dengan-Nya). -Ar Rum 30:40

Sungguh... segalanya indah dan ajaib jika REZEKI yang dianugerah-Nya diakhiri dengan rasa SYUKUR dan REDHA.

Marilah kita berdoa agar dianugerahkan memasuki SYURGA tanpa dihisab dengan RAHMAT-NYA.

444 pages, Paperback

Published January 1, 2024

1 person is currently reading

About the author

Muhd. Kamil Ibrahim

34 books102 followers
As published in Value Relevance of Accounting Numbers (2005)

Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39. He completed his primary education in five years, instead of six; as best student. Subsequently, he was offered to go to three elite residential school; Sekolah Menengah Sains Terengganu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu.

He chose the latest because he was amazed with the uniqueness of its Minangkabau roof! Furthermore, MRSM does not practice school uniform; that made his life easier. In MRSM, he was elected as the committee member of Students’ Union (JPP) and hostel captain. He active in sports and had won the best debater title for the whole MRSM.

He received his Diploma and Bacc (Hons) from Universiti Teknologi MARA, his Macc degree from the University of Dundee, Scotland, and PhD from University of Wales, Bangor. He completed his Diploma as a group best student, and second best student for his first degree. His Masters’degree was completed one month ahead the schedule and his PhD was within 32 months, such a record for the Faculty of Accountancy.

He is also an associate member of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and an academic member of Association of International Accountants (AIA).

He has been with UiTM since 1988. He had serviced UiTM Sarawak, Johor and Shah Alam. His main job scope is lecturing, but he had, so far, hold 11 academic administrator posts in his 17 years service in UiTM. Previously - among others - he was the Head of Education Development Center, Deputy Director (Academic Affairs), UiTM Johor, Program Head for Diploma in Accountancy, Head of Center for Continuing Education, Dean of Faculty of Sports Science and Recreation and special officer to Vice-Chancellor.

Muhd Kamil is also a prolific, talented and multidiscipline writer. His articles and writings cover motivational, accounting, environment and various current issues has totaled to more than 400. They have been published in mainstream media like Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Dataniaga, Massa and Dewan Masyarakat. He was also a guest writer for Utusan Sarawak and Dataniaga and became the main contributor to Dewan Ekonomi from 1994-1996. He has written books specifically for students and youths such as Motivasi Minda Pelajar (1995), Kecemerlangan Remaja (1996) and Pelajar Cemerlang (1996).

Besides that, he also wrote Gelagat Pengurus Korporat (1996). His book: Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti was launched by the DYMM Sultan Selangor in December 2003. Then, he launched a book titled Financial Reporting in Malaysia: Some Empirical Evidence in June 2004. His most recent books include PhD kecil tapi signifikan and Value-Relevance of Accounting Numbers in Malaysia. He is the inaugural recipient of the “The Best Academic and Creative Writing”; award from his faculty and The Best Overall Writer (Single) from Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),

Muhd Kamil is also the founder and Head of the UiTM-ACCA Financial Reporting Research Centre (UiTM-ACCA FRRC). Through this center, he has done more than 25 researches in his specialized area for the past five years. His research articles appear in journals, including Asian Accounting Review, Malaysian Accounting Review, Capital Market Review, National Journal of Accounting Research, Journal of Accounting-Business Management and Malaysian Journal of Distance Education. One of his research article was published as a chapter in Contemporary Studies in Economic and Financial Analysis, 86.

Professor Muhd Kamil’s research explores accounting issues concerning financial reporting, value-relevance of accounting numbers, fair value of accounting, re-engineering of income, corporate governance, accounting for goodwill and accounting education. His research Role of Accoun

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Mohd Noor.
34 reviews
October 21, 2025
Buku INDAH DAN AJAIBNYA REZEKI : DIA MAHA KAYA.
Bilangan Halaman : 444 Halaman.
Mula Dibaca : Khamis, 03 Rabiul Akhir 1447 Hijrah, 25 September 2025.
Tamat Dibaca : Sabtu, 19 Rabiul Akhir 1447 Hijrah, 11 Oktober 2025.

Bagaimana kita memahami konsep rezeki yang sebenar? Adakah sampai ke hari ini kita masih duduk dalam kepompong kesalahfahaman bahawa makna rezeki itu semata-mata pada penuhnya wang fiat di dalam dompet, lengan dan tengkuk dibaluti perhiasan dari emas dan berlian, rumah agam serba mewah atau memiliki bermacam jenis kenderaan mewah berkuasa tinggi? Jika masih lagi dengan pemikiran sempit seperti ini, maka elok kiranya buku Indah Dan Ajaibnya Rezeki : Dia Maha Kaya ini dibaca dan diselami isinya.

Buku ini bersifat antologi yang mengumpulkan 60 kisah kehidupan dari sudut pandang 30 orang penulis. Maknanya, setiap penulis mengongsikan 2 buah penulisan. Mengumpulkan terlalu ramai penulis dalam satu buku ada kelemahannya iaitu kekangan ruang buat penulis bebas bercerita dengan lebih mendalam. Pertambahan helaian maka bertambah juga harga jualan. Tetapi setiap kisah membawa ibrah yang khusus dan unik. Aku suka rekaan halaman yang bercorak dan berwarna tetapi kriteria yang paling memenuhi selera aku adalah saiznya yang besar seperti buku akademik.

Suka untuk aku letakkan buku ini sebagai mini travelog dengan judul alternatifnya sebagai "Rezeki Tidak Datang Bergolek."

Walaupun secara zahir, buku ini banyak menceritakan tentang kekayaan wang ringgit tetapi yang perlu diselami adalah peristiwa di sebalik kekayaan material itu. Rata-rata penulis yang berusia 'veteran' datang dari latar belakang kehidupan yang susah atau hari ini kita panggil sebagai kategori B40. Ada kisah di mana penulis begitu susah hingga tidak cukup makan dan ramai di kalangan ahli keluarga yang buta huruf serta tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana kekangan dari segi pembiayaan kewangan.

Ada ibu bapa penulis yang melakukan bermacam-macam kerja kasar demi mencukupkan keperluan keluarga yang besar. Tidak kurang juga penulis yang membesar sebagai anak yatim yang kehilangan ketua keluarga sedari usia kecil. Sang ibu tunggal cerdas dan cergas dalam usaha membina pendapatan keluarga manakala penulis memasakkan azam kukuh untuk menguasai ilmu setinggi yang mampu demi mengubah nasib keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Ada penulis yang berkelana jauh di negara orang dan pengalaman bertahun-tahun di sana banyak mengubah perspektif tentang kehidupan. Penulis menemui jawapan di atas kecelaruan jiwa yang melandanya selama bertahun-tahun, bahawa kelompongan hati perlu diisi dengan ilmu agama.

Ada penulis yang memanfaatkan posisi besar sebagai pemimpin di jabatannya dengan memberi bantuan seupaya mungkin terhadap para pelajar yang dihambat krisis kemiskinan kerana beliau sendiri mengenang betapa peritnya menjalani alam persekolahan dalam keadaan sangat daif.

Hasil dari kesabaran dan ketekunan menuntut ilmu serta doa yang dipanjatkan tidak putus-putus, maka lahirlah guru-guru agama, para doktor pelbagai bidang, penulis, ahli perniagaan, kontraktor, peguam, juruterbang, dan penganalisis politik. Golongan ini memainkan peranan yang besar dalam membina kemajuan negara bukan saja dari segi material tetapi juga dari segi pembangunan moral dan jati diri warga Malaysia. Cuma sayang kisah kepayahan mereka semasa kembara menuntut ilmu tidak diceritakan dengan lebih terperinci.

Orang Melayu bukan lemah hingga tidak mampu bersaing dengan kaum lain cuma orang Melayu tidak suka menunjuk-nunjuk. Kemampuan menguasai bidang ilmu dan memanfaatkannya kembali untuk kemaslahatan umat adalah salah satu bentuk rezeki yang tidak ternilai.

Cuma aku suka juga memandang kisah-kisah ini dari sudut lain. Penulis yang pernah melalui fasa kanak-kanak hingga remaja dalam keadaan serba payah hingga tahap daif ini secara mata kasarnya mereka miskin dari sudut wang dan harta tetapi mereka sangat kaya dengan kasih sayang. Mereka menikmati setiap proses kehidupan yang dapat difahami melalui keseronokan mereka bermain bersama teman-teman sebaya dan berkongsi susah senang bersama adik-beradik.

Kekuatan menghadapi kepayahan menuntut ilmu mungkin salah satunya datang dari kasih sayang terhadap ibu bapa yang berhempas-pulas untuk memastikan anak-anak tidak keciciran dalam pelajaran. Walaupun ibu bapa penulis bukanlah dari mereka yang berpendidikan tinggi tetapi mereka celik ilmu dan mengetahui betapa pentingnya menguasai ilmu dalam mengubah taraf sosial. Jauh mana penulis berkelana, hati mereka tetap ingin pulang ke rumah yang penuh kasih sayang.

Masa kanak-kanak penulis tidak dirosakkan dengan amarah ibu bapa yang suka menjerit, membentak, menjatuhkan maruah dan memukul dengan alasan mendisiplinkan anak-anak. Persekitaran membesar yang sihat antara faktor penting membentuk jiwa yang sihat dan kuat. Mengikut kajian psikologi, mereka yang membesar dengan trauma dan luka emosi selalunya tidak akan menanam cita-cita. Mereka hanya mahukan kehidupan dan rumah yang tenang. Tiada jeritan, tiada makian, tidak dengar suara bentak-membentak.

Kasih sayang dan rumah yang aman dari amarah juga satu bentuk rezeki yang mahal. Bersyukurlah jika kita membesar dengan penuh kasih sayang. Bagi mereka yang diuji dengan trauma masa kecil, berusahalah untuk memecahkan kitaran itu. Jangan pula mengulanginya kepada anak-anak kita.

Sebuah ketamadunan dibina dari sebuah madrasah yang bernama rumah. Psikopat, pembuli, pembunuh juga lahir dari rumah.

Banyak tips kehidupan yang dapat digali dari buku ini. Mereka yang memahami konsep rezeki biasanya cakna dengan ilmu pengurusan kewangan secara sihat. Wang dan segala harta yang disimpan itu jangan lupa untuk dizakatkan. Dalam harta kita ada bahagian untuk orang lain. Mungkin hari ini kita mampu bayar zakat sebanyak dua angka, moga esok lusa bertambah kepada empat angka. Jangan kedekut untuk bersedekah dan menjamu makan kepada orang lain kerana bukan kecil ganjaran bagi mereka yang gemar bersedekah. Sesungguhnya tidak akan miskin mereka yang mengeluarkan zakat dan bersedekah.

Ada penulis yang mengembangkan hartanya dengan cara membeli tanah kerana penulis sedar tanah akan bertukar menjadi aset, bukan liabiliti. Sangat penting untuk orang Islam memiliki tanah. Genosid yang berlaku di Palestin pada hari ini berakar umbi dari pembelian tanah secara besar-besaran oleh bangsa Yahudi yang berselerak di serata Eropah. Cuba kita kaitkan dengan realiti di Malaysia hari ini, berapa peratus hartanah yang dimiliki oleh umat Islam berbanding kaum lain? Lebih menyedihkan apabila ramai orang kita sendiri galak jual tanah sebab gelap mata dengan wang fiat yang mudah susut nilai.

Mereka yang bijak tahu bagaimana cara mengembangkan harta dan memanfaatkannya kembali kepada umat Islam. Mereka yang pentingkan diri hanya tahu menghabiskan harta kemudian salahkan orang sana sini apabila melihat kemunduran ekonomi umat Islam yang bukan segalanya berpunca dari anasir luar.

Penyesalan masa lalu yang dibazirkan begitu sahaja boleh diisi dengan banyak melakukan kebaikan dan bertaubat terus-menerus kepada Allah. Selagi hayat dikandung badan, berbuat baiklah sebanyak-banyaknya kerana kebaikan itu akan memadamkan kejahatan. Semasa usia kita masih muda dan gagah, mungkin kita sedang fokus membina kerjaya. Sampai masanya nanti, kita akan sedar bahawa yang kita mahu dalam hidup cuma keberkatan, ketenangan dan kecukupan. Sedarlah sebelum nyawa di kerongkong.

Adakah kita sedar bahawa masa lapang itu salah satu rezeki yang sangat besar nilainya? Itulah antara nikmat yang sering manusia lupakan selain dari kesihatan. Dengan masa lapang yang berkat, kita boleh manfaatnya dengan menuntut ilmu atau menjaga kecergasan fizikal agar mudah untuk kita beribadah dan ke masjid untuk solat berjemaah fardu lima waktu.

Antara tips rezeki melimpah ruah yang dikongsikan dari beberapa penulis yang perlu kita amalkan seperti perbanyakkan beristighfar kepada Allah kerana dengan izin Allah, istighfar itu membuka jalan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan menghilangkan kesempitan. Sedaya upaya elakkan diri dari terjebak kepada maksiat yang boleh menjadi punca sempitnya rezeki. Maksiat itu tidak semestinya bermain judi, mengambil rasuah, meminum arak tetapi kita tidak boleh memandang remeh isu ikhtilat antara lelaki dan wanita ajnabi yang tidak dijaga atau membazirkan masa dengan hiburan lagha seperti menonton filem dan bermain permainan video.

Banyak lagi kisah dan ibrah yang dapat dikorek dari naskhah santai ini. Selepas menutup halaman terakhir, adakah pemahaman kita terhadap konsep rezeki masih sama, iaitu berlegar sekitar wang kertas, kereta mewah, barang berjenama dan jawatan tinggi yang akan jadi sia-sia jika kita tidak memanfaatkannya sebagai ladang pahala di alam sana nanti?

Kita hidup bukan untuk di sini.

#mohdnoorbuku
#mohdnoor
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.