Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku, Dia dan Pinky Promise

Rate this book
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”
“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”
“Aku akan tunggu kau.”
“Aku akan cari.”

593 pages, Paperback

First published July 1, 2014

64 people are currently reading
843 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books548 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
325 (62%)
4 stars
120 (23%)
3 stars
49 (9%)
2 stars
11 (2%)
1 star
11 (2%)
Displaying 1 - 30 of 116 reviews
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Saliha 33 tahun. Belum berkahwin. Kerjaya yang tak kemana. Tunang yang asyik menangguhkan perkahwinan. Disimpulkan, hidupnya tak bahagia. Semasa di bukit St. John Melaka,selepas Saliha membuat permintaan di 'wishing well'. Dia tiba-tiba tergelincir dan pengsan. Apabila bangun, dia kembali ke zaman persekolahan tingkatan 5. Kejutan demi kejutan dia alami, ayah yang dirindui masih hidup, Sara yang tiba-tiba jadi budak kecil, kawan-kawan dan kisah cinta monyetnya yang tak pernah dia ingat.

Dengan pemikiran 33 tahun, Saliha berazam agar dapat mengubah dirinya pada masa depan.Maka, bermula misi menukar aliran dari sains ke sastera. Di mana dia bertemu dengan budak samseng kelas hujung, Azri. Penulis membawa kisah zaman persekolahan tahun 1998 dengan pelbagai memori lucu dan penuh warna-warni.

# Saliha bertemu kembali dengan Cikgu Hazam aka abang iparnya masa depan dan berbuat baik dengannya
# konflik rakan sekelas, sehingga membawa pada Azri yang dijadikan 'guardian angel'
# misi menukar kerjaya 'bakal' tunangnya pada masa depan, Daniel.
# # Bertemu dengan Syah Asnan, cinta monyet yang dilupakan (Asnan seseorang yang 'tak handsome' pada masa depan)-sangat kebudak-budakan
# Terlibat dalam konspirasi pecah tabung koperasi sekolah
# ABC bawah pokok Mak Limah yang dirindui sejak Mak Limah berpindah selepas anaknya kemalangan.

Segala-gala kisah lampau yang berkait dengan hidupnya pada tahun 2014.

Tertarik dengan ideanya yang merentas masa untuk memperbetulkan kisah hidupnya. Tapi benarkah Saliha benar-benar merentas masa? Persoalan yang terjawab apabila Saliha bangun dari koma mendapati hidupnya berubah. Hampir sama seperti yang dia harapkan. Namun, Azri kawan/guardian angel/ cinta monyetnya yang berjanji untuk meminangnya 16 tahun kemudian benar-benar hilang dari sejarah hidupnya.

Banyak teknik flashback digunakan. Membongkar satu persatu misteri hidup Saliha yang tak pernah dia ketahui. Kemunculan Ray, pelukis buta yang muncul tiba-tiba persis Azri menambahkan kekeliruan Saliha. Tak mungkin dia curang pada Daniel sedang mereka bakal kahwin 2 bulan lagi.

Kisah ini membawa kita mencari makna hidup, mengimbau kenangan zaman persekolahan yang manis dan mengajarkan erti menghargai insan yang disayangi sebelum mereka 'pergi' (ayah Saliha dan Azri).

Please read ;)
This is super awesomeness.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
August 2, 2014
Kalau kau masih merungut yang boringnya asyik baca novel melayu yang masih dok angkat jalan cerita yang sama, kau patut baca novel ni!
Dan kalau kau rasa pernah jadi.pelajar sekolah menengah sewaktu era tahun 98 ( yang zaman tu ada ct nurhaliza, sukom, filem2 hindustan yang dah mula ambil Amitabh Bachan jadi bapa Shah Rukh Khan) kau patut baca!
Dan lagi satu, untuk PUAN PENULIS, minta tolong sangat2 buat cerita JasonAria tu cepat2. Jangan dok gantung sangat :p

p/s: kalau ikut tahun ct saleha, puan penulis mesti senior saya kan kan? Sebab tahun 98 saya baru tingkatan menengah rendah yang dok gila kat BSB group :-D
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
November 20, 2024
Ya Allah its been a long time i didnt open my Goodreads. Baca buku lupa review.

Just came across with this title.. tak sangka dah jadi drama kt tv3. Congrats writer. You deserve it!

Finally i can share my review.. i got arc tahun 2013.. mengigil² nak share kat Goodreads. But tahan je sebab belum launch.

Well.. here we go!!

Brilliant!  I am in love with this book. Aku Dan Dia Pinky Promise was a 'time-travel' romance that I absolutely loved. I was hooked from page one till the end. I loved all of her characters, and I loved the ending. Absolutely perfect!!! It took my breath away. 

Jujur F katakan from the moment I started reading the book, macam kena glued kat pages. Bravo author! She knows how to write ya. Memang you guys won't disappoint with her writing. 

Aku Dan Dia Pinky Promise mengisahkan Siti Saleha, yang sudah bertunang dengan Daniel menghadiri perkahwinan sahabat baiknya, Lina bersama Hanim. Sewaktu Sal & Hanim menemani Lina dan suaminya untuk shooting gambar kahwin di Bukit St John, Sal ternampak 'wishing well' .

"Masyarakat Cina percaya, kalau dia orang lempar duit dalam perigi ni nanti hajat dia orang tercapai" - Hanim

Tanpa disedari oleh Hanim, Sal terus mengeluarkan 20 sen duit syiling sambil berhajat "semoga aku diberi peluang untuk mengubah nasib". 

Ting!!!

Hanim menegur sikap kealpaan Sal lantas menyuruh Sal bertaubat. Sal hanya suka2 tapi dalam hati, cuak teramat sangat. Sewaktu menuruni tangga, tiba2 Sal terjatuh. Dia tidak sedar diri.

Bila terbangun, Sal berada pada tahun 1998 zaman persekolahan, 15 tahun yang lalu. 

Cerita ini ibarat macam filem "13 going to 30" but lebih tepat untuk kisah ini "32 going to 17".

I heart you - Siti Saleha

I love you too - Azri Amri

Sal kembali semula ke alam persekolahan dan berkenalan rapat dengan Azri. F terhibur dengan kisah Sal & Azri. Boleh dikatakan characters ini hidup sebab sha boleh bayangkan kisah mereka. Sal tertanya2 kenapa dia tidak mengingati Azri pada zaman persekolahan. Ingatan dia yang terbatas membuatkan dia tidak mengingati apa yang berlaku pada masa itu. 

Sewaktu Azri tidak ke sekolah, Sal mencari Mak Limah di kedainya untuk bertanyakan hal helmet yang dipakai oleh Harun. Mak Limah tiada tetapi pembantunya Harun menyatakan itu helmet anak Mak Limah. Sal tergaman dan ingin pulang segera untuk menelefon Azri. 

Sewaktu Sal melintas jalan, Sal kemalangan. Apabila Sal sedar, dia sudah berada 15 tahun kemudian. Ingatan dia pada Azri tetap kukuh. Apa yang terjadi pada Azri? Jeng jeng jeng

"Buka mata, buka hati. Kau akan nampak siapa dia"

Sal berkeras untuk mengetahui kisah Azri. Dia tahu Azri kemalangan dan tiada di dunia ini lagi. Dia meminta pertolongan sahabat baiknya untuk mencari Mak Limah. 

"Aku nak kau ingat ini. Aku sayang kau sampai bila². Tak akan ada perempuan lain boleh rebut tempat kau dalam hati aku. Aku sayang kau sehingga nafas terakhir" - Azri Amri

Both characters were a delight. Memang best cerita ini. So alive! So wonderful! Azri was a sweetheart. Percayalah, cair hati F dengan sikap prihatin Azri. Azri nampak kasar sebab dia ketua samseng but he was still a darling that will charm your heart. 

Those two were so sweet together. Pendek kata memang sesuai mereka berdua. Ayat2 dalam buku ini pun best. Mendayu2 romantic sungguh. 

"Takdir menyatukan hati kita. Takdir juga akan menentukan hala tuju kisah ini. Just follow the flow"

All I can says THANK YOU BABE!!!

For anyone who loves to get lost in a good love story, this is the book for you. Bahasa santai seperti perbualan harian kita. Oh pastikan tissue disebelah anda sebab selepas bab 51, you will cry and cry. Sedihnya bila Sal kehilangan Azri. Hati F jadi sakit bila terlalu sedih. I cried too when I finished it, sedih cerita dah habis and the ending just so beautifully written. 

Romance lovers, you need to read this book. Awesome and such a wonderful tale. 

ARC courtesy of Red Scarf Publishing for an honest review
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
December 28, 2018
Sesuatu sangat bila dah dapat habiskan naskhah hebat ni. Dengar2 dah start shooting untuk drama dan next project kisah ini akan bergabung dengan Step Back dalam novel Couple. Semoga dipermudahkan. Amin...

Sebenarnya banyak typo dan banyak kali jumpa jadi annoying plak. Kisahnya memang lain dari yang lain. Harap-harap setting untuk tahun 1998 biarlah real macam dalam drama Reply 1987.
😜😜😜 Disangka memang betul-betul ada time travel tapi bukan sebenarnya. Watak Siti Saleha memang seorang yang degil. Pentingkan diri bila tersedar dari koma dan kadang-kadang teragak-agak dengan perasaan cintanya. Pada masa ni ingatan Siti Saleha hanya ada Azri. Dan pinky promise mereka yang comel tu. Manakala Azri, dah agak dah memang dia sebenarnya (Ray) bila cakap macam bagi hint, cakap berlapik dekat Siti Saleha. Sanggup menunggu kan... Kalau berterus terang pon belum tentu Siti Saleha nak percaya kan. Mana la minah tu nak perasan. Dah la serabut dengan cebisan memori yang bermacam-macam.

Ending untuk Daniel, mmmm... Macam tu je. Tak sangka sebenarnya Daniel ada rahsia yang macam tu. Sakit jiwa dibuatnya. Watak Azri yang nak kata handsome tu tak lah tapi sedap mata memandang. Zaman sekolah jadi budak samseng. Ala-ala bad boy tapi dalam hati ada taman. Aku cuba gambarkan macam aku tengok drama korea, hero yang memang tak handsome tapi karakter dia yang boleh buat aku jadi suka. Boleh tak macam tu? 😉😉😉
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
August 13, 2014
Alhamdulillah..done!

Selesai baca, one thing come across my head is untungnya jadi Siti Saleha.. :)

Review:
Siti Saleha gadis berusia 33 tahun, berkerjaya biasa-biasa sahaja, graduan universiti yang mana tempat yang sama dia belajar bersama dua sahabatnya Lina dan Hanim. Mempunyai tunang yang kacak Daniel seorang model. Tapi ada sesuatu yang sering mengganggu fikiran dia. Kalau lah masa boleh di putarkan kembali, kalaulah mesin masa doreamon benar-benar wujud, dia ingin kembali ke 16 tahun sebelum.

Satu kejadian aneh berlaku membuatkan dia kembali ke tahun 1998, 16 tahun sebelum ini. Dalam keadaan tak percaya,terpinga dan tak tentu hala tu, dia menerima takdir sebagai hadiah untuknya betulkan kembali segala keadaan supaya 16 tahun kemudian segalanya sempurna buat dia.

Tapi keadaan tak sempurna seperti yang di rancang. Yang dirancang lain, yang terjadi lain. Watak yang sepatutnya tak wujud dalam ingatan dia tiba-tiba muncul mengganggu hidup. Azri, si samseng yang misteri, duduk di kelas hujung mula mengganggu segala rencananya. Kucar kacir dibuatnya.

Dalam lucu, ada manisnya, dalam manis ada sedihnya. Kisah yang complete. Penuh perasa buat kita yang membaca tak mampu nak letak bawah selagi tak tamat cerita.

Siti Saleha,

Kalaula mesin masa doraemon itu benar-benar wujud, nak saja dia balik ke 16 tahun yang lepas supaya dapat diubah masa depannya.Dia dah buat full list, kalau betul dia dapat balik ke 16 tahun lepas dia akan ubah perkara-perkara ni. First, tukar course dari sains ke sastera. Dia tak minat sains dan dia tak dapat score langsung waktu SPM subjek-subjek sains. Second, mintak Daniel si tunang ambik course yang boleh jadi kan masa depan mereka cerah macam doktor ke. Jangan jadi model. Tak cerah masa depan mereka. Third, bebaik-baik dengan cikgu Hazam a.k.a future abang iparnya.

Bila peluang tiba, dari usia 33 tahun dia menjadi 17 tahun kembali, dia tak ambik masa lama untuk buat segala yang dia inginkan. Tukar course? Done. Walaupun dia di letakkan di kelas yang hujung sekaliii..tapi dia okay. As long as dia dapat tukar course. Next, mencari Daniel dan suruh dia belajar betul-betul dan jadi doktor.

Tapi keadaan tak seperti di rancang. Azri muncul dan menganggu hidupnya. Yang dihairannya seingatnya selama ni, dia tak pernah kenal seseorang yang bernama Azri. Tapi kenapa Azri muncul dan act seperti musuhnya? Atas satu kejadian, Azri berhutang budi dengan Sal dan terpaksa menerima tawaran Sal untuk menjadi 'guardian angelnya'. Satu pinky promise tercipta.

Dari bermusuh mereka menjadi kawan baik. Hati Sal mula berbolak balik. Dia rasa seperti sukakan Azri tapi kenapa sepanjang ingatannya dia tak pernah kenal dengan seorang yang bernama Azri. Kemana Azri menghilang?

"Kenapa kau nak marah sangat? Salahkah aku jumpa dia?Lagipun dia masa depan aku! dan dia bakal tunang aku!"

Azri Amri,

Bukan baru tahun ini dia jatuh cinta pada Siti Saleha. Cinta dah lama bertapa sejak mereka tingkatan satu. Tapi di pendam rasa cinta kerana merasa malu untuk berterus terang. Maka untuk melahirkan rasa sayangnya, dia melukis, melukis dan melukis. Melukis gambar Siti Saleha dan rakan-rakannya ketika makan ais kacang dibawah pokok gerai mak limah, ketika Siti Saleha tidur, ketika Siti Saleha bersendirian. Setiap tahun, dia utuskan surat cinta tak bernama pada Sal, tapi Sal langsung tak tahu. Sedih rasa hatinya.

Bila Sal masuk ke kelasnya, dia pelik dan curiga. Kenapa si dambaan hati ada dikelasnya. Bukankah sepatutnya dia di kelas sains bersama sang kekasih hatinya Asman? Nak menjadi spykah? Maklumlah kelas mereka bukanlah kelas pandai. Dan kelas mereka memang rata-rata kawan-kawannya dan dia sendiri di gelar samseng sekolah.

Dia mula mencari gaduh dengan Sal, dengan harapan Sal akan nampak dia. Dan nyata taktiknya itu berjaya. Atas satu sebab, mereka mengikat pinky promise bak kata Sal. Dia dilantik menjadi guardian angel Siti Saleha. Melindungi Siti Saleha dari dibuli rakan-rakan kelasnya.

Tapi yang menyakitkan hatinya, penat-penat dia jadi guardian angel Sal, Sal masih mahu memandang lelaki lain. Konon-konon Daniel itu bakal tunangnya dimasa depan. Dia ingat dia tukang tilik yang dapat meramal masa depankah? Cemburu memang sukar di bendung.

Entah kenapa dia dapat rasakan yang Sal jugak seperti sukakan dia. Akhirnya perkelahan sekolah di Air terjun membuatkan dia meluahkan perasaan pada Sal. Dan seperti dijangka, Sal juga sukakan dia. Mereka mengikat janji, ikutkan hatinya dia akan masuk minang Sal 10 tahun lagi which is 2008. Tapi Sal cakap masih muda dan dia minta supaya masuk minang dia 16 tahun lagi. Perjanjian termeterai.

Kita manusia boleh mengikat janji, tapi Tuhan yang lebih berkuasa.

"Baiklah kalau itu terbaik untuk kita berdua. Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas, masa tu aku kembali pada kau"

Daniel,
Ya dia mengaku, dia mengabaikan tunangnya Siti Saleha bertahun lamanya. Tapi kini dia insaf. Dia tahu Sal tak suka dia jadi model, maka dia berjinak-jinak dengan perniagaan. Dia ingin mereka cepat berumah tangga. Dia sudah tak sabar bergelar suami kepada Siti Saleha. Namun dia hairan dengan sikap Sal, semakin lama dia semakin menjauh? Kenapa? Sudah bertemu cinta baru ke? Jika benar, dia tak boleh biarkan. Siti Saleha hanya miliknya!

"Selain hal galeri dan projek awak ni, banyak lagi perkara yang awak lupa kan? Kenapa awak beria-ria nak dapatkan kembali ingatan pasal projek ni? Apa istimewanya? Awak tak nak ingat apa jadi pada keluarga awak masa mak awak sakit? Awak tak nak ingat apa jadi pada anak saudara awak yang hampir lemas dekat pantai masa kita berkelah? Awak tak nak ingat apa terjadi dekat saya masa ayah saya meninggal?"

Saya,
Kisah ini lain dari yang lain. Itu pasti. Kelainan yang dibawa penulis sangat menarik hati. Untuk itu saya salahkan creator doraemon yang memperkenalkan mesin doraemon kepada kita semua. Sebab saya pun pernah terfikir benda yang sama. Hahaha.. kalau la saya tau hidup ini sangat mencabar, sungguh waktu zaman study dulu saya tak main-main. Heheh..tapi siapa kita ni kan? Yang menciptakan kita pastilah lagi berkuasa. Dia tulis takdir kita dengan secantik-cantik takdir. Bak kata penulis, takdir itu indah. Saya tak tau betul wujud tak cerita macam ni di dunia nyata, jika benar maka orang itu paling beruntung. :)

Kisah Saleha, Azri dan daniel menyentuh hati. Kekuatan cinta Azri/Ray tiada tandingannya. Walaupun matanya tak melihat, tapi hatinya masih cerah untuk terus mencintai Saleha.

Dalam lucu, ada sedih, dalam sedih ada gembira. Lengkap perasa. :)

note: Sebabkan buku ni, semalam saya tengok balik result subjek sains saya waktu SPM dolu-dolu, *tepuk dahi* hahahaha
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 31, 2014
31-08-2014:

Walaupun sudah berusia 33 tahun, Siti Saleha (Sal) merasakan dia belum mencapai apa-apa kejayaan dalam hidupnya. Dia hanya berkerjaya biasa-biasa dan masih belum berkahwin walaupun sudah bertunang. Justeru dia mengharapkan yang dia mampu mengubah perjalanan hidupnya daripada awal andai diberi peluang untuk kembali ke masa lalu.

Tanpa disangka, suatu kejadian aneh telah berlaku selepas Sal jatuh dan pengsan. Sedar-sedar dia telah kembali ke tahun 1998. Bagaikan dejavu, Sal berusaha untuk mengubah perjalanan hidupnya. Perkara pertama yang dilakukannya tentulah menukar aliran dengan memasuki kelas sastera. Di situlah Sal mengenali Azri, teman sekelas yang kerap membuat onar daripada awal perpindahannya ke kelas sastera. Kemudian barulah Sal berusaha mencari Daniel dengan bantuan Azri. Fuh. Memang betul-betul mengimbau kenangan betul kisah ni. Banyak kisah warna warni sepanjang zaman persekolahan yang dipaparkan oleh penulis dalam kisah ini. Rasa macam nak kembali ke zaman sekolah semula pun ada. :)

Segala yang berlaku di masa lampau dapat Sal hubungkan kembali dengan memorinya bila dia sedar pada tahun 2014. Cuma yang menjadi kemusykilan, kenapa dia tak pernah ingat langsung kewujudan Azri walaupun mereka pernah ber'pinky promise' supaya Azri meminang Sal selepas 16 tahun?

Kemunculan Ray si pelukis buta yang banyak menyerupai Azri juga turut mengelirukan Sal. Takkan Sal pernah curang pada Daniel sedangkan mereka bakal berkahwin tak lama lagi?

Komen saya:

1. Bagi saya, kisah ini adalah satu eksperimentasi yang berjaya oleh penulis. Daripada pembacaan sinopsis memang kita anggap Sal betul-betul kembali ke masa lampau untuk memperbaiki jalan hidupnya. Tapi sebenarnya dia cuma ditakdirkan dapat kembali memorinya yang hilang selama sebulan 16 tahun yang lalu semasa koma. Kemudian barulah satu demi satu persoalan hidupnya terjawab.

2. Suka teknik flashback yang tidak memeningkan kepala.

3. Tiba-tiba rasa nak punggah kotak, belek gambar-gambar lama masa zaman sekolah dulu. Haha. Betullah, kisah ni banyak mengimbau kenangan zaman sekolah. Backstreet Boys, Siti Nurhaliza, 98 Degrees, SUKOM dan macam-macam lagilah. Kalau nak senaraikan memang sampai esok pun tak habis. :P

4. Saya bukan penggemar kisah yang ada plot amnesia. Tapi kisah ni berjaya ubah persepsi saya. Memang lain daripada kisah bertema tipikal di pasaran. Tahniah buat penulis. Lepas ni saya tunggu kisah Jason dengan Aria pula. :)
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
March 29, 2016
(LOVE IT! Terima kasih Don, cadangkan buku ini.)

Oh, hamba suka buku ini. Sudah lama hamba tidak merasa keterujaan begini apabila membaca sebuah novel kasih sayang. Aku, Dia & Pinky Promise (ADPP) memberi semula rasa minat hamba pada novel begini. Tetapi iyalah, mungkin saja hati kering (kononnya) hamba mulai kebal dengan aksi tembak, tikam dan darah dari buku-buku sebelum ini dan hamba merasa tiba masanya membuang ilmu syirik itu. Haha.

Baiklah, tentang ADPP, sesuatu yang hamba paling suka tentangnya ialah cara penulis memberi ciri istimewa dalam jalinan ceritanya. Mungkin kisah zaman sekolah dan watak bad-boy-nice-guy Azri tidaklah sesuatu yang baru tetapi masih penulis berjaya mencipta satu situasi menarik untuk membuat pembacanya (setidaknya hamba) ingin terus dan terus membelek muka surat.

Tidak terlupa babak-babak manis yang mungkin merbahaya untuk hati yang tidak dikawal-selia secara rapat dengan realiti kehidupan. Ya, hamba janji selepas selesai resensi ini, hamba akan panggil semula realiti itu untuk menjalankan tugas pada hati ini. Hehe.

Naratif orang pertama yang digunakan juga membuat hamba merasa dekat untuk merasionalkan semua tindakan watak utamanya, Siti Saleha dan mengenali dia dari ‘suaranya’ sendiri. Meski ada juga beberapa perkara yang hamba kurang setuju dengan tindakan watak protagonis ini tetapi ya, hamba sedang mendidik diri untuk tidak menganggap semua yang hamba fikir betul untuk diri sendiri sebagai bagus untuk diri orang lain. Jadi, suka hati hanglah, Siti Saleha oi. Hehe.

Tentang Azri dan Mr. Ray, hamba tidak mahu ulas lebih lanjut. Nanti hamba cenderung berharap yang bukan-bukan pula. Haha.

Sebenarnya, tiada yang buruk hendak hamba angkat naik tentang buku ini tetapi ya, bahagian pertama buku ini iaitu cerita zaman sekolah Siti Saleha itu terlalu panjang. Agak meleretlah di situ pada fikiran hamba yang tidak menggemari cerita berkaitan zaman sekolah. Mungkin juga hamba cemburu dengan kenangan persekolahan penuh warna-warni orang lain. Tidak seperti dull, dumb, and damn boring yang hamba miliki. Huhu.

Dan satu perkara lagi, hamba sangat berharap penulis novel sekalian tidak perlulah selalu-selalu membetulkan tindakan watak utamanya dengan mencipta kesalahan kepada watak pembantu. Percayalah dengan watak protagonis anda sendiri dan biarkan dia hidup dengan berani dan penuh tanggungjawab. *wink*

Kerana ADPP, hamba mula berminat hendak membeli Mesej tetapi kenalah tunggu MPH buat diskaun dulu. Hehe.



p.s Selepas membaca dua buku berturut-turut tentang pengembaraan masa (walaupun ADPP tiada kaitan pun sebenarnya) serta lagu Twenty One Pilots yang tersekat pada butang repeat dalam kepala hamba sejak seminggu dua ini, hamba mula berfikir apakah hamba mahu ubah masa lalu. Aduh, sekali berbaris-baris yang muncul sampai tak cukup dikira jari. Hehe. Namun, hamba tamak. Nak ubah masa lalu tapi tak nak hilang apa yang ada sekarang. Macam mana tu? *sigh*
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
February 21, 2020
akak memang tak ingat sangat versi yang asal. cuma seingat akak kisah watak utamanya amnesia dan adalah sedikit here and there. ok, terus baca...

puan penulis cantik Anna Lee dengan kisah cinta kebiasaannya tidak manis bergula. untuk yang ini pun, lori gula elok tak terbalik. cumanya pembaca akan terasa satu perasaan halus dalam jiwa sepanjang pembacaan kisah siti saleha dan azri. bermula dengan impian saleha, kalau dia kembali ke masa lampau dan dia kembali! kembali di zaman persekolahan, kembali menatap kawan-kawan zaman sekolah dan dia tak buang masa terus saja pada impian mahu mengubah sejarah. perkara pertama, menukar aliran dari sains kepada sastera.

dan di sini dia bertemu azri. ada sesuatu yang pelik sebab seingat saleha, azri tidak pernah ada dalam sejarah lampaunya. mula bercakaran, bertengkar tapi kemudian berbaik, dan seterusnya... bercinta. cinta monyet? pembaca boleh menilai sendiri. banyak kisah menarik yang buat pembaca akan rindu zaman persekolahan...

sesuatu berlaku dan dia kembali semula masa kini. tapi, kini yang mana satu? rupanya makin banyak seliratan yang saleha temui. tak adillah kalau akak nak kupas semua. cuma satu yang sangat saleha sedih, rupanya azri juga kemalangan sama waktu dengan dia waktu sekolah dulu. dan paling menyayat hati, azri dikhabarkan sudah meninggal dunia. pilu hati saleha. memori azri muncul kembali tapi dia kehilangan jejaka itu.

cerita berkembang dengan cantik. satu demi satu simpulan terbuka. kisah tunangnya daniel, kisah kerjaya saleha, kisah ray yang buta, kisah sakit yang dialami oleh saleha. sebuah novel yang sebenarnya banyak membawa pembaca berfikir tentang baik buruk kehidupan. pembalasan, setia kawan, kegembiraan, kekecewaan... puan penulis, akak memang membayangkan satu kekecewaan dan kesedihan di penghujung kisah. realitinya, ada saja kisah duka penghujung cerita, kan?

sabar dan setia, adakah itu sifat cinta sejati?

takdir yang mengetuk pintu kehidupan manusia tidak akan pernah sama. bersyukurlah dengan sebesar-besarnya kerana diberi peluang untuk menikmati kehidupan atas dunia ini. tunduk bila dipuji, redha bila diuji kerana kita sangat beruntung sebenarnya...

andai anda mampu kembali masa lampau, apa yang anda mahu lakukan?
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
December 19, 2014
Siti Saleha yang sering terasa dalam hidup dia, ada sesuatu yang kurang. Rasa menyintai seseorang yang dia tak kenal. Rasa rindu yang kuat tapi dia tak pasti untuk siapa.

Seringkali Siti Saleha ingin kembali ke zaman silam untuk mengubah kisah perjalanan hidup dia. Dan takdir membawa dia kembali ke zaman persekolahan. (tak boleh cerita mcm mana nanti spoil lak :D )

Dan dari benci pada seseorang, rasa cinta mula bertapak. Azri yang sentiasa ada di sisi Siti Saleha. Azri yg menjadi "guardian angel" Siti Saleha. Azri yang berjanji akan sentiasa ada untuk Siti Saleha. Namun Siti Saleha tahu dia tak pernah bertemu lagi dengan Azri di masa hadapan. Otaknya gagal untuk mengingati Azri dalam kehidupan dewasanya. Benarkah jodoh mereka ada? Atau Azri sekadar imaginasi Siti Saleha.

Kembali ke zaman sekarang... Siti Saleha yakin Azri masih ada. Walau bukti menunjukkan sebaliknya. Rasa sentiasa hampir dengan Azri... namun Siti Saleha yakin Daniel adalah jodohnya. Semakin hampir dengan hari bahagia mereka... Makin hati Siti Saleha merasakan Ray adalah impian hidupnya. Dan bukan Daniel.

Tapi bukankah cinta Siti Saleha hanya milik Azri.. dari dulu, kini dan akan selamanya.... Dan takdir Allah adalah yang terindah buat Siti Saleha.

Bravo Jue! Kerana yakin ADDPP sebuah karya yang baik dan terus mempertahankannya. Mmg setuju 100%. Jalan cerita terbaik... misteri itu yang mewujudkan rasa teruja utk terus membaca. Dan detail cerita sgt perfect..

Akak bagi 5 bintang.. Muahhhh~



Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
June 26, 2023
Serious best teruk! Cumanya aku agak kecewa dengan ending dia. Happy ending tapi entah, tak berminat sangat dengan ending gitu, rasa macam aku tetibe blur. But still novel ni melekat kat hati aku. Arghhh. Bestnya!

Mula-mula macam risau juga sebab aku dah terbayang-bayang muka pelakon adaptasi novel ni 🥲🥲 Tapi dah baca baca baca tu, weh enjoy siot. Terbayang pun lantakkan aje. Haha.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
December 9, 2023
Best…lain daripada lain ceritanya…x sangka sampai dua kali kena amnesia…happy ending….sal jadi keliru antara mimpi atau realiti….
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
May 21, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. Pm je...

SETUJU.... untuk kau dan aku yang dah lelah membaca kisah nikah-paksa-kahwin-rela, naskah ini alternatif paling tepat. Fresh n Captivating.

Maaf, kalau aku tersilap. Ini karya ke-7 penulis yang dah boleh dikategorikan sebagai senior (biarpun ini karya pertamanya yang masuk dalam dunia pembacaan aku). Dan... x perlu dipersoalkan hal-hal teknikal untuk naskah bercetak, almost PERFECT! Cuma, terrrperasan; penggunaan font untuk naskah2 Fajar Pakeer agak 'merunyut'. Untuk meminimakan kos gamaknya....

Berkisahkan pencarian Siti Saleha; yang mengalami 2 kali amnesia dalam 33 tahun hidupnya.
- Amnesia Anterograde; kehilangan memori jangka pendek, ingatan yang paling terakhir sebelum kejadian (memori 1 tahun)
- Amnesia Retograde; kehilangan memori jangka panjang.

Pada usia 17 tahun; 9 bulan sebelum SPM, dia kemalangan. Koma untuk beberapa ketika. Dia hilang 2 bulan memori. Semasa dia bertukar kelas daripada aliran sains kepada sastera. Dalam tempoh 2 bulan tersebut, Siti Saleha berkasih-sayang secara sembunyi dengan Azri, anak Mak Limah tauke gerai ABC. Azri dikhabarkan meninggal dek kemalangan pada hari yang sama.

Ketika usia 33 tahun; Siti Saleha hilang setahun memorinya. Ketika dia masih bertunangan dengan Daniel, mula mengikuti kursus jangka pendek untuk ID hinggalah berjaya menjawat jawatan Penolong Pengurus di tempat kerja barunya. Juga ketika dia mula curang bila bercinta dengan Ray; si pelukis buta.

Cebisan memori 2 bulan semasa di usia 17 tahun 'hadir' ketika dia sedang koma di usia 33 tahun. Ketika ini Siti Zaleha 'ditemukan' dengan Azri; si cinta hati. Mengetahui Azri telah meninggal dunia meremukkan jiwa Siti Saleha hingga dia bertekad mencari pusara si kekasih.

Selepas sedar daripada koma, Siti Saleha meragui dirinya sendiri. Dia sedar, dia pernah menyatakan niat untuk memutuskan pertunangan dengan Daniel walhal tarikh nikahnya sudah semakin hampir. Cebisan2 memori 1 tahun mula mendatanginya melalui mimpi. Siti Saleha sedar yang dia telah menduakan Daniel kerana bercinta dengan Ray. Cuma, dia perlu tahu sebab musabab tentang niatnya meninggalkan Daniel.

Sudahnya, Siti Saleha nekad untuk meninggalkan Daniel dan Ray kerana kasihnya hanya untuk Azri. Penamatnya? Oh, there is a twist at the end... pen-twist-an yang tidak dijangka... :)

Kisah ini berkait rapat antara 2 kejadian amnesia tersebut. Hubungan antara Siti Saleha-Azri-Daniel-Ray dirungkai satu persatu. To be precise, ini adalah plot untuk mengaburkan teknik imbasan kembali yang digunakan. So, jangan bermimpi untuk sesuka hati berlompat kijang untuk naskah ini!

(for me)....

Plot 17 tahun;
Huh, ditarik ketika zaman persekolahan dahulu. Persepsi umum berkaitan pelajar aliran sains dan sastera memang tidak dapat diubah sejak azali dan itulah kenyataannya. Pelajar sains - si cerdik pandai + nerd. Pelajar sastera - pelajar kelas kedua yang masuk dalam kategori Samseng Kg. Dusun! TAPI... si budak sastera inilah yang 'menggerakkan' sekolah, segala aktiviti korikulum atau ko-korikulum semua disapu bersih! Merekalah si hero mereka jugalah si pendajal... ;)

Cuma... agak malu dan segan dengan scene cintan-cintun Siti Saleha n Azri. Ouchh.. nama pun cinta bebudak sekolah, jangan dimimpi bulan dan bintang. Yang ada hanya semangkuk ABC... oh oh nampak betapa 'old school'nya aku?

Plot 33 tahun;
Pandai betul penulis memberi harapan seolah-olah si Ray celik matanya. Boleh berangan yang Ray sudah boleh melihat atau some miracle had happen. Pura-pura buta semata-mata untuk menguji si kekasih. Well, angan2 ku musnah akhirnya!

Cuma... scene Siti Saleha melamar Ray di Paris di dewan taklimat is toooo fairy tales. Ntah la... bila dah terlebih sukatan gula, dah ke laut logiknya.

Sebab musabab Siti Saleha meninggalkan Daniel juga agak tidak masuk di kepalaku... maaf.

*******

Anyway, kau bacalah sendiri naskah ini. Bak kata reviewer2 lain, kau akan jumpa sesuatu yang berbeza...
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
February 18, 2020
Novel baca 2014 dah best. Jadi, drama dua kali best. Tahniah team drama ADDPP berjaya hidupkan naskah ini dengan baik. Tahniah Anna Lee dan Prolog Media.

Untung beli versi terbitan semua sebab ada sekali Step back. Baca balik sama-sama dengan drama. Azri dan Sal seolah-olah ditulis untuk Syafie dan Sweet.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
August 6, 2014
Tamat pembacaan pada 3.20 pagi. Unik. Serius bila dah baca susah nak letak. Teringat zaman sekolah bila baca novel ni..penuh pancaroba dan onak duri cerita cinta siti saleha dan azri. Suka dengan watak azri
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
April 19, 2015
Auwww! Novel ni so comel dan lain dari yang lain!Suka!!!

Kalau boleh putarkan masa ke zaman sekolah, mmg aku nak tukar aliran sastera tu ke aliran sains. Nak belajar rajin2 n janji tak nakal2  n nak selalu score highest marks kat sekolah! Tapi tulah susah nak jumpa doraemon.

Bila baca sinopsis belakang novel ni mesti korang ingat macam cite kartun kan sbb bole pegi ke zaman masa sekolah padahal dah 33tahun si Saleha ni. Tak sangka penulis pandai main twist2 cerita n throwback yang cun senang nak paham.

Utk Azri - I suka dia. Masa sekolah pun I suka dia sbb dia comel konon2 tunjuk tak caring kat Saleha padahal caring nak mati. Sikit2 tanye Saleha dah makan ke belum. Konon gangsterlah sangat. Padahal dalam hati ado kebun bunga. Haha. Azri ni sweet!!! Tak sangka u Ray!

Utk Siti Saleha - I rasa kesian sangat dgn dia. Sbb dah dua kali dia Amnesia kan. Lepastu terpisah dgn Azri. Bila jumpa balik si Azri, tak sangka Azri jadi mcm tu. N lagi kesian bile Saleha eksiden, Azri pun eksiden. Sedihhhhh.

Sbb jodoh korang panjang n penulis baik hati nak kasi korang together gether, akhirnya korang bersamaaaaaa! Yeaahhh! Tepuk tangan!
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
January 30, 2020
LOVE SANGAT! Tak tau nak gambarkan dengan kata2 macamana. Kali pertama sebenarnya membaca naskhah anne lee. Beli novel ni masa kat pbakl last year. Kak lynn yg recommend novel ni masa jumpa kat booth poreng kertas. Mommy beli lepas tu simpan buat pekasam. Sampailah drama adaptasi tayang kat tv. So mommy decide nak baca. And mommy tak sangka mommy in love dengan storyline ADPP. Tq to kak lynn. Muaahhhh.
Tahniah to anne lee. Mommy rasa eksperimen dia betul2 berjaya nak buat pembaca percaya yang saleha merentas masa lepas baling syiling dalam perigi kat melaka. Brilliant idea!
And mommy dah lama kot tak baca kisah cinta budak sekolah mcm ni. Serius tak boring langsung. Budak kelas sains, budak kelas hujung, surat cinta, abc, BSB, ct nurhaliza. Back to 1998! 1998 - Time tu mommy form 3 kot. Fuh! 🤭
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
February 7, 2020
aku rasa macam tertipu juga dengan penulis sebab ingatkan Saleha memang betul time travel rupa-rupanya hurmm bacalah sendiri. masuk bahagian dua kisah Azri dan Saleha dah jadi makin sedih, masing-masing ada alasan sendiri yg menyebabkan cinta mereka tergantung sepi. pendek cakap kalau dah jodoh tu tak ke mana walaupun ada saja halangan dan rintangan buat mereka.

selain kisah zaman sekolah yg best my favourite part juga ialah time Saleha melamar Azri. awww sweetnya~
https://tiaarasapphire.blogspot.com/2...
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
July 13, 2014
mangai ohsem seyh.. mmg berbaloi bangun pagi2 weekend drive gie opis FP tuk beli. hahahahaha... terasa cam nak sambungan laie jer... sangat romantik dan sangat sangat sangat sangat manis. x sangka ada org yg blh amnesia sampai camtu skali. kawan2 dan family mmg nampak sangat penting dlm membantu membetulkan keadaan. pasni, every secret must be kept at someplace for backup. yerla. kalu tahap ilang ingatan macam si Siti Saleha nie.. mmg sedihla org sekeliling. uhuhuhuhu.. tp ciannyer Azri.. uwaaaaa.. nanges nanges nanges... sangat setia dan mmg painful koyt jd dia. watching the one that u lurve the most make a silly mistakes and wrong options like that.

anyhow, this is really great!! u gals should give AD&PP a try!! happy reading!
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
March 26, 2020
I luve luve luve so much 200% hahahahahah
seriously highly recommend ♡♡♡♡♡

♡luve azri .. kapten hoki pasukan sekolah , , pandai melukis , ketua samseng sekolah tp caring habis dgn perempuan yg dicintainya Saleha aduhaiii so sweet punyala berjanji smpi 16tahun dapat juga bersama .♥♥♥♥♥ so much .

p/s lps ni akan repeat reading heheehe
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 16, 2014
Kelainan! Itu yg aku cari utk meraikan novel yg ke-50 aku!(erk!? Novel yg ke-50 pon nk raikan?)

Aku berhrp novel yg ke-50 aku hok aku nk beli mempunyai kelainan drp novel aku yg lain. Dan ya! Novel Aku, Dia & Pinky Promise ialah novel yg ke-50 aku...

Apa yg aku hrpkan termakbul... Dan apa yg mengejutkan aku, novel ni memang lain drp yg lain! For first time in my life, aku beli/baca novel lastly hero tu...hero tu...(beli & baca sendiri ;-) )

Bhgian 1 -- I like it! I love it!
Bhgian 2 -- Benci! Benci! Benci! Sampai hati penulis buat aku mcm ni!(ayat mengada-ngada :-D )...serious! Aku sampai tak boleh nk teruskan bacaan aku sbb aku terlampau sebak(over sungguh aku ni)...aku tahan air mata aku...lepas tu aku berhenti baca...aku masuk dapur, nk pergi mkn burger daging special yg mak aku beli...burger dah melambai-lambai depan mata...tp...aku lansung tak de selera nk mkn burger tu...sbb apa? Sbb kepala otak aku asyik terfikir 'betul ke Azri dah mati? Siapa lelaki misteri yg lawat Sal tu? Azri ke tu?'...last, aku mkn ckit jer burger tu, aku suruh kakak aku jer mkn...lepas tu aku masuk bilik...aku teragak-agak nk sambung x bacaan aku...kalau sambung takut sebak...kalau x sambung rasa curious...last-last aku buat decision sambung jer lah...baru lima minit baca, aku naik sebak doh...aku pon berhenti...aku pasang lagu korean yg rancak2 utk menaikkan semula semangat aku(erk!?)...lepas aku rasa dah OK...tak KO mcm tadi...aku sambung baca semula...aku dah start happy dah sbb watak Mr. Ray dah muncul! Kenapa aku happy sgt dgn watak dia? Sbb aku rasa dia tu Azri! Kalau betul Mr. Ray ialah Azri...maknanya Azri tak mati! Tp...aku kecewa/sedih rupa-rupanya Azri dah jd ****...sob sob...
Bhgian 3 -- rasa curious aku bertambah...part plg aku suka, bila Sal lamar Azri! That's my favourite part!

P/s : don't just a book by its cover...byk sangkaan aku meleset tentang novel ni...sebelum aku beli, aku ingatkan ni novel fantasi...lepas tu, aku ingat novel ni kisah happy go lucky sbb tajuk ia mcm sweet jer...dan aku suka cover ia...comel! Congrats to you Anna Lee! I love this novel very much!!!
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
September 5, 2014
selesai sudah. cerita yg menarik. suka dgn jln ceritanya. Buatkan saya teringat masa sekokah. Ada bab yg sama saya lalui huhu.
Penggembaraan Siti Saleha kembali ke tahun 1998 tu yang buat saya terhibur. Konon nak ubah masa hadapan tunangnya Daniel. Alih-alih terjumpa Azri Amri dan geng samseng kampung dusun. Haru biru cerita Siti Saleha ni.
Yang jadi tanda persoalan. Siapa Azri. Sebab masa hadapan Siti Saleha tiada Azri.
Siapa sebenarnya Azri Amri pada Siti Saleha ni. Jom kita baca kisah mereka.
Tahniah buat penulis untuk buku terbarunya. Dan terima kasih sebab buat cerita ni dan ceritanya buat saya rasa menggembara bersama Siti Saleha. Dan cerita ni juga ada bab yang penulis tulis buat saya kembali menggembara kisah saya masa sekolah dulu.
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
February 13, 2020
What a steal. Was thinking of getting this book and also other books from the author, but luckily I found this book at a book sale! Grabbed it for rm10!!!!

I absolutely love this book and i love the author! To me, her books are unique. If I were to put her in a category, i would have put her in the same category as another beloved author of me, nurul syahida...

I pray that she will come out with more books in the future...
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
August 4, 2023
4.5/5 ⭐️

"Aku cuba"
"Aku tunggu"

Jika diberi peluang untuk mengubah masa lalu, untuk membetulkan kesilapan, mestilah kita nak kan? tapi keajaiban itu takkan terjadi di dunia realiti, hanya dalam novel 😔 dan itu yang terjadi kepada Siti Saleha.

Siti Saleha, pada usia 33 tahun, dia rasakan hidup dia kosong dan mempunyai tunang yang seperti biawak hidup senang lenang atas susah payah dia mencari duit, Daniel. banyak yang mahu Sal ubah jika diberi peluang, siap ada senarai lagi! 10 (11) perkara yang utama.

tiba-tiba, dia bangun pagi dia ada pada tahun 1998 (16 tahun lepas), tahun di mana Sal mengambil SPM. perkara pertama, Sal nak tukar aliran dari sains ke sastera. alasan? sebab pada usia 33 tahun, tak ada kena mengena pun pekerjaannya dengan aliran sains.

disitulah semuanya bermula! berkenalan dengan Azri (si samseng sekolah). pada mulanya mereka bagai anjing dengan kucing, ada je topik nak bertekak. lama lama, lah. tiba-tiba si Azri jadi guardian angel 🤭 gaduh-gaduh lepastu sayang-sayang. sumpah comel!

bahagian 1, banyak sweet scene, banyak membawa kenangan semasa sekolah. bila masuk bahagian 2 buku ni, otak macam kejung jap. tiba-tiba ada Mr Ray, tiba-tiba Daniel lain. sampai tak menyempat nak tabbing sebab terlalu focuskan plot. bila dah baca beberapa buku kakjue yang lain, saya dah dapat nampak signature beliau bagaimana, jadi dapat agaklah apa jadi hehe

dannnn, happy sikit sebab jumpa Aria dan Jason 🫶🏼
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
July 19, 2019
[BOOK 125]

Aku, Dia dan Pinky Promise by Anna Lee.
.

Love terokss ngan buku ni.
.

Yang ini pun sesi re-reading jugak. But still, perasaan teruja tu masih sama. Aku baca dari cover to cover kot. Masih jatuh cinta dengan watak Azri. Haha. Dulu-dulu, aku tak terbayang sesiapa pun sebagai Azri ni. Tapi sekarang aku nampak watak Shafie Naswip tu. Hahaha. (Bila entah dramanya nak ditayangkan? Sis dah siap khatam 2 kali dah ni)
.

Aku rasa, dalam banyak-banyak buku AL, ADDPP ni masih nombor 1 kot.
.

Dulu, lepas baca buku ni, aku paksa adik-adik aku baca jugak. Hahaa...lepas tu, kitorang siap buat discussion. Apa sebenarnya jadi ngan Saleha? Memang betul ke dia time travel? Ataupun sekadar dapat semula ingatannya yang hilang?
.

Aku suka percintaan Azri dan Saleha masa dorang sekolah. Okay, jujurnya, aku tak minat sangat baca cinta-cintun remaja ni. Rasa macam tak matang. Tapi buku AL memang exceptional. Aku boleh suka moment dorang masa sekolah. Rasa macam real sangat.
.

Dan akhir sekali, aku suka Azri. Walaupun dia ni samseng sekolah, dialah jugak Guardian Angel Saleha.
.

p/s 1: haritu masa AL duk repost IG gambar-gambar lelaki dalam drama ADDPP ni, aku macam blur. Kenapa ramai sangat watak lelaki muda-muda dan handsome ni? Bila baca balik buku ni, memang ramai sebenarnya watak lelaki dalam hidup Saleha ni. Tapi Azri jugaklah heronya.
.

P/s 2: buku ni dah diterbitkan semula versi extended version under Prolog Media.
.

HIGHLY RECOMMENDED
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #74 - 2014

Wau wau wau! Loving this book dari kulit ke kulit. I think i've mentioned this before; i dont like cerita cinta di alam persekolahan BUT this one is an exception sebab ada sebabnya kenapa ia mesti diceritakan.

Amnesia. Cerita mengenai siti saleha (klasik nama dia but I liked it more sebab lebih suweet daripada nama-nama yang moden yang berbelit-belit) dan something like cerita "back to
The future" but in this case, back to the past. So part cerita "back to the past" ni yang seronok sikit sebab siti saleha got the chance to "alter" her future dengan menukar apa-apa yg berlaku in the past tu.

The twist. Omaigerrrddd!! I did not see it
Coming. Payah sikit nak teka but
After the last few pages (you see?? Writer sungguh bijak keeping the readers curious sampai ke pengakhiran cerita) baru lah kita boleh teka. Well written! Tak menyesal langsong dibeli buku ni. I need to search for her other
Books but susaaaaahhh sangat nak jumpa buku keluaran yang lama-lama ni especially di brunei!
Profile Image for Jeijue.
5 reviews1 follower
August 1, 2014
Story yg sgt lain dr novel biasa...cerita cinta yg sgt luar biasa...dan penulis berjaya membawa pembaca ke sisi yg lain...tak sempurna mcm mana sekalipun...dugaan yg dtg byk kali mcm mana sekalipun....harus percaya pada Janji Allah....& Must Read!!!
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
March 29, 2020
Buku ketiga untuk cuti PKP covid19 ni.

Kalau dah kata novel Puan Anna Lee, memang akan ambil masa yang singkat je nak habiskan macam selalu2😄

Anna Lee dan tema urban fantasi ala2 boleh balik ke masa lampau tu memang dah tak boleh dipisahkan, boleh masuk dengan jiwa walau kadang2 mungkin tak boleh diterima logik..

Boleh ke kembali ke masa lampau sebab nak ubah masa depan? Haha, how I wish boleh jadi macam Siti Saleha jugak. 😁😁😁

Tapi, ada satu video dari ML studio yang aku pernah tengok, sorang brader ni kongsi pasal rentas masa ni, dia cakap kita boleh balik ke masa lampau, tapi tak boleh nak pergi ke masa depan... Ataupun terbalik?? Lupa dah, tapi yang pasti salah satu daripadanya laa. Ikut teori fizik katanya.

Dah lama beli buku ni, baru ada kelapangan masa nak baca.

Tahniah untuk Puan Anna Lee, buku ni dah diadaptasi jadi drama dah pun.

Lepas baca, baru rasa teruja nak layan drama ni. Nasib baik ada orang upload dekat YouTube.. Suka sangat tengok Sweet dan Syafie bawak watak ni.. Sesuaiiiii sgt. Haha
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
May 24, 2016
Akhirnya, habis jugak baca ADDPP.
Sis AL, macam mana sis dapat idea nak buat cerita yang lain daripada yang lain ni?

Ok, proceed je review.
Suka dengan ADDPP yang banyak gunakan teknik flashback. Boleh faham apa yang nak disampaikan. Ayat-ayat yang digunakan santai dan tak berbunga-bunga. Mula-mula baca di bahagian 1, banyak berlaku kisah di sekolah antara Sal dengan Azri, memang jujur, saya katakan, saya fikirkan sekolah menengah rendah saya walaupun sekolah perempuan sahaja. Memang akan ada perbezaan antara budak sains dengan budak sastera. Kelas budak sastera biasanya kelas hujung dan budak sains kelas depan. Tapi, memandangkan kisah cinta Sal & Azri, antara lelaki & perempuan, saya mengimbau pula suasananya seperti zaman sekolah menengah atas. Budak lelaki yang nakal, suka ponteng kelas, kacau budak perempuan, etc.

Kisah budak sekolah, zaman 90-an saya boleh terima lagi, diorang pegang-pegang seolah-olah perkara tu biasa. Tapi, bila masa dewasa, walaupun dengan Ray yang buta, saya memang tak boleh terima, masanya, waktu sekarang, Sal tetap boleh pegang-pegang macam perkara tu perkara biasa. Sepanjang saya baca Sal yang sudah dewasa, saya ingatkan yang Sal ni bertudung, rupanya tak. Mungkin sebab tu, pegang-pegang Ray, jadi biasa pada Sal. Inilah sebab saya kurangkan 1 bintang.

m/s 491, ...menyelit rambut di belakang telinga. [Sal yang dah dewasa]

Kisah Ray=Azri dilamar Sal ketika di Paris. Maaf, memang saya tak boleh terima. Tapi, disebabkan ini fiksyen, ok, ikut je rentak cerita. Tentang masalah Daniel yang menyebabkan Sal tak boleh terima tu...saya kira ada je wanita yang akan terima lelaki sebegitu kalau betul lelaki tu dah berubah, kan? Tapi, nak dibuatkan cerita, hero mestilah dengan heroin, jadi Daniel perlu diketepikan dengan cara sedemikian.

Yang baiknya... :)
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
January 9, 2015
Siti Saleha & Azri a.k.a Ray

Terimbau kenangan semasa di zaman sekolah bila baca novel ni.. sungguh aku rindu zaman tu, walaupun dah tinggalkan alam tersebut 20 tahun yang lalu.. errrkk tua dah! huuuu

Terbayang Azri dengan baju kemeja putih dan suar hijau tua. Sal dengan baju kurung putih dan kain biru muda..
Dengan nakal si Azri tu.. Memang pe'el budak-budak lelaki sekolah menengah! Sangat suka usik-usik budak pompuan.

Rupanya si Azri ni dah lama suka kat Sal.. Sejak Tingkatan 1!
Dan sebenarnya Sal juga, tanpa dia sedar, suka ngan Azri.

Azri: "Aku nak kau."
"10 tahun dari sekarang, aku akan pinang kau."


Setelah berbelas tahun dan jodoh antara mereka kuat dan juga pelbagai dugaan yang dilalui, bersatu jua akhirnya.. ngeee

Sal: "I love you so much."

Azri: I love you more.
Displaying 1 - 30 of 116 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.