Gaji besar atau kecil tiada bezanya apabila anda tahu apa itu ‘formula kekayaan’. Dalam mengharungi keperluan kehidupan sehari-hari, adakah di antara kita pernah merasai perasaan ‘kecukupan’ wang? Jika ‘cukup’ pun amat sukar rasanya untuk kita menikmati keadaan wang yang melimpah ruah sekiranya keadaan kita tidak berubah.‘Cukup’ merupakan istilah yang relatif buat seseorang individu dengan individu yang lain. Dalam bahasa mudah, cukup buat Individu A tidak semestinya cukup buat Individu B. Usahlah takut dilabelkan sebagai ‘kedekut’ oleh masyarakat sekeliling sebaliknya takutlah atas apa yang Allah hitung kelak akibat pemborosan kita. Diharap buku ini dapat membantu semua pembaca dalam memperbaiki keadaan kewangan masing-masing dan keluarga serta yang lebih penting mendapat hidayah daripada Allah SWT agar sentiasa diberkati dan lebih mendekati-Nya
Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan perancangan kewangan Islam ini merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.
Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor.
Beliau telah menghasilkan buku-buku pengurusan kewangan peribadi, Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke Mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012), Cukupkah Wang Anda (2014) dan Ada Apa Dengan RM (2017). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.
Done reading this book. Sekarang dah dapat gambaran untuk plan kewangan sendiri (walaupun tak kerja lagi). Buku ni wajib untuk dijadikan manual bagi anak2 muda yang mempunyai hutang yg pelbagai & bagaimana nak menyimpan duit supaya dah bersara nanti, boleh lenggang kaki tanpa hutang.
Buku ni banyak ajar aku :- 'Keperluan vs Kehendak' 'Takaful, Pelaburan, Menabung. Mana lagi prioriti?' 'Kalau kita muflis (nauzubillah) satu hari ni, apa perlu buat?' 'Macam mana nak ada RM200k tanpa buat pinjaman pelaburan ASB dalam masa 25 tahun'