Kahwin muda tiada dalam istilah hidup Husna tetapi dia bertemu dengan Shauqi. Lelaki pertama yang buat dia rasa mahu jatuh cinta. Kematangan lelaki itu mengikat hatinya. Lalu perkenalan dua bulan dia mahu tamatkan dengan perkahwinan. Apatah lagi janji yang dibuat oleh Shauqi kedengaran yakin sekali.
“…Saling mengenali setelah halal lagi pula saya takut tanpa sengaja terbuat dosa. Husna ni… cantik dan manja.” – Shauqi
Dah kahwin lain pula ceritanya malah rahsia tentang Shauqi juga terbongkar. Rahsia yang buatkan Husna rasa terkhianati tetapi kerana sayang dia telan semuanya. Belum usai kisah rahsia Shauqi, mak mentua pula menguji jiwa muda Husna.
“Baru hari pertama basuh pinggan dan pecah. Kamu nak musnahkan harta benda aku ke?” – Puan Lily Satu demi satu peristiwa yang terjadi membuat Husna tertanya sendiri. Apakah dia tersilap dalam membuat keputusan? Kemunculan Shira juga perubahan sikap Shauqi buat dia semakin keliru. Bagaimana perjalanan perkahwinan mereka?
“Tapi abang kata ini rumah kita. Rumah saya…” - Husna
“Tak! ini rumah abang dan awak hanya menumpang di sini Husna. Jadi, untuk tinggal dalam rumah ini ada peraturannya!” – Shauqi
“You kata masih sayangkan I, you tipu kan? Huh! I tak patut percaya dengan kata-kata lelaki.” - Shira
Tiba-tiba segalanya berubah. Dalam manis ada pahit. Begitu juga dalam bahagia Husna ada derita yang berjalan kepadanya. Dia takut, apakah dia mampu hadapi saat suami yang dia sayang bertukar menjadi syaitan?