Jump to ratings and reviews
Rate this book

Detektif Vampire #3

Detektif Vampire: Ilusi Maut

Rate this book
TIK TOK! TIK TOK! TIK TOK! BUNYI JAM BERDETIK!

Doktor Wardah, seorang pakar psikiatri menerima pesakit bernama Hadi, yang sukar menghadapi kenyataan kematian anak dan isterinya. Ibu bapa Hadi meminta pertolongan Doktor Wardah memadam memori hitamnya menerusi hipnosis. Namun, sesuatu telah berlaku. Hadi mula dihantui ilusi kehadiran seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Lama-kelamaan gangguan ilusi itu memberikan kesan kepada mental Hadi sehingga dia tidak dapat membezakan antara realiti dan ilusi. Tidak lama kemudian Hadi hilang secara misteri.

Tanpa sengaja, Cikgu Farisha bersama Kelab Detektif Vampire terlibat dengan masalah Doktor Wardah. Mereka cuba menyelongkar dalang di sebalik ilusi-ilusi yang dikaitkan dengan hipnosis sehingga menyebabkan kematian. Malah mereka juga terdedah kepada ancaman bahaya ketika dalam proses mencari si pelaku yang sebenar. Anaqi perlu mendapatkan petunjuk yang terakhir sebelum dia dan rakan-rakan menjadi mangsa seterusnya.

Kelab Detektif Vampire bekerjasama dengan Inspektor Farid dan Detektif Lee bagi menangkap si pelaku sebenar. Di sebalik kejadian yang menimpa keluarga Hadi, ada rahsia yang bakal terbongkar.

160 pages, Paperback

First published March 7, 2025

2 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books47 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (10%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
3 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for meenie.
331 reviews3 followers
December 6, 2025
this one is my least favorite of the series.

predictable. boleh agak siapa mastermind. memeningkan pun ye juga. scene tu macam out of nowhere eh asal ada? bila ada misteri, tak diselesaikan tak dapat dirungkaikan sebab wataknya dah mati. so kurang memuaskan haiya.

dah beli 3 series ni baru tahu ada yg baru papan ouija. haiya kena beli lagi ni
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
April 16, 2025
Mac 2025: Detektif Vampire: Ilusi Maut

Cuti sekolah. Kali ini ahli Kelab Detektif Vampire (KDV) berdepan dengan misteri di luar sekolah yang lebih rumit. Anaqi, Hafiy dan Bazli cuba membantu kawan Cikgu Farisha, Doktor Wardah (DW).

DW seorang pakar psikiatri yang mahir dalam terapi menggunakan hinopsis. Beliau cuba membantu seorang pesakit bernama Hadi yang kehilangan isteri dan anak-anak dalam satu kemalangan.

Semasa dalam rawatan susulan, Hadi tiba-tiba hilang, disusuli dengan kematian ayah Hadi dan pemandu mereka. Pelbagai kejadian aneh mula menghantui DW sehingga kepada kematiannya.

KDV cuba menjejak pelaku sebenar walaupun pada mulanya mereka dipandang mudah oleh Inspektor Farid. Anaqi yang mempunyai kuasa psikometrik memudahkan penyiasatan mereka sehingga terbongkar segala misteri.

⏱️⏱️⏱️

Tahniah kepada @penerbitx dan @aku_ilyawriter di atas buku ketiga siri Detektif Vampire ini! Buku ketiga ini meneroka teknik hinopsis yang digunakan dalam terapi namun disalahgunakan untuk kepentingan emosi dan nafsu sehingga meragut nyawa!

Bagi saya tahap seram dan saspen dalam cerita ini lebih kuat berbanding Patung Voodoo dan Bloody Mary, terutamanya bila mangsa terperangkap dalam ilusi. Mereka akan nampak perkara yang mereka takuti. Teringat dengan kes pukau untuk merompak wang yang pernah dilaporkan dalam berita. Semoga Allah melindungi kita selalu.

Kagum dengan idea yang dibawakan oleh penulis terutama semasa mereka di'hinopsis' melalui telefon bimbit. Penceritaan sangat menyeramkan, penulis bermain dengan kisah-kisah seram yang biasa kita dengar seperti nyanyian lagu, budak bermain guli, kesunyian dan tiba-tiba muncul sesuatu yang tak diduga!

Penamat dengan plot twist hampir dapat diagak tetapi masih tersasar dengan kehadiran watak yang menjawab teka-teki keseluruhan cerita. Pembaca hanya dapat tahu yang E.D.E.N telah berhubung dengan Anaqi melalui orang tengahnya Mona dan selebihnya masih belum terjawab. Mungkinkah ada orang terdekat dengan Anaqi adalah ahli E.D.E.N? Apakah motif sebenar pertubuhan ini?

3.5☆
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
April 12, 2025
“𝑷𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒍𝒖𝒂𝒓 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒏𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉 𝒌𝒆 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒌𝒆𝒋𝒂𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏”

Buku Detektif Vampire yang ketiga ini memfokuskan cerita Dr Wardah yang merupakan seorang pakar psikiatri dan antara pengamal yang mahir untuk melakukan terapi memadam ingatan secara kaedah hipnosis. Semuanya bermula apabila Dr Wardah menerima seorang pesakit bernama Hadi kerana dipujuk kawan baiknya. Tapi keadaan menjadi tidak terkawal apabila Hadi menghilangkan diri dan kematian ayah Hadi yang tiba-tiba menjadikan Dr Wardah sebagai suspek utama.

Runsing dan hilang arah, Dr Wardah berkongsi masalah dengan kawan baiknya Cikgu Farisha yang seterusnya meminta pertolongan kelab Detektif Vampire untuk melihat perkara tersebut. Rupanya disebalik kisah kehilangan orang yang tersayang ada rahsia yang menjadi kunci atas segala yang terjadi.

°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・

Tidak pernah tidak kagum bagaimana buku senipis ini padat dengan banyak hal yang berlaku. Kunci sebenar untuk menikmati buku puan Alya adalah membaca dan biarkan keadaan dan ketika mengalir sendiri diruang imaginasi kita. Usai dengan buku ketiga, aku simpulkan cerita kali ini adalah satu persinggahan kepada satu rahsia besar yang bakal didedahkan nanti. Nampaknya musuh sudah semakin hampir dengan Anaqi dan rakan-rakannya, tapi kenapa mesti Anaqi dan apakah tujuan organisasi rahsia itu diwujudkan masih menjadi tanda tanya yang menjadikan kita tidak sabar untuk mengetahui lanjutan kisah mereka.

Elemen seram dan penyiasatan kali ini dapat diseimbangkan dengan baik, meskipun dalam diam aku ingin baca lebih banyak adegan berdarah yang terpaksa dikurangkan itu🤭. Akhir kata, buku ini merupakan bacaan yang mendebarkan dan rancak dengan aksi, membuat jiwa kita gundah gelana untuk mengetahui siapakah dalang disebalik semua kejadian yang berlaku.

Rekomen untuk bacaan mendebarkan kerana banyak plot yang berputar belit menunggu anda.

Terima kasih penerbit x atas naskhah ini #ilusimaut #detektifvampire
Profile Image for Amira.
38 reviews
September 13, 2025
Thank you Pernebit X for the book!

The story continues with the 3 boys of the Detective Vampire Club, in the 3rd series of the book - Ilusi Maut (Illusion of Death).

School holiday just started and they thought it would be nice to spend the time at Bazli's grandpa's orchard. However, their holiday took a turn when their teacher, Farisha needed the boys help. They needed to use their detective skill outside of the school involving a lost hypnotised patient.

My thoughts:
I'm not sure if it's because the book's main theme is involving hypnosis, but I was getting confused towards the middle of the plot. There were some scenes where they cut into the same scene but different people involved. For example, setting is at mamak, but there're two different groups sitting in a separate place. And the transition of dialogue from one person to another who's in the different group got me confused a little, even though they're in the same setting. Basically, I found the transition from one scene/dialogue to another wasn't particularly smooth. I felt like that part there, the skull logo (where it's used in the book) should be put before jumping into another as it's considered as a different scene to me (transition break). There was also a minor typo which was Bazli's name and it was written as Fazli instead, supeeeer confused & surprised thinking did I missed out a new character?

I enjoyed how the ending turned out to be with the plot twist. However, because there were instances I needed to re-read a few times, to actually know which setting I'm in got me creating wrinkles on my forehead 😆. Nonetheless, I'm pretty excited to know what this E.D.EN organisation is about. And what kind of creature Anaqi is.

Rate: 3.5/5 🌟
Suitable for: 14 years old and above. But if horror/thriller/murder isn't your cup of tea, I won't recommend it.
Reading pace: Fast
Profile Image for Yumi Teavee.
92 reviews1 follower
September 24, 2025
woah hold on. this third series makes me can't expect what is happening?

Sambungan ceritanya, kelab detektif vampire masa ni tgh cuti sekolah kan. Jadi mereka pun luangkan masa cuti mereka dengan Pak Lokman. Kita dapat lihat pada awal cerita ni jugak pasal seorang lelaki bernama Hadi yang trauma lepas isteri dan anaknya accident depan mata dia. Zameer member Hadi dh dok thu nak buat apa dh sebab tgk member dia murung. Then, Zameer ni tanya ayah Hadi Datuk Taijudin pasal seorang doktor yang boleh hipnosis orang.

For the first time, I never had read a book that talks about hypnotize. This book has it's own potential talking about this kind of illusion and black magic. Pukau ngan hipnosis tak sama ye gais. Saya pun baru tahu. New knowledge for me

Anaqi and the geng macam biase diaorang tetap lakukan tugas mereka as detektif tapi this plot mengancam nyawa betul. Pergh,baca setengah buku ,otak dah duk bergerak sambungkan plot dengan buku yang lepas. Sebab dia berkaitan tau ,kalau baca sekerat ,korang konpem tak faham. Jadinya baca dari awal siri tau.

Ade persoalan dh menjawab and menambah baharu pula keadaan saya tertanya tapi saya pasti author ada jawapannya. saya baca ending and BAMMM PLOT TWIST!. tu je nak cakap, fahamkan perasaan saya yg duk pikir mcm kes berantai.

Thank you kakak author, saya nak beli next buku siri ni papan ouija. Apa pulak ye journey anaqi,hafiy and bazli in the fourth book?
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
July 3, 2025
taktau kenapa tapi yang ini rasa macam kurang umphh. mungkin sebab kurang aksi dari kelab detektif vampire
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.