Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nirnama #1.5

Nirnama: Hikayat 5 Laksamana

Rate this book
Setelah Sultan Alauddin naik takhta sebagai pemerintah Semutar Putih, pembaharuan untuk membawa Tanah Semenanjung kembali kepada ajaran Islam telah giat dilaksanakan. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka diperkasakan dan dilaksanakan dengan jujur dan amanah, membawa kepada kemakmuran dan keberkatan.

Namun satu peristiwa hitam tercetus menimpa Sultan Alauddin. Baginda telah diserang hendap dan diracun, sehingga tidak lagi sedarkan diri. Gempar dengan peristiwa tersebut, para Laksamana Semutar Putih bertindak berganding bahu bagi merungkai makar durjana itu.

Ikuti pengembaraan Nirnama bersama-sama Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu dalam menyingkap dan menumbangkan dalang si pembuat onar!

604 pages, Hardcover

First published January 1, 2025

11 people are currently reading
102 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books858 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (79%)
4 stars
14 (16%)
3 stars
3 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
April 8, 2025
My thoughts?

1. Aku tak dapat join masa pre order aritu. Terpaksa pasrah tunggu PBAKL jelah. Happy sampai guling2 bila Hilal Asyraf annouce ada balance dari preorder akan masuk shopee baru2 ni. Terus checkout tak tunggu lagi dah. Happynyaaa bila dah dapat 😭

2. Hikayat 5 Laksamana ni event sebelum Nirnama 2. Masa awal2 pemerintahan Sultan Alauddin. Ada some people yang corrupted masa Sultan Mahmud memerintah tak boleh terima cara Sultan Alauddin. So diorang senyap2 plan nak usurp Sultan Alauddin. Buku 4 ni mostly about betrayal. And we get more about Kasturi, Lekir & Lekiu. 

3. Timeline buku ni Nadim masih belum belajar fight, belum hit puberty lagi 😆 dan aku tak expect langsung yang rupanya Kasturi is already taken in Nirnama 2. Side love story dia dalam buku ni one of a kind jugak. Kasturi fell in love at first sight heheh. I love how Kasturi always have to istighfar bila Bunga datang dekat. Love them but still, nothing can top my favourite couple, Tuah & Cendana. They are EPIC. Sedih sikit sebab Cendana tak banyak keluar sangat dalam buku ni.

4. Aku suka betul scene dalam chapter 5. Scene Kasturi fight sorang2 vs ramai2 guna bow and arrow. Dia punya hebat tu sebijik macam Legolas lah. Dalam buku ni banyak scene Kasturi fight. Dia macam dah jadi the highlight of the book, the centre of attention 😆 

5. Lekir dan Lekiu memang dah jadi favourite bf aku sejak baca Nirnama 2. Lekir rupa2nya poison expert, meanwhile Lekiu pakar matikan urat saraf. Macam dalam cerita kungfu tu. Lekiu punya super introvert personality sangat comel ye. And I tove their brotherhood to the max!

6. Tak sangka betul aku Tabib Semaun tu. Pandai betul dia berlakon. Aku awal2 tu memang tak sus langsung. The ultimate betrayal 😤

7. Check out my Favourite Chapter & Pages :

Page 280 - I can't believe we get a confession! ❤❤❤

Page 470 - omg Kasturi! Major love! ❤❤❤

Page 517 - brotherhood goals! Major love+! ❤❤❤

Chapter 15 - my ultimate favourite! 🔥🔥🔥

Nota : one of my bf has been taken 🥲 Please stay single Lekir & Lekiu 😆
Profile Image for Umi Humairah.
62 reviews2 followers
March 10, 2025
Nirnama: Hikayat 5 Laksamana berlatarbelakangkan zaman awal pemerintahan Sultan Mahmud selepas tumbangnya Jagat Suci. Perubahan pemerintahan dan undang-undang ke arah kehidupan Islam yang lebih menyeluruh mendatangkan ketidakpuasan hati beberapa pihak. Antaranya ialah pengurus rumah pelacuran, bomoh-bomoh, dan pembesar-pembesar yang sudah biasa mengisi perut dengan rasuah. Ditambah dengan seseorang yang kelihatan "berilmu" di pihak mereka, menjadikan mereka terasa perjuangan mereka adalah benar dan mereka harus bangkit daripada terus teraniaya.

Ya, mereka percaya merekalah yang dizalimi.

Saya suka bagaimana penulis memberi pembaca sudut pandang pejuang kebatilan. Hujah-hujah seperti "demi ekonomi" dan "tutup periuk nasi" banyak digunakan. 5 Laksamana Semutar Putih (walaupun dua tu sebenarnya belum official), merekalah yang bertungkus lumus menyelamatkan Tanah Semenanjung daripada musuh dalam selimut. Dan mereka benar-benar mengajak kepada kebaikan, tak berputus asa menyeru antagonis supaya meninggalkan kehidupan keji. Tidak terus menghukum dan membunuh mereka meskipun makar mereka adalah berat.

Perihal sihir dan kepercayaan khurafat juga masih diteruskan sebagaimana siri Nirnama sebelum ini. Bahagian puting beliung kat Pelabuhan Melaka tu menangis saya baca 😭❤️

Penulis lebih terbuka menyentuh soal cinta dan nafsu dalam buku kali ini. Kasturi... Ya Tuhan, terkejut ya baca kisah silam Bunga. Walaupun sedikit patah hati kerana Kasturi adalah fictional crush saya, tapi takpe saya redha. Pada akhirnya kita cuma dua makhluk dari dunia berbeza: fiksi dan realiti. Sekian ulasan Nirnama: Hikayat 5 Laksamana.

Recommended? Definitely!
Profile Image for yinroseate 𐙚 .
35 reviews
July 31, 2025
Ahhh, what can I even say? I’m absolutely in love with the Nirnama series 🥹 The way the writer weaves the story is just chef’s kiss. From the intense fight scenes to the silly jokes and the found family dynamic?! That is my ultimate trope. I love it so much 🥹💗 I need Nirnama 3 in my hands right now 😭
11 reviews1 follower
March 16, 2025
Kali ini penulis membawakan kisah yang lebih kritikal dan genting dalam Nirnama. Perjalanan perjuangan kali ini bukan hanya terarah kepada Nirnama akan tetapi kepada laksamana-laksamana Semutar Putih dan juga perjuangan membebaskan tanah air daripada terus "dimakan" kesyirikan dan ketamakan. Kisah kali ini sebenarnya sangat dekat dengan kita sebagai hamba Allah yang berusaha untuk taat kepada perintahnya dan juga sebagai rakyat jelata yang mengharapkan pucuk pimpinan dapat membawa kepada arah kebaikan.

🏹Benarlah, ciri-ciri munafik dalam diri manusia itu wujud.
- Apabila berbicara, dia berdusta
- Apabila berjanji, dia mungkir
- Apabila diberi amanah, dia khianati

🏹Ini bukan sekadar kisah Nirnama dan 5 Laksamana beradu kekuatan, ini adalah kisah bagaimana mereka memperjuangkan tanah air agar tidak "dimakan" oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Ada para pembesar yang rupanya menyimpan dendam akibat perubahan yang dibawa oleh Sultan Alauddin bersama laksamana-laksamanya. Sesungguhnya tipu daya syaiton itu sangatlah nyata bagi mereka yang mengambil jalan kesesatan!

🏹Sangat benci rasanya bila yang diberi amanah bahkan rupanya menjadi duri dalam daging, api dalam sekam!

🏹Sesungguhnya ketamakan yang bersarang dalam hati akan membuatkan manusia itu sendiri semakin haloba dan tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang sudah ada di depannya.

🏹Kerajaan yang aman dan bahagia serta makmur juga adalah dikeranakan Allah menghantarkan pemimpin dan pembela yang kuat agamanya dan bijak pemikirannya, bukan hanya semata sekadar tangkas dan kuat berpukul-pukulan.

🏹Kisah Kasturi dan (seseorang) yang di ketengahkan juga sangat menusuk perasaan. Bagaimana dia mengendali dan mengurus hati dengan sentiasa memasakkan Allah dihatinya! 🥹
Terima kasih Kasturi kerana membuktikan bahawa kisah silam bukanlah pengakhiran untuk segalanya.

🏹Tidak mahu merungkai lebih untuk Siri kali ini, anda juga harus membacanya!

Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang menyentuh jiwa ini!
Profile Image for nessilly.
39 reviews
July 18, 2025
spoiler + yapping me
.
dalam masa 2 hari saya habiskan buku ni tanpa sedar. tahu tahu member dah kahwin, tak dijemput, the end.
.
.
.
.
.
first of all, buku nirnama ni bila je dia panaskan enjin? enjin on terus zuppp drift merodok hatiku. ye jantung saya gugur kat hikayat pertama 😇 semua die already.

second, nama pun hikayat 5 laksamana. so mostly ceritakan how wujudnya 5 laksamana ini and nampaklah how lekir lekiu jadi laksamana oh and lekiu paling banyak berkata-kata dalam novel ni. so lekiut heheh.

third, terlalu banyak fitnah and talam bermuka muka dalam cerita ni sampaikan energy saya habis. bagi saya cerita kali ini macam berat sebab too much fitnah and manusia yang berpaling tadah, sesat agama, and laksamana perlu "bersihkan" pula lipas lipas yang busuk cuba untuk meruntuhkan semutar putih. but I do enjoy cara laksamana bekerjasama mencari jalan untuk selamatkan kerajaan like tuah buat ni, jebat buat itu, lekir lekiu buat macam ni and kasturi... ha penat dengan kasturi PENAT!!

antara scene lawan tuah and kasturi, saya rasa tuah paling banyak berlawan but I don't know why bila kasturi yang lawan saya yang mengah baca. like I need a moment... dia punya bijak tu elbert einstein pun kalah. kasturi berlawan buat saya tertanya tanya sebab banyak helah yang buat saya kena tutup buku and tenung dinding for 2 minutes.

and yes tidak dinafikan kisah kasturi di highlight dalam buku ni like how dia jumpa bunga, selamatkan bunga, janji dengan bunga, beli sayur dengan bunga, jatuh hati dengan bunga, lepastu semualah dengan bunga. (nak jadi bunga please)

tapi yang bestnya waktu nadim takde, lekiu lah jadi mangsa usikan jebat HAHAHAHAHAH and ada satu part diorang baca 3 qul buat saya meremang and menangis. buku nirnama bila je tak buat saya menangis...

saya boleh nampak kalau ada berita baik tuah will say alhamdulillah. dia mengharapkan ada sinar untuk nasib yang mereka timpa sekarang and saya nampak tuah lebih berkepimpinan sesuai dengan jawatan dia as laksamana utama. nampak dia as abang kepada kasturi lekir lekiu and adik kepada jebat. dia sangat tenang and bijak and saya suka tuah!!! memang bertuah cendana ada tuah disisimu hingga akhir hayat.

tapi bila difikir balik nanti kat nirnama2 tuah takde, saya sambung menangis 😭 like kesiannya cendana sepanjang nirnama2 tu and saya sedar setiap buku nirnama ni mesti ada watak yang takde macam hikayat laksamana ni, nadim and sultan alauddin takde. nirnama2 tuah pula takde atas sebab sebab tertentu. too much dugaan yang mereka hadapi.

penat baca sebab saya boleh rasa characters dalam buku ni hidup and jadi sebahagian dari jiwa saya. it's a good thing.

sebab once saya buka buku nirnama and baca, semua characters dalam buku ni function dengan baik. semua mainkan peranan penting dan berisi. maybe sebab itu nirnama ada tempat istimewa dalam jiwa saya.

I need more adventures from them. it reminds me that life is good if you leave everything to God for the efforts we make. (emo sikit lepas habis paper final ni + dalam keresahan menunggu result after 2 minggu)

thank you again hilal asyraf for this novel. I appreciate it so much!!! best sangat jalan cerita yang menarik dengan watak yang menarik!

(my future children should be proud of me because I bought these amazing scrumptious novels!!)
Profile Image for meenie.
320 reviews3 followers
June 8, 2025
before baca: omg KASTURI !!!! how dare u 😞
lepas baca: life is worth for living 🥰

no worries spoiler review here;;

this is adventures of 5 laksamana semutar putih — tuah, jebat, kasturi 💋, lekir dan lekiu. cerita selepas sultan alaudin naik takhta. cerita bagaimana selat melaka menjadi terkenal. pelabuhan melaka dipenuhi dengan ramai pedagang dari seluruh dunia. cerita bagaimana sultan alaudin mahu menjadikan kerajaan semutar putih, kerajaan islam yang berdaulat. namun, hakikatnya pasti ada musuh yang ingin menjatuhkan mereka.

oh anyway, i think buku ni u must read before nirnama 2. sebab ni before kejadian kerajaan thailand. i silap baca pulak. kalau tak, nanti jadi serabut macam i. different timeline hehe


🫀my thoughts;;

-interesting. buku ini membawa kita kisah bagaimana lekir dan lekiu menjadi laksamana. i must say, im impressed. cool gila kot. cuma haih kenapa eh lekiu tak nak cakap 😞😞😞 mesti hot gila suara dia kan tak sukalah ☹️☹️
-cepat sangat watak alaudin and nadim stop. (bukan mati ye) like dah nak habis baru ada balik. kita nak dengar idea nadim. budak tu dah lah bergeliga 😞😞😞
-okay this is is straight up kisah cinta kasturi and bunga and yall im not complaining 😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨 WALAUPUN IM IN LOVE WITH KASTURI TAPI SUMPAH HOTTTTT 🥵🥵🥵🥵🫵🏻🫵🏻🫵🏻🫵🏻 bunga, im watching u !!!!!
-asal lambat sangat Tuah nak perasan yang ehem tu jahat? at the first place pun dah tahu dia fishy and sussy. sumpah part ni draggy boleh je terus cut pada mulanya tapi yelah kalau cut takdelah cerita ni sampai 500 pages yedok?
-illustrations semua cantik like cute?? hello??? suka sangat🥰🥰🥰🥰


macam biasa if you are not a fan of action you tak suka kot but you can skip the scenes lol. life is a choice hahaha anyway deserved 5⭐️
60 reviews1 follower
June 29, 2025
Nirnama : Hikayat 5 Laksamana
📚 rating : 5/5 🌟
📕 cover : 5/5 🌟

First of all, book cover yang ni paling lawa (my opinion)
Basically cerita ni around 2 years selepas tumbangnya jagat suci. Kisah sebelum berlaku NIRNAMA 2.

Buku kena dengan tajuk. Sebabnya memang 90% pasal Laksamana Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Lekiu. Nadim & Sultan Alauddin tak banyak sebab meraka diserang dan terlantar sakit. Cendana pun kurang.

Tuah aka nirnama dalam buku ni nampak relax sikit. Jebat boleh la banyak juga fight scene dia. Tapi lebih banyak cover pasal Kasturi, Lekir, Lekiu. Probably highlight pada buku ni adalah KASTURI ☺️

Lekir dan Lekiu dalam ni boleh kata layak dah jadi antara Laksamana Semutar Putih sebab mereka banyak bantu waktu2 tengah darurat. Dari segi pertarungan, perubatan walaupun usia muda lagi.

Kasturi tersangat laa menonjol. Fight scene Kasturi lepaskan 10 anak panah sekaligus tu pergh sangat powerful ehhhh. Bijak pulak tu. Seorang boleh lawan 20 orang. Dahsyat siap boleh siapkan perangkap dalam hutan.

Pendedahan kisah silam bunga awal2 tu agak mengganggu sikit. Tapi itulah yang dikatakan jodoh itu ditangan tuhan, takdir tuhan, kita ni tak layak menghukum seseorang berdasarkan kisah silam. Menghukum itu bukan kerja manusia. Dan manusia sentiasa diberi peluang oleh Allah utk bertaubat selagi maut belum menjemput atau terbit matahari di barat.

Siapa sangka, pengawalan ketat, yang nampak makmur tu pun boleh ada musuh dalam selimut. Tabib Semaun yang merawat tu aiyoo paling bahaya. Rupanya pengkhianat ..

Overall buku Nirnama memang tak pernah mengecewakan. Sehingga kita berjumpa lagi tahun hadapan😙.

Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
July 15, 2025
Seperti biasa karya² Hilal jarang mengecewakan. Kali ni time line nya lebih kurang 2 tahun setelah tersungkurnya Jagat Suci, di mana seperti tajuknya, cerita berkisar tentang 5 laksamana unggul Semutar Putih. Namun keutamaan diberikan kepada bagaimana Kasturi menemukan jodohnya, juga awal permulaan Lekir dan Lekiu diangkat menjadi laksamana Melaka.

Berkenaan Kasturi, pertemuan pertamanya dengan Bunga berjaya membuatkan aku terkesima. Di sini Hilal agak 'bold' dalam menzahirkan kisah tersebut, namun aku faham tujuan beliau, dan paling penting hikmah yang ingin ditonjolkan di sebalik cerita.

Aku juga amat menggemari sifat introvert Lekiu yang terasa begitu dekat dengan diri sendiri, dan bagaimana Lekir yang berlawanan sifat melengkapi sisi masing². Jenaka dan sarcasm yang diselitkan juga tidak hambar serta menghiburkan.

Watak² baru dan yang sedia ada tak dapat dinafikan berjaya menambah rencah jalan cerita yang sememangnya penuh dengan aksi lincah lagi dramatik. Plot twist Nirnama kali ni terdapat sedikit kekurangan bagi aku, kerana kebanyakannya tepat seperti jangkaan, namun berkat penulisan yang kemas dan idea yang sentiasa fresh dari Hilal, ia tetap tidak mengurangkan keterujaan aku ketika membaca.

Minus 1 ⭐ atas sebab kesalahan ejaan dan tatabahasa yang agak berleluasa, bukan seperti kebiasaan penulisan Hilal. Mungkin faktor mengejar dateline, namun ianya tidak wajar dipandang enteng kerana sedikit sebanyak mengganggu mood pembacaan. Pengulangan ayat yang kerap juga merupakan faktor penolakan ⭐. Hopefully naskhah seterusnya akan lebih diteliti dan ada ruang untuk penambahbaikan.
7 reviews
March 22, 2025
"𝘉𝘦𝘵𝘢𝘱𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘢𝘮𝘢𝘬 𝘪𝘵𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯. 𝘉𝘦𝘳𝘶𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱. 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘪𝘱𝘶 𝘥𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘺𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯."

𝓝𝓲𝓻𝓷𝓪𝓶𝓪: 𝓗𝓲𝓴𝓪𝔂𝓪𝓽 5 𝓛𝓪𝓴𝓼𝓪𝓶𝓪𝓷𝓪- 𝓗𝓲𝓵𝓪𝓵 𝓐𝓼𝔂𝓻𝓪𝓯

Kalini kisah Nirnama bawak kita bersama dengan 5 orang laksamana Semutar Putih untuk mencari penawar racun buat Sultan Alaudin dan Nadim, serta 5 orang Laksamana ni perlu cari siapakah dalang kepada serangan itu

⋆⁺。˚⋆˙‧₊☽ ◯ ☾₊‧˙⋆˚。⁺⋆

FINALLY! Buku ni ada dalam genggaman 🙈 memang dah ditunggu sejak dari hari pertama tuan Hilal announced. 🙈🙈🙈. Kalini kisah Nirnama fokus dekat geng-geng laksamana ni. Ni jugak prequel kepada Nirnama 2, jadi persoalan dengan siapa Laksamana Kasturi kawin, macam mana Laksamana Lekir dgn Lekiu jadi laksamana semua terjawab dalam ni! Ending dia pun memang bersambung dengan Nirnama 2!

Enough about that, cerita Nirnama kali ni bawak kepada konflik dalam kerjaan sendiri. Cerita ni berkisarkan tentang korupsi dan salah guna kuasa dalam kerajaan. Buku ni tunjuk satu demi satu akibat kalau adanya orang yang tak setia dan ikhlas dalam jalankan tanggungjawab. Selain tu, macam biasa, cerita-cerita tentang khurafat dan sihir masih antara elemen cerita 🤍

❗️❗️ Macam biasa, I will always recommend any book from Nirnama series 🙈. Ahhh, banyak je rasa nak cakap lagi, tapi tak pa. Lastly from me; sentiasa rasa cukup dengan rezeki yang setimpal dengan kerja kita, yang Allah dah beri. Sebab yang tamak, akan menjadi zalim, dan orang yang tamak selalu rugi. 🤍

P/s: siapa fans kasturi, bacalah. Sumpah Kasturi sweet gila 😭🙈🤍
Profile Image for pearl.
172 reviews1 follower
October 10, 2025
berjaya habiskan dengan begitu pantazzz! btw kenapa takde siapa punn bagitau saya yang ni bukan buku selepas Nirnama2? buku ni patutnya SEBELUM Nirnama2 😭😭😭😭

punyaaa la aku blur baca buku ni, macam mana tun nirmala boleh hidup, macam mana tuan hilal takde langsung mention pasal biyajid, rupanyaaa salah susunan! tu pun ending buku baru tahuuu part mention ayuthaya tu huarghh😭😭

saya nak bagi 4.6 bintang, plot menarikk, rasa nak bacaaaa tanak stop (tu yang habis cepat tu ahahah) bonus sebab banyak part abe jebat kesayangankuuuu lev lev ahahah plus world building yang mantap, cara penceritaan untuk semua laksamana pun semua best best. kasturi & bunga punya plot sumpahh macam k drama!

tapi buku ni lagi banyak kesalahan typing daripada nirnama 2. ada kesalahan ejaan juga. soo obvious 🤣😭 harapnya cik hilal lepas ni boleh lantik saya untuk cek sebelum release buku ehehehehe.

adakah saya akan beli lagi buku siri nirnama kalau ada sambungan? YEASSS SAY NO MORE! awalnya saya beli sebab suka dengan konsep konsep hikayat dan vibe vibe orang lama ni. tapi bila makin baca, saya rasa benda yang saya sukaa sangat pasal buku ni adalah bila laksamana2 tu semua bergaduh. especially bila sampai part musuh tu jerit sekuat hati “mampus!” ahahahaha kat situ part part gaduh tu memang best! pulak lepastu nirnama bunuh jin pakai taming sari, fuhh aura +100000 ahahahaha

apapepun sangat menarik! tahniah cik hilal, sebab buku ni la saya jadi peminat m. nasir lahh tiber haahahha
6 reviews4 followers
August 18, 2025
Kisah berlatarkan 2 tahun selepas sultan alauddin naik tahta, ceritakan bagaimana 5 laksamana menjalankan tugas mereka untuk menyelamatkan pemimpin mereka dan kerajaan melaka, bagi saya karya tuan Hilal Asyraf mmg xdapat dinafikan mmg sgt2 bagus tiada yg cacat dlam penceritaan. Kali ni cerita lebih kepada kasturi dan bunga, apa yg boleh dirumuskan dari cerita kali ni
1. Lps naiknya sultan yg baru pembaharuan mula dilakukan maka semua yg buruk dan busuk mula dihapuskan maka akan naiklah ketidakpuasan hati manusia yg tamak disitu
2. Laksamana perlu bertindak pantas dalam mngatasi masalah yg berlaku agar kerajaan tidak runtuh
3. Anda akan disajikan dgn perkara yg mnyakitkan hati antara fitnah yg ingin dibuat dan fitnah yg sudah dibuat ( kesian jebat)
4. Jgn cari nadim dalam ni
5. Kisah banyak tentang kasturi dgn bunga, kasturi jumpa bunga, kasturi sembang dengan bunga segalanya dgn bunga.. Xsuka tau, boleh saya jadi bunga kasturi tak (sis minat dia dari buku satu lagi) :p
6.last sekali fitnah dan pengkhianat ada dimana2 jgn leka, kita xtahu jika yg bergelak ketawa dgn kita, yang mengambil berat tentang kita itu mmg jujur berbuat demikian atau sedang sembunyikan pisau menunggu masa untuk menikam kita.
Kesimpulan nya saya bagi
5 bintang untuk cerita
5 bintang untuk ilustrasi
Profile Image for Shafiqahsamin.
206 reviews4 followers
September 26, 2025
Tak ada apa yang aku nak cakap. Ulang² je benda sama dari buku satu. Cuma, description ulang-ulang. Contoh, setiap kali masuk bab baru, ada Lekir Lekiu, mesti cakap pasal ada parut, rambut panjang pendek. Aku rasa maybe nak tunjuk pov dari orang yang tak kenal kembar tu. Tapi setiap villian muncul duk describe benda sama bosan jugak lah aku. aku skip aja part tu. Kalau ikutkan aku ni baca karya Nirnama ni memang slow motion. Sebab nak menghargai setiap bibit patah perkataan. Tapi tulah, tak mampu lah saya nak berhadapan dengan ayat ulang2.

Walaupun ada kecacatan itu pada pandangan saya. Saya tetaplah seronok baca. Villian pun boleh teka dah siapa, tapi tetap fun haha. Predictable but satisfying.

Ini spoiler sikit - yang penjahat2 tu semua, dorang ingat dorang siapaaa? Ini Tuah yang bunuh Jagat Suci lah weiii. Jagat suci ada 5 jin. Kau ada satu je pun nak berlagak.
10 reviews1 follower
June 12, 2025
Nirnama Hikayat 5 Laksanama menceritakan mengenai pengkhianatan dalam sebuah kerajaan yg mematuhi syariat Islam. Pengkhianatan berlaku disebabkan ketidakpuas hati terhadap undang2 Islam yg menganggu 'periuk nasi' mereka sedangkan mereka yg menzalimi diri sendiri. atau boleh diumpama sebagai "Play victim".

Deksripsi semua watak Laksamana diceritakan dengan jelas dan tersusun dengan jalan cerita yg sesuai. Setiap Laksamana ada kelebihan masing2 untuk melaksanakan tugas2 mereka sendiri. Yg pasti, mereka kekal beriman pada yg Esa.

Semoga Tuan Hilal Asyraf terus berkarya dengan cerita2 yg menarik pada masa yg sama teruskan perjuangan utk berdakwah seperti 5 Laksamana.
Profile Image for Aira Zira.
95 reviews2 followers
June 17, 2025

Pertama sekali sis nak puji cover buku ni sbb sangat sangat cantik! Termasuk la ilustrasi watak dan cerita di dalam juga sangat cantik dan kemas!

Buku ke-4 ini merupakan prekuel sebelum peperangan yg berlaku di Nirnama 2. Tak dinafikan Hikayat 5 Laksamana ni sangat menarik! Sebab cerita yg padat, tersusun dan lengkap tentang setiap watak penting.

Sesungguhnya dakwah itu bukan mudah. Tentangan yg dialami sangat kuat saat Sultan Alauddin memegang takhta sehingga mengancam nyawa. Mereka yg terbiasa hidup bebas dan berpengaruh mahukan kebebasan tanpa diganggu gugat.

5 watak penting ini mmg sangat menyerlah dalam mengatasi masalah yg dihadapi. Tak kurang hebat masing2 mempamerkan pertarungan yang dahsyat. Keteguhan dan taat setia mereka pada agama dan amanah yg dipikul patut dijadikan junjungan semangat buat kita yg nyata.

Paling kredit nak bagi pada Laksamana Kasturi sebab suka gila kelicikan idea beliau ditambah lagi dgn kelincahannya saat bertarung melawan kebatilan. Kesungguhannya membantu Bunga juga menjentik jiwa wanita ini. Segeralah kalian menelusuri kisah 5 laksamana. Tak rugi aihh..
Profile Image for izz4hx .
46 reviews
May 30, 2025
Selesai pengembaraan Hikayat 5 Laksamana. Paling suka dengan watak Kasturi, Lekir n Lekiu sebab nampak cool sepanjang penceritaan. My 2cents,Tuan Hilal boleh kurangkan gunakan perkataan sama berulang-ulang kali macam "bau masin laut" dan "senyuman manis". Someway, somehow istilah macam overused dalam novel. I love the story, tak sabar tunggu the next nirnama.
Profile Image for Dhia Yana.
113 reviews
July 12, 2025
Tak sangka dah habis baca buku ni 😭 Meremang baca lagi² bab yang terakhir sekali tu. Very action packed dan tak sangka ada sedikit romance dalam ni 🤭🤭🤭. Villain dalam buku ni dah boleh agak dah siapa tapi ada seorang tu memang tak sangka lah dia. Macam siri Nirnama yang lain 5 ⭐ diberikan hehehe. Tak sabar nak tunggu buku yang seterusnya.
9 reviews
September 18, 2025
Overall it's good. However, i think sebab Nirnama 1 &2 so peak that this one feel a little flat compared to other. It still good though. Probably the villains are not that epic like Nirnama 1&2 tapi okay je. I like it. Cerita kasturi paling hook. Recommended.
Profile Image for Fatin.
42 reviews
June 26, 2025
cerita yg penuh dengan peringatan dan pengajaran.sila teruskan penulisan seperti ini. terbaik 👍🏻
Profile Image for Zarul Afandi.
66 reviews
December 13, 2025
Wouldn't mind if Hilal Asyraf renamed the book to 'Kasturi'. Really liked how he fleshed out the rest of the cast that we didn't get much of in Nirnama 2.
The romance was a nice touch too.
Profile Image for faitasy .
21 reviews1 follower
July 20, 2025
Loved it, as always. Kasturi turned into a full-time lover boy (I’m not complaining 😂), but I do miss Nadim’s usual chaos. 4.5/5 ⭐️
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.