Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kifayah

Rate this book
Pinat tidak pernah membayangkan langkah pertamanya di United Kingdom akan membawa kepada pengalaman yang melangkaui batas logik akal.

Tahun 2004, seorang siswi kalut dari Malaysia tiba di UK hanya untuk diseret oleh takdir ke dalam misi yang penuh tanda tanya. Dalam keadaan serba tidak bersedia, Pinat menyertai sekumpulan sukarelawan. Misi mereka: menguruskan jenazah seorang wanita Melayu tua yang telah lama dipinggirkan oleh komuniti perantau kerana reputasi silamnya.

Perjalanan dari utara ke selatan UK yang sepatutnya lancar, berubah menjadi misteri. Konvoi mereka ditimpa pelbagai insiden aneh yang menggoyahkan kepercayaan terhadap realiti. Rahsia yang terkubur mula menghantui, dosa-dosa lama kembali menghimpit dan kesetiaan semakin teruji.

Mampukah mereka sampai ke destinasi, atau takdir punya rancangan lain?

Paperback

First published March 1, 2025

5 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Shah Ibrahim

7 books29 followers
An avid fan of travelogues, Shah Ibrahim loves experimenting with various formats of storytelling.

The graphic novels Taki&Dira as well as Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman can be purchased directly from the author here:
https://coretansangflowerman.com/beli...

His latest books, Budak Meja Belakang and Kuantum are now available in major bookstores.

To view his portfolio of artwork, click HERE:
http://mrflowermanstudio.com/Gallery/...

Shah Ibrahim is also on Facebook:
https://www.facebook.com/TheMrFlowerman

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (47%)
4 stars
24 (40%)
3 stars
6 (10%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for bookmehnia.
331 reviews16 followers
October 25, 2025
(19/2025) 3.5/5🌟 Misteri/Seram (Fiksi) | 432 ms

𝚔𝚒𝚏𝚊𝚢𝚊𝚑
Maksud 𝚔𝚒𝚏𝚊𝚢𝚊𝚑 dikatakan sebagai “cukup, atau memadai”. Melazimi kefahaman kita sebagai orang Islam, perkataan kifayah ini akan kita jumpa apabila jatuhnya hukum sesuatu peraturan itu, sabit jatuhnya fardu kifayah. Fardu kifayah itu bermaksud kewajipan ke atas semua umat Islam untuk mempunyai ilmu pengetahuan atas sesuatu perkara dan menyempurnakannya. Dan apabila sebahagian umat melaksanakannya, maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat. Wallahualam (maaf, ini atas dasar pengetahuan saya, minta dibetulkan kalau ada yang salah ye? 🙏🏻)

𝚔𝚒𝚏𝚊𝚢𝚊𝚑 membawa kita menelusuri fahaman kita sebagai umat Islam yang bertanggungjawab. Ia kisah yang merangkumi 𝘱𝘪𝘭𝘭𝘢𝘳𝘴 𝘰𝘧 𝘧𝘰𝘶𝘯𝘥𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 umat Islam. Berat juga isi kandungannya. Terkandung maksud tersurat dan tersirat. Ironinya, dan paling istimewa bagi saya, kisah ini berlatarbelakangkan suasana yang jauh dari kebiasaan, nun jauh beribu batu di negara yang berpaksikan Union Jack.

Shafinaz, atau Pinat sangka jejak kali pertamanya di bumi Inggeris ini akan memberikan pengalaman manis buatnya, namun siapa sangka, sungguh luar biasa sekali pengalamannya. Tidak sangka, setelah Pinat bertemu abang Din, dia diheret ke dalam misi yang penuh misteri dan tanda soal. Tapi atas dasar fardu kifayah, Pinat merelakan dirinya walaupun penat dan lekit tubuh dihenyak gelora udara selama berjam-jam belum hilang.

Misinya ialah menyempurnakan jenazah seorang wanita Islam tua yang sudah lama bermastautin di UK dan tidak punya siapa-siapa selain dipinggirkan komuniti atas kisah silam yang tidak Pinat tahu apa. Di dalam misi ini, Pinat berkenalan dengan Dayat, Shikin dan Madi, selain abang Din. Situasi yang tidak terduga mengakibatkan akhirnya mereka berlima yang terpaksa mengiringi jenazah yang akan dikuburkan di selatan UK berbanding keberadaan mereka di bahagian utara.

Selaku yang paling tua, abang Din bertindak selaku ketua rombongan yang akan membuat keputusan dalam segala hal berkaitan jadual dan 𝘳𝘰𝘶𝘵𝘦 perjalanan. Rombongan mereka terpaksa dibahagikan kepada dua kereta, termasuk sebuah kereta jenazah yang membawa jenazah terlibat.

Setelah berbincang dan membuat ketetapan perjalanan, perjalanan yang sepatutnya lancar tanpa sebarang masalah, berhadapan 1001 musibah. Bermula dengan kesesakan perjalanan luarbiasa, sekatan polis, sesat, kereta rosak, dikejar makhluk halus, diganggu orang-orang pelik, kerasukan dan terlibat kes jenayah?

Apakah sebenarnya yang melanda mereka? Adakah ianya musibah? Adakah ianya kerana dosa-dosa mereka? Bagaimana akhirnya mereka berlima yang berakhir bersama?

Bagi saya, ini sebuah naskhah berat, sesuai cuma untuk pembaca-pembaca matang yang perlu (baca: mampu) berfikir sedikit lebih di luar kotak, kerana setiap senario yang berlaku di dalam penceritaan ada maksud yang ingin disampaikan - tentang kecelikan ilmu pengetahuan kita sebagai umat Islam, tentang bagaimana kita mudah percaya kisah tahyul, tentang bagaimana kita terlupa bahawa pergantungan kita hanya pada Yang Satu.

Terselit juga 𝘴𝘶𝘣-𝘱𝘭𝘰𝘵𝘴 lain yang mengutarakan kisah persahabatan, kekeluargaan, institusi perkahwinan, terutamanya apabila kita berada jauh dari norma dan keselesaan kita, terutamanya umat Islam yang berada di luar negara menyambung pelajaran, bekerja atau bermastautin.

Awalnya saya beranggapan ini kisah misteri ringan, namun sangkaan saya benar-benar meleset kerana ada unsur-unsur ekstrem dan lagak ngeri terutama pada babak-babak di dalam bab-bab akhir. Terkejut juga saya membacanya! Saya juga mempunyai masalah 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘪𝘵𝘺 oleh kerana prolognya (saya kira bab 1 ialah prolog juga kalau ingin dipadankan dengan dua epilog di hujung cerita) dan juga 𝘣𝘢𝘤𝘬𝘨𝘳𝘰𝘶𝘯𝘥 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 yang pada pendapat saya perlu lebih penceritaannya namun oleh kerana penyusunan penceritaan yang kreatif, ia membangkitkan rasa 𝘦𝘭𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘴 𝘰𝘧 𝘴𝘶𝘳𝘱𝘳𝘪𝘴𝘦 yang membuatkan pembaca ingin tahu lebih tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Saya menyukai karakter abang Din. Bagi saya dia amat tenang dalam apa jua situasi, sentiasa bersikap rasional dalam apa jua perkara, selalu bersangka baik dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik, serta dihormati. Sekiranya saya tersesat di luar negara, pasti saya ingin berjumpa dengan orang seperti abang Din. Namun, jangan dihilangkan kepercayaannya pada kita, dari situ kita sudah nampak sisi ketegasannya di sebalik kelembutan bicaranya.

Babak yang paling saya tidak boleh lupakan ialah antara babak terakhir sewaktu mereka berada di rumah seorang ustaz di Nottingham, kerana saya tidak keruan membacanya. Ngeri bagi saya. Saya tidak boleh cerita lebih kerana ia akan jadi 𝘴𝘱𝘰𝘪𝘭𝘦𝘳, jadi anda perlu baca sendiri jika ingin tahu.

“𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙞𝙣𝙨𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞 𝙞𝙗𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙨𝙞. 𝙎𝙖𝙞𝙯 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙨𝙞 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙯𝙖. 𝘼𝙙𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙣𝙮𝙖, 𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙚𝙢𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙨𝙞 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙠𝙨𝙖 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙠𝙪𝙡 𝙗𝙚𝙗𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙩𝙤𝙠𝙨𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙞𝙡𝙖𝙢. 𝙎𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙡𝙪𝙥𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖.”

Baca karya ini jika anda minat misteri, mistik, 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳, dan 𝘴𝘶𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘶𝘳𝘢𝘭 dalam satu masa.

ps: watak Bujan dalam cerita ini mengingatkan saya pada dokumentari Con Mum di Netflix. 😅

#justreaddontbawang #bookmehnia #AprilReads #AprilTBRs #2025reads #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #kifayah #shahibrahim
Profile Image for Edziani Nabila.
57 reviews10 followers
March 28, 2025
Berjauhan dari keluarga, menempuh penerbangan berbelas jam, kehilangan insan tersayang, dan lebih tragis —terlibat dalam satu pembunuhan!

Kasihan sungguh nasib Pinat, watak yang membuatkan saya rasa ingin memeluknya erat-erat.

Tiga perkara yang membuatkan saya membaca novel ini dua kali:

1. Perkembangan watak yang organik
• Setiap watak berkembang secara semula jadi, terutama Pinat. Pada awalnya, dia ke negara Jack Union sekadar memenuhi impian ayahnya, tetapi selepas melalui ‘minggu orientasi’ dengan mengiringi jenazah, dia seolah-olah menemui dirinya yang baru.

• Saya amat berpuas hati dengan pengakhiran watak Dayat, yang berpotensi menyambung legenda Ursula haha! (geramlah dengan Dayat)

• Selain itu, adegan Madi dan Pinat berdamai daripada sengketa lama banyak membuka ruang refleksi untuk diri saya.
“Aku sarankan kau cari kekuatan untuk berdamai dengan diri sendiri, Pinat. Prosesnya memang luar biasa payah. Di garis penamatnya nanti, kau akan bertemu ketenangan.”

2. Ilmu tentang cabaran pengurusan jenazah dan taraf mastautin di UK
• Baru saya sedar bahawa proses pengurusan jenazah di luar negara sangat rumit dan bergantung kepada keputusan civil partner. Kini saya memahami mengapa sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk membawa pulang jenazah ke tanah air daripada mengebumikannya di sana disebabkan kos yang terlampau tinggi.

• Selain itu, saya turut mendapat pendedahan tentang taraf mastautin dan bagaimana status ini mempengaruhi pelbagai urusan.

3. Pengalaman mengembara
• Membaca perjalanan road trip mengiringi jenazah ini membuatkan saya seolah-olah turut mengembara bersama watak-wataknya.

• Seterusnya, dapat mengenali pelbagai jenis kereta di UK seperti Vauxhall, Corsa, dan Skoda Octavia yang menambahkan elemen realisme dalam penceritaan.

Saya tertarik pada perhatian penulis terhadap butiran kecil dalam cerita ini. Setiap elemen — dari suasana persekitaran hingga pergerakan watak, tersusun selari membentuk naratif yang kemas.
Misalnya, adegan DC Sullivan memeriksa silinder peluru yang mengandungi lapan butir peluru, yang kemudian digunakan dalam babak seterusnya dengan penuh kesinambungan.

Walaupun saya bukan pembaca tegar genre seram, saya tetap berani membaca Kifayah kerana tahap keseramannya masih dalam lingkungan yang boleh diterima.

Ditambah pula dengan plot twist yang sangat mengujakan, novel ini benar-benar memberikan satu pengalaman yang baru dan bermakna.

Tahniah buat penulis!
Profile Image for Hani~.
140 reviews1 follower
May 6, 2025
Solid from start to finish.

Kisah 5 individu (yang tidak sepenuhnya saling mengenali) telah terlibat dalam proses pengurusan jenazah seorang wanita Muslim di bumi UK.

Tanpa dirancang.

Sepanjang proses tersebut, pelbagai peristiwa berlaku sehingga melibatkan pihak polis, tokan dadah, dan.. entiti paranormal.

Kifayah beri saya apa yang saya suka dari sebuah buku:
🔹Jalan cerita yang smooth.
🔹Watak-watak yang hidup. Tak perfect, tapi "sempurna" sebagai sebuah watak.
🔹Penamat yang beri rasa puas. Walaupun sedih ada watak yang tak dapat bertahan sehingga akhir, tapi itu la yang buatkan cerita ni menarik.

Saya suka watak-watak wanita dalam Kifayah yang "lemah" secara luaran (Pinat yang kelelahan baru mendarat dari penerbangan berbelas-belas jam, Dayat yang sakit lutut dan senggugut, Kak Ani yang dah berusia, Shikin yang manja), tapi mereka semua sentiasa panjang akal dan tak pernah mengalah ketika keadaan mendesak.

Satu sahaja yang sedikit mengganggu pembacaan saya —struktur rumah Ustaz Wan Nik. Sebagai seorang visualizer/imaginative reader, saya geram juga sebab saya susah nak bayangkan keadaan rumah tu 😂. Akibatnya, saya tak dapat nikmati sepenuhnya penceritaan babak-babak genting yang berlaku di lokasi tersebut.

Tapi ini bukanlah masalah besar pun.

Secara keseluruhan, bacaan yang memuaskan dari awal hingga akhir 👍🏻
Profile Image for Nas.
17 reviews
March 23, 2025
Pinat tak pernah sangka langkah pertamanya di United Kingdom akan membawanya ke dalam sebuah pengalaman yang melangkaui batas logik akal. Tahun 2004, sebagai siswi Malaysia yang baru sampai ke UK, dia tak ada sebarang persediaan untuk terlibat dalam satu misi yang penuh misteri, menguruskan jenazah seorang wanita tua yang dipinggirkan oleh komuniti perantau kerana reputasi silamnya.

Apa yang sepatutnya sekadar perjalanan biasa dari utara ke selatan UK, bertukar menjadi sesuatu yang lebih mengerikan. Konvoi mereka dihujani insiden aneh yang menguji kewarasan. Rahsia yang sekian lama terkubur mula menghantui, dosa-dosa lama kembali menghimpit, dan kepercayaan mereka terhadap realiti semakin goyah.

Aku bukan peminat cerita seram, tapi sebab K-Lit tak pernah mengecewakan aku, aku beli juga buku ni. Dan memang tak salah keputusan aku! Kisah ini hanya berlaku dalam beberapa hari, tapi penulis bijak kembangkan plot sampai lebih 400 halaman tanpa rasa dragging. Pacing dia laju gila, penuh debaran, dan kau memang boleh rasa adrenaline naik bila baca!

6/5 ⭐️, sebab terlalu best! Kalau kau suka thriller misteri dengan elemen spiritual yang buat kau fikir dua kali tentang dunia di sekeliling kau, Kifayah memang wajib masuk reading list!
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
December 22, 2025
4.8 bintang.

Ini buku pertama penulis yang aku baca. Premis yang lain daripada lain. Susunan ayat teratur, menarik dan jelas. Aku dapat bayangkan sebijik-sebijik apa yang diterangkan oleh penulis. Ceritanya tak relaks, okey. Baru saja kau nak tarik nafas lega, kau ditarik kembali untuk ikut masalah-masalah yang dilalui oleh lima watak ini. Semakin lama semakin rumit masalah mereka.

Cuma aku tak bagi 5 bintang penuh sebab ada beberapa babak yang agak lewah. Tapi aku faham, penulis nak jelaskan dengan baik setiap babak itu.

Pendek kata, best.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
August 16, 2025
Kerana ingin melunaskan tuntutan fardhu Kifayah ke atas seorang rakan/kenalan sesama rakyat Malaysia yang meninggal dunia, mereka terjebak dalam satu pakatan jahat pihak lain yang tidak mereka sedari.

Dia baru tiba dari Malsia untuk menyambung pengajian peringkat Master, membawa hati yang lara, namun turut terjebak sama. Pasti ada hikmahnya.

Kisah berkisar sepanjang perjalanan mereka untuk menunaikan fardhu Kifayah, bermula daripada khidmat untuk memandikan jenazah, hinggalah ketika perjalanan membawa jenazah ke lokasi pengkebumian.

Kisahnya hanya beberapa hari, namun penulis berjaya membawa pelbagai rasa kepada pembaca. Terasa tuntutan agama dipermain-mainkan oleh mereka yang berada di sebalik pakatan.

Seram yang utama, geram pun ada juga😅
Profile Image for Hamidah Effendi.
349 reviews3 followers
July 7, 2025
Ulasan Buku Kifayah oleh Shah Ibrahim

Buku Kifayah membawa pembaca melalui satu perjalanan unik — sebuah misi menghantar jenazah untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di UK. Soalnya, berjayakah misi ini?

Walaupun membawa tema yang serius, banyak bahagian dalam buku ini sebenarnya mencuit hati. Salah satunya ialah watak Pinat, budak Malaysia yang baru sampai UK tapi terus ‘disambut’ dengan tugasan mandikan jenazah. Beg dia macam beg Doraemon — semua benda ada! Tambahan pula, penyelesaian isunya dengan Madi, dan Panas2x...ĝ
Namun, tidak semua watak menyenangkan. Watak Dayat mengecewakan — talam dua muka! Awalnya disangka dia ‘perempuan Melayu terakhir’ yang berhati suci, tapi rupanya menyimpan rahsia besar yang menjadikan hidupnya berantakan. Cinta pun bukan miliknya, dan... jeng jeng jeng! Dalam kekejamannya, ada sedikit rasa simpati — dia sanggup mati demi tidak mencederakan orang sekeliling. Tapi apa pengakhiran dia sebenarnya?
Sepanjang perjalanan menghantar jenazah, kita dibawa menyelami sejarah hidup lima watak — ada kisah pahit, manis, luka, dan pengorbanan yang sangat menyentuh perasaan.

Antara elemen menarik yang terkandung dalam buku ini:

Proses pengurusan jenazah di negara asing

Isu keldai dadah

Realiti kehidupan pelajar Malaysia di luar negara

Cabaran pentadbir pelajar

Kisah dongeng moden seorang wanita yang difitnah kerana kecantikan

Plot gereja, terowong, serangan di rumah ustaz, hingga kemunculan buku Ekspress Jupiter

Detik lucu, penuh aksi, dan menyayat hati menjelang penutup cerita

Plot twist seperti hubungan 0–0 antara Pinat dan Madi


Secara peribadi, saya sangat menikmati pengalaman membaca buku ini walaupun agak tebal dan memerlukan stamina untuk dihabiskan. Cerita ini ada semuanya — kelakar, sedih, cemas, dan penuh pengajaran. Ia bukan sekadar tentang jenazah, tapi tentang persahabatan, pengkhianatan, tanggungjawab, dan pilihan hidup
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
April 15, 2025
In the wrong place, at the wrong time.

Atau bahasa mudahnya - Nayaaa pak karim.
Begitulah telahan saya terhadap watak Pinat di dalam buku bertajuk Kifayah tulisan Dr Shah Ibrahim.

Buku ini jika dilihat tajuknya tanpa melihat kulit bukunya, mungkin disalah anggap sebagai buku agama. Kulit buku tak sepadan dengan tajuk tapi saya peduli apa. Beli tetap beli sebab ada cap mohor nama penulis.

Awal pembacaan saya fikirkan ceritanya, cerita di dalam kampus seperti buku-buku yang pernah ditulis penulis.

180° berbeza rupanya buku kali ini. Kejutan setelah penulis bangun dari hibernasi yang luar biasa panjangnya.
Hibernasi yang membuahkan hasil yang ranum, lemak manis sehingga menjilat jari (untuk selak helaian buku 😆).

Lalu ke hulu ke hilirlah, buku tebal ini diusung. Kadang-kadang tertidur dengan buku yang masih terbuka. Harapnya tak rosaklah spine buku ini.

Congratulations Mr Author!
Lima bintang saya berikan walaupun pembacaan belum tamat. Cliff hanger di sana sini. Tak senang hati baca buku thriller ini.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
October 24, 2025
KIFAYAH menurut naskah ini adalah rentetan tuntutan menyempurnakan jenazah Bujan (yang pada awal penceritaan dianggap sebagai jenazah yang beragama Islam) oleh watak - watak utama iaitu Dayat, Pinat, Abang Din serta Madi.

Naskah ini bersifat laju. Pembaca akan disajikan dengan peristiwa demi peristiwa tanpa sempat meletakkan naskah ini lebih lama memandangkan keterujaan untuk meneruskan pengembaraan bersama watak - watak di dalamnya.

Jalan ceritanya mudah diikuti. Isu sebenar yang bakal timbul juga dapat diduga seawal pembacaan (ramalan saya atas isu yang dikaitkan benar). Latar tempat yang direka dapat dicerna oleh pembaca memandangkan telah digarap dengan baik berdasarkan penerangan yang lengkap oleh penulis. Saya terbawa sekali mengikuti pengembaraan ini seolah - olah menonton filem!!

Pertama kali saya membaca naskah yang dinukilkan oleh penulis. Syabas kerana menghidangkan naskah yang baik!


NOTA :

Agak sedikit terganggu dengan penemuan perkataan “kenderaan berlabuh”.
Mungkin perkataan “kenderaan diparkir” atau “kenderaan diletakkan…” lebih sesuai digunakan.

Berdasarkan semakan yang dibuat melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP) - perkataan berlabuh membawa maksud berhenti atau singgah(berkenaan kapal, perahu, dll).

Sekadar pandangan dangkal daripada seorang pembaca.
Profile Image for americanobam.
93 reviews1 follower
August 27, 2025
‼️Murder , Violence , Sexual harassment ‼️
Pada awalnya nak baca buku ni as light reading je tapi berat jugak. The mystery, thriller, suspense and horror tu 🤌🏻 Ambil masa around 5hours to habiskan this buku sebab best sangat ! Ingatkan pasal nak tanam jenazah je tapi bukan sisturr literally semua benda ada tak boleh nak share lebih nanti jadi spoiler pulak. Unexpected sangat and mindblowing 🤯. Suka dengan karakter Abang Din yang tak jemu bagi nasihat. Fikir dulu dari segi agama sebelum bertindak. Loved their group dinamik memang saling melengkapi each other ❤️ Tahap seram tu not bad la okay je.
“Pertemuan dan perpisahan itu lumrah. Apa sahaja yang menanti di hadapan, kita tiada daya meramal. Selaku makhluk bergelar insan, ketidaktentuan adalah sebahagian daripada resam kehidupan.”
For those yang suka baca mystery and horror, this is for you. 5/5🌟
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
June 1, 2025
Sewaktu awal pembacaan di Wattpad, cerita ini menarik perhatian saya melalui judul dan awalan ceritanya. Jangkaan saya terhadap cerita ini meleset tatkala bacaan tiba pada separuh buku. Ia bukan hanya melibatkan kisah mistik, tetapi penyelewengan, pembohongan akibat keterdesakan. Jalan keluar kepada keterdesakan itu pula menjadi jerangkap samar kepada watak utamanya. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Cerita ini membawa kita kepada kehidupan rakyat Malaysia, beragama Islam di luar negara. Latar tempatnya di United Kingdom. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran tentang masalah pengurusan jenazah serta birokrasinya di sana, tetapi ia telah menarik perhatian saya untuk membeli dan membaca.

Permasalahan atau konflik yang ditimbulkan oleh penulis, tidak terbatas kepada permasalahan pengurusan jenazah sebenarnya. Ia hanya selitan dalam pergerakan plot.

Permulaan konflik adalah berkaitan tuntutan fardu kifayah terhadap watak-wataknya dalam mengurus jenazah saudara sesama Islam, walau jenazah itu memiliki sisi hitam sepanjang hidupnya. Dayat, ditampilkan sebagai seorang wanita yang matang, cekal berusaha meraih pertolongan watak-watak lain (Islam) untuk membantunya mengurus jenazah Bujan - seorang wanita yang usianya melebihi 80 tahun. Bujan dikatakan wanita yang 'membela' dan mengamalkan ilmu hitam dalam setiap pekerjaan atau perhubungannya dengan masyarakat setempat. Dia telah mengkhianati kepercayaan masyarakat sebangsa (Melayu-Islam), senegara (Malaysia), yang menggunakan khidmatnya dalam bidang kejururawatan dan penjagaan orang dalam pantang (baru lepas bersalin).

Dia yang awalnya disenangi kerana memberi khidmat percuma, rupa-rupanya beragenda. Bujan mencuri barang berharga di rumah mereka. Malah, menguja mangsa dengan menayangkan barang curi itu tanpa sebarang rasa takut apatah lagi bersalah. Dia mulai dibenci dan ditakuti dan dirinya dijauhi. Selepas dia meninggal dunia, tiada yang ingin peduli.

Hanya Dayat, tunang Dayat (Madi/Ismadi), Abang Din, Pinat dan Shikin (anak saudara Abang Din), yang terlibat dalam usaha mengurus dan membawa jenazah untuk dikebumikan. Sebeum Shikin yang muncul di pertengahan cerita, ada watak lain, seorang wanita Inggeris membantu juga ketika di masjid.

Konflik yang membuatkan plot cerita ini berkembang bermula dengan pemandian jenazah. Tiada kariah setempat datang membantu di masjid.

Air tiba-tiba tiada. Suami Bujan (seorang warga Inggeris tidak punya wang untuk pengurusan jenazah). Malah, tidak tahu tentang pengurusan jenazah cara Islam. Hanya membantu dari segi penyediaan kenderaan jenazah. Jenazah diarah dikuburkan di tanah perkuburan luar daerah yang memakan perjalanan jauh. Dari sini, bermula cabaran-cabaran baharu. Konflik-konflik baharu yang pelik dan mistik.

Hakikatnya, konflik-konflik ini terbina daripada perencanaan sulit seseorang dalam kalangan mereka. Perencanaan kerana tidak mahu rahsia dirinya terlerai lalu dirinya tiada tempat dalam negara tersebut. Sementelah, dia takut jika hubungannya terjejas.

Saya amat kecewa ketika tiba pada bab ini. Memang plot twist yang menyakitkan hati. Ada dua perkara yang membuatkan saya rasa, ia tidak sepatutnya terjadi begitu. Alasan yang membuatkan si pelaku bersetuju bersekongkol dengan penjenayah, sesuatu yang selfish. Malah, tidak sepadan dengan karakter awal yang diketengahkan. Kasihan pada watak-watak lain yang terseret dalam perjalanan yang lelah, mistik dan bahaya. Ia bukan rencana sulit yang calang-calang. Ia melibatkan taruhan nyawa!

Malah, ketika menghampiri pengakhiran cerita, saya tertanya, mengapa pasak akidah goyah? Mengapa sanggup menerima 'kepalsuan' demi memiliki seseorang? Puas hatikah dengan 'kepalsuan'?

Dan, cerita ini bukan hanya melibatkan kekhilafan seorang watak sahaja yang tersilap percaturan dalam membuat keputusan. Tetapi, ada beberapa watak lain yang tersilap juga bahana desakan hidup.

Cerita ini merupakan cerita gabungan mistik dan thriller.

#kifayah
#karangkraf
#ulasanbuku
#norsamilasamsudin
Profile Image for Amelia Zulkifli.
176 reviews5 followers
July 15, 2025
Saya ada mixed feelings dengan buku Kifayah ni 😂 excited sangat tau nak baca bila baca review kawan-kawan yang ratanya sangat sukakan jalan cerita buku ni yang ada pace cerita yang laju. Tambah pula dengan unsur thriller dan seram sedikit.

Tapi berlainan pula dengan saya, ambil masa yang agak lama nak habiskan bacaan. Mungkin juga baca pada waktu yang tak tepat (sibuk dengan kerja dan ada pergelutan emosi sikit di situ). Tempo cerita yang sepatutnya laju jadi perlahan sebab saya perlu fahamkan betul-betul apa yang terjadi.

Ada ramai watak yang perlu saya hadam pada awalnya, ditambah dengan nama-nama lokasi yang tak familiar. Saya rasa tak perlu saya nak cerita sinopsis buku sebab boleh baca di tempat lain, cuma nak kongsi pengalaman pembacaan saya ☺️

Tengah pembacaan, ada rasa anxious pula bila baca cerita ni haha eee complicated lah perempuan ni. Dah habis baca, lega sangat-sangat sebab atleast 'perjalanan' tu dah habis 😂

Apa-apa pun, kudos pada penulis kerana berjaya tulis sebuah novel yang saya rasa lain dari yang lain. Tentang tanggungjawab 'kifayah' sebagai umat Islam. Mungkin kita di Malaysia kurang mengalami pengalaman tersebut, tapi bila keadaan memaksa, makanya wajib kita tunaikan.

Profile Image for Sansuriya82.
59 reviews1 follower
May 22, 2025
Cabaran Mini #2 : Resensi Buku
📚 Reviu Novel: KIFAYAH – Shah Ibrahim

Genre: Seram Psikologi | Thriller Mistik | Sosial
Penerbit: Alaf 21 (Karangkraf)
Tahun Terbitan: 2025

“Kadang-kadang, yang menakutkan itu bukan hantu… tapi rahsia yang kita bawa bersama mayat.”

Kifayah bukan sekadar sebuah novel seram. Ia adalah perjalanan jiwa yang menggali dalam ke lubuk hati manusia mengangkat persoalan tentang dosa, kemaafan, dan beban yang tak pernah selesai walau jasad telah dikebumikan.

Kisah bermula dengan Pinat, seorang pelajar Malaysia di United Kingdom yang ditugaskan untuk menguruskan jenazah seorang wanita tua Melayu yang dipinggirkan oleh komuniti sendiri. Apa yang tampak seperti misi kemanusiaan yang mudah, berubah menjadi satu pengalaman yang menghantui secara fizikal, emosi dan spiritual. Konvoi membawa jenazah itu menempuh lorong-lorong berkabut, gangguan yang tak masuk akal, dan mimpi-mimpi yang membawa mesej dari dimensi lain.

Shah Ibrahim berjaya menulis dengan cermat, mencipta suasana sejuk dan sunyi yang terasa menjalar ke tulang belakang pembaca. Gaya penulisannya halus, namun menyengat menjadikan pembaca tertanya-tanya: Apa sebenarnya yang dibawa dalam van jenazah itu? Siapa yang benar, dan siapa yang menyembunyikan sesuatu?

Tema kematian dan pengurusan jenazah Muslim di tanah asing bukan topik biasa dalam sastera tempatan dan Shah mengangkatnya dengan penuh hormat, mendalam, dan penuh persoalan rohani. Di sebalik unsur seram dan thriller, Kifayah memaksa kita berfikir tentang kifayah kita sendiri cukupkah amalan kita, cukupkah taubat kita sebelum tiba giliran?

📌 Kenapa anda perlu baca KIFAYAH:
• Jika anda suka kisah seram dengan lapisan emosi dan makna.
• Jika anda mahukan kisah misteri yang bukan hanya mengejutkan, tapi menyentuh hati.
• Jika anda percaya bahawa kadang-kadang yang lebih menakutkan daripada hantu, adalah manusia itu sendiri.

Personal Rating : 🌕🌕🌕🌕🌑 (4/5 Bintang)
Sebuah kisah yang menghantui, membekas, dan akan membuatkan anda termenung lama selepas helaian terakhir ditutup.
Profile Image for Mohd Noor.
31 reviews
April 27, 2025
Novel KIFAYAH.
Bilangan Halaman : 432 Halaman.
Mula Dibaca : Selasa, 2 Syawal 1446 Hijrah, 1 April 2025.
Tamat Dibaca : Rabu, 17 Syawal 1446 Hijrah, 16 April 2025.

5 orang. 2 kereta. 1 jenazah.

5 watak yang berbeza latar belakang dan majoritinya saling tidak mengenali antara satu sama lain menjadi bidan terjun untuk menyempurnakan jenazah yang akhirnya merubah perjalanan hidup mereka. Selagi masih hidup, setiap orang sentiasa ada pilihan. Tetapi bagaimana reaksi kita terhadap pilihan tersebut? Adakah kita sentiasa boleh jamin setiap keputusan kita tidak dipengaruhi emosi? Adakah kita yakin kita akan sentiasa bijak dalam memilih?

Sangkaan awal aku, perjalanan novel ini semudah tajuknya. Menyempurnakan hak jenazah kemudian pulang membawa haluan masing-masing. Rupa-rupanya segala jangkaan aku tersasar jauh. Seperti kita meredah jalan penuh simpang, selekoh dan lencongan, begitulah novel ini. Ibarat aku fikir di depan sana ada simpang tiga tapi aku tak sedar jurang dalam yang menanti. Malah, perasaan luar jangka itu buat aku puas kerana memang itu yang aku cari dari sebuah karya fiksyen. Plot twist demi plot twist yang didedahkan sungguh mendebarkan walau ada yang mudah diteka dari awal.

Sebelum segala ketegangan bermula, aku seperti turut menyelami perasaan Pinat yang pertama kali melihat tempat orang yang sangat asing. Cuaca sejuk menggigit dan salji berjatuhan dari langit, ibarat aku ikut sama merasai kedinginannya. Teringat pula pengalaman membaca novel Arkitek Jalanan. Landskapnya pula sama kerana latar tempat berlaku di United Kingdom. Watak Madi dan Teme juga sama-sama berkerjaya sebagai arkitek. Cuma novel Kifayah membawa pembaca lebih mendalami situasi komuniti Islam di sana.

Dari novel ini membuka fikiran pembaca bahawa menguruskan jenazah orang Islam di sana bukan mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang hidup sebatang kara. Mungkin atas faktor seperti ini, ada waris yang meminta supaya jenazah di luar negara dikebumikan di tanah air. Teringat pula perkongsian dari Ustaz Undertaker berkenaan prosedur membawa pulang jenazah di mana segala organ dalaman perlu dikosongkan sebelum dibawa masuk ke dalam pesawat. Isu ini masih luas untuk dibincangkan, aku yakin pihak berautoriti dalam agama Islam di negara kita mampu menyelesaikan isu ini dengan hikmah.

Cabaran membesarkan anak-anak remaja lebih-lebih lagi sebagai minoriti Muslim di negara bukan Islam tidak mudah. Sedikit sebanyak penulis cuba menyelitkan tips keibubapaan. Mempertahankan akidah anak adalah tanggungjawab utama sebagai bapa dan sebagai bapa juga, kita tidak semestinya sentiasa berhak mengatur keputusan hidup anak. Anak bukan trofi untuk kita julang di hadapan orang, mereka juga punya perasaan dan cita-cita peribadi.

Dari awal nampak macam mini travelog, tapi siapa sangka konvoi jenazah akan berhadapan dengan misteri luar jangkauan akal dan situasi nyawa di hujung tanduk. Penulis bijak memasukkan watak demi watak sesuai dengan situasi yang menjurus kepada konflik lebih rumit seiring dengan setiap helaian halaman yang diselak.

Tiada watak yang benar-benar dominan kerana hampir semuanya diberi peranan seimbang dan motif kepada setiap tindakan mereka. Tidak semua watak bertahan sampai akhir kembara, ada yang 'direhatkan' dan diganti dengan watak lain yang membuka ruang cerita lebih luas termasuk membongkar persoalan yang sedari awal membuatkan pembaca tertanya-tanya.

Janganlah kita menjadi manusia angkuh macam Bujan. Mempersiapkan diri demi menjamin kelangsungan hidup di negara orang itu tidak salah tetapi mengamalkan sihir bukanlah caranya. Orang yang terlibat dengan sihir ini hidupnya akan terhina dan nasibnya di akhirat nanti sangatlah rugi.

Bagi aku, watak Dayat adalah penggerak kepada segala kekacauan yang berlaku sepanjang novel. Pembinaan watak Dayat mungkin sebagai 'wakil' kepada perempuan Melayu mutakhir ini yang licik memanipulasi situasi supaya memihak kepadanya, hinggakan pernah sekali pendirian anggota konvoi hampir goyah angkara permainan psikologi Dayat. Pernah juga dia melontarkan ketidakpuasan hati terhadap isu yang kononnya bersifat ketidakadilan antara lelaki dan perempuan. Ada bau-bau pemikiran feminisme di situ. Tidak adil jika Dayat dianggap sebagai mangsa keadaan dalam konflik antara lelaki sedangkan dia sendiri yang sengaja menjerumuskan diri dalam kebinasaan.

Siapa suruh dia berkawan dengan Bujan yang memang layak dipulaukan komuniti lantaran kemudaratan yang pernah dibawanya? Sikap Dayat yang cuba memanipulasi kelompongan undang-undang dan menyimpan rahsia dari bakal suami sudah cukup memberitahu pembaca bahawa Dayat ini memang bermasalah. Sama ada sebab cubaan menipu undang-undang atau kemaruk dengan Madi, tetap salah Dayat sendiri yang memilih untuk bergaul dengan Bujan. Simpati biarlah bertempat tetapi benarkah layanan baik terhadap Bujan atas dasar simpati? Setiap perhubungan ada kepentingan peribadi.

Cuma aku tidak pasti mengapa Dayat menyimpan tangkal milik Bujan dan memilih untuk menyambung legasi Bujan. Walau apa pun, orang macam Dayat memang tidak boleh dibuat kawan. Sekali khianat, orang macam ni akan berkhianat lagi.

Adegan-adegan misteri sepanjang menyempurnakan hak terhadap jenazah sebahagiannya memang bersifat misteri tetapi ada sebahagiannya diberi penjelasan saintifik. Contohnya bekalan air yang tiba-tiba terputus semasa proses memandikan jenazah dan keadaan jenazah Bujan yang begitu berat. Ada sesuatu yang penulis mahu sampaikan di situ, lagipun orang kita ni suka kaitkan segala benda pelik dengan unsur mistik. Cuma adegan di terowong Featherhorn buat aku tertanya-tanya. Benarkah ahli konvoi nampak UFO?

Aku lebih suka andai konfrontasi berdarah di penghujung novel dibina dengan lebih tegang. Paling tidak, ada tambahan adegan berbalas tembakan dan pergelutan antara pemangsa dan mangsa. Macam senang sangat pulak geng Oakwood Chiefs yang brutal tapi kena lauk 😅.

Kalau novel ini tamat sampai Epilog 1 saja pun sudah cukup elok, mungkin ada potensi untuk mengembangkan idea ke kategori lain. Penulis sendiri pun menyatakan beliau obses dengan genre misteri dan seram.

Sebelum tiba bab konfrontasi, aku rasa macam terlalu meleret pula bab drama kehidupan Pinat. Aku faham, penulis memberi tempoh rehat kepada pembaca setelah separuh novel penuh dengan adegan yang menggoncangkan jantung. Mungkin sebab aku sendiri tak berkenan dengan elemen drama air mata. Aku lebih suka adegan soal siasat di bilik tertutup. Walau singkat, tetapi perasaan aku puas. Mana tahu penulis sudi perah idea menulis novel bertemakan penyiasatan kes jenayah pula.

Hari ini dan ke depan, fitnah akan semakin berbisa. Moga Allah sentiasa lindungi diri dan keluarga kita dari segala bentuk kebinasaan dunia akhirat, Aamiin.

Jauhi sihir dan dadah.
Profile Image for Salmiah Awang.
20 reviews
May 31, 2025
Mula cerita,shafinaz atau nama panggilan nya pinat, naik kapal terbang ke luar negara untuk sambung belajar.

sampai kat lapangan terbang, dia dijemput oleh Abang Din untuk ke penginapannya.

oleh kerana dah masuk maghrib, mereka singgah kat masjid. tiba-tiba mereka terjumpa Dayat yang Abang Din kenal. Dayat bagi tau, Bujan meninggal dunia dan mintak tolong Pinat bantu dia mandikan jenazah. ke

Paul adalah suami sivil Bujan yang beragama Katolik, menguruskan surat kebenaran dll bla bla, mintak Dayah uruskan jenazah.

mereka nak mandikan jenazah kat masjid tu tapi tiba-tiba pulak takde air paip. terpaksa mereka buat tayamum je. Masa tu, Madi, situnang Dayah bawak kawan-kawan dia untuk bantu angkat jenazah.

masa nak hantar ke perkuburan, Paul tukar tanah perkuburan yang lebih jauh dengan alasan perkuburan disitu lebih murah. Masalahnya, siapa yang nak bawak kereta jenazah? kawan-kawan madi ada urusan kerja. Madi pulak tak berani.

Terpaksa Abang Din yang bawak dan Pinat terpaksa ikut. Perjalanan mereka penuh dugaan. kalau saya ceritakan, daya akan jadi spoiler.

tapi pembacaan saya dah mula buat saya seram dan berdebar. Dahlah dikelilingi hutan, sesat pulak, kereta mati tiba-tiba kat depan terowong gelap,

endingnya penuh dengan adegan suspen bila Dayat mula kena rasuk. wahh... meremang.
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
June 19, 2025
4.5 ⭐️

Kisah yang bermula dengan salah satu Fardhu Kifayah.

Dugaan demi dugaan ditempuh demi menyempurnakan Fardhu Kifayah yang satu ini kemudian membawa kepada pembongkaran jenayah.

Penyempurnaan Fardhu Kifayah tersebut pula melibatkan sihir. Maka, tidak lari lah dari unsur seram dan misteri. Tapi bukan la seram semata dari sihir tersebut. Seram kejahatan makhluk halus bergaul mesra dengan seram kejahatan makhluk bernama manusia. Mungkin manusia lebih seram barangkali? Iblis syaitan hanya "alat".

Tanpa disangka, kisah cinta sadis tragis turut terlibat sama.

Elemen seram, cuak, misteri, persoalan datang silih berganti sepanjang penceritaan. Rasa sukar menutup buku selagi cerita tidak dihabis baca 😆 pelbagai teori konspirasi telah terbina! taaapi tanpa disangka, ada pula elemen sedih! Namun, bila difikirkan kembali memang banyak sedih ataupun lebih kepada kasihan untuk watak² yang ada. Apa ke sadis masing² 🥲

Gaya penulisan yang ada sedikit lewah namun difahami kerana barangkali dengan lewah itu memudahkan pembaca lebih mudah membayangkan dan menghayati cerita.

Apapun, jauhilah syirik. Tetap la berbuat baik walaupun ganjarannya seperti tidak kunjung tiba lagi, kerana hidup berlandaskan redha Tuhan bukan makhluk. Contohi Abang Din 🩵

Kesimpulannya, Kifayah merupakan satu cerita yang berbaloi dibaca, sedap dan mengujakan.

Terima kasih penulis.
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
June 2, 2025
Bayangkan kau baru mendarat di negara asing, dengan penat dan sedih yang masih membebani diri, tiba-tiba kau terpaksa terlibat dalam satu konvoi menyempurnakan pengurusan mayat. Bagasi masih dalam bonet kereta, hostel pun kau tak sampai lagi.

Itulah yang dilalui oleh Pinat.

Tak cukup dengan itu, Madi yang baru dikenalinya seolah-olah menyimpan dendam dan kebencian.
Kalau jadi Pinat, memang tak sempat nak menghadam segala kejadian. Konvoi yang sepatutnya satu perjalanan yang lancar, menghadapi seribu satu rintangan. Serius, aku yang membacanya pun terasa lelah.

Ada penglibatan polis, gangster, taikun dadah, dan paling tak tersangka ada unsur saka dan sihir. Pun begitu, Kifayah ini tidaklah terlalu seram seperti level 'buku Prima', ia penuh dengan kejutan dengan latar belakang watak yang pelbagai. Seram, lucu, berdebar-debar, tekanan; semua rasa ini bercampur-baur.

Pada akhirnya, Kifayah ini memberi banyak tauladan yang harus difikirkan.
Profile Image for Lalla Hasna.
34 reviews
July 16, 2025
Permulaan dan pertengahan buku yang sangat lama ye untuk dihabiskan. Dah nak akhir baru timbul spark tu, dah mula ada rasa seram sejuk. Keep writing wahai penulis, fighting
Profile Image for Mira.
45 reviews2 followers
April 15, 2025
Kisah ini bermula dengan Pinat seorang pelajar yang ingin menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di UK. Sesampainya di sana, secara tidak sengaja dia terpalit dengan pengurusan jenazah seorang perempuan tua berbangsa Melayu yang dikenali sebagai Bujan. Bujan ini tidak disukai oleh komuniti setempat dek kerana jenayah yang dilakukan semasa hidupnya.

Berbagai adegan menarik dan mencemaskan sepanjang proses pengurusan jenazah Bujan untuk dikebumikan. Tatkala konvoi jenazah Bujan yang dikelolakan oleh Dayat, rakan baik kepada Bujan, satu persatu rahsia terdedah. Bacalah, memang sangat menarik dan mendebarkan.
Profile Image for Snnaqiah.
19 reviews1 follower
April 20, 2025
Saya seorang yang kurang gemar baca karya seram. Namun, selepas diyakinkan bahawa Kifayah ni tidak seram walaupun kisahnya berkaitan rombongan membawa mayat, saya beranikan diri membaca. Sebaik sahaja membaca, memang mengujakan! Scene jump scare disusun smooth dan seimbang dengan scene komedi. Membaca karya ni bagi perasaan ala ala menonton cerita "I Know What You Did Last Raya" . Saya juga dapat beberapa ilmu baru dalam pengurusan jenazah. Secara keseluruhan, puas hati membaca dan saya nantikan buku sambungan karya ini!

Nota utk yg baru nak baca: Read in one-sitting will give best experience. Kalau tak, nanti rasa lama sangat perjalanan jenazah, tak tanam-tanam. Macam saya rasa 😂
Profile Image for Awis Abu.
2 reviews
June 7, 2025
Sinopsis cerita ni menarik. Jadi aku beli la senaskah di PBAKL 2025. Kisah seram melayu yang berlaku di luar negara. Sekumpulan sukarelawan dalam misi bawa jenazah seorang wanita tua melayu ke tanah perkuburan Islam di UK. Dalam perjalanan tu macam-macam benda jadi. Jenazah wanita tua tu ada ‘sesuatu’.

Aku suka buku ni. Unsur keluarga, misteri, seram, saspen, aksi diadun dengan baik. Awal cerita dah buat aku terpaku untuk teruskan pembacaan. Kesian Pinat, belum hilang jet lag terpaksa join rombongan hantar jenazah. Uniknya penulis guna latar belakang UK. Lari dari kebiasaan cerita seram yang biasa kita dengar.

5/5!
Profile Image for nikillas.
36 reviews4 followers
May 19, 2025
Buku ke 11 K-Lit.

Cerita dia mudah je sebenarnya. Nak bawa jenazah ke tempat pengkebumian. Apa yang susahnya kan?

Tidak. Tidak semudah yang disangka. Terdapat perbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi utk menyelesaikan misi menghantar jenazah itu lagi lagi tempat tu di lokasi bukan majoritinya Muslim.
Itu ini. Begitu Begini. Geram bila membacanya. Ada sahaja benda yang jadi kepada konvoi membawa jenazah tu. Aku dah macam,"Bila nak sampai nya ni?!?"

Ada CAMEO. Tapi dia macam sepintas lalu sahaja. Haha!
Profile Image for Faqihah.
9 reviews
June 23, 2025
Jujurnya saya tak berminat dengan buku ini dan rasa kecewa sebab ramai kata buku best. Tak tahulah kenapa tak boleh menghayati jalan cerita yang hendak disampaikan oleh penulis.

Untuk sekarang buku ini saya anggap NRN ( not right now ). insyaallah bila saya dah put of my book slump sambung baca. for now saya takde interest dgn buku.

Saya baca hampir beberapa bab dan memang rasa tidak tertarik dengan buku. Cover buku memang cantik tapi saya DNF for now. itu sahaja my review
Profile Image for Faizal Hamid.
30 reviews
June 29, 2025
Saya suka buku ini kerana ceritanya. Sedap disusun satu-satu sampai selesai
19 reviews
September 29, 2025
Sekali lg tahniah kepada K-Lit & penulis kerana berjaya terbitkn novel yg sgt berkualiti ni!! Puas hati sgt baca novel ni.
Akhirnya... Buku yg berjaya menarik aku keluar dr reading slump✨
Ini cerita tentang sekumpulan orang Melayu di bumi UK yg kena uruskan jenazah seorg warga Melayu yg menetap di UK🚍. Jenazah ni di masa hidupnya x disukai orang, jd cuma ada 5 org je yg terpaksa-rela uruskn pengebumian jenazah dia. Kesian tau MC, (i.e Pinat) dlm cerita ni, dtg ke UK nk sambung bljr, landing2 flight je tiba2 kena tarik sekali utk tlg mandikn jenazah & sertai konvoi kebumi jenazah😣
Nk jd cerita sepanjang nk pergi tempat pengebumian, mcm2 benda pelik berlaku🥶
Mula2 ingatkn ni cerita seram mistik, tp rupa2nya ada konspirasi rahsia.
Kalau siapa dh biasa baca buku K-LIT mmg akn tahu yg watak2 villain diorang mmg licik & buat kita rasa nak maki org. The same goes to this story!😡 suka juga sbb buku ni selitkn isu2 realiti yg terjd dekat org2 kita yg bermastautin di UK❤️👍

Novel ni penuh dgn saspens & misteri dari awal bab sampai ke akhir! Cara penulis tulis & huraikan ttg watak2 yg ada pun buatkan semua watak2 tu jd bermisteri tau, buatkan kita expect yg setiap drpd diorang ada rahsia & backstory sendiri. Kita akan terfikir, eh watak ni sbnrnya jahat ke baik...

Dan aku suka juga mcm mana penulis buat beberapa watak jahat dlm cerita ni ada backstory yg nk menunjukkn ada org yg jd jahat sbb terpaksa.. walaupun benda ni tak justify diorang utk zalimi/aniaya org lain.

Cumanya lps habis baca, cerita ni memang meninggalkn rasa yg heavy lepas habis baca sebab novel ni blh di'tag' dgn unsur/genre tragedy. Dan kalau aku jd Pinat dlm cerita ni, aku rasa aku mmg blh trauma.
Profile Image for NikZah.
19 reviews
July 5, 2025
Membaca buku ni kena berada dalam keadaan tenang. Tak boleh nak rushing sebab dalam plot ada klu yang berkait dengan situasi. Buku ni agak tebal iaitu 432 muka surat.

Kagum dengan gaya penulisan penulis yang dapat merungkaikan satu-satu situasi dengan detail sehingga dapat rasa turut berada di situ. Contohnya waktu watak Madi yang ketakutan apabila diusik oleh bunyi serigala seorang diri dalam kereta. Bermula dengan bunyi dari jauh kemudian rasa seperti mendekati kereta diikuti dengan Madi yang berlari ketakutan.

Dari segi timeline cerita, masih boleh difahami kerana penulis menulis ayat seperti 'Dua hari sebelum' dan 'Lima tahun yang lalu' untuk mengelakkan pembaca keliru. Cuma adakalanya flashback tentang perancangan Guv'nor sedikit pening lebih-lebih lagi apabila melihatkan banyak pihak seperti Paul, Nigel dan Dayat.

Watak dalam cerita ni juga boleh dikatakan agak ramai dengan watak yang tiba-tiba masuk dalam cerita tetapi tetap mempunyai peranan masing-masing.

Suka dengan watak Pinat yang masih boleh 'tenang' walaupun bergelut dengan pelbagai situasi yang tak dijangka. Dahlah baru tiba di negara orang, belum sempat masuk kampus dah kena hadap pelbagai dugaan.

Profile Image for Miftha Akbie.
7 reviews
May 25, 2025
Halo teman-teman indonesia! aku disini untuk memberikan review berbahasa indonesia untuk para pembaca indonesia yang berminat membaca buku berbahasa melayu. 👋

Biasanya novel setebal ini bisa buat nyeritain karakter dari lahir sampe mati 😅 Tapi novel satu ini, setebal ini menceritakan perjalanan yang gak lebih dari 3 hari. Ada banyak flashback kecil yang dimunculkan berkali-kali untuk mendukung cerita.

Sinopsis singkat
Sebuah tim yang terbentuk tiba2 secara sukarela buat ngurusin jenazah warga melayu yang tinggal di UK. Bener2 orang random aja gitu yang jadi relawan.
Tapi yang namanya tugas random di tangan orang random biasanya mencurigakan, sebaik apapun niat kita.
Alhasil mereka malah dapat tugas absurd tambahan.

sayangnya karakternya cuma dibikin hitam putih. yang baik banget seakan gk punya cela, yg jahat bahkan sampe akhir juga tetep jahat.
Buat yang suka kombinasi perdukunan, aksi dan misteri, cocok baca buku ini. Kaget banget pas tiba2 ada bab yang bahas dukun melayu tinggal di UK, ternyata ilmunya masih kepake disana. 😵
Profile Image for Lydia Mohd Nasir.
32 reviews3 followers
October 29, 2025
Cerita yang luar biasa unik. Unsur mistik, misteri dan jenayah bercampur dalam satu plot. Tak sangka, banyak perkara tersembunyi di sebalik satu kematian.

Punyalah jauh perjalanan nak tanam. Rasa kesian kepada Pak Din dan Pinat. Macam berada pada tempat dan masa yang salah. Pak Din pula terlalu baik sampai sanggup setuju bawa kereta mayat sejauh itu.

Perkembangan cerita agak perlahan. Sesuai untuk orang yang suka naratif yang panjang. Satu yang tak faham, kenapa diselitkan watak Shikin.
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.