Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.
“Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH
PAYED dalam penafian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?
“Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…” - FAREED AL-FATTAH
Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.
“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?” - LUTHFIYA
Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat.
“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH
Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.
“Aku nak yang macam Luth. Fiya, Lee. Luthfiya. Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH
Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar. Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan. Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya. Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji.
Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?
'Nak capai bahagia ini tak mudah. Tapi, bila bahagia setelah derita, nikmatnya tak terkata...' pesanan ibu yang selalu diingati oleh Luthfiya.
Kerana kata-kata inilah, Luth tabah menghadapi segalanya. Menerima segala dugaan dengan hati yang tenang. Mencari hikmah di sebalik setiap ujian yang mendatang.
Perkenalannya dengan Payed (Fareed Al Fattah) adalah kerana salah faham. Hadirnya untuk temuduga jawatan akauntan, tiba-tiba disuruh menjadi PA. Siap diminta temankan dia tidur (literally!!) dalam pejabat pada hari pertama bekerja (sebaik saja selepas interview!!). Nasib la Luth dapat bos yang macam tu.
Semakin dia menolak, semakin Payed ingin mendekat. Padahal keduanya berbeza bagaikan langit dan bumi. Luthfiya gadis sopan yang menjaga agamanya, sedangkan Payed ligat mencari hiburan dunia. Luth bukan tastenya, tapi Luth juga seakan air laut, semakin banyak diminum, masih belum mampu menghilangkan dahaganya.
Pelbagai cara Payed gunakan untuk mendekati Luth, tak boleh cara baik, cara kasar digunakan. Tapi Luth tetap menolak dengan penuh hikmah. Sehinggalah diberitakan bahawa Luth bakal ditunangkan dengan adiknya sendiri, Palee.
Luth pasrah dengan ketentuan keluarga. Baginya, bahagia mama dan ayah adalah kebahagiaannya juga. Biarpun hatinya telah sedikit sebanyak telah dicuit oleh Payed. Namun, tak disangka, rupanya bukan Palee bakal suaminya, tapi Fareed Al Fattah, si dia yang dalam diam diharapkannya. Kedua-dua keluarga memang sengaja memutarbelitkan cerita mengenai pertunangan mereka.
Perkahwinan yang disangka membawa bahagia, rupanya membawa lebih banyak ujian buat dirinya. Ditolak suami yg baru dinikahi beberapa jam hanya kerana baru disedari kekurangan dirinya. Malahan ingin dilepaskan hanya kerana tidak dapat menerima kecacatan itu. Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Di saat Luth bersedia untuk dilepaskan, Payed pula kemalangan. Luth tetap bersabar melayan segala karenah Payed selagi dia masih bergelar isteri. Ditabahkan hatinya untuk menjaga Payed yang lumpuh kedua belah kakinya akibat kemalangan itu. Ditambah pula dengan kecelaruan emosi yang dirasainya.
Dengan kelembutan, dia berdakwah. Dengan penuh hikmah, dia menasihati. Dan tiada yang lebih gembira apabila dia yang dikasihi akhirnya bersama-sama ingin mencari cinta abadi, dunia dan Insya Allah di akhirat sana.
'...bila bahagia setelah derita, nikmatnya tak terkata...'
Buku ni merupakan perkenalan pertama saya dengan Rehan Makhtar. Jadi, saya tak dapat nak membuat perbandingan dengan mana-mana karyanya yang terdahulu. Mengikut review teman-teman, 2 karyanya yang terakhir ni, barulah RM menjurus ke arah penulisan yang lebih islamik, lebih berdakwah.
Tidak dinafikan, naskhah ini sarat dengan teguran dan nasihat ke arah kesedaran tentang kuasa Yang Maha Pencipta. Tentang redha dengan segala ketentuan-Nya, kerana kita hanyalah bertaraf hamba. Segala dugaan yang menimpa, adalah sebagai peringatan supaya kita lebih dekat pada-Nya.
Cuma, saya agak kurang terkesan dengan watak Luthfiya. Terlalu mencuba, sehinggakan pembaca (saya) terasa seperti dipaksa-paksa untuk melihat Luthfiya sebagai insan yang hampir sempurna lahiriah dan batiniah. Hanya sedikit kecacatan yang membuatkan dia pasrah dengan keadaan dirinya. Bagi saya, dia seolah-olah 'diarah' untuk menjadi gadis sedemikian sehinggakan saya merasa agak menyesakkan. Perlakuannya ada kalanya agak tidak selari juga dengan sikap yang ingin ditonjolkan.
Penggunaan panggilan nama Payed dan Palee dalam urusan rasmi, agak tidak sesuai kan. Kalau digunakan untuk panggilan sesama keluarga dan teman rapat, itu sesuatu yang dijangkakan. Tetapi untuk digunakan oleh pekerja di pejabat, sangatlah janggal jadinya.
Untuk sebahagian awal penceritaan, terasa seolah-olah penulis yang mendominasi. Seperti watak-watak utama menjadi kaku dan hanya menurut apa yang diarahkan saja. Perkara yang agak mengurangkan rasa dalam pembacaan (saya). Tetapi syukurlah, hal ini telah dapat diatasi pada sebahagian akhirnya, dan melonjakkan sedikit mood pembacaan dan juga rating saya ;-).
Dan...hal yang saya mohon diperbaiki oleh penulis di masa hadapan. Karya saudari membawa mesej Islamik, tetapi terdapat perumpamaan dan bayangan yang digunakan menjurus ke arah sifat christianity. Kita mungkin tak sedar kerana terlalu biasa dimomokkan dengan perbandingan tersebut terutamanya ketika membaca novel bahasa inggeris atau menonton filem-filem barat. Bertanduk, ditafsirkan sebagai perbuatan jahat (syaitan) tetapi bagaimana pula tafsirannya lingkaran suci itu? Angel yang bersayap dan ada halo di atas kepalanya? Adakah itu juga bayangan kita terhadap malaikat? Dan paling ketara, bayangan Payed ketika dia kemalangan. Tiba-tiba muncul lembaga hitam yang berhud dan membawa sabit panjang. Death angel. Malaikat pencabut nyawa. Kesemuanya merupakan kepercayaan dalam Christian kan?
Karya yang tidak kosong, ada halatujunya, ada pengisiannya. Moga-moga kita sama-sama dapat manfaatnya. Terima kasih penulis atas ingatan-ingatannya ye. :-)
PS - Mai, terima kasih banyak2 sebab bagi pinjam. Nanti kita bagi list lain pulak ye :-D
Bagi yang menjadi pengikut setia mana-mana penulis, tentu dapat mengesan arah tuju penulisan penulis kesayangan mereka lewat karya2 yang dilahirkan.
(for me).... penulis ini mula serius dalam menyerap unsur Islami lewat karya2 terbarunya (merujuk kepada Bahasa Hati Kita dan Dia... Cinta Yang Kucari). Sesuatu yang perlu dibanggakan.
Aku tega me-4* Bahasa Hati Kita kerana peletakan unsur Islami tersebut yang seadanya; lembut tapi terkesan di hati. Berbeza dengan naskah ini, perletakannya agak menjolok mata. Dialog2 yang digunakan agak meleret. Ketidakstabilan watak Luthfiya juga agak mengganggu kosentrasi pembacaanku. Ada kalanya si Luth seperti bersungguh-sungguh untuk menawan hati si Payed dan kemudiannya dia rebah dan mengaku kalah di kala bersama keluarga.
Membaca naskah ini mengingatkan aku pada Duha Hafa yang ditinggalkan si jejaka atas alasan yang sama; ketidaksempurnaan fizikal. Mungkin jika Umair bertekad mengahwini Duha, beginilah kesudahannya; melarikan diri di malam pertama.....
Bezanya Payed diberi peluang kedua untuk menilai dan menghargai kilauan permata tersebut.
Macam biasa. Cerita bos kaki perempuan terpikat dengan staf bertudung. Kalau di negara maju, sesiapa yang jatuh cinta dengan staf dianggap tidak profesional. The only way bos nak jalinkan hubungan dengan staf dia ialah dengan memecat staf tersebut. Samalah dengan apa yang pensyarah aku cerita tentang isu pensyarah bercinta dengan pelajar. Tidak boleh sebab nanti akan ada layanan berat sebelah. Kalau nak, tunggu pelajar itu habis kelas bersama pensyarah itu. Cerita cinta antara bos - staf bukan secangkir teh aku (not my cup of tea).
...dan macam biasa. Cerita lelaki liar yang dijinakkan oleh perempuan suci. A bad boy having his head over heels towards a nice - polite girl. Perempuan yang acah-acah suci tapi bila Payed yang bukan mahram cium dahi dia, dia tak tampar. Tapi menangis, menangis dan menangis. Asyik-asyik menangis. Aku masih menanti sebiji novel yang bila lelaki (atau bos ditempat kerja) bukan mahram sentuh/cium/peluk, perempuan tu tumbuk muka dia dan letak jawatan serta merta atas dasar sexual harassment di tempat kerja. Kemudian, perempuan itu viralkan kes tersebut lalu keluar dalam Motif Viral di Astro Ria 104.
Banjir. Bengkak mata. Rasa macam kena smash. Lihat pada kebaikan, jangan pandang keburukan seseorang. Insaf. Bersyukur.
Sorang lagi spesis pawas. Kali ni 'p' juga. Payed untuk panggilan buat kasanova bernama Fareed Al Fattah. Diceritakan dia seperti jerung. Rasa nak bagi tapak kaki kilauan emas jek seperti adiknya Palee (Fadlee Al Fallah) mengherotkan wajah cari makan Payed. Sesuka hati je nak tanda kawasan jajahan kat anak kawan mak ayah mereka. Payed seperti tidak dapat mengawal nafsu buas dia tiap kali terpandang Luthfiya. Luthfiya gadis bertudung litup adalah staff Padlee yang dahulunya pernah seketika menjadi PA Payed kerana kesilapan teknikal, tertukar calon interview disebabkan rupa dan nama yang hampir sama dengan seorang lagi calon iaitu Luthfina, kakak Luthfiya yang sentiasa cari pasal, cemburu dengan Luthfiya.
Disebabkan sifat liar itu lah buat mummy makan hati sehingga ugut tak halalkan susu sekiranya Payed mengusung anak dara orang ke hotel. Yang mummy tak tahu memang Payed pernah mengusung Luth ke hotel semasa Luth demam tak sedar diri akibat berhujan. Doa gadis yang menjaga kehormatannya termakbul. nafsu jerung bertukar jadi dolphine comel la pula bila melihat wajah Luth.
Mummy yang ingin mengubah kelakuan anak nya, cuba menjodohkan Payed dengan Luth. Disini agak keliru kerana perancangan asal bertukar. Si ayah pula cuba menjodohkan Palee dengan Luth. Tak sanggup dia mengahwinkan anak kawan baik dengan anaknya Payed yang tak sempurna kelakuan. Dosa yang pernah dia lakukan di zaman muda seperti ditayang kembali melalui Payed. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, Luthfiya mendedahkan ketidaksempurnaan wajahnya membuatkan Palee terkelu dan menolak jodoh yang diatur. Maka Payeed la menjadi galang gantinya kononnya memang dia lah sebenarnya tunang Luth. Agak keliru sedikit tentang perkahwinan mereka 1. Mungkinkah Luth hanya menjaga hati Payed pabila Payed minta penjelasan kenapa Luth tidak menolak dia semasa Mummy meminang dahulu? 2. Palee ingat Luth yang menjadi tunangnya selama ini? 3. Mungkinkah Palee geli selepas melihat rupa Luth lalu melepas tangan kepada Payed kerana kebetulan Payed dah terang-terang mencintai Luth?
Kisah sedih berendam air mata bermula selepas majlis akad nikah,
Pengajaran untuk kisah ini: 1. Jangan prejudis terhadap seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang akan menerima hidayah 2. Jodoh itu rahsia Allah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu sebaliknya 3. Manusia boleh berubah jika berkehendak dan berusaha mengubahnya 4. Jaga kelakuan, perbuatan kita akan dibayar kifarah pada diri atau anak cucu 5. Jangan pandang pada cantik luaran sahaja, pandang pada hati 6. Air dicincang tak akan putus 7. Islam itu mudah, solat boleh dilakukan dimana-mana dan dalam keadaan apa sahaja
Luthfiya: Luthfiya (Piya) digambarkan sebagai anak gadis yang sangatlah baik. Sentiasa redha dengan apa yang menimpa dirinya. Sentiasa positif dalam menangani musibah atau dugaan yang mendatang dalam hidupnya. Sungguh pun dibesarkan dengan limpahan kasih sayang ayah dan ibu tirinya, dia rupanya dibenci oleh saudara kandung sendiri. Kesilapan menghadiri temuduga kerja menemukannya dengan Fareed Al-Fattah (Payed), bos yang terlalu suka menduga hatinya. Biar pun selalu diduga dek perangai dan tingkahlaku Payed yang kadangkala di luar jangka, Piya tetap gagah menempuh cabaran di pejabat. Kerana bimbangkan keselamatan Piya yang mahu keluar dan tinggal menyewa, ayah dan ibu tiri Piya bercadang untuk menjodohkan Piya dengan anak kenalan mereka. Sebagai anak yang baik dah tentulah Piya bersetuju dan redha dengan pilihan kedua ibu bapanya kan? Namun, rupanya kebahagiaan yang diharap rupanya masih jauh untuk digapai bila si suami rupanya tidak bisa menerima kekurangan rupa paras si isteri. Huh. Mampukah Piya mempertahankan rumahtangganya bila dugaan demi dugaan bagaikan tak henti datang menimpa?
Fareed Al-Fatah: Fareed Al-Fatah (Payed) boleh disama tarafkan dengan Fawwaz (Lelaki Sedingin Dia), cuma watak Payed ni tak adalah kurang ajar sangat macam si Fawwaz tu. Suka sangat bersosial sehingga aktivitinya yang satu itu turut membimbangkan keluarganya. Sekilas pandang pertamanya tatkala Piya datang menziarahi keluarga Payed menimbulkan satu perasaan halus dalam hati Payed. Kedatangan Piya untuk temuduga tak lama kemudian rupanya membawa satu lembaran baru dalam hidup Payed. Antara tergoda dengan kecantikan dan tercabar dengan sikap ‘jual mahal’ Piya, Payed nyaris menodai Piya. Mujurlah kewarasan akalnya masih mendahului kehendak nafsu. Bila Payed sudah mula ‘jinak’ hasil tarbiah berterusan Piya, Payed dikejutkan dengan berita pertunangan antara Piya dan adiknya, Palee. Kecewa jangan cakaplah. Rupa-rupanya rancangan keluarga mereka untuk menyatukan Luthfiya dan Palee hanyalah sandiwara. Payed akhirnya dinikahkan dengan Piya. Namun, bila mengetahui tentang kekurangan isterinya, Payed rasa bagai tertipu. Sungguh pun perasaan cintanya wujud terhadap Piya, rasa ego Payed mengatasi segalanya. Mampukah Payed memenuhi janjinya seperti yang diucapkan pada malam pertama mereka untuk melepaskan Piya setelah nyata Piya sanggup berkorban untuk membahagiakan dirinya dan keluarga mereka?
Komen saya:
1. Sekali lagi kita dihidangkan dengan watak utama wanita yang kuat dan tak mudah goyah dengan dugaan mendatang. Jyeah!
2. Kali ini tiada pengulangan perkataan yang bisa buat saya rasa jengkel. :D
3. Turning point Payed boleh nampak secara berperingkat dan bukannya mendadak. Iya, hidayah tu milik Allah. Memang tak mustahil manusia boleh berubah mendadak. Tapi, lagi moleklah kalau buat step by step, ye tak? Takkanlah semalam baru belajar solat, hari ni dah nak ke Mekah, kan? :D
4. Tak gemar dengan sikap prasangka dan suka buat andaian sendiri pasangan ini. Andai mereka lebih bijak menyusun komunikasi dah tentu hubungan mereka mampu diselamatkan sedari awal. :)
5. Tahniah buat RM atas kelahiran karya terbaru ini. Moga terus berkarya. :)
6. Terima kasih buat tuan punya buku. Buku dah selamat dipulangkan barulah datang kerajinan nak menaip review. :P
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Awesome!
Novel RM kali ini memang mengundang air mata; air mata kesedihan dan juga air mata keinsafan.
Antara take-home message yang kita boleh ambil dari kisah Luth dan Payed ini adalah:
1. Jangan kita terlalu mencari kesempurnaan sedangkan ketempangan diri tak pernah kita sedar.
2. Sedarkah kita nama Allah sering disebut-sebut dikala kita susah tapi sangat mudah kita lupa apabila kita senang?
3. Kecantikan fizikal dapat dilihat dengan mata dan mudah berasa tergoda. Tapi berapa ramai di kalangan kita yang tergoda dengan kecantikan hati seseorang itu?
4. Apabila kita diduga, jangan mudah berputus asa. Dugaan itu datang kerana Allah mahu menguji dan supaya kita sentiasa ingat pada-Nya.
Tak dapat kasi 5 bintang sebab saya ambil masa 3 hari. Bukan tak best tapi entahlah. Pi mai pi mai tang tu. Agak nak okey, jadi balik benda sama. Kalau harapkan kisah cinta saja, entah kurang lagi saya bagi.
Maksud nama Fareed ialah istimewa, permata, tiada bandingan, tunggal, permata yang mahal. Maksud nama Luthfiyah ialah lemah lembut. Nama dah sedap. Maksud pun baik. Kenapa nama gelaran diberi tiada makna? Nama kan juga satu bentuk doa kalau disebut selalu. InsyaAllah mana tahu doa itu makbul satu hari nanti.
Wah best betul rasanya bila baca novel drpd penulis ini bila 2 in a row best giler. Hah citer jenis2 giniler best. Lain drpd yg lain. Memang kasanova giler si Payed ni walaupon penulis ni x tunjukkan bimbo2 yg dtg bertalu2 ke opis si Payed tp dgn cara olahan sikap si womanizer mmg real. Gatal tahap gaban. Cam nak sunat ajer si Payed ni lg skali. Suka dgn cara si Fiya ni tangani si buaya tembaga yg karat berkodi2. Walaupon hampir2 menjadi mangsa nafsu serakah si Payed ni. Tp yg bestnya Kasanova ni jatuh tersungkur di kaki mangsanya. Paling kelakar bila baca part yg ni:-
" dia dok layan igtan saat dia hampir menjd jerung yg ganas. Membaham mangsa tanpa belas. Tp, dia tiba2 tersdr saat Luth terkulai lemah bersama helaan nafas tenang lantas dia bertukar jd dolfin yg comel pula. Ergh ... Kecewa dia dgn diri sendiri yg bajet suci"
Muahaha aq suka aq suka..... Padan muka idaman hati bakal disatukan dgn seteru sedarah sepusat. Sapa lg kalau bukan si Palee. Satu2nya adik yg ahli surau tu. Tp bila tiba hari nikahnya......
Adakah kekurangan pd si Fiya ni dpt diterima pasangannya? Tp rupa2nya ada rahsia di antara Fiya& Fina. Allah maha kaya& hidup ni macam roda kan?
Penulis ini mng pandai bermain kata2,membuatkan cerita ini amat2 menarik& bukanlah seperti byk novel2 baru skrg ni spt baca novel kanak2 ribena.
Apa2pon xmo komen banyak2. Citer ni mmg superb la...
Baca buku sebab tak ada duit nak tengok movie. *gelak kuat*
Kaxarudin - membuat aku teringat pelakon nama Kaza (botak tapi muda sikit) terasa macam jenama minyak pelincir motor pun ada.
Storyline awal agak kebas wajah. Dengan segala cliche novel yang sengaja berputar dalam bulatan. Second half baru la terasa punchnya bila ada perkembangan antara watak. Nama Rehan Makhtar dah sedia memang orang tahu best, jadi tak kira berapa teruk pun orang review korang wajib beli/baca almost all karya dia. Sekali pun bertangguh lepas dua tahun.
A bit of unprofesional bila tetiba bos dipanggil nama Payed~or even Palee (pali-pali Korea) yang selalunya kita dok manja2 panggil kat rumah. But who cares? Letaklah nama apa pun asalkan nama asal dia macam blokbuster. kompem hit. sah aku suka karya RM. Goodluck buat cerita yang lagi best dari ini. --On reading the next RM.
Tahniah RM. rasanya novel ini boleh di kategorikan sbg Siri tarbiah. Walaupun hanya fokus kpd benda paling basic dalam hidup iaitu " tiang" yang satu itu. Katalah ML bias. Katakanlah apa jua yg korang nak kata. ML tetap suka naskah kali. Gula itu ada, garam pun cukup. Cuma rasanya perlu di tambah bahan perasa tambahan sedikit.
Mati-mati ML ingat Payed itu seseorg Dari masa silam Fiya. Rupanya tidak. Saat sesi luahan rasa Fina-Lutfi-Laila... X tertahan pula rasa hati. Rasa mata dah masuk Habuk. Juring mata pun rasa basah.
Tapi ML x suka pengakhiran Antara Kaxx Dan Fina. Klishe Sgt bila kawan baik jadi biras.. Ouhhh please. Novel ni pun agak tergesa-Gesa untuk dihabiskan... Apa pun masih ML masih memilih 4 bintang. Dan insya-Allah... Akan I'd koleksi untuk si anak Dara nanti
fuh, tidak kuduga buku ni main dengan emosi saya sebegini sekali, basah juga la satu baju. tbh, i do not expect anything from this book, ya lah, buku lama kan. tapi ✋🏼 memang emosi roller coaster betul baca. tak expect se pain ini, membaca ayat 'hati Luth tersiat' dengan hati saya pun rasa bagai ditoreh dengan pisau.
Luthfiya. im sorry to say, tapi Luth ni, sangat sangat fragile awalnya. hatinya lembut, dan itu membuatkan dia sangat mudah menangis. ada masa, saya rasa nak beritahu Luth 'stop crying! fight for you damn life sis!'. Luth sangat pandai bermain kata, tahu macam mana nak berlawan kata dengan Payed, sampaikan Payed tak mampu untuk menjawab 🤣 towards the end, sumpah saya nak peluk awak ketat ketat Luth. saya tak tahu macam mana dia masih boleh tersenyum, macam mana dia mampu memakai topeng depan semua orang.
Fareed Al-Fattah. nama sedap dah, panggil Payed pula 😭 Luth kata, Payed ni terpesong jalan sikit je, tidak jahat. seram betul pemikiran dia ni tiap kali nampak Luth 😭 Payed membuatkan saya jadi overthinking dengan apa yang lelaki fikir lepasni. awalnya, Payed sangat unlikeable, serious tak tipu. i almost dnf sebab perangai dia, tapi saya teruskan juga pembacaan sebab Luth 🤣 kalau awak semua tanya, dia ni lelaki red flag ke? ya, saya tak tipu. sampai 3/4 cerita pun masih, tapi dia berjaya jadi lelaki yang ada hijau 🤍
trope 'alim girl and liar guy' not my type, tapi serious its worth all my tears, my laugh, my sakit hati. Payed tidak berubah terus 100%, dia masih seorang lelaki yang menjunjung ego yang tinggi melangit, tapi slowly he did lowered his ego, adalah sebabnya jadi begitu.
Dia...cinta yang kucari. Dia.
disclaimer: kalau awak tak minat watak Lai, awak mungkin juga tak minat watak Luth.
Novel ni dah lama. Tapi baru ni aku baca. Nak kena habiskan semua pending list.
Aku rasa stress baca novel ini. Bukan apa, dengan perangai tak semenggah si Fareed Al Fattah aka Payed. Hergh. Jenis lelaki buaya darat , buaya tembaga. Tak suka tapi sibuk kacau anak dara orang. Aku sakit hati baca part si payed ni.
Heroinnya, Luthfiya. Aku tak tahu nak describe macam mana perangai si luth ni. Garang2 taik kucing. Hahah. Marah bila payed sentuh tapi dalam masa yang sama teringat2 & jatuh hati kat si payed. Cuma, bila mengenangkan dirinya yang cacat. Dia kembali sedar.
Aku pada mula musykil dengan sikap kakak luthfiya, luthfina. Entah apa yang dia benci sangat dekat luth sehingga meninggalkan satu kesan kepada luth. Dia ni macam tak matang. Katanya luth rampas semua daripada dia. Herhhh.. Tah pape.
Overall cite ni ok. Cuma ade la part2 aku skip. Heheh.. Mood membaca kelaut.
3.2 star. Next nak baca novel ape pulak. Banyak lagi pending list ni. 😄
sedihnya cerita ni..lg2 bila Fiya berkata2 yg dia x sempurna..bila si suami yg berperangai mcm tu..sape yg x terusik..kalau org lain pun kecik ati..yela..bila belum dpt bukan main..bila dah dpt..dah tau tentang kekurangan Fiya..terus rasa jijik...nk lepaskan terus..grr..geram...
main emosi sungguh cerita ni..nasib baik xde watak2 langau yg suka mengganggu kisah rumahtangga diorg..jadi x de lah nk rasa sakit hati sgt..cuma sakit hati dengan perangai si Payed ni...
1-baca novel ni memang buat hati aku tersentuh...novel ni sedih tp x lah terlampau sedih...honestly, aku rase novel ni sadis sebenar nyer...
2-Payed -> kata fiya ; Payed x jht...Payed cuma tersesat jln dlm kegelapan...
Yup! Aku sokong 100% dgn kata fiya tu...Actually, dlm novel ni, tak de langsung watak jht...yg ade cuma watak yg terpesong dr jln yg benar ; termasuk fina...
Kdang2 aku tabik dgn perwatakan Payed...masa palee tumbuk dia, dia sabar, dia x balas pom...sbb? Dia syg adik dia...dia syg n hormat keluarga dia...
Same jugak mase dia rancang nk lepaskan fiya sbb dia x boleh terima dgn kekrgan fiya tu...memang kejam! Bru kahwin dah nk rancang bercerai...tp...perancangan utk berpisah menjd perancangan yg lain apabila dia sendiri yg ingin memberi peluang utk dia dan fiya mencari cinta abadi dan menikmati cinta itu...
"Saya masih cuba mencari cinta yang Fiya katakan tu. Selama mana saya tak jumpa cinta tu, saya nak Fiya ada dengan saya,"
Tetapi, lain yg dirancang, lain yg jd akhirnya...berlakunya slh fhm...krn Payed slh mentafsir jwpan yg diberikan fiya. Manakala fiya slh mentafsir soalan yg diajukan Payed.
"Fiya akan bahagia tanpa abang. Ini janji abang. Untuk kita berpisah cara baik. Abang minta maaf sebab pernah buat permintaan bukan-bukan. Sebab terlalu cari kesempurnaan dalam diri seorang Luthfiya sedangkan abang lagilah hina..."
3-Fiya -> dia syg n cinta laki dia...tp...dia thu suami dia x mampu nk menerima kekrgan diri dia...dia sentiasa sedar diri...dia sabar...
4-novel ni start jd sedih lepas Payed accident...Payed x mampu menerima takdir yg dia lumpuh...masa ni, memang dia jd agak kejam...dia layan fiya dgn kasar...tp fiya sentiasa tabah n sabar dgn karenah suami dia...
Sampai suatu saat, Payed sendiri yg menitiskan air mata apabila sedar yg selama ini fiya lah permata yg dicarinya...
5-part yg plg sedih...masa fiya pengsan dlm bilik...fayed pulak lumpuh...dia turun dr katil sampai diri dia sendiri jatuh...dia mengesot nk dptkan fiya yg terbaring x sedarkan diri...dia meraung n menangis panggil isterinya...dan pada saat ini lah baru dia sedar, dirinya bkn milik ia, tp dirinya milik Allah...
6-Akhirnya, aku fhm maksud "Dia...Cinta Yang Kucari" tu pd muka surat terakhir novel ni...lawak pom ade rasa...aku slh tafsir dgn perkataan "Dia" tu...
Engkaulah cinta yang selama ini aku cari... Kerana Engkaulah yang menghidupkan aku... Dan juga yang mematikan aku.
"Kerana engkaulah yang menghidupkan aku, yang menguasai seluruh hati dan jasadku"
DCYK memaparkan kisah seorang lelaki (Payed) yang terlalu mementingkan kecantikan dan kesempurnaan tanpa tahu apa itu erti sempurna yang sebenar dan dia terpaksa menerima seorang wanita yang mepunyai kekurangan diri ( Luth yang mempunyai kecacatan pada wajah ) sebagai isteri.
Payed menganggap Luth sebagai 'bad habit' saja. " Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan." Fareed Al Fattah. Betul dia menyukai Luth tapi bukan mencintai wanita itu. Bagi Luth, dia menerima Payed kerana hatinya. Namun dia sedar kekurangan diri yang dia punya tak kan mampu menakluki hati Payed.
Dan hanya kerana satu insiden, Payed hilang kesempurnaan diri buat sementara. Manusia akan diuji apabila sentiasa bermegah diri, sama ada lambat atau cepat ujian itu pasti datang bagi membuka mata hambanya. Payed lumpuh. Luth masih tetap menginginkannya. Menjaganya selayaknya.
Kini, dia tahu ketidaksempurnaan isterinya hanya diluaran tapi didalam,Luth sangatlah sempurna. Ketenangan, kelembutan, dan kemanisan nasihat wanita itu menyoyak egonya. "Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak , ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?" Luthfiya. Dan kerana itu, dia berusaha kembali ke landasan yang sebenar setelah dirinya bagaikan dibawa ombak.
Cinta sejati itu akan lahir saat kedua-duanya dapat menerima ketidaksempurnaan masing-masing.
Tulisan Rehan Makhtar yang menarik. Tidak terlalu berbunga-bunga. Jalan cerita yang terlalu mudah untuk difahami dan cepat untuk dihabiskan. Pengajaran yang terlalu banyak untuk diadikan pedoman. Gaya bahasa/tulisan yang selamba dan mampu membuatkan pembaca terfikirkan setiap diksi yang tetrulis kemas. Tahniah :)
"With a thousand different voices ringing in my ear. Listen to the whisper only the heart can hear"
Subhanallah..sekali lagi saya mengalirkan air mata sewaktu membaca novel. Sesuatu yang sangat jarang terjadi dan hanya terjadi apabila buku itu meninggalkan impak yang besar dalam jiwa saya. Dan kebetulannya, buku Rehan yang terdahulu juga membuat saya menangis tapi kali ini tangisan saya ditegur suami. Dia jarang melihat saya menitiskan airmata jadi tentunya dia diserang panik mode..hahaha.
Dari dahulu, penulis ini merupakan antara favourite saya. Dan saya memerhatikan beliau semakin matang menulis. Masih dalam genre yang saya gemari. Masih dengan cara penulisan yang lembut. Trademark Rehan adalah pada ayat-ayatnya yang sentiasa indah tersusun, walau dalam apa jua bentuk. Pencarian cinta yang hakiki di antara Payed & Luth beralun bagai desir ombak yang tidak putus membadai pantai namun kekuatan hati seorang Luthfiya made it all worth reading walaupun mata saya bengkak. Dan tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan apabila Fareed Al-Fattah mengakui hatinya memang milik sang isteri dari dahulu lagi. Saya mengandaikan hanya jiwa mereka yang cacat sahaja yang tidak akan dapat memahami apa yang Rehan cuba sampaikan. What a beautiful story ! Sesungguhnya cinta itu tidak perlu dicari..cuma dengar apa yang disuarakan oleh hati.
Naskhah yg terbaik dari Rehan Mahktar. Terselit pelbagai pengajaran walaupun saya rasa the point of relationship Luth dgn Fina sama dgn cerita CBSA. Luth seorg yang bertegas bila mematahkan kata-kata Payed. Seorg wanita yg tdk sempurna wajahnya tetapi mempunyai sekeping hati yg cukup tebal kesantunan & agamanya. Manakala si Payed kosong dadanya dan jahil akalnya tntg agama. Hati Payed ingin memiliki Luth tetapi bila insan yg dimahukan didepan mata, dia sia-siakan. Kisah ini membuka minda saya as a reader tntg KESEMPURNAAN. Tak de people dlm dunia ni yg perfect. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Jgn terlalu kufur nikmat. Belajar utk menghargai dan mensyukuri nikmat yg Allah pnjamkan. Once, The Almighty pull back what HE gave, that time baru nak looking for keredhaan dan keampunan dari Allah. Setiap yg berlaku ada hikmah. That's what you'll learn when you read this novel. Pelbagai rencah cukup RM sebatikan dlm karyanya. Gaya penulisan RM makin matang dari yg sebelumnya. Senantiasa membuatkan saya teruja. :D Keep it up & all the best to RM.
Fiya: Dia gadis yang berparut di tepi pipi akibat hasad dan dengki kakak tiri..
Payed.. Dia suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti cantik dan sempurna yang sebenar-benarnya.. Dia juga tahu dia dah 'jauh' dari Allah.. Hanya mencari kesempurnaan, dia hampir hancurkan segala bahagia yang dianugerahkan oleh Allah.
Payed: "Maafkan saya atas kejahatan saya. Saya tahu saya manusia jahat."
Fiya: "Saya tak pernah anggap Encik Payed jahat sebabnya selama mana manusia itu hidup, selama itu dia ada peluang untuk berubah."
Payed: "Sudi maafkan abang?"
"Abang nak terima Fiya seadanya sepertimana yang telah Allah hantarkan. Abang sendiri tak sempurna, Fiya. Abang lupa tu."
"Maaf sebab abang tak cakap kepada Fiya selama ini tentang perasaan abang kepada Fiya selama ini."
Fiya: "Fiya juga akan kekal di sisi abang, Insya Allah. Sebagai cinta fitrah abang dalam mencari cinta hakiki."
emo emo emo ni la setiap kali baca RM nyer cite nangis mst xingt
1 lg karya yg penuh pengajaran utk readers
tabah nya hati piya seorg isteri kpd payed kalao la org lain mau dicampak ke gaung je payed ni xsedar2 sblm dpt kawin bukan main lg bila dah kawin dpt tau plak fizikal piya cmne mula bt perangai kembar piya si fina tu lebih baik xde dari ade buat sakit hati je xhbs2 dengki tapi piya ttp tabah dan sabar melayan setiap kerenah payed lg2 lps payed xcident serius setiap kali piya nangis yg baca ni pn nangis sama terasa la sgt2
kalo x happy ending mmg harus la xbaca lagi hehehe
So good🥺Ad sedih bila part orang tau rahsia Luth. Sumpah nangis meleleh😭Ad nak je jumpa Luth and hug dia & nak cakap yg dia memang seorang yg kuat. Walaupon kena macamtu, still sabar & kuat😞 i wanna be strong like her sm☹️Payed? character development dia nice sangat. Nampak how perubahan Payed. Walaupon sumpah geram dengan dia but at the end Ad maafkan sebab at least dia try sehabis baik untuk buat baik. Sweet pulak dorang ni tak habis cakap pasal dahaga😏iykyk. You guys patut baca sebab banyak info, adviced, & moral that we can get✨ofc my favourite words is..
"Bukan mudah nak capai bahagia. Tapi, bahagia setelah terduga tu, nikmat dia tak terkata."
Macam2 rasa bila saya baca novel ni.. memang semua novel RM memang pandai membuat pembaca terasa dan menghayati cerita2 dlmnya baik pun dari segi sedih, geram,sweet dan sebagainya.. tahniah RM untuk karya yang bagus ini..
Novel ketiga RM yg berjaya buat air mata saya mengalir tanpa henti. Sakit sangat 😭 tabahnya hati seorg Luthfiya. Macam2 dia hadap. Hmmm benci betul aku dgn watak payed tu. Tapi bila dah insaf ok je
Walau x bg 5 * tp berjaga la jg smpi 4 am semata mata nk habiskan pembacaan hingga ke penghujung cerita.... Kalo x best mesti dh stop d pertengahan kan..
Novel2 Cik Rehan Makhtar so far mmg x rugi beli la....
Cerita yang not bad. I'm just quite annoyed with their names cause bunyi dia seakan-akan sama which makes it quite confusing. Even sampai muka surat 300 lebih pun masih juga confused. BUT... I can see the point! Tahu lah tu kenapa nama dia macam tu. Agaknya disenghajakan. Hehe
Setia & sabar seorang kwn sehingga menjadi isteri.. Never regret everytime read masterpiece from RM.. Bit different from RM previous novels but sungguh x rugi =)