Buku ini telah merakam bait kata-kata para penulis tentang apa yang dirasai tatkala menjalani kehidupan seharian mereka. Mereka menghayati, kemudian suatu rasa hadir dalam sanubari, lalu membawa mereka mencoret rasa agar diketahui oleh ramai orang dan semoga ia mampu membawa para pembaca semakin akrab dengan Sang Pencipta kehidupan.
Adakah aku tidak ditakdirkan untuk tidak ngam dengan buku-buku puisi, prosa kata, sajak & sebagainya. Kadangkala, aku rasa sebahagian isi dalam buku ni boleh diterima dengan baik. Kira dapat memahami la maksud yang ingin disampaikan.
Tetapi ada jugak sebahagian isi dari buku ini yang kena baca banyak kali untuk faham. Baca banyak kali tak fhm pun ada. Haha sedih betul mengenangkan diri yang susah untuk baca bahasa kiasan, bahasa yang org kata deep la.
Sebab dulu aku ada sorang kawan ni. Dia suka sangat cakap dgn aku guna bahasa yang boleh dikatakan rumit tapi dia sebenarnya nak sampaikan benda yg ringkas. Lepastu aku terkulat kulat tak fhm and ambil masa lama nak hadam. Lebih kurang mcmtu la dia punya persamaan antara isi dalam buku ni dgn kwn aku. Tiber.
Cumanya aku ada fav part la dalam buku ni. Yang tulisananya tak lebih dari 3-4 perenggan hehe. Aku cuba rungkaikan yang Champak ini sebenarnya lebih kepada untuk motivasi diri, kehidupan, perasaan dan muhasabah diri.
(2.5 bintang) Ini sebuah buku yang berlantaikan kata-kata memujuk hati. Ada luahan perasaan dan curahan pengharapan yang digunakan sebagai medium menghebahkan pesan-pesanan. Laras bahasa yang sederhana dan pemilihan perkataan yang mudah membuat maksud coretannya menjadi lebih lahiriah. Isu-isu kerohanian dan ketuhanan yang dibicarakan hampir di semua coretan, hampir oleh setiap penulis adalah sangat relevan dan relatable dengan kehidupan sehari-hari.
Membaca buku ini membuat hamba merasakan seperti membaca status-status atau tulisan-tulisan di media sosial (adakah?). Dan, kerana hamba selalu mengelak untuk membeli buku yang diterbitkan dari petikan kata-kata dari media sosial, maka hamba merasakan pengalaman membaca Champak tidak begitu enak.
Namun, ada kata-kata dari buku ini yang hamba hafal. Membacanya membuat hamba teringat setiap perkara-perkara kecil dan remeh dalam kehidupan hamba. Perkara yang mungkin tidak akan dan mungkin tidak perlu pun dimengerti oleh orang lain. :)
aku rindu yang kupanggil rumah agam biar sebentuk pondok cuma (Champak #29: Rumah Agam; Hajar; Champak)
Buku ini diterbitkan pada tahun 2014 dan saya membacanya 5 tahun kemudian, 2019. Champak adalah gabungan puisi, kisah pendek, prosa serta sedikit gambar. Ada 72 Champak semuanya, ditulis oleh penulis berbeza.
Membacanya pada waktu ini, membawa saya kembali akan diri saya pada zaman awal 20-an dahulu. Gelodak rasa gadis 20-an tentang perkahwinan, pencarian mencari diri serta tarbiyyah.
Kisah yang paling saya suka: Champak #18 (Gelap Terang): bait perkataanya punya maksud tersirat dan tersurat, yang akhirnya membawa saya membuka tafsir [2: 274] Saya suka puisi begini, membuat saya berfikir dan membuka Alquran dan buku bagi mencari dan memahami mesej yang disampaikan penulis.
Champak #24 (Sang Algojo): 3 rangka puisi, 7 perkataan yang sangat mendalam.
Champak #29 (Rumah Agam) kerana ia mengingatkan saya akan pergolakan rasa anak rantau.
Puisi yang lain juga baik. Saya kira, editor telah membuat kerja dengan saya baik dalam memilih karya dan menghasilkan buku yang baik seperti ini.
------
"Menyelit dalam sembunyi Mencelah dalam terang Moga Ikhlas, kau ada" - #Champak 18
"Mereka kata masa akan ubati semua luka, rupanya tidak. Masa cuma membuatkan kita 'terbiasa' dengan luka"
Banyak prosa, banyak puisi tapi aku tak taulah aku yang kurang memahami prosa kata ayat sebegini atau ayat-ayat yang digunakan terlampau mendalam.
Dan sampaikan aku rasa "apa yang penulis cuba nak sampaikan ni". Aku tak dapat relate, walaupun aku ulang² baca.
Tapi masih ada beberapa penulis yang aku dapat tangkap apa yang dia cuba nak sampaikan. Apapun teruskan berkarya. Jangan berhenti. Yang kedua mungkin lebih baik dari yang pertama. Siapa tahu!
Aku rasa buku ini sedikit membosankan sebab aku ambil masa yang betul-betul lama nak habiskannya walaupun bilangan muka suratnya yang sikit. Mungkin genre ini bukan jiwa aku.