Jump to ratings and reviews
Rate this book

TANGKAS

Rate this book
Dia kehilangan ayah secara tiba-tiba.

Dia pula hilang begitu saja setelah berhadapan dengan orang yang dicari-carinya.
Dia yang dicari kehilangan memori, namun kini kembali dengan satu tujuan yang pasti.

Dan dia pula terus mengejar musuh yang tidak pasti di mana keberadaannya.

Hanya satu tempat yang dapat mengakhiri kesemua pencarian tersebut - Martial Arts Underground Tournament - atau nama mudahnya MAUT.

Dengar sini, semua! Bukan calang-calang orang yang boleh masuk tournament tu. Hadiah lumayan tahap tak masuk akal. Risiko pun besar. Lawan handal-handal. Siapa yang paling TANGKAS menepis serangan?

316 pages, Paperback

First published July 31, 2014

11 people are currently reading
76 people want to read

About the author

Syahmi Hafizuddin

7 books10 followers
MUHAMMAD SYAHMI HAFIZUDDIN BIN ARMAS adalah seorang pemuda yang tak menyangka dia mempunyai bakat menulis. Apatah lagi dapat menerbitkan sebuah novel.
Tapi oleh kerana sejak kecil dah gemar berimaginasi sampai nak gila kepala, akhirnya dia membuat keputusan untuk menyalurkan idea-ideanya ke dalam karya penulisan yang pelbagai sebelum kepalanya meletup.
Gemar menulis kisah-kisah yang memotivasikan dan genre aksi ala-ala filem hollywood gitu.
Ada menerbitkan beberapa cerpen dalam majalah.
Dan novel pertamanya yang padat dengan aksi- TANGKAS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (30%)
4 stars
32 (34%)
3 stars
22 (23%)
2 stars
8 (8%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 15, 2016
Buku pertama Syahmi Hafizuddin yang aku baca setelah tiga karyanya sudah terbit. Sudah lama Tangkas berada di atas rak buku. Tapi selama ini ia hanya mampu memandang sayu ke arahku apabila setiap kali aku membelek-belek susunan buku yang ada untuk mencari naskah apa yang aku ingin baca, ia terus terabai. Dan dari tiga buah buku lain yang sama-sama dilancarkan dengan Tangkas, kesemua buku-buku itu sudah lama aku baca. Cuma buku ini saja yang terus terabai. Maafkan saya!

Bacaan yang menarik! Aku ternanti-nanti apa yang akan jadi di setiap perlawanan. Dan bukan senang untuk menggambarkan setiap babak dengan baik sebegitu rupa walaupun masih ada yang perlu dibaiki. Tapi inikan naskah pertama beliau. Jadi, ia sudah boleh dianggap sangat baik. Tahniah Syahmi. Bukan semua boleh tulis buku aksi macam ni.

3.9* untuk Tangkas!

Bagi aku, bunyi-bunyi di dalam narasi buku ini tidak pun mengganggu. Malahan aku bersetuju dengan beberapa pembaca ianya sangat membantu. Cuma ada bunyi yang kurang sesuai. Tapi sedikit saja.

Syahmi bijak menggunakan teknik imbas kembali dengan baik. Ke mana hilangnya Sam dan Cobra akan terjawab di akhir-akhir cerita. Kalau dijadikan movie buku ini, watak Alya yang paling aku tak sabar nak tengok bagaimana ia diekspresikan. Mesti menarik. Hiks!

Ada sekuel. Bila?

Moga terus sukses Syahmi!

Kalian tak nak baca ke? Cubalah.

Peace!




Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
October 16, 2015
3.75 bintang

Not bad for a beginner. Quite good actually :-)

First time baca baca buku fixi yang straight forward. Ada twist towards the ending, but a positive twist. Masa mula2 baca, agak berjaga-jaga juga la, sebab usually most books under fixi memang gitu la gayanya. Everything is not as it should be. But for this one, semakin lama baca, the positive vibes were clearer.

Interesting topic, an underground martial arts competition. Setiap langkah diceritakan dengan teliti, menggambarkan pengetahuan penulis dalam bidang ini. Sampai terasa macam baca komik hong kong atau manga part berlawan tu :-P

Cuma, masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi penulisan. Penceritaan agak longgar, dan terlalu banyak yang hendak diceritakan dalam muka surat yang terhad.

Semoga terus dapat mengeluarkan karya yang lebih baik. Saya tak akan teragak untuk membacanya nanti :-D
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
3.5

Aku suka originality cerita ni. Sebenarnya aku ada terfikir that there’s possibility yang cerita ni macam Fight Club. Maybe just part lawan tu je lah. Yang lain tu totally original dari idea bernas penulis.

Ni jenis buku tebal yang aku boleh habiskan dalam masa yang singkat sebab tak boleh nak tinggal sekejap. Haha.

Exhilarating. Kalau reader minat aksi-aksi lawan, buku ni is just perfect. Aku ada moment tu rasa macam nak jerit Enough with all this fighting! tapi macam tak kena sebab memang tu fokus utama cerita ni. Kahkah. Sebab bagi aku cara penulis describe babak berlawan tu ada sikit disturbing lah dengan buk sini, dush sana. zzzzzz.

Anyway, this is one good book. Jalan cerita yang smooth, takde bengkang bengkok yang buat aku pening. Ada humor. That’s an add-on. Especially watak Bad. Sengal yang amat.

One thing yang tak best is that ada sambungan lagi. (Memang style penulis fixi sekarang ke tulis cerita ada sequel ni?)Or I thought there will be. There will, right encik author? Cause you can’t just leave it like that.

Good job, btw.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
February 4, 2018
Aku memang gemar baca buku yang ada unsur-unsur aksi dan gaduh ni. Sebelum ni aku ada juga baca novel Lawan. Ok tapi tak lah se ok Tangkas. Tangkas memenuhi selera aku. Jalan cerita tangkas bagi aku kemas, penuh dengan aksi dan ada beberapa babak yang kelakar. Walaupun begitu, aku masih rasa ada beberapa part yang macam kekurangan rasa yang mendebarkan especially pada penceritaan babak berlawan. Memang terbayang gaya-gaya berlawan setiap watak dalam cerita ni sewaktu membaca tapi macam belum cukup ummph. Apa pun keseluruhan cerita memang ok. Kalau dibuat filem pun ngam gak ni. Dan lagi satu, penulis macam bagi hint ada sambungan je cerita ni. So lepas Tangkas, buku kedua mungkin tajuknya ???
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
November 28, 2014
Saya bukanlah peminat buku bergenre aksi. Tapi buku ini saya bagi status exceptional.

Saya suka jalan ceritanya. Saya suka bagaimana penulis meletak setiap satu scene dengan kemas, mudah faham, tanpa lagging atau terencat (walaupun ia berselang seli dengan flashback) sehingga saya rasa tak sabar nak tahu apa kisah sebenarnya yang jadi waktu ayah Aiman hilang dulu.

Saya tiada masalah dengan sound effect pertarungan yang agak banyak tersisip di setiap perenggan untuk scene lawan. I think it helps a lot.

Saya harap buku ini ada sambungan. Saya harap David sebetulnya bakal dapat balasan setimpal dengan perbuatan dia. Orang jahat akan dapat balasan buruk, right?
Tolonglah.

Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
September 1, 2014
3.5 sebenarnya.

well well. aku sangat suka originality idea penulis. mula2, aku takut cerita ni mungkin akan sama dengan Fight Club, tapi ternyata penulis mampu menulis dengan stail dia yang tersendiri.

apa yang mengganggu pembacaan aku, penulis suka menggunakan ayat-ayat yang pendek dalam sesuatu perenggan.

contoh:

"Aiman tiba. Alas kaki yang tertulis Welcome masih
sama dalam ingatannya. Dia memandang melalui tingkap
yang sudah agak bersawang dan berhabuk. Oh, takde
orang. Tombol pintu dipulas. Ternyata berkunci."

bila tulis pendek2 macam tu, dia jadi macam semput pulak aku baca bila banyak berhenti2.

oh lagi satu, dush bang boom poww semua efek ada kat dalam buku ni. tapi ada sesetengah bunyi tu tak kena dengan aksi yang sedang dilakukan.

fight scene yang last patut lebih banyak aksi, tapi mungkin tu pendapat aku je.

but still, aku tetap rasa adrenalinnya dan buku ni mampu buat aku rasa nak belajar seni mempertahankan diri dan masuk MAUT!

tahniah pada penulis!
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
July 6, 2015
Best,Hebat,Terhibur..tu yg boleh diungkapkan tuk novel Aksi dan Misteri ni..plot dan jalan cerita die memang kemas,tak terlalu serabut..
Scene fight dlm novel ni diceritakan dgn mudah dan boleh dibayangkan ikut imaginasi masing2..aku bayangkan mcm filem Bloodsport lakonan Van Damme..hehe..
Tak banyak novel aksi yg padat fight scene mcm buku Tangkas ni..mmg Terbaek..
Thanks Fixi & Syahmi Hafizuddin..its a great book!!!...
Profile Image for Hanani Natasya.
Author 2 books8 followers
September 2, 2014
Cerita yang padat dengan aksi, buat aku rasa nak menendang orang jugak kadang-kadang. Storyline yang menarik. Tak bosan baca dan unpredictable sebab aku tak sangka cerita ni akan berakhir macam tu.

Penulis juga kreatif dalam menggunakan efek bunyi dalam cerita, buat aku membayangkan situasi tu benar-benar berlaku depan mata.

Dan aku tak sabar nak baca sambungannya!
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
November 25, 2014
Satu je soalan, siapa yang David jumpa di hujung cerita?

:)

Tahniah penulis!
2 reviews
December 26, 2014
mulanya aq berminat bak baca buku ni sbb ada genre aksi dan fighting tapi bila aq da abis bace ada beberapa perkara aq nak kate. Dalam PDRM xde pangkat detektif dan xde tunjukkan lencana bagai. tu utk org amerika sane. PDRM guna nama pegawai penyiasat. Penulis patut wat research lagi sal ni. Lagi yg aq rase x kena hadiah menang underground tournament tu 100 juta USD. Dolar beb bkan ringgit, bila start fight je ada rules..?? come on laa, patutnye xde rules dlam underground fight, it should be no rules, no holds barred. Rase pelik lak bila underground fight ada rules, x ley fight smpai mati. Klaka beb. sedangkan ada org sanggup berbunuhan dgn nilai yg tersangat rendah dari nilai tu. Pernah tgok fast and furious rio heist x..? dom ngn brian rembat duit bernilai dalam 100 juta us dolar smpai kena wat ape..? hancur satu bandar beb. realiti dlam buku ni kurang, nak bace x de feel realiti.. bnyak lagi yg aq x puas hati dlm novel ni. aq xnak lebih2 ulas, cukup ni je. hope lepas ni penulis wat yg lebih baik lagi dari ni, tmbahkan realiti dlam sequel nnt or ia just nmpak pelik je bg pembaca mcm aq ni. TQ.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
November 7, 2014
Fuh...berpeluh2 aku baca novel ni wpun di bawah kipas yg ligat berputar..wow...aku sukaaaa cerita yg mcm ni..Martial Arts! Seolah2 aku tgh lihat movie kungfu Jackie Chan dan Bruce Lee...hehe..jalan cerita nya yg simple dan quite predictable tp aku faham kaitan dan flashback yg dibuat..takde keliru atau rs prsn pelik knp itu knp ini..hahaha..babak paling best bila Aiman dan Sam buat double death spin kat kepala David...wohooo...kalo babak ni dijdkn real life aka movie mmg aku la paling puas menjerit yeahhhh!!! please some producer kat Msia jdkn novel ni movie...akulah org pertama yg akan beli tiket wyg dan dvd cerita ni utk aku jdkan koleksi...tp tak sesuai la utk Umum..hahahaa ganas sgt kot..entah2 kena ban oleh Krjn Msia nnti...huhu...tp serius aku suka giler cerita ni...good job Syahmi! aku pasti akan beli sambungannya.. :)
Profile Image for Hafiz Abdullah.
15 reviews2 followers
September 2, 2014
Aku suka jalan cerita dalam novel ni yang tak meleret. Tapi entah kenapa rasa belum capai tahap kepuasan hati bila membaca, mungkin sebab perkembangan cerita ni terlalu pantas kot. Perkembangan watak keseluruhannya terbaik kecuali watak Alyah. Mungkin watak tu boleh dikembangkan lagi sebab peranannya dalam TANGKAS ni sangat minimal. Watak Bad dan Lipan pun terbaik, kadang-kadang rasa macam baca manga Jepun pun ada, nasiblah watak Aiman tu memang watak hero Melayu.. Hehe..

Tapi watak paling aku suka dalam TANGKAS ni semestinya David. Terbaik punya watak. Aku suka watak jahat macam dia. Tapi perkembangan wataknya tak ketara sangat. Mungkin ada sambungan? Sebab nampak gaya macam tu.

4 bintang untuk jalan cerita yang pantas dan tak meleret, sesuai dengan namanya, TANGKAS!
Profile Image for Haniff.
6 reviews26 followers
September 14, 2014
Overall aku suka jalan cerita. Simple, tak bebelit2. Baca sampai habis & semuanya persoalan di awal2 terjawab. Cuma, siapa sebenarnya David masih menjadi tanda tanya. Mungkin kalau disambung sequel adelah kot backstory si David tu ya...
Profile Image for Syafiq Aizat.
Author 20 books340 followers
September 8, 2014
Try try.... First time reti guna goodreads ni. Hahaha.
Owh. Hai.
Saya baca buku abam curi curi kat pesta buku. Supaya tak kantoi baca secara percuma, saya skip-skip je. Barulah #Tangkas. Hahaha.
Kbye.
*lari*
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
September 19, 2014
Jalan cerita yang menarik walaupun aku sedikit terganggu dengan kesan bunyi. Tapi ia masih boleh dimaafkan memandangkan novel ini tentang pertarungan.

Cuma, siapa yang David jumpa di penghujung cerita? Mungkinkah ada sambungan nanti?
Profile Image for Nurhaz.
38 reviews
October 1, 2014
Ok ..cerita ni superb..sedih la gak akhir2..nak berlinang..and sweet nyeeee..ak boleh imagine macam mana die lawan..death spin
Profile Image for fn..
28 reviews
June 17, 2015
TANGKAS bukan buku pertama fixi yg saya baca. Lain daripada yg lain. I love its originallity.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
February 13, 2017
Tangkas - Syahmi Hafizuddin

Best tangkas nie byk aksi, byk persoalan. Kisah ttg Aiman yg mencari bapanya yg hilang tiba2, tawaran secara tiba2 dr bekas Dektektif Nazrul utk menyertai MAUT (Martial Arts Underground Tourment) membuka jln utk beliau memulakan pencarian.

Apa yg beliau baru tahu ayhnya pun bekas polis n hilang ketika menyertai MAUT. Cuma Leman atau lbh dikenali sebagai Cobra yg ada jawapannya. Pencarian pun bermula apabila satu pasukan dibentuk oleh Dektektif tersebut.

Utk watak Leman aka Cobra nie pun byk misterinya dr seorg CEO leh jd penjenayah. Apa cter ??? Beliau jd terkenal apabila melarikan diri dr tuduhan pembunuhan isterinya yg curang dgn sahabat baiknya. Semenjak itu Cobra sukar dikesan n hanya muncul 4 thn sekali krn menyertai MAUT. Siapakah Cobra sebenarnya n apa kaitan dgn kehilangan Sam ? Pembaca juga akn dihidangkan dgn watak x dijangka nanti, mmg surprise hahaha

Plg geram ada yg lari dr penjara n tetiba bjumpa seseorg yg memberi arahan utk misi baru. Nie mmg x sabar nk tahu sape n jawapannya utk novel akn dtg, sabar jerlh hahaha

#fixi
# bukufixi
#tangkas
#syahmihafizuddin
#thrillerthrill
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
January 13, 2018
Cerita yang sangat laju, walaupun ada imbas kembali tapi tidak mengganggu.. Pertaryngan yang diceritakan memang menarik.. Mampu membuatkan mata seolah-olah melihat secara langsung aksi yang diceritakan.. Penulis berjaya menarik minat Sha untuk membaca tanpa henti dan pengakhirannya sangat menarik..
#tangkas #syayahmihafizuddin #fixi #novelmelayu #novelaksi #actionnovel #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Amirah.
13 reviews
January 18, 2019
Penulis pandai tulis scene pergaduhan. Plot menarik. And I think Tangkas is better than Revolver! Good job, author! :)
Profile Image for Shafiqahsamin.
207 reviews4 followers
June 3, 2016
Okay. Baik sikit. 2.5.

Hmmm. Punyalah susah aku nak habiskan buku ni. 2 tahun kot aku baca. Kurang sikit, 1 tahun lebih. Kalau buku ni terbit julai 2014, jun 2016 baru aku berjaya habiskan. Aku beli buku ni masa dia mula2 keluar kot. Sebab nak support penulis.

But then, aku pun tak tau kenapa susah sangat nak habiskan tapi alhamdulillah dah habis. Aku pun ingat2 lupa macam mana peristiwa start bagai. Tapi bila sambung baca mestilah dah ingat balik.

Kisahnya seorang Aiman mencari ayahnya. Death spin. Negative death spin. Double death spin. Dan yang paling aku suka,

Everybody fights, but the differences is; what you fight for


Ohh aku suka jugak bila conversation antara Leman dengan Doc,

"Dah sedia untuk mati sekali lagi?" tanya Doc ringkas.
"Kau kena cuba sekali-sekala," balas Leman.
"Apa?"
"Mati."


However, aku tak suka kisah cinta antara Aiman dengan Emilda. Alhamdulillah ada sikit je. Geli. Haha.

Dan aku tak suka, "buk!". Tak payah kot. Penuh dengan buk kat dalam tu. Tiap kali lawan. Ada je yang takde. Tapi banyak sangat. Ada yang setiap perenggan ada buk bila bergaduh. Omaigod. Aku sabar je.

Dan aku tak suka ayat pendek sangat. Dan terlalu banyak. Bila baca kuat2, lagi rasa kelakar. Tapi maybe tu style penulis kot. So okay lah.

Tapi overall okay je. Aku rasa okay. Okay je. Maybe im not into Taekwando thingy. But okaylah. Ending pun aku dah agak. So okay lah. Untuk buku first beliau, okay lah.
Profile Image for Nabeel Nabihan.
11 reviews
August 26, 2016
Buku kedua aku baca utk line up tbaru fixi ni eceehh

1. boleh tahan. mula2 cam liat gak nak baca tp bila dah start, sng plak nk abiskan. aku suka the whole idea of the story. common tapi tak klise.

2. bising. dlm kepala aku kalau xdek bunyi action yg mcam2 tu mmg tak sah kot. kadang rasa cam semak, kekadang cam boleh terima. tapi itu la kata org.. less is more

3. dripada segi cara penulisan aku rasa cool kot. boleh baca boleh layan. bagus bagus!

4. bonus point untuk misteri yg diselit tu. aku pun bosan gak kalau asyik lawan2 je. baik aku tengok raid redemption.


neway good job. tahniah utk buku first ni. tunggu sekuel kot?
Profile Image for Farz Farha.
1 review
June 27, 2016
Walaupun dlm kesibukkan, sy dapat habiskan dlm masa 2 hari. memang novel nie tak boleh tolak tepi. Bagi peminat thriller mcm sy. Highly recomended. Jalan cerita lancar. Tak serabut kepala nak fikir, relax dan santai. Tapi bila masuk part team Perkasa start berlawan utk tournament, ade kejutan di situ. Penuh aksi lawan-lawan. Sy suka.. Rasa macam tengok movie pulak. Dah lama mencari genre mcmni dlm FIXI. Plus, this novel bebas 18sx.
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
November 24, 2015
boleh tahan, cuma banyak ignore sounds effect. baca ni imaginasi macam filem killing bill or any action pack yang pernah tengok, macam mortal kombats pun boleh. cuma MAUT patut takde rules, janji menang. kata undergrounds... hehehe...

so ada sinambungan, pastikan ianya hebat lagi mantap...
Profile Image for Ema.
1,113 reviews
October 25, 2016
Not bad. Jalan cerita menarik walaupun aku tak minat citer gaduh2. Cuma ada beberapa fakta yang patut dibuat research. Dan menambahbaikkan bahagian dialog. Ada dialog yang tak penting Dan scene yang tak penting. Contohnya scene makan.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
June 4, 2015
Kan bagus kalau nama2 teknik berlawan tu ada gambaq. Tak boleh imejin sambil baca. Paihtu kene google. Bila google, dah terganggu pembacaan. Lol!
Profile Image for Zaiful Zahiri.
38 reviews1 follower
December 30, 2017
Novel ni aq respek penulis ni bole tulis secara detail setiap aksi pergaduhan, perlawanan ....aq bole kategorikan ini novel aksi yang baik...aq jugak rasa yg penulis ada belajar seni mempertahankan diri. atau memang dia buat kajian pertandingan martial arts punya teknik berlawan.

Ada ramai jugak watak & Ada kisah silam tersendiri. kalau baca better take note setiap watak punya kisah & pergerakan cerita.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.