Antara buku pertama dan utama terbitan Bahasa Melayu yang mengupas tentang pemikiran dan warisan Ali Syari'ati. Meskipun penyusun editornya telah berubah arah -menjadi pemerintah- buku ini tetaplah terbaik dalam memperkenalkan karya tulisan dan fikiran-fikiran sosiologis revolusioner Iran yang terulung itu.
Pemilihan karya terbitan Ikraq ini juga mantap, ada karya-karya tokoh tentang Ali Syari'ati dan peranan yang dimainkan beliau, ada tulisan-tulisan Ali Syari'ati, wawancara dengannya dan karya itu ditutup dengan esei "Melawan Fir'aun".
Sebuah karya yang ringkas, nipis, tetapi sangat memberi bekas.
Buku Ali Syariati pertama yang saya baca. Buku ini bagi saya buku pengenalan kepada Syariati yang baik. Antara kata-kata Syariati yang menarik hati saya ialah penggunaan perkataan kafir dalam alquran. Kata Syariati, perkataan kafir ini ialah untuk orang yang tidak mengambil tindakan.
Syariati juga di dalam buku ini menekankan bahawa islam adalah agama yang melawan borjuisme, agama yang memerdekakan. Contohnya ialah orang yang terdekat dengan Rasulullah seperti Bilal bin Rabah.
Syariati juga pelopor pada teori Rausyanfikir, golongan intelek pada makna literal tetapi lebih mendalam dalam kaca mata Syariati.
Buku ini akan memancing kita untuk mentelaah lebih banyak karya Syariati.