Polos tetapi berani, itulah Qurratul ‘Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair. Mereka ditemukan ketika ‘Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya.
“Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya.” ~ Uzair
Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu.
“Mulut awak ni busuk macam belacan!!!” ~ ‘Ain
Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan ‘Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya. Tatkala kisah ‘Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk.
“Kita kahwin?” ‘Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang.
Sebenarnya.... Siapa yang lamar ‘Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram? Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada ‘Ain?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Memang best from start to finish. Tahniah buat penulis kerana percubaan anda dalam menghasilkan novel romantik comedy ini berjaya!
Ada saja adegan-adegan dan dialog-dialog yang menghiburkan. Chemistry 'Ain dengan Uzair sememangnya tak boleh dipertikaikan from the first moment they met.
Suka dengan watak 'Ain yang terlalu polos tapi tabah berdepan dengan rencah hidup. N suka dengan wataknya yang berpendirian teguh dan tak mudah diperkotak-katikkan. Watak Uzair juga tak kurang hebatnya cuma disebabkan kisah ini is written with first person POV, wataknya agak terpendam. Rasa tak cukup puas dengan watak dia.
Wow, berbeza sungguh buku kedua penulis dgn yg pertama, Pengunaan POV 1 dan bertemakan Komedi romantik. Bila dah terbaca kenyataan itu di awal2 muka surat makanya saya pon Pasrah ahaksss drama je,(almaklum saya mmg kurang gemar genre sebegitu).
Secara keseluruhan saya suka kisah ini,biasa-biasa aje tapi ada manisnya
permulaan atr ain dan uzair mmg out uzair dgn kata2 sinis menyentap hati grr (҂⌣̀_⌣́)ᕤ ain pulak dgn sikap cepat melenting n blur (⊙.⊙) .. mmg xsebulus la dorg ni apa saja keluar dari mulut uzair adalah arahan cannot say no always yes
muncul plak ikram @ bos ain yg hensem yang macho carring sweet talker.. cara layanan mcm suka pada ain ajak ain berdating kat library owh sweet kut.. tapi ada udang disebalik mee.. dimana ada ain dan ikram disitu ada uzair
karektor mak ain Bidan Lijah oh maii Ridhya i suke sgt2 mmg gelak la baca part mak dia very the sporting.. my piringcis back to future byk lg kut sume dlm OME dia cakap..
mostly dlm TDC cerita mereka berdua
terdetik dlm hati ain mula sukakan uzair ye lah setiap detik mst uzair yg ada wlwpn mulut tajam mcm pisau kn tp jodoh bukan milik mereka (╥﹏╥) dalam hati uzair ada org lain yg telah mencuri hatinya sejak dulu lagi.. 7 tahun dia pendam cintanya pada "cik putih gebu".. sangat cemburu bila uzair selalu bercerita tentang pemilik hatinya..
jiran sekampung hanya kerana 1 punca ain terjerat akhirnya dia... (╥﹏╥)(╥﹏╥)(╥﹏╥) nasib ain baik sbb ikram muncul dekat Luna Bar ain yg dlm keadaan 'high" i xreti la nk ckp cmne dia kne dadah.. hihi sempat selamatkn ain tapiiiii lain plak jadinya selepas ikram selamatkan ain dorg kne tangkap sbb dituduh berkhawat ... >_< masa ni baca toingg sakit otak bley plak kn adeh..
so nak tau kesudahan kisah mereka sila lah membeli TDC n baca trust me xrugi
sama ada ikram dan ain ain dan uzair uzair n cik putih
bukan kisah cinta ni je tau ada lagi rahsia yg terpendam mmg xnmpk mula2 cerita bila dah nk ending tu baru saya oooo begitu..
Menarik juga kisah ni. Tak terlalu tipikal. Cuma kekangan masa buatkan saya lambat nak habiskan pembacaan. :)
Apa yang saya suka:
1. Watak utama tak digambarkan terlalu sempurna. Hero bukanlah lelaki berjawatan CEO yang memandu pelbagai kereta mewah dan pastinya tak bermulut manis. Uzair tu sangatlah sinikal orangnya. Haha.
2. Watak Uzair ni macam guardian angel buat Qurratul 'Ain ('Ain). Tak kelihatan tapi selalu ada untuk 'Ain. Watak sinis dan sarkastik tu hanya nak 'cover' perasaannya terhadap 'Ain. Anak yang baik sebab dia tak pernah berdendam dengan emak sendiri selepas kedua ibu bapanya berpisah disebabkan masalah kewangan. (Eh eh, macam bias dah ni.. :P)
3. 'Ain pun bukan jenis watak heroin yang sempurna segala segi. Fresh graduates yang tak kisah pun jadi pekerja bawahan semata kerana tak mahu menyusahkan emak di kampung. Kalut. Tapi kekalutannya itulah yang mengikat hati Uzair.
4. Adanya watak macam Makcik Lijah. Hehe. Ini antara watak kegemaran saya selepas Makcik Sari (Suami Yang Kubenci) dan Makcik Umi (Guy Next Door). :D
5. Peringatan-peringatan kecil yang diselitkan. Terutamanya tentang kemarahan dan dendam terhadap kedua ibu bapa. Walau macam mana teruk pun, mereka tetap insan yang patut kita hormati.
6. Tiada watak antagonis yang buat kita rasa stress sampai tahap nak campak buku ke dinding. Haha. Baik punya analogi. Pendek kata memang tenang-tenang je perasaan masa baca buku ni.
7. Masih lagi selesa dengan gaya bahasa yang digunakan. Tahniah buat penulis. :)
Apa yang saya kurang gemar:
1. Watak orang kampung yang lupa asal usul macam si Gayah tu. Lepas tu ada hati pulak nak menganiaya 'Ain. Grr!
2. Sisi gelap 'Ain yang terlalu lama menyimpan kemarahan terhadap keluarga sendiri. Mujurlah berjodoh dengan Uzair yang cool tu. Eh eh? :P
3. Kesalahan ejaan yang boleh diperbaiki. Bukan apa, makin banyak typo kadang-kadang boleh mendatangkan rasa jengkel nak membaca.
Oh, lupa pulak. Buku ini sebenarnya hadiah untuk review contest sempena PBAKL tahun lepas. Terima kasih IKP. :)
cerita ni simple..x terlalu berat mcm yg first..tp ada kelainan buat kita tertarik dlm cerita ni..cuma
sy nk tau sangat mcm mana Ikram dan Suraya tu boleh berhubungan..sebab kisah mereka x diceritakan sgt..sebab penulis gunakan POV1..tp terasa nk tau sgt..sebab watak Ikram ni x berapa hidup dlm cerita ni..
Qurratul ain seorg gadis yg comel dan polos.... Megat uzair seorg yg sarkastik...
kedua2 mrk ada sejarah pahit yg membelenggu kehidupan mrk sejak dr kecil...sejarah pahit yg membtkn kedua2nya kurg ksh syg dr darah daging sendiri...
Ain dan uzair ditemukn dlm satu temuduga yg dihadiri ain...ditemukan dlm insiden2 kecil yg tidak mungkin ain kenang....namun bertitik tolak dr pertemuan itu, ain dan uzair mula berkwn...walau pun kata2 yg keluar dr mulut uzair amat sinis dannmenyakitkn hati ain tp uzair amat mengambil berat ttg ain...uzair sentiasa ada setiap kali ain dlm kesusahan...
Pertemuan ant ain dan uzair dl juga turut memperkenalkn ain dgn ikram, si sweet talker merangkap bos nya sendiri...tp ain agak tidak berkenan dgn tingkah ikram yg satu itu...kehidupan ain setiap hr berjln lancar spt org lain sehinggalah terjd nya sesuatu yg mengaibkan pd ain dan ikram...demi menutup malu dan menjaga maruah ain, uzair menghulurkan pertolongan...tp apakah pertolongan yg diberikn??? Apakah pula tindakan ikram???
Tanpa ada sesiapa sedar, ada satu rahsia bsr yg disembunyikn oleh mak ain yg melibatkn uzair....satu rahsia yg tidak di duga...dan siapa pula yg menjd dalang dlm mengaibkan ain sblm ini??? Mampukah ain dan uzair mengecap bahagia setlh berthn2 hidup mrk dibelenggu sejarah lalu?? Adakah temuduga yg ain hadiri dl itu adalah temuduga cinta??? Tapi temuduga cinta antara ain dgn uzair atau ain dgn ikram??? Sama2 kita susuri kisah suka dan duka ain dan uzair...bagaimana kehidupan mrk dr kecil hingga dewasa...adakah keluarga mrk sama spt keluarga kita atau ada duka dan air mata?? Semua nya akn terjwb jika anda mendptkn karya ini...
Ni buku kedua RI yang kubaca selepas Titian Cinta. .
Seperti kata penulis, buku ni bergenrekan romantik komedi dan menggunakan POV 1. Untuk aku yang sejenis kurang gemar komedi ni, amazingly, I love this book. Dari awal lagi, ku duk gelak sorang-sorang. .
Ni cerita tentang 'Ain yang gigih cari kerja, akhirnya 'tertemuduga' kat Gemilang Holdings. Dari hari pertama lagi, dia asyik berjodoh dengan Uzair, mamat sarkastik. Banyak scene yang kelakar. (Okaylah, mungkin scene biasa, tapi dialog penulis tu boleh buatku gelak). Part temuduga tu, Uzair tegur pasal bulan mengambang Ain. Boleh pulak bocor. Hahaha.. Dahlah 'Ain takde duit nak beli pads. .
Less conflict, less drama dan paling penting, takde langau. Cerita ni simple dan santai je. Not as complicated as Titian Cinta.
Kalau tanya saya, saya akan kata.. ini salah satu buku yang wajib baca tahun ini. Lengkap segala rasa .. dari mula2 ketawa sampai dekat2 lasta tu saya menangis jugak...
Okay. Mula-mula baca rasa eksaited sbb kelakar. Tapi bila dah sampai tengah, tak tahu kenapa rasa nak skip pages. rasa nak cepat abis n baca secara rambang. kenapa tah . ;(
ade masa nanti, I try to read it again ok. n i will edit this review inshaaAllah.
Karya penulis yang saya paling suka setakat ini. Kisah yang lebih ringan, santai dan semestinya mencuit hati. Banyak kali juga tergelak terutamanya masa interview tu. Mahu lima minit juga tergelak di situ. Sungguh! Sangat kelakar. Tak boleh tahan bila Ain mula speaking. First time lah saya dengar term 'village nurse' dia tu. Nasib baiklah Encik Ikram tu sporting dan senyum saja. 🤣 Tapi realitinya memang betul. Memang banyak graduan yang nama saja degree holder tetapi bahasa Inggerisnya ke laut. Mungkin boleh memahami dan menulis dengan baik. Tetapi hancur bila speaking. Macam Ain. Tapi yang bagusnya Ain ini, dia tetap mencuba biarpun malu. Dia belajar dan ikhtiar untuk memperbaiki diri sendiri.
Dalam cerita ini, banyak watak yang saya suka. Ain yang polos tetapi berpendirian. Mak cik Lijah yang sporting habis. Uzair yang sinis dan pedas pada luarannya tetapi cukup prihatin dan penyayang pada dalamannya. Encik Ikram yang sweet macam gula-gula kapas. Even watak kecil macam Mail Kembung pun best.
Kalau baca buku ni, paling best jika kita start membaca tanpa mengetahui apa hubungan dan perkaitan di antara Ain, Uzair dan Encik Ikram. Sebab feeling kejutan dia nanti best. Tak sangka rupanya begini. Patutlah begitu. At least bagi sayalah. Marathon membaca tiga buku Ridhya Iman ni buat saya tahu trademark dia. Part klimaks dan ending mesti ada kejutan. Lagi-lagi buku ini sebab ditulis menggunakan POV1. Lagilah surprised.
Cuma satu yang saya rasa kurang. Watak Encik Ikram macam tak digarap dengan lebih berkesan. Macam ada sedikit perasaan tergantung di situ. Hurm
Novel kedua kak Ridhya kali ini lebih santai. Bila baca kisah Ain dgn Uzair nie asyik nak tergelak jer manjang. Tapi part2 last tu adalah part yang menyentuh perasaan sikit. Mula2 baca mmg tak menahan betul dgn watak Uzair, sangatlah sarkastik. Kalau saya jadi Ain pun tak tahan juga dgn perangai dia tapi sebenarnya Uzair nie lain daripada yang lain. Dalam sikap menyindir dia tu, ade lagi sifat yang "tersembunyi". Yang tak disangka. Kalau nak tahu kenalah baca ya. Overall, TDC nie best. Banyak ilmu yang kita boleh belajar melaluinya. Salah satu part yang saya suka, part belajar bahasa inggeris tu. Rasa macam sweet lak. Masing-masing menyimpan rasa tapi tak terluahkan. Takde ape nak cakap dah. Better buy and read this novel. Tahniah utk kelahiran baby kedua kak Ridhya. Semoga terus menghasilkan karya-karya yang best...:)
Awesome!! I suka sangat dengan jalan cerita dia yg santai dan sengal. 'Misteri' yg ada pada cerita ini membuatkan I tak sabar nak habiskan bacaan. Bagi I novel nie perlu ada utk dijadiakn koleksi.
Not bad. Permulaan cerita yang agak kelakar. When I say this, to the point sampai I burst out laughing. But... Somehow towards the end, it became just a wee bit boring. Hehe..
It's a nice story. Kelakar & sweet memanjang. Kisah yang ringan sahaja. Takdelah berat dan tangkap leleh.
Cerita yang penuh rahsia awalnya. Siapa Ain? Siapa Uzair? Siapa Ikram? Apa hubungan mereka? Dan macam-macam lagi. Sampai rasa nak selak belakang terus. Opss... hehehe...
Sikap sarkatik Uzair dan sikap polos si Ain sangat menghiburkan. Tapi tulah Si Uzair ni sarkatik sangat. Macam nak gigit je. Hahahaha... nasib Ain ni sabar kalau tak mahu perang baling parang. Hahaha... But bila diaorg dah kahwin sarkatik tukar jadi romantik. So gentle si Uzair menjaga Ain. Masa ni jatuh tergolek tak pandang kiri kanan langsung lah. Uzair memang daebak! Hahahaha... I like you! kikiki...
Ini cerita Kak Ridhya yang saya ikut sejak di blog lagi, sebelum beberapa bab dipadam.. Maraton baca kat blog and kalau ada teaser mesti cecepat baca. Nice story kak.
saya tunggu next cerita akak pulak... Tak sabar pulak rasanya. Chaiyok. hehe...
My fevret...cukup rencah dari awal ke akhir..😆watak polos Ain aka c putih gebu yg dijaga oleh bidan Lijah slps ibubapa kandung Ain menganggap dia sbg pembawa sial..Uzair aka Mr Sarcastic mencintai Ain secara rahsia selama 7 tahun..temuduga Ain secara tak sengaja ke Gemilang Holdings menemukan Ain dn Uzair..pertemuan kali pertama Ain dn Uzair tapi tidak bagi Uzair..semua persoalan terjawab dan hati berbunga2 bila sampai ke TAMAT rasa nak ulang baca lagi dan lagi..
suka watak uzair. dlm duk srkastik, dia act ade wtk yg blh buat org tertarik. bidan lijah.. u r the best. Mail kembung bkn mail lambung, awk buat sy xkering gusi. hehe.. pape pun, cite ni mmg best. cukup rncah. ade lwk, ade sedih.. :) tahniah kak ridhya
Wow....chemistry antara Ain dan Uzair bukan calang-calang . Penulis berjaya mengolah jalan cerita yang menarik daripada mula pembacaan sampai pengakhiran cerita . Bacaan santai tetapi kerana olahan cerita yang sangat menarik berjaya membuat aku tersengih dari mula sampai akhir . Tahniah RI .....