Jump to ratings and reviews
Rate this book

Champak

Rate this book
Buku ini telah merakam bait kata-kata para penulis tentang apa yang dirasai tatkala menjalani kehidupan seharian mereka. Mereka menghayati, kemudian suatu rasa hadir dalam sanubari, lalu membawa mereka mencoret rasa agar diketahui oleh ramai orang dan semoga ia mampu membawa para pembaca semakin akrab dengan Sang Pencipta kehidupan.

” Jika ditanya mana hati menyusup pergi,

jawapannya di sini,

dengan mengeja aksaranya setiap satu,

kau sedang membaca aku.”

84 pages, Paperback

First published January 1, 2014

6 people are currently reading
96 people want to read

About the author

Kumpulan Penulis Champak

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (34%)
4 stars
12 (19%)
3 stars
12 (19%)
2 stars
12 (19%)
1 star
4 (6%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
August 2, 2020
Adakah aku tidak ditakdirkan untuk tidak ngam dengan buku-buku puisi, prosa kata, sajak & sebagainya. Kadangkala, aku rasa sebahagian isi dalam buku ni boleh diterima dengan baik. Kira dapat memahami la maksud yang ingin disampaikan.

Tetapi ada jugak sebahagian isi dari buku ini yang kena baca banyak kali untuk faham. Baca banyak kali tak fhm pun ada. Haha sedih betul mengenangkan diri yang susah untuk baca bahasa kiasan, bahasa yang org kata deep la.

Sebab dulu aku ada sorang kawan ni. Dia suka sangat cakap dgn aku guna bahasa yang boleh dikatakan rumit tapi dia sebenarnya nak sampaikan benda yg ringkas. Lepastu aku terkulat kulat tak fhm and ambil masa lama nak hadam. Lebih kurang mcmtu la dia punya persamaan antara isi dalam buku ni dgn kwn aku. Tiber.

Cumanya aku ada fav part la dalam buku ni. Yang tulisananya tak lebih dari 3-4 perenggan hehe. Aku cuba rungkaikan yang Champak ini sebenarnya lebih kepada untuk motivasi diri, kehidupan, perasaan dan muhasabah diri.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 24, 2018
(2.5 bintang)
Ini sebuah buku yang berlantaikan kata-kata memujuk hati. Ada luahan perasaan dan curahan pengharapan yang digunakan sebagai medium menghebahkan pesan-pesanan. Laras bahasa yang sederhana dan pemilihan perkataan yang mudah membuat maksud coretannya menjadi lebih lahiriah. Isu-isu kerohanian dan ketuhanan yang dibicarakan hampir di semua coretan, hampir oleh setiap penulis adalah sangat relevan dan relatable dengan kehidupan sehari-hari.

Membaca buku ini membuat hamba merasakan seperti membaca status-status atau tulisan-tulisan di media sosial (adakah?). Dan, kerana hamba selalu mengelak untuk membeli buku yang diterbitkan dari petikan kata-kata dari media sosial, maka hamba merasakan pengalaman membaca Champak tidak begitu enak.

Namun, ada kata-kata dari buku ini yang hamba hafal. Membacanya membuat hamba teringat setiap perkara-perkara kecil dan remeh dalam kehidupan hamba. Perkara yang mungkin tidak akan dan mungkin tidak perlu pun dimengerti oleh orang lain. :)

aku rindu
yang kupanggil rumah agam
biar sebentuk pondok cuma

(Champak #29: Rumah Agam; Hajar; Champak)
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
August 2, 2019
Buku ini diterbitkan pada tahun 2014 dan saya membacanya 5 tahun kemudian, 2019. Champak adalah gabungan puisi, kisah pendek, prosa serta sedikit gambar. Ada 72 Champak semuanya, ditulis oleh penulis berbeza.

Membacanya pada waktu ini, membawa saya kembali akan diri saya pada zaman awal 20-an dahulu.
Gelodak rasa gadis 20-an tentang perkahwinan, pencarian mencari diri serta tarbiyyah.

Kisah yang paling saya suka:
Champak #18 (Gelap Terang): bait perkataanya punya maksud tersirat dan tersurat, yang akhirnya membawa saya membuka tafsir [2: 274]
Saya suka puisi begini, membuat saya berfikir dan membuka Alquran dan buku bagi mencari dan memahami mesej yang disampaikan penulis.

Champak #24 (Sang Algojo): 3 rangka puisi, 7 perkataan yang sangat mendalam.

Champak #29 (Rumah Agam) kerana ia mengingatkan saya akan pergolakan rasa anak rantau.

Puisi yang lain juga baik. Saya kira, editor telah membuat kerja dengan saya baik dalam memilih karya dan menghasilkan buku yang baik seperti ini.


------

"Menyelit dalam sembunyi
Mencelah dalam terang
Moga Ikhlas, kau ada"
- #Champak 18

*Buku dibeli dari prelove kak Sajidah:)
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
March 27, 2019
"Mereka kata masa akan ubati semua luka, rupanya tidak. Masa cuma membuatkan kita 'terbiasa' dengan luka"

Banyak prosa, banyak puisi tapi aku tak taulah aku yang kurang memahami prosa kata ayat sebegini atau ayat-ayat yang digunakan terlampau mendalam.

Dan sampaikan aku rasa "apa yang penulis cuba nak sampaikan ni". Aku tak dapat relate, walaupun aku ulang² baca.

Tapi masih ada beberapa penulis yang aku dapat tangkap apa yang dia cuba nak sampaikan. Apapun teruskan berkarya. Jangan berhenti. Yang kedua mungkin lebih baik dari yang pertama. Siapa tahu!
Profile Image for Hakimi Mustafa.
17 reviews6 followers
April 23, 2019
Buku puisi pertama yg dibaca. Ada beberapa puisi yang perlu dibaca beberapa kali untuk faham. Dan ada beberapa yang sangat kena dgn diri.

Profile Image for Aizuddin Khalid.
138 reviews5 followers
November 13, 2018
Putting to words about feelings of need for love, forgiveness & to feel God's presence.
Profile Image for Kay Jay.
12 reviews1 follower
February 12, 2016
Sangat sesuai, untuk bermuhasabah.
Muhasabah diri dengan Tuhan, dengan hidup, dengan rasa.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.