FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri.
Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.
“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF
“Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA
Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.
“Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA
“Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF
Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran.
Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?
Fayqa Lara Lyana (Fayqa) muncul sebagai penyelamat kawan baiknya, Dzahim yang teruk dibelasah. Kerana bimbangkan keselamatannya, Fayqa diajak untuk tinggal di rumah keluarga Haji Dzulkarnain. Kehadirannya di situ membuatkan Fayqa banyak terkenangkan keluarga sendiri lebih-lebih lagi bila Haji Dzulkarnain dan Hajah Azimah menganggap Fayqa seperti anak mereka sendiri. Namun, latar belakang Fayqa yang kabur membuat Dzariff, si abang sulung selalu berprasangka terhadap Fayqa. Sindrom abang sulungnya turut tertempias kepada Fayqa. Ish ish.. Manalah Fayqa tak gelarkan dia jeneral sengal?
Tapi dalam sengalnya si Dzariff, rupanya dalam hatinya ada taman. Hihi. Tak sangka dalam diam rupanya Fayqa diintai si jejaka. Sungguh pun terkejut dengan lamaran Dzariff, Fayqa akhirnya menerima lamaran itu atas nasihat si ibu yang mahukan kebahagiaan anak yang telah lama menjauhkan diri. Dan bermulalah kehidupan Fayqa sebagai seorang isteri. Sungguh pun masih terasa kekok dengan status perhubungannya dengan Dzariff, Fayqa cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri terbaik buat suami.
Sikap Fayqa yang naif, tak pernah cemburu dan tak pernah berprasangka buruk terhadap suami akhirnya memakan diri. Selepas peristiwa hitam yang menimpa dirinya, Fayqa mula memikirkan jalan terbaik untuk memperbaiki kepincangan rumahtangganya. Sungguh pun suami bermati-matian mengatakan hubungannya dengan rakan niaga hanyalah setakat di pejabat, curiga tetap menghantui Fayqa lebih-lebih lagi bila si rakan niaga mula menunjukkan petanda untuk 'berkongsi'. Huh! Jadi, apa agaknya yang Fayqa buat untuk menghalau 'langau' yang menempel di sisi suaminya itu? *Grin*
Komen saya:
1. Mula-mula baca buku ni memang saya dok sengih-sengih je bila terbayangkan gelagat Jeneral dan Prebet sengal yang suka menghuru-harakan hidup Fayqa.
2. Tapi fasa lepas perkahwinan Fayqa buat saya stress membaca. Sebab saya stress dengan Dzariff. Gila kerja sampai terlupa tanggungjawab hakiki terhadap isteri. Ghairah kejar peluang perniagaan sampai terlupa perasaan isteri sendiri. Betullah kata Cik Pah, lelaki dan perasaan kesian tak dapat dipisahkan. Kesian punya fasal, perasaan isteri terabai. Grrr! Memanglah Dzariff anggap Musyrifah tu hanya sebagai rakan niaga, tapi dia tak fikir hati perempuan ni lembut, mudah terusik dengan perhatian yang diberikan. Itu sebabnya Musyrifah tak jemu 'mengendeng' Dzariff walaupun dah terang yang Dzariff dah beristeri.
Haish, buat malu orang perempuan aje. Jagalah gengsi tu sikit. *facepalm*
3. Poligami tu sepatutnya persetujuan ketiga-tiga pihak, bukannya persetujuan suami dan pihak ketiga kemudian paksa pihak isteri bersetuju dengan keputusan suami dan pihak ketiga. - Fayqa.
Fuh! Sokong 100%. Tapi, mana ada perempuan waras yang boleh mengikhlaskan diri untuk dimadukan? Haaa...
4. Fayqa beruntung sebab dikelilingi keluarga dan adik-adik ipar yang supportive. Jadi, dia tak pernah bersendiri waktu konflik melanda. Dan saya suka watak Fayqa ni sebab bukan tipikal heroin yang akan melarikan diri waktu masalah menimpa rumahtangga. Siap bawa suami dia merempit lagi. Haha. Cuma at certain point Fayqa memang mengingatkan saya kepada Arluna. Mereka berkahwin dalam usia yang muda tapi matang dalam menghadapi masalah rumahtangga. :D
5. Typo dan proses pengeditan yang tak konsisten. Contohnya Fayqa bahasakan dirinya Lara bila dengan keluarga sendiri. Tapi dalam dialog sekejap Fayqa, sekejap Lara. Pening sekejap. Mungkin boleh dikemaskan untuk cetakan berikutnya nanti. :)
6. Tahniah buat Puan Penulis atas kelahiran Pekah dan Jeneral Sengal. Walaupun stress tapi tetap enjoy baca sehingga penamat. Hihi. Moga diberikan kesempatan untuk menzahirkan idea-idea yang terperuk dalam kepala tu ya? All the best! :)
Sakit hati betul kalau ada suami yang blur tahap si jeneral sengal ni. Dah la insensitive, cakap orang tak nak dengar pulak. Kalau cuma si isteri yang berprasangka, masih boleh consider sebab cemburu. Tapi kalau dah semua orang sekeliling perasan benda yang sama dan dia masih tak nak terima, well...cuma ada 2 kemungkinan biasanya. Either memang ada hubungan sulit or memang rabun tahap spek tebal, huh! Luckily, Dzariff was the second one. Tapi bila Fayqa confront, asyik cara tu ajer yang dia guna untuk menutup 'perbincangan'. Hmmmm...
Biasanya saya tak suka betul bila suami isteri ada conflict tapi dipendam dan buat andaian sendiri. Lepas tu lari dari rumah. Tapi untuk kes Fayqa-Dzariff ni, dah confront tapi still tak nak dengar. I really2 vote for lari dari rumah. Biar si sengal tu rasa macam mana tak dipedulikan!
Anyway, a very2 big applause to the author. Reading this book berjaya menaikkan mood membaca saya yang entah ke mana ni (since I was -and still am- so busy with work). Walaupun tebal, tetapi rasa tak sabar nak habiskan. With my current condition, buku-buku yang seperti ini amat-amat diperlukan sebagai stress-releaser. Dengan syarat bahasa dan jalan cerita yang tidak melalut. Kalau tak, lagi stress rasanya.
Ini buku yang kedua penulis yang saya baca selepas Projek Memikat Suami. Saya tak berapa suka PMS. Bahasa bagus but the contents toooo risque rasanya. Well...dah tajuknya pun Projek Memikat Suami kot huhu. But for Seteguh Fayqa, it was different. Matang. That's how I see it. Watak-watak bersikap matang dan menangani masalah dengan tenang. Masih menjaga hati keluarga walaupun hati sendiri dah remuk rendam. Walaupun Fayqa masih muda, tapi pandai mengawal keadaan. Mungkin kerana perjalanan hidupnya yang banyak mengajar dia berdikari. Saya suka hubungan kekeluargaan yang ditonjolkan. Sokongan (dan campurtangan) dari adik-adik Dzariff dan Abang Iz banyak membantu mewarna-warnikan hidup Fayqa ( dan menghuru-harakan Dzariff, haha). The ending macam antiklimaks sikit. Tiba-tiba keluar cerita Dzureen. So, mood macam turun, hence the rating pun turun sikit.
Saya (mungkin) tak akan teragak-agak untuk mendapatkan novel penulis yang berikutnya.
Rasanya macam aku lompat kijang. Buku kedua tak baca lagi tapi pilih yang ni dulu... mungkin sebab aku ada baca sikit snippet cerita ni di blog penulis.
Full review: 22/01/2015
Masih lagi dalam mood menyelesaikan review yang tertunggak hahaha.
Ternyata Hanina Abdullah adalah antara penulis baru yang aku suka dan tak akan fikir panjang tentang bukunya. Nampak saja, capai dan terus bayar di kaunter.
Dan, jujurnya aku lebih sukakan karyanya yang ketiga ini. Pergolakan rasa seorang Fayqa Lara Lyana [Fayqa] dapat dirasa walau ada ketikanya ‘kosong’ tapi ia masih tak mencacatkan rasa itu. Ditambah pula dengan kehadiran jeneral sengal yang bukan saja mengucar-kacirkan perasaan Fayqa, malah aku jua.
Bukan mudah untuk Fayqa menyusun atur hidupnya bila saja nyawanya hampir turut melayang akibat daripada pergeseran yang dilalui oleh Dzahim. Mahu atau tidak, dia kini perlu duduk sebumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain gara-gara peristiwa hitam itu.
Kalau ikutkan mudah saja ‘berkampung’ di rumah keluarga tuan haji yang meriah itu. Tapi, semuanya menjadi tidak mudah bila perlu berdepan dengan Dzariff; si abang Dzahim yang sentiasa berprasangka dengan Fayqa. Yalah, tiba-tiba seorang gadis yang entah dari mana masuk ke dalam keluarganya, memanglah dia tak memahaminya.
Tapi dalam pada itu, ada getar yang melanda. Fayqa dan kemisteriannya mengikat rasa. Namun sukar untuknya menebak perasaan Fayqa yang agak keras itu. Cuma nasib amat menyebelahinya. Si gadis idaman berjaya disunting menjadi isteri. Yay!
Maka bermulalah segala-galanya. Konflik datang sikit demi sedikit. Yang aku suka, seperti novel terdahulu watak heroin selalunya cekal dan keras hati. Begitu juga dengan adanya watak-watak sampingan yang menceriakan suasana. Adik-beradik si jeneral sengal yang boleh tahan havoc-nya. Funny!
Aku tutup buku dengan senyum yang meleret di bibir. Kudos Hanina!
Cerita ini banyak tips untuk mengendali rumah tangga yang dikacau ganggu si langau apatah lagi suami yang baru dikenali adalah jeneral sengal. Cakap orang tak nak dengar, dia sahaja yang betul. Tu pulak agak lembam dalam menilai perempuan yang menempel kat dia. Si langau adalah sahabat dari kecil, rakan perniagaan pulak tu. Siang di pejabat dah berkepit, balik rumah pun masih bercakap di telefon dan ber whatsapp urusan pejabat. Jadinya apa yang isteri bagi tahu semuanya Dzariff tak percaya. Kejadian culik dan talian dimatikan saat kecemasan menjadikan Fayqa trauma, bukan sebab diculik tapi trauma dengan tangan-tangan ajaib mematikan panggilannya. Nasib baik , diulangi nasib baik si Fayqa disenangi ipar duai dan mertua. Dia tidak keseorangan melayan rajuk hati. Sebenarnya Cik Pah suka hubungan kekeluarga yang diterapkan. Semua watak ada peranan dan karektor masing-masing.
Suka cerita ini sebab tak ada adegan lari bawa diri. Aktiviti mereka lari secara berjemaah. Makmum ikut imam, kenkadang imam terpaksa tunggu dan ikut timing makmum.
Aktiviti getaway mereka. Berhenti kala lapar. Picture dari mat gebu jugak yang CP amik :)
Kepada Hanina, Hanina ada hajat nak buat cerita poligami selepas ini? Ohhhh cukup cukup sudah laaa Hanina buat cerita ada pihak ke-tiga , sesak nafas Cik Pah tau. Kalau buat suami gila bola ker, gila memancing ker, gila motor besar ker tak per :D . Bangun pagi kepala dah pining may be sebab layan 2 novel bertemakan si langau, nak check BP , bateri habis la pulak.
Aduyai.... Dalam banyak2 buku Hanina, inilah buku yang paling stress sekali but I must say is her best book. Maybe its because buku ini lebih 'matang' compared to the other two. Tapi penatnya makan hati dengan jeneral sengal cum lembam Ya Ampunnnnnnnn.....
Fayqa - One heck of a lady. I must say that I really admire her. She has very strong will and she really knows how to take care of herself. Even though she has a sour childhood story, she doesn't dwell on that and that's why she turned out just fine.
Dzariff - Jeneral sengal in the beginning. Jeneral lembam toward the end. Siriyesly I would have liked to knock some sense in his head!! Come on lahhh... Tau la man can be ignorance dalam menyelami hati seorang wanita buttttt ignorance is one thing, to totally ignore the wife's words and feeling is so uncool hokay!!
Permulaan cerita, saya suka. In fact, I really like it!!! Cerita yang santai and fast pace. The banter between both Fayqa and Dzariff is so sweet and the relationship that Fayqa has with the boys are so cool and their teasing and mocking words are so hilarious that I cant help but smile during the reading. It was an easy read for me….. I thought so laaaaaaahhh…. N thennnn….
Laaaaaaa….. jeneral sengal dalam hati ada taman mungerrrrrr…. Suuwittttt… orang sebok nak melamar, dia sama sebok nak jugaaaaaaaak melamar. Bukan kata Fayqa je terkejut, dgn si pembaca ni pun terkejut. Gitu je usha anak dara orang??? Haish… giler tak romantic sungguh. Sib baik le lepas kawin tu ada kemesraan sikitttttt….
Lepas kawin, aduyai… prangai jeneral memang tak boley blah. Memang takde hampun punyer. Halloooo… tiang letrik pun rasanya ada lebih prasaan daripada jeneral ni. Sib baik la Fayqa ni heroin macho dan penyabar orangnya. Kalau le tidak, kompom, nganga je la jeneral tu. Tapi ujung-ujung, ade la sikit kemaafan terhadap jeneral tu bila dia berdepan dengan langau sekor tu. Siriyes, masa tu, ai rasa macho giler mamat sengal ni. Turun sikit amarah ai pada skala 3 out of 10. N lagi satu, saya suka kesengalan mereka berdua. Suka suki je boley drive kehulu hilir bila marah. Tapi bagus jugak. Lagi jauh perjalanan, lagi banyak masa ada untuk cool down. Resepi rumah tangga gak tu. Hahahaha…
Tapi yang paling best skali, the 4DZ tu. TERBAEK… Ai like each and every one of the FOUR saja. Yg DZ sulung tu masih under probation…. :)
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Awesome stuff! Best from start to finish. Nasib baik lar takda part di mana isteri lari keluar dari rumah sebab merajuk dengan suami kerana sememangnya si suami dalam cerita ni memang lah tak sensitif...
Romantik, tapi tak sensitif...
N rasa takda satu watak pun dalam cerita ni yang N tak suka. Watak Cik Mushy Pushy tu pun N suka jugak sebenarnya. Atau lebih tepat lagi, watak dia is tolerable sebab apa saja strategi yang dia pasang, mesti kena patah dek Dzalia dan adik-beradik Dzariff yang lain.
1) I tak rasa Dzariff ni sengal tapi more to stupid, buta mata, buta hati betul. Awal-awal sebelum kahwin dengan Faye tu boleh pulak marah marah si mushy pushy kalau kacau waktu malam dia kononnya untuk kerja. Ehh, tiberr dah kahwin no hal pulak layan pagi, petang siang malam si mushy pushy dengan alasan ‘partner kerja’. Semua orang boleh kot nampak yang mushy pushy tu tergilakan dia tapi hmmm macam I cakap Dzariff ni buta mata, buta hati and stupid. Dia ni selalu cakap Faye ni blur, dia tu apa pula?? lepastu bila Faye mengadu nak cerita ehh boleh pula kata tu halusinasi Faye sebab trauma!?? Faye je nak kena ikut cakap dia semedang.
2) Faye ni nasiblah time Dzariff tiberr masuk minang dia, terus tak terima. Biar berbulan bulan baru bagi jawapan. Lepastu tak sampai sebulan kahwin, dapat pula lelaki yang workaholic (baguslah tapi 🥲), pagi petang siang malam terasa hati pula dengan suami yang macam tak faham common sense ( I rasa Dzariff ni takp kursus kahwin, bengong blur semacam ja). Bila dah something happened barulah terhegeh hegeh nak pujuk Faye. Nasib Faye ni tak cepat cair. I kalau boleh tu nak lagi Faye jual mahal, ajar sikit laki takgunerr macam tu. Dahlaa tiap kali nak pujuk Faye ‘benda’ tu jee dalam kepala Dzariff. Lepastu fail pula nak faham kenapa isteri marah! Haha memang mendapatlah nama Jeneral Sengal. Tapi lepas dah kahwin ‘Jeneral’ tu terus hilang tinggal ‘Sengal’ je. Menyakitkan hati.
Sebenarnya xhabis baca pon lagi, sbb a baca takat mana yg Hanina upload kat blog dia. Adussss sakit sebab xtaw ending but of course mestila happy kan *wink*, but buku ni memang awesome and deserve 5 stars wpon baca xsampai setengah.
Seperti juga kes Projek Memikat Suami, a tertunggu-tunggu saat buku ini berada di tangan!~
Actual review of the whole book
What can I say, this book is... (to quote April Ludgate from parks & rec) craze-mazing!!!
Novel ni memang easily a 5-star read, ternyata writing Hanina dan jalan ceritanya telah improve banyak sejak karya pertamanya, Projek Memikat Suami. This book is definitely my new favorite of hers :D
Memang a tawu dah pasti Jeneral Sengal a.k.a Dzariff akan end up dengan Fayqa tapi best sangat baca how relationship diorang berkembang dari setakat gaduh2 sampai boleh tangkap cinta. Bila berpisah sekejap utk "think things through" pon boleh jadi kes angau mcm Dzariff, bak peribahasa Melayu makan tak kenyang, mandi tak basah. Yang paling kesian tu kat Dzariff sebab cinta dia macam tak terbalas oleh Fayqa sebab gadis tu memang blur, tambah pulak dengan si Dzariff asyik marah2 dan bagi macam2 arahan kat Fayqa sebijik macam jeneral. Mula2 risau gak if hubungan diorang ni stuck kat frenemies sahaja.
The best part is that this book made me laugh, angry, upset, annoyed, overjoyed, a memang emotionally invested dengan kisah Fayqa bersama-sama Dz5 iatu anak2 Haji Dzulqarnain yg memiliki berlainan karakter. A tak boleh nak luahkan perasaan suka yg sangat2 pada novel ni xD
Eventhough konflik paling besar dalam buku ni hanya melibatkan seorang wanita, Musyrifah/Musy, yang seemingly harmless dan quite menyedihkan at first, memang xdapat dinafikan teruk jugak la effect yg dia ada pada rumahtangga Fayqa & Dzariff dan juga relationship antara Dzariff dan adik-beradiknya yg lain/Dz4. Sakit hati xterkata bila baca part2 Musy yg tak tahu malu dan obses xtentu pasal dengan suami org. A rasa macam nak hempas pintu kat muka dia berkali2 just so that she will get the mesej that nobody wants her around, so GTFO!!
Sumpah annoying gila! Tapi sebabkan Hanina seorang penulis yg handal bercerita dan menulis karakter2 yg 3-dimensional, a tetap ada rasa simpati dekat Musy. I mean come on la, sapa je yg tak leh relate dengan unrequited love, especially since according to Musy, dia dah jatuh cinta kat Dzariff when she was 12, that was 15 years ago! No wonder la Miss Mushy Pushy desperate tahap gaban nak menangkan hati Dzariff walaupon dia dah bergelar suami orang huhuhu... But still, you have no right girl!
Anyway, a just nak straight out cakap yang novel ni antara novel2 Melayu yg plg best a pernah baca seumur hidup. Protagonist novel xde buat benda2 yg menyakitkan hati, bertindak irrational dan cliche seperti lari dari suami sebab marah, terlampau emosional dalam membuat keputusan sampai buat benda xlogik, kes2 amnesia yg kononya nak dijadikan konflik misteri, novel ni jugak takde kes2 kawin paksa dan gaduh2 atas alasan nak bayar hutang/sebab nak sedapkan hati ibu bapa etc. I swear if I have to read those kinds of stories one more time...
A nak guna peluang ni utk berterima kasih kepada Hanina kerana tekun menulis novel yg mantap dan cemerlang, dan sentiasa mengambil berat input2 yg diberikan pembaca setiiap kali Hanina post chapter baru kat blog, we are with you every step of the way, chaiyok Hanina!
Alhamdulillah, tak sia-sia memilih novel Seteguh Fayqa saat diri ini benar-benar dilanda kebosanan melampau. 😂😂😂 Sebenarnya, novel ini dibeli secara kebetulan di Shopee Karyaseni. Maklumlah sekarang Karyaseni selalu betul buat shocking sale harga murah. Gitu terus rebut peluang.
Berbalik pada novel Seteguh Fayqa, novel setebal 700 lebih halaman ini tidak terasa ketebalannya memandangkan penulis bagi saya menggerakkan cerita ini dengan begitu baik. Harmoninya keluarga Dzariff dan keluarga Fayqa, dijadikan sebagai tunjang utama bagi kisah dua hati ini. Pasangan ini sangat comel bagi saya. Ditambah lagi keakraban antara Fayqa dan adik-beradik Dzariff menjadikan kisah ini cukup rencahnya.
Keseluruhannya, novel Seteguh Fayqa merupakan sebuah novel yang punya nilai kekeluargaan dan kasih sayang yang tinggi. Bukan hanya kisah cintan-cintun biasa. Novel ini tidaklah terlalu berat jalan ceritanya walaupun novel itu sendiri berat betul.😂😂😂 Apa-apapun tahniah buat Hanina Abdullah!
Semuanya serba kena dalam naskah ini. Peletakan watak dengan plotnya, konflik yang diwujudkan sebagai rencah penambah perisa, malahan pujian untuk simpulan yang dirungkai secermatnya oleh penulis.
Cuma....
(for me)....
Aku blur dengan penumpuan watak2nya. Sepanjang pembacaan aku mengandaikan watak Fayqa dan Dzariff yang jadi tumpuan cerita. Plot yang difokuskan untuk Fayqa contohnya, akan wujud monolog dalaman/kata hati/luahan rasa watak2 lain terutamanya watak Musy. Musy perlu jadi watak sampingan, perlu ditimbulkan seadanya; tidak perlu mendominasi mana-mana plot. Begitu juga dengan si quadruplicate; Dz4. Suluhan spotlight untuk mereka lebih terang daripada Fayqa dan Dzariff sendiri.
Naskah ini cukup perisa komersilnya, tapi.... hanya itulah.
Aduhai...rasa macam yuni pula yang over sampai hempuk2 bantal masa baca. Boleh pula masa geram, rehat sebentar bersama KitKat dan 'berkomunikasi secara fizikal' dengan bantal. Sorry lah yek, sebab geram sangat.
Makan hati berulam jantunglah nampaknya kalau dapat laki macam si sengal ni. Dahlah main masuk gitu je minang anak dara orang. Yang Yaya dan Iz tu ada juga nampak bercintanya. Awak tu kat part mana bercinta? Date dekat Cameron Highland tu ke? Nasib baik si Fayqa tu blur memanjang. Bagus dia beri jawapan berbulan2 lepas tu. Biar tak senang duduk mamat jeneral ni.
Okay, one part, yuni still oklah even ada juga sengih kambing baru dapat rumput bila part Dzariff ter sweet dengan isterinya. Takpelah, dah halal bila kalau yuni jadi saksi pun angkat kening sebab opocot, drastik bebenor tertukar karakternya. Si fayqa ni kahwin dengan jeneral sengal or pencuri hati kelas satu?
TETAPI!!! Kata isterinya blur, habis tu yang awak tu apa? buta? Orang lain - family, adik ipar, mak mertua sehinggakan staff pun perasan si musy tu memang one side love dengan awak oit Encik Dzhariff, awak boleh tak perasan. Memanglah hati tu kena percaya pada orang tapi jangan percaya seratus peratus. Lagi masa part Fayqa tanya tentang call dia yang dimatikan, Ya Allah, kalau betullah si Dzariff tu memang wujud, rasa macam nak tonyoh2 je sambal belacan kat muka dia. Biar celik sikit matanya tu. Boleh pula dia lebih percaya kononnya kawan baiknya dari isterinya. Lepas dah terbukti semuanya, baru terhegeh2 nak pujuk. Kalau si Fayqa tu adik yuni, jahat tak jahat, memang yuni hasut suruh lama2 makan hati. Sang isteri makan hati, sang suami boleh pula sedap hati makan nasi masak tumis dari Musy. Tak ke kurang asam tu?
Tapi cepat sangat lah cerita Dzareen dengan Amir. Tup tup esoknya nak nikah. Bila masa pula bercinta? At least berilah hint sikit here and there. Takdelah yuni belek semula dari awal ke akhir - takut2 terskip baca masa berniat langkau perenggan. Dan alahai, memanglah ni cerita tentang watak utama Fayqa dan Dzariff tapi tunjuklah lama sikit macam mana si Musy Pushy tu kena tolak. Hahaha...kira watak separuh utama juga apa minah sorang tu. Tak bestlah just beritahu dia sudah tinggal di Dubai. Macam tak berbaloi pula. Biatlah tunjuk macam mana Dzariff kena beri alasan untuk tamatkan hubungan business dengan Musy. Memang mood kejam yuni dah berlari2 nak tonjolkan diri.
Ni buku pertama dari penulis ini yang yuni baca. Baru tahu buku Projek memikat suami tu dia yang tulis. Baru tengok dramanya, tiada kesempatan lagi nak beli novel tu. Dan baru tahu Cinta Nas dan Khalish tu pun dari beliau. Baru je masuk list nak beli tapi gitulah, masa nampak macam tak berminat. Ni dah tak perasan kat Popular, baru terhegeh2 nak mencari. So lepas ni mungkin akan try cari.
Ya Allah rasa geram betul ngan dzariff… mcm mana la die blh tak tau yang musy pusy tu dah memang ada hati kat die.. sedangkan rakan sekerja dah bergosip dan adik beradik pn dah nampak ketara sgt yg si musy pusy tu kalau blh asik nak berkepit je dgn si abang…..
Hati isteri mana tak terguris bila suami lebih utamakan business partner dari isteri sndri… wlaupun berkali kali cuba positivekan diri tp bila tgk sndri layanan business partner lebih dari yang sepatutnya macam mana nk fikir positif lagi… Nasib baik la pekah ada geng dz4 dimana pekah meluahkan rasa tak puas hati terhadap suami…dz4 pn bagus main peranan dlm memulihkan hubungan abg dan kakak ipar…
Seteguh Feyqa antara karya penulis ni yang paling best.
Feyqa Lara Liana -Seoarang gadis yang tabah dan kuat semangat -Hidupnya sendirian selepas mamanya kahwin lain -Marahnya pada mama hampir 10 tahun yang lalu kerana bagi dia mama kahwin lain sebab dah tak sayangkan arwah ayahnya. Kerana mamanya seoarang madu dan menganggap mamanya merampas kebahagian orang lain -Kawan-kawannya hanya 3 orang yang digelar The Boys ( Dzahim, Pa'an dan Deng )
Pertemuan Feyqa dan keluarga Haji Dzulkarnain dan Hajjah Azimah mengubah kehidupan Feyqa. Dzahim @ Jim kawan baik Feyqa anak kepada keluarga Haji Dzulkarnain dijumpai pengsan kena pukul oleh geng moto sewaktu Feyqa dalam perjalanan balik kerja dia terserempak dengan sekumpulan geng moto tengah pukul orang.
Di hospital bermulala pertemuan pertama Feyqa dengan keluarga Jim dan sekaligus pertemuan pertama juga dengan Dzariff abang sulung Jim yang Feyqa gelarkan general sengal hehehe.
Oleh kerana Feyqa adalah satu-satunya saksi kejadian yang berlaku pada Jim dia diminta oleh General Sengal tinggal dirumah mereka untuk menjamin keselamatan Feyqa daripada geng moto yang mungkin datang mencari dia. Mulanya Feyqa tak setuju tapi bila Hajjah Azimah yang pujuk terpaksa juga la dia terima.
Bermula la kisah pelik Feyqa dan Jeneral Sengal a.k.a Dzariff. Macam-macam hal berlaku. Kat sini akan buat kita tak kering gusi dengan gelagat mereka. Rupanya General Sengal tu dah jatuh hati pada si gadis. Hermmmmm patutla macam-macam ragam ya kau Dzariff buat arahan pada Feyqa sampai tak masuk akal pun ada.
Oleh kerana tak mahu si gadis dirembat orang Dzariff minta keluarganya meminang Feyqa. Feyqa setuju dengan lamaran Dzariff atas nasihat mama dia. Kat sini Feyqa dah boleh terima mama dia dan keluarga tirinya apabila kisah sebenar kenapa mama dia terima papa Ishaq.
Bermula la fasa rumah tangga mereka. Fuhhhhh kat sini memang la memerlukan kesabaran aku sebagai pembaca. Si General Sengal ni buat hal. Asyik kerja-kerja sampai tak ingat bini kat rumah. Tahu la nak cari duit untuk senangkan isteri. Tapi siang malam asyik kat office ja. Rupanya ada pula '' langau '' Miss Mushy Pusshy yang buatkan si suami asyik gila kerja ja.
Nasib ada sokongan ahli keluarga Feyqa dan adik beradik si suami yang terbaik dan juga Jim merangkap adik ipar dan kawan baik yang tolong pulihkan hubungan mereka. Nasib juga la kau Dzariff punyai isteri seteguh Feyqa ni. Sanggup pertahankan si suami dari '' langau'' yang datang tu.
-nak tahu apa yang terjadi dalam kisah mereka. Jom dapatkan buku ni. Takkan kecewakan anda. Saya rekomen
-Tahniah buat penulis untuk buku terbarunya. Mmemang best dan best hehehe. Harap puan penulis maju jaya dalam bidang penulisan. Penulis cakap dia hanya amatur tapi bagi saya amatur yang berisi :)
Diantara buku-buku Hanina Abdullah, this is my favourite. Husna & Naz has nothing on Fayqa. She's just so awesome, gutsy, streetsmart, tenang, matang, pandai membawa diri and so lucky (and she's so young, see, bukan umur yang mematangkan seseorang, kita perlu berfikir dan bertindak dengan bijak) ada suami yang sengal ( tapi sweet ), keluarga yang sentiasa memberikan sokonganpadu, anak/menantu & ipar yang dikasihi. (Dz4 the most fantastic in-laws ever).
FAYQA LARA LYANA Abdul Rahim aka Pekah, Apek, Lara, Faye, Faye Sweetie, Kak Long. DZARIFF Hj Dzulkarnain aka Abang Long, Abang, Jeneral Sengal, control freak, double dimples. Opposite do attract dan mereka adalah soulmate.
Kita baca dari mukasurat pertama pun dah berjaya menarik perhatian dan minat kita untuk membaca cerita ni, 1st page, i was hooked, line & sinker. Dan seperti buku-buku terdahulu HA memang menjadi trademark nya, sebagai seorang isteri, jangan terlalu ikutkan hati, berfikir dengan bijak dan waras, jangan dibiarkan emosi mengawal pertimbangan, and most importantly, JANGAN ikut sangat scene sinetron, telenovela, cerekarama & akasia (hahaha)... Bak kata Dzariff "perkara mudah jangan disusahkan". Banyak pengajaran dan tips ilmu menangani masalah rumahtangga didalam SF. Konflik menangani isu orang ketiga didalam rumahtangga, sebagai seorang isteri kena peka & ambil tindakan yang sepatutnya sebelum masalah berlarutan dan menjadi parah, dan suami ni ada masanya serba tahu, tapi ada masanya oblivious dengan perkara yang terang-terang di depan mata (grrrrrrrr), isteri yang bijak bukan saja peneman suami tetapi juga close confidant, dialah racun dialah penawar, susah, senang, suka dan duka bersama, biarlah isteri menjadi tempat suami meluahkan segala, jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan dan peluang kerana species 'mushy pushy' ada di mana-mana tanpa kita sedari, kadang-kadang a quick gateaway, impromtu mini honeymoon is very much needed, bila hati jiwa dah sesak menahan rasa. Dan kepada isteri-isteri sila pastikan encik suami ikuti senarai 'Langkah-langkah Suami Penyayang'.
Sebenarnya, rasa tak puas kalau hanya dibaca sekali cerita ni, kita baru habis baca semalam, tapi hari ni dah tak sabar kalau boleh nak repeat baca sekali lagi, (dan mungkin akan berkali-kali) di masa hadapan. Padahal senarai buku yang To Be Read tinggi mengunung hehehe. WELL DONE
hehehe... x sangka dalam diam, dia yg dulu TER jatuh cinta dan TER jatuh hati...
tapi byk sangat TER pun x besh gak DZARIFF... especially TER percaya pada orang yang salah, TER tipu dengan watak yg kunun2 baik partner tue, TER marah pada si isteri, TER perdaya dengan muslihat yang lain... haishh.. byk sgt TER tue..
sib baek ada FAYQA kita... yang TER bijak wat plan takut petang2, TER cerdik wat misi secara rahsia, TER pandai dalam melembutkan hati dan perasaan si suami..
kesimpulannya, in the end patut cakap FAYQA in the house bebeh!!! coz she is the HEROIN here... Jeneral Sengal masih nak kena piat tinge. haha
Fair warning: I tend to be personal about my review sebab I also post this to my blog HERE. I can’t write my own story but I’m a huge complainer. Also... spoiler alert! Kalau tak mau kena spoiled, JANGAN BACA MY REVIEW YE... I tend to babble...
Seteguh Fayqa (SF) is the third book by Hanina Abdullah, an author yang rapidly climbing up my favourite authors list. One of her books, the first one to be exact, is one of the books yang I suka baca berulang-kali... and I rasa this new book will be one of those books yang akan I baca lagi, dan lagi, and lagi...
SF menceritakan kisah hidup seorang anak yatim yang menjadi "sebatang kara" setelah ibunya menjadi isteri ketiga seorang Dato. Setelah menyaksikan kejadian hitam yang menimpa kawan baiknya, Fayqa "diarahkan" untuk menumpang dengan keluarga si mangsa untuk memastikan keselamatan dirinya. Di sana, hidup Fayqa started to get more colourful, especially when Dzariff was in the picture.
Jalan cerita yang refreshing in my eyes. I sangat suka how it flowed from start to finish... bermula dari peristiwa dimana Dzahim kena attack. The storyline developed from there; Fayqa mendapat sebuah keluarga yang mengingatkan dia kepada kehidupannya semasa arwah papanya masih ada, they later found out that Fayqa masih ada ibu, then we berkenalan dengan keluarga tirinya yang baik-baik, adik Dzariff, Dzalia pula bertemu jodoh dengan abang tiri Fayqa, then Fayqa dipinang oleh Dzariff... The story developed quite nicely... and I did not expect about Dzureen’s jodoh.
Tema cerita for Hanina Abdullah’s third novel is about pihak ketiga. I really do hate cinta tiga segi, however, that’s not really the case here. Di sini, pihak ketiga merupakan seorang perempuan perfect yang perasan and live in her delusional world. Kadang-kadang terdetik rasa kasihan with this character sebab dia dah menyimpan perasaan kepada lelaki ne for years... however, rasa kasihan bertukar menjadi menyampah bila dia kacau the guy yang sudah menjadi suami orang. Like penulis, kes orang ketiga ne happened di sekeliling hidup I and I really, really hated seeing that! Sometimes, dalam hidup berpasangan ne, the couple kedua-duanya committed to each other, but pihak ketiga yang merosakkan/mencacatkan kebahagiaan tu. Usually, one of these two is not aware of the third person’s bad intentions... So, don’t take things easy even when you rasa confident that your guy/girl and yourself takkan screw your relationship. This novel is very useful untuk panduan benda-benda macam ne.
I suka all watak-watak dalam novel ne... namely kesemua ahli keluarga Haji Dzulqarnain dan Dato Ishaq (except Khairul Izzati).
Dzariff – seorang businessman yang berperwatakan seperti general. Sebagai abang yang sulung dan seorang pemilik perusahaan, Dzariff tended to decide things for others, especially when it comes to adik-adiknya... and when Fayqa came into his life; she shared the "burden". Loved Dzariff’s transition from a cranky single oldest brother of five into a very responsible husband... but sakit hati I dia tak ambil serious about his wife’s instinct. Dzariff was such a workaholic to even notice that another girl sedang cuba mengambil perhatiannya as he only saw her as another workaholic person.
Fayqa – She was probably the youngest in this novel (or Dzahim, I’m not sure) but she seemed to be the matured one of the whole bunch. I liked her strong will in life...
Dzariff and Fayqa – seriously romantic couple! This couple made refrigerator looks sexy. I suka the fact that they started off as a bantering partner, then dalam diam rupanya Dzariff terjatuh cinta dengan kawan si adik. Kawan si adik pun dalam keadaan tak sedar dah fall in love dengan si general. Lepas dah jadi husband and wife, we can see that both Dzariff and Fayqa are actually into each other. Really like this couple!
Dzalia and Khairul Izwan – I was not surprised to see jodoh diantara these two. Dari awal dah I feel the chemistry. I found the cinema scene to be really sweet.
I don’t like the poligami part. I love how the author highlighted the right reason for people to apply it into their life. Keadaan Datin Raudhah, Dato Ishaq dan Puan Hafizah tu yang boleh diterima... but that’s all I’m gonna comment on this.
Novel-novel Hanina Abdullah selalu memaparkan kisah keluarga yang sangat-sangat bahagia and very supportive of each other. I suka whenever Haji Dzulqarnain started to bersuara. Seriously a PLUS whenever we read Miss Hanina Abdullah's books.
Gaya penulisan yang superb, however I rasa macam naskah ne tak diedit dengan sempurna. A lot of time, I perasan bila the penulis meant Dzariff, she typed in Dzahim instead, and vice versa. I guess nama adik-beradik tu yang membuatkan penulis, or editor confused. Dzariff, Dzehan, Dzalia, Dzureen, Dzahim... Confusing kan. Brilliant choice of name, but this can make the writer confused, I guess... and I rasa penulis put in too much panggilan untuk Fayqa Lara Lyana (Faye, Pekah, Apek, Lara, etc) and sometimes I rasa penulis tak consistent dengan panggilan-panggilan ne. Same thing goes to the Dz siblings. Kadang2 watak-watak refer themselves inconsistently... I guess these are the only thing I complained when I read this novel
Really want to write more tapi macam dah panjang sangat... All in all, I really, really loved this novel. The ending was brilliant! Definitely one of my favourite novel. 5 stars!!
Sinopsis:
FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri.
Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.
“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF
“Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA
Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.
“Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA
“Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF
Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran.
Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?
permulaan cerita memang best dan comel je dengan Dzariff si jeneral sengal dan Fayqa si minah brutal.
part lepas kahwin rasa bosan sikit dengan Dzariff yg gila kerja dan tak habis cik Mushy Pushy yg gigih nak tawan hati Dzariff. masalah Dzariff ni dia terlalu slow dan blurr habis pasal cik Mushy yg ada hati kat dia, memang stress sangat dengan mamat ni rasa nak sekeh je kepala dia sebab tak nampak apa yg orang lain nampak pasal minah ni.
tapi tabik la pada Fayqa walaupun awal tu asyik makan hati tapi dengan sokongan adik-adik ipar, dia bangkit untuk pertahankan hak dia dan juga rumah tangga mereka daripada serangan makhluk perosak.
pertama sekali taniah taniah taniah #SF totally diffrent dari 2 karya sebelum ni..
kak hanina u betul berjaya buat saya rase nk gulai2 rebus2 cincang2 dgn jeneral sengal ni. kalau la wujud jeneral ni mahu setiap saat dia tersedak sbb saya byk kutuk dia hihi mmg sengal + + + +..
SF ni bukan heavy story simple je langau pn 1 tu pn saya rse langau terbaik la yg penah saya baca hihi.. dia " silent langau " hihi xde gaduh2 xde perang xde kejar mengejar. tapi kalo pada saya la si mushy pushy ni bkn la punca utama masalah si jeneral n faye tapi si jeneral sengal ni dia lagi punca segala punca kalau dia reti nk dgr pendapat org reti nk menerima apa nasihat org xikt kepala sdri rsenyer xjadi cmtu..
u all baca bab mase faye kne culik aduhh laa y y y y org cm jeneral ni bley wujud seriuss.. lps tu bley plak dia kata move on gile xxxxxxxx.. nmpk x betapa sakitnyer jiwe baca SF ni tu belum lg 21 hr berkepit gan mushy pushy tu xkn la bley fikir kn.. nasi mandey tu jugak yg ko carikn beruntung dapat faye tu always + sabar dia tahap terggi dah kalo wife lain mau kne ganyang mushy2 tu..
Dz4+F ku suka dorg ni mmg daebaknyer adik2 ipar dia best.. kerana Dz4+F ni la Dz5 wujud n barulah Dz sorg lg tu sedar..
masa bab mushy pushy luahkan perasaan baru la si jeneral ni nmpk apa yg faye n semua org kata pasal mushy tu pn cikit je masih nk menangkn si langau tu eee la
then bab faye luahkn segalanya n semua terlerai baru la jeneral ni tersedar nsb ko tersedar jeneral kalo la xde bab ka ofis tu mmg mkn hati faye samp bila..
but sayangnyer jeneral pada faye mmg xterhingga hihi kalo baca bab romantiko depa ni mmg kih3 kata kunci -peti ice -getaway -safety box
so for me seteguh fayqa totally 1 of my favy.. ♥♥♥
Saat mula bertemu, Si Jeneral sudah penuh sangkaan buruk tentang Fayqa. Segala yg dilakukan Fayqa tidak pernah kena di hati. namun jodoh mereka telah tertulis di lohmafuz... dalam keengganan Fayqa akhirnya rela menjadi isteri Dzariff. Wujudnya org ketiga dalam hidup mereka makin hari makin menyesakkan diri Fayqa. Dan Dzariff sentiasa nampak yg org ketiga itu lebih baik, lebih matang dan lebih dipercayai dari Fayqa. Lalu mampukah Fayqa bertahan andai suami sendiri tidak mempercayai dirinya lagi?
Alhamdulillah..selesai buku pertama yang sepatutnya di baca sejak tahun lepas lagi. Setelah banyak bulan bercuti membaca. Akhirnya mula membaca balik tahun ni.
Hanina Abdullah. Buku ketiga saya baca setelah Projek memikat suami dan Kisah Naz dan Khalish. Sentiasa tak menghampakan tulisan beliau. Ya, saya dapat hadam dengan baik.
Warming up dulu tulis review. Nanti kita tulis panjang-panjang inshaAllah. :)
saya suka KNK more than PMS.. n saya suka SF more than KNK & PMS... matang. tu satu benda yang boleh describe SF... n of course kekuatan cerita ni pastilah si pekah.. koleksi Kak HA yang wajib dimiliki... setiap karya dia ada signature tersendiri.
dan kali ni ada peti ais.. hahaha.. nak tahu kenapa peti ais, kenalah baca sendiri. trust me.. u will be like it!
Review Sengal Sesengal Jeneral Sengal : SETEGUH FAYQA Oleh RATU PEMBAKAR SEMALAYA....ahaksss ratu ler sangat.... Sebuah novel karya Hanina Abdullah yang sangat OHSEM nya terbitan p2u. Sudah Khatam novel ini sebanyak 2 kali. Aura Jeneral Sengal ini amat kuat menghantui diri den. Sungguh rasanya SETEQUH FAYQA antara novel yang sangat BERKUALITI, TIDAK KLISE, SANTAI, SENGAL, PENUH DENGAN ELEMEN KEKELUARGAAN, KASIH SAYANG, satu genre yang mempu menjadikan HANINA ABDULLAH setanding dengan novelis novelis TERKEMUKA NEGARA. UNIKNYA SETEGUH FYQA 1 – Hubungan kekeluargaan yang sangat utuh dan penuh dengan kasih sayang seolah-olah kita dapat menyelami dan berada dalam keluarga Dz4 + F dan Dz5 diselitkan santai dalam grup What ap – interaksi dalam grup ini unik sangat – belum ada dalam mana-mana novel - sangat sangat HEBAT!. Uwaaa...den nak add masuk dalam grup ni boleh tak? Jadi Dz4 + F + W ---- muahahahhahahahah..... 2 – Tiada penggunaan kereta kereta mewah seperti novel novel lain. Sangat memartabatkan kereta nasional – SI CILIK ALZA – JJCM dengan ALZA ke Utara, ke Selatan – tiada audi, tiada merc dalam novel ini.....SI JENERAL pun pakai CRV jer.....sesungguhnya dalam kalangan pembaca pun kita tidak mampu untuk memakai kereta kereta mewah – jadi penggunaan yang seadanya seperti dalam kehidupan kita amat mempengaruhi pembaca untuk menjadi sebahagian NADI dalam novel SETEQUH FYQA - 3 – Yang paling best JJCP – Jalan Jalan Cari Pasal dalam SETEGUH FYQA seolah olah kita juga turut berada di kerusi penumpang di belakang untuk melihat gelagat Majuk-majuk sayang si Peqah dan si Jeneral. Tetiba rasa nak GETAWAY stail depa lah...makan asam pedas daging tetel ke Melaka, ke Johor Bharu tidur barang semalam dan yang pasti ke CAMERON HIGHLAND! – 4 – Kesabaran si Peqah melandeni SI MUSHY PUSHY yang tanpa henti mengoda si suami. Sabarnyaaaaaaa.... namun kesabaran si Peqah meletup jugak pabila si suami memang SANGAT BLUR – macam den pulak nak masuk dalam novel dan jerit kuat kuat kat telinga si JENERAL “OITTT SI MUSHY PUSHY TUE NAK NGORAT ANG LAHHHHH....” (bagi dua tiga das penumbuk dan pelempang boya sikit) – patutnya si Peqah cilikan sahaja si Mushy Pushy tue dan tindakan si Peqah buang kek red velvet tue macam nak jadi poom poom girl kat belakang Peqah – CHAYOKKKK PEQAH! 5 – Banyak lagi yang nak diulas dalam novel SETEGUH FYQA ni. Kisah pengorbanan seorang sahabat untuk sahabatnya. Semua elemen ADA, termasuk pentingnya PETI AIS anda semua di dapur itu untuk mengeratkan hubungan suami isteri...ahaksss....nak tau kena dapatkan naskhah ini dengan KADAR SEGERA dan SILA BACA DENGAN PANTASNYA JIKA SUDAH BELI. ANDA ANDA ANDA ANDA DAN ANDA semua harus memilikinya.
SAJAK ALA-ALA SENGAL JENERAL KHAS UNTUK: SETEGUH FYQA Ceritera cinta Si Jeneral yang sengal Ceritera cinta Si Fayqa yang sabar Ceritera cinta sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang Ceritera cinta yang mengugat jiwa dan raga dengan adanya SI MUSHY PUSHY!
SI JENERAL SENGAL a.k.a SI MACHO MANIS Cintanya tulus untuk si isteri Cintanya bak cinta jutaan bintang di angkasa hanya untuk FAYQA seorang Cintanya BLUR tetapi MANIS dan BERKRIM. Cintanya menjadikan dirinya seorang romantis tahap diabetes Cintanya tetap pada FAYQA TERSAYANG walau datang 10 orang SI MUSHY PUSHY, UTUH TERPAHAT hanya untuk FAYQA LARA LYANA.
SI FAYQA a.k.a si PEQAH Si gadis yang terkesima dilamar oleh SI JENERAL Si gadis yang kental zahirnya, namun lemah jiwanya Si isteri yang mencurahkan sepenuh kasih kepada si suami Si isteri yang sabar meladeni KEBLURAN si suami Si isteri yang berbuat apa sahaja untuk menyahkan si MUSHY PUSHY dalam hidup suaminya.
SI MUSHY PUSHY Tanpa jemu meraih cinta suami orang Tanpa jemu menggoda hati suami orang Tanpa jemu menggamit kasih suami orang Tanpa jemu ingin berkongsi kasih dengan suami orang Namun jodoh, ajal , maut milik yang ESA jua...
TELUSURI KISAH SETEGUH FAYQA TELUSURI kesabaran seorang yang bernama FAYQA LARA LYANA meladeni SI MACHO MANIS DZARIFF a.k.a JENERAL SENGAL! TELUSURI Gaya penulisan yang santai, segar, tidak berat, ringan dan MANIS sekali TELUSURI sebuah penulisan yang AMAT BERKUALITI – . TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH wahai sang penulis - TERUSKAN MENGHASILKAN SEBUAH KARYA BERKUALITI YANG DAPAT MEWARNAI BIDANG PENERBITAN NEGARA!
P/S – tetiba rasa nak pindahkan PETI AIS masuk masterbedroom lah...ahaksss...larikssssssssssss —
Benar la kata readers yg dh habis baca SF, sekali dah start baca SF mmg susah nak stop..semalaman gigih saya menghabiskannya..novel terbaru HA ni mmg tip top habis!
Kalau dlm PMS ade master ji, sidekick & BFF Una, dlm SF ade Dz4 (Dzalia, Dzureen, Dzehan & Dzahim)…
Dia ni mmg kuat orangnya..mcm2 problem yg kna die hadapi dr awal cite smpai akhir…kita yg mebaca ni sesak nafas juga membayangkan apa yg Fayqa tanggung…apa yg saya dapat belajar dari novel ni, kalau kita dilanda masalah kita kena bertenang, berfikir & banyak2 berdoa…tak boleh cepat melatah & biarkan diri dikuasai emosi…kalau curious, tanya…kalau ada yg terasa hati, luahkan…good communication & listening sgt2 penting dlm hubungan suami isteri…
Awal cite mmg geram dgn mamat ni..sengal sesengalnya! asyik muka ketat, marah2 & mengarah org je tau.. His word is the law..Mmg patut pn digelar jeneral sengal..tp lepas kahwin baru nmpk sensitive & romantic part of him…saya suka!
Tp serius saya panas hati kat Dzariff ni bile die brush off rayuan si Fayqa utk check log phone call mlm kejadian dgn si Fareez London durjana tu…nak husnuzzon sgt dgn si mushy tu pn beragak la…apa salahya siasat, just utk tahu kebenaran…time ni mmg rsa nk sekeh kepala si sengal ni
Musyrifah Auni a.k.a mushy pushy
Kalau dlm PMS ade sental, dlm SF ade mushy…watak die ni most of the time buat saya rsa geram..tp kalakar pn ade..time die asyik mengendeng & contact Dzariff nonstop tu wat saya nk shoo shoo die jauh2..mmg langau betul,,,gigih die berusaha nk memikat hati si jejaka…tp yg klakarnya bila baca apa yg dlm hati si mushy tu...konon wanita solehah & beriman, tp otak merangka strategi nk caras suami org..pastu asyik mengutuk Fayqa childish,mengada2 tp hakikatnya die yg wat Fayqa jd cmtu…ish cm nk dush dush ni mushy ni…
Best betul r novel ni…I think HA boleh mnta komisyen coz mperkenalkan tmpat2 best kat Malaysia & Hong kong…hehe bleh gitu? Ye la, bkn saje promote tempat2 best dilawati, tapi juga makanan special kt situ…kecur telan air liur je mbayangkn skon n asam pedas…sandwich udang galah x pernah mkn, so tak tau nk komen ape…hehe
buku dah lama beli hasil godaan kt GD nie tp baru tergerak nak baca . saya suka gila ngn semangat kekeluargaan Haji Dzulkarnain nie . plg pntg tahniah geng 4Dz sebab drg berempat ni la yg menjadi tulang belakang kebahagiaan Fayqa dan Dzariff , bukan senang hidup berumahtangga ni aduhai sedangkan baru sebulan kahwin dah merasa dugaan apa lagi la org yg dh bertahun2 berumahtangga tu .
ps :pls la pompuan2 kt luar tu tolongla jaga diri tu xyahla nak menggatal sgt kt married man nie .carila laki bujang melambak2 kt dunia nie ..eii nyampah betul ..erk tetibe panas ht hahhahah tetttt
Secara peribadi, aku rasa jalan cerita dalam buku ini lebih kurang sama dengan cerita Arluna kisah rumah tangga yang diganggu oleh orang ketiga. Sebabnya aku sudah baca karya Rin tu terlebih dahulu...Jadi aku seakan dapat buat andaian sendiri apa kesudahan cerita ni. Sebelum baca karya ini aku mengharapkan jalan cerita karya ini lebih 'ummpphh' dari karyanya yang pertama aku baca...
First of all, I like this novel. Storyline dia best, focus pada kekeluargaan, percintaan, poligami, rumah tangga, friendship. Watak dalam ni pun lawak, dgn kawan Dzahim tu yg nakal, karenah adik beradik Dz tu. Menghiburkan betul watak dalam ni.
Conflict dalam ni pun pada mulanya, tak berat. Fayqa terpaksa duduk rumah Dzahim. And conflict Fayqa dgn mak dia. Conflict yg masih santai dan masih boleh bertenang bila baca.
But after Fayqa kawen, S tak tahan dgn conflict jenis macam ni. Sakit hati, dgn S sekali makan dalam. Sakit hati dgn Dzariff yg lampi, tak percaya wife sendiri, dia je yg betul, suka paksa org, gertak org. Tapi bila dah sedar, taubat jugaklah jeneral ni. Nasib Fayqa tu tak tawar hati lagi tau!
Juga, sakit hati dgn Musyrifah yg tak sedar diri, yg menggatal, yg perosak rumah tangga org, yg banyak mulut. S tertanya, wujud jugak eh orang sejenis Musy kat muka bumi ni? Dia punya nak pikat hati suami org tu, extreme ya ampun. Bagi dia, masa dia dgn Dzariff kat office. Masa Fayqa dgn Dzariff di rumah time malam. Gila agaknya minah ni.
Eh dia ingat dia ni isteri kedua ke nak melekat je ngan Dzariff tu? Bukan tu je, 24 jam nak call si Dzariff tu bila tak ada kat depan mata. Alasan dia nak bincang hal kerja. Eh perempuan ni. Dah pupus sangat ke lelaki kat muka bumi ni sampaikan suami org pun kau hamak sangat?
Dan hati ni pun terubat sikit bila Dz siblings balas dendam bagi pihak Fayqa. Nasib baik si Dzariff tu ikut apa yg dorang tu suruh. Ni kalau Fayqa sembur si Musy tu pun puas sangat. Menanti jugak part tu. Tapi takde.
Overall, novel ni best. Will recommend to those yg tak suka novel action. Nak kata santai tu, i don't think so sbb stress jugak membacanya
Seriously, ada ke perempuan yg macam Fayqa ni? Dia terlalu bersabar dgn suami dia. Firstly, plot cerita at the beginning memang menarik. Fayqa sgt-sgtlah brutal. Titik perkenalan Fayqa & Dzariff bermula dgn incident Dzahim (adk Dzariff). Masa tu rasa Dzariff tu mcm garang semcm je. Lelama Dzariff mcm okey, dia sebenarnya dah sukakan Fayqa. Hihi. Then, masuk part dah kahwin tu, rasa mcm Dzariff ni kaku sikit bila nk beromantik. 1 yg saya suka couple ni ialah, dorang suka gateaway. Pergi je memane yg dorang suka. Tahu-tahu je dah smpai Melaka. Tahu-tahu je da kat Cameron. Konflik bermula lepas dorang balik haneymoon dari Hong Kong, masa tu rasa geram giler dgn Musy Pushy. Lepas tu diduga lagi bila mana Fayqa kena culik dgn Fareez London. Masa tu rasa nak cekik-cekik Dzariff! He still dgn Musy Pushy dia!
Dlm novel ni jgk diketengahkan hubungan kekeluargaan. Keluarga Dzariff sgt-sgt sporting dan understanding each other. Mengisahkan kasih sayang adik beradik yg mempunyai pelbagai ragam & karenah. Jahat2 teruk2 pun mereka syg adik beradik mereka. Lepas tu, ikatan kekeluargaan Fayqa dan bapa tirinya. Seorg abg tiri (Khairul Izwan) yg sgt menyayangi Fayqa seperti adiknya sendiri. Mak tiri, ayah tiri, ibu kandung semuanya mempunyai unsur kasih syg dlm hubungan kekeluargaan.
Hati cemburu bila suami luangkan lebih masa dgn Musy Pushy daripada diri dia sendiri. Dia pujuk diri supaya bersangka baik. Apabila si suami dgn dia, si suami sibuk bermesej-mesej dgn Musy Pushy, pjg bertelefon dgn Musy Pushy, dia igtkan diri jgn jadi isteri yg cemburu buta. Bila dia terdengar staf si suami bergosip tntg si suami, dia nasihatkan diri jgn percaya sembang kosong orang. bila adik beradik ipar igtkan dia supaya berhati-hati dgn Musy Pushy, bersungguh-sungguh dia muhasabah diri yg si suami takkan buat benda bodoh. Bila suami sendiri tak percayakan dia, dia sabarkan hati dan tak pernah berhenti berserah. Itulah dia Fayqa. Badai datang dan pergi dia teguh berdiri.