Jump to ratings and reviews
Rate this book

Membakar Syurga, Mengguyur Neraka

Rate this book
NAJIHA... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan Dona, dia menghubungi Rahul yang membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.

“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - NAJIHA

“From now on, I'll follow you you like a shadow of your life, Jiha.” - RAHUL

RAHUL... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?

Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik.

Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada yang sama, Dona turut membuat permintaan.

“Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?” - DONA

“Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?” - NAJIHA

“Rahul...” - DONA

Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuanganya.

“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” – HADI

Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya?

840 pages, Paperback

First published July 1, 2014

8 people are currently reading
150 people want to read

About the author

Hana Ilhami

10 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
88 (57%)
4 stars
38 (24%)
3 stars
25 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,050 reviews378 followers
August 30, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

N amat tertarik dengan isu yang dibangkitkan dalam novel ni. Memandangkan N ada beberapa kenalan yang terjebak dalam budaya LGBT, pelbagai persoalan pernah terlintas dalam kepala. Melalui nukilan ini, adalah beberapa soalan telah terjawab.

Isu menarik minat orang bukan Islam untuk mencintai Islam juga ditonjolkan. Memang betul seperti yang diketengahkan dalam novel ni. Ada orang yang ilmu Islamnya tebal di dada tapi tak tahu menyampaikannya. Islam adalah agama yang lembut dan halus tapi kenapa perlu menggunakan kekerasan atau kepaksaan dalam percubaan untuk memperkenalkan Islam? Kenapa tidak menunjukkan Islam itu indah dengan menunjukkan betapa indahnya Islam itu dengan cara penyampaian yang sama indah dan berkhemah?

Banyak sungguh pengajaran yang N dapat melalui kisah ini. Terasa kerdil betul.

Ya, plotnya berat dan watak dalam cerita ni juga ramai. Tapi setiap watak dalam cerita ni memainkan peranan untuk menunjukkan apa yang kita lihat di luar seseorang itu, tidak sama dengan apa yang ada di dalam diri individu itu. Ada yang petah memberi nasihat, tapi hati sendiri busuk dan berfikiran sempit. Ada yang tersimpang jauh dari ajaran agama, tapi tidak berputus doanya untuk kembali ke fitrah yang sebenar.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews9 followers
February 13, 2025
Sejujurnya aku tak suka baca novel tempatan yang ketengahkan isu LGBT sebab mostly the ending mesti lelaki gay tersebut akan kahwin dengan perempuan and hidup bahagia selamanya~ Walaupun fiction ni tak perlu kan ending yang realistic tapi aku tetap tak suka TAPIIIIIII karya Hana Ilhami yang ni sangat lah lain. Dalam buku ni memang diceritakan the reality orang orang yang mempunyai nafsu songsang dan bagaimana dorang ni nak berubah tanpa perlu berkahwin pun.

Buku ni penuh dengan ilmu pengetahuan tentang agama dan juga motivasi. Macam mana orang yang beriman tetapi Allah juga uji mereka ni dengan nafsu sendiri. Tentang orang yang merasakan diri mereka ni terlalu sempurna sampai memandang orang lain ni sebagai pendosa dan ahli neraka. Tentang orang yang ingin mendekati islam tapi berubah hati selepas mendapat tentangan daripada orang islam sendiri.

Mengisahkan Najiha seorang kaunselor yang mempunya sahabat baik non muslim bernama Dona. Dona ni memang berminat dengan agama islam tetapi terpaksa menangguhkan niat dia untuk masuk islam disebabkan apa yang telah terjadi kepada abangnya Rahul yang sampai dibuang keluarga dan membawa diri hingga keluar dari Malaysia. Dona ni mempunyai kanser otak tapi hanya Jiha seorang sahaja yang tahu dan kiranya macam one of dia punya hajat lah untuk tengok abang dia balik dan jugak untuk convert sebelum dia meninggal.

Fahmi ni kawan mereka yang jugak merupakan seorang kaunselor dan jugak orang penting dalam kehidupan Najiha dan Dona. Fahmi yang banyak mendorong Dona untuk mendapatkan rawatan dan jugak mengajar tentang agama. Demi menunaikan permintaan Dona, Jiha pun menghubungi Rahul dan meminta dia untuk pulang sampai Jiha ni bagitahu Rahul tentang penyakit Dona sebab nak melembutkan hati Rahul untuk pulang ke Malaysia. Jadi bermulalah kisah dorang ni.

Bila Rahul dengan Jiha dah mula rapat tiba pulak watak baru yang bernama Hadi yang kononnya memerlukan khidmat kaunseling Najiha untuk berubah daripada nafsu songsang dia tu. Tapi Jiha tak tahu yang Hadi ni ada motif dia sendiri kenapa dia nak rapat dengan Najiha. Antara lelaki berlainan agama dan lelaki bernafsu songsang yang manakan akan menjadi pilihan Jiha ? Jadi korang KENA baca buku ni.

Pada mulanya aku macam pening sebab banyak sangat watak sampingan macam Lili, Insyirah, Eddy, Sherry dan ahli keluarga Jiha, Dona dan Fahmi tapi bila dah masuk pertengahan cerita rupanya kesemua watak sampingan ni memang penting untuk plot cerita ni dan masing masing ada peranan dalam cerita ni.

Najiha ni naif yang sampai aku rasakan dia kurang bijak sebab ye lah dia tahu hukum agama tapi kerap keluar berduaan dengan Hadi atas alasan nak membantu Hadi. Even Hadi tu tak straight tapi agak agaklah 🤏🏻

Rahul punya watak pulak memang best gila 🥹 dia sangat suka mengusik Najiha ni dari hari first dia balik Malaysia lagi dia dah menyakat si Najiha ni. Dia selalu ada bila diperlukan Najiha and even adik dia sendiri. Walaupun mula mula Rahul ni banyak mempersoalkan agama islam atas sebab past trauma dengan ex dia tapi Najiha ni berjaya mengubah pandangan Rahul terhadap agama islam.

Fahmi dan Dona pun best sebagai pelengkap cerita. Dona yang sangat memahami strugglenya Fahmi yang menghadapi ujian dan Fahmi yang tak jemu membantu Dona untuk mendalami agama.

Hadi ni pulak hm sakit hati sebenarnya watak dia ni. Sejenis yang tak mencuba untuk berubah dan menyalahkan takdir 100% kenapa dia bernafsu sedemikian padahal Najiha dan banyak kali bagitahu dan nasihat untuk berubah ni perlukan effort. Hadi sering menyalahkan takdir dan merasakan diri dia ni terlalu kotor sampai tak layak nak berdoa nak solat nak berubah.

Overall memang best gila walaupun keluaran 11 tahun lepas tapi still relevan untuk dibaca pada tahun 2025 ini. Good job Hana Ilhami. Terima kasih untuk novel yang best dan bermanfaat ini.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️/5

Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
August 28, 2018
Membakar Syurga Mengguyur Neraka, sebuah karya yg amat mengagumkan aku. Bkn hanya sekadar kisah cinta yg kosong, tetapi bermacam-macam ilmu pengetahuan agama berjaya penulis selitkan di dalamnya. Untuk itu, aku berterima kasih kpd penulis kerana memberikan aku ilmu baru tentang byk perkara.

Paling mengagumkan aku, isu LGBT yg dikupas penulis sememangnya amat menarik. Memandangkan akhir-akhir ini isu LGBT sgt hangat diperkatakan masyarakat, jadi membaca MSMN memberi keuntungan pd aku utk lebih memahami apa itu kecelaruan naluri.

Watak lelaki musyrik(Rahul) dan lelaki songsang(Hadi), kedua-duanya memberi peranan penting utk menggerakkan jln cerita. Aku juga suka melihatkan ramai watak di dlm MSMN bersungguh-sungguh cuba utk berubah menjadi hamba Tuhan yg baik. Tetapi dlm ramai-ramai watak itu, watak Hadi agak special bagi aku memandangkan aku begitu teringin tahu apa masalah atau punca golongan seperti dia hinggakan jadi terpesong dari fitrah asal, dan apa dan bagaimana usaha golongan sepertinya utk berubah.

Hadi - Permulaannya, wataknya memang 'kotor'. Tetapi pengenalannya dgn Jiha mengubah dia sedikit demi sedikit. Jiha yg baik hati, yg tidak menghukum tetapi cuba memahaminya menjdkan dia selesa berkwn dgn Jiha.

"Apa gunanya rasa cinta kalau tak mampu memiliki, Jiha? Allah kurniakan perasaan itu kemudian sewenang-wenangnya Allah nak hukum pula."

"Hadi, jika manusia gunakan akal untuk atur hawa nafsu dan amal perbuatannya, maka jadilah dia makhluk yang sempurna. Manusia yang menikmati nafsunya selaras dengan perintah Allah dan mengekang gelora nafsunya atas perkara-perkara yang ditegah, menjadikan manusia itu begitu istimewa sekali."

Rahul - Satu watak yg suka memprovokasi tentang Islam. Tetapi di sebalik soalan-soalan provokasinya itu, ada info yg cuba dia sampaikan sebenarnya. Selain sikap suka provoknya itu, dia juga boleh dikatakan sweet talker. Seperti mana Jiha selalu cair dgn Rahul, aku juga begitu. (HAHAHA)

"Jika syurga dan neraka tak pernah ada, masihkah kamu sujud menyembah Tuhan?"

Fahmi - Jiha labelkannya sebagai lelaki gred A. Tetapi kalau sudah namanya manusia, pastinya akan ada kekurangan yg menjdkannya tidak sempurna. Dan aku tidak terkejut semasa mengetahui siapa Fahmi sebenarnya memandangkan bagi aku sememangnya tidak mustahil org yg beriman juga boleh terpesong jln.

"Orang Islam memang sentiasa dibayangi syurga dan neraka. Syurga digambarkan sebagai tempat keseronokan abadi manakala neraka pula sebagai tempat seksaan. Hakikatnya, sebagai hamba, manusia hanya perlu TAAT. Apabila diminta melakukan sesuatu maka taatlah. Apabila diminta meninggalkan sesuatu juga mesti taat. Itulah yang dinamakan ikhlas."

Insyirah - Watak yg plg aku tidak suka, dan mungkin juga benci. Di sebalik waraknya, ada kekerasan dan keangkuhan yg membuatkannya tidak mahu menerima pandangan org lain. Hanya dirinya saja yg betul, org lain salah.

"Ilmu penuh di dada sekalipun tak ada makna jika tiada kelembutan iaitu hilm, dalam penyampaian. Allah itu lembut dan penyayang. Dia menyukai kelembutan. Pernah ada suatu ketika, Aisyah telah melaknat beberapa orang Yahudi yang telah bercakap kasar kepada nabi. Tapi apa kata nabi? Berlemah lembutlah kamu, jangan berkata kasar. Hindarkan daripada perkataan yang buruk."


Untuk watak-watak lain, malas aku mahu huraikan. Yg pasti, jalan cerita MSMN sememangnya menarik dan lain dari yg lain. Takkan menyesal beli. Cumanya ada satu perkara yg aku tak berpuas hati iaitu penamatnya. Rasanya terlalu terburu-buru.

Tengah-tengah syok aku baca, tiba-tiba...

TAMAT.

Tapi takpelah, janji tak tergantung sudah.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
November 27, 2014
best sgt..lg best dari YA Maulana sy rasa..hehe.. byk ilmu boleh dpt...lg2 cerita mengenai hubungan songsang..jarang penulis nk ketengahkan tentang ni dgn lebih mendalam..

suka, manis, masam, sedih sume cukup dlm novel ni..thumbs up tuk penulis..
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
March 15, 2023
Secara ringkas, buku ni lebih kepada penulis menulis untuk berkongsi ilmu mengenai LGBT dan Islam. Bagaimana untuk kendali mereka yang terjebak dalam hubungan sonsang. Atas dasar apa mereka terjerumus dalam isu ini.

Cerita yang diketengahkan oleh penulis mengenai Najiha, kaunselor yang menjadi 'telinga' kepada pendengar yang bermasalah. Dia juga mempunyai seorang kawan yang tertarik dengan Islam dan sedikit sebanyak menjadi guru secara tak rasmi.

Dua kawan serumah punya karakter yang berbeza. Insyirah yang berperwatakan seperti ustazah tapi hakikatnya bukan. Kawan yang seorang lagi (lupa nama) tak terlalu prejudis dengan tindakan Najiha.

Sinopsis dah boleh agak apa yang terjadi dengan Rahul dan Hadi yang cuba menambat hati Najiha.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
February 18, 2015
Best rupanya citer ni...

Mula-mula baca tu geram jugak sebab tak boleh nak baca sangat apa yang ada dalam kotak forum tu.. Dah la tulisannya kecik, dia punya kaler background pun kelabu asap.. Jenuh jugak mata nak baca.. Sudahnya, baca mana yang boleh nampak je.. hehe..

Lepas tu, teruskan sambung baca.. Makin lama makin seronok la pulak.. Nak jugak tau kenapa lelaki terjebak dengan gay ni.. Kenapa dorang sokong sangat LGBT tu.. Nak jugak tau kesudahan cerita ni macam mana.. Dah cuak dah bila si gay tu masuk jarum nak kacau hubungan Jiha dengan Rahul.. Padan muka dia kena debik dengan Rahul.. Kacau lagi tunang orang.. hahaha..

Sedih dengan apa yang berlaku pada Dona.. Kesian Fahmi.. Kesian Adam..

Tengah syok membaca, alih-alih TAMAT la pulak... hahaha... Apapun, suka dengan ending cerita ni..

p/s: Tahniah untuk penulis..
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
Read
August 4, 2014
Done read.. :)

Tak tau nak letak berapa bintang..she is one of my favorite writer sebenarnya..nak diberi lebihbintang..terasa ada kekurangan sikit untuk karyanya kali ni. Nak di beri kurang, kisah ni padat dengan ilmu..maka saya memilih untuk tidak memberi sebarang rating :)

Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
October 3, 2016
10/03/2016

Lama cari novel ni balik untuk pembacaan sekali lagi..malangnya saya ni jenis yg susah nak ingat title or author..sekali lagi saya bengang dgn diri sendiri sebab tak perasan yg ini adalah penulis yg sama dari novel Ya Maulana. Kalau novel Sayap Malaikat tu saya beli sebab Naim ada dlm cerita Ya Maulana. Sedikit sebanyak dah tahu ceritanya bagaimana.

Saya pilih novel ni sebelumnya sebab perkataan 'mengguyur neraka'..its catchy to me dan saya tertanya2 apa maksud perkataan ini. Yg buat saya ingin membaca kembali adalah issue LGBT yg hangat diperbahaskan dan sedikit issue convert..its quite interesting..apa yg di katakan oleh Rahul on certain issue adalah benar.

Bila sesuatu issue itu terlalu ditegaskan tanpa hujah yg mampat walaupun faham tapi sukar hendak diterangkan selain berpandukan kata2 dlm AlQuran dan knowledge yg tipis atau belum sampai tahap pengertian yg baik, buat seseorang terperangkap dgn perasaan tidak complete or kurang menyenangkan bagi kedua2 pihak. Najiha was so lucky that dia ada bapa yg ikut masuk dlm thread LGBT tanpa pengetahuannya. Setiap kali dia goyah dlm meneruskan perjuangannya, apatah lagi setelah bertemu Rahul dan Insyirah yg 'pro-Islamic', dia ada ayah yg boleh dirujuk pada soalan2 yg terbuku.

Pengetahuan Najiha tidak kurang hebat berbanding Insyirah tapi malangnya dia sering dilanda sangsi dan termati kata bila Insyirah berkeras/bertegas dan senang termakan hasutan halus Insyirah tentang Rahul. Tidak lupa juga kisah Hadi yg ingin berubah, pengorbanan yg ingin dilakukan Najiha demi menjaga keislaman seseorang & kisah silam Dona/Fahmi yg membentuk diri mereka sekarang dengan sentiasa mencari ruang untuk perbaiki diri..

This book is awesome bukan hanya sebab issue2 yg diketengahkan tapi sebab manusia2 yg terlibat dlm novel ini..macam2 ragam.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #75 - 2014

Issue LGBT. Sebuah pembacaan yang sungguh informative & kadang-kadang menginsafkan. Macam biasa, cerita hana ilhami is an islamic read. The love story part only comes towards the end of the story. The story revolves around Najiha. Banyak twist juga! Macam suddenly I am lost for words.hehe
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
September 2, 2014
Karya hana ilhami memang tidak pernah mengecewakan. Penuh dengan ilmu dan pengajaran. Tapi naskah ini agak berat topik yang diketengahkan. Lebih mengemari naskah santai seperti ya maulana.

Semoga terus berkarya hana ilhami
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
December 11, 2014
alhamdulillah. bru je hbis bca .

tema kali ni mmg sgt menarik. lain dri yg lain.
for me, novel ni plg best antara 3 novel penulis.

tapi sya rsa x puas.. sya nk "dalami" lgi cerita rahul n jiha lps kahwin
yg sedihnya dona .. cian fahmi dgn adam .. ujian allah, dia lgi syg dona.

sya x nk ulas pannjang2 psal novel ni.
cukup utk sya ktakan novel ni mmg byk ilmu yg blh kita dpt. terutama sekali psal LGBT.
for me, seolah-olah sya blh rsakn perasan drg. but not the reallah .. sape lah sya nk faham perasaan drg if sya sendiri x alami situasi tu.

tapi sya nk ulas sikit psal insyirah ni [eh, btl ke nma?]
watak ni mmg buat sya sakit hati. huh! luaran mmg lawa tpi dalaman. huh ! allah je yg tau.
sbb tu jgn judge by its cover. even if org tu berpurda, x semesti dia msk syurga. pandangan sesetengah masyarakat skrg ni mmg sya x ska. annoying.
pompuan ni alim tpi cra dia menyampaikn islam/teguran tu salah. sbb dia gna kekerasan. dia suka buat sangkaan tnpa usul periksa. eh helo ? even dia tu ustaz, x semestinya dia tu 100% jujur okay .. x semua .. skrg ni akhir zaman.. mcm2 perangai kita blh jumpa.
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
January 24, 2017
ternyata novel HI mmg x pernah menghampakn,menggambarkn pnulis mmg seorng yg bijak,teliti dan byk buat kajian terhadap isu2 yg diangkat dlm stiap novel tulisannya,yg pasti dari awal smpai penamat ada byk pengajaran,ilmu,pngetahuan yg dpt diperolehi....kipidap!!!nk bg beribu2 bintang utk smua novel HI....
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
February 18, 2016
menarik isu yang disampaikan oleh puan penulis... LGBT .. mesti ramai yang tahu isu ini kan?.. gay ... terdedah dalam keadaan tersorok.. macam mana tu?.. kita boleh kenal ke insan yang terjebak dengan dunia gay ini?.. tak boleh kan?..

najiha dan dona bersahabat baik.. BFF... dona menghidap kanser dan meminta najiha merahsiakan penyakit itu dari pengetahuan ibu bapanya. najiha selalu ke kediaman dona kerana dona berminat mahu mendalami Islam. fahmi pula, teman sekampung najiha juga seorang pakar motivasi disukai dalam diam oleh dona dalam diam. najiha mahu merapatkan mereka kerana tahu isi hati dona.. dalam masa yang sama najiha cukup tidak suka dengan rahul, abang pada dona yang lama tidak pulang kerana bergaduh dengan ibu bapa mereka yang menentang percintaan dia dan kerana rahul mahu menukar agama.. najiha mengambil keputusan memberitahu rahul di dalam email berkenaan dengan diri dona yang sakit dan mengharapkan kepulangannya..

fahmi.. seorang pakar motivasi dan kuat beragama, serumah dengan eddy yang terjebak dengan kehidupan gay dan shariman yang lebih cenderung untuk menjadi wanita.. dia cuba untuk mengubah kehidupan eddy yang jauh tersasar. eddy pula menharapkan cintanya dibalas oleh fahmi dan sherry atau shariman pula sering menggoda eddy.. aduhai.... bayangkan kehidupan begitu.. tanpa di sangka rupanya fahmi juga nalurinya menjurus kepada sukakan kaum sendiri dan dimasa lampaunya sewaktu sekolah dia tewas sekali dengan godaan eddy.. namun dia bangkit untuk melawan kesakitan jiwanya itu dengan menyerahkan diri kepada Allah. eddy pula sering menyalahkan Yang Berkuasa kenapa dia dijadikan melalui kehidupan sedemikian rupa..

najiha yang aktif dalam forum bicara kita di internet sering mengikuti perdebatan tentang isu kehidupan songsang tersebut dan secara tidak langsung mahu mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan gay. kebetulan dia sebagai pakar kaunseling berkenalan dengan hadi yang juga seorang gay.. najiha mengharapkan hadi berubah tanpa disedari hadi sebenarnya merancang sesuatu...

makin bertambah konflik bila rahul pulang dan sering memprovok najiha tentang dona..rahul dapat tahu yang dona mahu mendalami dan memeluk agama Islam dan menuduh najiha dan fahmi mempengaruhi dona. tapi akhirnya dia terkedu sendiri bila dona menjelaskan pendiriannya yang dia ikhlas dalam niatnya mahu mendalami Islam tanpa dipengaruhi sesiapa...

keadaan cemburu, sakit hati makin bertambah di jiwa eddy bila melihat fahmi mahu mengahwini dona. dia mengambil keputusan untuk rapat dengan najiha agar fahmi cemburu dan dalam masa yang sama pula rahul yang mula suka najiha diluar sedarnya menyiasat apakah motif fahmi mahu mengahwini dona dan apa kaitan fahmi dengan eddy.. makin bersimpul berselirat keadaan masing-masing... dapatkah dona menerima fahmi bersama keadaan diri dan sejarah buruknya?.. apakah tindakan najiha bila tahu keadaan diri fahmi sebenarnya?.. najiha dan rahul pula?.. eddy pula dengan cinta matinya?... watak-watak lain seperti lili dan insyirah berjaya menguatkan lagi jalan cerita dengan kisah masing-masing yang berhubungkait rapat dengan watak-watak utama tadi...

suka dengan penerapan agama di dalam novel ini. setiap satu masalah dapat dihuraikan dan dikaitkan dengan Islam. Islam itu indah.. Al-quran itu kitab suci yang punya semua jawapan kepada masalah manusia.. hayati dan kajilah isi kandungannya... jadikan agama sebagai pegangan dalam menempuh kehidupan. setiap konflik yang berselirat tadi dihurai cantik oleh puan penulis.. bertepatan dengan tajuk MEMBAKAR SYURGA, MENGGUYUR NERAKA, manusia berakal dan sebaik-baik kejadian... masalah dan musibah buat kita sama ada menyalahkan kehidupan atau menghargai atau mensyukurinya... sila baca ya pada yang pending buku nie.. serius best!.. tahniah puan Hana Ilhami....
Profile Image for Izzati Aisyah.
14 reviews7 followers
July 23, 2014
Memang tak dinafikan, saya memang peminat novel2 Hana Ilhami. Setiap garapan yang ditulis oleh beliau daripada novel PLK, YM dan MS,MN mempunyai ilmu dan pengajaran yang tersendiri.Bukan sekadar kisah cinta semata-mata. Kali ini beliau mengetengahkan perihal golongan LGBT yang tak seharusnya dipandang remeh kerana ia akan merosakkan masyarakat. Ya, memang tiada siapa yang mahu menjadi seperti golongan itu tapi segalanya mungkin berlaku dengan izin Allah. Untuk menanganinya harus ditebalkan iman dan mengawal hawa nafsu daripada terjerumus ke arah perbuatan yang tidak baik itu.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" -
Ar-Rad:11

satu je yang saya sukar nak lakukan bile membaca novel HI, sukar nak letak, sayang nak dihabiskan. Penuh dengan rencah, suka dan duka dalam mengharungi kehidupan terutama yang ditunjukkan melalui watak heroin, Najiha. Tak tau nak cakap macam mana lagi, cerita nie mmg best dan lain daripada yang lain. Rasa tak puas lagi baca walaupun boleh dikatakan tebal dah 840 m/s tu.

Sebenarnya banyak lagi isu yang diketengahkan selain LGBT, kalau nak tahu harus beli dan baca ya. Tak rugi pun. Semoga HI terus menghasilkan sebuah garapan yang menarik dan penuh dgn pengajaran untuk renungan kita bersama.

P/S: Ramai yang tanya maksud apa itu mengguyur? Maksudnya menyiram. "Menyiram" neraka seseorang yang jauh daripada Allah. Adakah Najiha berjaya melakukannya? Kenalah baca dan fahami kisah ini dlm naskah MS,MN.
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
February 19, 2015
Karya Hana Ilhami memang tidak pernah menghampakan. Isu LGBT menjadi topik utama dlm novel ini. Kisah bagaimana golongan seperti ini berubah dari jalan yang bengkok ke jalan yang lurus. Jalan yg diredhai Allah SWT. Kisah persahabatan antara Dona & Najiha. Banyak mengajar saya (sebagai pembaca) , sebuah ikatan persahabatan yg berteraskan dakwah secara hikmah & kasih syg walaupun berlainan agama & bangsa. Juga punya value of TIDAK BERPUTUS ASA dlm diri Dona, Najiha, Fahmi, Hadi mahupun Rahul. Masing-masing berusaha utk mencapai apa yg mereka inginkan. Banyak pengetahuan yg diselitkan dlm novel ini. InsyaAllah jika baca dgn mata hati & akal logik, anda akn dpt manfaat. Kalau baca tanpa mata hati & akal logik, mungkin anda tidak dpt merasai & memahami apa yg disampaikan oleh penulis. I talked like this bcoz, ada org yg x baca genre Romantic Islamic. For me, novel ini sgt2 berpatutan dgn value yg disampaikan penulis. Teruskan berkarya Hana Ilhami. :)

P/S : Dear Hana Ilhami, kalau boleh saya nak minta sekuel MSMN. Hihi. Sambungan kisah Hadi & Fahmi. Juga sedikit sweet scene Najiha & Rahul. Sikit pun jadilah. :) Hehehe!
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
November 14, 2019
Agak lambat membaca karya ini tetapi ternyata Hana Ilhami memang diakui seorang yang sangat berani mengetengahkan isu-isu semasa yang kadang kala kita ambil enteng.

tahniah HI , karya anda sentiasa kena dijiwaku dan aku ternyata sentiasa ternanti-nantikan karya HI.

Teruskan berkarya HI.
Profile Image for Ubi.
315 reviews
September 22, 2018
Banyak isu yg dibincangkan dalam novel ni. Macam tak percaya, baca novel pn boleh dpt ilmu.
Profile Image for Lynna Hanaa.
33 reviews
June 5, 2021
Karya Hana mmg berat & tebal. Sarat dgn nasihat & membuka minda pembaca. Cuma buku Bidadari Bermata Jeli sukar utk saya faham. MSMN & PLK antara yg bagus & saya suka.
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
February 17, 2019
Perrgghhh, bukan mudah untuk mengguyur neraka seseorang.
T.E.R.B.A.I.K.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
December 13, 2024
Buku ni antara buku kegemaran aku yang sentiasa, tanpa gagal akan mengeluarkan aku dari reading slump. Setelah berkali-kali reread sejak aku beli, rasanya dah sampai masa untuk aku share. Naskhah HI yang ini, isu yang diketengahkan berat so it's not really a light read. Tapi taklah berat menyakitkan kepala. Just nice, perhaps?

Najiha. Seorang kaunselor muda dan bersahabat baik dengan Dona, gadis Chindian yang berminat dengan Islam. Kerana keluarganya merupakan penganut Hindu yang taat, Dona merahsiakan tentang minatnya terhadap Islam. Kejadian abangnya dihalau kerana ingin berkahwin dengan wanita yang bukan penganut Hindu menakutkan Dona untuk berterus terang. Bahkan, penyakit yang dihadapinya juga dirahsiakan daripada keluarga.

Rahul. Software engineer di USA pulang setelah mendapat tahu adiknya sakit. Tetapi, ragunya terhadap Najiha tetap ada. Lalu, dia menyiasat segala tindak tanduk Najiha. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Najiha dan gadis itu menjawab tenang. Sangsinya bertambah bila Fahmi dan Hadi muncul dan hubungan rapat Najiha dan Dona mengelirukan Rahul.

Fahmi. Seorang yang terkenal sebagai penceramah motivasi dan merupakan kawan sekampung Najiha. Bertemu semula di universiti dan kekal bersahabat sehingga mereka bekerja. Fahmi merupakan seorang yang Jiha label sebagai lelaki Gred A. Agamanya, adabnya, perlakuannya, semuanya A. Tapi, ada rahsia yang Fahmi simpan dari pengetahuan semua termasuklah Jiha dan Dona.

Novel ni, tak dinafikan memang banyak watak. Najiha, Rahul, Dona, Fahmi, Hadi, Eddy, Lili, Insyirah. Walaupun banyak watak, setiap satunya sangat penting dan ada peranan tersendiri dalam kisah Jiha dan Dona ni. Novel ni juga menggunakan platform forum online, jadi banyak juga gambar daripada page forum tu. Membantu dalam memahami isu yang diketengahkan tapi downsidenya tulisan agak kecil, jadi yang rabun macam aku ni kena struggle sikit huhu.

Isu LGBT yang dibawakan penulis sangatlah well-written. Aku suka dengan approach penulis dalam menulis isu yang sentitif ni. Banyak info yang dikongsikan mengenai isu ni dalam cara yang santai dan tak formal/baku. Pandangan Islam dalam isu ni juga banyak diketengahkan. Untuk isu yang berat macam ni, penulis berjaya membina setiap watak dengan pandangan yang berbeza, sebagaimana dunia nyata. Naskhah ni bagi aku merupakan naskhah yang berilmu. Banyak yang boleh kita ambil sebagai iktibar dari sekecil-kecil watak.
Profile Image for Mohd Zuhri.
26 reviews6 followers
December 21, 2014
Novel Hana Ilhami yang ketiga sangat terbaik. Aku baru baca separuh. Mungkin tidak sesantai 'Ya Maulana' dan mudah jalan ceritanya seperti 'Perempuan Lindungan Kaabah' tapi bila baca macam buku Ilmiah pula. Isu yang penulis ketengahkan LGBT- Lesbian, Gay, Beseksual dan sebagainya. Jom baca my review...

Najihah membantu Dona untuk menghubungi Rahul, abang Dona yang membawa diri ke Amerika selama 3 tahun. Apa sbb Najihah hubungi baca sendiri.

Najihah ialah seorang kaunselor, berbagai masalah org dihadapinya. Tetapi muncul Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri membuatkan hidupnya berubah. Nak tahu apa berlaku sila baca.

Dona mahu memeluk dan mendalami islam. Tetapi dia takut ayahnya, tidak membenarkan dia memeluk islam.

Fahmi, lelaki gred A yang Najihah dambakan. Tetapi apa berlaku bila Dona menyintai Fahmi? Hadi yang semakin mahu rapatkan hubungan dengan Najiha dan Dona yang meminta Najihah guyurkan neraka Rahul?

Sherry ialah seorang lelaki yang menukar penampilannya gaya perempuan. Eddy lelaki macho yang sukakan Fahmi biarpun rmi gadis yang tergila-gilakannya. Bagaimana kisah ini berakhir? Good job penulis untuk naskah berkualiti ini!!! 5 bintang!
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
August 29, 2015
Gatal baca waktu tengah kemuncak kesibukan di office, ambil masa lebih dari seminggu untuk menamatkan journey.

Seperti buku2 dari penulis yang terdahulu sudah yuni baca, rasanya penulis ini memang nak tonjolkan tiada siapa yang sempurna waima orang alim agama. Insyirah dikatakan seorang kuat agama, sanggup memilih untuk bersama siapa ntah nama dia, seorang alim juga, tapi rupanya menipu status diri. Dah nak kahwin, baru tahu itu laki orang. Sanggup memfitnah seorang mualaf. Bersangka buruk dengan niat suci murni orang lain.

Cuma yang tak berapa faham lah, dikatakan Najiha ini anak ustaz, seorang yang sedang membaiki diri. Seorang kaunselor. Hmm...Ada banyak cara untuk mengajak seorang gay ke pangkal jalan, wahai cik Najiha. Tak semestinya perlu keluar bersama. Bukan ke itu tak manis, keluar bersama berlainan jantina? Apa, tak de kaunselor lelaki ke? Atau kalau pesakit itu selesa dengan dia, kenapa tidak dibawa teman? Membantu tidak menghalalkan segala, walaupun niatnya suci. Itu cuma pendapat yuni lah.

Isu yang dibawa merupakan satu isu yang menarik. Try untuk mengupas isi tentang LBGT. Interesting. Good job, Ms Author.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
September 12, 2015
Peh!!!!!! Memang Awesome terbaik laaaaa...

Mula2 baca terfikir-fikir APA ITU LGBT???
Tapi bila dah baca akhir ye saya tahu apa yg penulis Cuba ketengahkan utk kali ini.... & akhirnya terjawab sudah....
Suka penulisan beliau yg mempertengahkan isu2 berkaitan agama.. Dengan cara ni insya-allah akan mendekatkan pembaca ke arah kebaikan hendaknya.. aminnnn

Suka watak Najiha, Rahul sweet Sgt...
yang paling kelakar
1) Nickname Fredkongar dengan Auntieagony OMG tak sangka bapa pon join forum gak dlm internat... Jangan main2 ingat generasi X tak pandai IT. haha!!! banyak nasihat yg disampaikan oleh Auntieagony dlm forum. Nak tahu siapa Auntieagony??? kena baca la yerrr.
2) Nampak sgt Najiha tak celik IT lappy kena go dam dia boleh buat dunno jerrr... haha!!
3) Suka sifat keluargaan dlm jalan cerita tersebut...

Sedih.... Sgt bagaimana Dona akhirnya berakhir... tapi alhamdulilah dia pergi dlm keislaman.

Geram dengan insyirah....

Apa2 pon novel ni memang best!!!! tak rugi memilikinya...
Tahniah lagi sekali buat penulis...
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
September 1, 2014
i think it is an open-eye book about the LGBT issues. actually i quit like the eddy character. not because his muscle or other physical attraction, but he make me sympathy of him.

he has a really good friend, a good counsellor to talk to but he's afraid to move on to a better life. he afraid of losing everything that he has ,he think all that is his only happiness. no, he does not need an unconsistent girl like..who's the heroine? oh, najiha.

i think she just a kind girl who love to help people & guide them to change, but also have the probability of hurting people after giving them too much hope.

kalau dalam 'perempuan lindungan kaabah' si heroin seorang yang tegas dalam batas perhubungan, tapi najiha agak kurang di situ (girl don't take ride with guy after 12 o'clock, my dear. bukan setakat pukul 12, tapi pukul 9 pun bahaya).

but overall, still interesting.
Profile Image for Wann.
35 reviews8 followers
January 17, 2015
Jujurnya saya sangat suka novel ni berbanding novel lain penulis. penulis telah mengangkat isu yg sensitif iaitu LGBT menjadi tema dan bg sy ianya tercapai. saya suka olahan dan garapan penulis membuatkan saya susah untuk berhenti membacanya.
isunya yang menarik dan rumit membuatkan saya teruskan membaca tanpa skip page. sy mmg akan skip pge utk novel yg klise dan membosankan bahkan ada sesetengah lngsung saya xdpt hbiskn. hanya beberapa buah novel shj yg sy tidak perlu skip page dan ini adalah antaranya.
isinya sarat dengan pengajaran dan ilmu. saya percaya penulis telah membuat kajian utk novel ini. wlwpon terdapat kekurangn sdikit nmun lngsung tidak menjejaskan. selepas menghabiskn novel ini bru saya fham knpa tjuknya 'membakar syuga mengguyur neraka'.
tahniah penulis dan saya akn menantikan karya anda yang seterusnya....pretty much recommended . ;-)
Profile Image for Peah.
15 reviews
April 28, 2015
Padan muka diri sendiri.Nak sangat tahu samada perempuan bertudung boleh jadi peganggu kebahagian orang, tiba2 watak ini wujud dalam novel Hana ilhami.

Memang terasa WTF moment la dengan si Insyirah.Dia tanpa rasa bersalah menggunakan ilmu agama yang ada didada dan memutarbelitkan informasi menjadi fitnah.'Kagum2'.Watak begini lagi 'sakit' bila dibaca berbanding dengan watak wanita seksi.

Peah memang suka hasil tulisan Hana Ilhami.Tambah2 dengan pengupasan yang agak mendalam tentang isu convert dan LGBT.Disamping itu, seperti kebiasaan, penulis memasukkan informasi2 mengenai agama dengan lebih detail lagi.Kiranya penulis mengambil pendekatan killing two birds with one stone a.k.a novel ini sebagai bahan hiburan sekaligus merangkap bahan dakwah.

Akhir kata (ecewah), terima kasih atas perkongsian ilmu dan teruskanlah berkarya.
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
August 15, 2014
Assalammua'laikum. ..
tak tahu nak kata apa ttg karya terbaru Hana Ilhami ini.... mmg terbaik! garapan isu LGBT menjadi topik utama, dh mcm buku ilmiah pulak bkn mcm novel biasa....terkesan setiap bait2 nasihat dan kata2 didalam tulisan kali ini mmg menenangkan. daripada karya ini dapat saya ketahui betapa besarnya masalah LGBT ini bkn sahaja menjadi isu penting malah kita juga dpt serba sedikit maklumat ttg mendalami perasaan n memahami jiwa songsang mereka.... tahniah buat sang penulis Hana Ilhami! anda tetap penulis novel ilmiah yg saya tunggu2...
sayang sgt dgn karya2 beliau semua baik dlm simpanan dan saya kadangkala baca semula novel2 beliau xpernah rasa jemu....
TAHNIAH!!
65 reviews13 followers
September 24, 2018
I'm Hana Ilhami fan since Maulana Iqbal..

Tapi utk kali ni mmg sakit ati bila nak kene baca apa yg di tulis dlm kotak forum tu adehhh....tu yg lewat habis bukunya....

Hana mmg pandai pilih topic kali ni topic yg berada di sekeliling kita & harap2 nya ada lah buku ni di drama kan tetapi kene lah dgn tuan/puan director yg ummphh

Rahul pernah cuba memeluk islam, tetapi tersasar sebab pemimpin nya tidak menikut lunas islam yg betul... Jiha anak ustaz hurmmm nak kan lelaki A++ tetapi akhirnya ..... Dona sedih dgn kisah Dona...

apa2 pun pembaca kat malaysia ni harus hargai sesuatu karya yg begini
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.