Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi.
"Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain." - Que "Aku tak susahkah orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?" - Jed
Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri berdiri sebagai iseri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi...rasa seperti dia tidak mampu.
"Kau memang benci aku, kan?" tanya Jed pada Que. "Aku tak cakap aku benci..." "Tapi kau tak suka aku," cantas Jed. "Pun aku tak cakap aku tak suka..." Que renung Jed dua saat. "Kalau kau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak kau pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau..."
Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu sah menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan.
"Jauh lagi aku kena berjalan untuk sampai tahap tu..." - Jed "Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi..." - Que
Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi srikandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.
Pernahkah kau menghabiskan senaskah penuh bertemankan sebak dan sesak dada sepanjang masa? Air mata takan menitis dek pelaku yang sengaja ditamatkan wataknya dan bukan juga kerana konflik demi konflik bertimpa-timpa yang dicipta dalam plotnya.
Jangan dicari lampu lip-lap dalam naskah ini. Ini hanya cerita biasa. Ini kisah Jed yang dipinggirkan kedua orang tuanya kerana terlalu sibuk mengejar dunia. Ini kisah si anak yang tersasar jauh daripada landasan kekeluargaan hingga tega mengharamkan panggilan mummy dan abah untuk kedua ibu bapa. Ini kisah si tunggal yang kecewa hingga sanggup mencederakan diri sendiri dek takut terrr...memaki hamun ibu bapa yang mengabaikannya. Ini juga kisah si gadis yang hatinya sekeras plywood; keras tapi amat rapuh jika salah cara kendaliannya. Ini kisah si gadis yang tidak pernah melupakan 'dosa' ibu bapa bila terpandang parut yang menghiasi kulitnya.
Ini kisah biasa. Kisah si dara yang terpaut dengan si teruna and vice-versa. Si Jed yang pincang hidupnya dijodohkan dengan Que, si serba sempurna yang menjadi pelengkapnya. Jangan dilupa coretan selepas berumah-tangga yang tidak terlebih gulanya, sekadar manis-manis buah sahaja.
TAPI.... cara penulis meriwayatkan kisah si kaca (Jed) yang digilap oleh jauharinya (Que) hingga mampu menjadi intan permata yang bercahaya, amat terkesan di rasa.
Unsur Islami yang digarap dalam naskah ini lembut bak bayu yang bertiup di kala senja yang basah selepas disirami hujan (oh... aku dah melebih!). Tapi, jujur... itulah yang aku rasa.
CUMA... maaf, bila kau dah terlalu banyak membaca (mungkin sama seperti aku), untuk tidak membandingkan apa yang sedang dibaca dengan apa yang telah dibaca.. adalah sesuatu yang mustahil. Semustahil Raya tanpa kata "Maaf Zahir Dan Batin". Aku asyik terbayang naskah Rooftop Rant (Hlovate) dan Untuk Semua Dosaku (Rin Ahmad) sepanjang tiupan bayu senja ini. Bahasanya, nadanya, dialognya, naratifnya..... Huh! Biarlah, yang penting aku tahu apa yang aku rasa.
Maaf, kurang selesa dan suka dengan teknik narasi begini. Aku tak tahu kenapa walaupun sebenarnya takde masalah pun. Aku tahu teknik penyampaian cerita sebegini mungkin/memang sesuai untuk buku-buku romantis melayu supaya dekat dengan pambaca. Tapi apakan daya, aku tak dapat nak pujuk hati untuk suka teknik ini. Mungkin aku saja yang mengada-ada. Maaf kepada semua peminat naskah ini dan kaki kipas RM. Jangan kecam saya~
Ini adalah buku pertama penulis yang aku baca.
Owh ya buku ini sebenarnya memang masuk dalam list nak baca sebab nampak blurb kat belakang tu. Jadi aku tetap happy dah baca buku ni walaupun ekspektasi tak seperti yang aku harap.
Aku rasa seperti Que digambarkan manusia yang hampir-hampir perfect (Takde yang sempurna di dunia ni ya). cakap-cakapnya buat kau garu kepala juga. Jadi buku ini bagus sebenarnya untuk buat kau sedar yang dunia ni... (sambunglah sendiri).
Apa-apa pun buku ni, masih ok. Nanti aku carilah buku dia yang lain yang aku rasa ada je buku puan/cik penulis kat dalam rak buku aku di tanah seberang sana.
^___^ (Saya dalam mood membaca karya Rehan Makhtar).
Ini naskhah ke-3 penulis yang saya baca. Dan entah kenapa sepanjang membaca naskhah ini hati saya sering lari mencari kelibat Trisy dan Jade (Rooftop Rant karya Hlovate) disela wajah Jed dan Que.
Tidak dapat dinafikan, naskhah ini sarat pengajaran, penuh pengisian. Namun dihujung-hujung cerita saya mula terasa hilang tumpuan. Pengulangan 'nasihat' yang berulang-kali di'tutur'kan, menjadikan saya agak terganggu (dan saya terasa agak meleret untuk saya jumpa titik tamat).
Apa-apapun, saya masih lagi ada rasa suka pada naskhah ini. ^_^
Mengambil masa yang agak lama utk menamatkan kisah ini,bukan sbb bukunya tapi bilik dilanda banjir seksa jiwa dan raga menyelamatkan buku2 yg ada.Pengalaman Ngeri juga lah.
Untuk kisah ini,permulaan cerita rasa amat teruja setiap teguran dari Que kepada Puterinya membuatkan air mata mengalir ceh..ceh feeling2 kita yg kena ceramah. Tapi maaf bila di hujung-hujung itu saya dah lost,saya yg lost bukan cerita atau kisah mereka. Walau apa pun tahniah utk penulis kerana cuba menyampaikan ssuatu dalam naskah anda.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Memang best from start to finish. N suka dengan perbezaan personaliti antara Que dengan Jed.
N rasa antara Que dengan Jed, watak Jed lebih relatable. Rasanya kebanyakkan daripada kita pernah, at one point in our life, salahkan parents kita for things that went wrong in our own lives. Kita pernah gaduh besar dengan parents and when the parents tried to make amends, kita saja tunjuk besar kepala and jual mahal. Itulah sisi gelap Jed.
Tapi pertemuan demi pertemuan dengan Que membuat Jed berubah. Cuba untuk tidak lagi bertemu, kerana setiap pertemuan hanya menyakitkan hati. Tapi siapalah mereka untuk melawan takdir. Nasihat demi nasihat diberi oleh Que, walaupun dengan cara sinis, membuat Jed fikir kembali baik buruk dirinya sendiri.
Nasihat-nasihat Que bukanlah nasihat yang ground breaking tapi kerap kali benda yang obvious tu kita selalu terlepas pandang, especially kala terlalu melayan perasaan marah. Nasihat yang Que titipkan Jed, N ambil sebagai peringatan kepada diri sendiri. And for me, that's the beauty of the story.
Que umpama the voice of reasons, our deep conscience yang selalu strive to be better. Tapi kita lebih mudah mengikut hati yang jahat. Itulah Jed. Together, Que dan Jed saling melengkapi.
mcm biasalah karya RM xpenah mengkecewakan n menepati my taste huhu
BHK ni penuh dgn pengajaran. ayat2 RM cm biasa meruntun qolbu hihi
atr mereka bkn sapa sapa xkenal mula perkenalan je jed dah angin dgn que mulut sinis x agak pertemuan demi pertemuan dari xde rse apa2 timbul rse jed nyata2 nmpk perasaan dia tp que sebolehnya dia elak hanya 1 sbb batasan pergaulan dia menepis segalan apa yg jed rse..
bukan mudah que nk membentuk jed seorg gothic tapi hati cenggeng degil untuk pulang ke pangkal jalan
bila baca br phm apa makna tajuk novel ni hanya jed n que yg tahu..
bab sweet plak fiuhhh que mmg the best wlwpn sinis ek rse nk lempang laju2 pn ada.. tapi bila bab carring jgn cakap la mak oiii jatuh chentaa bila baca lagi2 part bila mula2 kawin tu.. kalau jadi jed mau ku pengsan seperti jed hehehe..
Melting betul dengan sikap hero Que. Kisah dia biasa² je. Hero Que ni yang buatkan kisah ni menarik. Cara Que cakap cam rasa dengar bisik² kat telinga ni. So sweet 💕
Ulang baca sempena bulan ramadan ni. Banyak pengajaran/kata-kata nasihat yang buat kita tersedar dan jadikan ia sebagai ikutan. Nak berubah boleh jadi sekelip mata boleh berubah tapi nak istiqamah tu yang payah. But, seorang Que dah buktikan dia boleh merubah Jed menjadi wanita besi yang menjadi penguat tatkala dia lemah.
Walaupun dulu mulut Que sinis jugaklah, bukan Jed je sentap, orang yg baca pun sentap gak 😂 Tapi kata2 itulah yang menjadi asbab & pendorong Jed untuk jadi wanita yang baik, hormat kedua orang tuanya dan tabah dalam mengharungi hidup. Kadang ada orang yang anggap mereka yang selalu membebel bagi nasihat ni acah2 baik, suka menjaga tepi kain orang dan dianggap penyibuk. Tapi tak semua yang begitu, ada yang ikhlas nasihatkan kita supaya kita jadi manusia yang berguna.
Jangan tengok status/peribadi orang yg bagi nasihat tu, tapi ambik nasihat dia tu agar dapat merubah diri kita jadi lebih baik.
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :
RM berpegang dengan kata- kata diatas dan saya bangga mengakui tulisan RM banyak memberi inspirasi dan pengajaran.bagi saya jujurnya ini novel RM yang paling saya suka..
Best sgt. Suka cara Que didik Jed utk jadi wanita besi. Hihi. Jed plak jenis rapuh hatinya, tapi demi Que dia sanggup belajar nak jadi srikandi yg besi hatinya. Bicara Que yg tegas tpi penuh isi, suka sgt. Sbb Que mcm lelaki idaman hati. Ahaks! Apa-apa pun keep it up RM :D
Best! Que sangat romantik selepas kahwin. Sebelum kahwin tu, ayat dia pedas, tajam, berbisa. Jed pulak, sikit2 nak memberontak, sebab kurang kasih sayang keluarga. Lepas jumpa Que, kena basuh kaw2 si Jed ni. Pastu, Jed ni mudah sangat nak nangis. Nasib baik lar Que ni punya tahap kesabaran yang tinggi. Sweet lar novel ni.
BHK - Buku yg saya habiskan bermula tgh malam mencecah pagi! dh lama tk jd mcm ni..membaca dan membaca sampai tk rasa cukup!!! Ada istemewanya buku ini...buat saya baca dlm rasa sayu dan sebak! Jatuh simpati kasih pd Jed yang terabai perhatian dan terpinggir kasih sayang kedua tuanya krn terlalu sibuk dengan urusan bisnes memasing! Desakan rasa hati yg 'sakit' buat Jed hilang arah dan bertindak biadap! Rasa kesal geram pd kedua orang tua Jed yg terlalu mengikut kehendak hati mengumpul kekayaan sehingga satu-satunya anugerah Allah itu di sia-siakan!!!!
Pertemuan tragis Jed ~ Que adalah langkah baru buat kehidupan mendatang Jed. Takdir Allah mmg manis dan penuh rahsia! Hubungan diserikan dgn bicara sinis, kasar, dingin dan tangisan!!!! Jiwa kosong Jed mula dpt menerima kata-kata Que yg penuh sindiran dlm menyampaikan maksud!! Que sendiri 'berperang' rasa jiwa lelakinya menghadapi Jed yg semakin berubah hari ke hari!
BHK tidak membuai dgn kata2 manis tp didalamnya ada perkongsian jiwa utk kita semua rasai!!! Dlm kesyahduan itu terselit rasa lucu angkara Que yg mahu memberikan kejutan buat si bakal isteri! Jed pula yg semakin menjadi baik membuat keputusan utk membahagiakan kedua ibu bapanya!!!!
Akhiran utk kedua mereka mmg 'menjadi' bila memasing redha dgn Takdir Allah! Dlm menempuh hidup itu ttp ada dugaan dan cabaran ... mereka ttp tersenyum!... mereka ttp kuat! mereka saling menyokong krn mereka berkongsi rasa yg sama dan saling memahami krn bahasa hati mereka yg senada!!!!
Naskah ni antara yg terbaik hasil dr garapan tangan dan buah idea Rehan Makhtar...Tahniah!!!!!
Pada luaran nya Que (Qalam Ajad) nampak sangat sinis, sarkastik, mulut pedas. Sebenarnya dia tak tau macam mana nak berhadapan / bercakap dengan pereuN, ada dia ada sekelumit minat dalam hati, tu yang bila bercakap pedas-pedas saja yang terkeluar.
Menyesal pulak kita tak baca buku ni awal-awal semasa Ramadan hari tu, banyak pengajaran dan peringatan disamping amalan-amalan sunat yang boleh kita praktikkan namun selalu terlepas pandang. Semoga umur kita panjang dan bertrmu dengan Ramadan yang akan datang semoga dapat ambil pengajaran dari kisah ini.
Kadang-kadang creepy jugak Que ni, sebab dia ada sixth sense yang sangat kuat terhadap Jed. But overall, suka sangat scene selepas dorang nikah, cara Que didik & tegur Jed sangat sweet dan berhemah, memang selayaknya dia menjadi Imam Dian Jehanna Puteri (Jed), suami dan bakal ayah kepada anak-anak mereka, Que seorang anak yang soleh, abang yang melindungi dan membimbing adik-beradik nya, suami yang terbaik dan saling melengkapi kekurangan seorang isteri.
Sangat berbaloi mendapat dan membaca hasil tulisan Rehan Makhtar. Disamping cerita yang memberi pengajaran, kisah cinta yang halal dan memberi kesedaran betapa pentingnya mendapat keredhaan dan membahagiakan hati ibu bapa, di zaman yang banyak kita dengar berita anak-anak yang semakin besar kepala dan membelakangi ibu bapa pada masa ini. Semoga yang membaca buku ini akan dapat memahami.
Allah.. lama benar memeram buku ni. Kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan ML meninggalkan hal-hal duniawi seketika. and... I'm back with my favorite novelist.. RM...
Apa yang boleh ML katakan BHK ni, sarat, padat dan memang menyentuh rasa. Kengkadang apa yang dikatakan tepat2 kena atas hidung. Kita manusia pendosa yang sering kali leka dengan nikmat duniawi.. Bertuahnya seorang Puteri yang dianugerahkan seorang Que yang sangat hebat. Dia manusia ulung kerana bukan hanya berjuang untuk dirinya sahaja malah untuk orang-orang yang dia sayang... muahahhahahah... dah macam buat review siri pendekar lah pulak..
Sarat dengan pengajar yang kengkadang kita malas nak buat. Tahu tapi malas.. bak kata Que, cawan yang kosong, senang nak isi air bagi penuh Tapi amat payah bagi cawan yang dah penuh air. Tahu tapi malas nak buat. Memang elok dijadikan bahan bacaan untuk anak-anak. memang ada sweet dan meltingnya tapi tak keterlaluan. seperti melihat drama di tv yang sentiasa ditapis agar lepas tapisan. Sekarang ni macam-macam novel ada tapi BHK memang setanding karya Hlovate. Sarat, Padat dan Berilmu. Tahniah buat puan RM kerana karya ini memang bukan sekadar bahan mengisi kebosanan sahaja. Karya kali ini memang mampu menbeli jiwa .
Jed.. Inilah dia wanita yang nak cucuk dia dengan garfu dulu.. Inilah dia wanita yang cuba terjun tasik Sungai Tua.. Inilah dia wanita yang dipanggil ahli sihir jahat dulu.. Tapi sekarang, inilah wajah yang sesejuk mata memandang..
Que.. Tegurannya bernas tapi berbisa.. Naga pon takot! Tuan badan pon mengaku, heeeee Saje je nak kekang hati dan perasaannya dari kalah dengan nafsu yang satu.. Bila hatinya mula pandai derhaka, jantung mula bekerja lebih dari biasa, mula merasa suka dan cinta, dikekang segala keinginan. Biar Jed anggap dia benci padahal, Allah je yang tau! Biar perasaan ini hanya untuk yang halal dan berhak..
Suka dengan nasihat-nasihat yang dikongsikan dalam novel ni.. Entah, kebanyakan kita tak tahu? tak pasti? tak peduli?
"Duit itu aje hak aku untuk aku kembali pada Allah nanti. Yang ada sekarang ni, kata ustaz, boleh jadi hak kedai makan, hak bengkel kereta, bengkel motor, hak klinik ke. Kena bayar tu semua. Tak ke mana. Habis kat situ aje. Tak dapat apa. Tapi yang RM100 tu sedekah. Hak aku dengan Allah. Saham akhirat aku tu nanti."
QALAM AZAD. Sejuknya hati dapat anak macam ni. Sejuk jugak hati dapat suami macam Que ni. ALLAH. Sepanjang baca novel ni, lidah ni tak putus2 sebut ALLAH. Damainya hati baca novel ni. Sape2 nak baca novel ni kene get ready dari segi minda sbb nanti Que nak bagi super-duper tazkirahhhhh.
Novel ni takde langsung pasal orang ketiga keempat kelima kesepuluh. Kalau Syakir tu nk dianggap orang ketiga pun tak sesuai sbb mmg Jed tak minat pun dgn Syakir. ehee. Ni kisah transformasi seorang DIAN JEHANNA PUTERI daripada seorang ahli sihir kepada perempuan besi. :D
Congrats kak Rehan for this precious novel.! Xoxo! Fullmarks!
Novel kedua. Nak kena sahut cabaran goodreads nak baca 50 novel. Baru dua ni.
Pengajaran yg terselit dalam ni memang banyak. Taat pada ibu bapa, buat baik pada semua orang dan paling penting dekatkan diri pada ALLAH.
Que sangat romantis lepas kahwin. Sebelum kahwin sangat sinis. Jed pula yg dulunya keras, kasar dan terpesong berubah menjadi seorang Jed yg alahai sangat lembut dan sensitif. Mudah menangis. Paling penting boleh tahan kasar dan sentap kata2 Que ni tau.
Apa2 pon best sangat. Karya pertama Rehan Makhtar yg saya baca. Beli jgn tak beli. Best gilerrr...
Kalau RM keluarkan buku baru tak kira buku baru ke, revamp ke mest beli. Kali ni baca tentang Qalam Azad dan Dian Jehanna Puteri.
Ini kalau jumpa lelaki jenis QA dekat luar, confirm macam pehal mamat ni. Yela sibuk betul tegur orang dekat public, takde angin takde ribut. Faham sebab dia nak menegur benda yang salah.
Jumpa dengan DJP pula, perempuan yang quite sensitive. Dahlah orang ada emotional abandonment pastu ada pulak yang semberono tegur. Mana tak sakit hati. Tapi inilah jodoh awak.
QA ni nampak je perfect tapi sebenarnya tak kan mula mula. Dia bukan macam lelaki yang terus rasa 'okay aku nak ambil dia as isteri aku, sebab boleh bimbing ke arah yang betul.' At the beginning, dia tknak ambil tanggungjawab tu sebab dia rasa diri masih tak layak pun. Kudos for you to admit that. Bukan senang ye nak bentukkan orang jadi yang lebih baik.
serious sya x tau mcm mna nk describe betapa "something"nya novel ini. Sungguh, jalan cerita tak berat dan tak meleret. Allah.
bila baca novel ni, buat sya rasa rindu sgt dgn ramadhan. rindu sgt dgn bulan mulia tu, nak2 lagi thn lps punya ramadhan sya sakit for 2 weeks. solat terawih pun x dpt buat. kurang pahaya aisehmen ~ betapa Que pertahankan Jed sampai menjdikn mereka halal. Que, i wish my one and only brother is just like you. but the fact is, adoilah ..
cuma.. sya org sabah so ade beberapa perkataan yg sya x fhm puan penulis, perkataan "unsangkarable" tu mmg superb 8)
Dah lama simpan buku ni dan selepas mula baca suku buku, bersyukur sebab tan nyesal save the best for last... ala-ala gitu la sebab banyak dah buku RM yang lain saya dah baca. Ini yang akhir dalam simpanan sekarang.
Watak, saya rasa Que dan Jed antara gandingan kekasih yang terbest dalam banyak-banyak novel. Tranformasi Jed dari 'begitu' ke 'begini' membanggakan walau mungkin tak lah phenomenal sebab Jed ni sebenarnya muda dan kurang terdedah kepada kehidupan. Dia tak reti bersosial malah kawan pun Lis dengan Syakir jer. Kira penangan Que untuk merubah Jed memang tak berapa layak nak masuk kategori superhero. Apapun, saya rasa berkenan dengan Que yang konsisten perangainya, takde belok-belok, takde pusing-pusing cerita.... kan senang gitu. Mengurangkan salah sangka yang sering digunakan sebagai penyebab konflik kisah dalam novel cinta. Cuma dia punya tazkirah... aduhai berbuih la telinga. Still, he speaks what he does.
Ada la rasa geram sikit sebab Que tipu Jed gitu tapi justifikasi dia boleh saya terima. Novel ni juga seronok dibaca sebab RM santai dalam menyulam patah perkataan narrator & watak-wataknya.
So, kekdahnya... siapa boleh define makna 'Kekdah' angkat tangan? Baca tau buku ni best. Kalau nak beli yg preloved saya ada ni.
Walaupun terbitan 2014, novel ini masih relevant di tahun 2021. Jarang, penulis menghampakan pembacanya. Novel yang sarat dengan nasihat dan peringatan tentang agama. Dari seorang ahli sihir jahat, Dian Jehanna Puteri telah berubah kearah wanita muslimah berhati besi. Betapa cantiknya aturan Allah, buat mereka yg berusaha dan bersabar mengharap redhanya. Terciptanya Adam dan Hawa itu, adalah untuk menyempurnakan kejadian antara satu sama lain. Saling menguatkan, mengingatkan, dan berkasih sayang, kunci kebahagian rumah tangga. Membaca novel ni, akan banyak mengingatkan kita akan batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Dan betapa, kuatnya kesabaran seorang lelaki dlm melawan nafsunya, disaat wanita idaman dihadapan mata. Watak Qalam Azad, memainkan peranan yang sangat penting dalam novel ini khususnya dalam kehidupan seorang Jed. Semoga perkahwinan yg kita bina, akan capai juga pada destinasi yang sama : syurga.
"Kita saling melengkapi. Jed lemah, abanglah kekuatan dan abang kurang, Jed adalah kelebihan abang. Itulah makna hidup suami isteri".
Susuan bahasa yang lembut tetapi langsung tak bosan. Jalan cerita tersusun dan sangatlah best. Kena dengan selera saya. Sengaja baca lambat2 sbb tak nak bagi habis cepat. Tahniah penulis Rehan Makhtar. Novel beliau ini akan sy simoan sebagai koleksi peribadi yg sy syg