Al Insan Hayamunnatik Manusia Itu Haiwan Yang Berfikir. Namun…. Manusia Itu Berfikir Menggunakan Akal… Maka Yang Berfikir Tidak Menggunakan Akal, Layakkah Mereka Digelar Manusia? Yang Berfikir Berpaksikan Syaitan, Patutkah Mereka Digelar Orang? Yang Berfikir Mengikut Nafsu, Apakah Perbezaan Mereka Dengan Hantu? Namun, Begitu Ramai Yang Berusaha Menyerupai Binatang Malah, Sanggup Menyembah Syaitan Asalkan Nafsu Kepuasan Langsung Tidak Memikirkan Bala Tuhan… Wahai Manusia Jangan Kerana Rasukan Nafsu, Kau Sanggup Menduakan Tuhan Yang Satu, Dan Tunduk Pada Syaitan Terkutuk…
Rasuk: Antologi Cerpen; satu lagi antologi cerpen dari Lejen selepas Ketakutan, Main Gila dan Lunyai.
Buku ini memang dibaca tepat pada masanya. Saya telah mengikuti sebuah persidangan Lawyer: One Stop Centre (LANCER) anjuran Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) yang bertemakan "Sihir: Memesong Norma Tabiat Manusia", seminggu sebelum membaca buku ini. Persidangan tersebut banyak menyentuh tentang kes-kes jenayah yang melibatkan sihir, tindakan undang-undang ke atas jenayah sihir dan lain-lain. Menarik sekali perkongsian daripada delegasi Persatuan Peguam Muslimin Malaysia (PPMM) yang diketuai oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Saya perasan ada beberapa persamaan antara buku Rasuk ini dengan Lunyai. Persamaannya ialah ada penulis yang sama! Azwar Kamaruzaman, Naufal Tarmizi dan Faiz Nazim. Rasuk keseluruhannya memang berkisarkan hantu, mistik, sihir, makhluk halus, sesuai dengan tajuk buku ini. Ada cerpen yang menepati ekspektasi saya, ada yang 'wow!', ada yang tak disangka-sangka, ada yang feeling like 'mehhh...'.
Disebabkan time tengah exam ni timbulnya kerajinan untuk saya menulis review, maka sudilah kiranya saya review setiap cerpen ;)
Pilu benar hati tatkala membaca AIR MANI JANTAN. Tegar sekali Karisma memperlakukan sebegitu terhadap ibu tuanya yang sudah tidak begitu berkudrat. Keobsesan Karisma terhadap kecantikan luarannya mengundang padah apabila dia mengamalkan ilmu hitam yang menggunakan air mani lelaki yang disetubuhinya.
Pengakhiran cerpen BEDAH ni buat diri terasa ingin tahu sangat-sangat. Adakah Mak Cik Bedah tu mak Lina, ataupun adakah Lina pun menggunakan sihir pengasih terhadap Asyraf? Takpe, nanti saya pergi tanya sendiri penulisnya :p
D.O.G mengisahkan misteri pembunuh bergigi taring yang menggigit tanpa meninggalkan darah. Olin dan Krel menyiasat kes ini, dan rupanya ia didalangi oleh 2 orang doktor. Biasa saja, walaupun jalan ceritanya luar biasa.
DJI SAM SOE ni nama rokok eh? Tak pernah dengar pun. Rokok import barangkali. Rasanya bukan jampi serapah Wak Kassim tak menjadi, tapi zikir kalimah agung dan suci yang mematahkannya.
HARUT MARUT berkait dengan sebuah buku sihir. Sangat tragis. Pelbagai perkara pelik menghantui Rina sejak kematian Alex, dan semuanya berpunca setelah mereka membaca mantera di dalam buku tersebut.
HITAM ni agak lawak. Kisah hubungan unik antara Sani dan Melur si pontianak. Melur merupakan saka bapa Sani, Khalid. Yang lawak dan pelik ialah apabila Sani meminta Melur untuk 'terbang'. Kuat juga pontianak ni ya. Haha.
KALANDARA paling terbaik. Cerpen asal yang ditulis dalam bahasa Indonesia ini sangat padan dari segala segi. Grace, Izam, Lohita, Candra, Arfan, Puri dan Agni pergi ke desa Gurah untuk menjalankan sebuah projek besar berkenaan pembuatan filem dokumentari tentang sebuah kerajaan yang pernah berjaya di Nusantara; Kerajaan Kediri. Bermula dengan kisah Calonarang si perempuan sihir dan Mpu Bharada, Bu Kirana dan Asti anak saudara perempuannya yang bisu... sangat tersusun urutan ceritanya. Anda perlu baca sendiri untuk merasai keseramannya.
MONA ni ala-ala kes Mona Fendi. Tapi sebenarnya tak takut sangat cerita ni, tapi aura takut tu datang sebab Mona Fendi. Hehe.
OKTOBER YANG BIRU, minta maaf saya sangat tidak suka cerpen ini. Malah saya terpaksa drop cerpen ini. Bukan saja tidak sesuai dengan tema, bahkan tidak sensitif dengan sensitiviti. Mungkin penulis merupakan seorang yang sudah berkahwin, mungkin juga penerbit berprinsip untuk bersikap terbuka dengan karya sebegini. Namun di pihak saya, saya ada disiplin dan prinsip saya sendiri ketika membaca. Bagi saya, buku adalah sesuatu yang murni, sesuatu yang mampu membawa kita ke suatu dunia yang baru, tapi malangnya jika perspektif buku dicemari oleh karya sebegini. Maaf sekali lagi.
PELESIT LAKNAT ni pun lawak. Hahaha. Kak Rubi sempoi gila main Clash of Clans. Kasihan Jamil.
SANTAU ni kisah dendam dan pembalasan. Faris, Mior dan Haron merupakan samseng kampung. Mereka sering mengusik Ain si janda anak satu dan suka makan 'free' di warung Pak Ajak.
SESAT ni lawak. Hahaha. Saya pun ingatkan 'aku', Daniel, Ezra dan Zyhan termasuk ke alam bunian. Pengakhiran yang tak disangka-sangka.
SLENDERMAN pun berasaskan dendam. Bahaya sungguh hasad, dengki, dendam, cemburu. Sampaikan housemate sendiri sanggup dibunuh. Kamsan dihantui oleh bayangan Slenderman yang ingin membunuhnya.
SUMPAHAN RATNA pun menarik. Ratna menggunakan sihir semata-mata untuk menjauhkan cinta Allysa dan Gary. Padahal dulu kemain dia jual mahal. Kasihan Gary. Ratna meminta bantuan Jembembang untuk menjayakan niat jahatnya itu.
TERKENA agak sadis. Masakan mayat diperlakukan macam tu? Kasihan Dean. Keluarga dia pun terkena tempias sekali. Raihana pun satu, kenapa rela jadikan Qill si bomoh tu jadi boyfriend? Hish parah ni. Esok-esok dia sihirkan kau pulak macam mana? Tapi nak dijadikan cerita, begitulah.
Dua cerpen je yg aku hayati btul2 jalan crita dan ada feel.. Kalandara & Sesat. Pelesit Laknat boleh tahan sbb lawak. haha. Oktober yg biru bg aku mmg x logik dan x dpt aku nk hadam. yg lain malas nk komen. biasa2 je.
I don’t really expect much when I started reading this book. But surprisingly, I enjoyed reading this. I like how some of the stories were written. Some are well-written, some are clichéd (as usual), some are just “wtf is this?!”, but some really get under my skin. Extra marks for having creepy-ass cover illustration! I have to wrap this book because the eye is so creepy to look at.
cerpen yg paling aku suka kalandara, kemudian sesat, mona, sumpahan ratna, terkena,pelesit lakna. Tapi aku rasa ada satu cerpen agak x sesuai dgn tema ni, Oktober yg biru. Maaf. overall, masih boleh baca sampai habis. Tahniah utk smua penulis.