Jump to ratings and reviews
Rate this book

Politik & Antarabangsa

Penjajahan Moden Dunia Islam

Rate this book
‘Penjajahan Moden Dunia Islam’ karangan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini merupakan terjemahan daripada karya asal Tuan Guru dalam bahasa Arab, berjudul ‘Ahammiyah al-Mawqif al-Islami al-Muwahhad Tujah al-ʿAwlamah’ (Kepentingan Kesatuan Islam dalam Menghadapi Globalisasi) yang merupakan kertas kerja yang dibentangkan oleh Tuan Guru dalam Muktamar Majmaʿ Taqrib antara Mazhab Islam di Tehran pada tahun 2003.

Hal ini berikutan dengan isu perpecahan dan kelemahan umat Islam di seantero dunia kesan daripada orde dunia baharu (new world order) yang dipaksakan oleh dunia Barat pasca-Perang Dingin yang dikepalai oleh Amerika Syarikat, di samping bagi mendepani perkembangan dunia pada masa itu ekoran peristiwa serangan 11 September 2001 atau juga dikenali sebagai 9/11 terhadap Amerika Syarikat.

Setelah era kolonialisme terhadap tanah air umat Islam berakhir, Barat — khususnya Amerika Syarikat — mula menebarkan benih-benih propagandanya melalui penjajahan secara bentuk baharu, iaitulah melalui serangan pemikiran dan kempen globalisasi. Walhasil, ramai umat Islam yang teracun dan tercandu dengan sistem dan ideologi yang zahirnya seolah-olah indah, namun hakikat di sebaliknya penuh dengan agenda untuk menghalang kebangkitan semula Islam daripada memimpin dunia dengan penuh keadilan.

104 pages, Paperback

First published January 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Abdul Hadi Awang

73 books92 followers
Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) (عبد الهادي اواڠ)mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969 hingga 1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974 hingga 1975. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983.

Di samping itu, Ayah Chik istiqamah mengajar secara mingguan pada setiap hari Jumaat di Masjid Rusila, Marang sejak tahun 1976 sehingga kini. Dalam tempoh 40 tahun, beliau telah mengkhatamkan pengajian tafsir al-Quran sebanyak dua kali; kali pertama khatam pada tahun 1996 dan kali kedua khatam pada tahun 2016. Atas faktor itu, terhasillah magnum opus beliau yang digarap daripada pengajian mingguan tersebut, iaitu Tafsir al-Tibyan, sebuah tafsir lengkap 30 juz al-Quran dalam bahasa Melayu.

Berbekalkan komputer riba peribadi, Ayah Chik aktif mengarang buku, artikel, dan khutbah. Pelbagai kitab telah dihasilkan oleh beliau yang menjadi rujukan ramai pihak. Antara yang terkenal ialah Ensiklopedia Aqidah Muslimin, Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah (Jejak Nabi Muhammad ﷺ), Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin (Jejak Khalifah), Al-Bayanul Mubin Syarah Riyadus Solihin (Siri Pesan-pesan), Islam dan Demokrasi, Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu al-Quran, dan banyak lagi.

Ayah Chik telah dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada tahun 2001.

Demikian juga, Ayah Chik telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran “Tan Sri” oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada tahun 2021.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (100%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for ' Syamil.
250 reviews6 followers
August 9, 2025
Kemunduran umat Islam adalah kerana meninggalkan agama mereka. Akan tetapi, keruntuhan selain umat Islam adalah disebabkan kelemahan agama dan ideologi yang menguasai negara dan penganutnya. Ketamadunan Barat itu hanyalah bahagian material mengikut ketamadunan Islam. Mereka telah mengambilnya dan membinanya atas kebangkitan teknologi yang jelas terpisah daripada unsur kerohanian dan nilai.


Globalisasi ekonomi akan menjadi alat untuk hegemoni Barat-Amerika, diwakili syarikat-syarikat utamanya yang menguruskan kilang-kilang dan ladang-ladang besar serta cawangannya di dunia, di samping mengawal kekayaan dan pengeluaran serta mencatur dunia, terutamanya dunia Islam supaya menjadi alat untuk menyediakan sumber, penggunan, dan pemasaran.

Begitu juga strategi untuk mendorong kebergantungan ekonomi Islam kepada wang daripada nilai sumber minyak dan mineral, di samping perancangan perladangan yang bergantung kepada penghasilan dolar dengan menanam tembakau, candu khat, ganja, dan minyak sawit, manakala tanah-tanah mereka pula digunakan untuk perladangan dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk kegunaan tempatan dan eksport ke Dunia Ketiga.

Komunisme telah runtuh dengan politik, ekonomi, dan moralnya. Amerika Syarikat dikuasai oleh pelobi Yahudi sehingga dipergunakan oleh Zionisme untuk melancarkan perang politik, ekonomi, media, dan ketenteraan demi menguasai dunia, sehingga Amerika Syarikat runtuh dalam memperhambakan dirinya kepada orang Yahudi. Negara Israel yang dilindungi oleh Amerika Syarikat akan kekal berdasarkan strategi yang diinginkan.

Sesungguhnya, penjajahan ke atas Iraq dalam perang yang terakhir ialah langkah untuk membuka jalan bagi cita-cita orang Yahudi dari Sungai Nil hingga Sungai Furat, kemudian meneruskan perancangan dengan menguasai dunia Islam dan memusnahkan Islam sedikit demi sedikit. Maka, selepas Iraq, giliran negara-negara lain akan menjadi seperti pernyataan awal para pemimpin Amerika Syarikat dan Israel, dan apa-apa yang disembunyikan oleh mereka adalah jauh lebih besar.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 1 of 1 review