Setelah berjaya membuka negeri baharu yang diberi nama Melaka pada tahun 1400, Parameswara mula mengatur strategi untuk menjadikan Melaka sebuah empayar perdagangan yang maju dan masyhur. Baginda bijak mengenal pasti potensi lokasi strategik Melaka di Selat Melaka. Selain menjadi laluan utama perdagangan antara timur dan barat, kedudukan Melaka juga terlindung daripada angin monsun serta bukit yang tinggi menghadap laut sesuai dijadikan kota pertahanan. Bagi menggalakkan kedatangan pedagang dari pelbagai negara pula, Parameswara membangunkan infrastruktur pelabuhan yang cekap serta memastikan keselamatan perdagangan bebas daripada ancaman lanun. Selain itu, kegemilangan Empayar China di timur telah menarik minat Parameswara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu. Perlindungan dan jaminan keselamatan yang diberikan oleh Empayar China menyebabkan pedagang asing semakin percaya terhadap kestabilan politik Melaka.
Beliau kini aktif sebagai peguam jenayah di sekitar KL, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Beliau telah membuka firma guamannya sendiri, Tetuan Azharul & Chui yang beroperasi di Petaling Jaya.
Selain dari turun naik mahkamah dan keluar masuk lokap, beliau sangat meminati sejarah. Pada waktu lapang, beliau akan menziarahi makam raja dan tapak istana untuk mengenang sejarah lampau. Setelah mendapat ilham, beliau akan mengarang buku-buku sejarah untuk dikongsikan kepada anda semua.
Kini beliau telah menerbitkan 8 buah buku sejarah di pasaran.