Jump to ratings and reviews
Rate this book

In Search of Adam

Rate this book
Kessinger Publishing is the place to find hundreds of thousands of rare and hard-to-find books with something of interest for everyone

Hardcover

First published May 1, 1954

6 people are currently reading
74 people want to read

About the author

Herbert Wendt

28 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (50%)
4 stars
7 (26%)
3 stars
5 (19%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews44 followers
May 20, 2016
Bilakah kali terakhir aku membaca buku yang ditulis dengan begitu menarik, dengan kaedah penceritaan yg dramatik dan suspensif?

Ingatan aku hanya boleh berlari kepada buku Gods, Graves and Scholars: Story of Archaeology tulisan CW Ceram yg dibaca lebih setahun dulu. Kedua-dua penulis, Ceram dan Herbert Wendt penulis buku In Search of Adam ini menariknya adalah Jerman. Dan kedua2 buku ini diterbitkan dalam dekad yg hampir sama (1949 dan 1955).

Buat permulaan aku tidak mampu jumpa profail Herbert. Kebanyakan yg ada ditulis di dalam bahasa Jerman. Dan pautan2 online berbahasa Inggeris yg wujud setakat ini tidak mesra apabila berbicara tentang karya2nya. Prof Caroll Quigley, sejarahwan Amerika menempelak buku 'It Began in Babel: The Story of the Birth and Development of Races and People' dengan menudingkan jari kepada kesalahan2 sejarah asasi yg terdapat di dalamnya. Resensi oleh kirkusreviews.com terhadap judul yg sama menyifatkan Herbert sebagai penulis yg tiada keaslian di dalam hasil kerjanya, semata2 perampas produk kajian sarjanawan2 terkemuka di dalam bidang tertentu.

Namun aku tidak berpendapat kritikan2 tersebut menggugat kredibiliti buku di tangan aku ini. Kebanyakan maklumat2 yg disebut di sini adalah maklum dan sudah dirujuk silang oleh autoriti2 di dalam bidang yg berkaitan: teori bahawa manusia dan binatang serta tumbuhan lahir daripada sumur hayat yg sama (lantas judul buku Darwin, Origin of Species yakni Asal-Usul Spesis dan bukan terhad kepada Asal-Usul Manusia), penemuan manusia2 pra-sejarah nama2 mereka yg bagaimanapun sedikit mengelirukan kerana tidak dikemaskini dengan perkembangan bidang arkeologi/paleontologi/biologi ke-evolusionari abad-21 (istilah pithecanthropus dan bukannya homo erectus; Peking Man dan Java Man diletakkan dalam ranting evolusi yg berbeza dan bukannya di bawah ranting homo erectus etc).

Aku boleh katakan semua itu adalah perkara2 runcitan dan tidak menjejaskan kredibiliti buku ini. Hal itu adalah kerana penulis memintas simpang-siur polemik evolusi ini dengan bergerak melakar naratif terhadap perbahasan yg berlaku. Herbert lebih senang bersandar pada tafsiran2 autoriti. Beliau tidak menyibukkan dirinya dengan minit2 perbahasan tentang asid deoksiribonukleik dan pewarisan ciri2 fizikal daripada individu kepada keturunannya (mungkin sebab buku ini ditulis sebelum penemuan DNA oleh Crick dan Watson).

Kendatipun hasilnya adalah positif di mata aku di mana teori evolusi disampaikan melalui peralihan latar zaman; justeru memberikan justifikasi historikal terhadap tesis perkongsian nenek moyang antara spesis. Kerana bagi aku mana2 murid biologi yg jujur (dan perubatan sebagai profesion yg memanfaatkannya demi tujuan yg paling murni adalah tergolong dalam kumpulan itu) harus akur akan keabsahan evolusi -baik dalam bentuk mikro mahupun makro- sebagai jentera yg menggerakkan rentak alam. Ia adalah sepertimana yg digariskan oleh gentetikawan Dobzhansky di dalam sebuah esei berpengaruh yg mana judulnya sahaja sudah begitu menyuguhkan: 'Tiada Apa di dalam Biologi Yang Masuk Akal Melainkan Lewat Cerapan Evolusi' (http://www.pbs.org/wgbh/evolution/lib...).

Buku ini bermula dengan penemuan2 rangka2 tulang prasejarah di Jerman oleh penggali2 amatur di awal abad ke-18. Suatu reaksi berantai berlaku apabila dakwaan demi dakwaan dilontarkan terhadap asal usul tulang tersebut. Teori y diterima rakyat ramai ketika itu adalah ia merupakan rangka manusia di zaman kejadian Banjir (antediluvian) sewaktu Nabi Nuh (Deluge Man). Jakob Schuzer, seorang doktor perubatan-cum-penggali amatur adalah penggagasnya. Baginya, penemuan rangka tersebut adalah bukti terkuat terhadap kebenaran Bible; kitab kudus yg kian diragui kebenarannya di dalam iklim rasionalisme skeptikal pada Zaman Pencerahan. Pembaca kemudian diberitahu bahawa dakwaan tersebut tidak benar. Rangka tersebut bukan milik manusia prasejarah pun sebaliknya adalah milik salamander.

Ini adalah tema yang berulang di dalam buku Herbert: pencarian manusia pertama yakni Adam. Setiap kali rangka baru dijumpai, andaian yg pertama adalah ia merupakan milik manusia2 biblikal; hanya untuk kemudian untuk dakwaan tersebut disanggah. Tanpa disedari, korpus pengetahuan dan rekod yang dimiliki tentang makhluk2 prasejarah semakin menggunung dan mendambakan suatu penjelasan berpadu.

Pada awalnya, kumpulan2 sarjanawan juga miskin dengan penjelasan2 yg memuaskan. Mereka menawarkan teori vis plastica yg diutarakan Ibn Sina. Teori tersebut mengandaikan penemuan2 tersebut sebagai tidak lebih daripada jenaka oleh alam semulajadi di mana terdapat suatu kuasa tersembunyi yg mengacu tanah dan batu-batuan kepada bentuk2 mirip haiwan atau manusia demi menyesatkan manusia. Namun timbunan fosil dijumpai meningkatkan kecurigaan kepada teori ini.

Pada masa yg sama pembaca diperkenalkan dengan bidang taksonomi iaitu bidang pengklasifikasian makhluk2 organik dengan Aristotle sebagai mahagurunya. Menjelang abad 18, Linnaeus telah meretakkan berhala Aristotle dan memperkenalkan pengklasifikan barunya. Tetapi Linnaeus masih dikira sebagai perintis Aristotle dengan pandangannya bahawa spesis adalah tidak berubah (immutable). Kita tahu kini bahawa spesis, sekiranya dihadapkan dengan tekanan alam di dalam jangka masa yang panjang (contoh kes: http://www.economist.com/news/science...) boleh beralih. Hakikat ini telahpun dicabar pada zaman Linnaeus (1707-1778) apabila dua spesis tumbuhan yg berlainan boleh dikahwinkan. Membaca laporan ujikaji tersebut meresahkan Linnaeus tentang kejituan tesisnya. Boleh jadi seluruh pengklasifikasian alam (phyllum, genus, species etc) sekadar arbitrari dan hanyalah pemudahcara oleh sarjanawan2 di kerusi empuk untuk memahami alamsemulajadi; hakikatnya ia tidaklah lebih benar daripada garisan Meridian di atas helaian peta.

Georges Leclerc Buffon yg sezaman dengan Linnaues mempunyai idea lain. Alam di dalam fikiran adalah sesuatu yg sentiasa berubah-ubah, dinamik, organik. Beliau malah berteori bahawa bumi ini pada awalnya adalah sebuah bebola panas (begitu mirip dengan teori moden) yg lama kelamaan semakin sejuk sehingga mencapai suhu yg didapati sekarang. Buffon telah mendirikan suatu eksperimen untuk mencongak umur bumi yg menarik: beliau memanaskan sebuah bebola logam kepada kepanasa tertentu lalu membiarkannya reda. Tempoh antara dua keadaan itu dikira dan hasilnya adalah 75,000 tahun. Sudah tentu jumlah tersebut jauh panggang daripada api jika dibandingkan dengan kalkulasi moden iaitu sekitar 5 atau 6 billion tahun tetapi ia sudah cukup kontroversi untuk zaman di mana umur Bumi sebanyak 6 ribu tahun sebagaimana yg tertulis di dalam Bible diterima ibarat rukun iman.

Linnaeus dan Buffon tidak salah semuanya. Taksonomi Linnaues masih diterima dengan beberapa modifikasi dan tafsiran baru dan teori Buffon telah disokong dengan bukti2 dan eksperimen yg lebih ampuh. Namun adalah menarik untuk melihat perselisihan Linnaeus-Buffon berulang2 dengan aktor yg berlainan sehingga ke zaman Lyell serta Darwin, dan jika ditilik daripada perbahasan Evolutionist-Creationist, sehingga ke zaman kita juga. Sepanjang perjalanan tersebut bidang2 sarjana baru terbentuk -arkeologi, anatomi komparatif, paleontologi, geologi- dan seterusnya menyumbang kepada isi perbahasan. Kontroversi dan penyelewengan fosil atau salahtafsir adalah tidak terlepas daripada suluhan penulis - yg mana Piltdown Man adalah contoh kes yg paling gemar diratib oleh golongan anti-evolusi. Malah salah satu kekuatan terbesar buku ini datang daripada keberanian penulis membuat liputan terhadap kes-kes atau teori2 yg tampaknya mengganggu-gugat teori evolusi. Walaubagaimanapun, kepalsuan yg terdapat disebalik setiap kes ini akhirnya dibongkarkan (dan dihebahkan) oleh saintis2 yg berkepentingan untuk membiarkan isu tersebut sunyi dari kontroversi - saintis2 evolusionis. Itu sudah cukup meyakinkan kita tentang nilai korektif yg terkandung secara inheren di dalam metod saintifik yg digunapakai di dalam perusahaan manusia menjejaki asal-usul mereka dan juga asal-usul alam sekitar mereka.

Adalah suatu kerugian buku ini tidak dikemaskini. Kalau tidak tentunya perbahasan dari sudut bidang biologi keevolusian boleh diambilkira. Jika hal tersebut berlaku, jumlah ms buku ini tentunya mampu mencecah 4 angka, berbanding dengan jumlah sekarang iaitu 525 ms. Aku tidak kisah untuk membacanya.

***

Bahagian terakhir buku ini The Early Culture adalah bahagian yg paling menyinggung aku sebagai pembaca. Di sini Herbert cuba menyimpulkan kisah evolusi manusia daripada saat pertama terbitnya spesis hominid sehinggalah kepada kebangkitan tamadun terawal. Terdapat banyak andaian yg berlaku disitu (walaupun perlu diakui bahawa begitulah sains moden bergerak iaitu secara hipotetiko-induktif): Manusia mula mengenal bahasa dengan mengajuk bunyi alam; memanipulasi fauna sebagai senjata mereka dengan menghunus batang kayu atau serpih2 tulang haiwan terhadap mangsanya - dan mangsa tersebut tidak terhad kepada haiwan malah saudara sespesis mereka; mengenal erti komuniti melalui aksi pemburuan beramai-ramai di hutan atau savannah; lewat upaya mereka menumbangkan binatang2 raksasa seperti mamut (keluarga gajah, mastodon, mammoth) dan beruang gua manusia menjumpai makna sebuah kekuasaan di luar daripada diri mereka.

Penggunaan dialog yg meluas oleh penulis juga sedikit mencurigakan pembaca. Sesetengah daripadanya adalah begitu terperinci sehinggakan aku tidak yakin bahawa ia adalah ekstrak daripada rekod diari atau dokumen peribadi. Kemungkinan besar ia adalah rekaan semula penulis.

Pun begitu, sama seperti yg aku tegaskan, ia tidak mengurangkan integriti buku ini.
149 reviews2 followers
February 23, 2009
Read in 1991. Fascinating chronicle of science's quest to find the missing link. Covers scams, actual finds, the scientific communitie's refusal of new theories not agreeing with the current accepted theories, infighting, all in chronological order. Made me realize everything we have is pure theory, not truth. No wonder the big bang theory is popular today and the phrase intelligent design in most people's vacabulary.
7 reviews
February 4, 2012
This is a very readable story of the development of anthropology starting from earliest efforts and discoveries of many novice explorers and discussing the conclusions of well-seasoned professionals. This was a worth-while reading experience that added greatly to my knowledge of prehistoric times and epochs, and how our knowledge of them evolved.
Profile Image for Mark.
291 reviews10 followers
August 13, 2013
This is a fascinating and very readable account of the development of the discipline of anthropology, starting with making sense of fossilized skeletons of ancient monsters thru classifying fossils of man's genetic ancestors (albeit without the aid of DNA studies).
Profile Image for Javier Maldonado.
Author 8 books64 followers
August 13, 2016
Un libro denso, muy técnico en ciertos momentos, pero magistralmente escrito.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.