Perjalanan hidup Arif Hidayat dirintangi bermacam-macam ranjau. Di antara ranjau-ranjau yang paling getir dihadapinya ialah FITNAH. Arif Hidayat tidak pernah dikalahkan oleh ranjau-ranjau lain seperti pernghinaan, kemiskinan dan pengkhianatan. Tetapi dia tewas dengan FITNAH. Akhirnya Arif Hidayat terpaksa lari dari fitnah, menghijrahkan pekerjaannya dan perniagaannya ke seberang laut. Arif Hidayat mempraktikkan amalan seorang mukmin yang pasti akan mendapat kejayaan. Amalan ini ialah selalu bergerak, berubah dan berhijrah, sebagaimana perintah Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Insyirah ayat 7, mafhumnya, “Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih) maka bersungguh-sungguhlah berusaha (mengerjakan amal salih yang lain).”
Ikutilah kisah perjuangan hidup seorang hamba Allah yang istiqamah menguruskan takdir dirinya di dalam dunia moden di mana panduan hidup manusia menjadi keliru lantaran percampuran nilai-nilai hidup yang majmuk. Walau apa pun berlaku Arif Hidayat tetap bersauh di tanahairnya.
Ini buku kedua tulisan almarhum Affifudin Omar yang saya baca selepas Man Deleng. Nampaknya saya makin menyukai penulisan beliau. Buku ini bagi saya bergenre political thriller. Suatu karya penuh kritis dan manfaat!
Penulis memulakan bab awalnya dengan memperkenalkan watak utama Dato Sri Arif Hidayat, seorang taikun dan billionaire yang sedang berada di Jakarta untuk urusan business. Semasa jalan jem [macet] datang seorang kanak-kanak comot mengemis. Dia hulurkan 100K rupiah walaupun ditegah pemandunya.
Dia langsung teringatkan kisah semasa kecil, zaman dijajah Jepun kerana budak Indon itu alami nasib serupanya, ditekan dengan kemiskinan dan penuh liku-liku untuk survive. Penulis mula bercerita secara flashback selepas itu. Kehidupan semasa kecil mengingatkan saya bagaimana saya semasa kecil dulu, makan belalang, lastik dan panggang burung, curi telur ayam dan sayur, mandi sungai dan bermain selut.
Penulis tidak bercerita kosong apa yang dilalui kerana tiap-tiap yang dialami Arif Hidayat sewaktu kecil akan membentuk keperibadian dan penimbaan ilmu di kemudian hari. Kena baca baru faham kerana sehingga ke akhir perkara ini diulang-ulang oleh penulis. Ada sebabnya. Kisah Arif Hidayat ditampar oleh seorang cikgu kerana ikut abangnya ke sekolah [sebab belum cukup umur] menjadi titik permulaan apa yang nak disampaikan dalam buku ini. Penulis menekankan terms inferiority complex dan partikulisma dalam mesej yang ingin disampaikan. Semasa di sekolah rendah Arif Hidayat dan rakan-rakannya dihina dan dikeji kerana kecomotan dan kemiskinan mereka.
Arif Hidayat tetap cemerlang lalu berjaya masuk ke Kolej Sultan Abdul Hamid yang kebanyakan pelajarnya orang-orang berada atau anak orang-orang besar. Di situ sekali lagi saat getir perlu dilalui. Diskriminasi kaum sudah bermula tika itu kerana katanya orang Melayu tak pandai dan tak layak untuk belajar Sains. Arif Hidayat cuba ditekan supaya berubah aliran, tapi dia tetap cekal. Ada antara guru-guru Melayu sendiri cuba untuk menidakkan pencapaian Arif Hidayat dan rakan-rakan.
Arif Hidayat tetap cemerlang lalu masuk ke University Malaya. Di sinilah banyak kisah watak-watak penting diperkenalkan di mana mereka ini akan keluar menjadi pemimpin Negara dan birokrat Kerajaan suatu waktu lepas itu. Budaya dan prinsip watak-watak tersebut akan mencorak penglibatan mereka dalam membuat polisi Kerajaan, tambahan pula politik.
Ada yang berkiblatkan budaya barat, hedonism, marxism, Winston Churchill, pro Islamist dan sebagainya. Anutan ini mencorakkan keperibadian bakal-bakal pemimpin ini. Jadi, tidak hairanlah dalam politik dan Kerajaan [di latar waktu yang disiniskan], apabila golongan ini menjadi pemimpin akan berlaku pelbagai pertembungan anutan, rasuah, fitnah, dan macam-macam lagi yang memang menggetirkan.
Disebabkan sikap/polisi particulisma dan busuknya politik, walaupun Arif Hidayat punyai PHD dan seorang saintis ternama, dia difitnah ketika dalam birokrasi kerajaan, semasa di bekerja Bank Dunia, semasa mula memasuki sektor swasta, malah sewaktu dipanggil semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan sebagai penasihat Majlis Sains Negara.
Ini membuatkan Arif Hidayat mulai muak dengan tanah tumpah darah yang disayanginya lalu mengambil keputusan untuk memindahkan segala perniagaannya ke Indonesia. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai antara taikun / cerdik pandai yang sepertinya tidak mahu melibatkan diri dalam pola perjuangan politik atau berkhidmat dengan Kerajaan.
Arif Hidayat dapat menangani liku-liku cabaran yang dilalui dengan pegangan kuat kepada agama, namun pelbagai FITNAH yang dilemparkan sememangnya suatu yang amat GETIR untuk dihadapinya.
rasanya dalam cerita ni memang ada berlaku pada masa sekarang masih ada sifat racism .. sifat favouritism ... sifat fitnah ... sifat rasuah nama pun manusia ... dan benda ni jadi tak kira luar atau dalam politik manusia tak kisah dosa pahala janji nawaitu puas hati ...
tapi watak Arif Hidayat ni sungguh positif walaupun dah banyak kali dia kena buli ditindas tapi dia tak patah semangat masih mampu cari jalan .. cuma part masa muda rasanya rata-rata memang yang nakal minum arak .. main perempuan tapi berubah selepas ditegur ... rasa insaf timbul untung Arif dapat kawan Osman Al-Amini .. sentiasa mengingati dia buat solat taubat ..
selalunya orang yang baik senang ditindas .. difitnah .. dipijak .. tapi orang yang jahat .. uihhh dijulang tinggi melambung ..