Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dunia Belum Berakhir

Rate this book
"Kalau aku tahulah cinta akan membuatkan aku sakit begini, sumpah aku tak mahu jatuh cinta. Tak mahu!" Dia menumbuk-numbuk bantal yang tidak bersalah itu sambil membayangkan menumbuk lelaki tak guna itu. Biar patah riuk tulang-temulangnya. Biar terburai segala isi perutnya. Biar pecah berderai mukanya. Biar lunyai macam bantal tak ada kekabu. Biar penyek macam kuih bengkang kena langgar dengan lori 18 tayar.

* * *
"Masa bercinta jangan banyak sangat beri janji bang, nanti mahu putus susah. Silap-silap kena sambar petir sebab mungkir janji."

* * *
Zahid rasa dia kena selamatkan Yasmin. Kena sedarkan Yasmin supaya buang saja semua mimpi. Cinta Khalil sudah mati. Yasmin perlu bangun daripada mimpi indah yang dilakar oleh angan-angannya.

* * *
Ini bermakna aku kena beri peluang kedua pada Zahid? Tidak! Aku setia pada Khalil seorang saja. Cinta aku pada Khalil tulus dan ikhlas. Tak akan mudah goyah macam pokok yang ditiup angin.
Aku bukan lalang yang tak ada pendirian. Aku ni karang di lautan. Tak akan mudah terhakis walau badai melanda.
Aku nak jadi perempuan yang baik, yang setia!

505 pages, Paperback

First published July 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Aimi Shabana

4 books12 followers
AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak.

AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam.

Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (15%)
4 stars
23 (60%)
3 stars
7 (18%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 20, 2014
20-08-2014:

Yang saya suka tentang buku ini:

1. Sikap Yasmin yang cool, matang, tak cepat melenting, berdikari, tak mengongkong, memahami, pendek katanya memang sikap positifnya lebih dominan daripada yang negatif. Itulah sebabnya Khalil boleh ambil kesempatan atas kebaikan Yasmin tu. Huh!

2. Kemunculan Aiman dan Sarah yang suka bikin riuh. Haha. Kalau ada yang ingat Aiman dan Sarah ni watak dari buku pertama penulis, Alang Rebus Tak Empuk. Dalam kisah ini mereka sudah pun bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Kisah Ziyad dan Syifa pun ada terselit sikiiitttt tau? ;)

3. Semangat setiakawan Aiman - Zahid dan Sarah -Yasmin. Suka sangat friendship bonding mereka ni. Sarah, walaupun suka condemn Khalil depan Yasmin, mereka tak pernah bergaduh dalam tempoh yang lama. Sebab apa? Sikap positif Yasmin yang tak pernah nak ambik hati berlebihan dengan apa yang dikatakan dek Sarah. Kalau orang lain agaknya dah siap berpatah arang segala. :D

4. Suka bila Khalil terkantoi perangai buruk depan bakal mertua. Rasa macam nak buat lompat bintang depan dia lepas kejadian tu. *Grin*

5. Bila penulis sentuh tentang isu mentaliti orang kita yang beranggapan bila ada individu (terutamanya perempuan) berubah / berhijrah ke arah kebaikan tu sebab nak berkahwin. Eh? Asal bertudung je memang automatik kena set pemikiran dan kata, "Oh, dia ni dah mula pakai tudung mesti sebab nak kahwin kan?" Adeh! *facepalm*

6. Suka gaya bahasa selamba dalam kisah ini. :)


Yang saya geram:

1. Khalil yang pengecut. Suka ambil kesempatan atas sikap Yasmin yang sangat bertolak ansur dan rasional. Dah tau perasaan tu memang dah terarah pada Nora tapi masih nak beri harapan pada Yasmin. Eeee, memang rasa nak lempar stiletto 3 inchi! Haha. Tapi, mujur scene dengan bakal mertua tu berjaya meneutralkan sikitttt rasa geram saya tu. Haha.

2. Zahid. Walau pun tak berapa nak geram sangat, tapi saya rasa dia antara lelaki yang terburu-buru dalam membuat keputusan. Pertamanya, disebabkan malu kerana masih belum bekerja sedangkan dia sudah berjanji untuk melamar Yasmin setahun selepas tempoh graduasi, Zahid terus menghilangkan diri tanpa menghubungi Yasmin. Keduanya, kerana sakit hati dengan kerenah teman wanitanya dan kemudian apabila dipertemukan kembali dengan Yasmin, dia rasa dia mahu memperbaiki kesilapan lalunya dengan cuba untuk menyambung kembali hubungannya dengan Yasmin. Sedangkan rupanya status hubungan Zahid dan teman wanitanya masih tergantung. Pengakhirnya? Hmm..

3. Kadang-kadang geram juga dengan sikap Yasmin yang terlampau rasional dan sentiasa beri dirinya alasan bagi pihak Khalil. Sepatutnya dah lama mereka berdua ni berbincang tentang status hubungan mereka. Tak adalah lama sangat si Yasmin ni menunggu. Kesian. Jarak dan kesibukan bukan penghalang sebenarnya dalam zaman kecanggihan teknologi sekarang ni. Tepuk dada, tanya diri sendiri. :)

Tahniah buat penulis atas kelahiran buku terbaru ini. Moga dikurniakan ilham untuk terus berkarya.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
July 25, 2014
Alhamdulillah...selesai membaca Dunia belum berakhir karya Aimi Shabana..

Buku pertama yang dihabiskan sepanjang ramadhan kareem.Ya progress yang sangat perlahan tapi kekangan masa yang amat. Curi-curi baca selepas selesai hidang juadah berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur sementara masuk subuh. Itu saja masa yang ada. Hehe..Panjang mukadimah macam orang lain kisah pulak..ye dak? :)

Kisah ini lain dari yang lain dan saya sangat suka akan kelainan dia. Apabila saya mempercayai seseorang penulis itu, saya tak perlu membaca sinopsis belakangnya kerana saya amat mempercayai penulis tersebut. Hahah..epik sangat.

Kisah Yasmin, Khalil dan Zahid. Cerita yang manis. Di gambarkan Yasmin seorang gadis yang berusia 30 tahun masih belum kahwin dan dijadikan bahan untuk kakak-kakak pejabat bergosip akan kelewatannya bertemu jodoh menjalin kasih bersama Khalil.

Yasmin:

Bertahun mengayam kasih, tiba-tiba sikap Khalil berubah. Mula tak membalas whatsapp dan message. Bercakap telefon jarang sekali. Tapi Yasmin tetap bersangka baik akan kekasihnya yang tinggal jauh di Melaka. Cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan bukan? Maka Yasmin memilih untuk setia.

Semakin hari sikap Khalil mula menjauh, Yasmin masih terus memilih untuk setia. Satu hari pertemuan dengan Zahid menimbulkan pelbagai rasa buat Yasmin. Mengenang kisah lama buat Yasmin rasa seperti tak ingin dekat langsung dengan Zahid. Tapi bolehkah bersikap sombong? Sedangkan nabi SAW yang dah sampai ke tempat yang malaikat sendiri belum pernah jejak pun tak sombong, ini kan pulak dia yang hanya umat nabi SAW. Berpegang pada kata-kata itu, Yasmin menghulurkan salam perkenalan kembali pada Zahid dengan syarat mereka hanya KAWAN BIASA. Kan Yasmin memilih untuk setia..

"Saya kan bunga tulip. Luka akan membuat kami segar dan tak layu" Yasmin

Zahid:

Pertemuan kembali dengan Yasmin sangat menggembirakan hatinya. Tekadnya cuma satu. Menagambil kembali hati Yasmin yang pernah dia lepaskan dulu. Yasmin seorang yang tenang, tak mudah marah suka tersenyum. Zahid suka sangat bila dipertemukan kembali dengan Yasmin. Tambahan pulak dengan sokongan sahabat-sahabat baiknya, dia berjanji tak akan mengecewakan hati Yasmin lagi.

Dengan niat untuk membuat Yasmin gembira dan membantu melupakan Khalil, pelbagai langkah dilakukan Zahid agar Yasmin tertawan dengannya. Bukan dia tak tau Yasmin dah memberi amaran awal-awal yang mereka hanya kawan biasa. Tapi sengaja dia memilih untuk tidak faham akan kenyataan tersebut.

Bila peluang kedua diberi, halangan lain menimpa. Zahid harus memilih dan dalam kerbersalahan diri, dia memilih untuk mengecewakan hati Yasmin untuk kali kedua.

"Sebenarnya..sebenarnya saya lebih suka awak berbanding wahida tu. Saya rasa macam nak pilih awak, bukan Wahida" Zahid

Khalil:

Bukan sengaja untuk Khalil berpaling arah. Dia sayangkan Yasmin. Mereka mengayam kasih dalam ruang waktu yang agak lama. Tapi dia tak boleh elak untuk jatuh hati kepada insan lain. Ya sekarang Nora dambaan hatinya. Tapi untuk melukakan hati Yasmin dia tak mampu. Yasmin seorang gadis yang sangat baik. Dia tenang, dia sabar. Mana mungkin dia mengguris hati si gadis. Tapi dalam tak sedar dia lupa, dia telah mengabaikan gadis tersebut hampir enam bulan lamanya.

"Dalam hidup kita ni, kita bertemu dengan ramai orang. Ada yang kekal selamanya dan ada yang singgah sebentar kemudian berlalu pergi. Pertemuan itu juga adalah takdir yang jauh dari rencana manusia. Kita tak boleh tentukan kita hanya bertemu dengan orang yang baik-baik sahaja, yang kaya-kaya atau yang cantik-cantik sahaja. Itu semua di luar dari rencana dan perancangan manusia. Tapi tak semua pertemuan yang berlaku dalam hidup kita itu akan menghasilkan jodoh. Awak pecaya itu min?" Khalil

Saya:

Oh..saya sangat suka cerita ini. Sungguh. Ada watak sampingan Aiman dan Sarah dari kisah manis Alang Rebus tak empuk. Percaya atau tidak, garapan Aimi Shabana terhadap dua watak ni yang memberi kemanisan dalam keseluruhan cerita ini. Kisah si Aiman yang bendul tapi dalam masa yang sama alert terhadap susah senang sahabatnya. Sarah yang suka bergaduh dengan Aiman sampai sekarang dalam masa yang sama sangat sayangkan Aiman. Dan dia jugak sahabat susah senang Yasmin. Jugak...jugak...hahaha..ada kisah Syifa dan Ziyad. Ok, sesapa nak tau apa jadi pada Shifa dan Ziyad harus baca buku ni tau! :)

Saya suka cara penulis hidupkan watak Yasmin, dalam tenangnya, ada jugak rasa sedih dan kecewa. Dalam senyumnya ada air mata yang tumpah dan dalam baiknya ada jugak sisi tanduknya. Which is, macam mana baik seorang manusia itu, pasti ada sisi kurangnya kerana setiap manusia tak sempurna kan?

Cerita yang banyak input. Ikutkan hati saya nak taip setiap bait tulisan yang sangat memberi manafaat. Tapi banyak sangat. Tangan cramp nanti. :)

Out of topic:
Selamat Hari Raya semua!! Maaf khilaf dalam penulisan review sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Maaf zahir dan batin! Hati-hati di jalan raya ok!
Profile Image for Mai.
312 reviews59 followers
December 5, 2014


3 Bintang untuk kisah ini dan extra satu bintang untuk penulis,
Kerana saya rasa Penulis ini sangat jujur dan telus.

Walaupun saya harap kan lebih lagi tentang kisah Yasmin dan Dr Hujannya itu
tapi apa yg dipersembahkan dalam kisah ini sebenarnya dah cukup memuaskan
bukan itu sahaja ditambah dengan pekej.Pekej "Sakit Hati"

Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
May 21, 2015
Naskah untuk dilepaskan. RM15.00. PM je....

Naskah santai, tapi menduga kesabaran.

Huh... si Jasmin dan Khalil (dan Zahid juga) memang wajib dicepuk2!

Profile Image for Cik Pah.
290 reviews104 followers
September 24, 2014
Cerita dalam cerita. Menariknya kisah Yasmin-Khalil-Zahid diceritakan oleh Haiza dan disambung pengakhiran oleh Hasyim kepada anak mereka yang putus cinta untuk menggambarkan bahawa Dunia Belum Berakhir apabila putus cinta.


Yasmin gadis yang setia, diuji dengan janji kasih setia cinta jarak jauh dengan Khalil yang telah pulang ke kampungnya di Melaka. Sepanjang 4 tahun percintaan mereka, hanya Yasmin sahaja tersua-sua muka melawat Khalil di Melaka. Sedangkan Khalil telah menemui kekasih baru sepupu kepada rakan sepejabat, Nora yang lengkap ilmu agama. Kisah mereka diselang-selikan dengan kisah Yasmin berkenaan isu kesetiaan di Taiping bersama pasangan bahagia Sarah-Aiman yang kepochi penghibur hati manakala Khalil di Melaka bersama Nora, Mansur dan Jeevan si pakar motivasi berkenaan isu lamaran yang tidak kunjung tiba daripada Khalil. Sungguh Cik Pah tertunggu-tunggu watak Aiman yang blur, manja dan partner in crime bersama tunangnya Sarah di sebelah Yasmin dan Jeevan si Bangla/Nepal di pihak Khalil yang muka tembok memberikan motivasi dengan hanya mengutip ayat-ayat motivasi dari facebook. Mereka ini yang menyebabkan Cik Pah ralit menyelak muka surat demi muka surat. Memang gelak mengekek dengan Jeevan yang selalu tiba-tiba muncul depan Khalil. Ada sahaja cerita-cerita Jeevan yang memang terkena batang hidung Khalil. Walaupun kehadiran dia tidak disenangi, dia bersungguh-sungguh mencuri masa Khalil memberikan kata-kata nasihat dan buat kita turut menelinga.

Watak Zahid pula menjelma sebagai bekas kekasih Yasmin yang menuntut diberi peluang kedua. Dalam Yasmin cuba mempertahankan kesetiaannya, Yasmin termakan pujukan Sarah untuk menerima Zahid sebagai calon kedua sekiranya cinta Khalil beralih arah. Seperti biasa kita pasti meneka, Yasmin akan berakhir dengan salah seorang daripada mereka. Nak tahu kisah selanjutnya, anda perlu mendengar sendiri cerita daripada Haiza dan pastinya pengakhirannya membuat anda berlapang dada dan tersenyum.

Menariknya novel ini, isu masyarakat dikupas secukup rasa. Pandangan manusia kepada pelacur, golongan gelandangan, peragut imam muda mewarnai kisah hidup Yasmin. Penghijrahan Yasmin juga disentuh bagi menceritakan cabaran untuk mereka yang mula ingin berubah. Cik Pah suka dengan watak Yasmin yang baik pekerti , ada sifat ehsan dan memandang sesuatu perkara dari sudut positif. Tetapi agak geram kerana bab CINTA dia agak lembam, ambil masa bertahun untuk Yasmin sedar dia perlu bersemuka dengan Khalil membincangkan hala tuju hubungan mereka.

Selepas mendengar kisah Yasmin-Khalil-Zahid, Hasyim tertanya-tanya adakah benar itu adalah kisah isterinya sendiri atau ia hanya cerita rekaan?


Seperti mempromosikan Taiping, penulis menceritakan lokasi menarik untuk pembaca singgah di Taiping dan pastinya ada menu makanan yang terkenal di sana.

Tahniah kepada penulis, cerita yang lain daripada yang lain (rasanya ramai sependapat)
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews70 followers
March 10, 2019
[BOOK 15]
🌟🌟🌟


Dunia Belum Berakhir by Aimi Shabana.
.

Cerita ni sebenarnya kisah Yasmeen yang diceritakan oleh seorang ibu kepada anaknya, apabila anaknya pulang ke rumah sambil menangis setelah mengetahui kecurangan kekasihnya.
.

So, basically, buku ni bagi tahu yang, gagal dalam bercinta tidak bermakna dunia kita sudah berakhir. Sebab kalau tengok Yasmeen pun, setelah berkali-kali dikecewakan, dia akhirnya bertemu jodoh dengan si Doktor Hujan.
.

Yasmeen ni dulu pernah bercinta ngan Zahid. Tapi Zahid menghilang tanpa sepatah kata. Dan sekarang, dia bercinta ngan Khalil. Itupun, Yasmeen sahaja yang setia, sedangkan Khalil bermain cinta dengan wanita lain. Dan pada masa nilah, Zahid muncul kembali. Dan bila Yasmeen mula menaruh harapan, kekasih lama Zahid pun muncul kembali. Aduhhh... Kesian Yasmeen. Akhirnya dia ditinggalkan keseorangan, dengan doa mereka, semoga Yasmeen dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik. Hehhh... Menyampah betul ngan 2 lelaki tuh. Nasib baiklah muncul Doktor Hujan.
.

Dan disebabkan buku ni lah, gigih ku google tentang Tulip Mania. Sebabnya, Yasmeen suka tulip. Dan ku pun dapat ilmu baru.
.

Dan disebabkan buku ni juga lah, gigih ku tonton Mujse Dosti Karoge secara online (walaupun susahnya nak cari - ataupun aku yang tak reti nak cari). Sebabnya ada satu babak yang Zahid ignore je Yasmeen bila dia terpandangkan kekasih lamanya. Tu yang Yasmeen rasa macam watak Pooja tu. Dan dan, aku pulak yang teruja nak layan semula movie tu.
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
October 24, 2018
Baca buku ni dengan niat terpaksa langkau. Maknanya baca sambil imbas. sambil langkau. Maaf.

Langkau juga sebab masuk-masuk dengan Zaliya kecewa dengan Suffian. Kemudian Ibunya bercerita tentang Yasmin. Sehingga saya terlupa Yasmin bukan Zaliya sebab ternanti-nanti bila Khalil nak kantoi dengan Yasmin.

Kemudian saya dapati ada watak Zahid. Permainan tarik tali Khalil dengan Yasmin buat saya lelah. Saya pun tidak pernah bercinta. Tetapi tahu isu kahwin adalah isu serius. Antara Zahid dan Khalil saya takkan pilih dua-duanya. Sebab tak soleh langsung sebab tak hormat perasaan wanita.

Alangkah menarik kalau-kalau watak Mustafa muncul sekali sekala. Jodoh kan soulmate juga. Tak perlu jadi macam Zahid. perlu GPS Sarah dan Aiman untuk kenal pasti kedudukan Yasmin.

Sebab kedua langkau pada pertengahan muka surat saya sempat selak muka akhir. Supaya tak membazir menanti benda yang tak pasti. Seperti novel Pergilah Sepi (novel lama 2001).

Saya suka gaya penceritaan dan bahasa oleh Aimi Shabana. Kalau ada buku lain selain Alang Rebus tak Empuk mungkin saya akan baca tapi tengok pada sinopsis. Kalau cerita seperti Yasmin, selamat tinggal.

Saya ternanti-nanti Majlis Sarah dan Aiman..janganlah ada yang bersedih juga.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 4, 2014
cerita ni bg sy agak sedih...menyakitkan hati ..rasa nk jerit... lelaki ni semua samaaa...dan kisah ni adalah kisah tentang kesetiaan..

bukan main memberi harapan..tp mudah mengecewakan perempuan bila si perempuan dah mula menerima..

sedihnya kisah hidup yasmin yang sy rasa selalu dipermainkan oleh lelaki... bila Zahid muncul.ingtkan itula jodoh yasmin..tp rupanya sama je perangai mcm Khalil..wahh..sedih sgt..

nasib baik nak last baru muncul kebahagiaan Yasmin..x sangka Dr. hujan tu jodoh Yasmin sebab dia muncul masa awal dan akhir cerita je..first time kot baca novel tp hero xdek...tu sbb sy frust skit..

tp baca novel ni mmg byk iktibar yg bole kita dpt..contohnya ayt dlm novel ni..Kadang2 kita perlu terluka sampai beribu2 kali kemudian barulah kita akan jumpa cinta yang betul2 cinta sejati..

Luka sepatutnya akan menjadikan seseorang itu lebih kuat dan lebih matang dengan pengalaman dan Yasmin itu bertuah kerana Allah menduga Yasmin kerana Allah sygkan dia utk menjadikan Yasmin wanita yan lebih hebat dan meninggikan martabat Yasmin disisi penhuni langit.
Profile Image for Intan Safinaz.
17 reviews1 follower
February 12, 2015
Serius memang best...walaupun saya amik masa yang lama untuk perabihkan..maklum ade je aktiviti yang menghalang saya dok dendiam membaca..

Yasmin tu saya rasa cam saya cumanya Yasmin tu selalu positif dan saya tak selalu begitu..*evil* hehehe
dan lagi saya pun macam Yasmin...err takut kucing kih kih...paling nak gelak masa Yasmin naik atas kerusi sebab takut kucing,..Okey Yasmin saya faham perasaan awak..

Bila baca rasa kesian kat Yasmin yang setia tunggu Khalil tapi Khalil plak dah ada orang lain.Kemudian jumpa Zahid yang harapnya dapat bersama sampai akhir hayat tapi Zahid akhirnya memilih orang lain.Kena double tu. Walaupun dah kena game 2x tapi Yasmin tetap memaafkan orang-orang yang melukakan..Min..you inspired me... dan Yasmin beruntung ada sepasang kawan baik yang sentiasa ada bersama dengan dia; Sarah & Aiman.

Kunci cerita ni adalah kesabaran dan bersangka baik pada takdir yang Allah tentukan.

Kesimpulan citer ni menarik sebab ada banyak kisah motivasi yang diselitkan melalui watak Jeevan lelaki Nepal yang kerja setempat dengan Khalil..dan jugak watak lain.




Profile Image for Suhailah Iskandar.
348 reviews17 followers
May 26, 2015
Dan bila aku dah finish buku ni, aku rasa positive sangat pun tak bagus, gopoh gapah lagilah kelaut, pendirian tak tetap macam si Khalil lagilah buat aku peng.. yapi lenggok gaya bahasa buku ni, satisfying. aku pun suka cara si ibu menceritakan kisah ini pada anaknya. till i read the next novel from her yang memang dah ada dlm koleksi..
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
December 3, 2019
Membaca buku ni seakan terasa aku ni dipujuk-pujuk untuk tenang tentang hal jodoh. Aku suka Yasmin. Terinspirasi pula nak jadi baik seperti dia, yang positif dengan segala hal.

Seronok baca novel ni. Cerita yang comel hehehe! Gaya penulisan pun kemas dan kelakar membuatkan aku ketawa masa baca. Kudos cik penulis!
Profile Image for Siti Nur.
23 reviews
March 25, 2020
Perempuan mana yang suka bila diri dipermainkan. Bukan satu lelaki tapi dua orang lelaki mempermainkan nya! Yasmin wanita yang tabah dan tenang. Idola!
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
March 28, 2020
Jodoh itu rahsia Allah & DIA adalah sebaik baik perancang..sabar & redha adalah kunci keimanan.. tahniah Aimi 👍👍
Profile Image for Fatini Zulkifli.
441 reviews41 followers
January 6, 2017
Sejujurnya, jalan ceritanya mendatar. Tiada turun naik. Kerap juga langkau ayat. Karakter pula, orang sastera kata, round character. Personaliti sama dari awal dari akhir. Nak bagi dua bintang sahaja. Tapi tak sampai hati sebab bukan senang nak tulis novel 505 muka surat.

Walaubagaimanapun, saya suka watak dan ceritanya realistik. Tiada fantasi yang tak logik. Rasa macam penulis ambil cerita sebenar, rekod dalam tulisan, unaltered. Suka juga bila penulis cerita pasal negeri Perak dan makanan dekat sana. Popia Ella dan tempat cendol (lupa nama kedai tu) memang wujud ke? Cendol yang penulis cerita macam sedap ja.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews