“Sekarang saya koma dan saya belum mati lagi. Cuma awak sorang boleh nampak saya. So please, please help me!”
Jibril sesak nafas. Dalam berjuta-juta manusia, dah kenapa dia yang terpilih untuk melihat ‘si hantu’ ini? Dan pertolongan jenis apa boleh dia tawarkan? Dia bukannya tok bomoh, memang tak kuasalah nak melayan!
Tapi kalau si roh bernama Aralyn itu dah sibuk volunteer jadi housemate dia, siang malam berlegar-legar dalam rumahnya dengan muka sedih, tak jemu memujuk rayu, lama-lama Jibril terkesian juga. Tak sampai hati nak berterusan menolak.
Jika Jibril terkejut melihat kemunculannya yang mampu menembusi dinding, bayangkan apa perasaan Aralyn sewaktu bangkit sebagai entiti berbeza? Hidup di alam yang tak lagi sama dengan keluarganya, dia betul-betul rasa macam nak gila!
Namun hikmah menjadi halimunan mula terlihat satu per satu. Rahsia yang selama ini tersorok kemas, kini tertayang jelas di depan mata. Aralyn mula nampak pengkhianatan kejam si tunang yang rupa-rupanya tak pernah setia. Tergamak sungguh Zaidan menduakan dia!
“Kemalangan kau dirancang, Aralyn. Ada someone nak tengok kau mati masa hari pernikahan kau dulu.” ~ Jibril.
Sekali lagi jiwa Aralyn terhenyak keras. Siapa? Siapa yang cuba membunuhnya? Dan teka-teki itu perlu segera diisi dengan jawapan supaya dalangnya dapat diheret ke muka pengadilan! Cuma dalam keadaan ‘roh’ begini, apa sangatlah yang boleh dia buat?
Jadi Aralyn bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jibril. Ke sana sini mereka mencari klu untuk menyelesaikan misteri itu bersama. Sehinggalah…
“Aralyn, wanna dance in the rain?” ~Jibril
Dan momen keramat itu akhirnya membongkar perasaan cinta yang tertanam di dada mereka berdua. Cuma ia agak menakutkan kerana mereka hidup di alam berbeza. Bolehkah Aralyn dan Jibril menggantung sedikit harapan untuk bercinta di dunia yang sama suatu hari nanti?
“Kalau saya terjaga dari koma dan tak ingat apa-apa, please ingatkan saya? Saya takut terlupa tentang kita.” ~ Aralyn.
Sungguh-sungguh Jibril berjanji akan melakukan apa saja supaya Aralyn ingat tentang segalanya. Bukan saja tentang cinta mereka, malah tentang pengkhianatan Zaidan juga. Dia benar-benar sayangkan Aralyn. Dan ‘perpisahan’ dengan roh gadis itu membuatkan Jibril nanar bagaikan hilang separuh nyawa sendiri!
Ya. Aralyn tersedar dari koma, namun terlupa tentang segala. Termasuklah tentang cinta mereka berdua. Lebih menyedihkan Jibril, Aralyn langsung tak ingat dia siapa. Seolah-olah mereka hanya dua manusia yang baru pertama kali bertentang mata.
“Tolong berhati-hati dengan Zaidan. Not everything is as it seems, Aralyn.” ~ Jibril.
“Boleh tak jangan masuk campur hal personal saya? I don’t know you!” ~ Aralyn.
Asyik ditolak keras, dipandang dingin oleh Aralyn, namun Jibril tak pernah berputus asa walau sekali. Bertungkus lumus dia berusaha untuk merebut kekasihnya dari tangan kotor Zaidan. Dan satu per satu rahsia mula terbongkar, misteri juga terdedah jelas.
Jadi siapa dalang sebenar yang gigih cuba menyakiti Aralyn? Siapa pengkhianat yang sudah terselak topeng dari mukanya?
Dan… mampukah ingatan serta cinta Aralyn kembali kepada lelaki yang selayaknya?
“I’ll be waiting for the day you finally remember me, Aralyn. All of me.” ~ Jibril.
This story kinda reminds me of Just Like Heaven. You know, the one where the soul is wandering around because the body is actually in a coma at the hospital? Same vibe here. Betul tak?
At first, I was like “ehh hantu ke ni?” 😂 but turns out, there’s a deeper reason behind it.
I liked that twist. It adds a bittersweet, almost magical element to the story. Bukan kisah typical ghost story… more like a story of love and second chances
Best waktu Aralyn jadi roh,bila Aralyn dah sedar dari koma cerita jadi meleret.Lambat betul nak terbongkar rancangan jahat Zaidan and si "dia" Sebenarnya dari awal baca lagi dah dapat teka siapa watak jahat tu.
Aralyn kemalangan masa otw pegi nikah ngn Zhaidan.. kwn die - Iera yg drive kete meninggal.. sedih.. sbb tu kawan baik die..
Bermula laa episod di mne Lyn koma dan die cume nmpk jasad die n family.. lepas tu roh Lyn pegi kt apartment yg Zhaidan beli utk die lepas kawin nnt..
Tup² terjumpe ngn Jibril.. Jibril mase ni da rase lain.. da knape tetibe ‘hijab’ die buka balik kn.. ahhh sudah.. die mmg buat tk tau jee kt Lyn mase tu..
Bile die start borak ngn Lyn, cerita dorg jdi best.. dorg spend time together.. menari dlm hujan.. best laa..
Jibril tlg Lyn rungkai kan ape yg jdi.. siasat punye siasat da tau laa sape yg punye keje kan.. Bile time roh Lyn dpt tau siapa dalang nyee, mmg die rase sakit sbb mase tu jasad die masuk bilik pembedahan..
Lepas Lyn sedar cite ade drag sket.. ye laa Lyn tk igt ape².. tp die mcm rase sesuatu.. bile hari yg die igt, die confront Dan.. Dan tk tau nk buat ape, die pukul nye Lyn..
Mase ni Dan call partner in crime die.. rupe nyee ‘die’ laa dalang sbenar ape yg jdi pd Lyn.. tk tau ape yg die nk sgt kt Dan nie.. bukan nyee bgus pun.. kata nyee ade persamaan.. tk tau laa dri segi ape kan..
Akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke masjid untuk akad nikahnya, Aralyn telah cedera parah dan koma. Yang bertambah sadisnya roh Aralyn terkeluar dari jasadnya dan mula berkeliaran. Suatu malam Jibril baru lepas balik kerja, dari koridor kondonya dia ternampak ada seorang perempuan berpakaian putih dan berambut panjang cuba untuk terjun dari tingkat atas. Jibril baru nak cuba call ambulance, tapi bila dia tengok kat bawah, eh mana perempuan tadi pergi? Tak ada. Dia pusing tepi, tengok-tengok perempuan tu ada kat sebelah dia. 😭 Lepas kantoi dengan Aralyn yang dia boleh nampak roh Aralyn, memang melekatlah roh Aralyn dengan dia. Aralyn suka muncul tiba-tiba. Dia tengah syok tido Aralyn datang kacau. Dia dalam bilik air Aralyn datang muncul. Nak tukar pakaian dalam bilik sendiri pun dia rasa tak selamat. Kena sentiasa berjaga-jaga. 😭🤲🏻
Masih lagi membaca dengan perasaan roller coaster. Serius bila start baca tu rasa nak cepat-cepat habiskan. Nak tahu apa akan jadi antara Jibril dengan Aralyn. Yelah, sorang manusia, sorang lagi roh. Jibril dan adik dia, Fatimah ada kelebihan 'sixth sense'. Makanya diorang berdua boleh nampaklah roh Aralyn. Masa Jibril cuba bagi tahu angah Aralyn pasal roh Aralyn, kemain mengamuk dia. Luqman kata Jibril ni scammer dan dah gila sebab cakap benda merepek. Tapi bila Jibril buktikan dia bercakap benar, terdiam kaku Luqman. 😌
Misi Jibril adalah mencari tahu sama ada kemalangan Aralyn tidak sengaja atau memang dirancang. Dan kalau dirancang, siapa yang rancang? Apa motifnya?
Keadaan jadi bertambah rumit bila rahsia sudah separa terbongkar, tapi roh Aralyn mula menghilang. Dan boom! Aralyn tersedar dari komanya setelah sekian lama. Tapi tulah, Aralyn telah kehilangan semua memori dia sepanjang dia menjadi roh. Dan menjadi tugas Jibril untuk ingatkan Aralyn semula tentang semua memori dan perasaan mereka selama roh Aralyn berkeliaran.
The villain? The plot twist? Fuh, lain yang ku kira, lain yang jadi. Serious tak expect 😔✋🏼. Very best! Very recommended. 💋✨
One of the best romance story I’ve ever read for the year of 2025…💛❤️💖 • Rating: 🌟🌟🌟🌟.7 • Seorang wanita jatuh koma selepas mengalami kemalangan yang teruk. Ketika koma, rohnya berjalan2, sehinggalah bertemu dengan seorang jejaka. Si wanita yang dalam bentuk roh itu, meminta pertolongan daripada si jejaka, untuk merungkaikan misteri di sebalik kemalangan yang menimpanya. Siapa yang menyimpan dendam terhadap wanita itu? • ML - Jibril Maliki / Jibril This man owns my ❤️💖💛. He’s the perfect package. Handsome, seorang arkitek, setia nak mampus, caring, hormat orang tua, haa apa lagi? Semua yang baik2 ML nie tapau. Basically, memang hijau 🍀☘️🌿🌵🌳🌲 betul ML nie…🥰😍 • “𝑴𝒚 𝒘𝒐𝒓𝒍𝒅 𝒇𝒆𝒆𝒍𝒔 𝒔𝒐 𝒘𝒓𝒐𝒏𝒈 𝒘𝒊𝒕𝒉𝒐𝒖𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒊𝒕. 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒅𝒐𝒏’𝒕 𝒍𝒆𝒂𝒗𝒆 𝒎𝒆 𝒉𝒆𝒓𝒆 𝒂𝒍𝒐𝒏𝒆, 𝑨𝒓𝒂𝒍𝒚𝒏. 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒊𝒈𝒉𝒕 𝒇𝒐𝒓 𝒖𝒔.” 𝑱𝒊𝒃𝒓𝒊𝒍 𝒕𝒐 𝑨𝒓𝒂𝒍𝒚𝒏. • Dalam buku nie, banyak sangat ayat2 romantik dari ML untuk FL. Dengan kita2 sekali dah blushing nya…😊🥰 • FL - Aralyn Disayangi oleh ahli keluarganya. Cantik. Baik hati. Mempunyai business produk kecantikan. Seorang yang setia seperti ML. • I love everything in this book. The characters, jalan cerita, penulisan, even the cover. Cover buku ini sangat cantik yer…💛❤️💖 • Kita memang suka cerita yang ada elemen paranormal macam buku ini. Kita suka the way author tulis bagaimana ML & FL jatuh cinta. It is a slow burn romance, and the romance is burning me while reading this book…😂 Kita suka the banters between ML & FL. Dari awal2 bergaduh, then bergurau senda. And lama2 mula mengucapkan ayat2 cinta…😍🥰 • The dance in the rain is my favourite scene. Scene tue, kita memang boleh bayangkan satu persatu. The way ML mula jatuh cinta. FL tersenyum and gelak. Dengan kita2 sekali sampai tergolek2 atas katil sebab tahu, betapa romantik nya scene tue. Walaupun mereka berdua belum jadi couple lagi at that time…😍☺️ • Olahan dan penulisan author nie memang chef’s kiss…👨🏻🍳😘 Pertama kali baca buku author nie, and kita dah jatuh cinta. Terus masuk list favourite author kita. Kita faham kenapa buku nie tebal. Sebab author memang ambil masa and tak terburu2 untuk nak mengolah satu2 scene. First scene in the book, FL on the way nak ke masjid untuk majlis akad nikahnya. The way author tulis scene tue, kita memang boleh rasa every emotions apa yang FL rasa. Betapa bahagianya dia, betapa gembiranya dia, betapa sayangnya dia dengan ahli keluarganya…🥰 And when the accident happened, my heart shattered into a million pieces…😭 Even that scene pun, the way author tulis, macam real. Sampai dengan kita2 pun boleh rasa sakit…😭😩 So, kita memang faham kenapa buku author nie tebal. • Side characters yang kita suka, adalah the 3 stooges, iaitu abang2 FL. Mak aihh, beruntungnya FL ada 3 orang abang yang handsome, hot, protective, sangat sayangkan FL, sanggup mati untuk FL. Haaa, untung kan ada abang2 macam tue…😍 • Scene ketika FL terlupa tentang ML, selepas dia sedar dari koma, bagi kita scene tue best. Walaupun ada yang kata meleret. Sebab scene tue, kita boleh nampak effort ML yang cuba nak ingatkan FL tentang kenangan2 mereka berdua. And you really can feel the angst and tension between them. Yer lah, hati FL memang dah sayang kat ML, tapi otak FL tak boleh nak ingat siapa ML. Haaa, macam mana tue? 😏🤔 • Dekat hujung2 tue, ada sedikit plot twist. Kita pun tak sangka. Tapi, memang puas hati sungguh bila ML belasah villain cukup2. Jahat nak mampus…🤬😡 • Baca buku nie, membuatkan kita bersyukur sangat dengan kehidupan kita. Sebab, masih sihat tubuh badan. FL, selepas accident, life dia berubah sepenuhnya. Tulang dah tak kuat, usus pun dah kena potong sikit. So, banyak bergantung pada wheelchair. Kena pakai beg stoma. Memang kesian sangat lah dengan life FL nie. Nasib baik dapat suami macam ML…🥰😍 • Kesalahan ejaan rasanya takder dalam buku nie. Which is good. Cuma, yang kita perasan, buku nie banyak menggunakan perkataan Bahasa Inggeris yang diMelayukan. Contoh, famili. Kenapa tak guna perkataan ‘keluarga’? 🤔 • If you love reading romance yang ada elemen paranormal, then, this book is for you. Untuk author, kita tak sabar nak baca karya baru author. Semoga author terus bersemangat untuk nak menulis lagi yer…👏🏻👍🏻
i just finished Dancing With Your Ghost and I had to leave a review because wow……
This is actually the first book i’ve read that feels so different from anything else i’ve ever picked up. From the moment I started, I knew it was going to hit me hard and it did! a story about a guy, Jibril, falling for a soul, Aralyn. It sounded so wild at first, but somehow it made perfect sense the more i read. And now i’m completely in love with Jibril 😭
i couldn’t stop thinking about the story. It ended toooo soon for me, even though it’s a 1000+ page book. I actually finished it in less than 24 hours and that alone says everything.
to acik lana you nailed it i swear!
i kind of guessed the twist (something in me said Camelia had something to do with it lol) and at some point i even suspected iera might pop up as the mastermind behind it all but even then, i was still fully hooked. The way you describe every scene made me feel like i was inside the story, watching it all unfold.
During the final scene atas bukit if im not mistaken, when Jibril and Aralyn’s brothers came to save her i couldn’t stop playing “seni berdamai dengan takdir” by naim daniel & adnin roslan. That song fits the moment perfectly!
one funny thing i realized, the only time Aralyn’s feet actually touched the ground was when she was about to nikah awal2 cerita. Lepastu, she was either floating as a soul or sitting in a wheelchair 😅
Anyway, i just wanted to say thank you again for such a beautiful, unforgettable story. It’s going to take me a while to move on from Jibril. Once again, kudos to acik lana. Terima kasih untuk cerita seindah ini ❤️
1st sekali cover memang cantik.. i like... huhu... Novel ini menceritakan kisah pencintaan luar logik akal kita ROH vs MANUSIA. Benda yang tak logik, tapi bila dah mula baca buat kita terfikir, boleh jadi... ia boleh jadi real.. hahahaha
Aralyn koma selama beberapa bulan kerana kemalangan ketika dalam perjalanan untuk akad nikahnya bersama Zaidan.. Ketika dalam keadaan koma, roh Aralyn tersesat dan berkeliaran di dunia manusia. Ketika itulah roh Aralyn terjumpa dengan Jibril yang ditakdirkan boleh melihat roh.
Bermula dengan meminta pertolongan sebagai orang tengah untuk memujuk keluarga Aralyn kerana dirundung kesedihan yang teramat sangat dengan apa yang berlaku kepadanya, sehinggalah menjadi rakan yang menenangkan Aralyn yang secara tak sengaja mengetahui rahsia kecurangan Zaidan, dan akhirnya jatuh cinta..
Kesian pada Jibrail masa Aralyn tersedar daripada koma, langsung tak ingat tentang percintaan dorang dan kecurangan Zaidan.. Hampir-hampir juga Aralyn nak kahwin dengan Zaidan yang talam dua muka tu..
Aku tak expect yang bukan Dahlia yang penjahatnya.. Memang terkejut gak la mengetahui hakikat sebenarnya..
Motif/punca : Demi cinta Camelia pada Zaidan Mangsa: Aralyn Mastermind: Camelia (tp the whole story kesian Dahlia kena tuduh)
Jibril - mana nak jumpa lelaki macam Jibril. Bukan setakat Green Flag, tapi dah jadi hutan hijau. Giler seronok bila dapat tau family Aralyn approved him. Tak puas hati sebab tak byk plot keistimewaan Jibril & Fatima yg boleh tengok hantu/roh. Siap ajak tengok wayang & karaoke
Zaidan - lelaki yg takde pendirian & identiti. Not the leader material sebab nak buat pelan & rancangan pon perempuan yg lead. Drama sangat mengalahkan perempuan. Meringkuklah 20 thn
Fadhlan , Luqman, Uzair - untungla Aralyn dapat abang yg caring. Dah bestie sungguh mereka dengan Jibril. Kesian lat Fadhlan. His gf, Camelia lah mastermind
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mula mula macam boleh agak dah siapa jahat tapi macam ehhh tiba tiba rasa macam dia ni pulak. Dah terpaksa habiskan cepat sebab nak tau ending.
Bukan typical cerita “hantu”. Kalini pasal roh yang berlegar nak mintak tolong stranger yg ada kelebihan hijab terbuka. Macam pernah tengok cerita english lama macam ni jugak tapi tak sama pun. Ada elemen elemen lain.
More to peluang kedua. Curang dan dicurangi. Jenayah sikit. Tak cringe. Boleh rasa chemistry dua character ni. Abang abang yang sangat sporting and supportive. Lengkap secukup rasa.
Ada dua tiga part mengalir air mata. Buku ni best worth it. Rugi baca lambat. Empat bulan tersadai kat rak harini decide nak baca and tak menyesal
Fuh. The best ever for this novel! Suka sesangat 🩷 Jalan cerita jelas, menarik, plot twist boom gila! Tak sangka sangat plot twist tu. Gila weii 😎
Novel ni sangat ii comfortable laa for me. Jibril yang sangat soft spoken. Aralyn too. Baik dia jadi roh ataupun manusia. Dorang sangat soft 😌🩷 Jatuh cinta dengan sikap dorang & percintaan dorang. I boleh jadi gila sengih sesorang HAHA
Love it family aralyn. Berkasih sayang. Best gile dapat abang ii yang penyayang! Rasa dihargai 😇 Memang best novel ni. Rugi siapa tak baca HEHE
pemulaan yg agak slow... sehingga menghidapi reading slump.... tp disebabkan pantang mak nak BCE buku lain sebelum buku yg dibaca tu habis... ku teruskan... teruskan dan teruskan membaca...
sekali nahhh xsampai 3 hari habis dibaca selepas menghadapi reading slump selama sebulan haha
overall cerita ni memang besttt... bercampur baur emosi ye.. dr excited, cemas, sedih, berdebar2 tu sudah pasti, menyampah dan plot twist tu yg x menahannnnnn
Acik lana never dissapoint. Buku ni is a hidden masterpiece. Kenapa tak pernah aya tahu pasal buku ni. Worth every penjy. Dah baca ebook nak buku fizikal pulakk ni. Haih. Love sangat. Alao the plottwist..sangat tak sangka yer..hanis terteleng kepala aku HAHAHAHAHHAHA
BEST BUKU NI! MEMANG KENA DENGAN JIWA. Masa scene Aralyn ingat Jibril balik, tak tipu memang I nangis. The family, the friendship, the love…….tak bosan langsung baca 🫶🏻♥️