Khaizrul yang menjejak Ads di Kuala Lumpur atas permintaan Profesor Junaidi untuk membawanya ke tahun 2100 menimbulkan ketegangan di antara dua jasad itu. Ads yang terus bersikap enggan mempercayai sesiapa kecuali orang yang dikenalinya memaksa Khaizrul menggunakan kekerasan untuk mengajak lelaki itu ikut bersamanya ke tahun 2100 dengan mesin masa yang masih dalam percubaan.
Nad dan Faisal yang bersama dengan Ads sehari selepas bertemu dengan Khaizrul di KL membuatkan dua sahabat baik Ads itu turut terjebak sama masuk ke tahun 2100. Di sana mereka berempat terpisah. Titik darat mereka berempat saling berbeza-beza.
Sewaktu berada di tahun 2300 tersebut, Ads tertangkap oleh tentera bersut putih dan menjadi tahanan di Bangunan Putih yang dijaga oleh Jeneral Nic. Ketika dalam tahanan, Ads bertemu dengan Izman atau Iz di dalam bilik tahanan yang sama. Doktor Jules yang bermata bundar dan bermuka halus dan putih mengingatkan Ads kepada ibunya. Doktor Jules yang merupakan anak kepada Jeneral Nic turut membantu Ads untuk melepaskan diri dari bangunan Putih tersebut.
Nad pula yang sedang lari dari tentera bersut putih ditangkap ketika berada di lorong gelap oleh dua lelaki yang memang mengekorinya. Dia dibawa ke hujung Kota Besar di sebuah bangunan usang selepas dipengsankan. Di dalam bangunan usang itu, adalah menjadi port buat golongan-golongan kutu liar untuk bersosial. Hampir sahaja dia dirogol namun Khaizrul sempat menyelamatkannya.
Faisal diselamatkan oleh seorang nenek tua yang menggelarkan dirinya sebagai Puan Buers dari kejaran tentera bersut putih. Namun disebalik pertolongan itu, rupa-ruapnya Faisal dijebak masuk ke dalam koloni penyembahan tuhan Matahari dan bakal akan dikorbankan. Hatinya yang terpaut pada Sophie anak kepada Puan Buers tidak mampu mengubah apa-apapun. Dia tetap akan dikorbankan.
Pertemuan mereka semula semua dan Ads telah berjumpa dengan professor Junaidi membuka segala rahsia mimpi yang selama ini yang selalu mengganggunya. Segalanya terungkai. Namun baru sekejap pertemuan mereka, professor Junaidi dibunuh oleh Tan Sri Naufal di hadapan mereka ketika mereka bersembunyi di bilik pandang terus satu hala. Mereka turut serta dengan perjuangan yang Dean lakukan untuk menjatuhkan kuasa kerajaan di Kota besar. Maka dari situ mereka cuba menebus segala kesedihan dengan menumbangkan kerajaan sebelum balik ke tahun 2013. Cuma Nad dan Khaizrul yang akan pulang ke tahun 2013!
Hanya insan biasa. Masih merangkak di dalam dunia penulisan. Menulis hanya untuk mengisi masa terluang.
Katanya kalau terbaca karyanya, harap jangan ada yang serik kerana karya yang terhasil itu adalah dari budak hingusan yang baru bertatih menulis. Hanya sekadar penulis picisan. Harap ada yang tidak menyampah dengan penulisan yang terhasil dari jari-jemarinya.
Kini masih terus menjadi pembaca tegar di dalam meneruskan keberlangsungan hidup...
Biodata penulis menyatakan bahawa pendidikan yang diterokai hanya sampai "secondary school" sahaja. Tapi isi dalam buku ini menunjukkan penulis seorang yang (bagi aku) berpelajaran tinggi. Aku suka sifat rendah diri penulis dalam biodata dan kata-kata aluan daripada beliau.
Baca buku ini buat otak aku "work hard" untuk "imagine the setting of place and time" sebab karyanya ber-elemen futuristik. Terima kasihlah kepada filem Hollywood sebab aku rasa, kalau aku tidak menonton filem Hollywood, aku tak boleh nak "enjoy" novel ini. Mungkin aku "end up" bagi satu bintang ja. Antara babak yang memerlukan aku rujuk "scene" dalam "movie" ialah:
1. Tentera sut putih bab 5: Aku "imagine" macam "stormtroopers" dalam Star Wars. 2. Battle dalam Kota Larangan bab 11: Aku "imagine" macam Battle Helm's Deep dalam Lord of the Rings (The Two Towers) 3. "Cuci baik-baik kaki ibu. Air basuhan kaki ni akan jadi air suci": Ajaran Ayah Pin Kerajaan Langit 4. "Makanan seperti oat" (m/s 108): Macam makanan Neo dekat hall dalam The Matrix 5. Robot sebesar bola: Robot R2 Star Wars 6. Iz dan Ads berubah fizikal jadi tentera lepas makan kapsul: Ron dan Harry berubah jadi sapa ntah lepas minum potion Hermione dalam Harry Potter. 7. Pil biru daripada Khai kepada Ads dll: Pil yang Morpheus offer kepada Neo dalam The Matrix 7. Ada part yang aku imagine macam Divergent tapi aku lupa.
Berikut "reference movie" yang aku guna untuk tolong aku "enjoy" buku ni. Tapikan, kalaulah betul penulis rujuk beberapa karya kemudian ambil situ sikit dan sini sikit kemudian jadilah "Bolot", kiranya dia guna teknik "pastiche". Sama macam teknik yang digunakan oleh Prof. J.R.R Tolkien untuk tulis Lord of The Rings.
Komen lain: Suka penulis tahu pasal "wormhole", suka penulis quote Hlovate, suka penulis cuba untuk terapkan mesej ketuhanan dalam dunia futuristik, part Ads (lelaki) kena kiss dengan Tan Sri memang win.
aku kira ni buku di awal penglibatan penulis bidang penulisan.
idea cerita menarik, sci-fi diolah dengan pelbagai gadjet yang seringkali kita angankan akan ada/gadjet dalam filem2 sci-fi sekarang.
namun, seakan tidak teratur plotnya dan tujuan membawa Ads ke 2100 pun agak goyah, mungkin perlu didramatikan sedikit. plot pun agak bercelaru..tapi actually boleh je faham, cuma aku je kot konpius sikit.. hahah
Ini buku pertama Asmar Shah yang hamba baca selain cerpen dalam Suara Dari Langit serta resensi-resensinya yang banyak diklik suka oleh ahli Goodreads. Orang Sandakan yang seorang ini memang rajin membaca. Hehe.
Baiklah tentang Bolot, hamba menyukai idea ceritanya tetapi mungkin persembahan itu saja yang sedikit mendukacitakan. Penggunaan perkataan dan susunan ayat yang kucar-kacir membuat pembacaan menjadi tidak selesa. Dan ini berlaku di merata-rata tempat sehingga mengganggu kelancaran penceritaan. Sebagai contoh: "Jasad Ads didudukkan di sebuah kerusi yang sedang mengerang kesakitan." - Kerusi yang sedang mengerang kesakitan? Menakutkan tetapi sayang ini bukan cerita seram.
Selain itu, watak-watak yang dicipta dalam cerita ini terasa tidak semulajadi dan direka-rekakan. Tiada rasa yang asli baik dari segi emosi mahupun tingkah laku. Interaksi antara watak-watak ini juga terasa canggung sekali. Ia ibarat menonton sebuah drama rantaian panjang yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon kayu yang tiada kimia antara satu sama lain. Dan, dialog-dialog yang keras serta kaku jelas tidak membantu.
Secara keseluruhan, tidak mengecewakan tetapi hamba merasa teramat sayang apabila idea cerita yang menarik tidak disokong oleh pembentukan watak yang lebih teliti dan dicelakan pula dengan persembahan yang sedikit bilau.
Pada epilog cerita, penulis secara langsung dan tidak langsung telah menulis resensi untuk bukunya sendiri. Hehe.
Pertama kali aku memegang buku ni dulu, aku marah. Bukan marah yang dibikin-bikin. Marah jenis bapak punya marah. Sebab aku rasa, pembaca nda perlu selak buku ni habis-habisan pun, pembaca sudah tahu apa yang berlaku daripada sinopsis. Aku jenis yang nda kisahkan sangat spoiler, tapi...(everything before the word 'but' is horse shit bilang si Ned Stark).
BOLOT. Sebuah saifai lompatan masa yang meletakkan elemen persahabatan sebagai kekuatan naratifnya. Ada tiga idea yang paling aku gemari kalau bercerita pasal saifai, salah satunya lompatan masa. Namun begitu, seingat aku banyak kejadian menarik yang berlaku di dalam novel ini yang boleh dikemaskan lagi atau disaifaikan atau di-badass-kan lagi. Memandangkan Bolot adalah novel sulung penulis, buku ini sudah dikira bagus. Dan seorang penulis yang bagus, sentiasa belajar daripada kelemahan novel-novelnya yang terdahulu, itulah yang dilakukan penulis terhadap novel-novelnya yang seterusnya.
premis dan jalan cerita yg menarik..sci fi yg menarik gak,idea pun menarik..tp ending die tu ada pening sikit..hehe..anyway good effort for penulis..sepanjang baca buku ni takde la bosan sgt..cume kena tmbah sikit lg elemen thriller n action yg boleh diperbaiki.. thanks for enjoy my world..the future world that someday will be like that..
ini buku pertama yg berkaitan merentas masa sy baca. meleset jangkaan saya selama ini. buku ini mengajar saya erti sahabat,keluarga. buku ini buat sy sedar yg dunia semakin kejam. semua kerana duit. moga penulis mampu menghasilkan karya yg lagi mampu membuka mata masyarakat mengenai semakin kejam dunia sekarang ini. sy tunggu karya baru awak.. ^_^
Karya ni merupakan yg pertama aku baca hasil tulisan Asmar Shah..penulis muda yg aku dpt rskn ada potensi utk maju sbg penulis yg berjaya..chewah..haha..so aku tamatkan bacaan novel pertama beliau dgn prsn yg sedikit ralat sbb sah2 tergantung endingnye..huhu..sejujurnya aku tak brp minat kisah2 sci fi dan yg melibatkan pemerintahan ala diktator - jeneral ni..tp disbbkn aku berminat nak tau isi cerita so aku teruskan jugak membcnya smpai hbis..sinopsis cerita korang smua dh tahu kan so aku bg pendapat ikhlas dan suci murni tanpa ada paksaan drpd sesiapa..mgkin agak remeh tp aku agak terganggu dgn perkataan "jasad" dan seketul daging di dalam dada..err lebih kurang mcm tu lah..haha..aku faham mksud nya jantung kan? cuma bg aku cukuplah diulang sekali ayat tu...ayat yg lain ada gak yg aku rs agak pelik contoh : 'Menoleh dia ke arah sapaan itu..' mgkin lah itu trend ayat..haih..tp aku xnk lah komen byk sgt perihal tatabahasa ni..hahaha rileks..jgn nak skema sgt aih..baik aku baca buku DBP je..haha..eh aku msih tertanya2 apa kaitan Ads dgn Prof Junaidi ek? lg2 mimpi2 Ads...mcm takde hubung kait je dgn Prof..mgkin smua tu akan dijwb nnti mll buku yg diamanahkan oleh Prof tu kot..takpe2 tgu sambungan buku ni k...hehe..oh btw ayat yg pling aku suka dlm novel ni ada dlm ms 278 bermula dr ayat : Rakyat negara ini sendiri..... *baca sendiri*
2.75. sorry, sukar utk habiskan buku ni. mungkin kurang dgn selera aku. baca sehingga page 150 pon aku masih x dpt tangkap apa kaitan story ni dgn tajuk cover buku ni pun sgt tak menarik berbanding buku Lejen lain yg aku baca. genre sc fic dgn story about jeneral2 atau pemerintahan mmg bukan selera aku. ttg flashback yg berkait dgn mak ads pon aku masih x nampak. dlm erti kata lain, too slow permulaannya. dialog boleh baiki.sebab ada yg terlalu panjang.
Untuk karya pertama...rasa takut2 dan seriau nak uahkan semua apa yg tumbuh dikepala adalah normal... tapi imagenasi yang begitu ke depan seharusnya diguna pakai dengan bijak untuk buat pembaca ternganga...hasil garapan yang penuh ilusi dan kepuasan...namun masih ada keculasan dari segi imagenasi dan penyampaian...jalan cerita dan watak menarik..cuma perlu bedah setiap watak untuk lebih kenal...teruskan menulsi..dengan menulis sahaja penulis akan jadi lebih pandai...TAHNIAH
Aduihhhhh..pening kepala ma... Ermmm cerita ni idea utama dia ok..cuma penulis macam tak kesampaian emosi nak dalami watak dan cerita sendiri.. jadi saya yg membaca jadi tak puas... ending dia macam dibuat2 sangat...
Tahniah sebab novel ni berjaya diterbitkan. Okey, nak mulakan review yang panjang berjela. Beti nak jujur ni tau.
1) Kulit buku: Sangat-sangat kurang menarik. Kalau first time tengok memang tak ada hati nak beli. Tapi sebab tertarik dengan apa yg ada di dalam tu sebab kat MPH novel Lejen tak berbalut. Hanya tertulis perkataan BOLOT dan sangat membosankan. Apa maksud magnifying glass yang terbalik tu ekk? Eh, silap, hourglass. Dunia yang sedang terbalik mungkin. Saya cuba untuk berbaik sangka. Hahahahaha*
2) Kosa kata / tatabahasa: Penulisan patut dipuji sebab kemas, terletak dengan betul. Kosa kata yang luas dan perkataan yang digunakan agak boombastic. Syabas! Memperlihatkan orangnya yang sememangnya teliti. Kemas!
3) Plot: Permulaan cerita agak baik sebab dah menonjolkan watakutama Ads, Nad, Faisal, Khai yang tak dapat diketahui sikap dan sifatnya yang sebenar macam mana. Tak boleh agak sebenarnya Khai tu baik ke tak (sebab saya tak suka baca sinopsis). Perkembangan cerita saya tak tahu kat mana sebenarnya. Adakah semasa mereka kena paksa dengan Khai? Atau pun semasa mereka makan kapsul yang membolehkan mereka ke tahun 2100? Klimaks. Kalau semasa saya belajar kat sekolah dulu, klimaks bermaksud sesuatu kejadian atau tragedi atau peristiwa yang mengubah karaktor watak itu sendiri. Tapi di mana klimaks? Banyak sangat klimaks yang nak kena pilih. Tapi kat mana....? Heheh Peleraian cerita, dapat tangkap sikit. Mungkin kat Ads dan Faisal nak mati kat tahun 2100 kot rasanya. Masa tu la yang nampak sangat sedih. Dengan Nad nak balik ke tahun 2013, dapat tahu pulak member baik mati... Aduh, sakit betul.
*Sebenarnya, bila baca BOLOT ni kan, kadang-kadang boleh confuse. Siapa sebenarnya watak utama? Ads? Sebab dia yang paling banyak. Memang dia laa, kan?
Over all, OKAY! Excellent sebagai penulis baru. Bukan senang nak hasilkan sebuah novel. Bertatih-tatih dahulu, bermegah-megah kemudian. Cerita akan lebih mantap kalau mengikut plot tang betul. Ada permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian. Teknik imbas kembali jugak okey, dan kalau ada lagi banyak sampai tak tergantung lagi akan okey. Haa, kadang-kadang tak faham dengan karaktor sebenar ibu dia. Dan pekerjaan dia? Dan tak boleh nak nafikan, cerita ni memang tak ada ending lagi. Tergantung. Apa yang paksu tu buat pun taktau. Sebenarnya banyak lagi nak taip tapi macam dah banyak pulak. Sorry ekk abang. Kalau review ni agak kerek dan sengal. Hahahaha. Maaf, maaf. Maklumlah, percubaan pertama. Tuntasnya, Beti bagi BOLOT 3.81, Hahahaha. Mampir ke 4.0
*lepas ni, condemn Beti teruk-teruk tau kalau ada rezeki novel tu keluar. Hahaha. Wallahuaklam...
Bolot.. Ok..Karya sulung(Novel) dr saudara Asmar Shah mmg x rugi unt dmiliki.. Jln crita yg mudah dfhami.. Susunan dr 1 bab ke 1 lancar..senang cite xpning kpala lah.. Pngembaraan Khaizrul bsama Ads,Nad,Faisal unt btmu dgn Prof.Junaidi pnuh dgn cbaran dan rintangan.. Smngat 'Kengkawan' bnyk dselitkn dlm novel nie..
Namun ada a few kkurangan dlm tulisan Asmar Shah nie..ad pengulangan ayat yg agak boleh kita temui..sprti momen Tp bila dfkiran usianya bru awal 20an,bliau hrus dbrikn pujian..
Slain tu cover BOLOT nie agak KOLOT bg sy..sorry to say..tlalu simple..warna yg dgunakn juga agak suram.. Sgt x mnrik phatian.. Tulisan BOLOT tu pun sudah mnunjukkn btpa @#$%÷× nya cover nie..harap next time boleh ambil phatian..(wlpn cover,kami as a PEMBACA dan PEMBELI trut mnilai dr sudut itu)..♡♥♡
Last skli synopsis cite nie.. Mak aiiii..pnjng nye.. Kalau bca synopsis pun dh tahu crita dia mcm mne..huhuhuhu.. Nie dh jd Rumusan.. Ala2 cerpen pn ada.. Tlalu pnjng dan tlalu bnyk dcritakn..tlisan pun halusssssss.. Shingga pbeli dh tahu jalan crita die..
Ksluruhan Bolot bkn ssuatu yg rugi unt dmiliki.. Slmt bkarya buat Saudara Asmar Shah ya.. Aramai Tie.. -Peace-
Tak ingat bila aku habis baca buku ni tapi lama dah. Aku bagi 4 bintang untuk buku ni sebab aku suka penulis yang berani ikut kepala dia sesuka hati nak bawa pembaca untuk bayangkan sesuatu benda yang lain. Mula mula aku macam hambar sikit, sikit jelah sebab aku macam 'oh cerita pasal pergi masa depan' tapi entah aku baca je lepas tu macam terbayang-bayang segala benda yang dia tulis. Dari part mesin kot segala cerita bahagian bom letup sana sini aku terbayangkan dalam versi game tapi dalam dunia nyata. Masa tu aku dah mula suka. Dan bagus juga sebab ada bahagian semangat setiakawan semua. Kekeliruan dalam membaca pada aku itu perkara biasa sebab yelah dunia membaca ni nak kau 'visualize' sendiri. Kalau dia cerita bom meletup pun kau akan bayangkan bunyi bom tu dalam kepala otak kau nak nak bila baca buku ni. Yang lain semua okay je. Ayat, cara bercerita dan penerangan semua okay sahaja. Penamat mungkin tergantung sikit sebab tu hilang satu bintang sebab bintang lagi satu tu aku tengah tunggu sambungan, aku harap ada lah :) Tahniah atas buku buku seterusnya semoga maju jaya.
Sebuah buku sci-fi,Bolot mengisahkan Khaizrul yang menjejak Ads untuk ke tahun 2100 dengan menggunakan mesin masa yang masih dalam percubaan atas permintaan Professor Junaidi...turut bersama Nad & Faisal sahabat baik Ads...namun di sana,mereka berempat terpisah,titik darat mereka berbeza...Apakah yang bakal terjadi setibanya mereka di sana dan apa sebabnya Professor Junaidi ingin membawa Ads ke Tahun 2100?
Ulasan:Amaran,jangan baca sinopsis di cover buku bagi menaikkan mood baca anda,kalau tersilap baca,klise la jawabnya...apapun bagiku,aku suka dengan penceritaannya yang ringkas namun mampu memberi kesan kepada pembacanya terutama bila tiba di penghujung cerita,epilog menjawab segala pertanyaan mengapa buku ini dihasilkan...covernya macam terlalu ringkas & kurang menarik perhatian...penggunaan bahasa pula ok n lebih kepada kata-kata semangat/motivasi melalui persahatan Ads,Nad dan Faisal....90% bersih dari 18sx...Tapi aku rasa cerita ni perlu ada sambungnya sebab masih tergantung...
sepanjang pembacaan, di bayangi dengan segala perkara dan benda yang berteknologi tinggi dari cara pemakaian, kenderaan, tempat tinggal dan macam2 lagi. Sesekali meranduk rasa yang serba high tech ni best jugak. satu yang utama yang dapat disimpulkan ialah penulis berjaya memanipulasi minda pembaca. bukan senang nak buat pembaca khayalkan apa yang dibaca. ada juga penceritaan dalam penceritaan.bagaimana salah satu watak utama sering dibayangi dengan kisah silam yang mencorak kehidupannya. dan disebabkan corak kehidupan sekarang itulah dia terheret ke masa hadapan. see... cantikkan jalinan ceritanya?.. perkembangan kisah dari awal hingga akhir yang baik, pengakhiran yang agak sedih..bahasa yang baik, sedikit santai. lupalak, bukan senang nak jumpa buku yang di akhirnya ada buat rumusan sendiri. Haa... buku ni ada dan yang seronoknya sama seperti apa yang bermain dalam fikiran.. taktaulah kalau pembaca lain ada rasa yang berbeza....
Benda merentas masa ni memang genre kegemaran. Mulanya takut juga kot-kot bosan. Tapi ternyata tidak. Dari satu plot ke satu plot, buat aku teruskan bacaan. Tema persahabatan sangat kuat. Aku puji penulis dari segi kekemasan tulisan dia. Tak terlalu sempurna tapi cukup buat orang tak berhenti baca.
Walau sedih sikit dengan ending novel ni, tapi puas lah baca. :)
p/s : Bolot ni pasal perebutan kuasa yang bawa kemusnahan.
Done.. Penulis baru yg muncul dengan identiti dan idea serta imaginasi nya yg tersendiri.. bahasa yg simple dan cara olahan yg agak santai.. good job bro.. enjoy reading your book.. satu permulaan yg baik.. cuma ending dia macam tergantung.. misi ads dan kawan2nya tu tak habis lagi.. macam ada sambungan jak nih.. hahahahaaaaa... give you 4/5 *..