Tajuk : The Red Saka Penulis : Along Elyas Genre : Thriller / Aksi Terbitan: Bebas Press
PRO 1. Menepati genre. 2. Disajikan dengan aksi yang tiada noktah. 3. Watak yang jelas dan mudah difahami 4. Susun atur cerita yg sgt kemas. 5. Baca tanpa henti. 6. Penuh suspens / debar.
KONTRA Ejaan 1. m/s 28 - 'dorang' = orang @ diaorang @ korang. 2. m/s 37 - 'Inspekor' = Inspektor. 3. m/s 49 - 'sehinggan' = Sehingga. 4. m/s 65 - 'menhentak' = menghentak. 5. m/s 141 - 'membutang' = membuntang. 6. m/s 183 - 'berikhtiarr' = berikhtiar. 7. m/s 250 - 'bermian' = bermain.
PEMILIHAN PERKATAAN/SUSUNAN AYAT
1. m/s 13 - sarung tangan hitam yang 'mempamerkan' kelima-lima jari nya = perkataan mempamerkan agak kurang sesuai. Mungkin penulis boleh menceritakan fungsi memakai sarung tangan sblm menggunakan punching bag. (Cth : bg mengelak kecederaan).
3. m/s 27 - air kopi membangkitkan selera sesiapa sahaja yang 'menjamunya' = perkataan terhidu @ terbau aroma lebih sesuai kerana 'membangkitkan selera' adalah situasi sebelum makan/minum.
4. m/s 31 - 'panduannya' = pemanduannya.
5. m/s 32 - 'petugas' = pelayan.
6. Terlalu kerap menggunakan perkataan 'perut kereta'.
6. m/s 190 - setelah selesai adegan sapu-menyapu = perkataan adegan kurang sesuai. Cth: Setelah selesai Pak Man menyapu.
SITUASI
1. m/s 17 - Aqasha diculik dr rumah Saka, dan akan dibawa ke gudang lama. Semasa penculikan tersebut, Saka tak ada, tetapi Saka tiba-tiba tahu gudang lama adalah destinasi penculik.kemana destinasi penculik.
2. Penerangan berkenaan keadaan sekeliling atau perlakuan watak terlalu 'detail' @ rigid. Sbg cth : sebelum kereta bergerak, tak perlu dinyatakan watak menekan punat kunci, lampu signal menyala dua kali, masuk kereta hidup enjin dan dibiarkan selama 15 minit utk panaskan enjin.
ULASAN
8 jam sahaja masa yang sy perlukan utk menamatkan bacaan karya ini!!! Mendebarkan!! Suspens!! Aksi-aksi yang tak pernah 'berhenti'. Kisah dendam yang selayaknya dibalas dengan dendam!! Disebabkan semua luahan rasa pertama sy itu, naskah ini sy akan masukkan didalam senarai 'PETI BESI' sy. Cubaan yg terbaik dari penulis. Pengakhiran cerita yang melibatkan emosi sy sedikit terkesan.. Sedih. Walaubagaimanapun, Sekiranya penulis tidak terlalu 'detail'. Sy percaya buku ini akan berakhir dihalaman 330 sahaja. Kepada peminat thriller jenayah, koleksi PETI BESI anda tak akan sempurna sekiranya karya ini tiada dalam senarai..... Tahniah buat penulis....teruskan berkarya.!! "Gua akan terus sokong lu der".
Satu-satunya buku Bebas yang aku ada. Tahniah lah Bebas untuk penghasilan karya-karya. Harap boleh kipidap don't gibab.
Aku dah pending review novel ni selama setahun. Aci lah kan. Dah lah satu ofis, kena beli. Dahlah kena beli, autograf dapat pun lepas kena paksa. Sebagai pembaca, aku terpaksa bagi komen jujur. Harap penulis tak bakar meja aku di pejabat. LOL.
1. Ada beberapa kesalahan tatabahasa.
2. Dalam satu perenggan, nama 2-3 orang watak berulang-ulang banyak sangat.
3. Penjelasan yang panjang untuk satu aksi yang simple. Kau nak cakap, bos kau kepit rokok dan orang bawahan hulur lighter tolong nyala.
4. Watak inspektor tu kurang matang, aku rasa. Asyik nak naik angin. Marah-marah nak pergi mana?
5. Watak-watak utama tidak diberi perwatakan yang kuat. Contohnya Saka yang nampak garang di awal cerita tetapi meleleh pula selepas jatuh hati dengan Hajar. Tiada punchline spesifik untuk sesuatu watak. Tiada identiti. Please.
. Gaya bab-bab akhir umpama tergesa-gesa disiapkan.
Aku fikir perkara-perkara di atas dapat dielakkan dengan kerjasama antara penulis dan editor. Adakah editor tertidur ketika mengedit buku ini atau memang diberi pelepasan atas dasar kroni? Itu aku tak tahu.
Yang penting, banyak benda yang boleh dikembangkan. Banyak angle boleh dilihat dan ditulis dari (my God, direct translation). Kalau diberi lebih masa dan bahan, aku rasa boleh pergi jauh ni.