"Perdiam diri saat berdepan hetidakadilan, bererti menjadi sebahagian daripada penindasan." - Desmond Tunu
Saara-suara Orang Malawan merupakan cengkaman keberanian koleltif manusiawi dalam mambangkang dan mempersoal kezaliman yang melanda umat manusia.
Bahkan, koleksi catatan Che Guevara, Mahatma Gandhi Voltaire dan pelbagai lagi ini ikut mencadang dan memberikan kepelbagaian solusi terhadap permasalahan masyarakat. la tampil dari renungan merentas zaman mereka yang tertindas, yang mahukan jawapan konkrit dan membumi bagi permasalahan orang-orang kecil.
Mambaca catatan-catatan ini pastinya membuka minda kita. Baik untuk menerima pandangan yang diangkat, mahupun untuk menjadi proaktif dalam memberikan jawapan dan renungan kita sendiri.
Buku kompilasi mengenai isu2 getir yang berlaku di serata dunia. Tentang revolusi di Perancis : pertembungan antara agama vs dan intelek, pertembungan kelas pekerja dan bangsawan, socialis vs kapitalis, isu pembebasan wanita, penulisan Gandhi, pertembungan parti koumintang vs parti komunis dan sbgainya.
Saya agak tertarik dgn ucapan Che Guevera yang juga membawa gagasan karl marx & Vladimir Leninist yg mengetengahkn gerakan anti kapitalis dgn sedikit gubahan ideologi iaitu kebebasan drpd gerakan imperialis Amerika Syarikat. Melalui buku ini saya menjadi cakna akan hal2 pergerakan ideologi yg telah berlaku di seluruh dunia, kepayahan, kerenyahan org2 barat lalui yg telah menaikkn negara mereka kpd kedudukn negara 'maju'.
Sedikit kritikan saya adalah, bagaimana petikan2 suara ini dipilih , berdasarkan populariti petikan suara ini ataupun kesan yg berlaku selepas petikan suara ini ? contoh petikan kata2 Che Guevara di PBB pada sgt ikonik dan cocok menjadi contoh kata2 Che Guevara ini kerana iainya di dengari oleh ratusan wakil negara2 yg bersidang pada waktu itu. Utk petikan suara2 yg lain saya tak berapa pasti kesan dan adakah petikan suara yg dipilih itu tepat dlm menyampaikn dakyah yg ingin di sampaikn oleh tokoh2 tersebut.
Apa2 pun byk yg saya belajar dprd hasil penulisan ini. syabas kpd penterjemah dan penyunting.
Satu bacaan yang menarik. Terjemahan sembilan ucapan/karya falsafah perjuangan ini boleh dikatakan menjadi trailer kepada intipati yang mendasari tentangan orang-orang yang melawan tersebut.
Sejujurnya saya jadi tertarik untuk membaca lebih lanjut berkenaan semua ideologi yang dipersembahkan. Ada ideologi yang tidak asing bagi saya, ada yang saya tidak pernah serius mahu ambil tahu tetapi kini saya terpanggil untuk jadi lebih cakna.
Terjemahan juga mudah difahami meskipun isinya memerlukan sedikit gimnastik mental untuk dihadam. Syabas kepada penterjemah dan penerbit!