Jump to ratings and reviews
Rate this book

#Ghost #3

#Ghost 3 : The Shadow

Rate this book
PEMBELOTAN. DENDAM. KONFRONTASI

Codename GHOST. Satu misi rahsia. Untuk seorang lelaki bernama Kimi Rafael

Menjadi ‘hantu’ bukan pilihannya namun disebabkan pengkhianatan mereka, dia terpaksa memilih jalan itu.

Malaysia - Thailand - Rusia - Austria - Belarus - Lithuania - Czech Republic - Ukraine - Jerman - Malaysia.

Setiap lokasi ada nyawa yang hilang. Setiap pelusuk bersama misi rahsia. Ceruk bumi mana di dunia ini yang dia tidak singgah? Namun begitu, bumi Malaysia yang pernah menjadi saksi darahnya menitis, masih dijunjung. Bersembunyi bukan lagi satu pilihan.

Kerana janji patriotiknya, dia pulang ke negara tumpah darah. Kerana kasih sayang seorang sahabat, dia terima misi yang berbahaya itu. Dan… kerana ikrarnya itu juga, Alpha Team telah diuji. Siapa yang belot? Siapa yang setia?

KIMI RAFAEL - Calon yang sempurna untuk misi mereka. Seorang lelaki berbahaya tanpa talian hayat. Dilatih untuk memburu dan membunuh. Dia… mimpi ngeri setiap musuh.

SHADOW- Si pengkhianat yang disangka telah mati. Bagaimana pula dia berada bersama Alpha Team? Adakah Shadow masih lagi menjadi orang kanan Tuan Zain? Atau kehadirannya ada helah lain?

TUAN ZAIN - Komander Alpha itu kelihatan biasa-biasa sahaja. Masih perlukah GHOST setia kepadanya?

“I’m your bad news. Kau tak patut datang.” ~ GHOST

“Takut bukan alasan aku. Kau lupa siapa aku. Aku… ialah Shadow. I’m The Shadow.” ~ SHADOW.

“Biar tersalah ampun dari tersilap hukum.” ~ TUAN ZAIN

Apabila The Exchange 106 ditawan oleh pengganas, kesetiaan ahli Alpha Team diuji dengan seutas tali yang hampir putus. Dapatkah mereka melupakan seketika dendam yang masih marak dan bekerjasama dalam memerangi pengganas yang mengancam keamanan negara?

502 pages, Paperback

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Zura Rahman

16 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
June 19, 2025
3.6 ⭐️

Untuk Ghost 3, I dah boleh catch up & masuk dengan gaya penulisan author (tapi still I rasa ada cringe jugak tapi nvm-lah). Dalam Ghost 3 dah tak berputar Kimi-Arin sahaja tapi skop lagi meluas. Backstory Kimi pun ada diceritakan jugak tapi I tahu macam tergantung tak diceritakan sepenuhnya (nak kena baca G4 tapi nantilah) dan I suka character Arin dalam ni dah matang & sangat memahami Kimi (G1 & G2 I sangat allergy dengan Arin).

Untuk bahagian action, I suka, tak perfect but not bad. Dan scenes di TRX buatkan I teringat satu buku tu tapi tak apalah inspirasi la kot. Lepastukan haha I taktahulah I yang jarang dengar orang lelaki bersembang atau I punya surrounding or what tapi I rasa watak-watak lelaki dalam ni bila bercakap sesama sendiri dah macam gaya wanita bercakap (aaa my bad). Dan banyak jugaklah penulis dok puji (watak) handsome-seksi-sado, I macam eeerrr apakah???
Profile Image for Yan.
119 reviews2 followers
May 8, 2025
Kak Zura, you did it again! The third book, chef’s kiss…👨🏻‍🍳😘

Rating: 🌟🌟🌟🌟.7

Apabila musuh lama kepada leader Alpha Team, diserap masuk ke dalam team tersebut. What do you think what would happen? Memang chaos. Dari tenang, jadi ribut. Dalam masa yang sama, berlaku satu terrorism yang melibatkan nyawa isteri kesayangannya. Mampukah leader tersebut mengetepikan masalah dalaman dengan musuhnya, dan menyelamatkan isterinya? Nak tahu, of course kena lah baca buku nie…😍

ML - Kimi Rafael / Kimi / Ghost
Leader kepada Alpha Team. Mempunyai dark past, yang orang lain semua tak tahu. Good looking & hebat dalam pertarungan.

“𝒀𝒐𝒖 𝒅𝒐 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒋𝒐𝒃. 𝑳𝒆𝒕 𝒎𝒆 𝒅𝒐 𝒎𝒊𝒏𝒆. 𝒀𝒐𝒖 𝒂𝒓𝒆 𝒂 𝒇𝒊𝒈𝒉𝒕𝒆𝒓 𝒊𝒏 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒐𝒘𝒏 𝒇𝒊𝒆𝒍𝒅. 𝒀𝒐𝒖 𝒂𝒓𝒆 𝒂 𝒈𝒐𝒐𝒅 𝒅𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓. 𝑨 𝒈𝒐𝒐𝒅 𝒔𝒖𝒓𝒈𝒆𝒐𝒏. 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒘𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒖𝒂𝒕 𝒕𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒎𝒆𝒔𝒕𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒑𝒆𝒓𝒈𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈. 𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒃𝒆 𝒃𝒚 𝒎𝒚 𝒔𝒊𝒅𝒆, 𝒐𝒌𝒂𝒚? 𝑱𝒂𝒅𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒖𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒉 𝒄𝒖𝒌𝒖𝒑.” 𝑲𝒊𝒎𝒊 𝒕𝒐 𝑨𝒓𝒊𝒏.

Dengan kita2 sekali cair…😍🥰🫠

FL - Daryn Areena / Arin / Reena
Seorang doktor. Berkahwin dengan ML dan mempunyai 2 orang anak. Sentiasa sabar dengan kerenah ML yang banyak berahsia dan sentiasa hilang dari radar.

Ya Allah! Kak Zura! Kalau rasa buku kedua pun dah best, buku ketiga dalam siri #GHOST nie pun lagi bertambah best…🤩 Selepas habis baca buku nie, kita speechless sekejap…🤯 Macam, Ya Allah, masih banyak lagi cerita #GHOST nie. Memang nampak betapa banyak lagi yang author nak cerita tentang ML nie…😍

Kita jarang nak baca buku bersiri. Tapi, yang nie, memang tak boleh nak lepas. Kalau dalam buku pertama, perkenalan ML & FL. Buku kedua, life after marriage. Buku ketiga, banyak berkisarkan bagaimana ML boleh dapat call sign ‘Ghost’. Dalam buku pertama, ada diceritakan serba sedikit tentang kematian arwah tunang ML yang bernama Ayu. Tapi, tak diceritakan, what really happened after that. You all akan found out what really happened in this third book.

Dalam buku pertama juga, kita akan berkenalan dengan pasangan Pak Da & Mak Da. Pasangan nie akan muncul semula dalam buku ketiga, tapi dalam bentuk flashback. Bagaimana ML bertemu dengan pasangan ini. Seriously, paling tak sangka sangat2, watak Mak Da. Fuhhh…😮‍💨😵 Kerana Mak Da, ML mula belajar menjadi ‘hantu’.

Dalam buku nie juga, membawa kepada pertemuan semula antara ML dan Shadow. Bagi ahli Alpha Team yang lain, Shadow adalah ahli kumpulan baru mereka. Tapi, bagi ML, Shadow adalah musuhnya. Fuhhhh, jenuh eh, geng2 Alpha Team yang lain cuba nak leraikan persengketaan antara ML & Shadow. Masa nie, memang nampak sangat brotherhood mereka. Brotherhood Alpha Team nie memang chef’s kiss…👨🏻‍🍳😘 And, memang berguna sungguh postcard yang author beri untuk pembaca. Boleh berkenalan dengan setiap ahli Alpha Team…😍🤩

Of course, aksi2 manis antara ML & FL pastilah ada. Dalam buku nie, aksi2 manis tak banyak sangat. Tapi, action memang banyak. Padu plak tue. Especially scene menyelamatkan tebusan dari terrorist. Fuhh, bagi kita, scene tue memang E-P-I-C…👏🏻👍🏻 Memang nampak author banyak buat research untuk nak bagi scene tersebut nampan realistik. Kita yang membaca nie, berdebar2…😵‍💫😩😵 Sampai berdiri bulu roma kita. Mantap sangat scene nie. Of course, ML sangat menyerlah dalam scene nie…😍🤩

Seperti kata ML, setiap orang ada 3 kehidupan. Public life, private life dan secret life. So, kat hujung buku, memang ada diselitkan sedikit, secret life ML, yang FL pun tak tahu. I believe, dalam buku keempat akan explore apa secret life ML. Aahhh, tak sabar nak baca buku keempat…😍

Penulisan author, memang sedap dibaca. Kesalahan ejaan yang sangat minimal. Cuma, kita noticed, banyak juga perkataan English yang diMelayukan. Contoh, negosiasi. Perkataan English nya adalan negotiation. Bermaksud rundingan. Kenapa tak guna rundingan sahaja? 🤔

Other than that, kita sangat enjoy baca buku nie. Banyak juga ilmu yang kita belajar dalam buku nie. Buku author nie bukan buku ‘kosong’ semata2. Now, kita nak sambung baca buku keempat. Untuk yang baru nak bermula baca #GHOST series nie, make sure baca ikut turutan. Baca dari buku pertama. Baru you all akan lebih enjoy dan faham. Untuk author, teruskan menulis #GHOST5 yer…🥰👍🏻👏🏻
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.