Belum sempat reda kedukaan di hati akibat misteri kehilangan Aniqah, Hasbi dikejutkan pula dengan berita yang lebih menyayat hati. Atan, kerbau yang dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri akan dijual dan disembelih.
Adakah Hasbi akan berdiam diri dan merelakan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan? Ataupun Hasbi akan mengambil tindakan di luar jangkaan?
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.
Sepatutnya saya cuma perlu review buku ini sekali sahaja sebab saya membaca buku Atan edisi kemaskini selepas kemenangan Ben meraih silver award dalam Japan Manga International Award 2015. Lalu energi kemenangan itu tumpah ke dalam jiwa saya dan saya berani beri 5 bintang tanpa ragu. Kerana air mata saya juga masih tergenang di hujung mata ketika riwayat Atan tamat dalam pertarungan tak terduga di anak sungai itu.
Benar dan cukup asli, watak Atan memang hidup. Dan pilihan nama Atan itu juga cukup kuat untuk seekor haiwan yang pada kita itu cuma biasa tetapi pada Hasbi dan Ben sendiri, Atan itu adalah luar biasa.
Watak Atan, kenapa begitu? Bukankah penulis sudah kata, beliau teruja kerana pertama kali kerbau digunakan sebagai watak utama, tetapi kenapa jalan ceritanya begitu?
Ah! Nampak gaya, memang kena belilah buku yang seterusnya.
Watak utama sudah ditamatkan dalam siri kedua. Sedikit mengecewakan. Tambahan pula misteri kehilangan Anisah masih belum terungkai dan Aniqah masih tidak mahu membuka mulut. Adakah Ben akan buat kejutan demi kejutan? Saya akan tunggu!