Jump to ratings and reviews
Rate this book

Arsipelago : kerja arsip dan pengarsipan seni budaya di Indonesia

Rate this book

204 pages, Paperback

First published January 1, 2014

6 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (15%)
4 stars
9 (45%)
3 stars
5 (25%)
2 stars
1 (5%)
1 star
2 (10%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
February 3, 2018
Buku yang bagus untuk dibaca setidaknya pada diri aku sendiri yang kini sedang mengarahkan penilitian aku kepada kajian budaya. Dalam buku ini beberapa penulis menekankan betapa pentingnya mendokumentasikan sejarah dan membaca semula sejarah yang dituliskan oleh pihak kolonial supaya ilmu yang terkandung didalamnya jernih dan tidak bias kepada view orientalis tetapi memihak kepada rakyat. Kita boleh lihat secara serius dalam buku ini tugas pendokumentasian hal-hal budaya ini haruslah dihidupkan dalam masyarakat dan menjadi budaya supaya di masa depan senanglah kita untuk melihat, membaiki dan bergerak maju kedepan dengan menjadikan hal-hal masa silam sebagai panduan atau mungkin juga contoh. Terutamanya negara bekas penjajah seperti Indonesia & Malaysia yang masih mencari cari identiti seperti apakah menjadi sebuah negara bangsa itu? Indonesia mungkin telah bergerak menuju negara bangsa yang moden yang telah mengalami liku liku politik yang maha dahsyat dan pasca reformasi 98 membuka pintu selebarnya untuk perjalanan baru bagi seluruh bangsa Indonesia dalam mencari identiti. Keadaan di Malaysia parah lagi, sejak zaman Mahathir yang membelakangkan hal budaya dengan memaksa seluruh rakyat Malaysia menganuti faham sains dan kejuruteraan yang katanya lebih menguntungkan. Hasilnya hari ini, keadaan politik menjadi semakin kucar kacir, para intelektual ditekankan, hasil kreatif dalam budaya tidak diraikan dan akhirnya membawa kemandulan budaya. Sejak akhir-akhir ini, proses pendokumentasian budaya ini telah berjalan dalam usaha kolektif sendiri oleh komuniti barangkali mengambil contoh dari tetangga kita yang lebih terkedepan dalam hal ini.

Bab 7 "(Personal) Archiving and History : Medayu Agung and Oei Hiem Hwei" ialah bab yang paling aku suka. Dalam bab ini, demi menjaga kecerdasan intelektualnya walaupun ditekan oleh kerajaan ketika peristiwa September 65, Pak Hwei berjaya menyelamatkan banyak dokumen, gambar-gambar, surat khabar, buku-buku dan jurnal-jurnal daripada dibakar oleh tentera. Bersama penulis maestro Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, Pak Hwei dihumban kedalam penjara di Pulau Buru. Selepas dikeluarkan dari Pulau Buru kerana tidak didapati bersalah, Pak Hwei berjaya membawa keluar manuskrip original Pram. Akhirnya bersama kawannya seorang Cina Muslim, Haji Masagung, Pak Hwei membuka kedai buku di Surabaya. Dan secara berkala selepas peristiwa reformasi 98, dokumen yang tersimpan itu dikeluarkan dan diletakkan di dalam perpustakaan Medayu Agung untuk dibaca dan diteliti semula oleh pengkaji generasi sekarang.

Perjalanan Pak Hwei dalam menjaga dan meneruskan tradisi intelektual ini sangatlah memberi inspirasi paling kurang kepada aku sendiri. Tinggal di negara bekas jajahan memberi peringatan bahawa negara tidak akan sentiasa berpihak kepada kebenaran, atau dalam erti kata lain sangat anti intelektual. Menjaga dan mendokumentasikan segala yang berlaku disekeliling yang tidak terlepas dari bicara hal budaya, sosial, politik dan ekonomi adalah sangat penting supaya di masa depan generasi baru akan dapat menemukan jalan penyelesaiannya yang telah ditutup negara.


P/s : untuk yang kurang tahu tentang peristiwa 30 September 1965, apa yang berlaku di Indonesia ialah pembunuhan besar-besaran mereka yang terlibat dengan kegiatan komunis. Semua dibungkam, buku dibakar dan yang paling malang sekali orang-orang cina selalu disangka terlibat dengan komunis sehingga mereka tidak dapat mempraktiskan budaya cina yang mereka warisi beribu-ribu tahun oleh nenek moyang mereka. Akibatnya berlaku penghilangan budaya dan hari ini kita boleh lihat hampir tidak ada orang Cina Indonesia memakai nama Cina dan mampu bertutur dengan bahasa nenek moyang mereka. Kezaliman pemerintah yang memukul rata orang Cina adalah Komunis meninggalkan kesan yang amat besar kepada sejarah politik dan budaya di Indonesia. Disebabkan ketika itu pengaruh Komunis amat besar ketika itu, terutamanya dari China dan Kesatuan Soviet, kerajaan Indonesia dibawah Soeharto melaksanakan pemerintahan kuku besi. Boleh Google dan baca lebih lanjut tentang peristiwa ini.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.