Jump to ratings and reviews
Rate this book

30 Doa: Daripada Al-Quran & Hadis Saat Hampir Berputus Asa

Rate this book
Sinopsis:
Saat Nabi Ayub AS mengangkat tangan berdoa, baginda telah kehilangan segala-galanya.
Saat Nabi Yunus AS merintih kepada Tuhan, baginda sedang terperangkap dalam kegelapan.
Saat Nabi Musa ASmemohon pertolongan-Nya, baginda diselubungi rasa resah dan gelisah.

Namun, setiap kali mereka berdoa, doa mereka dimakbulkan—cepat atau lambat, pasti adajawapan daripada-Nya.

Apa rahsia doa para anbia sehingga diperkenankan oleh Allah SWT? Adakah melalui caramereka berdoa? Dan andai kita berdoa seperti mana mereka, mungkinkah doa kita juga akan diterima?

Dalam buku ini, penulis menelusuri 30 doa terpilih daripada al-Quran dan hadis, mengungkap kisah di sebalik setiap doa serta keikhlasan para anbia saat mereka merintih kepada Allah SWT.

Melalui huraian yang penuh makna, kita akan belajar bahawa doa bukan sekadar lafaz kata,tetapi luahan hati yang tulus pada saat keterdesakan. Dan ketika hampir berputus asa, semoga kita dapat berdoa dengan penuh pengharapan—seperti yang ditunjukkan oleh mereka yang paling dekat dengan Tuhan.

288 pages, Paperback

First published February 1, 2025

11 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Fakhri Fadzli

4 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (61%)
4 stars
8 (38%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
August 12, 2025
Bermunajat kepada Allah ialah salah satu cara aku bertahan dalam dunia zaman edan ini. Doa sangat menenangkan lebih-lebih lagi apabila kau meluahkan segala-galanya.

Aku gembira buku ini diterbitkan kerana aku ternanti-nanti koleksi doa daripada al-Quran yang selalu diajar oleh ustaz/ustazah. Buku ini mengumpul 30 doa daripada al-Quran dan hadis. Doa-doa para nabi yang lahir daripada hati yang ikhlas, penuh kehambaan dan keterdesakan.

Tambah menarik, setiap doa dihuraikan kisah atau sejarah di sebalik doa itu yang berkaitan dengan para anbia. Ia membuatkan aku jadi semakin menghargai doa-doa tersebut.

Kita boleh belajar cara para nabi berdoa. Doa bukan sekadar permintaan tetapi satu panggilan untuk kita kembali kepada Allah.
Profile Image for Qayiem Razali.
889 reviews85 followers
March 24, 2025
36/2025

-30 Doa
-Fakhri Fadzli
#RamadanReading

Doa. Boleh dikatakan setiap hari kita berdoa. Namun, sedarkah kita bagaimana sepotong doa itu punya keajaiban yang maha besar? Dalam buku ini dikongsikan 30 potongan doa dan huraian disebaliknya, di mana ia dapat membantu dalam memastikan kita berjalan pada landasan hidup yang benar. Biarpun kita sering beranggapan doa itu sekadar bacaan biasa, namun sebenarnya ia adalah senjata yang mampu menjadikan hati kita kuat berdepan liku liku kehidupan.

Kesimpulannya, buku ini merupakan sebuah naskhah yang bagus, diisi dengan huraian huraian yang memperincikan kepentingan setiap doa. Untuk mereka yang mencari buku membangun jiwa, buku 30 DOA ini antara naskhah yang boleh diletakkan dalam senarai wajib miliki.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
May 26, 2025
A must-have for busy Muslims and new converts seeking a straightforward, trustworthy dua companion. Perfect for daily use.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.