Jump to ratings and reviews
Rate this book

Johan Raffael: The Ex

Rate this book
I'm sorry Johan but this is not the life that I want. Take care and goodbye! - CARLA

BUMI Australia yang menyatukan cinta mereka dan di bumi itu juga kisah cinta mereka terkubur. Setelah hampir tiga tahun berpisah, mereka dipertemukan. Bagi Johan, pertemuan itu adalah sesuatu yang sangat dinantikan tetapi tidak bagi Carlissa kerana dia sudah lama membina cerita baru.

JOHAN tegar mengejar walau Carlissa terus berlari dan bersembunyi. Sikap tidak putus asa, dominan dan possessive Johan membuatkan Carlissa pening kepala. Tetapi akan berjayakah rancangan Johan andai Carlissa sudah ada yang punya dan bakal menamatkan zaman bujangnya?

Won't you invite me in? At least for a cup of coffee? - JOHAN
Please Johan, it's inappropriate - CARLISSA
What are you afraid of when we've done more than this? -JOHAN

RUPANYA usaha Johan tidak sia-sia apabila dia akhirnya berjaya memujuk dan membawa Carlissa berkahwin ke luar negara. Sayangnya, ada hati yang tidak senang dengan perkahwinan tersebut dan berusaha untuk memecah belahkan hubungan mereka.

Mungkinkah kekuatan cinta mampu mengatasi segalanya? Atau sebaliknya?

I'll always love you, Carla. I will love you until my last breath - JOHAN

DAN benarlah seperti apa yang Johan janjikan. Cintanya akan dibawa sehingga ke hujung nyawa.

We have to tell Carla about this Jaz. She has a right to know! -EIDLAN
Johan, I don't think he'll wake up anytime soon -JAZLITA

MEREKA merancang tetapi Allah jua yang menentukan setiap perancangan. Apakah sehidup semati itu bermakna akan ada satu hati yang akan terus meratapi?

608 pages, Hardcover

Published January 1, 2025

1 person is currently reading
7 people want to read

About the author

Ameera Ameer

25 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
5 (50%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,051 reviews201 followers
April 10, 2025
Sedar tak sedar, tahu² je dah almost 5am F finished it.

To me cerita dia best. Best sebab watak Johan yang berkarisma dan Carlissa yang jenis setia.

Couple masa study, break-off sebab Johan curang. Johan sendiri tak ingat. Dia rasa dia kena framed. Even kawan baik Carlissa pun cakap kawan Johan nak² si Brian tu bukan baik sangat pun.

Carlissa balik Malaysia tinggalkan Johan. Carla dah engaged dengan Aidan. Korang kalau baca ni mesti ingat Aidan ni seorang lelaki yang baik. Tapi ternyata dia la bapak setan tak guna punya jantan.

Masa family Aidan questioned kenapa Aidan ada 1 lagi condo sedangkan Carla dah ada condo sendiri, F dah agak mesti sesuatu si mamat acah² baik ni.

F suka watak Carla. Too many things happen to her but dia memang strong! F suka Emma, her bestfriend tu memang a keeper la. Best betul baca bila Emma menyembur family Aidan tu.

Johan accident. Koma selama 3 tahun.. sampai parents Johan pertikai medical bil mahal. Parents Johan ni fikir harta je. Tu kerja dok lobi anak².

Scene yang buat F nangis teresak² bila Johan pergi ke Aussie jumpa Carla dan anaknya Eve. Beautiful moments 🤍

F tak puas hati kisah Jaz habis gitu je. Dia dapat tak cerai gan suami kaki perempuan tu?
Profile Image for Yan.
118 reviews2 followers
August 21, 2025
Drama T20. Boleh tahan juga drama orang2 kaya nie…😅

Rating: 🌟🌟🌟🌟.3

Kisah percintaan satu pasangan yang bertemu kembali setelah berpisah ketika waktu belajar dahulu. Namun begitu, percintaan mereka dihalang oleh kedua ibu bapa kepada lelaki tersebut. Mampukah pasangan yang sedang hangat bercinta ini, bertahan sehingga ke akhir hayat mereka? Of course, kalau nak tahu, kena lah baca buku nie…😍

ML - Johan Raffael / Johan / Joe
Seorang yang keras kepala dan degil. A bit possesive as well. Kalau dia nakkan sesuatu, dia akan usahakan sampai dia dapat. A man of his words…😏

“𝑰’𝒍𝒍 𝒄𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 𝒆𝒗𝒆𝒓𝒚𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈. 𝒀𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒕𝒂𝒕𝒖𝒔, 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒅𝒊𝒈𝒏𝒊𝒕𝒚 𝒂𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒈𝒐𝒐𝒅 𝒏𝒂𝒎𝒆. 𝑺𝒐, 𝒐𝒏𝒄𝒆 𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏, 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒚𝒐𝒖 𝒎𝒂𝒓𝒓𝒚 𝒎𝒆, 𝑪𝒊𝒌 𝑪𝒂𝒓𝒍𝒊𝒔𝒔𝒂 𝑳𝒐𝒖𝒊𝒔𝒆 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉? 𝑰 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒊𝒏𝒊, 𝑰 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒚𝒐𝒖 𝒎𝒆𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉𝒊 𝑰 𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝑰 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊. 𝑰 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝑰 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒃𝒖𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒚𝒐𝒖 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒂𝒏.” 𝑱𝒐𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒐 𝑪𝒂𝒓𝒍𝒂.

Swoooon…🥰😘😍

FL - Carlissa Louise / Clara
Seorang muallaf. Pernah bercinta dengan ML ketika zaman belajar di luar negara, namun terputus di tengah jalan. Pernah bertunang dengan seorang lelaki bernama Aidan. Namun, terputus juga di tengah jalan…😮‍💨😢

At the beginning of this book, kita hampir nak DNF sebab, kita annoyed sangat dengan perangai si ML nie. Sesuka hati masuk rumah orang, ceroboh privasi FL. Banyak kali FL kata ‘NO’, tapi ML nie buat tak faham. Kita yang membacanya jadi sakit hati. Dah lah he’s the main character, tapi perangai, Ya Allah! 😖😤

Tapi, awal2 jer lah. Once dah masuk into the drama in this book, dah tak boleh nak stop membaca dah. Drama dalam nie, semua drama T20 yer. Drama ala2 Megah Holdings semua. Masing2 memang kaya yang amat. Masing2 tak nak mengaku kalah dalam bab kekayaan mereka nie. Fuhhh, kita kalau banyak duit macam tue, dah beli banyak2 buku, lepas tue bina library kat rumah…😝😂

Hubungan percintaan ML & FL nie bukanlah smooth sailing yer. Banyak sungguh halangan untuk mereka berdua nie nak bahagia. Bukan senang FL nak terima ML semula dalam hidupnya. Sebab kehidupan ML sebelum mereka berpisah nie, sangat liar. Biasalah dah handsome and kaya, perangai playboy tue mesti ada. Lepas tue, suka pergi kelab malam dan minum sampai mabuk. So, FL berpisah dengan ML sebab tak tahan dengan perangai ML…😣😩

Macam2 ML buat nak dapatkan peluang kedua dari FL. Dah dapat bersama, halangan dari parents ML pula yang datang. Tak cukup dengan tue, ex-tunang FL pun datang mengganggu. Kiri kanan halangan datang pada pasangan ini. Kesian sungguh kat dierorang berdua nie…😔😢

Kita suka sangat apabila author masukkan element women’s empowerment dalam buku nie. FL yang tabah dalam mengharungi cabaran ketika dipaksa berpisah dengan ML. FL yang cuba untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Dan watak Hasnida yang cuba untuk keluar dari perkahwinannya kerana keganasan rumah tangga. And watak Emma, best friend kepada FL. Yang sentiasa ada dengan FL ketika jatuh bangun FL. Ketika FL bersedih, ketika FL cuba membina kekuatannya, Emma nie lah yang sentiasa bagi semangat dan menjadi cheerleader kepada FL. Suka sangat dengan these 3 women. They are the queens…🙌🏻💪🏻

And of course, watak ML. Walaupun pada mulanya kita annoyed dengan ML nie, tapi, lama2, kita suka dengan ML nie. Cara dia melindungi FL memang chef’s kiss..👨🏻‍🍳😘 And, bila dia slowly berubah untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik…🥰😍

Overall, this is a good read. Konflik tak berat mana pun. Penulisan yang sedap dibaca. Ada beberapa kesalahan ejaan. Kalau you all sukakan second chance romance, dengan drama T20, boleh lah nak cuba baca buku nie. Paling kita excited, apabila author ada mengatakan yang akan ada siri untuk buku nie. Buku nie is the first one from this series. Lepas nie akan ada buku Jazlita (ML’s older sister) dan buku Eidlan (ML’s lawyer). Kita tak sabar nak baca buku Jazlita. Nak tahu juga apa kisah pengakhiran dia…😍

Apa2 pun, kepada author, teruskan menulis. Dan all the best untuk next karya…👍🏻👏🏻
1 review
July 29, 2025
Kita suka. Watak Johan dan Carla sangat2 on point dan sesuai. Mereka matang. Cerita pun tak meleweh. Straight to the point terus. Tak banyak nak komen. Senang cerita, tak bosan cerita ni.
Profile Image for Bookworm93.
18 reviews1 follower
October 1, 2025
Penulisan writer kena dengan jiwa saya. Pembacaan sy smooth je. Hbs baca dalam 1 hari. Overall cerita ok. Saya suka. Light reading. Tp knp semua parents T20 ni gilakan harta sgt? 😭
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.