Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sara Cempaka Sari

Rate this book
Sara, seorang pengawal peribadi, merentasi masa lampau dan tertukar tubuh dengan seseorang yang bernama Cempaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila memakai kalung mutiara milik moyangnya.

Dalam usaha Sara mencari jalan ke masa hadapan, dia harus menunaikan misinya, iaitu membawa pulang Puteri Hang Li Po. Sepanjang pengembaraannya, dia menjadi anak angkat laksamana terkenal iaitu Laksamana Zheng He ataupun Cheng Ho. Dia belajar berdiplomasi dengan pegawai-pegawai besar di Tanah Besar China.

Suatu hari, Sara bertemu dengan seorang pegawai aneh di istana sewaktu menghadap maharaja dan mendapati dia juga terperangkap dalam persilangan masa seperti dirinya.

Siapakah pegawai aneh itu dan apakah mereka dapat kembali ke masa hadapan?

474 pages, Paperback

First published January 1, 2025

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
5 (27%)
3 stars
3 (16%)
2 stars
7 (38%)
1 star
3 (16%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,090 reviews203 followers
October 14, 2025
Kisah time-travel jugak ni.

Awal² F boleh layan rasa macam syiok baca tapi bila masuk part nak selamatkan Puteri Hang Li Po tu, F rasa macam a bit rushing.

Cerita ni pun macam cliffhanger... banyak persoalan tak terjawab!

Apa jadi pada Chempaka bila Sara balik semula ke dunia asal dia?

Adakah Tun Daim kahwin dengan Chempaka?

Lepas tu apa jadi dengan Wu Ji? Dia balik ke negara asal ke?

Why the story ended like that???
Profile Image for Fatin Atiqah.
4 reviews5 followers
May 26, 2025
Ini sekadar "rough review". Akan review lebih panjang dan lebih sopan nanti (kalau rajin).

Semuanya terasa kucar-kacir pada saya secara peribadi. Tak pasti sama ada, ada proofreading atau tidak sebelum publish. Mcm separa masak pun ada. Saya suka dgn idea penulis ni tapi sayang penyampaiannya kurang. Mungkin expectation & standard saya tinggi utk buku yg time travel & berkaitan dgn nusantara.


1. Kesalahan tatabahasa dan ejaan yg tak terkira banyaknya. Kalau anda sakit mata tgk kesalahan ejaan & tatabahasa, buku ini bukan utk anda

2. Latar masa dan tempat tiba-tiba bertukar takde ribut takde hujan. Sekejap di pasar, tiba-tiba di rumah dah. Konklusinya, perjalanan cerita kurang lancar dan tak tersusun

3. Penggunaan perenggan & layout buku mcm tak kena sebab rasa mcm budak sekolah rendah baca perenggan pendek- pendek.

Hampir nak DNF (did not finish) kan buku ni tapi membayangkan duit yg telah dilebur utk buku ni, terpaksa lah habiskan pembacaan.

Harap sesiapa yg terlibat boleh perbaiki lagi baik dari segi penulis atau pihak publisher.
Profile Image for Ciknim.
24 reviews
June 22, 2025
Eih sukalah buku ni. Dah 2-3 bulan dah beli tapi dok tunggu mood membaca tu sampai, kemain lama lagi. Tapi! Bila dah start baca, susah pulak nak berhenti 😂

Kisah pasal seorang bodyguard bernama Sara yang secara tiba-tiba merentas masa ke zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika di sana, Sara telah terperangkap dalam tubuh seorang anak bangsawan Melaka, iaitu Cempaka Sari. Maka dari situ, bermulalah kehidupan baru Sara di sana yang penuh dengan nilai persahabatan, cinta, kasih sayang dan sebagainya. Dalam usaha untuk pulang semula ke zamannya, Sara telah berjumpa dengan banyak watak lainnya yang turut mewarnai pengembaraanya.

Suka dengan watak cempaka celup ni. Berani dan jenis outspoken. Satu ja yang kurang berkenan dengannya, di mana dari awal lagi penulis gambarkan yang Sara ni seorang yang menjaga solatnya tapi perbuatan dia macam tak synchronize tau. Yalah. Jaga solat tapi pergaulan antara lelaki dan perempuan ni agak bebas. Bayangkan seorang gadis berumur 17 tahun (25 tahun kalau ikutkan umur sebenar Sara) asyik asyik minta lelaki lain dukungkan di belakang sebab malas nak berjalan. Apooo 😅😂

Lagi satu, dalam novel ni terlalu banyaklah segi segi cinta tu. Naik rimas. Setakat Tun Daim & Wu Ji tu pun dah okay dah. Ini boleh dikatakan hampir semua lelaki muda dalam novel ni syok kat cempaka celup. Ayoyoo 😅

Dalam novel ni saya paling terhibur part cempaka celup bidas Tun Daim. Kelakar tapi dalam masa yang sama puas hati. Ini baru buku bertemu ruas.

Ending pulak, tergantung. Saya shipping Wu Ji & Sara tu. So penulis, tolong pastikan ada sambungannya lagi tau dan harapnya happy ending lah untuk semua watak yang ada dalam novel ni. Apa-apa pun saya sangat enjoy baca buku ni ya. Tak puas tau. I need more!!!!! 😂😂
Profile Image for Han Hana.
6 reviews
June 14, 2025
Saya boleh bagi 3.5/5. Tak dinafikan memang page turner. Tak boleh berhenti membaca.

Salah satu perkara yang paling menarik tentang buku ini ialah gabungan konsep budaya Melayu lama dengan unsur-unsur tamadun Cina.

Namun begitu, dari segi gaya penulisan, terdapat kekurangan pada kematangan olahan ayat. Gaya bahasanya mengingatkan kepada karya di Wattpad — ringan dan kurang mendalam, yang mungkin kurang sesuai dengan tema dan latar yang cuba disampaikan. Cerita terlalu gopuh untuk dihabiskan dan tak situasi tak diterangkan secara terperinci. Susah nak menghayati apa yang sedang berlaku.

Selain itu, percubaan untuk menggunakan dialog berbahasa klasik kurang menjadi. Bahasa yang sepatutnya membawa suasana zaman silam itu kedengaran agak janggal dan tidak meyakinkan, malah ada kalanya terasa seperti dituturkan oleh kanak-kanak, bukan watak yang hidup dalam era tradisional. Pada awalnya, ya. Bermacam perkataan klasik digunakan tetapi makin lama, bahasa lama menjadi kekok. Saya boleh faham di mana Sara merupakan dari zaman depan tapi yang lain?

Dari segi jalan cerita, agak tak lengkap. Tiada penjelasan tentang di mana Cempaka yang asal semasa Sara mengambil alih tubuhnya dan penutup bagi selepas kejadian rombongan Pak Sheikh selamatkan Wang Li Bao. Adakah Cempaka mati atau Cempaka yang asal masuk ke badannya kembali? Dan Wu Ji, tiba-tiba boleh termasuk dunia moden, tiba-tiba hilang. Apa jadi di bumi Melaka sejak kejadian itu? Adakah Tun Daim dapat memperisterikan Cempaka? Kalau penceritaan lebih terperinci, mungkin lebih menarik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
January 17, 2026
Plot/Jalan Cerita: 3/5 - konsep menarik, tapi tergantung dan terlalu rushing
Penulisan: 1/5

Macam editor tak proofread. Banyak ayat tak habis/tertinggal perkataan. Perkataan cina digunakan terlalu berlebihan tanpa terjemahan. Yang peliknya nama (Shuang Er, Gong Gong, etc) buat italic, tapi perkataan cina dalam dialog tak italic?

Macam baca skrip, bukan novel sebab 'description' terlalu ringkas. biasanya kalau sakit kepala, penulis akan describe 'kepala terasa berdenyut/ pusing/ mata berpinar', tapi penulis ni guna 'kepala rasa sakit' dan habis situ. Tak 'feel'. That's just a simple example, the actual is much worse.

Karakter FL tak konsisten. Kejap, macam ni, kejap macam tu. It's like 2nd Tier Watpadd fanfic, with too much focused on 'male gaze'
Profile Image for Tashakilaa.
61 reviews
October 6, 2025
Jalan cerita dah ada cuma bahasa yg di gunakan mcm pelik sikit. Bukan bahasa baku. Lepas tu banyak pengunaan bahasa mandarin sepatutnya penulis letakkan maksud di sebelah perkataan tu. Pace jadi slow sebab gaya bahasa dalam cerita ni mcm terabur sikit.

The best part is buat kepala ni imagine kehidupan negara cina zaman dulu. Cuma tula, penulis seeloknya kembang kan lagi penceritaan. Dan letakkan pembahagian bila masuk part baru. Tak well organised sgt susunan dia.
Profile Image for Nur Fateha.
44 reviews
May 13, 2025
Bosan,,, nama watak yang memeningkan,, plot tak berkembang,,draggy,, ending trgantung.. aishhh pening aku baca
Profile Image for Daisy.
162 reviews9 followers
January 9, 2026
0.5/5🌟

Giving an unedited wattpad story, written by high school girlie vibe ~ yay

Bab ejaan, tanda baca and tatabahasa pun wOw
Profile Image for Introvert Insane.
547 reviews7 followers
January 14, 2026
Concept is already interesting on paper. You get Scarlet Heart meets Love Destiny.

FULL REVIEW: https://www.youtube.com/watch?v=RZ4XA...

But the writing is.... Is this a first draft???? It feels like the writer is just rushing to tick off plot points without letting the story breathe. Is the editor not doing their job?

Why does it feels too fanfic-y? Even fanfics are better. Why does Sara feels like a Mary Sue? Also, why is one moment she's super Islamic and the next, she's rubbing her fiance's bare back when he's in a bath tub and wet?

What's with the ending? I don't mind them not being together but what was the point of all that thennnn???
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.