Sebuah novel fiksyen fakta mengenai peperangan yang berdasarkan kejadian sebenar dalam Ops Gubir 2 di Kedah di mana para komando seramai 60 orang bertempur dengan 400 orang musuh pada tahun 1976.
Baru saja selesai membaca Neraka Gubir 76 semalam, dan saya benar-benar teruja dengan isi kandungannya! Banyak perkara berharga yang saya pelajari, dan saya sangat kagum dengan kisah-kisah yang diceritakan, terutamanya bab tentang helikopter yang jatuh ditembak musuh..sungguh mendebarkan. Pada pendapat saya, buku ini seharusnya dijadikan bahan bacaan di sekolah untuk anak-anak, kerana banyak pengetahuan penting yang mereka boleh pelajari daripada pengalaman dan sejarah yang dibentangkan. Selain itu, kini saya semakin tertarik untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada anak Shamsiah Fakeh, yang dikatakan dihantar ke China, satu persoalan yang ditimbulkan di dalam perbualan anggota tentera di dalam buku ini ketika mereka berada di dalam hutan bagi operasi di Gubir.