Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Satu Janji

Rate this book
TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak…
KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan!
KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka.
KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan?
KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula.

MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak…

“Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya.
Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda.
Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu.
“Hannah!” jeritnya melepaskan geram.
Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham.
Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?”
Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam.
“Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang....” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram.
“Hurm... Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal.
Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya…

JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam kekal…

800 pages, Paperback

First published January 1, 2014

16 people are currently reading
313 people want to read

About the author

Ameera Ameer

24 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
165 (52%)
4 stars
107 (34%)
3 stars
29 (9%)
2 stars
7 (2%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
August 18, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Memang sangat-sangat best! Suka sangat dengan Ilham dengan Hannah. Nasib baiklah tak banyak sangat watak yang mendengki dalam novel ni. Watak-watak yang mendengki tu pun tak ditonjolkan sangat. Kalau tidak pastilah N stress habis and frust menonggeng time baca...

Tajuk cerita ni memang sangatlah sesuai dengan jalan ceritanya.

Kerana satu janji, Ilham rasa bersalah untuk menyintai Hannah. Hannah hanya dianggap sebagai satu tanggungjawab.

Kerana satu janji, Hannah rasa bersalah untuk melanjutkan tempoh perkahwinan mereka. Padanya, Ilham layak bersama dengan kekasih yang amat dia cintai.

Kerana satu janji, Ilham dan Hannah cuba menafikan rasa tiap kali pandangan berpadu.
53 reviews44 followers
July 17, 2014
Sajak khas Kerana Satu Janji

Kerana Satu Janji - Hannah dan Ilham dipertemukan
Kerana Satu Janji - Akad keduanya dipeterai
Kerana Satu Janji - Hannah & Ilham berjanji utk bersama selama 3 bulan sahaja.....

NAMUN....

KERANA SATU JANJI -
Ada hati terusik ada hati diusik
Ada hati terpikat ada hati terikat
Ada hati bimbang ada hati sangsi
Ada dua hati mula berputik cinta dan RASA

KERANA SATU JANJI-

Cikgu Ilham bertanggungjawab terhadap Hannah
Cikgu Ilham mula ada RASA dengan Hannah
Cikgu Ilham mula jatuh cinta dengan Hannah
Cikgu Ilham TETAP terikat janjinya dengan Allah....

Bagi Cikgu Ilham...
Hannahnya cantik
Hannahnya manja
Hannahnya garang
Hannahnya nakal
Hannahnya suka melawan
Hannahnya kuat menangis
Hannahnya sangat ISTIMEWA

"awak tanggungjawab saya Hannah. Saya akan pertahankan awak walaupun nyawa saya menjadi taruhannya"- Ilham.

KERANA SATU JANJI

Hannah terpaksa melepaskan RASA itu
Hannah terpaksa melepaskan hak yang dipinjamnya
Hannah terpaksa pergi kerana tersalah TAFSIR antara mi hoon goreng dengan spaggeti

Bagi HANNAH....
Ilhamnya pemberi kasih sayang yang melipah ruah
ILHAMNYA...
My musketeers
My savior
My husband!

"saya nak awak peluk saya...
saya izinkan dengan sepenuh hati saya...
nak peluk boleh?
nak beli lolipop!"

"Saya sayangkan awak Ilham. Dalam awak tak sedar, awak telah buat saya punya rasa yang berbeza pada awak walaupun saya tak sepatutnya berperasaan begitu. Maafkan saya, saya terpaksa pergi untuk kebahagiaan awak dan Suraya. Juga kerana satu janji yang tak mampu saya leraikan. MAAFKAN SAYA ILHAM"

KERANA SATU JANJI

Adakah hubungan akad Cikgu Ilham & Hannah akan terlerai KERANA SATU JANJI?
Adakah Cikgu Ilham akan meneruskan hubungan dengan tunangnya KERANA SATU JANJI?
Adakah Hannah sanggup melepaskan Cikgu Ilham spesies Lelaki Melayu Terakhir dan Lelaki edisi terhad KERANA SATU JANJI?

TAHNIAH ! TAHNIAH! TAHNIAH !
Bagi diriku...inilah Naskhah terbaik kebabboommm ameera amer drp naskhah sebelum sebelumnya ini...
Sebab Cikgu Ilham...Cikgu Wan bagi Cikgu Ilham ni berbintang bintang sebanyak bilangan jutaann nyamuk yang berterbangan di atmosfera....errkk

adakah janji dalam KERANA SATU JANJI DITEPATI ATAU DICAPATI....dapatkan di pasaran....

sebuah lagu khass daripada cikgu wan untuk cikgu ilham....drp man bai....Hannah sila makan hati...dah janjikan nak kasi cikgu wan....hehehhe

Khas untuk cikgu Ilham...

Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan

Chorus
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh cikgu Ilham
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau cikgu ilhamku
Kau cikgu ilhamku
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 28, 2022
[BOOK 125]

Kerana Satu Janji by Ameera Ameer.
.

Okay, jujurnya, buku ni initially aku dah letak tepi selepas baca 10 bab pertama. Sebabnya, satu, tebal gila. 800ms. Kedua, sebab ni buku lama kot, so, susahnya nak dapatkan vibe dan feeling tu. Aku yakin, kalau aku baca buku ni 8 tahun lepas, mesti feeling tu, sampai ke bintang. hahaha. Ketiga, sebabnya watak Hannah ni sangatlah kerek.
.

Dan macam biasa, lepas dah habis novel lain, kita patah semula ke novel ni. Eh rupanya best jugak. Hannah tu takdelah kerek sangat. Dan watak Ilham ni memanglah husband material. Eh tetiba dah habis. hahaha
.

Hannah ni kerek nak mampus. Sebab terdesak tak nak kahwin dengan Azryl, dia sanggup bayar Ilham untuk kahwin dengan dia. Ilham ni pulak tengah desperate perlukan duit untuk selamatkan Izwan yang dalam penjara. Kiranya, kahwin kontrak. Selama 3 bulan je. Lagipun Ilham dah bertunang dengan Su. Hurm, tapi kalau dah Ilham la suaminya, takde maknanya 3 bulan je. Terus kahwin sampai ke syurga.
.

Kerana satu janji. Kerana semasa melafazkan akad nikah, automatically, Ilham telah berjanji di hadapan Tuhan, untuk menjaga Hannah, maka atas dasar tanggungjawab tu la, Ilham berjaya melenturkan kedegilan Hannah.
.

Aku suka watak Ilham ni. Sebelum berkahwin dengan Hannah, dia nak putuskan pertunangannya dengan Su sebab tak baiklah semasa jadi tunang orang, dia kahwin dengan orang lain. Tapi Su menghalang. Dan lepas kahwin dengan Hannah, walaupun Ilham masih sayangkan Su, tapi dia rasa bersalah membiarkan Su berharap. So, dia putuskan juga pertunangan mereka dengan harapan, kalau ada jodoh mereka, mereka akan kahwin jua nanti.
.

Ilham ni memang betul-betul bertanggungjawab pada Hannah, walaupun awalnya dia tak suka pun Hannah ni. Ilham tegur tentang solat, aurat, hubungan dengan keluarga. Hingga akhirnya Hannah jatuh cinta pada Ilham. Halah..masing-masing dah jatuh cinta sebenarnya.
.

Hannah ni pun, bukanlah teruk sangat sebenarnya. Cuma dia kurang kasih sayang. So, bila Ilham dan keluarganya sayang Hannah, memang Hannah berubah jadi baik la.
.

Suka watak mak Ilham juga. Penuh dengan kasih sayang. Seperti yang dia cakap, mak sayang Hannah, mak sayang Su jugak. Tapi Ilham kena tahu, tanggungjawab dan janji mana yang lebih utama.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
March 3, 2024
typical cerita drama melayu dulu-dulu (this novel published 2014), kahwin kontrak & bila dah kenal jatuh cinta. Even agak predictable & cliche tapi kan saya suka cerita ni sebab cara olahan penulis haha. Perangai Hannah yang ketegaq, pemarah & agak diva di satukan pula dengan Ilham yang sopan, baik hati, tenang ribut jiwa & tersangatlah sabar dengan perangai Hannah yang kadang tu minta penamporrr. Memang betul-betul kena dengan tajuklah kerana satu janji, mampu ke Hannah & Ilham mencapai bahagia?

Pastu, epilog tuu omgeeee terkejut saya macam ehhhhhh okayy & tak sabar nak tunggu buku sekuel sampai sebab nak tahu kesinambungan hubungan Ilham & Hannah & Suraya & Alvin.
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
July 18, 2014
Dari berdiri, duduk, baring dan menerap.... semua gaya saya buat asalkan tak perlu berhenti menelaah naskah ini.


cinta tak semestinya bersatu. saat Ilham dalam kesusahan, cintanya pada Suraya jadi taruhan. Namun dengan janji hanya untuk 3 bulan, dalam terpaksa.. Suraya relakan. Janji Ilham hatinya hanya milik Suraya.

Hannah... tak mungkin dia akan memperjudikan masa depannya dengan mengahwini Azryl. Ilham saja peluang yg dia ada. walau harga RM100k bukan sedikit untuk sebuah perkahwinan yang hanya 3 bulan. Janji dilafazkan pada Suraya, pasti Ilham akan dipulangkan pada yg berhak.

namun jodoh mereka telah tertulis. Dan sememangnya mereka dicipta untuk menyempurnakan antara satu sama lain. Lalu tegakah mereka memungkiri satu janji?
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
August 31, 2014
Selesai sudah baca novel ketiga dan yang terakhir aku beli kat kedai hari tu.. Dari malam tadi baca, lepas tu sambung lagi, akhirnya selesai jugak pembacaan.. Setelah kecewa dengan novel Dicintai Atau Mencintai sebab asyik pegang letak pegang letak tapi sampai sudah tak baca habis, akhirnya kekecewaan terubat dengan novel Kerana Satu Janji ni..


p/s: Boleh simpan novel ni masuk dalam almari... :)
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
September 19, 2018
Satu je yang tak berubah sepanjang pembacaan aku iaitu kedegilan Hannah Ayuni. Aku sebenarnya annoying dengan sikap degil Hannah yang kadang-kadang tak kena masa dan tempat. Kedegilan yang diwarisi dari mama (Datin Umairah). Bila dah terhantuk baru nak terngadah.

Ilham yang sangat baik, tak boleh tengok orang lain dalam kesusahan mesti nak ditolongnya. Hannah pon nak kena pantau Ilham selalu sejak dapat bertukar ke sekolah baru sebab dah tahu Ilham tu macam mana. Hannah yang degil tu pun boleh beralah dengan Ilham. Dalam lembut bicara tu ada ketegasannya.

Tabik dengan keluarga Ilham, walaupun orang kampung duk mengata tanpa usul periksa terlebih dahulu tambah-tambah dengan mulut Mak Seri (Mak Suraya), mereka tak ambik kisah pun dan malas nak peduli dengan mulut orang sekeliling.

Kasihan dengan Suraya, kekasih yang setia. Siapa sanggup tengok kekasih hati berkahwin dengan orang lain. Tunggu punya tunggu tapi sia-sia sebab cinta Ilham dah beralih arah.

Sebuah novel lama yang pada aku dah kurang wow!!!. Kalau baca masa baru terbitu tu mesti seronok. Rugi sebab dah banyak ketinggalan. Baru sekarang kalut nak cari dan baca.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
July 16, 2014
Dapat-dapat jer buku terus buka dan baca.. mmg x menahan.

habis langkau segala yang berbaris panjang tue hah.. ngeeee..

memang sangat-sangat ohsem perjalanan hidup Hannah ngan Ilham..
Dengan gaduhnya, dengan marahnya, dengan merajuknya, dengan romantika de amour nyer.. memang semua first class!

baca dan terus membaca.. x sabar nak ke titik penamat! dan moment bila habis baca, hati jadi terluka... uwaaaaa... okey YES I'M GRATEFUL that both Ilham and Mrs Ilham bahagia..

TAPI orang yang melepaskan orang yang disayangi demi kebahagiaan orang yang tersayang itu sangat sangat sangat devastated! menyentuh hati. dan saya emosi. nak tido pun terkebil2 memandangkan if there is reality on it. x tau cemana nak menghadapi. mood bangun pagi pun masih terbayang2.. sangat2 kesian. huhuhu... pity him. wish that the accident never happen.

and saya respect tindakan dia. Dia dah buat yang terbaik walaupun hatinya terluka. lebih2 lagi, bila Mrs Ilham dan pregnant. uwaaaa... let me hug u ya!!!
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
November 1, 2014
The story is telling us about Hannah Ayuni and Ilham. Hannah ni anak orang kaya and Ilham he's just a teacher. The story starts when Datin Umairah ~ Hannah's mother asked her to marry a guy named Azryl. Hannah ni pulak benci sangat dekat Azryl. So in order utk lari daripada commitment perkahwinan yg telah diatur oleh kedua orang tuanya ~ Hannah nekad utk melepaskan diri dengan cara yg sama but with another guy. And she choose Ilham. Ilham yg pada ketika itu menghadapi masalah kewangan bersetuju utk menikahi Hannah. Lepas ni cerita semakin menarik as Ilham and Hannah masing2 jatuh cinta sesama sendiri. Cerita ni tak la overload dengan ayat2 romantis but it is written beautifully in its own way. Okayyy thats all from me. See you in next book review! ^^
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
August 5, 2014
salam..

lamanyer xupdate my GR hihi
nk up date cmne lgsg xmembaca

done this book.. totally my choice 4 july..

kisah K1J ni xheavy mne pn. saya suka jalan cite dia xde part yg rse
bosan..

apa yg jadi dalam kisah K1J ni sume hanya kerana 1 janji mmg sesuai tajuk eh..

hannah seorg wanita yg ego belagak sombong keras kepala n seangkatan dgn nyer dia juga seorg ank yg kekurangan kasih sayang ibu bapa dia dipinggirkn wlwpn hidupnya mewah. kerana dia dipaksa utk berkahwin dgn azli @ playboya dia tekad akan laku kn apa shj supaya demi masa depan dia..

ilham seorg cikgu biasa2 je pertemuan beberapa kali dgn hannah tak sangka akn mengikat dia dan hannah dgn 1 ikatan.. dia terdesak sebab janji dia pada ayah akhirnya dia akur utk menerima hannah sbg isteri wlwpn cikgu ilham ni dah bertunang. kecian jugak dgn su dah la ssh nk bersama sbb tentangan keluarga alih2 dia terpaksa berkorban.

finally dorg berkahwin.. start part dorg kawin ni mmg tip top cmne cikgu ilham yg sentiasa cool n sabar melayan hannah yg belagak mcm bgs tapi dlm hati ada taman..

aduhai betapa sweetnyer la cikgu ilham ni serius korg g la baca..
jalan cite dia mmg best.

to ameera the story of u darling me luv it
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
May 10, 2015
setelah berbulan tak membaca novel akibat kekangan masa akhirnya ..

baru je lps exam so nk release tension, ramai yg kata buku ni best. gagahkan juga tgn mencapai buku ni walaupun hati tak brapa nak suruh..

dan yes, sy tak tahu knp sya tak boleh "menjiwai" watak2 dalam novel ni. saya rasa salah saya kot. ntah lah. tak de mood nk membaca tpi rindu sgt nk bca novel.

Overall cita ni mmg okat tpi perkataan best tu susah sy nk sebut.
tapi tajuk mmg sesuai sgt. ilmu agama pun ada. Sungguh, takdir allah tu mmg indah. mcm mna dorang bertemu dan berkahwin seterusnya jatuh cinta.

Tapi knp penulis kejam sgt ? kesian sgt dekat alvin. sy saya mmg salute gila kat dia. tak pentingkn diri sendiri, sedar diri mcm mna. Sungguh, cinta tu tak semestinya memiliki. Bahagia itu dengan melihat org yg kita cintai bahagia walaupun di samping orang lain. Chewah ayat.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
October 30, 2016
Kepuasan dalam membaca. Dah lama tak jumpa buku yang dapat tarik kita masuk sekali dalam kisah. Jalan cerita yang alirannya sangat baik. Adore Cikgu Ilham dalam mendidik isteri kontraknya. Adore Cik Hannah yang walaupun idea gilanya memberi banyak impak pada orang lain dengan sikap sombong dan bongkaknya tapi masih mampu berbuat baik hatta pada ibu mertua kontraknya.

Kerana tiada istilah kahwin kontrak dalam islam akhirnya Ilham memilih untuk memegang janjinya pada Allah menjaga dan bertanggungjawab pada seorang hannah.

Suka suka suka. Good job Ameera Ameer
Profile Image for Ed.
102 reviews12 followers
December 17, 2016
Excellent. Saya nak bagi semua bintang di langit utk novel ini. So far dlm list top 5 saya novel terbaik utk tahun ini. Lucu, sedih, gembira, marah, manis.....semua rasa ada dlm novel ni. Rasa cinta & kasih sayang Cikgu Ilham & Hannah kita dapat rasa sampai ke lubuk hati. Alahai.....sweetnya dorang. Mesej bahawa cinta tak semestinya dimilikki sampai kpd pembaca. Sebak & insaf rasanya. Ini novel kedua dari penulis yg saya baca & I'm definitely going to buy her other novels.
Profile Image for Zack.
56 reviews5 followers
October 16, 2014
rm18(tidak termasuk harga pos)
-sold-
Profile Image for Wan Suraya Nadia.
54 reviews5 followers
August 12, 2014
Janji! Terlalu mudah berjanji tetapi janji yang mana harus dituruti? Janji yang mana perlu dimungkiri? Masing2 memberi janji, saat situasi berubah janji itu mengikat diri…
Kerana janji telah membeli jiwa.. Kerana janji telah memberi cinta.. Kerana janji telah membawa makna.. Kerana janji telah bersatu RASA..

Kerana Satu Janji (K1J)- Karya yang penuh dengan ‘rasa’. Melayari kisah ini memberi satu rasa yang berbeza, kasih sayang mengalir didalam jiwa.. Tulusnya erti kasih didalam sebuah keluarga. Penceritaan yang dimuatkan dengan kisah suka duka dan pengorbanan.

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku..

Nekadnya Hannah memilih Ilham sebagai suami kerana tidak mahu dijodohkan dengan Azryl. Ilham yang tiada pilihan lain, demi untuk menyelamatkan adiknya terpaksa bersetuju dengan syarat Hannah. Ilham mengorbankan cintanya pada Suraya, tulusnya kasih seorang abang demi amanah yang telah diterima.
Janji Hannah pada Ilham cuma tiga bulan…

Kerana satu janji mereka bersatu..
Pelbagai kisah dan cerita dalam tempoh tiga bulan hidup Hannah dan Ilham, mereka berkongsi cerita suka dan duka. Hubungan yang halal itu memberi ruang untuk mereka saling memahami kisah hati masing-masing.
Pada Ilham, Hannahnya cantik, Hannahnya manja, Hannahnya garang, Hannahnya nakal, Hannahnya suka melawan, Hannahnya kuat menangis
Hannahnya sangat istimewa..
Pada Hannah, Ilhamnya.. ‘My musketeers, my savior and my husband!’

Kerana satu janji mereka sangsi dengan perasaan sendiri..
Hannah dan Ilham, kedua-duanya punya cinta pertama dan cinta itu masih membelenggu diri.
Apa yang terjadi selepas tiga bulan? Janji yang mana menjadi keutamaan?

Ilham yang baik.. Ilham yang cool.. Ilham yang bertanggungjawab.. Ilham yang loving.. Ilham yang caring.. (ini komen saya..hihihi)
Walaupun ikatan mereka bertempoh, Ilham tetap menjalankan peranannya membimbing Hannah, untuk isterinya menjadi wanita yang solehah. Ilham adalah cikgu untuk Hannah yang paling setia..

Bukan hanya kisah cinta, tetapi karya ini juga memperlihatkan tentang hubungan kekeluargaan, kasih sayang antara anak dan ibu bapanya. Ingatlah wahai anak, walau bagaimanapun sikap ibu bapa itu, mereka harus tetap dihormati…
“Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”

Konflik yang berlaku di dalam keluarga Hannah menjadikan dia seorang anak yang kurang kasih sayang dan perhatian. Hannah cuba menutup sikap sebenarnya dengan sikap yang negatif.. Hannah yang kekwat, Hannah yang sombong, Hannah yang keras..

Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Hannah nekad tidak mahu menerima Azryl? Bagaimana dengan cinta pertama Hannah dan Ilham? Konflik apa yang berlaku dalam keluarga Hannah?
Segala persoalan, jawapannya ada di dalam K1J. Silalah dapatkan novel ini dan baca ye..

Kisah yang penuh dengan emosi, ada rasa lucu, nakal, gembira, sedih, geram dan banyak lagi ‘rasa’ dalam karya ini. Jalan cerita yang sangat menarik, mudah difahami dan senang menghayatinya.

Karya kelima penulis ini sangat menepati citarasa saya..Superbb!! Love it very much..
Tahniah kak Ameera Ameer.. Teruskan berkarya…

Meh2, tgk video K1J yg saya buat ni ye.. https://www.youtube.com/watch?v=8c6Cd...
Profile Image for Bica Bie.
23 reviews7 followers
July 27, 2014
NOVEL : KERANA SATU JANJI

PENULIS : AMEERA AMEER

NOVEL NO : 674

REVIEW BIE

KERANA SATU JANJI WOW SWEET BAGI SAYA….
PADA PENDAPAT SAYA LA INI…. SAJA NAK CERITA SIKIT …NAK CERITA BANYAK MACAM TAK RAJIN JE….
HANNAH GADIS YANG INGINKAN KASIH SAYANG SEBENARNYA WALAUPUN MEMPUNYAI DUA AYAH DAN DUA MAK TAPI KASIH SAYANG YANG DIHAJATI TIDAK DIPEROLEHI…HIDUP DALAM KEMEWAHAN TAPI MISKIN KASIH SAYANG.
CIKGU ILHAM PULAK WALAUPUN TIDAK KAYA HARTA TAPI KAYA DENGAN KASIH SAYANG…MEMPUNYAI MAK DAN ADIK-BERADIK YANG MEWAH KASIH SAYANG…
PERTEMUAN YANG TIDAK DIRANCANG…MULA-MULA BERTEMU SEBAB ILHAM SELAMATKAN HANNAH MASA LEMAS …HANNAH INI PULAK SOMBONG PULAK SUDAHLAH ORANG SELAMATKAN DARI LEMAS, TAK RETI UCAP TERIMA KASIH PUN …NASIB ADA ELYNA KAWAN HANNAH… MASA INI ILHAM BERSAMA SURAYA..( TUNANG ILHAM ) …..
PERTEMUAN KEDUA ILHAM DAN HANNAH ,MASA INI PUN HANNAH NAMPAK SOMBONG DIMATA ILHAM… APA YANG BERLAKU SEBENARNYA…BACA SENDIRI…
PERTEMUAN SETERUSNYA ANTARA ILHAM DAN HANNAH ADALAH ATAS PERMINTAAN HANNAH… PERTEMUAAN YANG MENGUBAH STATUS ILHAM DAN HANNAH . ADA SEBAB PERTEMUAN INI BERLAKU … NAK TAHU BACA SENDIRI YE ..
HANNAH TEKAD MENOLONG ILHAM DENGAN SYARAT ILHAM SUDI MENJADI SUAMINYA, HANNAH SANGGUP MENJADI ISTERI ILHAM DARIPADA MENJADI ISTERI AZRYL … ( SAPA AZRYL KENA SELIDIK SENDIRI DALAM NOVEL …..)
KEHIDUPAN HANNAH MULA BERUBAH SETELAH MENJADI ISTERI ILHAM APALAGI BILA HIDUP DIKAMPUNG, KASIH SAYANG YANG DICURAHKAN MEMBAHAGIAKAN HANNAH TETAPI KERANA SATU JANJI HANNAH TEKAD MENINGGALKAN KASIH SAYANG ITU…
TETAPI ILHAM TIDAK RELA KEHILANGAN HANNAH , ILHAM RELA KEHILANGAN SURAYA (TUNANG ILHAM ) DAN TEKAD MEMILIKI HANNAH SEUMUR HIDUPNYA TETAPI ILHAM KELIRU DENGAN NAMA ALVIN YANG SERING KELUAR DARI MULUT HANNAH….SIAPA PULAK ALVIN INI BACA SENDIRI YE…
BERJAYAKAH ILHAM DAN HANNAH HIDUP BAHAGIA… APA YANG TERJADI DENGAN AZRYL…SAPA PULAK ALVIN DALAM HIDUP HANNAH….

MILIKI NOVEL KERANA SATU JANJI DAN BACA SENDIRI

APA PUN SAYA MENANGIS JUGAK APABILA MEMBACA TENTANG ALVIN … KENAPA DAKU KESIAN DENGAN ALVIN INI…

APAPUN NOVEL KERANA SATU JANJI TETAP HAPPY ENDING JANGAN RISAU YE…HAHAHAHA…………


KOMEN :-

KASIH SAYANG KELUARGA BOLEH MENGUBAH DIRI KITA
CINTA WALAUPUN TIDAK MEMILIKI TETAPI MELIHAT ORANG YANG DICINTAI BAHAGIA PUN BOLEH BAHAGIA…
JANJI PERLU DITETAPI
APAPUN KERANA SATU JANJI ILHAM DAN HANNAH BAHAGIA BERCINTA

APAPUN BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA


Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
December 23, 2014
Ttg janji seorang Mohd Ilham Hazri (Ilham) kepada Sarah si kekasih hati, kepada isteri yg dinikahi, kepada ibu yg dikasihi & kepada mertua yg dihormati.

Ttg janji seorang Hannah Ayuni (Hannah) kepada sang suami yg pada mulanya tidak disukai, kepada mertua yg disegani & kepada kekasih suami yg hatinya difahami.

Demi sebuah maruah & tanggungjawab yg perlu dilunasi serta demi menolak satu ikatan yg tidak direlai, Hannah & Ilham bersatu dlm lafaz ijab & kabul atas dasar kontrak aturan mereka sendiri. Permulaan hubungan yg tanpa sebarang perasaan, dr sehari ke sehari, sedikit demi sedikit benih2 sayang mula bercambah & akhirnya rasa cinta mula bersemi tanpa disedari.

Namun lantaran bimbang digelar munafik & pemungkir janji, Ilham & Hannah terjeda sendiri. Lantas rasa cinta yg hadir cuba dinafi. Akan tetapi, antara janji2 yg telah ditaburi, janji kepada Ilahi adalah janji yg paling suci & wajib didahului.

Walau pelbagai tohmahan serta umpat keji yg terpaksa ditelan oleh Ilham & Hannah, akhirnya bahagia mampu dikecapi apabila kasih sayang yg bercambah subur tidak lagi dapat dinafi.

Naskhah ini sgt teratur penceritaannya. Gayabahasanya mudah. Saya dgn mudah terbawa dek emosi, oleh rasa marah dgn kesombongan Hannah, oleh rasa terharu dgn ketulusan Ilham & Makcik Lela, oleh rasa benci dgn kekerasan hati Datin Umairah, & pelbagai lg.

Syabas kepada penulis.
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
October 5, 2014
sebuah karya yang menarik.. edisi susah letak jgk sebab nak tahu endingnya..
tegarnya Hannah Ayuni memperjudikan nasib kahwin dgn cikgu Ilham sebab x nak kahwin dgn Azryl... perjanjian mereka hanya 3 bulan. Ilham terpaksa putuskan pertunangan dgn Suraya sebab nak kahwin dgn Hannah. dan akan kembali pada suraya selepas segalanya selesai. Bagi Ilham perkahwinan mereka atas dasar give n take.Namun dalam tempoh 3 bln tu bibit cinta mula terbit antara mereka.. Hannah & Ilham keliru dengan janji mereka. untuk melepaskan hannah ilham x sanggup.. bagaimana dengan Hannah. siapakah Alvin??? kesian Alvin. tapi sudah tertulis begitu takdir mereka. Hannah adalah milik Ilham.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 27, 2014
Kerana Satu Janji...citer yg sesuai dgn tajuk! blh dikatakan antara novel terbaik 2014 kut....sgt bagus isi citernya..olahan yg baik... membacanya membawa emosi dgn pelbagai rasa seolah dpt rasai sama perasaan cinta & kasih sayang antara Ilham dan Hannah!!!mmg terbaik! harus beli dan jadikan koleksi!!!! tk rugi malah sgt mengesankan!! ^^
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
June 22, 2016
Ulang baca semula: 19.06.2016-22.06.2016
Sebab rindu kisah Hannah & Ilham yg awesome!! hahaha!!!

Cukup puas hati....
novel ni di cadangkan oleh seorang teman & nampak ye tidak mengecewakan...
Ia masih tema "kawin kontrak" tapi lebih banyak nilai-nilai yg ingin di sampaikan ke arah ke baikkan.~bukan bermaksud kawin kontrak tue bagus eak... :)
So memang tidak mengecewakanlah...
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
September 4, 2014
cite ni sweet je.... kalau la ade suami yg macam ilham...mmg best la...dah la baik,soleh,rajin,hormat org tua...mmg semua yg best2 la ilham ni...
alvin mmg bagus sbb nk tengok org yg dia sayang hepy...taknak hannah ssh sbb dia...cikgu ilham mmg the best :)


Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
September 17, 2014
citer yg ohsome sgt.. Ilham melengkapi dan mengubah hidup hannah yg kekurangan kasih sayang.. walaupun dlm kawin kontrak pada mulanya tapi masing2 datang 'rasa' di hati masing2. Dengan ilham yg nakal dan hannah yg degil dan keras kpala itu membuatkan novel ini sgt menarik.
20 reviews
August 5, 2014
3x baca n masih tak jemu...sgtttt bestttt! tahniah penulis
Profile Image for Misaki.
5 reviews1 follower
August 15, 2014
best sangatttt......all in 1....sad, happy, humor.....
Profile Image for Sue Hazim.
3 reviews3 followers
August 27, 2014
rugi sape yg xbc..ckgu Ilham sgt2 sweet..i like!!! hehe
4 reviews
September 20, 2014
cerita yg best sgt...menyentuh hati...tp sy sgt kesihan kn suraya...
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
June 24, 2021
HANNAH AYUNI, MOHD ILHAM, ELYNA, ALBERT, ALVIN, DATIN UMAIRAH, DATUK MAZLAN, MAK LEHA, EN RASHID, PN DAHLIAH, SURAYA, SHAHIR, MAK CIK SERI, CHIKA, GARY, AZRYL, RICKY, IZWAN, ZURA.

Novel ini aku dah baca last yer, tapi repeat lagi😌

Hannah hidup dalam keluarga yang pentingkan diri sendiri. Mama dan ayahnya berpisah kerana mamanya tidak sanggup hidup susah. Datin Umairah memilih Datuk Mazlan. Ayahnya, En Rashid berkahwin dengan Pn Dahlia. Hannah bertemu dengan Alvin ketika belajar dia Manchester. Perkenalan mereka membawa kepada pernikahan. Namun Alvin kemalangan pada hari bahagia mereka.

Setelah 2 tahun, Datuk Mazlan berhajat menyatukan Hannah dengan anak partner bisnesnya, Azryl. Hannah membantah kerana Azryl seorang playboy. Hannah tekad melakukan apa sahaja asalkan dia tidak berkahwin dengan Azryl. Saranan bersahaja rakan baiknya, Elyna telah direalisasikan Hannah. Dia berkahwin dengan Cikgu Ilham

Walau bagaimanapun permulaan sebuah ikatan halal terbentuk, proses sepanjang ikatan yang paling penting. Lepaskan yang sudah berlalu, hargai masa kini, berusaha yang terbaik untuk hari esok dan serahkan pada yang Maha Esa untuk masa akan datang.

Ok done!!! ✌🏻Jom baca kesinambungan novel ini ---> TERLERAI SATU JANJI
Profile Image for Lynna Hanaa.
33 reviews
February 1, 2022
Novel KSJ lebih baik dari DU,WYMM kerana ia ramai watak dan isi ceritanya menarik.
Pada mulanya, saya kesian jugak kat Suraya sebab seperti dikhianati. Tapi akhirnya Suraya harus akur walaupun asyik nangis, sedih & sakit2 segalanya.
Hannah diawal cerita seperti hanya mementingkan diri sendiri dan walau Ilham bukanlah yg pertama. Sesungguhnya pada permulaan, sukar utk Ilham menerimanya & melaluinya. Namun diakhirnya demi ikatan yg suci itu, mereka bersama.
Cuma saya tak sangka, harapan Alvin utk memiliki Hannah yg kecundang. Disini Alvin lah yg berjuang utk satu pengorbanan.
Profile Image for kay ♡.
307 reviews
October 28, 2025
3 stars sbb I rasa serba salah. I kesian kat Hannah dan Suraya, si Ilham ni terhimpit di tengah2. I kesian kat Hannah sebab dia ni come from broken family. Belah mommy dia kena paksa kahwin, belah papa dia pulak problem dengan ibu tirinya. Karakternya a bit rude, mungkin sebab kurang kasih sayang dari kedua ibu bapanya. I also kesian kat Suraya jgk, dia dah lah planning nak kahwin dengan Ilham...alih2 tak jadi sbb Ilham kahwin dengan Hannah atas satu janji. Ingatkan 3 bulan tu terus cerai rupanya tak. Siapa tak frust kan. Banyak konklik dalam buku ni, tetapi byk pengajaran jgk.
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.