Buku ini merupakan catatan diari pahit manis liku-liku kehidupan seorang pemandu kereta mayat yang ada unsur ala-ala politik tanah air. Melibatkan lokasi parking kereta mayat di sebuah surau yang penuh dengan suka-duka bersama ahli jemaah bermula dari Awal Muharam sehinggalah ke penghujung musim Haji.
Dengan catatan diari bermula diari 1 Muharam sehinggalah ke 30 Zulhijah mengikut kalendar Islam, maka lengkaplah buku ini dengan tema 'semusim' di syurga. Tapi macam tak logik, seorang pemandu kereta mayat mempunyai diari?
Namun pada zaman semua orang boleh ada blog atau Facebook, maka tidaklah pelik jika pemandu kereta mayat pun mempunyai akau Goodreads.
Agak berbelah bahagi nak letak rating. Dari satu sudut, pengisiannya memang bagus dan dapat menambah pengetahuan agama pembaca seperti saya yang banyaknya tak tahu daripada tahu. Dari sudut yang lain pula, gaya memberitahu melalui perlian itu akan membuatkan saya hanya memandang sekali lalu terhadap isu yang dikemukakan, walaupun perkara tersebut adalah serius.
Semusim di Syurga membawa kisah selama satu tahun dari bulan Muharam sehingga Zulhijjah di suatu surau di suatu kampung, di mana Hamka adalah salah seorang kariahnya, dan juga sebagai pemandu kereta mayat. Jadi cerita-cerita yang dimuatkan dalam buku ini memperihalkan hal-hal yang berlaku seputar kehidupan 'ahli-ahli syurga' tersebut.
Penulis mengkritik institusi agama yang seolah-olah terlalu sempit fikirannya dan memandang rendah tehadap anak-anak muda yang baru berjinak-jinak mendekati agama. Yang betul cuma apa yang mereka buat dan bawa sahaja, tidak mahu membuka mata dan menerima bahawa gaya hidup kita ini sudah berubah, dan sepatutnya kita juga harus membuka peluang kepada golongan muda untuk mendekati masjid dengan gaya orang muda, asalkan tidak terpesong dari akidah. Islam itu mudah, asal kita tahu dan sentiasa memburu ilmu.
Namun, saya lebih terkesan dengan tazkirah penulis semasa beliau menggunakan gaya berkongsi ilmu berbanding ketika beliau menggunakan gaya perli dan perbandingan. Lebih ikhlas, mungkin?
Walaupun tegurannya keras namun berjaya menyentuh ke hati.. Kalau hati tisu mesti sentap habis.. setiap apa yang diperkatakan memang betul berlaku.. Nak terima dengan tak nak terima je..
Sejujurnya saya suka membaca buku ini sebab semakin lama menyelak muka surat rupanya banyak perkara lagi yang saya tak tahu. Kurang satu bintang sebab saya kurang selesa dengan bahasa yang digunakan. Kalau penulis dapat sampaikan cerita menggunakan bahasa yang lebih sopan bukan ke lebih baik. Islam itu indah.
..
Sesungguhnya, hidup ini memang singkat. Kerana sedang kita diasyikkan dalam membuat keputusan mengubah warna harta kita, lalu kita mengecatnya dengan warna yang paling kita suka, tapi sebelum cat itu kering. Maut pula menjemput kita. (m/s : 118)
Jika keseluruhan cerita ini berkisarkan tentang kisah benar, bagi saya Hamka adalah seorang yang rigid, merasakan hanya diri sendiri yang betul dan memandang rendah kepada golongan ignorance dan kurang pengetahuan tentang Islam. Sentiasa mencari salah orang lain tanpa menyedari bahawa kita bukanlah seorang manusia yang sempurna. Kita semua bukan. Termasuk Hamka.
Saya lebih suka jika Hamka tidak memberikan pendapat peribadinya kerana bagi saya kritikan yang diberikan dari sudut nasihat terlalu keras walhal pada awalnya Hamka sendiri yang berkata Islam itu mudah.
Dari sudut penceritaan kisah Nabi dan beberapa kisah lain, bagi saya ianya amat menyentuh perasaan dan banyak memberikan pengetahuan tambahan.
Islam itu mudah. Janganlah kritik Imam yang baca surah pendek sebab nak bagi ruang bagi anda untuk mandi hadas besar. Cuba cari inisiatif untuk pergi awal ke surau atau masjid. Bukankah itu lebih afdal dari letak beban kesalahan atas bahu orang lain. Ini salah satu dari beberapa perkara yang saya tidak setuju dalam penulisan Hamka.
Seperti yang dijangkakan, aku memang suka dengan penulisan Hamka Kereta Mayat. Setelah membaca dua bukunya sebelum ini, aku lebih suka dengan buku ini. Kerana isinya yang lebih padat dengan contoh dan kisah-kisah teladan.
Membacanya ibarat membaca sebuah travelog dan ceritanya akan menjentik hati kita supaya kembali kepada agama. Kisah tentang Aidil Adha, kisah bilal yang merajuk, kisah ustaz yang ambil remeh temeh tentang tuntutan solat berjemaah.
Buku ini mengajar saya untuk berlemah-lembut dan bersopan-santun jika ingin mengajak orang ramai melakukan kebaikan. Seperti cara Rasulullah SAW. Jika teguran menggunakan bahasa sinikal, mencarut dan mengkritik peribadi seseorang, tujuan dakwah tidak berapa nak sampai bahkan merasa pendakwah itu angkuh dan merasa diri mereka sentiasa betul orang lain semua salah. Sukar untuk kita terima teguran yang tidak ikut cara Rasulullah SAW.
Muka surat 49, penulis cakap "Dan yang orang Islam lupa hari ini adalah berdakwah cara Nabi. Cara paling senang, jumpa manusia dan cakap lemah lembut...". Tapi selang beberapa perenggan "Kepada Pakcik Sidik Tasdik, tolong jangan perasan bagus, dan tolong jangan berak lama sangat." Harapnya penulis praktis what he preaches bab 'jangan perasan bagus'. No offense though. Muka surat 215, "Itu belum lagi orang tua bangsat yang cerita dengan megah dengan maksiat zaman muda muda dulu." 'Orang tua bangsat'. Indah benar bahasa Hamka Kereta Mayat. Kalah Buya Hamka.
Muka surat 224, bab penulis cerita cara-cara tak takut hantu. Cara ke-3 "Cabar hantu tunjuk muka sewaktu duduk sorang-sorang di waktu malam, lepas sepuluh kali cabar hantu tak muncul, anda akan jadi lebih berani. Ini bukan cakap besar, ini logik sains. Jika aku cakap, Ultraman mari pijak aku, sama jugak, sebab Ultraman dan hantu tak wujud pun." 'Hantu tak wujud'? Seriously? Hantu tu bukan ke jin/syaitan yang boleh berubah rupa untuk usik manusia supaya takutkan mereka melebihi takutkan Allah SWT. Dan jin/syaitan tu wujud. Menyamakan/membandingkan Ultraman dengan hantu? Hmmm..
Isi kandungan bagus tapi kalau saya ni non-muslim baca buku ini, reaksi saya mungkin "Asal kasar sangat bahasa orang Islam ni guna? Siap dengan anggota badan dalam kain pun sebut."
berkisarkan agama, sinikal dan mmg kenala batang idung pd siapa yg makan lada rasa pedas tu. bila aku baca buku ni, ada aku senyum. sebab mmg perkara Yg diulas tu byk berlaku hari ini. apa pun, menarik! woha!
Tertarik dengan tajuk buku dan nama penulis. Hamka kereta mayat :)
Pertama kali mendengar. Diari seorang pembawa van jenazah bermula dari muharram sehingga ke zul hijjah. Bahasa santai tapi bagi banyak manfaat dan ilmu kepada si pembaca.
Saya berhenti baca buku ni untuk suatu jangka waktu yang panjang. Mungkin perlu mencari "mood", rasa untuk menyambung semula pembacaan. Buku ini mengenai kehidupan seharian sebagai pemandu kereta mayat, dan bertemakan ayat sinikal yang kadangkala agak keras. Dari bulan Muharram sehingga Zulhijjah, penulis mengaitkan watak dalam setiap bab. Bagi saya buku ini sesuai dibaca oleh golongan muda, remaja walaupun kebanyakkan kisah yang dikaitkan menjurus kepada masyarakat yang lebih berusia. Kita seharusnya menghadirkan diri dalam majlis ilmu (surau) kerana dahagakan ilmu agama bukan hanya semata-mata ingin mendengar lawak jenaka ustaz. Usah merajuk untuk terus ke surau @ masjid andai tiada siapa yang peduli. sungguh sinikal dan sarkastik.
Buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana sarat dengan isi serta ilmu agama dan kehidupan. Gaya penulisan yang bersahaja, membuatkan pembaca tidak bosan untuk terus membaca dari satu bab ke satu bab. Mudah difahami, jadi saya amat menyarankan buku ini untuk dibaca. Sesuai untuk semua lingkungan umur, khususnya bagi generasi muda sekarang. Tahniah kepada penulis, dan saya amat menantikan hasil-hasil tulisan anda yang seterusnya.
Karya pertama Hamka yg saya baca ialah Semusim Di Neraka, pada pandangan saya, biarlah "bersusah2" dahulu, "bersenang2" kemudian. Karya Hamka ni memang byk main reverse psychology, walaupun nampak mcm beliau ni self-centered, arrogant, dia sorang je yg betul. Sebenarnya dia tak nak kita jadi macam dia & dalam masa yg sama jadi macam dia. Seorang yg x sempurna tapi berusaha menjadi org yg sempurna yg sebenarnya takkan tercapai pun.... adohai...
Nampak macam santai tetapi menusuk kalbu. Ada kisah yang bisa mengundang senyum macam 'menolak kereta mayat bersama air mata' tetapi tetap ada pesanan mendalam. Banyak makna tersirat. Kadang-kadang terasa terkena setepek di dahi.
Buku merakamkan kisah-kisah seharian di dalam masyarakat di sekeliling kita yang kita boleh kaitkan dengan kehidupan diri kita sendiri yang dibahagikan berdasarkan bulan di dalam kalendar Islam.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Permulaan buku memang buat aku tertidur. Asyik ulang frasa ayat yang hampir sama. Naik menyampah baca.
Bila dah sampai m/s 40, baru rasa seronok nak baca. Untuk makluman, buku ni terbit tahun 2014. Pernah baca cerpen nukilan penulis di buku satu, ada perbezaan dari segi penulisan, lebih kemas daripada buku semusim ni.
Teruskan baca juga sebab isi buku memang kebabom.
"Allah melihat apa yang saya buat dan apa yang saya buat dinilai oleh Allah".
Terbaik!! Buku yang sarat dengan nasihat dan teguran. Penceritaan yang santai. Mudah nak faham dan hadam. Banyak diselitkan kisah2 nabi. Pengajaran etc.
Ini statement yang terpacul lama dahulu, masa aku juga masih tulis blog, dan kerap berjalan membaca blog blog orang lain, dan aku cakap pada diri sendiri "brader ni ada taste" bila pertama kali membaca blog keretamayat.
Tapi itu lama dahulu. Sekarang senarionya berbeza. Hamka tidak hanya dikenali sebagai penulis blog, sebaliknya sebagai pengkarya niche yang mengetengahkan cerita-cerita kerukunan rumahtangga secara lebih indie dan bebas (berbanding cerita-cerita nasihat beriya ilmu rumahtangga lain yang terdapat dipasaran mainstream).
Hal sedemikian terbukti dengan terbitnya 2 buku beliau sebelum ini, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai dan Kamar Sutera. Aku memuji-muji dua tajuk buku Hamka sebelum ini, kerana subliminal mesejnya mudah saja menimbulkan prasangka, pada yang mengetahui (kahkahkah!). Ya, itu sangat bijak. Sebabnya mudah, pengkarya yang menang Tajuk (dengan cara meletakkan tajuk rage yang penuh prasangka), akan menang Pembeli, lalu menang Pembaca.
Dalam proses terdahulu, aku kira Hamka dan Terfaktab telah melakukan strategi yang menjadi. Memenangkan tajuk lebih awal, lalu perlahan-lahan kemenangan mutlak menguasai jiwa pembeli dan pembaca seluruhnya, apabila tulisan tulisan di dalam dua buah buku sebelum ini membuktikan yang isi-isi terkandung, lebih kuat berkuasa menawan cinta hati umat manusia berbanding tajuknya.
Semusim Di Syurga (SDS), tajuk kali ini tidak ada prasangka, lain dari dua buku terdahulu. Isinya juga ada kelainan yang nyata. Ketika kali pertama membaca naskah SDS ini, aku terfikir yang Hamka sebenarnya seorang penulis yang sangat observant. Perkara yang aku suka bila membaca sesuatu naskah, adalah apabila penulisnya berupaya menyampaikan idea, pendapat, dan cerita dengan flow yang sedap, seolah olah sang penulis itu sedang bercakap depan aku menyampaikan ceritanya.
Hamka berjaya melakukan ini dalam SDS. Power!.
Lebih-lebih lagi, apabila suatu karya yang lahir dari observasi ke atas tingkah laku sosial masyarakat (tidak keterlaluan aku katakan SDS berpaksi atas observasi itu), dan disampaikan pula pada khalayak dengan cara yang mesra merakyat, tidak semua penulis boleh buat keduanya dengan baik, dan salah seorang yang boleh buat, tidak lain penulis SDS ini, Hamka.
Sinis. Mendidik. Menegur. Menilai. Memajukan.
Lima perkataan di atas, aku gambarkan mewakili seluruh isi kandungan SDS. Membaca naskah ini, aku kira ianya berupaya membantu pembaca sekalian, untuk melihat sesuatu rutin dalam perspektif berbeza. Melihat perkara dalam perspektif berbeza, berfikir dan menilai, itulah matlamat SDS kepada pembaca (kalau aku boleh katakan begitu).
Aku tidak mahu membanding banding SDS dengan dua naskah terdahulu, cuma apa yang aku boleh katakan, melalui SDS ni, Hamka membawa pembaca ke suatu level lebih broad, juga lagi utama, ke satu level yang lebih memanusiakan.
Semusim Di Syurga steady!
(Ulasan ini di tulis oleh Firdaus Ahmad :The legend of Takafulman, Juga Penulis Dari Tanjung Malim Ke KLCC)
Baca buku ni, otak aku secara automatik teringat kembali akan isi kandungan dalam subjek yg aku pernah belajar masa sekolah rendah dulu - Sirah, Akhlak, Tauhid dan Feqah. Aku bukan bdk sekolah agama. Tapi sekolah tu ada belajar subjek-subjek mcm tu.
Manusia itu sifatnya pelupa. Terima kasih kepada buku ini yg telah mengingatkan kembali ilmu-ilmu yg aku pernah dpt suatu ketika dulu.
Pertama kali dengar nama Hamka Kereta Mayat dan tak pernah baca pun blog dia. Yang pasti buku ni sarat dengan mesej-mesej berguna dan juga teguran dalam bentuk santai. Kalau boleh kurangkan lawak lucah lagi ok. Woha!
cerita orang masjid, mak cik sebelah rumah, orang kedai, semua yang disekeliling kita yang unik kalau kita sebenarnya mahu ambil tahu. 'jaga tepi kain orang' in a good way =)