Jump to ratings and reviews
Rate this book

Diam-diam Suka Kamu

Rate this book
“Hai Izul! Lama tak nampak?”

Izul menampar pipinya.“Abu–Abuyen? Kau boleh cakap bahasa aku?”

“Aku kan kucing Malaysia? Mestilah cakap bahasa Melayu.”

*

Sekian lama terpisah, Izul akhirnya bertemu semula dengan Anis; seorang pemilik kedai haiwan peliharaan, yang juga rakan baiknya semasa sekolah. Diam-diam Izul suka kepada Anis. Namun dia tak berani. Macam mana kalau dia tak suka aku?

Suatu hari, Izul ditimpa kemalangan! Dia sangka tiada yang serius, tapi ada kejadian pelik berlaku. Tiba-tiba dia boleh faham bahasa Abuyen, kucing kesayangan Anis! Si Abuyen pula suka cari gaduh kerana tak tahan dengan Izul yang pengecut.

'Kau nak ajar aku, Abuyen?'

“Kau penakut nak mengurat orang. Sebab tu dah tua bangka pun single.”

Ketika Izul masih keliru dengan kejadian itu, mereka menerima satu ugutan misteri yang mahu Anis menutup kedai. Tambah merisaukan, Badrol yang bermulut manis muncul sebagai hero Anis.

Dalam saat getir ini, mampukah Izul dengan bantuan Abuyen menyelesaikan misteri tersebut,sekali gus memenangi hati Anis sebelum Badrol? Bagaimana pula kisah Izul dan Anis, bergunakah nasihat-nasihat cinta Abuyen untuk mereka?

360 pages, Paperback

Published January 29, 2025

18 people are currently reading
112 people want to read

About the author

Aidil Ghazali

4 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
77 (47%)
4 stars
62 (38%)
3 stars
21 (12%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews322 followers
October 2, 2025
Kekadang tu, kita tak perlu pun kisah yang grand atau konflik yang dramatik untuk hook pada sebuah novel. Diam Diam Suka Kamu adalah bukti yang mana sebuah cerita yang santai, penuh humor dan mencuit hati juga mampu menyentuh hati kalau penulisannya tulus dan segar.

Aidil Ghazali kalini berjaya menghidupkan dunia kecil di Muar dengan gaya penulisan yang chill tapi tajam. Izul dan kucing oyennya yang berlagak - Abuyen, menjadi penyiasat tak rasmi & membawa kita menyelusuri misteri ugutan terhadap kedai haiwan milik Anis. Selain gelak tawa, novel ini ada banyak momen - momen yang buat aku tersenyum dan tersentuh.

Apa yang menjadikan novel ini stand-out dalam genre Slice of Life local bagi aku adalah keberanian Aidil untuk bermain dengan elemen fantasi ringan - kucing yang boleh bercakap - tanpa mengorbankan realisme emosi. Hubungan Izul dan Abuyen bukan sahaja hilarous, tapi juga menyentuh tema kesunyian, friendship, dan keinginan untuk menjadi someone yang berguna dalam hidup orang lain. Dialog Abuyen sinis tapi penuh kasih sayang, menjadikan ia comic relief dalam novel ni, dalam masa yang sama menjadi cermin kepada Izul - seorang remaja purba yang baru hendak belajar membaca peta dunia.

I gotta say this novel is quite brilliant sebab menyelitkan isu sosial like pengurusan shelter haiwan, penjagaan kucing kelainan upaya, dan masalah breeder tidak berlesen - something new to me, making it more meaningful, relevant and relatable (sebab aku sendiri adalah cat lover, kot).

Aku mula kenal penulisan Aidil Ghazali since Biar Sembuh Luka Semalam, kemudiannya Pada Pahitnya Secawan Kopi - ini satu percubaan yang baik, penulisan dia lengkap, sarat dengan emosi tetapi terlalu al-dante, menjadikan ia agak overwhelmed. (Jangan Kacau Aku Boleh Tak still ada kat rak lagi.) Novel ni pula - simple, sincere but suffice. Elemen cinta antara Izul dan Anis tak banyak, tapi ia solidify fokus cerita ini kepada friendship dan misi penyiasatan dorang. Ini adalah pilihan naratif yang berjaya, tak clishe dan memberi ruang kepada perkembangan watak yang lebih organic.

I think novel ni sesuai untuk golongan remaja. Lite, fun, dan cuteness overload - tak dibuat-buat or dipaksakan. Cat lovers and those yang perlukan peace daripada dunia yang serabut (like me) - this is for you.

4 / 5 stars
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
March 23, 2025
F rasa cam baca buku kanak². Best pulak layan. Rasa kita muda remaja.

Kisah Izul dan Oyen tu F suka. Dialog² antara mereka memang buat kita ketawa. Best lak kalau betul² kucing boleh bercakap 😁

Kisah ni ada suspen... ada investigation... si Izul dan Oyen la jadi P.I tak bertauliah nak tolong Anis yang asyik dapat ugutan untuk tutup kedai

Nak dekat ending Izul terhantuk balik.. F rasa sedih pulak tak dapat dengar Oyen bercakap.

F rasa buku ni sesuai jugak untuk bacaan umum tak kira age
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
March 9, 2025
Hello novel ni best gile. Thanks to Lisa unbocing2 yg recommend novel ni. Arrrgh baru hbs baca. Best weh. Lawak ada, suspen pun ada. Cukup lengkap. Tahniah utk iman ya sbb terbitkan novel yg comel ni. Penulisan Aidil pun mcm ada improvement sikit. Bagus 👍🏻. Abuyen yg comel ada mummy yg cantik dan daddy yg haih la yg tu pun hmmm oklah. Bahlul aka Badrol mmg manusia yg tak boleh dimaafkan. Padan muka dia. Bagus novel ni mengetangahkan isu breader kucing yg tidak berlesan.
Profile Image for Diniy Qistina.
139 reviews5 followers
February 17, 2025
Buku ni lucu, lawak dan terhibur ya lagi-lagi dengan Abuyen, si kucing oren yang gemuk dan berlagak. 🤣

Izul yang telah berpindah ke Muar semula selepas 16 tahun. Dia berjumpa semula dengan kawan baik lamanya, Anis yang memiliki sebuah pet shop dan shelter untuk stray cats dan KKU (Kucing Kelainan Upaya). Disebabkan nak sentiasa dekat dengan Anis, Izul sanggup jadi sukarelawan di kedai Anis setiap hari selepas selesai kerja dia.

Tiba-tiba suatu hari, ada sesuatu yang berlaku pada Izul yang menyebabkan dia boleh faham dan bercakap dengan Abuyen.
Abuyen ni dia punya berlagak dan 'sembang' tu sungguhlah menghiburkan. Belum lagi dengan idea-idea 'bernas' dia tu. Ada ke patut dia ajar Izul cara mengurat manusia (Anis) sama macam cara dia mengurat kucing betina. 😭✋🏼
Dengan betapa berlagaknya dia flex kat Izul masa umur dia belum setahun lagi tapi anaknya dah ada sebelas ekor. Izul pulak umur dah 25 tahun tapi masih single lagi. 😭🤲🏻

"Umur dah tua bangka pun single lagi boleh kongsikan sikit apa perasaan jadi lelaki tak laku?" - Abuyen

"Kau? Seorang awek pun tak pernah ada. Nak dapatkan Anis pun minta
nyawa. Huh, lemah!" - Abuyen

Buku ni tak berapa ada sangat romance antara Izul dengan Anis sebab ia lebih fokuskan kisah 'persahabatan' antara Izul dengan Abuyen. Buat pencinta kucing dan komedi, this book is for you. Very recommended. Cerita dia pun ringan je. Konflik pun mengenai misi spy Izul dan Abuyen. 😆
Profile Image for lysareading.
307 reviews42 followers
March 20, 2025
Personal rate: 3.5

Kalau nak buku yang menghiburkan dengan gelagat si kucing oyen & manusia, then it serves the purpose untuk pembaca yang mudah terhibur (read: me)
Profile Image for Aira Zira.
95 reviews2 followers
October 10, 2025
Rate : 4/5⭐️

Siapa suka Garfield mesti suka Abuyen. Kucing boleh bercakap. Takkanlah kan? Tapi Izul je yg faham cakap si Abuyen ni. Mulalah drama dan sengketa dua makhluk ni. Minta tips mengurat, lain macam Abuyen ni bagi. Geli hati betul. Disuruh bagi tikus🤣. Tips ngurat kucing bolehlah.

Cerita ni antara yg saya suka dari penulis. Mungkin sebab bermain dgn kucing2 yg comel. Kenal juga serba sedikit pasal kucing. Izul dan Anis ni kawan lama yg terjumpa semula. Kebetulan Anis ada kedai kucing dan Izul dgn senang hati jadi sukarelawan di situ. Walaupun pertemuan pertama Izul dgn Abuyen tu mengerikan. Haha

Santai2 layan keletah mereka, ada juga konflik yg melanda. Ada org dengki nakkan kedai Anis tu ditutup. Macam2 perbuatan khianat terjadi. Kesian Anis sampai rasa tak semangat tapi pada masa yg sama risaukan anak2 bulus yg dia jaga. Tu yg Abuyen dgn Izul sepakat nak siasat dan bantu Anis.

Dalangnya tak susah nak teka. Tapi cukup menaikkan darah. Cerita memang sgt comel dan manis. Abuyen yg acah2 detektif dan ayahanda kawasan lagilah comel. Kalau stress2 tu bacalah buku ni. Tau2 kejap je habis dah tu baca.🤭
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 11, 2025
22/2025

-Diam-Diam Suka Kamu
-Aidil Ghazali

Apa yang boleh saya ulas, cerita ini sangat COMEL! Segala tentangnya semuanya comel. Dari kisah Anis dan Izul, juga Izul dan Abuyen. Siapa sangka berkisar dari cakaran si nakal Abuyen, membawa kepada kisah-kisah menarik yang terjadi di kedai kucing milik Anis. Watak yang paling saya gemari dalam cerita ini semestinya, si Abuyen. Setiap dialog yang keluar dari mulutnya sangat bersahaja dan berjaya mencuit hati saya sebagai pembaca. Memang terhibur lebih lebih lagi saat Izul dan Abuyen bergabung tenaga mencari dalang yang cuba menghancurkan bisnes milik Anis.

Tahniah buat penulis untuk karya santai ini. Kepada yang serabut dengan hal kehidupan, bolehlah membaca naskhah ini untuk mengubat keserabutan anda. Walaupun ceritanya agak tidak masuk akal, tapi ia benar-benar mampu menjadikan pembaca ceria dengan telatah kucing yang ada dalam cerita ini.
Profile Image for nnn .
14 reviews2 followers
June 22, 2025
Buku ni sumpah comel and kelakar !! 🤪🫵🏻
Saya tak boleh lah dengan perangai si Abuyen ni. HAHAHAHA penat gelak ! 🤣😭😭
If you’re looking for something yang tak bermain dengan emosi sangat, this book is for you.

Personal rating ; 4/5 🌟
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
February 18, 2025
Serves its purpose as a fun book. Bahasanya santai tapi sedap. Macam biasa, aidil ghazali ada bakat buat lawak yang terpendam.

Sebuah buku yang boleh diulang baca kalau stres. Geram pula dengan Abuyen tu kan 😆
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
February 17, 2025
Diam Diam Suka Kamu oleh Aidil Ghazali

Sekian lama terpisah, Izul bertemu semua dengan Anis, seorang pemilik kedai haiwan yang juga rakan baiknya semasa sekolah. Izul secara sukarela ingin membantu Anis menjaga kucing-kucing di kedai haiwan tersebut. Namun, mereka mendapat ugutan misteri sehinggakan Anis mahu menutup kedai. Mampukah Izul dengan bantuan Abuyen menyelesaikan misteri tersebut?
_____________________________

GUYS! I SWEAR THIS IS THE FUNNIEST BOOK I'VE EVER READ IN MY LIFE! Buku ni sumpah lawak gila, I can't stop laughing. Setiap bab ade je part yang lawak tau tak. 🤣

Imagine korang boleh faham & bercakap dengan kucing, haa macam tu lah buku ni. Izul ni tiba-tiba boleh bercakap dengan Abuyen, kucing yang dia jaga dekat kedai haiwan Anis tu. Kalau korang baca, conversation Abuyen tu dah macam manusia tau tak. Sempoi gila. 🤣 Lepastu boleh pulak dia jadi matchmaker Izul dengan Anis. 😂

Scene Abuyen dengan Izul jadi spy pun best! Buku ni bukan pasal cinta & kucing semata-mata je tau. Ada juga elemen penyiasatan sekali. Kelako bila baca scene Izul dengan Abuyen jadi spy untuk siasat siapa dalang disebalik kejadian ugutan tu. 😍

Since buku ni bertemakan kucing, memang banyak la jugak info berkaitan kucing dalam buku ni. Teka-teki kucing pun ada! 😆

Cumanya, klau scene sweet antara Izul dengan Anis lagi banyak kan best. Ni scene Izul dengan Abuyen je banyak. Mana aci! 🤣

Overall, kalau korang nak baca something yang light, tak memeningkan kepala, kelakar, with a lil bit of cute romance, you should read this book! Totally worth it! 🫶

Personal rating: 4.7/5 ⭐
Profile Image for dayen.
126 reviews
September 7, 2025
GO ABUYENNN !!!!

Abuyen is literally the real MVP OF THE SHOW ! 🐈

Tak menyesal aku beli buku ni sbb kau abuyen
kau mmg mantap 👏🏻🙂‍↕️👍🏻

Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
June 7, 2025
Novel ni comel, sweet, lucu dan menghiburkan 😍

Apa power sangat @_aidilghazali ni tulis. Sedih boleh, lawak boleh, sweet boleh. Memang penulis berbakat.

Jalan cerita sangat simple, cerita dua orang kawan berlainan jantina, terpisah masa sekolah dan ketika bertemu kembali berakhir dengan menjadi sepasang kekasih.

Tapi tak sesimple itu sahaja cerita ini ditulis. Antara yang saya suka daripada novel ini,

1) Kucing masih tetap kucing walaupun kucing tu boleh bercakap. Saya paling suka part ni. Tak lebih-lebih membijakkan seekor kucing dan ini menjadikan cerita ni menghiburkan. Boleh Abuyen (nama kucing) bagi idea cium punggung untuk mengorat. 🤣 Kene pelempang dan auto reject adalah kalau manusia buat gitu.

2) Macam karya Aidil yang lain, bila dia angkat satu tema tu, dia akan bawa dengan detail. Kemampuan otak dan deria kucing. Jenis kucing dan makanan. Dan yang menarik ada juga diselitkan tentang isu ‘breader’ kucing yang tak berlesen.

3) Seruan untuk confess kalau dah rasa memang si dia tu sesuai dan kita berkenan. Kalau tak confess orang tak tahu. Jangan simpan perasaan lama lama. Semoga kawan-kawan saya yang simpan simpan perasaan ni ada kawan macam Abuyen untuk guide dan paksa korang confess. 🤲

4) Dialog hati lelaki ketika jatuh cinta. Buat saya terkenang memori berkenalan dengan suami dulu. Dan kisah cinta orang kan selalu buat kita berbunga bunga juga.

5) Freindship Abuyen dan Izul sangat menghiburkan. Dialog semua on point. Siap ada membahan pasal Abuya seorang yang teliti. 🤭 Comellah. Sampai sedih masa ending tu Abuyen dah tak boleh cakap. (Saya memang selalu geram dengan ending Aidil untuk novel diaaaaa)

Ok selamat membaca kawan! Sebab cerita dan buku ni comel saya kira sesuai dibaca oleh semua golongan. Jadi inspirasi ketika laki laki jatuh cinta.
Profile Image for Erin95.
147 reviews5 followers
June 2, 2025
5/5 ⭐
Sebab buku ni menghiburkan!
A light-read book.

Kisah bermula dengan Izul yang menawarkan diri untuk jadi sukarelawan di pet-shelter dan kedai barang² haiwan milik Anis demi nak memikat hati Anis. Anis merupakan sahabat baik Izul dari kecil. Disebabkan Izul ni anak polis, maka, selalulah dia berpindah randah. 2 tahun persahabatan dengan Anis sejak kecil sehinggalah persahabatan mereka terpisah dek kerana Izul yang selalu berpindah-randah demi tugas dan bakti ayahnya kepada negara.
Anis ada seekor kucing gemok nama dia Abuyen. Tag-line hidup Abuyen adalah "Abuyen seekor yang teliti~" 🤣

Semuanya normal je, Izul jadi sukarelawan kat kedai Anis, pagi dia seorang freelancer, petang Izul tolong Anis kat kedai dan pet-shelter (di bahagian belakang kedai). Sampaila satu kejadian kemalangan kecil di mana Izul sedar² je dia boleh dengar Abuyen cakap bahasa manusia. Hahahaha.

"Abu-abuyen? Kau boleh bercakap bahasa aku?"
"Aku kan kucing Malaysia, mestilah cakap bahasa Melayu."

Abuyen tahu Izul suka kan tuannya, iaitu Anis. Maka bermula sesi memikat hati Anis. Abuyen jadi coach yang ajar Izul cara nak pikat hati Anis.

Banyak dialog² lawak yang berlaku antara Izul & Abuyen. Aku mengekek-ngekek baca buku ni. Misalnya:

"Pergilah cium punggung dia."
"Cium...apa?" Izul langsung tercengang.
"Biasanya kalau aku suka kucing betina, aku tak tunggu lama. Mula-mula aku pergi dekat dia, miau-miau manis sikit, gesel-gesel, lepas tu barulah aku cium punggung dia."(Abuyen bagi tips memikat wanita ikut cara kucing 😂)

"Tapi kan, Jul...aku pun tak suka bahlul tu."
"Sebab apa?"
"Bau dia."
"Bahlul tu ada bau dosa."

Hahahaha
Cerita diteruskan lagi dengan Anis yang menerima surat ugutan untuk Anis tutup kedai dia, kedai di simbah cat merah dan kedai dibaling dengan bom molotov/bom petrol dengan niat untuk membakar kedai sekaligus pet-shelter milik Anis.
Dari sini bermulalah kisah penyiasatan yang dilakukan oleh Izul & Abuyen untuk mencari si pelaku demi nak selamatkan Anis. Insan yang Izul dan Abuyen cinta.

Siapa sangka bermula dengan serangan Abuyen dekat Izul, sebab Izul terpegang perut dia, sampai kene refer Dr lah si Izul, dikokaknya oleh si Abuyen, sampailah mereka jadi dua jiwa yang sangat rapat dan tak boleh terpisahkan.

Aku suka how cantik plot tersusun oleh penulis. Plot cerita yang bijak, menghiburkan dan tak serabut. Kemas tersusun. Satu kelebihan Aidil pada aku, dia bijak susun atur ayat dan dialog yang precisely buat aku as pembaca dapat bayangkan satu² scene yang ditulis. Sekali lagi syabas untuk Aidil Ghazali.
Profile Image for Book MY.
36 reviews
September 22, 2025
Buku paling latest daripada Aidil Ghazali selepas 3 buku pertama i.e Pada Pahitnya Secawan Kopi, Biar Sembuh Luka Semalam, dan Jangan Kacau Aku Boleh Tak. Secara ringkasnya, buku ni bercerita tentang watak Izul yang tiba-tiba boleh memahami bahasa kucing (Abuyen) selepas dia terjatuh. Plot seterusnya meneruskan percubaan kedua watak ini untuk bekerjasama merungkai gangguan misteri yang berlaku di pet shop/ cat sanctuary milik Anis.

Bab awal buku ni rasa macam agak awkward dari segi ayatnya dan membuatkan saya tertanya-tanya kenapa reaksi wataknya seperti itu..contohnya,kenapa watak mak si Izul ni macam garang berlebih, kenapa anak dia macam takut2 pulak.. Still forgivable, cuma mungkin lacks few sentences to justify that plot..

Saya kira yang menjadi kekuatan utama buku ni which mungkin itulah yang penulis intended to do ialah interaksi antara si Abuyen dan juga watak Izul. Ada bahagian lawak yang sangat nonsense khasnya bila datang dari perspektif seorang kucing (eg cium punggung). Tapi kalau kanak2 bawah umur yang membacanya, better dengan panduan orang dewasa lah sebab it can backfire without proper explanation for them.

Reading all of Aidil Ghazali’s books makes me realize that this is one of those authors, yang suka ‘mengajar’ pembacanya sesuatu yang baru. Contohnya seperti buku2 sebelum ni ada yang bercerita tentang kopi, pastri, muay thai dengan agak detail. This part usually covers up about 40% - 50% of the story while the rest is the storyline yang complement to that. Dalam buku ni honestly i almost tak perasan this teknikal part, bukannya takde tapi sebab its blend really well. Bahagian penulis menerangkan tentang cat breeder and its practice all sits really well with the storyline that it doesn't feel isolated from it.

Satu benda yg saya suka tentang penerbitan Rumaa books (under Iman Publication) ialah spacing setiap page dia sangat mesra di mata pembaca. Sangat selesa dan tak crowded macam sesetengah penerbitan lain. Some might not care about this at all but as a person who has read thousands of books, i think this is important for pengalaman pembaca untuk enjoy buku tu.

Simple read, relaks. Ada bahagian dramatik, ada bahagian happy,, just nice. No crazy plot twist or too dramatic. Ayat mudah nak faham dan mudah dihadam Boleh baca di sini;

https://vt.tiktok.com/ZSHW1T7txGJW2-H...
Profile Image for Athirah Idrus.
408 reviews9 followers
June 2, 2025
Rating: 4.25 stars

Sebagai seorang pembaca yang kurang gemar bacaan romantik, saya tertipu dengan tajuk buku. Kalau saya bukan peminat penulisan Aidil, kemungkinan saya tidak akan membelek buku ini di atas rak kedai buku. Walaupun tajuk buku jelas menunjukkan hala tuju plot cerita ini, kebanyakan jalan cerita ini lebih kepada watak protagonis, Izul dan perhubungannya dengan kucing oyen yang bernama Abuyen.

Jika cerita-cerita Aidil sebelum ini banyak menampilkan watak-watak ‘challenging’ yang penting sebagai cabaran yang perlu dilalui watak utama, kali ini watak jahatnya kurang menjengkelkan. Mungkin kerana teras cerita ini lebih fokus kepada dialog Izul dan Abuyen, setting cerita ini jadi santai dan lebih kepada komedi.

Buku ini juga mempunyai unsur ‘magical realism’ yang sesuai disyorkan kepada sesiapa yang meminati genre ini yang banyak ditampilkan di dalam sastera moden Jepun seperti The Miracles of Namiya General Store, karya Higashino Keigo.

Izul berpindah semula ke kampung halamannya dan memulakan hidup baru bersama ibu dan adik perempuannya. Takdir membolehkan dia berjumpa semula rakan karibnya ketika di bahu persekolahan. Di situ juga, dia terjumpa dengan seekor kucing oyen penuh ‘attitude’ dan lebih membingungkan apabila kedua-dua mereka boleh memahami antara satu sama lain, seolah-olah tiada jurang perbezaan antara bahasa manusia dan bahasa kucing.

Seperti biasa, saya amat gemar penulisan Aidil. Walaupun ayat-ayatnya nampak singkat dan mudah, tatabahasa dan lenggok penulisan sangat indah dan puitis. Jarang jumpa penulisan seperti ini dalam buku kontemporari Melayu. Saya amat sarankan buku-buku Aidil kepada yang berminat dengan cerita kontemporari yang menggunakan bahasa yang membuatkan saya bangga dengan keindahan bahasa Melayu.
Profile Image for Booku Puspita.
43 reviews
August 16, 2025
Izul sekeluarga baru je berpindah ke bandar Muar, Johor. Dekat situlah dia terserempak dengan kawan lamanya, Anis… dan seekor kucing comel bernama Abuyen.

Anis ni ada kedai kucing bernama Catniss (cute kan nama tu?). Bukan setakat jual barangan kucing, kedai ni juga ada shelter yang menempatkan lebih kurang 40 ekor kucing untuk sesiapa yang nak adopt. Tapi, niat baik Anis ni rupa-rupanya buatkan ada orang yang tak puas hati… sampai sanggup khianat kedai dia. Sedih gila.

Pernah terlintas dalam hati Izul, “Kalau la aku boleh cakap dengan Abuyen, senang nak tahu pasal Anis.” Tak sangka pulak benda tu jadi kenyataan. Dari situ, Izul terus ‘naik pangkat’ jadi bibik Abuyen. Budak tu paw wetfood mahal je weh😆

Yang kelakarnya, Abuyen ni pandai betul kelentong. Konon nak ajar Izul cara nak mengorat Anis… tapi versi yang dia ajar tu semuanya versi mengorat kucing! Bau bontot? Yarksss! 🤣

Bab berat badan pulak, pantang betul kalau orang buat shaming. Marah bukan main. Tak sedar diri tu dia memang ‘sado’ haha. Kerek pun ya jugak—jenis suka menumpang aircond & TV kedai sebelah. 😆

Hubungan Izul dan Abuyen ni memang love-hate relationship. Tapi kita seronok tengok diorang cuba selesaikan misteri: siapa dalang sebenar di sebalik sabotaj kedai Anis.

Kalau nak ikutkan, Abuyen ni lah sebenarnya watak utama. Anis dan Izul tu… cuma bibik dia je. 🤭 Penyeri cerita ni. Kita memang gelak je scene Abuyen & Izul.

Plot dia memang macam K-drama. Manusia boleh bercakap dengan kucing? Yes please! Lagi best bila penulis selitkan banyak info pasal kucing dan tekankan mesej adopt, don’t shop.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
June 15, 2025
Diam2 suka kamu ni dia mengisahkan tentang watak Izul ni yg one day dia terjumpa dengan childhood crush dia, and nama dia Anis. And Anis ni pulak dia owner kedai haiwan peliharan. So yg izul ni dia macam nak try la kan si Anis ni so dia decide untuk volunteer dekat kedai anis sebab dia nak lagi dekat dengan Anis.

Bagi aku awal cerita sedikir slow, AKAN TETAPI bila tiba scene si Izul ni terlibat dalam satu insiden, buku ni jadi fun gila sebab izul tiba2 boleh communicate dengan sekor kucing gemok ni, nama dia Abuyen.

Abuyen ni dia comel gila sebab dia gemok, dia pemalas, dia kuat makan and dia kuat gaslight si izul ni. Basically Abuyen ni dia redflag tapi sebab dia kuceng so benda tu jadi comel.

Tapi si izul ni tetap sanggup di manipulate oleh Abuyen sebab Abuyen ni one of kucing kesayangan Anis – so kalau dia nak try Anis, Abuyen ni boleh jadi jalan pintas. So thats why dia sanggup jadi hamba Abuyen.

Secara jujurnya, aku lebih suka the dynamic antara Abuyen dengan Izul daripada Izul dengan Anis. Hubungan Abuyen dengan Izul ni lebih fun la bagi aku. And benda tu jadi lagi fun bila depa cuba selesaikan satu konflik yg ditimpa Anis.

Okay so apa yang aku boleh cakap, if korang cari buku yg fun, yg boleh keluarkan diri korang dari reading slump, buku ni untuk kau. Konflik dia ringan, tapi Abuyen tu berattt
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
August 19, 2025
Review Time 📚⏰️

Diam Diam Suka Kamu - @_aidilghazali
Rating: 5/5 🌟

Sebenarnya, novel ni tak terfikir pun nak baca. Tapi sebab adik duk recommend sangat, okay, saya pun cubalah baca. (nasib comel) 😌

​Mulanya, saya ingatkan kisah cinta biasa je. Tapi cerita jadi 'lain macam' bila Izul tiba-tiba boleh faham apa yang Abuyen, si kucing oyen cakap (si gemuk yang suka berlagak). Abuyen juga sebagai watak yang bijak dan 'sarkastik'.

Abuyen bukan saja jadi 'bintang' utama, tapi dia juga jadi 'detektif' tak rasmi untuk bantu Izul siasat satu misteri yang boleh mengancam kedai Anis. Struktur naratif yang berbeza ni memang buat saya tak berhenti baca! Penulis bijak menggunakan elemen fantasi realisme yang disulam dengan kemas dalam penceritaan.

​Yang paling saya kagum, penulis bukan saja 'hidupkan' watak kucing tu, tapi beliau juga selitkan info-info penting pasal haiwan. Dari isu 'stray cats', kucing Kelainan Upaya (KKU), sehinggalah pasal akta haiwan dan isu 'breeder' tak berlesen. Sambil berhibur, kita dapat info penting sekali. Ini menunjukkan pendekatan didaktik yang efektif dan tidak membosankan.

​Secara keseluruhan, novel ni 'perfect' untuk sesiapa yang mencari bacaan ringan tapi ada 'substance'. Bukan sekadar hiburan, malah buat kita rasa lebih menyayangi haiwan.

Sekian.

#diamdiamsukakamu #aidilghazali #rumaabooks #reviewbuku #bookstagram #bookstagrammalaysia
Profile Image for _nadiasw303.
57 reviews1 follower
September 24, 2025
Buku ni memang sesuai untuk bacaan santai. Sambil kita terhibur dengan gelagat Izul dan Abuyen, penulis turut selitkan sedikit maklumat dan ilmu tentang kucing yang menarik untuk diketahui.

Watak Anis pula membawa kita menyelusuri kehidupan seorang pemilik kedai kucing. Bukan sekadar urusan jual beli barangan haiwan, Anis juga digambarkan sebagai seorang yang prihatin sehingga mewujudkan sebuah shelter untuk kucing terbiar.

Namun, dengan kemunculan Badrol yang cuba memenangi hati Anis, Izul mula terasa tercabar. Dari situlah bermulanya sesi kelakar Abuyen memberi “tips cinta” yang lebih banyak mencuit hati daripada membantu.

Kemudian munculnya konflik ringan, apabila kedai Anis dilanda masalah. Dari situ, Izul dan Abuyen tampil sebagai penyiasat tak bertauliah, menambahkan lagi perencah kepada jalan cerita.

Dan seperti yang diharapkan, kisah ini diakhiri dengan sebuah happy ending yang memuaskan hati pembaca.

DDSK ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari bacaan ringan, mahu berehat seketika daripada kisah berat, atau buat pencinta kucing yang suka watak comel digabungkan dengan jalan cerita bersahaja.


Personal ratings: 4.0/5⭐️
Profile Image for Arif Haziq.
Author 2 books9 followers
September 30, 2025
Suka la dengan interaksi antara Izul dengan Abuyen. Sangat-sangat funny dan ada la chemistry diorang. Gelak terbahak juga bila Abuyen buat kelakar sinis dia. Eg: Tikus Cencurut, di bawah kuku ayahanda Abuyen… haha 😸

Cerita ni more to slice of life, tak berat sangat untuk dihadam. Sesuai je baca kepada pemula yang nak baca novel tebal. Saya habiskan dalam seminggu je. Paling nak tahu cara interaksi Abuyen dengan Izul (itu paling exciting).

Part yang menyiasat siapa yang buat onar dekat kedai Catniss tu pun suka juga. Abuyen ada nama lain ooo. Shinichi Ku-Yen, menarik dan kelakar. Masa diorang siasat dengan bertanya pada kucing lain tu pun okey sangat.

Tahniah pada penulis atas cerita slice of life yang humorous dan santai ini. Sesuai lah baca masa kita tak nak drama yang terlalu berat sangat. Just nak gelak-gelak saja.

Kalau Abuyen boleh beri banyak tips pasal cinta lagi, I think I akan dengar dan teliti nasihat-nasihat dia. Haha. Sebab nak tahu juga POV seekor kucing tentang cinta.

But apalah kucing tahu sangat pasal cinta kan?

Itu sahaja from me, bye!
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
February 16, 2025
4.5 ⭐ sebab si gendut Abuyen.

Hahaha. Cerita berkisar tentang Izul, seorang introvert? Ye ke introvert? Somehow rasa macam Izul ni lack of confidence. Sebab dia tak bergaul dengan ramai orang. Mungkin punca dia datang dari keluarga dia yang kerap berpindah randah mengikut ayahnya yang bertugas sebagai anggota polis.

Dalam kisah ni, penulis tak bercerita sangat latar belakang semua watak. Banyak bercerita tentang keadaan sekarang. Present time. Nak kata development watak pun tak banyak sangat. Ada la sikit sentuh dalam karakter Izul. Tu pun sebab nk ngorat Anis. Hahaha.

Naskhah ni bukan naskhah yang terlalu berat. Ada isu-isu yang cuba penulis sentuh, macam breeder tak berlesen, adopt don't shop dan perihal Abuyen yang suka bagi nasihat kat Jul macam mana nk jadi mat romeo versi kucing hahaha (Okay, ini tiada kaitan 😆)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aza Holmes.
69 reviews5 followers
June 30, 2025
Buku ni comel gila. Berkisarkan Izul yang sebenarnya nak mengorat Anis tapi perlu melalui halangan yang besar dan gemuk iaitu seekor kucing oren bernama Abuyen. Bukan oyen la kalau tak nakal kan? Dalam usaha nak mengorat Anis, Izul pun buat part time kat pet shop Anis. Suatu hari, Izul accident kecil and tetiba Izul boleh faham bahasa kucing. Tapi bukan semua kucing, Abuyen je.

Interaksi Izul dengan Abuyen memang kelakar dan comel gila. Bayangkan lah manusia nak bertekak dengan kucing yang IQnya mcm budak 2 tahun? Dah la asyik kena paw wetfood, tak padan gemuk betul Abuyen ni. Tapi Izul dan Abuyen tetap berganding bahu (sampai ke tu?) untuk bantu Anis keluar dari masalah yang melanda pet shopnya.

Kesudahannya kena la baca sendiri ahaha. Buku ni santai je, boleh la keluar dari reading slump.
Profile Image for nikillas.
36 reviews4 followers
July 15, 2025
Ringan je pembacaan nya. Tak serabut. Sesuai sangat untuk aku baca bila dah baca cerita-cerita berat-berat. Sangat menghiburkan gelagat Yen dan Ijul. Aku boleh kata sentiasa menanti scene mereka berdua ni. Aku suka juga apabila ada reference yang berkaitan dengan isu-isu semasa pada waktu buku ini diterbitkan. Tapi, kalau buku ni dibaca pada waktu isu-isu tu dah reda, mungkin agak clueless lah nak dapatkan reference. As a person yang selalu bersembang dengan kucing, this is close to me. :)

Ya, aku suka karangan Aidil Ghazali ni. Mungkin selepas insiden 'nasi goreng', mungkin kalau bela kucing oyen, aku letak nama Abuyen. Dia seekor yang teliti. HAHAHAH!
Profile Image for Lil red reading book.
158 reviews
September 22, 2025
done read all 354 pages dalam masa dua hari. Naskah genre romance dan comedy sesuai dengan semua peringkat umur. Jalan ceritanya simple dan boleh diterima. Karakter yang mencuit hati biasanya ditonjolkan oleh ML dan seekor kucen bernama Abuyen.
.
.
.
“Umur dah tua bangka pun single lagi. Boleh kongsikan sikit perasaan jadi lelaki tak laku ?”

This got me hard. Nak gelak, tapi nak terasa juga..Oyen comel tetapi mulut laser. Tambah lagi dengan catchphrase yang tak terjangkau dek akal.

“Shinichi ku-yen…”
“Abuyen adalah maut !”

Ni adalah sebahagian ayat Abuyen yang menghiburkan hati…

Tak menyesal grab buku ni. Thank you for the creative story. Keep up the good work ✨
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
December 16, 2025
I love Abuyen! comelnya lahai cerita ni.

Nak cerita tentang kucing yang comel, nakal, gemuk, berlagak... inilah cerita Abuyen. Tak tahu apa kuasa pukau yang yang dia pakai sampai aku tak berhenti-henti baca dari mula-habis sekali hadap dengan pengakhiran yang buat aku senyum sampai ke malam.

Buku ini dibaca tepat pada waktunya, ketika hati inginkan kisah yang menghiburkan hati tanpa babak-babak yang terlalu berat untuk dihadam. Kisah yang simple, tapi sangatlah menghangatkan hati.

Best! Buatlah lagi sekuel Abuyen!

Sorry lah aku highlight part Abuyen je, melebihi watak utamanya si Izul dan Anis. hahaha.
Profile Image for syhznidmia.
6 reviews
February 7, 2025
5/5 !!!🫶🏻🫶🏻

comel gila friendship izul dengan abuyen!! dari start baca sampai habis semua kelakar😭

“aku berani mengurat kucing yang aku suka,tapi kau?penakut nak mengurat orang yang kau suka”

“mungkin perkara ini mengejut tapi sebenarnya aku dah lama simpan perasaan dekat kau.Tak pasti sejak bila,tiba tiba saja perasaan daripada menjadi sahabat menjadi sayang itu wujud.Aku cuba pendam sebab tak nak hubungan kita sebagai kawan terjejas tapi tak boleh” - literally me rn😐👍
60 reviews1 follower
April 13, 2025
Diam Diam Suka Kamu - Aidil Ghazali
Rating : 5/5 🌟

Love : 15%, Friendship with cat -60%, Funny - 25% kecomelan - ♾️

Buku ni pembacaan yg sangat santai. Conflict dia simple, tak complicated. Love story ada but you will get more interested about Izul + Abuyen 🐈 (my opinion 🤣)

Surprisingly buku ni buat saya gelak walaupun bukan terbahak2 🤣. Kepada readers yg nak take a break dri satu genre ke genre lain, sila la baca buku ni..
Profile Image for Casper Judati.
60 reviews2 followers
June 20, 2025
Novel ni i baca sebab nak hilangkan rasa ‘mengah’ lepas baca novel buku yang agak berat.

Jalan ceritanya comel dan simple tapi excited. Masa baca novel ni, i terbayangkan watak kucing garfield yang boleh bercakap tu. Gemuk dan annoying.

Untuk i yang mudah terhibur ni memang asyik ketawa, kalau jumpa scene kelakar. Gaya dan lenggok bahasa. bersahaja. Tak kaku. Tapi plot twist memang boleh jangka. Tahniah kepada penulisnya. I suka novel ni. Insya Allah next time i nak cari novelnya yang lain.
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.