Dhiya dan Ken: Taiping, Perak menjadi saksi kepada permulaan kisah cinta tanpa kata. Pertemuan mereka sepuluh tahun kemudian di Melbourne, Australia menyemai kembali rasa cinta yang rupanya tidak pernah padam dan hilang daripada hati masing-masing.
Dhiya dan Fahry: Kerana janji, mereka diijabkabulkan. Meski tidak saling mengenali, mereka tetap cuba untuk mencari bahagia. Dhiya reda dengan ketentuan-Nya dan Fahry pula berharap mendapat balasan cintanya. Namun, bayangan masa lalu sentiasa mengekori titian rumah tangga mereka.
Pada Dhiya, cinta tidak perlu diluahkan, cukup sekadar dirasai. Fahry pula merasakan yang cinta pertama adalah segala-galanya, tiada yang kedua atau yang ketiga. Ken pula percaya bahawa cinta pertama itu perlu dilepaskan, dan andai kembali, itulah cinta miliknya. Antara Dhiya, Ken dan Fahry, jodoh siapakah yang sudah tertulis bersama?
Menikahi orang yang kita cintai adalah satu kemungkinan tetapi mencintai orang yang kita nikahi itu adalah satu kewajipan - Anonymous-
Saya tertarik dengan kisah Fahry (cerpen Serendipity) dalam Antologi Cerpen Hello. Bila ke perpustakaan, ada rezeki berjodoh dengan buku ni. Hehe.
Malangnya bila baca buku ni saya stress dengan Fahry. Bunga pujaan dah ada dalam genggaman tapi dipersiakan atas sebab cemburu. Adoiii.. rasa nak luku pun ada. Haish.
Kesian kat Dhiya yang tersepit. Tapi kalau dari awal dia tegas dalam keputusan dia mungkin jalan hidup dia berbeza.
Ken, walaupun dua kali melukakan Dhiya, masih mampu saya maafkan. Eh, bias nampakkk? Haha.
Dan...tiba-tiba rasa nak pi Melbourne. Hehe.
Apa pun tahniah buat penulis sebab berjaya buat saya rasa nak cari buku ni dan habiskan bacaan. Moga ilham mencurah-curah untuk berkarya lagi. :)
Spellbinding. I am actually a team Fahry but as i go on reading, Ken is truly a beautiful character and fits Dhiya.. Love the Aussie background and Melbourne breathtaking experience. Love the quotes too. this is a must read..
TAJUK: TIGA HATI DUA CINTA by CHRYSALIS ••• 📌 5⭐️ 📌 PAGES: 701 📌 TROPE : childhood crush & first love (Dhiya&Ken), arranged marriage (Dhiya & Fahry), Love triangle (Fahry, Dhiya &Ken) 📌 AGES: DHIYA KAMILA: 29 THN AYDIN FAHRY: 32 THN TAY KEN LEE: 30 THN ••• BAHAGIAN 1 (FAHRY & DHIYA) 𝙈𝙚𝙣𝙞𝙠𝙖𝙝𝙞 𝙤𝙧𝙜 𝙮𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙠𝙚𝙢𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙤𝙧𝙜 𝙮𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙣𝙞𝙠𝙖𝙝𝙞 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙠𝙚𝙬𝙖𝙟𝙞𝙥𝙖𝙣..
Dhiya dan Fahry berkahwin atas aturan keluarga. Meski tidak saling mengenali, mereka tetap cuba untuk mencari bahagia. Dhiya bersetuju untuk berkahwin dgn Fahry kerana Fahry adalah jawapan kepada istikarahnya. Fahry pula bersetuju untuk berkahwin dgn Dhiya kerana dia telah terjatuh cinta apabila terjumpa Dhiya buat kali kedua di airport Melbourne.
Fahry berharap mendapat balasan cinta Dhiya, walaupun dia tahu hati Dhiya bukan miliknya. Dhiya masih belum dapat melupakan Ken, cinta pertama Dhiya.. ••• BAHAGIAN 2 (Ken & Dhiya) 𝙎𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞𝙢𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞𝙠𝙪 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖-𝙉𝙮𝙖. .
Bas 707 adalah tempat Dhiya dan Ken berkenalan ketika mereka masih bersekolah. Ken yg terjatuh cinta pandang pertama kepada Dhiya yg mengejutnya yg tertidur ketika bas sudah hmpir sampai ke sekolahnya. Mereka menjadi teman tapi mesra namun, tiba tiba suatu hari, Ken hilang begitu sahaja.
Pertemuan semula setelah 10 tahun di Melbourne, Australia menyemai kembali perasaan cinta mereka. . Namun, sesuatu telah berlaku & mungkin mereka tidak berjodohan sehinggalah Ken mendapat tahu yang Dhiya menerima lamaran seseorang dan berkahwin dgn Fahry… ••• BAHAGIAN 3 (Fahry & Ken) 𝙊𝙣𝙚 𝙤𝙛 𝙝𝙖𝙧𝙨𝙝𝙚𝙨𝙩 𝙥𝙪𝙣𝙞𝙨𝙝𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙞𝙨 𝙩𝙝𝙚 𝙥𝙪𝙧𝙨𝙪𝙞𝙩 𝙤𝙛 𝙨𝙤𝙢𝙚𝙩𝙝𝙞𝙣𝙜 𝙤𝙣𝙚 𝙞𝙨 𝙙𝙚𝙨𝙩𝙞𝙣𝙚𝙙 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙩𝙤 𝙤𝙗𝙩𝙖𝙞𝙣 ..
Fahry nekad untuk berjumpa dgn Ken. Mengenali sendiri siapa Ken yg amat sukar untuk Dhiya lupakan. .
Bagi Fahry, cinta pertama adalah segala-galanya. Bagi Dhiya, dia cuma mahukan cinta terakhir kerana kalau cinta pertama kebarangkalian untuk jatuh cinta lagi ada. Manakala bagi Ken, cinta pertama itu perlu dilepaskan, & andai kembali, itulah cinta miliknya. .
♡ Novel yg sangat memainkan emosi ye 😭 saya tak tahu kenapa bila baca saya dapat rasa emosi mereka bertiga yg sgt ikhlas mencintai. . Ada satu part tu saya nangis gila 😢 (Slide ke - 2) Dhiya yg kejar Ken, Fahry yg menghalang, dan Ken yg menjauhkan diri ..
♡ Saya tak boleh benci mana mana watak sebab semua sangatlah baik. Bkn kata Fahry, saya pn dpt rsa yg Dhiya sangatlah mencintai Ken even after kahwin. Saya kesian dekat Fahry tapi Fahry pn kasar sgtlah dgn Dhiya. Ken pulak mmg pttlah Dhiya susah nk lupakan dia. Ken terlalu gentleman, pandai ambik hati, soft spoken, slalu kejut Dhiya subuh eventhough berbeza agama 😭
♡ Ending novel ni mmg 🤯🤯 Mmg kesian dekat hati yg terluka di hujung cerita.. 😭 tapi rsanya itulah ending yg terbaik untuk mereka bertiga ..
Dulu, masa mula-mula dapat buku ni, eh, tak pernah tahu pun kewujudan buku ni. Tapi bila dah baca, yeahhh, ku suka gaya penceritaan penulis. Just wondering, penulis ni ada buku lain lagi tak? .
Ni cerita tentang Ken-Dhiya-Fahry. Cinta 3 segi la. .
Buku ni ada 3 bahagian. First part, Dhiya-Fahry. Tup tup, dorang dah kahwin. Tapi macam tipikal kahwin paksa, hubungan dorang ni tak mesra. Dan masa mula-mula baca, ku macam blur blur gitu. Sebabnya, rupanya, si Fahry ni suka je kat Dhiya. Dan Dhiya pun takdelah sampai tahap benci kat Fahry. Tapi kenapa hubungan dorang ni macam ni? Oh rupanya, dulu Dhiya pernah bercinta ngan Ken. Tapi cinta tak kesampaian. Dan Fahry tak boleh terima benda ni. Sebab Fahry ni sangat mengagungkan cinta pertama. Dia tak boleh terima yang dia bukanlah cinta pertama Dhiya. Haihhh... Apa ke kurang pandainya kau ni Fahry? Dahlah Dhiya tu dah sah jadi isteri kau. Masa ni lah kau nak pikat hati Dhiya. Tapi, sayangnya peluang terlepas begitu sahaja. .
Second part, Ken-Dhiya. Kalau sebelum ni, aku mengharapkan yang Fahry berubah dan cepatlah pikat hati Dhiya. Tapi, bila dah baca second part ni, ku tahu kenapa dalam hati Dhiya, masih tersimpan nama Ken. Because he is such a gentleman. And Fahry is a jerk. 😒 haihhh... Sedih sebenarnya kisah Ken dan Dhiya. Dorang dulu suka sama suka sejak zaman sekolah. 'You had me at Hello'. Tu trademark dorang, sebabnya dulu, Dhiya kejutkan Ken bangun tidur dalam bas dengan perkataan Hello tu, dan sejak tu, dorang jadi rapat. Tapi cinta dorang terputus bila Ken menghilang tanpa kata. Sekarang bila dah jumpa kembali pun, ada je halangannya. Sampailah Dhiya dah jadi milik Fahry. .
Third part, Ken-Fahry. Ni closure untuk kisah dorang. Ken dah mengalah untuk kebahagiaan Dhiya. Dan Dhiya memang sejak dulu, dah cuba bukakan hatinya untuk Fahry. Tapi ada twist di hujungnya. I'm happy for three of them. .
And I'm so in love with the cover. Sangatlah simbolik dengan cerita ni. With that baby's breath with red ribbon, that purple diary and that photo with 'you had me at hello' behind it. .
The conflicted emotions... I didn't understand quite a bit at the beginning, but in the middle and towards the end, i got it. It's a difficult task to write about one character's emotion, let alone three, so that is something admirable from our ms writer.... And then, there's Melbourne. I will always have a soft spot for that particular place on earth, so yeah, it's pretty amazing to read about it more. And the hijrah of a new muslim would be even more interesting if it could be elaborated more, but it's already a thick read for a JS book, heh. All in all, congrats to the writer! You did an excellent job! :)
WOW. Such a great story. I am speechless after reading this book. Mula membeli buku ini atas suggestion dr staff JS sendiri semasa jualan buku2 JS recently. I am glad that I bought it and read it. Such a superb job from the writer. Truly spellbinding. The conflict between Ken-Dhiya-Fahry was well written. Great supporting casts by Imran Alvin Amirah Aidil makes the story so worth reading. A must read folks. This one is a keeper. Buy it and enjoy the story. Makes you wanna go to Melb again and again.
Buku ini akan jadi one of my favourite books. Saya suka dengan kisah Dhiya dan Ken.Kisah mereka daripada zaman persekolahan sampailah ke alam dewasa. Walaupun lama terpisah tapi rasa dihati itu masih ada , masih kuat. Rasa yang tak semua orang dapat miliki.
Sebenarnya, first rasa geram dekat Dhiya. Ada tak orang geram dekat FL ni selain min ? 😂
1. Dhiya jenis tak penyabar dalam buat keputusan, pasal petanda istikharah dia pun dia tak alert. I mean takkan dia tak perasan baby breath yang dia dapat first sekali dari Ken ?
2. Kenapa dia cakap dia cuba untuk wujudkan rasa cinta dekat Fahry tapi dalam sama yang sama dia tak boleh nak lupakan Ken ??? Dia patut let go semuanya kalau memang dia nak sayang pada Fahry tapi malangnyaa dia tak buat. Dan dia patut tell the truth dekat Fahry yang dia memang tak boleh nak lupakan Ken bila Fahry nak bagi peluang untuk lepaskan dia. Nasib baik Fahry sedar yang Dhiya memang ada rasa dekat Ken. Possible untuk orang yang dah lama suka, pernah ada hubungan untuk lupakan perasaan semudah tu.
Mungkin bila kita letakkan diri kita di tempat Fahry sebenarnya lagi sedih. First time jatuh cinta pada Dhiya, tapi tak dapat untuk simpan rasa tu lama. 🥺
This entire review has been hidden because of spoilers.
Wow...kuatnya cinta Dhiya & Ken ini walaupun pelbagai dugaan & cabaran yang mereka tempuhi. Ingatlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Chemistry kedua-duanya sangat kuat dan pengakhiran yang manis untuk semua. Fahry walaupun sikapnya yang menjengkelkan tetapi aura dia masih tetap melekat di hati. Semoga penulis boleh meneruskan perjalanan watak Fahry lagi untuk novel yang akan datang. Terbuai rasanya melalui pengembaraan di bumi Aussie walaupun sekadar di pembacaan naskhah ini. Tahniah penulis 💪💪
Anggaplah setiap peluang kita dipertemukan Sebagai satu ruang untuk kita menguji hati kita Menguji iman kita Dan menguji kesetiaan kita Kerana ada kalanya di pertemuan itu Kita mungkin tersenyum bahagia Namun ada juga pertemuan yang merobek rasa Lebih lagi apabila apa yang dirasa itu umpama sia-sia Lantas kita hanya mampu berdoa Agar si dia yang kita cinta Akan menjumpai bahagianya Walaupun bahagia itu tidak semestinya dengan kita Tiga hati yang dipertaruhkan Namun hanya cinta dua dari mereka sahaja Yang akan beroleh kebahagiaan
What a bittersweet love story
Ken @ Zayd hanya mampu melihat Dhiya dari jauh Melindunginya dari jauh Berharap..saya yakin dia berharap Menanti..saya yakin dia menanti
Dhiya pula..mungkin sudah tertulis takdirnya begitu Terpaksa meninggalkan Terpaksa memegang status isteri Pada Fahry yang tidak tahu menghargai
At this point, rasa macam nak lenyek-lenyek aje Fahry tu Buat apalah beristeri Kalau tidak tahu menjaga hati
You can feel the longing in Dhiya You can sense the pain in Ken @ Zayd Mungkin benar When you love someone, set them free Just don’t stop hoping Cause when everything else fails The only thing you should never do Is to lose HOPE Kerana untuk mereka berdua ini HOPE itu bermula Dengan HELLO
Ahabbaka illazi ahbabtaniylah Semoga Allah mencintaimu dan Dialah membuat engkau mencintaiku keranaNya Kata-kata yang mengikat Dhiya dan Ken @ Zayd Kata-kata yang tulus diucapkan Seikhlas hati Ken @ Zayd sewaktu meluahkan rasa hatinya pada Dhiya Dan saya pasti, kata-kata ini juga menjadi pegangan Dalam mereka melayari bahagia Yang muncul juga akhirnya :)